You are on page 1of 14

Kerjaya Juruterbang

KERJAYA SEBAGAI JURUTERBANG


<!--[if !supportLists]-->1.0

<!--[endif]-->Pengenalan

Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan
pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu
keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya,
mahupun keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini dikawal-selia oleh pelbagai
peraturan, perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu
diselaraskan dengan keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan
demikian, tenaga kerja yang terlibat d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera kapal
terbang, mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil
serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf secara global.
Industri penerbangan adalah satu industri yang profesional. Profesional dengan ertikata
ianya dikawal-selia secara kendiri (self-regulatory) oleh industri tersebut melalui badan kawalan
yang diiktiraf. Badan ini berperanan menetapkan piawaian dan peraturan industri,
memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penerbangan, mengawal
kualiti perkhidmatan penerbangan, dan juga mengeluarkan lesen dan sijil kepada mereka yang
ingin berkhidmat di dalam industri penerbangan. Bagi industri penerbangan, badan kawal-selia
yang dimaksudkan adalah Jabatan Penerbangan Awam (JPA atau DCA). DCA adalah sebuah
agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang berperanan menggubal, memperkenal,
melaksana dan menguatkuasakan segala perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan
industri penerbangan di negara ini. Semua peraturan, perundangan dan garis panduan ini pula
perlulah dipastikan selaras dan menepati piawaian dan kehendak industri antarabangsa agar
perkhidmatan penerbangan di Malaysia diiktiraf secara global.

Berdasarkan faktor sejarah, Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh undang-undang


penerbangan British, yang dikendalikan oleh CAA (Civil Aviation Authority of
UnitedKingdom) berbanding FAA (Federal Aviation Administration of the United States) di
Amerika. CAA kemudiannya menjadi ahli kepada JAA (Joint Aviation Authorities
oftheEuropean Union) yang memberi pengiktirafan kepada semua pemegang lesen
daripada mana-mana badan gabungannya untuk berkhidmat di dalam industri penerbangan
di mana-mana negara Eropah atau yang menerima-pakai persijilan JAA. Oleh kerana DCA
Malaysia memakai sistem CAA, maka sijil yang dikeluarkan oleh DCA juga diiktiraf oleh JAA
(Ir. Ahmad Jais Alias dan Hj. Ahmad Zahir Mokhtar, 2007).

<!--[if !supportLists]-->2.0

<!--[endif]-->Bidang Tugas Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai
anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar
seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak
gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu
kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri,
seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan
penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat
penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para
juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan
melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal
dilakukan. Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan
berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta
keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa
dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem
yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara
dari mula hingga akhir penerbangan.
Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian,
penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar
tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang
berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing.
Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam
dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar
negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula,
kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain
selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin,
2005).
3.0
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang


Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
Boleh berkomunikasi dengan baik.
Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.

7.
Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8.
Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9.
Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa
bantuan optik dan tidak buta warna).
10.
Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11
Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.
(Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

<!--[if !supportLists]-->4.0 <!--[endif]-->Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan


Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah
latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air
Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia,
Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan
mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan.
Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang
melayakkan anda sebagai juruterbang (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).
<!--[if !supportLists]-->5.0 <!--[endif]-->Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam
Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan
diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 24 tahun
dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon. Untuk menjadi
seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari
institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara (Mohd. Yahya Mohamed
Ariffin, 2005).

6.0

Skim Perkhidmatan

KLASIFIKASI

: PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


SKIM PERKHIDMATAN

: JURUTERBANG/PEMERIKSA
JURUTERBANG

Gred

Gred A3

Gred A2

Gred A1

Jadual Gaji

P1T1

$1161

P1T24

$3031

P2T1

$1230

P2T24

$3222

P3T1

$1302

P3T24

$3428

P1T1

$3040

P1T6

$3785

P2T1

$3195

P2T6

$3970

P3T1

$3356

P3T6

$4161

P1T1

$3634

P1T6

$4443

P2T1

$3789

P2T6

$4649

$3968

P3T6

$4863

P3T1
<!--[if !supportLists]-->6.1 <!--[endif]-->

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Terdiri daripada warganegara
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan serta
mempunyai sekurang-kurangnya 1000 jam pengalaman penerbangan sebagai "Pilot in
Command".
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3: P1T4); ATAU

