You are on page 1of 22

KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan

Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10


jam
Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar
sekolah

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT


1.
2.
3.

Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di


luar bilik darjah.
Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT


1.
2.
3.
4.
5.

PERANCANGAN
KERJA AMALI
REFLEKSI
LAPORAN
PENGHARGAAN

1.
a.
b.
c.
d.
e.
f.

PERANCANGAN
Mengenal pasti dan memilih tajuk projek
Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek
Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat
Menyenarai dan membahagikan tugas
Menentukan cara mengumpul maklumat
Menentukan cara merekod projek

2.

KERJA AMALI

a.
b.
c.

Melaksanakan projek
Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan
Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa
menjalankan tugas

3.
a.
b.
c.

REFLEKSI
Menilai kerja yang telah dijalankan
Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan
Menulis jurnal refleksi peribadi

4.

LAPORAN

a.
b.
c.

Menentukan cara menyediakan laporan


Menulis laporan individu/kumpulan
Membentangkan laporan

Format Laporan
Tema
Nama Projek
Tarikh/ Tempoh Pelaksanaan Projek
Ahli Kumpulan Projek
Guru Penasihat
Objektif Projek
Pelaksanaan Projek
i.
Perancangan
ii.
Kerja Amali
iii.
Refleksi
Cadangan/Komen
Penghargaan
5.

PENGHARGAAN
Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek

PENILAIAN DALAM KHIDMAT MASYARAKAT


KONSEP
berdasarkan objektif kurikulum

dijalankan secara individu/berkumpulan

dijalankan di luar bilik darjah sekurang-kurangnya 10 jam setahun

PENILAIAN DIBUAT MERANGKUMI 3 ELEMEN :


1. PEMERHATIAN
2. REFLEKSI
3. LAPORAN

Penilaian Khidmat Masyarakat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu :


Bil.

Komponen Penilaian

Jumlah Skor

A
B
C
D

Perancangan
Kerja Amali
Refleksi
Laporan

10
20
5
5

Jumlah

40

Jadual Kriteria Penilaian Khidmat Masyarakat :


Gred
A
B
C
D

Kriteria
30 - 40
20 - 29
10 - 19
0 -9

DESKRIPSI GRED

A. Penglibatan murid ditahap yang yang cemerlang dalam aktiviti Khidmat


Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti
B. Penglibatan murid ditahap yang baik dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi
membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti
C. Penglibatan murid ditahap yang memuaskan dalam aktivti Khidmat Masyarakat
D. Penglibatan murid ditahap yang sederhana dalam aktiviti Khidmat Masyarakat

CONTOH LAPORAN

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT


Tema
: Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
Nama Projek : Jom Pi Muzium Padi
Tarikh
: 24 April 2007
Tempat
: Muzium Padi Negeri Kedah
Guru Penasihat : En. Abdul Halim b Zainuddin
Ahli Kumpulan.
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK

: Johari b Jaafar
: Roni bt Samsuddin
: Aishah bt Hamid
:
Penemuramah:
- Chu Eng
- Rosiyah bt Mohammad
Jurugambar dan Dokumentasi
- Sevasundram a/l M. Suppiah
- Jamil Akhir b Yahya
Pengangkutan dan Keselamatan :
- Md Basri b Arifin
Pelapor
- Johari b Jaafar

Objektif Projek :
1. Menerangkan proses penanaman padi
2. Mempromosikan Muzium Padi Kedah sebagai satu destinasi Tahun Melawat
Malaysia 2007.
3. Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia

