You are on page 1of 3

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI

Di sini saya akan menceritakan mengenai seorang tokoh ilmuan Islam yang amat dikagumi dan
dihormati bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan sehingga ke hari ini.Tokoh yang
dimaksudkan ialah Hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali.Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin
Muhammad At-Thusi.Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana.Bapanya tidak
berpelajaran dan bekerja sebagai seorang penenun wool serta mempunyai sebuah kedai di
Thus.Walaupun tidak berpelajaran tetapi bapanya amat mementingkan pelajaran terhadap
anaknya.Ini dibuktikanapabila sebelum bapanya meninggal dunia,bapanya telah mewasiatkan alGhazali dan saudaranya Ahmad kepada seorang ahli sufi untuk dijaga dan diberikan ilmu
sehingga habis harta peniggalan bapanya.Tidak lama kemudian bapanya meniggal dunia dan
tinggallah mereka berdua bersama ahli sufi.Setelah abis harta peniggalan bapanya ahli sufi
meminta al-Ghazali untuk ke sekolah supaya keperluan mereka terjaga kerana ahli sufi sudah
tidak mampu lagi untuk menyara mereka.Mereka akur dengan permintaan ahli sufi dan
ddenagan sebab inilah mereka mendapat kebahagian dan diangkat darjat mereka.Sejak kecil
lagi al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada
ramai guru.Pelbagai cabang ilmu telah diterokai dan dikuasai sehingga menjadikan beliau
seorang yang amat dihormati dan disegani.Ditengah-tengah zaman kegemilangannya berlaku
satu peristiwa yang menyebabkan al-Ghazali terpaksa meninggalkan kariernya kerana kehilangan
kata-kata. Setelah berlaku peristiwa tersebut,al-Ghazali telah berhijrah ke Mekah.Di sana beliau
telah beruzlah dan berkhalwah selama sepuluh tahun..Setelah sepuluh tahun beruzlah beliau
diminta dan menerima desakan daripada para wali untuk keluar mengajar.Dengan niat yang
berbeza daripada sebelumnya dan hanya kerana Allah Taala beliau keluar mengajar dan
bertekad memperbaiki diri sendiri dan orang lain.Beliau hanya sempat mengajar dalam masa
yang singkat.Tidak lama kemudian beliau telah meniggal dunia di Thus tempat kelahiran beliau
pada tahun 505 Hijrah.Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada Islam.Beliau telah
mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam,ilmu falsafah,ilmu tasawwuf dan ilmu
fiqh.Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab hasil daripada pelbagai cabang ilmu yang
beliau pelajari.Kitab yang paling popular ialah kitab Ihya Ulumuddin yang mengisahkan tentang
kebangkitan ilmu-ilmu agama.Kesimpulan yang dapat saya buat hasil kajian terhadap riwayat
hidup Imam Al-Ghazali dan sumbangannya dalam Islam ialah beliau seorang tokoh yang tidak ada
pengganti pada masa kini.Saya amat kagum dan hormat kepada Imam Al-Ghazali atas kejayaan
beliau dalam hidup.
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah,tuhan yang mencipta sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad S.A.W,rahmat sekalian alam serta atas keluarga dan para sahabat
baginda sekaliannya.Bersyukur saya kehadrat Allah kerana member peluang kepada saya untuk
mengkaji serba- sedikit tentang riwayat hidup seorang tokoh ilmuan Islam yang amat disegani
bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan hingga ke hari ini serta sumbangan beliau
dalam tamadun Islam.Tokoh yang dimaksudkan ialah Imam Al-Ghazali-Hujjatul Islam dan
Pembaru Kurun ke-5(450-505 Hijrah).Imam Al-Ghazali merupakan seorang tokoh ilmuan yang
sangat dikagumi dan disegani kerana beliau dapat menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu
kalam ,ilmu fiqh,ilmu tasawwuf serta diakhir kehidupan beliau sempat menekankan pengajian
hadith Nabi S.A.W.Peninggalan beliau bukanlah harat bertimbun yang menjadi rebutan,tetapi
peninggalan beliau merupakan khazanah ilmu yang tidak dapat dinilai dengan sebarang material
sekalipun.Imam Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab dalam pelbagai ilmu yang