(ii) Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman


penerbangan
1,500 jam dari Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3 : P1T4); DAN
d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon-calon hendaklah juga
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.
<!--[if !supportLists]-->6.2 <!--[endif]-->

Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred A3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan, mana
berkenaan.
<!--[if !supportLists]-->6.3 <!--[endif]-->

Tempoh Percubaan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A3 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat


dalam tempoh percubaan selama 3 tahun.
<!--[if !supportLists]-->6.4 <!--[endif]-->

Latihan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang boleh dikehendaki mengikuti kursus latihan yang


ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan (http:// www .eghrmis. gov.my
/wp_content2/pekeliling / PP91 / PP91Bil09/PP91Bil09Ms71.html).

Syarat :
Kadar:

7.0
Bayaran Insentif Juruterbang
Rujukan :
JPA (S) 215/8/2-1 Klt.2(38) bertarikh 25 Mac 1996
Syarat dan Kadar :
Dibayar kepada Juruterbang di Jabatan Penerbangan Awam

Jawatan dan Bidang Tugas


a. Juruterbang Penguji Pesawat Udara
b. Juruterbang yang mempunyai Airline Transport
Licence
c. Juruterbang yang mempunyai Commercial Pilot
Licence / Instrument

Kadar Sebulan (RM)


3000.00
5000.00

3500.00:

Agensi Terlibat :
Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan
(http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/elaun/Bayaran%20Insentif/Bay_005.htm)

8.0

Lesen Penerbangan

Terdapat tiga bentuk lesen penerbangan.


1. Private Pilot Licence (PPL). Lesen ini diambil oleh individu yang mempunyai hobi membawa
pesawat. Mereka tidak dibolehkan membawa penumpang.
2. Commercial Pilot licence (CPL). Untuk mendapatkan lesen ini, individu berkenaan harus
mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
3. Airline Transport Pilot Licence (ATPL). Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang
perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL
serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
9.0

Jenis Pesawat

Jenis pesawat adalah seperti berikut:


<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Twin Otter yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Fokker 50 yang boleh membawa 50 orang penumpang.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Boeing 737 boleh memuatkan hingga 400 orang
penumpang.
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Air Bus 330.
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Boeing 777.
<!--[if !supportLists]-->6. <!--[endif]-->Boeing 747
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
10.0

Kenaikan Pangkat

Untuk membolehkan First Officer menjawat jawatan Kapten, juruterbang harus


melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah ditetapkan untuk setiap pesawat yang

dibawa secara bergilir dengan Kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten,
turut bergantung kepada kekosongan yang ada.
Untuk membolehkan seorang First Officer dan Kapten membawa pesawat yang
berlainan jenis pula, mereka perlu mempelajari secara terperinci tentang pesawat tersebut
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
<!--[if !supportLists]-->11.0<!--[endif]-->
11.1

Institusi-Institusi Latihan Juruterbang

Akademi Penerbangan Malaysia atau Malaysian Flying Academy (MFA)

11.1.1 Latar Belakang Akademi Penerbangan Malaysia


<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Akademi Penerbangan Malaysia merupakan akdemi

yang pertama yang telah ditubuhkan di Malaysia dan juga di Asia Timur. Akademi ini terletak di
Batu Berendam, Melaka.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Selain faktor jarak di antara Kuala Lumpur dan

Melaka yang hanya mengambil masa dua jam perjalanan, faktor cuaca yang baik sepanjang
tahun dengan suhu di antara 28-32 darjah celsius dan mempunyai ruang angkasa yang luas
telah menjadikan Mukim Batu Berendam, Melaka sebagai lokasi terbaik bagi penempatan
Akademi Penerbangan Malaysia.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Cuaca memainkan peranan yang penting kerana

pelajar perlu menjalani latihan penerbangan sehingga mencukupi jumlah jam yang diwajibkan.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Menurut Pengetua atau Pengurus Besar MFA, Gp.