Strategi Pelaksanaan
Perancangan :
Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak pertengahan
bulan Mac. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan
sempurna. Pemilihan projek Jom Pi Muzium Padi ini dicadangkan oleh ahli kumpulan
berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Warisan Kepelbagaian Budaya
Malaysia Tingkatan Empat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat sempena Tahun
Melawat Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan.
Kumpulan kami memilih sumber Muzium Padi Negeri Kedah kerana dapat
mendedahkan budaya Melayu dalam sosio ekonomi. Pihak yang terlibat dalam projek ini
ialah Pegawai dan staf muzium, Pegawai Daerah, media massa dan orang
ramai.Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan projek ini ialah dengan cara
pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui ICT serta buku. Kumpulan
kami memilih cara dokumentasi dan power-point untuk merekod hasil projek.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan Pengetua
dan sokongan Guru Penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.
Kelulusan daripada paihak Muzium Padi Kedah dan kerjasama daripada Pegawai Daerah
serta masyarakat setempat telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini
hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksa
dihadapi seperti masa dan keselamatan.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan ( lihat Lampiran 1 ).
Secara adil dan saksama agihan tugas\dan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap
ahli bagi melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan
teliti agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan
perbelanjaan sebenar adalah seperti ditunjukkan di bawah :
Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Jom Pi Muzium Padi Kedah
Pendapatan
Sumbangan pihak sekolah
( PCG )
Sumbangan PIBG
Sumbangan individu

RM
RM 600.00

Jumlah

RM 900.00

RM 200.00
RM 100.00

Perbelanjaan
Pengangkutan
Kain Putih ( 3 meter )
Cat
Warna
Kertas Pendua
Kertas Lukisan
Makan dan minum
Jumlah

RM
RM 600.00
RM 12.00
RM 20.00
RM 12.00
RM 7.00
RM 3.00
RM 200.00
RM 854.00

Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti
dijalankan mengikut jadual ( lihat Lampiran 2 )
Kerja Amali.
Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan kerja
lapangan dan mengenal pasti aktiviti yang dapat dilakukan untuk memperkenalkan
Muzium Padi Kedah kepada orang ramai. Aktiviti seperti poster, brosur, banner dan
menyediakan laman web telah dihasilkan untuk menjayakan projek ini seminggu lebih
awal.
Pada hari projek dijalankan, kami mendapat bantuan daripada kakitangan Muzium
Padi untuk mengedarkan bahan-bahan yang telah kami hasikan kepada orang ramai.
Kami berasa sungguh gembira dan teruja akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan
jayanya. Pihak muzium turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kami
ambil untuk mempromosikan Muzium Padi Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia.
Jamuan teh pagi dan petang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami manakala jamuan
makan tengahari telah disumbangkan oleh pihak PIBG.
Refleksi
Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan
hinggalah akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah,
kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek Jom Pi Muzium
Padi. Kami turut memberikan pandangan atau cadangan untuk menambahbaik projek
dalam khidmad masyarakat masa akan datang. Setiap ahli kumpula telah membuat
catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini ( lihat Lampiran 3 )
Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan
telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.
Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang
telah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami dapat :
i.
mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat
ii.
mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancar
iii.
memahami peraturan-peraturan mesyuarat
iv.
mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkap
v.
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak
vi.
berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan
orang yang lebih dewasa
vii.
memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan
sesuatu projek
viii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.

Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa


menjalankan projek. Antaranya ialah :
i.
Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai
muzium.
ii.
Gagal membuat temuramah dengan berkesan kerana masalah komunikasi
iii.
Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan.
iv.
Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami
melaksanakan projek yang dicadangkan.
Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami
ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua,
Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan
projek ini.
Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak muzium seharusnya
memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatih
berkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar.
Akhirnya mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah
dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk semangat patriotik masyarakat terhadap
warisan kepelbagaian budaya Malaysia.
Penghargaan
Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pegawai Daerah, pihak Muzium Padi Kedah dan penduduk setempat kerana memberikan
kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini.
Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan
datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
( RONI BT SAMSUDDIN )
Setiausaha Projek Jom Pi Muzium Padi,
SMK Seri Sentosa, Pulau Pinang.

LAMPIRAN 1
Minit Curai
Tajuk
: Mesyuarat Perancangan Projek Jom Pi Muzium Padi
Tempat
: Bilik Gerakan SMK Seri Sentosa
Tarikh
: 17 Mac 2007
Panel Mesyuarat
: En. Halim bin Zainuddin (Penasihat Projek)
Aisyah binti Hamid
Sevasundram A/L M. Suppiah
Rosiyah binti Mohamad
Md. Basri bin Arifin
Jamil Akhir bin Yahya
Johari bin Jaafar
Chu Eng @ Chu Poo Chu
Roni binti Samsudin
Tujuan
: Membuat perancangan projek khidmat masyarakat
Keputusan Mesyuarat : Saudara Johari bin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi projek.
Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan ahli jawatankuasa yang
Dilantik.
Projek Jom Pi Muzium Padi akan dilaksanakan pada 24 April
2007
Tindakan Susulan : Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir sekolah
Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua minggu sekali.
Permohonan membuat lawatan ke Muzium Padi ke JPN
Mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Padi
Kedah.