dikuasainya seperti kitab dalam ilmu teologi,ilmu tasawwuf ,ilmu falsafah,Ilmu fiqh dan ilmu
logika.Kitab yang paling terkenal hingga ke hari ini hasil karangan beliau ialah Kitab Ihya
Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama.Imam Al-Ghazali bukan
hanya menceburi diri dalam dalam bidang penulisan bahkan beliau merupakan seorang tokoh
ilmuan yang sangat bijak,benar pandangannya,mempunyai fitrah yang amat
menakjubkan,mempunyai ingatan yang kuat,pandangan yang mendalam dan kebolehan
menyelami makna-makna yang terperinci.Beliau hanya mengambil masa yang singkat untuk
menyelesaikan pendidikannya.Beliau merupakan tokoh ilmuan yang perlu di contohi oleh
masyarakat zaman sekarang.
RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid AlGhazali.Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 450 Hijrah(1058M).Beliau berasal daripada keluarga
yang sederhana.Bapanya seorang yang tidak berpelajaran dan bekerja sebagai penenun wool
dan dijual dikedainya di Thus.Sebagai bapa beliau mahu anak-anaknya Berjaya dalam
pelajaran.Beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya.Menjelang saat
kematian,bapanya telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu ahmad kepada
seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau.Bapanya juga berpesan kepada ahli sufi supaya
menjaga dan memberi pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti.( Ibrahim,1985:1)
Setelah bapanya meninggal dunia Al-Ghazali dan Ahmad pun tinggallah bersama ahli sufi.Ketika
bapanya meninggal dunia A-Ghazali masih kecil lagi.Ahli sufi tersebut telah menjaga dan
mengajar kedua-duanya sehingga habis harta peninggalan bapa Al-Ghazali.Setelah habis harta
peninggalan ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka berdua,lalu beliau
meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya keperluan peribadi mereka terjaga.AlGhazali akur dengan permintaan ahli sufi dan dengan sebab itulah yang membawa kepada
kebahagiaan dan ketinggian darjat mereka berdua.(Ibrahim,1985:1)
Sejak kecil lagi Al-Ghazalli telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu
daripada ramai guru.Pertamanya,di negeri Thus beliau telah mempelajari beberapa tajuk
daripada ilmu-fiqh dengan Imam Al-Radzakani,kemudian beliau ke Jurjan untuk belajar dengan
Imam Al-Abi Nash Al-Ismaili.Selepas itu beliau kembali semula ke Thus.kemudian Al-Ghazali
dating ke Nisabur dantelah mendekati Imam Al-Haramain Abu Maali Al-Juwaini(419-478
Hijrah).Beliau telah belajar bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga mahir alam
mazhab(Syafii),persselisishan,debat,usuluddin,usul fiqh,mantiq,membaca hikmah dan
falsafah.Beliau juga menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dengan
susunan yang baik. (Ghazali,2002:2)
Setelah Imam Al-Haramain wafat pada tahun 478 Hijrah,Al-Ghazali dipanggil oleh Nizam Al-Mulk
seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai Khalifah Abbasiah di Baghdad.Di sini
merupakan tempat pendebatan ilmu dan beliau telah menonjolkan dirinya dengan mengalahkan
lawannya sehingga beliau telah terkenal di seluruh daerah.Nizam al-Mulk sanagt tertarik denga
kebolehan Imam Al-Ghazali lalu beliau telah melantik Imam Al-ghazali sebagai professor kanan
di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.Orang ramai sanagat kagum denagan keindahan
perkataannya,kefasihan lidahnya,huraian yang terperinci dan isyarat-isyarat yang
halus.Kehormayan dan kedudukannya semakin tinggi di Baghdad sehingga beliau telah
mengalahkan pemimpin-pemimpin(umara),kedudukan pembesar-pembesar ulama dan darul
khilafah.Walaupun begitu,beliau tidak pernah berhenti menuntut ilmu.(Ghazali,2002:4)
Pada bulan Rejab tahun 488 Hijrah,telah berlaku peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa
meninggalkan tugasnya dimana beliau tidak mampu lagi mengajar kerana kehilangan kata-

kata.Setelah beliau bermuhasabah beliua mendapati bahawa niat dalam pengajaran dan beliau
dapati beliau tidak ikhlas kerana Allah Taala,bahkan faktor dan penggerak utamannya ialah
mengejar kemewahan serta menyebarkan nama baik beliau.setelah itu beliau bermujahadah
kepada Allah agar dipulihkan dirinya supaya beliau mampu kembali mengajar pada suatu hari
nanti untuk membaiki hati-hati manusia.(Ibrahim,1985:5)
Disebabkan peristiwa itu,beliau telah meninggalkan Baghdad pada bulan Zulkaedah pada tahun
488 Hijrah dan telah menunaikan haji di Mekah.Disana beliau telah menetap selama sepuluh
tahun dan sebahagian waktunya di Baitul Maqdis.Kebanyakan waktu beliau digunakan untuk
beruzlah ,khalwah dan bermujahadah diri.Beliau juga mensucikan dan menjernihkan hatinya
dengan berzikir kepada Allah Taala dan beliau beriktikaf di menara masjid Damsyik setiap
hari.Selepas sepuluh tahun beruzlah Imam Al-Ghazali telah kembali ke negerinya iaitu Thus
untuk meneruskan uzlahnya.Pada bulan Zulkaedah tahun 499 Hijrah(1106M) beliau telah
kembali mengajar di Madrasah An-Nazzamiyyah atas desakan para wali dan permintaan yang
telah memasang azam,tekad dan niat untuk mengajari semata-mata kerana Allah dengan tekad
memperbaiki dirinya sendiri dan orang lain.Beliau menatap dan mengajar di Nisabur dalam
jangka masa yang singkat.Setelah itu beliau kembali ke rumahnya di Thus dan meninggal dunia
di Thus pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah (18 Disember 1111M).(Ibrahim,1985:6)
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI
AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM
Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam.Beliau telah mengarang
begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam.Dalam penulisan beliau,Al-Ghazali banyak
mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang
timbul daripada perbincangan ilmu Kalam.Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi
mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam alIrsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali.
Pernah disebut dalam sejarah,Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan
berkaitan ilmu Kalam.Jika dijemput ke majlis seperti itu,beliau hanya berdebat berdebat
dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat.beliau berpendapat perdebatan
yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika
itu.(Ibrahim,1985:17)
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan
konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada
masyarakat.Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang
berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang
melakukan bidah di dalam Islam.Beliau megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada
manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang
utama iaitu mengenal Allah.Keduanya,perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga
menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama salaf.Di antara kitab-kitab yang
dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini,malah dalam alMunqidh beliau ada mengatakanaku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu
Kalam ini dengan kehendakku.Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak
dapat memenuhi tujuanku. (Ghazali,2002:10)

You might also like