You are on page 1of 39

BAB TIGA

KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1. Pengenalan

Setiap pelaksanaan aktiviti mempunyai tujuan yang dicadangkan. Secara am


penyelidikan dikategorikan menjadi dua, iaitu penyelidikan asas dan gunaan.
Penyelidikan asas bertujuan untuk meninjau keadaan tertentu, mengenal pasti pemboleh
ubah-pemboleh ubah atau faktor-faktor yang terlibat untuk menerangkan suatu keadaan
dan membentuk suatu teori atau model. Penyelidikan asas ini juga bertujuan mencari
perhubungan diantara dua atau lebih pemboleh ubah. Sedangkan penyelidikan gunaan
bertujuan untuk menguji sesuatu teori atau model yang dihasilkan dari penyelidikan
asas, menggunakan teori atau model untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah,
selain itu penyelidikan gunaan adalah mengkaji penggunaan sesuatu model untuk
menilai keberkesanan penyelesaian suatu masalah (Ananda,2007).

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dan dibincangkan tentang aspek kaedah
penyelidikan yang telah digunakan bagi memperolehi data kajian, iaitu reka bentuk
kajian, prosedur penyelidikan dan kaedah analisis data.

3.2. Reka Bentuk Kajian

Untuk menjalankan penyelidikan terdapat dua pendekatan, iaitu pendekatan


kualitatif dan kuantitatif (Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005; Ananda, 2007).
Dalam penyelidikan ini digunakan kedua-duanya, iaitu pendekatan kualitatif dan

68

kuantitatif (Dunn, 2003; Nana, 2005; Sudarwan, 2005; Mohd, 2005), dengan desain dua
tahap (Aris, 2002).

Adapun kerangka kajian yang menjadi asas kajian dalam penyelidikan ini boleh
dikemukakan seperti Rajah 3.1 berikut :

Undang-Undang dan Peraturan


tentang Polisi Pendidikan

Pelaksanaan
Polisi Pemerkasaan Guru
KAJIAN
KUALITATIF

PEMERKASAAN GURU
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pembuatan Keputusan
Peningkatan Profesionalisme
Status
Kepercayaan diri
Autonomi
Pengaruh

Kepuasan
Kerja

KAJIAN
KUANTITATIF

Komitmen
Organisasi

Dapatan Kajian,
Kekangan dan Kesan

Rajah 3.1 Kerangka kajian


(dibina berasaskan Rinehart&Short ,1994; Wu & Short, 1996; Rinehart, 1998;
Hoy& Miskel, ,2005; AG Subarsono, 2005)
3.2.1 Pendekatan Kualitatif

Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data


gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan
sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam
69

kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan
peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu
penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk
program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana,
2005). Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan
memperoleh pemahaman daripada suatu kes.

Dalam penyelidikan ini, kajian kes

digunakan untuk menjelaskan rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi


pemerkasaan guru dilakukan dengan menghuraikan peranan dan fungsi masing-masing
agensi dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama
Negeri di Malang, Indonesia.

Manakala untuk mengetahui pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri


daripada enam dimensi, iaitu penglibatan dalam membuat keputusan, peningkatan
profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan pengaruh. Masing-masing
dimensi dianalisis dengan aspek-aspek pelaksanaan polisi yang terdiri daripada enam
aspek iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan kesesuaian
(Dunn, 2003: Sudarwan, 2005). Keenam-enam aspek pelaksanaan tersebut berperan
sebagai fokus penyelidikan yang disebut sebagai paradigma ilmiah (positivisme)
penyelidikan kualitatif (Lexy, 2007), sehingga didapati jawapan soalan penyelidikan
berikut :

1) Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang
tugas mereka dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang,
Indonesia?

70

2) Bagaimanakah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di enam


buah sekolah di bandar Malang, Indonesia?
3) Apakah kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam
enam dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia?

3.2.2 Pendekatan Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomenafenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005;
Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran
pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen.

Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk
menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh
ubah dalam suatu penyelidikan. Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan
penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru,
kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min
daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada sampel
kajian.

Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan


kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda.
Ujian ini untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam
dimensi secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru
terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan
inferensi dan skor data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala
Likert) kepada skala selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian
yang sesuai. Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu

71

dilakukan ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,
multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji
hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala
selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson. Analisis tersebut digunakan untuk
memperoleh jawapan daripada soalan penyelidikan berikut:
1) Bagaimanakah persepsi guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang
Indonesia terhadap pelaksanaan polisi ditinjau daripada pemerkasaan guru,
kepuasan kerja dan komitmen organisasi?
2) Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di
Malang, Indonesia dalam enam dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen
organisasi, serta hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?

3.3 Prosedur Penyelidikan

Prosedur penyelidikan terdiri daripada dua peringkat, iaitu prosedur peringkat


persediaan penyelidikan yang mengandungi langkah-langkah yang dijalankan sebelum
melaksanakan penyelidikan dan prosedur peringkat pelaksanaan penyelidikan yang
mengandungi tentang alat pengumpulan data, kesahihan dan kebolehpercayaan serta
penyelidikan sebenar.

3.3.1 Peringkat Persediaan Penyelidikan

Prosedur peringkat persediaan penyelidikan dijalankan setelah penyelidik


berjaya lulus peringkat vetting proposal penyelidikan dan setelah memperolehi
kebenaran daripada penyelia untuk menjalankan penyelidikan. Pada tahap ini terbahagi
kepada dua aktiviti, iaitu penentuan populasi dan sampel kajian, dan mengurus surat
kebenaran untuk melaksanakan penyelidikan.

72

3.3.1.1 Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan dua pendekatan, iaitu pendekatan kualitatif dan


kuantitatif. Untuk pendekatan kuantitatif, populasi kajiannya adalah guru-guru yang
dilantik sebagai pegawai kerajaan dan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah
Pertama Negeri di Malang, Indonesia seramai 949 orang guru yang tersebar di 24 buah
Sekolah Menengah Pertama Negeri.

Untuk menentukan bilangan guru sebagai sampel digunakan rumus seperti


berikut :

(Isaac & Michael dalam Riduwan, 2007)

= Bilangan sampel

X2

= Nilai Chi Square dengan taraf signifikans 5%

= Bilangan populasi

= Proporsi populasi maksimum 50%

= Tingkat siginifikans dalam hal ini digunakan 5%

Dalam penyelidikan ini bilangan sampel yang diperoleh adalah seperti berikut:

= 273.7

= 274 (pembulatan)

73

Untuk menentukan sampel digunakan cara persampelan kebarangkalian


prosedur persampelan berperingkat (stratified random sampling). Daripada 24 buah
Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang mempunyai markat mulai dari ke-1
hingga ke-24 (Diknas, 2007), kemudian dikelompokkan menjadi tiga kategori, iaitu
kategori pertama terdiri daripada sekolah-sekolah yang termasuk markat ke-1 hingga
ke-8, kategori kedua adalah sekolah-sekolah yang termasuk markat ke-9 hingga ke-17
dan kategori ketiga iaitu sekolah yang mempunyai markat ke-18 hingga ke-24, sehingga
masing-masing kategori terdiri daripada lapan buah sekolah.