Kapt.M.Kashav, akademi ini ditubuhkan berdasarkan panduan yang disediakan oleh


Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Manakala, kaedah latihan diluluskan oleh Jabatan

Penerbangan Awam Malaysia (DCA) berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam United Kingdom (CAA). Sementara itu, para pelajar sentiasa diberi
peperiksaan yang akan disediakan oleh pihak DCA dan juga UKCAA.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Peranan utama MFA adalah untuk memberikan
pengetahuan dan latihan dalam melahirkan juruterbang yang profesional bagi mengisi
kekosongan syarikat penerbangan dalam negara mahupun luar negara.

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Latihan penerbangan menggunakan pasawat ringan

satu enjin dan enjin berkembar, landasan asphalt, kawalan trafik udara yang lengkap, dan
perkhidmatan lapangan terbang yang canggih.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->MFA juga mempunyai sebuah pesawat Single

Piston-Engined Piper Tomahawk, 12 buah pesawat Single Piston-engined Piper Warriors, dan
empat buah pesawat Twin Piston-engined Piper Seneca III.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->MFA berjaya melahirkan juruterbang bagi syarikat

penerbangan utama di dunia seperti Singapore, Airlines, Silk Air, Air Mauritius, Polis Diraja
Malaysia, dan Polis Hong Kong (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
<!--[if !supportLists]-->11.1.2 <!--[endif]-->Syarat-Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan di
MFA
Mereka yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan di MFA, perlu mengambil
kursus pemulaan, Lesen Juruterbang Komersial (Commercial Pilots Licence - CPL). Kursus
selama 14 bulan ini membabitkan latihan penerbangan selama 200 jam dengan 700 jam
pelajaran teori. Jika berjaya menamatkan kursus ini, pelatih akan mendapat CPL beserta
Instument Rating (IR) yang membolehkan mereka membawa pesawat ringan Piper Seneca III.
Bagi melayakkan diri mengikuti kursus ini, pemohon mesti lulus pemeriksaan perubatan
Kelas sebagaimana yang ditetapkan oleh DCA. Pemohon juga dikehendaki mahir dalam
bahasa Inggeris kerana pembelajarannya seratus peratus dalam bahasa tersebut.

Untuk mengikuti kursus CPL ini, pemohon mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun
pada masa ujian penerbangan terakhir dijalankan. Di samping itu, mereka mesti mempunyai
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.
Selain itu, pemohon yang memiliki Sijil Am Pelajaran O Level, atau sijil lain yang setaraf
dengan SPM dan lulus dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Inggeris, Matematik, dan
Sains boleh diterima (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
11.1.3 Tahap Temu Duga dan Latihan di MFA
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Setelah pemohonan untuk belajar di MFA diterima,
pelatih harus melalui tiga tahap sesi temu duga.

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Kegagalan dalam mana-mana peringkat akan

menyebabkan peluang untuk mengikuti latihan penerbangan tidak tercapai.


<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Tahap pertama ialah ujian Psyco Motor iaitu

kordinasi antara mata, tangan, dan kaki. Tahap kedua ialah Aptitude dan tahap ketiga ialah
Oral Interview.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Setelah melepasi ketiga-tiga tahap tersebut, pelajar

akan ditempatkan di MFA, untuk mengikuti latihan penerbangan selama 14 bulan.


<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Latihan-latihan yang perlu dijalani oleh pelatih di

MFA:<!--[if !supportLists]-->1) <!--[endif]-->Latihan menerbangkan pesawat satu enjin selama 165 jam.
Pesawat ini mempunyai empat tempat duduk.
<!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Latihan menerbangkan pesawat dua enjin selama 35 jam.
Pesawat ini mempunyai enam tempat duduk.
<!--[if !supportLists]-->3) <!--[endif]-->Latihan secara visual. Latihan ini memerlukan pelatih
berhubung dengan menara kawalan dan menerbangkan pesawat mengikut peta yang diberikan
untuk mencari tempat atau lokasi yang telah ditetapkan
<!--[if !supportLists]-->4) <!--[endif]-->Latihan Peralatan Penerbangan (Instument Flying) yang
dilakukan di dalam pesawat dua enjin. Latihan ini tidak memerlukan pelatih melihat atau
nampak daratan, kerana penerbangan yang dibuat berpandukan pada isyarat radio.
<!--[if !supportLists]-->5) <!--[endif]-->Latihan secara praktikal dan teori dilakukan berselang hari.
Latihan secara teori (ground school) meliputi subjek Undang-Undang Udara, Peraturan
Pesawat, Enjin Kapal Terbang, Elektrik dan segala-gala mengenai pesawat tersebut.
MFA turut menawarkan kursus 12 minggu kepada juruterbang yang ingin mendapat Lesen
Juruterbang Pesawat Persendirian (Private Pilots Licence - PPL). Kursus ini boleh diikuti
secara sepenuh masa dan juga separuh masa (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
<!--[if !supportLists]-->11.1.4 <!--[endif]-->Kursus Lanjutan Di MFA
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Bagi kursus lanjutan, MFA menawarkan Kursus