LAMPIRAN 2
CARTA GANTT PROJEK JOM PI MUZIUM PADI
BULAN
PERKARA
Tinjauan ke tempat lokasi projek
Mesyuarat pertama
Mesyuarat kedua
Perjumpaan pertama
Pelaksanaan projek
Penulisan laporan
Pembentangan laporan

APRIL
MI

M2

M3

M4

Borang Refleksi
Nama
Tingkatan
Peranan

: Md Basri b Arifin
: 4 Waja
: Mengumpul maklumat secara menemuramah

Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek


- memperoleh maklumat yang terperinci berkenaan proses penanaman
padi
- dapat mengenali peralatan yang digunakan dalam keseluruhan proses
penanaman padi
- mengenalpasti produk-produk yang dihasikan daripada padi atau beras
- memperkenalkan Muzium Padi kepada masyarakat Malaysia
Masalah semasa menjalanakan projek
- Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas
- Gagal membuat temuramah secara berkesan kerana masalah
komunikasi.
Cadangan
-

Pihak Muzium seharusnya memberi penerangan secara perperinci


kepada murid-murid.
Ahli kumpulan perlu berlatih berkomunikasi secara berkesan sebelum
memulakan projek.

Harapan
-

Kerja amali khidmat masyarakat ini memberi pengalaman secara


hands-on kepada murid-murid yang dikaitkan dengan kehidupan
seharian mereka.

CONTOH 2
Tema

Hidup Bermasyarakat

Nama Projek

Rumah Perlindungan Nurul Hana

Tarikh

24 April 2007

Pelaksanaan Projek

Tempat

Rumah Perlindungan Nurul Hana

Guru Penasihat

Ahli Kumpulan Projek

Pn. Rokiah Binti Abu Bakar

Pengerusi

Pn. Zaliza Binti Ibrahim

Setiausaha

Pn Foo Wai Choo

Bendahari

Pn. Norliza Binti Ab. Ghani

Ahli Jawatankuasa

Pengangkutan

Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman

Cenderamata & Hadiah:

Pn. Nur Hayati Binti Wasim

Dokumentasi

Pn. Zaubaidah binti Mat Yusof

Peny. Aktiviti

Pn. Hasnizom binti Hassan

Persegaran

Pn. Embut Binti Embong

Keselamatan

Pn Rohaya Binti Ibrahim

OBJEKTIF PROJEK
i)

Menjalinkan hubungan mesra dengan penghuni

ii)

Memupuk kesedaran diri di kalangan penghuni

iii)

Memberi perangsang dan motivasi kepada penghuni

PERANCANGAN
Projek ini telah dirancang sejak bulan Mac 2007. Perancangan awal dilakukan
supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan

berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus
berdasarkan isu-isu gejala social di kalangan remaja perempuan yang semakin menular di
dalam masyarakat kini.
Kami menyedari remaja kini mengalami krisis kejiwaan pada usia remaja antara
keseronokan hidup dengan tanggungjawab sebagai pelajar.

Kami terpanggil untuk

menjalankan projek ini setelah terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan
bayi yang semakin berleluasa.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua
dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.
Kelulusan daripada pihak ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan Nurul Hana telah
membakar semangat untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada awalnya
kami tidak dibenarkan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini.
Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I & II).
Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli
kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi
pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.
BELANJAWAN PROJEK RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA
Pendapatan
Sumber PPK