Dengan bantuan program SPSS versi 15.0 dilakukan pengambilan sampel


dengan cara rawak dua tahap. Tahap pertama mengambil secara rawak tiga buah
sekolah untuk setiap kategori, sehingga diperoleh sembilan sekolah daripada 24 buah
sekolah. Tahap kedua mengambil secara rawak seramai 40 orang guru untuk setiap
sekolah sehingga bilangan sampel terpilih seramai 360 orang guru daripada guru-guru
yang berkhidmat di sembilan sekolah terpilih. Bilangan sampel yang menjadi responden
dalam penyelidikan ini lebih ramai daripada syarat minimum, iaitu 274 orang guru, hal
ini dilakukan sebagai cadangan jika terdapat sampel yang tidak mengembalikan soal
selidik yang telah dikirim dan juga kemungkinan diperolehi soal selidik yang tidak
memenuhi syarat untuk dianalisis.

Sekolah yang terpilih menjadi sampel dan bilangan responden dalam


penyelidikan ini seperti pada Jadual 3.1 berikut:

74

Jadual 3.1
Sekolah Tempat Penyelidikan Kajian Kuantitatif dan Bilangan Sampel

No

Nama dan Alamat Sekolah

SMPN 1 Jl. Lawu 12 Malang

40

SMPN 5 Jl. WR Supratman 12 Malang

40

SMPN 6 Jl.Kawi 15 A Malang

40

SMPN 20 Jl R Tumenggung Suryo 38 Malang

40

SMPN 18 Jl. Soekarno Hatta A-394 Malang

40

SMPN 13 Jl. Sunan Ampel II Malang

40

SMPN 10 Jl. Mayjen Sungkono 57 Malang

40

SMPN 12 Jl. Slamet Supriadi 49 Malang

40

SMPN 17 Jl. Pel. Tanjung Priok 170 Malang

40

Jumlah

Bilangan Sampel

360

Untuk kajian kualitatif digunakan pendekatan kajian kes, sehingga hasil yang
diperoleh tidak digeneralisasikan kepada wilayah yang lebih luas dan keputusan kajian
hanya berlaku di tempat kajian. Pendekatan kualitatif ini untuk mengungkap rangkaian
agensi dan autorinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, dan pelaksanaan
polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia.
Tempat kajian dipilih dua buah sekolah untuk setiap kategori dari tiga buah sekolah
yang menjadi sampel daripada kajian kuantitatif, sehingga bilangan sekolah yang
menjadi tempat kajian kualitatif seramai enam buah sekolah yang terdiri daripada dua
buah sekolah untuk masing-masing kategori.

75

Pemilihan sekolah ini dilakukan untuk mengungkap dan membandingkan


pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di sekolah tempat kajian dari masing-masing
kategori. Adapun sekolah tempat kajian kualitatif adalah seperti Jadual 3.2 berikut

Jadual 3.2

Sekolah Tempat Penyelidikan Kajian Kualitatif

No

Nama Sekolah

SMPN 5 Jl. WR Supratman 12 Malang

SMPN 6 Jl.Kawi 15 A Malang

SMPN 20 Jl R Tumenggung Suryo 38 Malang

SMPN 18 Jl. Soekarno Hatta A-394 Malang

SMPN 12 Jl. Slamet Supriadi 49 Malang

SMPN 17 Jl. Pel. Tanjung Priok 170 Malang

3.3.1.2 Surat Kebenaran

Bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan tidak menghadapi


permasalahan, penyelidik mengambil beberapa langkah seperti berikut:

1) Setelah memperoleh surat keputusan berjaya lulus vetting proposal penyelidikan dan
meminta kebenaran kepada penyelia untuk menjalankan penyelidikan, maka surat
tersebut dihantar kepada Dekan Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP)
Universiti Muhammadiyah Malang (UMM), tempat penyelidik bertugas sebagai
pensyarah, untuk meminta surat kebenaran melaksanakan penyelidikan di Sekolah
Menengah Pertama Negeri di Malang, Dewan Pendidikan, Komite Sekolah dari
enam buah sekolah terpilih, dan Parlimen Daerah bandar Malang.

76

2) Surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM dihantar kepada pengetua daripada
sembilan buah sekolah tempat penyelidikan dengan dilampirkan nota persefahaman
(MoU) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dengan FKIP UMM. Nota tersebut
mengandungi tentang diizinkannya pensyarah FKIP UMM untuk menjalankan
penyelidikan di sekolah-sekolah dalam persekitaran Pejabat Pelajaran Daerah
bandar Malang.
3) Selain itu, penyelidik menghantar surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM
kepada responden di Dewan Pendidikan, Komite Sekolah, Pejabat Pelajaran
Daerah, dan Parlimen Daerah bandar Malang untuk melaksanakan temu bual.

3.3.2 Peringkat Pelaksanaan Penyelidikan

Setelah peringkat persiapan penyelidikan selesai dijalankan, langkah berikutnya


adalah peringkat pelaksanaan penyelidikan, yang terbahagi menjadi tiga, iaitu alat
pengumpulan data, kesahihan dan kebolehpercayaan dan penyelidikan sebenar.

3.3.2.1 Alat Pengumpulan Data

Alat pengumpulan data ialah alat yang digunakan untuk mengukur pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang dikaji (Sukardi, 2004; Mohd, 2005). Ada beberapa macam
alat penyelidikan yang boleh digunakan untuk mengambil data. Dalam kajian ini alat
penyelidikan yang digunakan adalah soal selidik untuk kajian kuantitatif, manakala
untuk kajian kualitatif menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen
(Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005). Dalam bahagian ini dihuraikan tentang alat
pengumpulan data kajian kualitatif dan kuantitatif seperti berikut.

77

1) Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif

Terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel, 2007). Penggunaan ketiga-tiga
kaedah ini akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain, ketidakjelasan daripada
pengutipan data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui teknik temu
bual dan sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik analisis dokumen.
Penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan bahagian daripada proses triangulasi
yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang
konsep yang dikaji (Mohd, 2005; Nana, 2005).

Triangulasi membolehkan data-data yang tidak dapat dikumpul dengan satu


kaedah akan digunakan kaedah yang lain, seperti terlihat pada Rajah 3.2 berikut

Rajah 3.2 Triangulasi kaedah pengumpulan data (Sumber Lexy, 2007)

78

Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif iaitu pemerhatian, temu


bual dan analisis dokumen akan memantapkan kebolehpercayaan dan kesahihan internal
(Merriam, 2001), dan satu kelebihan yang ketara adalah penggunaan pelbagai teknik
pengutipan data yang memberi triangulasi atau pengukuhan data (Marohaini, 2001)
Penggunaan masing-masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah seperti
huraian berikut.

a) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang pelaksanaan


polisi pemerkasaan guru dalam situasi semula jadi Sekolah Menengah Pertama Negeri
di Malang, Indonesia. Pemerhatian yang dilakukan memberikan peluang kepada
penyelidik untuk memerhati, mendengar dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd,
2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang
menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku, cara pengetua melibatkan guru dalam
pelaksanaan membuat keputusan program-program sekolah, dan cara guru membuat
perancangan pembelajaran menggunakan keadaan persekitaran yang tersedia.
Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti
mana dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan
pemerhatian-peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan, a) melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi, b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang
berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.

b) Temu Bual

Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam
proses memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005),

79

berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk


mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber
maklumat yang paling penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual,
dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden untuk
menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya
dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.
Dalam penyelidikan ini, temu bual digunakan untuk mengumpulkan data dan
maklumat dengan pertimbangan:
i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang rangkaian agensi dan autoriti serta
bidang tugasannya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru
ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia.
c) Dokumen
Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang
sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005).
Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara
objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat
memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat
digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis
soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah
mendukung dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan
kaedah dokumen dalam penyelidikan, a) membantu memeriksa data-data yang telah
dikumpulkan, b) dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat
daripada sumber-sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya

80

mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian
yang sedang dilaksanakan, c) inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert,
1996).

