You are on page 1of 4

Pengenalan Kepada Landskap

1. Landskap bermaksud rupa daratan yang meliputi apa sahaja yang dapat
dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuh tumbuhan,
tasik, gunung-ganang dan sebagainya.
2. Pelandskapan adalah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang,
mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan,
keselamatan dan mewujudkan suasana yang indah dan harmoni dengan
persekitaran semula jadi.
3. Reka bentuk landskap bermakna memilih dan menyusun atur elemen
landskap seperti tumbuhan, struktur, air, batu batan untuk mewujudkan
ruang di kawasan luaran. Reka bentuk landskap merupakan satu seni
mengubah dan menyusun elemen landskap berasaskan prinsip reka
bentuk.
4. Pereka bentuk landskap ialah individu yang mereka bentuk landskap.
5. Arkitek landskap ialah seorang professional yang bertauliah dalam bidang
seni landskap untuk menjalankan kerja merancang dan mereka bentuk
landskap.
6. Kontraktor landskap ialah seorang peniaga yang membuat kerja-kerja
pembinaan landskap.
Elemen dalam landskap
Elemen dalam landskap merupakan sumber utama yang digunakan dalam reka
bentuk landskap. Empat elemen asas dalam landskap ialah:
a) Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan landskap terdiri pelbagai jenis dan sepsis. Ia ditanam
bagi memberikan fungsi khusus di dalam landskap. Fungsi tumbuhan
boleh dibahagikan kepada dua aspek:
i.
Fizikal
Mengawal hakisan air
Meredakan iklim
Sebagai tirai melindungi pantulan cahaya, pemandangan yang
kurang menyenangkan dan tiupan angin
Memberi teduhan daripada panas matahari
Mengarah pergerakan lalu lintas terutama lalu lintas pejalan kaki
ii. Estetika
Membentuk ruang luar bangunan
Merangka atau membingkai pemandangan
Melembutkan pemandangan seni bina bangunan

Mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi


Menjadi penyatu kepada pelbagai elemen dalam sesebuah
kawasan.

Faktor pemilihan tumbuhan landskap berdasarkan kepada beberapa


ciri berikut:
i.

Tekstur
Tekstur tumbuhan boleh disebut sebagai kasar, sederhana atau
halus. Terdapat dua jenis tekstur iaitu tekstur pandang dan tekstur
sentuh. Tekstur pandang terjadi daripada perbezaan di antara
bahagian yang mendapat cahaya dengan yang tidak menerima
cahaya. Tekstur sentuh terdapat pada batang dan daun sama ada
kasar, sederhana atau halus.

ii.

Warna
Warna merupakan ciri paling popular dalam reka bentuk landskap.
Antara tumbuhan yang memberikan warna yang terang ialah
seperti puding, bunga kertas dan bunga raya.

Pokok Bunga Puding


iii.

Pokok Bunga Raya

Bau-bauan
Terdapat juga bunga, daun dan kulit tumbuhan yang mengeluarkan
bau-bauan yang harum seperti bunga kenangan, cempaka, melur,
tanjung dan ros.

Pokok Bunga Cempaka


iv.

Pokok Bunga Kenanga

Bentuk
Terdapat beberapa bentuk semulajadi pokok seperti berikut:

Bujur

Bulat

Kon

Piramid Terbalik
Lonjong

Kipas

Tidak Sebentuk

Payung

v.

Air
Air dalam sesuatu kawasan landskap dapat melembutkan suasana,
menyejukkan persekitaran, menghasilkan bunyi dan untuk tujuan
rekreasi. Air dapat meningkatkan kecantikan kawasan persekitaran
Dalam bentuk kolam, air terjun dan air pancut.

vi.

Rupa bumi
Rupa bumi dalam landskap semula jadi merangkumi bukit bukau,
lembah, dataran dan sebagainya. Ia mempengaruhi iklim, taburan
tumbuhan dan hidupan yang berhabitat di atasnya.

vii.

Struktur dan binaan


Struktur dan binaan merupakan binaan yang keras, padu dan
bersifat tetap dalam sesuatu kawasan landskap seperti wakaf, siar
kaki, kerusi, lampu taman, pergola, pintu gerbang dan simen ferro.

Jenis Landskap
i.

Landskap lembut
Landskap lembut ialah pelandskapan yang melibatkan penggunaan
elemen semulajadi seperti tumbuhan dan air.

ii.

Landskap kejur
Landskap kejur ialah pelandskapan yang melibatkan penggunaan
elemen buatan dank eras seperti batu, kayu, lampu, wakaf dan siar
kaki.

You might also like