Airline Transport Pilots (ATPL)Kursus ini membabitkan enam minggu pelajaran dasar, sebelum
pelatih mengambil peperiksaan ATPL United Kingdom yang dijalankan oleh DCA di Kuala
Lumpur.

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Selain itu, MFA menawarkan kursus Asistant Flying

Instructor Rating (AFI). Kursus ini mengambil masa enam minggu dan dibuka kepada
juruterbang yang mempunyai CPI dengan IMC atau IR yang sah bagi tempoh sekurangkurangnya tiga bulan.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Kursus tersebut menyediakan latihan dasar dan

penerbangan di bawah penyeliaan pengajar berpengalaman. Bagi kursus AFI ini, pemohon
mesti mencatatkan 150 jam penerbangan sebagai juruterbang kanan (pilot in command)
sesebuah kapal terbang. Pemohon juga diwajibkan lulus peperiksaan prakemasukan (pre-entry)
dan ujian penerbangan yang dijalankan oleh pemeriksa daripada DCA (Norhayati Hj. Ramlee,
2002).

11.1.5 Kemudahan Di MFA


<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->MFA menyediakan kemudahan yang sungguh

selesa bagi para pelajarnya.


<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Akademi ini mempunyai lima buah blok asrama

dengan jumlah 73 bilik yang berhawa dingin.


<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Terdapat dewan makan, surau, kemudahan sukan,

dan rekreasi bagi pelajar yang menumpukan sepenuh masa terhadap pengajian mereka.
<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Kemudahan lain ialah bilik kuliah yang boleh

memuatkan 20 pelajar, bilik penerangan, dan bilik rehat selain mempunyai ruangan latihan bagi
juruterbang (cockpit) Frasca 142 bagi latihan dan prosedur penerbangan asas.
Menerusi pembiayaan penaja seperti MARA atau Sistem Penerbangan Malaysia (MAS),
lepasan sekolah boleh menyertai Malaysian Flying Academy (MFA). MFA diiktiraf oleh
Singapura dan jabatan penerbangan tertentu selain daripada syarikat penerbangan
tempatan (Norhayati Hj. Ramlee,2002).
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

11.2

Asia Pacific Flight Training (APFT)

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Asia Pacific Flight Training (APFT), bertempat di

Pengkalan Chepa, Kelantan, yang merupakan sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia yang
menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT ialah Mejar
(B) Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat dan
memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL).

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->Pelatih dikenakan yuran pengajian RM190,000

merangkumi semua kelengkapan sepanjang pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian,


tempat tinggal dan makanan di samping buku rujukan.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Pelatih didedahkan kepada lima subjek asas
memandu pesawat bagi memastikan mereka melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum
layak mendapat lesen juruterbang yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Antara mata pelajaran itu adalah meteorologi dan
navigation, yang menjadi nadi penting juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali
set perhubungan.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Sepanjang 15 bulan pengajian dengan 165 jam
latihan memandu pesawat satu enjin dan 35 jam mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu
membuktikan mereka mampu menjadi juruterbang yang cekap dan berdisiplin.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Setiap pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh
pengajian dengan sekurang-kurangnya 42 jam hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum
layak mendapatkan Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan DCA.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->Setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai
juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat
penerbangan lain di dunia (Betty Subaryati, 2007).

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->
12.0

Organisasi Latihan Penerbangan Dan Kelab Penerbangan

Aviation Flying Training Organization


S/N

Organisation

Adress

Tel

Fax

1.