2) Alat Pengumpulan Data Kajian Kuantitatif

Dalam bahagian ini terdiri daripada dua huraian, iaitu soal selidik dan
pembinaan soal selidik.

a). Soal Selidik


Soal Selidik ialah sesuatu alat pengumpulan data secara tidak langsung,
penyelidik tidak langsung bertanya jawab dengan responden (Nana, 2005), sesuatu cara
yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan (Sukardi, 2004).
Ada dua jenis soal selidik, pertama soal selidik jawapan dipilih, iaitu subjek
dikehendaki memilih jawapan yang tepat terhadap soalan mahupun rangsangan yang
dikemukakan berdasarkan cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, yang kedua
adalah soal selidik jawapan diberi, iaitu bilamana subjek dikehendaki menjawab soalan
mahupun rangsangan didalam soal selidik (Sukardi, 2004; Mohd, 2005).
Dalam penyelidikan ini digunakan soal selidik jawapan dipilih, hal ini dilakukan
kerana a) soal selidik mudah ditadbir, b) tidak memerlukan kemahiran subjek untuk
melahirkan idea secukupnya melalui tulisan, c) memudahkan menganalisis jawapan
(Nana, 2005; Mohd, 2005). Selain itu, juga menggunakan soal selidik jawapan diberi
yang digunakan untuk memperoleh dapatan kajian tentang kesan guru terhadap
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.

81

b) Pembinaan Soal Selidik

Soal selidik dalam penyelidikan ini digunakan untuk memperolehi data tentang
pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Soal selidik yang digunakan
dengan mengubahsuai soal selidik yang telah digunakan oleh beberapa penyelidik
terdahulu dan sebahagian dibina bersama penyelia serta disesuaikan dengan keadaan
tempat penyelidikan.

i)

Soal Selidik Pemerkasaan Guru

Soal selidik yang digunakan dibina oleh penyelidik dan penyelia serta
mengubahsuai soal selidik yang telah digunakan oleh beberapa penyelidik terdahulu.
Untuk soal selidik pemerkasaan guru, dengan mengadaptasi soal selidik School
Participant Empowerment Scale yang dikembangkan oleh Short.& Rinehart (1992),
dengan bilangan item 38 soal selidik. Setelah dilaksanakan perbincangan dengan
penyelia diperolehi 44 soal selidik dengan menambahkan 6 item soal selidik.
Pengukuran terhadap masing-masing pernyataan menggunakan lima skala Likert, iaitu
(1) sangat tidak memuaskan, (2) tidak memuaskan, (3) kurang memuaskan,
(4) memuaskan, dan (5) sangat memuaskan

ii) Soal Selidik Kepuasan Kerja

Untuk soal selidik kepuasan kerja, digunakan soal selidik yang dibina oleh
penyelidik dengan penyelia serta mengubah suai soal selidik yang pernah digunakan
oleh Siti Suaibah (2004), dan Avadiar (2004). Item soal selidik yang digunakan dengan
mengubah suai dan disesuaikan dengan keadaan tempat penyelidikan dengan meminta
kebenaran kepada penyelia dan dibincangkan dengan pakar. Bilangan item soal selidik
yang digunakan dalam pengambilan data tentang kepuasan kerja adalah 48 item soal

82

selidik. Pengukuran terhadap masing-masing pernyataan menggunakan skala Likert,


iaitu (1) sangat tidak memuaskan, (2) tidak memuaskan, (3) kurang memuaskan, (4)
memuaskan, dan (5) sangat memuaskan

iii) Soal Selidik Komitmen Organisasi

Untuk penyelidikan tentang komitmen organisasi digunakan item soal selidik


Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) yang disusun oleh Mowday dan
telah digunakan oleh Wu Yueh Yun (1994) yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu
afektif, kelangsungan, dan normatif. Bilangan item soal selidik sebanyak 15 item soal,
kemudian dilakukan perbincangan dengan penyelia dan dibina lagi 3 item soal selidik
sehingga jumlahnya menjadi 18 item soal selidik. Dalam penyelidikan ini pengukuran
terhadap masing-masing pernyataan menggunakan skala Likert, iaitu (1).sangat rendah,
(2) rendah, (3) sederhana (4) tinggi, dan (5) sangat tinggi

3.3.2.2 Kesahihan dan Kebolehpercayaan

Soal selidik sebagai alat pengumpulan data hendaknya memenuhi kesahihan dan
kebolehpercayaan. Kesahihan sesuatu alat pengukuran merujuk kepada sejauh mana alat
mengukur data yang sepatutnya ia kehendaki mengukur (Mohd, 2005; Nana, 2005;
Sukardi, 2005). Kebolehpercayaan ialah ketekalan (Sukardi, 2005), berkait dengan
peringkat ketetapan hasil pengukuran (Nana, 2005), ketekalan sesuatu alat ukur dalam
mengukur pemboleh ubah mahupun gagasan (Mohd, 2005).

Untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik, dilakukan


beberapa langkah, iaitu
1) Mengadakan perbincangan dengan penyelia dalam proses pembinaan soal selidik,
2) Menggunakan kumpulan pakar untuk menentukan kesahihan butiran soal selidik,

83

3) Meyakinkan kepada responden bahawa segala maklumat yang diberikan hanya


untuk tujuan kajian semata-mata,
4) Melakukan kajian rintis untuk menguji kesahihan dan kebolehpercayaan soal
selidik.

Huraian

masing-masing

langkah

untuk

memperoleh

kesahihan

dan

kebolehpercayaan adalah seperti berikut:

1) Perbincangan dengan Penyelia

Alat penyelidikan yang digunakan untuk mengambil data, sama ada untuk kajian
kuantitatif mahupun kualitatif selalunya dibincangkan dengan penyelia. Dengan
perbincangan yang telah dilakukan diperoleh maklum balas untuk membaiki item-item
yang terdapat dalam soal selidik dan juga dalam soalan temu bual, sehingga alat
penyelidikan boleh digunakan untuk mengambil data sesuai dengan kajian yang
dilakukan.

2) Menggunakan Kumpulan Pakar

Setelah soal selidik memperolehi kebenaran daripada penyelia, langkah


berikutnya adalah membincangkan item soal selidik dan soalan temu bual dengan para
pakar. Perbincangan yang dilakukan terdiri daripada dua bahagian, iaitu tentang
substansi isi item soal selidik dan soalan temu bual serta susunan kalimat yang
digunakan, dengan tujuan untuk mengetahui kesesuaian maksud daripada soal selidik
dan soalan temu bual, iaitu untuk memperolehi data pelaksanaan polisi pemerkasaan
guru.