RM
200.00

Perbelanjaan
Cenderamata

Sumber Ahli

45.00

Jamuan

JUMLAH
KERJA AMALI

245.00

RM
95.00

Ringan/Kuih 50.00

Muih

100.00

Pengangkutan
JUMLAH

245.00

Pada 24 April 2007, kami seramai 20 orang telah menaiki bas ke Rumah
Perlindungan Nurul Hana. Setibanya di sana kami disambut oleh penyelia- penyelia
pusat tersebut dengan mesra. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang penubuhan
rumah perlindungan ini yang mana ia merupakan salah satu projek Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam.
Sepanjang berada disitu, kami telah melakukan aktiviti beramah mesra dengan
penghuni. (Sila rujuk Lampiran III & IV). Kami berasa sungguh gembira dan berbesar
hati kerana dapat menjayakan projek ini dengan bantuan semua penyelia. Kami juga
merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak pengurusan rumah ini
membenarkan kami menyiapkan projek khidmat masyarakat.

Disamping itu, kami

sempat membeli sambil menderma hasil-hasil kraftangan penghuni rumah perlindungan


tersebut.
Sebagai penutup, kami mengadakan jamuan ringan bersama penghuni dan pihak
pengurusan rumah ini. Kami juga menyampaikan cenderamata kepada semua penghuni
dan pihak pengurusan sebagai tanda terima kasih.
REFLEKSI
Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal
hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik
pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli
kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V).
CADANGAN DAN KOMEN
Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada
kemesraan antara ahli kumpulan dengan penghuni rumah tersebut.
pemerhatian,

didapati

para

penghuni

rumah

perlindungan

gembira

Daripada
menerima

cenderamata daripada kami dan menyatakan keyakinan mereka untuk membina hidup
yang lebih baik selepas keluar dari rumah tersebut.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi
dari projek ini. Di antaranya kami dapat:

Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.

Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.

Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.

Merasa lebih yakin semasa berurusan dan bekomunikasi dengan orang luar
atau orang yang lebih dewasa.

Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.

Merasa bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka.

Mendapat maklumat tentang tipu helah semasa pergaulan bebas.

Mengagumi pengorbanan dan kegigihan pihak pengurusan rumah tersebut


yang berjaya memberi perlindungan kepada wanita malang tanpa bantuan
yang mencukupi daripada pelbagai pihak.
Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :

Peruntukan kewangan yang terhad.

Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti.

Terpaksa berhati-hati semasa beramah mesra agar tidak menyentuh perasaan


penghuni.

Sukar mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah tersebut.


Kami berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli

merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada
pihak pengetua dan guru penasihat serta pihak pengurusan rumah tersebut mendorong
kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

Kami ingin mencadangkan supaya di masa-masa akan datang diadakan kempen


kesedaran tentang gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penekanan
lebih kepada remaja perempuan. Melancarkan kutipan derma untuk mengisi tabung
rumah perlindungan sebagai salah satu cara khidmat masyarakat. Selain daripada itu,
ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjual hasil-hasil kraftangan penghuni
kepada warga sekolah.

PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pengetua, guru penasihat seteusnya pihak pengurusan Rumah Perlindungan
Nurul Hana kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.
Ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa
depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga
berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Sekian, terimakasih.

Laporan disediakan oleh;

(FOO WAI CHOO)


Setiausaha Projek Rumah Perlindungan Nurul Hana
SMK

LAMPIRAN I
Minit Curai
Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana
Tempat

Kelas 2 Pintar

Tarikh

24 Mac 2007

Ahli

Pn. Rokiah Binti Abu Bakar


Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Pn Foo Wai Choo
Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Pn. Zubaidah binti Mat Yusof
Pn. Hasnizom binti Hassan
Pn. Embut Binti Embong
Pn Rohaya Binti Ibrahim
Tujuan

Membuat perancangan projek khidmat masyarakat

Keputusan Mesyuarat :

Pn Zaliza Binti Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi projek

Mesyuarat bersetuju dengan AJK yang dilantik

Projek akan dilaksanakan pada 24 April 2007

Menetapkan aktiviti yang akan dilakukan

Tindakan Susulan

Memaklumkan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana

Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan rumah perlindungan.