Malaysia Flying
Academy
Sdn. Bhd

No. 101, Lot 3224,


Mukim Batu Berendam,
75350 Melaka.
(PPL/A, CPL/A, IR, AFI & FI)
Web site
http://www.mfa.edu.my/

06-3174026

06-3174362

2.

Integrated Training &


Services

Lot 38021,
Jalan Lapangan Terbang,
31350 Ipoh,
PERAK
(PPL/A/H, AFI & CPL/H)

05-3135696

05-3136436

3.

H.M.Aerospace Sdn.
Bhd.

No 49, The boulevard,


Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putera,
60200 Kuala Lumpur. (HQ)
Singgahsana, Jalan Kuala Muda
Mukim Padang Mat Sirat
07100 Langkawi
Kedah Darul Aman
(PPL/A, CPL/A, IR &AFI)

03-27305099
04-9532000

03-27305010
04-9532001

4.

Asia Pacific Flight


Training

Suite 50-5-5, Level 5


Wisma UOA Damansara
50 Jalan Dungun
50490 Kuala Lumpur
Sultan Ismail Petra Airport
Pengkalan Chepa
16100 Kota Baharu
Kelantan
Website:
www.asiapacificflighttraining.com

603-20923177
609-7738722

603-20939218
609-7738891

Flying Clubs
1.

Kelab Penerbangan

Hangar KP4B, Lpgn Terbang Batu

06-3176717

06-3176717

4B Malaysia

Berendam

2.

Kelab Penerbangan
Sabah

Old Airport Terminal, International Airport,


Post Office Box 10747, K.K.

088-55049/
219406

088-219626

3.

Kelab Penerbangan
Tanjong

13 Floor, Off Blk. , Sheraton Hotel, 3 Jln.


Larut 10050

04-2272888

04-2284018

4.

Kelab Rekreasi Udara


Langkawi

Langkawi International Airport, Pdg Mat


Sirat
Langkawi, Kedah

04-9552191

04-9552195

5.

Sarawak Flying Club

North Pan Hangar, Kuching International


Airport, 92357 Kuching, Sarawak

082-463103

082-574892

6.

Subang Flying Club

Terminal 3, Sultan Abdul Aziz Salahuddin


Airport, Jln. Lpgn Terbang SAAS,
47200 Subang, Selangor

03-78469134

03-78472135

7.

Elite Flying Club

Depature Hall, Terminal 3, Lpgn Terbang


Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang,
Selangor

03-78591466

03-78591290

03-78464733

03-78464745

03-78052895

03-78052817

rd

8.

ESB Flying Club

No. 22C, 3 . Floor,


Jln. SS 19/1D,
47500 Subang Jaya, Selangor

9.

FAS Udara Flying Club

113A, Block A, Kelana Busines Centre, SS


7/2,
47301 Petaling Jaya, Selangor.

10.

FRAS Flying Club

Cargo Complex, Sultan Ismail International


Airport,
81250 Senai, Johor

019-7252843

07-5995290

11.

Royal Selangor Flying


Club

Old Airport Road,


50460 Kuala Lumpur

03-21411934

03-21411982

P.O. Box 11769,


50756 K. Lumpur
12.

Terengganu Flying Club

Tkt. 1, Lot PT 17693-K, Tmn. Semarak,


21200 K. Trengganu, Trengganu

09-6664750

09-6664750

13.

Johor Flying Club

Cargo Apron, Sultan Ismail International


Airport,
Senai

07-5991255

07-5990355

14.

Kedah Flying Club

Lpgn Terbang Sultan Abdul Halim (Rumah


Kelab)
Kepala Batas

04-7145051

04-7142381

15.

Kelab Aero Perak

Jalan Lapangan Terbang,


Ipoh, Perak

05-3127359

05-3127359

(http://www.mot.gov.my/BM/Akta1.cfm)

13.0

Penutup

Kerjaya sebagai juruterbang memang terbuka luas, berikutan perkembangan pesat


industri penerbangan dari dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan, sama
ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.
Dari segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain, selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Kerjaya dalam bidang ini manjanjikan masa depan yang cerah.

You might also like