Dua pakar telah membantu penyelidik untuk melaksanakan perbincangan


tentang subtansi isi daripada alat pengambil data sama ada masalah soal selidik
84

mahupun soalan temu bual, iaitu Dr. Arif Budiwuryanto, pakar bidang pendidikan dan
juga ahli Dewan Pendidikan bandar Malang, dan Dra. Hj Hari Windu Asrini, M.Si
pakar bidang Bahasa Indonesia yang telah memberikan pembetulan terhadap item soal
selidik dan soalan temu bual hingga sesuai antara kalimat yang ada didalam soalan temu
bual dan soal selidik dengan maksud yang diharapkan terhadap perolehan data yang
diinginkan.

3) Meyakinkan Kepada Responden

Alat penyelidikan yang digunakan untuk memperolehi data adakalanya menurut


responden akan mempengaruhi terhadap dirinya berkait dengan tugasnya. Untuk
menghindari adanya pengisian angket yang bias dan tidak sesuai dengan keadaaan yang
sebenar, maka penyelidik meyakinkan kepada responden dengan memberikan pengantar
bahawa kerahsiaan responden sangat terjaga dalam mengisi soal selidik.

Demikian juga pada saat pelaksanaan temu bual, penyelidik menyampaikan


bahawa hasil daripada temu bual akan ditranskrip, dan didalam transkrip hasil temu bual
tidak disebutkan nama responden dan sekolah dimana mereka bertugas dan keduanya
hanya di kod dan boleh diketahui oleh penyelidik, responden dan penyelia.

4) Melakukan Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan untuk menguji soal selidik yang disediakan oleh
penyelidik, dan hal ini untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik
serta untuk membaiki kelemahan yang ada dalam prosedur kajian. Kajian rintis
dijalankan di dua buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di bandar Malang, selain
daripada sekolah bagi kajian sebenar, hal ini sebagaimana ditegaskan oleh Glesne dan

85

Peshkin (1992) bahawa secara idealnya peserta kajian rintis diperolehi dari populasi
sasaran kajian.

Langkah-langkah yang dilakukan penyelidik semasa peringkat kajian rintis


adalah seperti berikut :
a) Penyelidik meminta surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM, untuk
menjalankan kajian rinstis di dua buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di
Malang.
b) Penyelidik menghantar surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM kepada
pengetua sekolah sebagai tempat menjalankan kajian rintis dan pengetua
memberikan kebenaran kepada penyelidik untuk menjalankan kajian rintis di
sekolah beliau.
c) Penyelidik memulakan pelaksanaan kajian rintis dengan cara berkenalan dengan
calon peserta kajian rintis untuk soalan temu bual, hal ini dilakukan dengan
memberikan penerangan kepada calon peserta kajian rintis supaya calon peserta
kajian rintis tidak timbul sebarang perasaan tidak selesa pada masa kajian ini
dijalankan dan untuk mempertajam kemahiran serta kepercayaan penyelidik untuk
menjalankan kerja lapangan yang sebenar. Sebagai ucapan terima kasih, responden
yang telah selesai ditemu bual, penyelidik memberikan kenang-kenangan sebatang
pen.
d) Untuk kajian rintis soal selidik, penyelidik meminta kepada penolong pengetua
untuk membolehkan penyelidik memilih seramai 40 orang guru daripada masingmasing sekolah, sehingga jumlah responden untuk kajian rintis seramai 80 orang
guru. Kemudian menyampaikan satu set soal selidik yang terdiri daripada 4
bahagian, iaitu identiti responden, soal selidik pemerkasaan guru, kepuasan kerja
dan komitmen organisasi dengan meminta bantuan kepada penolong pengetua untuk

86

menyampaikan kepada guru yang terpilih sebagai responden dan memberikan waktu
kepada responden untuk mengisi soal selidik selama 2 minggu.
e) Soal selidik yang dihantar kepada responden semuanya kembali sejumlah 80 soal
selidik, dan sebagai rasa terima kasih, penyelidik memberikan cendera hati berupa
sebatang pen kepada responden yang sudah mengumpulkan soal selidik melalui
penolong pengetua, dan langkah berikutnya yang dilakukan penyelidik adalah:
i. Memeriksa kandungan soal selidik setelah dikembalikan daripada guru dan
diperolehi bahawa semua item soal selidik sudah diisi.
ii. Memasukan skor item soal selidik kepada borang yang telah disediakan untuk
masing-masing bahagian, iaitu identiti, pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan
komitmen organisasi.
iii. Menguji kesahihan dan kebolehpercayaan item soal selidik dengan memasukkan
skor setiap item kepada borang didalam program SPSS versi 15.0 dengan cara
seperti berikut:
i) Untuk menguji kebolehpercayaan dilakukan dengan menghitung nilai
Cronbachs Alpha (rh) yang disebut juga sebagai nilai r hitung dari ujian
kebolehpercayaan pemboleh ubah. Jika nilai rh 0. 60 boleh diambil
kesimpulan

bahawa

soal

selidik

adalah

memenuhi

kriteria

kebolehpercayaan (Purbayu, 2005).


ii) Untuk ujian kesahihan item soal selidik diperoleh dengan melihat harga rh,
Kemudian melihat nilai r jadual dengan memperhatikan N (bilangan
responden) sebesar 80, diperoleh tingkat kebebasan (df) sebesar 80-2 = 78
dan dengan mengambil tingkat signifikans sebesar 5 peratus diperoleh
nilai rj sebesar 0.2301. Berikutnya adalah membandingkan rh dan rj,
dengan kriteria, jika rh rj bererti bahawa item soal selidik memenuhi

87

kriteria kesahihan, jika sebaliknya maka item soal selidik tidak memenuhi
kriteria memenuhi kriteria kesahihan (Purbayu, 2005).
iv. Berdasarkan hasil ujian tersebut diperolehi hasil seperti berikut:
i) Item soal selidik pemerkasaan guru sebilangan 44 item soal selidik. Daripada
analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh nilai Cronbachs
Alpha sebesar 0.953. Kerana lebih besar daripada 0.6, boleh disimpulkan
bahawa soal selidik memenuhi kriteria kebolehpercayaan. Sedangkan item
soal selidik yang tidak memenuhi kriteria kesahihan adalah item soal selidik
no. 1 dengan nilai rh = -0.019, kerana nilai rh < rj, sehingga yang memenuhi
kesahihan dan kebolehpercayaan sebilangan 43 item soal selidik,
ii) Item soal selidik kepuasan kerja sebilangan 48 item soal selidik. Daripada
analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh nilai Cronbachs
Alpha sebesar 0.902. Kerana lebih besar daripada 0.6, maka boleh
disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi kriteria kebolehpercayaan.
Sedangkan item soal selidik yang tidak memenuhi kriteria kesahihan terdiri
daripada 6 item soal selidik, iaitu No. 3 nilai rh = 0.029, No.9 nilai rh =
0.044, No. 13 rh = -0,136, No. 28 rh = -0.179, No. 32 rh = -0.208 dan No. 35
rh = 0.189, kerana nilai rh < rj,

sehingga yang memenuhi kesahihan dan

kebolehpercayaan item soal selidik sebilangan 42 item soal selidik,


iii) Item soal selidik komitmen organisasi sebilangan 18 item soal selidik.
Daripada analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh nilai
Cronbachs Alpha sebesar 0.872. Kerana lebih besar daripada 0.6, boleh
disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi kriteria kebolehpercayaan.
Sedangkan item soal selidik yang tidak memenuhi kriteria kesahihan adalah
item soal selidik no. 12 dengan nilai rh = 0.178, kerana nilai rh < rj, sehingga

88

yang memenuhi kesahihan dan kebolehpercayaan sebilangan 17 item soal


selidik.
Pemboleh ubah dan indikator soal selidik adalah seperti Jadual 3.3 berikut:
Jadual 3.3.
Pemboleh ubah dan Indikator

No
1

Pemboleh ubah
Pemerkasaan
(School Participant
Empowerment Scale by
Short.& Rinehart (1992),
dan digunakan oleh Wu.
Yueh Yun (1994), Ronit
B.& Anit S (2004),
Martino (2004), Mary.
(2004) dan dibina juga
dengan penyelia.