LAMPIRAN II
Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Kali
Pertama 2007
Tempat

Kelas 2 Pintar

Tarikh

1 April 2007

Masa

2.00 petang

Ahli

Pn. Rokiah Binti Abu Bakar


Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Pn Foo Wai Choo
Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Pn. Zubaidah binti Mat Yusof
Pn. Hasnizom binti Hassan
Pn. Embut Binti Embong
Pn Rohaya Binti Ibrahim
Agenda
1.0

Perkara
Ucapan Pengerusi

Tindakan

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli Makluman


dan meminta AJK membentangkan laporan kemajuan
2.0

tugasan.
Pengesahan Minit Mesyuarat
Pencadang : Pn. Foo Wai Choo

3.0

Penyokong : Pn Haniszom Binti Hassan


Laporan AJK Induk
3.1 Laporan Setiausaha
Surat menyurat kepada pihak pengurusan telah

Makluman

dihantar.
3.2 Laporan AJK Kewangan
Bendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan Makluman
RM245.00 dapat dikumpulkan.
3.3 Laporan AJK Aktiviti
Semua aktiviti telah dirancang dan dipersetujui oleh
semua ahli kumpulan.
3.4 Laporan AJK Pengangkutan
Tempahan

bas

telah

dibuat

dengan

bayaran

RM100.00
Bas KAJ 1088 akan bertolak pukul 2.00 petang
3.5 Laporan AJK Persegaran
AJK akan menyedia dan membawa kuih-muih ke
rumah tersebut .

Kos sebanyak RM45.00 akan

dibelanjakan.
3.6 Laporan AJK Keselamatan
Surat kebenaran pelajar telah diedarkan kepada
ibubapa.
3.7 Laporan AJK Cenderamata
AJK cenderamata akan membeli cenderamat kepada
pihak pengurusan dan semua penghuni.
Anggaran
4.0

perbelanjaan

sebanyak

RM95.00

diperlukan.
Hal-hal Lain
Pengerusi mengingatkan agar semua ahli menepati masa Makluman
yang telah ditetapkan dan menjaga imej sekolah.
Pengerusi juga meminta agar ahli menjalankan tugas
dengan penuh komitmen dan dedikasi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang


Disediakan oleh

Disemak oleh

..

..

(FOO WAI CHOO)

(ZALIZA BINTI IBRAHIM)

Setiausaha

Pegerusi

Projek Rumah Peridungan Nurul Hana

Projek Rumah Peridungan Nurul

Hana

LAMPIRAN III
LAPORAN KERJA AMALI
WAKTU
2.00 -2.30 pm

AKTIVITI
SUAIKENAL
Ahli kumpulan diperkenalkan dengan pihak pengurusan Rumah

2.30 3.00 pm

Perlindungan Nurul Hana


TAKLIMAT
Taklimat ringkas daripada Pn. Rosni binti Abdullah (Kerani Rumah
Perlindungan Nurul Hana)
Taklimat oleh Pn. Hjh. Asiah binti Ismail (Naib Pengerusi Rumah

3.00 4.00 pm

Perlindungan Nurul Hana)


SESI BERAMAH-MESRA DAN MOTIVASI
Peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan semua
penghuni seramai 18 orang.
Setiap ahli kumpulan didedahkan cara berkomunikasi dengan penghuni

4.00 4.30 pm

sebelum sesi beramah mesra dijalankan.


TINJAUAN PERSEKITARAN
Peserta projek diarahkan meninjau bilik penghuni dan tempat aktiviti

4.30 5.00 pm

harian mereka.
MAJLIS PENUTUP
Majlis penutupan diadakan oleh Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul
Hana iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Daharah Binti Ismail BKM,
PJK,JP.

Penyampaian cenderamata daripada ahli kepada setiap penghuni.


5.00 5.30 pm

Cenderamata kepada Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana


JAMUAN RINGAN
Semua ahli bersama dengan pihak pengurusan menikmati jamuan
ringan.
PERJALANAN PULANG

6.00 pm

LAMPIRAN IV
CARTA GHANT
PROJEK BERAMAH MESRA RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA
BULAN
PERKARA
Tinjauan ke lokasi projek
Mesyuarat Pertama
Mesyuarat Kedua
Pelaksanaan projek
Penlisan Laporan
Pembentangan Laporan

MAC
M3

CONTOH BORANG REFLEKSI INDIVIDU

APRIL
M4

M1

M2

You might also like