Kepuasan Kerja
(Dibina dengan penyelia
dan juga mengubah suai
soal selidik yang pernah
digunakan oleh, Avadiar,
2004; St Suaibah, 2004)

Komitmen Organisasi
(Dibina dengan penyelia
dan juga mengubah suai
dari Organizational
Commitment
Questionnarie (OCQ)
Mowday et al dan
digunakan juga oleh Wu
Yueh Yun, (1994)
Jumlah

Indikator

No Soal

Bil

Pembuatan
Keputusan

2,8,14,20,26,31,
34,36,38,39

Pengembangan
Profesionalisme

3,9,15,21,27,32,
40

Status

4,10,16,22,28,35
,42

Kepercayaan Diri

5,11,17,23,29,33

Autonomi

6,12,18,24,41

Pengaruh

1,7,13,19,25,30,
37,43

Faktor dalaman

2, 5, 6, 7, 8, 9,
11, 12, 13, 14,
18, 22, 23, 25,37

15

Faktor luaran

1, 3, 4, 10,15,
16, 17, 19, 20,
21, 24, 26, 27,
28, 29, 30, 31,
32, 33, 34, 35,
36, 38, 39, 40,
41, 42

Jml

10

43

27

42

Afektif

1, 2, 3, 5, 6,16

Kelangsungan

4, 7, 9, 11, 13,
14,15

Normatif

8,10,12, 17

4
17
102

89

3.3.2.3 Penyelidikan Sebenar

Setelah alat-alat penyelidikan telah siap untuk digunakan sebagai pengambil


data, penyelidik menjalankan kajian yang terdiri daripada pelaksanaan penyelidikan
dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan selama tujuh bulan
bermula pada bulan Mei 2007 hingga November 2007. Jangka masa yang diambil
meliputi jangka masa untuk pengumpulan data kualitatif melalui kaedah kajian kes dan
data kuantitatif dengan menggunakan soal selidik.

1) Pelaksanaan Penyelidikan dengan Pendekatan Kualitatif

Pengumpulan data kajian kualitatif dijalankan dengan menggunakan kaedah


kajian kes. Hal ini dilakukan untuk melihat lebih terperinci tentang rangkaian agensi
dan autoritinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Selain itu, kajian ini juga
mendapati pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah terpilih yang
terdiri daripada dua buah sekolah untuk masing-masing kategori pertama, kedua, dan
ketiga. Pemilihan sekolah ini dilakukan untuk melihat pelaksanaan polisi pemerkasaan
guru di masing-masing sekolah tempat kajian dan membandingkan dengan sekolahsekolah di tempat kajian daripada masing-masing kategori.

Data-data tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengumpulan data


untuk kaedah kajian kualitatif adalah:

a) Rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan guru didapati peranan
dan fungsinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.
b) Pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang meliputi enam dimensi, iaitu penglibatan
dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri,
autonomi dan pengaruh.

90

c) Masing-masing daripada dimensi pemerkasaan guru ditinjau dari aspek pelaksanaan


polisi yang terdiri daripada enam aspek iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan,
purata, responsiviti dan aspek kesesuaian.

Untuk memperoleh data tentang perkara-perkara tersebut dilakukan pengambilan


data dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Huraian masing-masing kaedah dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i) Pemerhatian

Dengan kaedah pemerhatian, penyelidik dapat melakukan kunjungan terhadap


Sekolah Menengah

Pertama Negeri di Malang Indonesia. Dalam melaksanakan

pemerhatian, penyelidik pernah mengikuti pengundian penolong pengetua yang


dilaksanakan oleh sekolah yang mempuyai kod A06. Pelaksanaan pengundian penolong
pengetua dilakukan dengan melibatkan semua guru yang dilakukan secara demokratik,
dalam erti bahawa setiap guru mempunyai kesempatan untuk mengundi sesuai dengan
pilihan dan kehendaknya dengan cara memasukkan pilihannya ke dalam kotak yang
telah disediakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap guru diberi peluang untuk
ikut memberikan keputusan menentukan penolong pengetua sesuai dengan pilihannya.

Selain itu penyelidik juga terlibat dalam kegiatan bengkel peningkatan


profesionalisme guru bidang penyelidikan tindakan kelas yang dilaksanakan di sekolah
yang mempuyai kod A02 dan A06. Dalam kegiatan tersebut penyelidik sebagai
pembentang yang menyampaikan tentang asas dan proses pelaksanaan penyelidikan
tindakan kelas serta cara menulis laporan penyelidikan tindakan kelas.

Demikian juga kegiatan yang dilakukan oleh Forum Komunikasi dan Solidaritas,
sebuah Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) peduli pendidikan dengan beberapa

91

pembentang

dari

Dewan

Pendidikan

bandar

Malang.

Kegiatan

tersebut

diselenggarakan untuk melaksanakan pemerkasaan Komite Sekolah pada akhir Julai


2007 yang dihadiri oleh penyelidik untuk melakukan pemerhatian dan temu bual bebas
dengan beberapa peserta. Selain itu, kegiatan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah bekerja sama dengan Madrasah Tsanawiyah Negeri tentang kegiatan bengkel
usaha kesihatan sekolah, telah dihadiri pula oleh penyelidik dan juga dilakukan temu
bual bebas dengan para peserta kegiatan bengkel.

Dengan mengikuti beberapa kegiatan tersebut dapat diketahui tentang aktiviti


dan suasana, tindakbalas intuisi dan gerak hati yang dialami penyelidik serta semua
faktor-faktor yang bergabung bersama (LeCompte dan Preissle, 1993), sehingga melalui
pemerhatian ini memberikan gambaran data pada situasi sebenar daripada responden
yang berkaitan dengan pelaksanaan pemerkasaan guru.

ii) Temu Bual

Untuk memperoleh data tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dan


memperlengkapkan data, selain menggunakan pemerhatian adalah melakukan temu
bual. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu apabila
penyelidik mahu mendapatkan apa yang ada dalam fikiran seseorang (Patton, 1990).
Temu bual perlu dilakukan jika penyelidik tidak dapat memperhatikan tingkah laku,
perasaan, atau cara manusia menginterpretasi dunia di sekeliling mereka, dan juga
diperlukan apabila penyelidik berminat terhadap suatu peristiwa yang terlah berlalu
(Merriam, 2001), dan kegiaan temu bual dilakukan sebagai salah satu alat pengumpul
data yang disebut dengan triangulasi (Lexy, 2007).

Kegiatan temu bual yang dilaksanakan penyelidik dilakukan dengan membuat


temu janji terlebih dahulu dengan para responden dan berpandukan soalan temu bual

92

yang telah disusun. Pelaksanaan temu bual sesuai dengan temu janji yang telah
disepakati dilaksanakan di tempat kajian, iaitu di sekolah untuk pelaksanaan temu bual
dengan pengetua, penolong pengetua dan guru, sedangkan untuk Komite Sekolah,
pelaksanaan temu bual dilaksanakan di tempat kerja pimpinan Komite Sekolah
berkhidmat, dan sebahagian dilaksanakan di rumah pimpinan Komite Sekolah.
Manakala ahli parlimen, pelaksanaan temu bual dilaksanakan di Pejabat Parlimen dan
untuk jawatan pendidikan daerah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah.

Responden dalam kegiatan temu bual adalah pengetua seramai lima orang,
penolong pengetua dua orang, dan 14 orang guru. Sedangkan untuk kajian agensi
pelaksanaan pemerkasaan guru, selain pengetua yang menjadi responden temu bual
adalah, tiga orang Pegawai Pelajaran Daerah, tiga orang ahli Parlimen Daerah, 6 orang
ahli Komite Sekolah, dua orang ahli Dewan Pendidikan. Sehingga bilangan
keseluruhan responden adalah 35 orang. Hal ini sudah ada tambahan bilangan
responden, kerana sebelumnya sesuai kebenaran yang diperoleh daripada penyelia,
bahawa bilangan responden temu bual seramai 21 orang, disebabkan maklumat selama
pelaksanaan penyelidikan masih belum diperoleh dapatan kajian yang mencukupi, dan
untuk melengkapkan data hasil temu bual, sehingga ada penambahan seramai 14 orang,
dan bilangan keseluruhan responden temu bual menjadi seramai 35 orang.

Adapun rincian responden dalam pelaksanaan temu bual dalam penyelidikan ini
seperti pada Jadual 3.4 berikut:

93

Jadual 3.4
Rincian Responden Kajian Kualitatif

No

Lembaga

Pengetua Penolong

SMPN 5

SMPN 6

SMPN 18

SMPN 20

Pimpinan

Ahli

Jumlah

SMPN 12

SMPN 17

Pejabat Pelajaran Daerah

Parlimen Daerah

Dewan Pendidikan

10

Komite Sekolah

11

NGO (badan
kerajaan)

12

Forum Ilmiah Pendidik


Jumlah

Guru

bukan

11

12

35

Hasil daripada temu bual yang dirakamkan dengan tape recorder selanjutnya
dibuat transkripsi dan diberi kod untuk setiap transkripsi. Berikutnya adalah
menyampaikan hasil transkripsi temu bual kepada responden yang bersangkutan untuk
dilakukan verifikasi serta penambahan atau pengurangan tentang data yang telah
disampaikan kepada penyelidik. Setelah verifikasi transkripsi oleh responden selesai,
sebagai bentuk ucapan terima kasih penyelidik kepada responden, maka masing-masing
responden diberikan tanda terima kasih berupa sebatang pen.

94

iii) Analisis Dokumen

Sebagaimana dikemukakan dalam proses triangulasi, bahawa pengumpulan data


selain dilakukan dengan pemerhatian dan temu bual, dilakukan pula dengan kaedah
analisis dokumen. Data yang terkumpul melalui analisis dokumen adalah bertujuan
untuk memperlengkapkan dan memberi bukti kepada data yang didapati dari sumber
lain seperti pemerhatian dan temu bual (Razali, 1994; Nana, 2005; Sukardi, 2005).
Terdapat pelbagai jenis dokumen yang boleh digunakan untuk mendapatkan data,
seperti surat, memorandum, agenda, minit mesyuarat, laporan bertulis, dokumen
pentadbiran, dokumen dalaman dan juga bahan yang tersiar dalam akhbar (Nana, 2005;
Sukardi, 2005)

Antara dokumen yang telah dianalisis untuk tujuan mendapatkan data bagi
penyelidikan ini, iaitu;

a) Undang-undang No. 22 tahun 1999 tentang Pemerintahan Daerah


b) Undang-undang No. 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional
c) Undang-undang No. 14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (Pensyarah)
d) Peraturan Pemerintah Republik Indonesia No.19 tahun 2005 Tentang Standard
Nasional pendidikan
e) Keputusan Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia No. 044/U/2002
Tentang Dewan Pendidikan dan Komite Sekolah.
f) Peraturan Daerah No. 13 tahun 2001 tentang Sistem Penyelenggaraan Pendidikan
Bandar Malang
g) Peraturan Daerah Bandar Malang No. 5 tahun 2004 tentang Pembentukan,
Kedudukan, Tugas Pokok, Fungsi dan Struktur Organisasi Dinas Daerah sebagai
Unsur Pelaksana Pemerintah Bandar Malang

95

h)

Peraturan Daerah Kota Malang No.6 tahun 2004 Tentang Pembentukan, kedudukan,
Tugas Pokok, Fungsi dan Struktur Organisasi Badan dan Kantor sebagai Lembaga
Teknis Pemerintah Kota Malang

i) Data guru Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di bandar Malang


k) Rancangan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Daerah Bandar Malang tahun
2007
l) Profil Pendidikan bandar Malang tahun 2007
m) Laporan kegiatan Dewan Pendidikan bandar Malang tahun 2005-2006
n) Rancangan Pengembangan Sekolah

2) Pelaksanaan Penyelidikan dengan Pendekatan Kuantitatif

Kajian lapangan pengumpulan data kuantitatif dengan menggunakan soal selidik


untuk mendapatkan data-data tentang perkara-perkara pelaksanaan polisi pemerkasaan
guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia, iaitu:

a) Identiti responden kajian, yang meliputi segi jantina, gred jawatan kepegawaian,
peringkat pendidikan, bilangan tahun mengajar dan gaji yang diperoleh dalam
sebulan
b) Kesan guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru
c) Pesepsi guru terhadap pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi
Langkah

awal

penyelidik

untuk

mengumpulkan

data

adalah

dengan

menyampaikan satu set soal selidik kepada responden yang terpilih sebagai sampel
melalui penolong pengetua. Dari sejumlah 360 orang guru sebagai responden, soal
selidik yang dikembalikan sejumlah 302 soal selidik, ini bererti sebesar 83.9 peratus
responden mengembalikan soal selidik yang telah diedarkan. Sebagai rasa terima kasih,

96

penyelidik memberikan cendera hati berupa sebatang pen kepada responden yang sudah
mengumpulkan soal selidik melalui penolong pengetua

Langkah berikutnya adalah dilakukan pemilihan soal selidik yang boleh


dianalisis, kemudian dilakukan penskoran sejumlah 296 soal selidik, ini bermakna
sebesar 98 peratus soal selidik yang boleh dianalisis dari sebilangan 302 soal selidik
yang telah dikembalikan oleh responden. Dari jumlah tersebut, skor yang diperoleh
dimasukkan dalam program SPSS versi 15.0 dan dilakukan ujian untuk mencari out lier
yang kemudian dikeluarkan dari kumpulan data, dan data terakhir yang boleh dianalisis
sejumlah 286 responden.

3.4. Kaedah Analisis Data

Dalam bahagian ini dihuraikan tentang kaedah analisis data yang digunakan
dalam menjelaskan data-data tentang perkara-perkara tentang pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru yang dikaji dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

3.4.1. Analisis Data Kualitatif

Kajian dalam penyelidikan ini boleh dicirikan sebagai pelaksanaan polisi, iaitu
sesuatu yang berkenaan dengan produksi maklumat tentang nilai mahupun manfaat
hasil polisi (Dunn, 2003; AG Subarsono, 2005). Untuk mengetahui apakah sesuatu
aktiviti dilaksanakan, setakatmana pencapaiannya dan juga untuk mengetahui kekangan
dan kesan dalam pelaksanaannya, diperlukan adanya kajian terhadap pelaksanaanya.

Untuk menganalisis rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan


guru, dianalisis tentang peranan dan fungsi masing-masing agensi yang terdiri daripada
lima agensi iaitu Pejabat Pelajaran Daerah, Parlimen Daerah, Dewan Pendidikan,
Komite Sekolah dan Sekolah . Masing-masing daripada agensi ditinjau fungsi dan

97

peranannya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama


Negeri di Malang Indonesia.

Sedangkan untuk memperoleh gambaran pelaksanaan polisi diperlukan adanya


aspek-aspek pelaksanaan polisi sebagai fokus penyelidikan. Adapun aspek pelaksanaan
polisi pemerkasaan guru di enam buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang
Indonesia terdiri daripada enam aspek, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata,
responsiviti dan kesesuaian (Dunn, 2003, Lexy, 2007).

Aspek-aspek dan persoalan pelaksanaan polisi sebagai fokus penyelidikan


seperti Jadual 3.5 berikut :

Jadual 3.5
Aspek-aspek Pelaksanaan Polisi

No

Aspek Pelaksanaan

Persoalan

Keberkesanan

Apakah hasil yang diinginkan telah tercapai?

Efisiensi

Bagaimana cara yang dilakukan dalam melaksanakan polisi?

Kecukupan

Setakat mana hasil yang telah tercapai boleh memecahkan


masalah?

Purata

Apakah manfaat didistribusikan kepada semua kelompok


masyarakat yang berbeza?

Responsiviti

Apakah hasil polisi memuat nilai kelompok dan boleh


memuaskan mereka?

Kesesuaian

Apakah hasil yang diperolehi bermanfaat?

Sumber: (Dunn, 2003; AG Subarsono, 2005; Lexy, 2007)

Sehingga analisis data kajian kualitatif yang dilaksanakan sejumlah 36 hasil


dapatan kajian seperti pada Jadual 3.6 berikut:

98

Jadual 3.6
Kerangka Analisis Aspek Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Dimensi

No
Aspek

Pembuatan
Keputusan

Peningkatan
Profesionalisme

Status

Kepercayaan
Diri

Autonomi

Pengaruh

Keberkesanan ...............

....................

........

.............

............

............

Efisiensi

...............

....................

........

.............

............

............

Kecukupan

...............

....................

........

.............

............

............

Purata

...............

....................

........

.............

............

............

Responsiviti

...............

....................

........

.............

............

............

Kesesuaian

...............

....................

........

.............

............

............

Data-data hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dikelompokkan


menurut aspek-aspek pelaksanaan polisi dan disilangkan dengan dimensi pemerkasaan
guru.

3.4.2 Analisis Data Kuantitatif

Data yang diperoleh daripada soal selidik iaitu skor tentang pemerkasaan guru,
kepuasan kerja dan komitmen organisasi dianalisis dan dilakukan ujian menggunakan
analisis regresi linear berganda. Setelah diperoleh skor tentang pemerkasaan guru,
kepuasan kerja dan komitmen organisasi, langkah berikutnya adalah melakukan
transformasi datapada dari skala ordinal (skala Likert) menjadi skala selang dengan
menggunakan Method of Successice Interval (MSI) dengan rumus seperti berikut:

Y = NS + [1 + NS min ]
Y

= skala selang

99

[(density at lower limit) (density at upper limit)]


NS

=
[(area below upper limit) (area below lower limit)]

sedangkan tahap-tahap transformasi data skala ordinal kepada skala selang adalah
seperti berikut :

1) Tentukan kekerapan setiap skor jawapan daripada responden


2) Tentukan proporsi setiap kekerapan jawapan responden
3) Tentukan kekerapan kumulatif setiap kekerapan jawapan responden
4) Hitung nilai Z untuk setiap proporsi kumulatif
5) Tentukan nilai

tinggi density

untuk

setiap nilai Z yang diperoleh

dengan

menggunakan Jadual Tinggi Density


6) Tentukan nilai skala (NS).
7) Tentukan nilai skala selang dengan rumus Y = NS + [1 + NS min ] (Riduwan, 2007)

Untuk menguji pengaruh pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi,
digunakan analisis regresi linear berganda seperti berikut :

Yi = 0 + 1X1i + 2X2i + 3X3i + 4X4i + 5X5i + 6X6i + i

(Gujarati, 2003)

Y 1i

= kepuasan kerja (pemboleh ubah tidak bebas pertama),

Y 2i

= komitmen organisasi (pemboleh ubah tidak bebas kedua),

X 1i

= penglibatan dalam membuat keputusan,

X 2i

= peningkatan profesionalisme ,

X 3i

= status

X 4i

= kepercayaan diri,

X 5i

= autonomi ,

X 6i

= pengaruh

= titik potong dengan sumbu tegak


100

= koefisien regresi ke-j (j=1,2,3,4,5,6)

= pengamatan ke-i

= faktor gangguan
Sedangkan untuk menguji hubungan kepuasan kerja dengan komitmen

organisasi digunakan analisis korelasi Pearson.

3.4.2.1 Ujian Andaian

Penggunaan analisis regresi untuk menguji hipotesis, boleh digunakan jika


memenuhi lima andaian klasik yang mendasari, iaitu normaliti, multikolineariti,
heteroskedastisiti, autokorelasi dan lineariti dengan huraian seperti berikut.

1) Ujian Normaliti

Normaliti adalah distribusi probabiliti dari unsur gangguan diharapkan memiliki


purata sama dengan nol, tidak berkorelasi dan tidak mempunyai varian yang tetap.
Untuk mengetahui ada tidaknya normaliti dilakukan dengan mengamati penyebaran
data pada sumbu diagonal pada sesuatu grafik dengan asas yang digunakan untuk
pengambilan keputusan adalah a). jika data menyebar diperkitaran garis diagonal dan
mengikuti arah garis diagonal, maka model regresi mempunyai residual yang normal,
b). jika data menyebar jauh dari garis diagonal dan mahupun tidak mengikuti arah garis
diagonal, maka model regresi tidak memenuhi andaian normaliti. (Singgih, 2001).

2) Ujian Multikolineariti

Multikolineariti adalah adanya sesuatu hubungan linear yang sempurna antara


beberapa mahupun semua pemboleh ubah bebas (Singgih, 2001; Gujarati, 2003). Untuk
mengetahui adanya multikolineariti boleh dilakukan dengan cara: a) mengamati nilai

101

R2, F hitung dan t hitung. Jika nilai R2 dan F hitung tinggi sementara nilai t hitung banyak yang
tidak bererti, maka model regresi mungkin terjadi multikolineariti (Gujarati, 2003), b).
mengamati nilai Varians Inflation Factor (VIF) dan Tolerance. Jika nilai VIF ada
diperkitaran satu dan angka Tolerance mendekati satu, maka model regresi mungkin
terjadi multikolineariti (Singgih, 2001)

3) Ujian Autokorelasi

Autokorelasi adalah korelasi antara anggota serangkaian pengamatan yang


diurutkan menurut waktu mahupun ruang, dengan kata lain bahawa sesuatu unsur
gangguan yang berhubungan dengan pengamatan dipengaruhi oleh gangguan yang
berhubungan dengan pengamatan lain. Gejala autokorelasi sering terjadi kerana faktor
gangguan tidak bebas dari satu pengamatan ke pengamatan lainya. Untuk menguji
autokorelasi digunakan Ujian Durbin Watson (Singgih, 2001).

Untuk menentukan apakah terjadi autokorelasi atau tidak, diperoleh dengan cara
melihat hasil d ujian Durbin Watson, kemudian melihat harga dU

(harga d batas

atas)dan dL (harga d batas bawah) yang tersedia di jadual dengan memperhatikan


banyaknya sampel, banyaknya pemboleh ubah bebas dan peringkat kepercayaan yang
dikehendaki. Langkah berikutnya dicocokkan dengan jadual Ujian Durbin Watson
seperti Jadual 3.7 berikut :

102

Jadual 3.7
Keputusan Ujian Durbin Watson

No

Nilai Durbin Watson

Keputusan

0 d < dL

Ada autokorelasi positif

dL < d < dU

Daerah ragu-ragu

dU < d < 4 - dU

Tidak ada Autokorelasi

4 - dU < d < 4 - dL

Daerah ragu-ragu

4 - dL < d < 4

Ada autokorelasi negatif

Sumber : Gujarati, 2003

4) Ujian Heteroskedastisiti

Heteroskedastisiti adalah sesuatu keadaan dalam sesuatu pengamatan di mana


semua gangguan mempunyai varians yang sama (Gujarati, 2003). Masalah
heteroskedastisiti terjadi apabila gangguan pada model yang sedang diamati tidak
memiliki varians yang tetap dari satu pengamatan ke pengamatan lain. Gejala ini sering
terjadi apabila regresi menggunakan data cross section dibandingkan dengan data time
series. Untuk mengenali ada tidaknya heteroskedastisiti iaitu dengan melihat ada
tidaknya pola tertentu pada scatterplot yang menunjukkan hubungan antara Regression
Studentised Residual dengan Regression Standarized Predicted Value. Jika titik-titik
yang terbentuk menyebar secara acak dan tidak membentuk pola yang jelas, maka
model regresi mungkin tidak ada masalah heteroskedastisiti (Singgih, 2001).

5) Ujian Lineariti

Andaian ini menyatakan bahawa dalam persamaan regresi linear hubungan


antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah tidak bebas adalah linear. Andaian ini

103

akan menjadi dasar dalam penentuan persamaan regresi yang sesuai, apakah persamaan
regresi linear, logaritma, kubik atau kuadratik.

3.4.2.2 Ujian Hipotesis

Apabila syarat-syarat diperkenankannya model regresi dipenuhi yang terdiri


daripada normaliti, multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti maka
langkah berikutnya adalah menguji hipotesis statistik yang diajukan dalam penyelidikan
ini dan analisis data yang dilakukan dengan bantuan program SPSS versi 15.0. Adapun
ujian yang dilakukan adalah:
1) Ujian F
Ujian F dilakukan untuk menguji hubungan keleseluruhan pemboleh ubah bebas
secara bersama-sama dengan pemboleh ubah tidak bebas, dalam hal ini menguji
hipotesis berikut:
H0

: 1= 2= 3= 4= 5= 6= 0, yang bererti bahawa semua pemboleh ubah bebas


yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama tidak
mempunyai pengaruh yang bererti terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu
kepuasan kerja dan komitmen organisasi.

H1

: H0 tidak benar, yang ertinya tidak semua pemboleh ubah bebas yang terdiri dari
enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama tidak mempunyai
pengaruh yang bererti terhadap pemboleh ubah tidak bebas iaitu kepuasan kerja
dan komitmen organisasi.

Pengujian dilakukan dengan membandingkan F hitung dengan F tabel. Jika F hitung


F tabel, maka Ho ditolak dan bererti bahawa pada peringkat signifikans tertentu pemboleh
ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama
mempunyai hubungan yang bererti dengan pemboleh ubah tidak bebas iaitu kepuasan

104

kerja dan komitmen organisasi, namun jika F

hitung

<F

tabel

maka yang terjadi adalah

sebaliknya.

2) Ujian t

Ujian t digunakan untuk menguji hubungan antara masing-masing pemboleh


ubah bebas dengan pemboleh ubah tidak bebas dan dianggap bahawa pada saat
pengujian sesuatu pemboleh ubah bebas, tidak terjadi perubahan pada pemboleh ubah
bebas lainnya. Ujian t ini digunakan untuk menguji hipotesis berikut :

H0

j = 0

H1

j 0

H0 menunjukkan hipotesis nol, sedangkan H1 adalah hipotesis alternatif, j


menunjukkan koefisien korelasi pemboleh ubah bebas ke-j. Dalam hipotesis nol j = 0,
hal ini bererti bahawa tidak ada hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas kej (j = 1,2,3,4,5,6) yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru dengan pemboleh
ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi, sedangkan
hipotesis alternatif j 0, hal ini bererti bahawa ada hubungan yang bererti antara
pemboleh ubah bebas ke-j yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru dengan
pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi.

Pengujian dilakukan dengan membandingkan t


t

tabel,

hitung

dengan t

tabel.

Jika t

hitung

maka H0 ditolak yang bererti bahawa pada peringkat signifikans tertentu ada

hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas ke-j yang terdiri dari enam dimensi
pemerkasaan guru dengan pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja
dan komitmen organisasi, sedangkan jika t hitung < t tabel, maka H0 diterima yang bererti
tidak ada hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas ke-j yang terdiri dari enam

105

dimensi pemerkasaan guru dengan pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari
kepuasan kerja dan komitmen organisasi.
3) Ujian Koefisien Determinasi (R2)

Ujian koefisien determinasi untuk mengetahui seberapa besar sumbangan


keseluruhan pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru
terhadap pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen
organisasi.

Sebagai usaha bagi melengkapkan dan menyempurnakan hasil daripada


penyelidikan, serta untuk memperoleh maklum balas daripada responden tentang
dapatan kajian dalam penyelidikan ini, penyelidik telah membentangkan hasil dapatan
kajian pada tarikh 28 Disember 2007 yang dilaksanakan di Universiti Muhammadiyah
Malang, Indonesia. Kegiatan tersebut dihadiri oleh responden, pensyarah Fakulti
Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universiti Muhammadiyah Malang dan juga dihadiri
oleh penyelia Prof. Dr. Sufean Hussin.

106

You might also like