You are on page 1of 37

Soalan 8:

Describe the emergence of mass media and some of the effecfs that it has had on society.

Pendahuluan

Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga merupakan
alat perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). L. John Martin pula
berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial,
politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media haruslah menyampaikan
maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu
masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Dalam sistem demokrasi, media merupakan sumber
primer dalam komunikasi massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006: 7). Media massa pada masa kini
telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis
dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa
kini. Media sebaran am sudah dianggap sesuatu yang lazim, perkara yang sebati dengan
masyarakat manusia moden (Mansor Ahmad Saman, 1996 : viii). Menurut John Ryan media
massa tidak wujud secara terpisah daripada institusi yang lain dalam masyarakat (1999 : 23).

Jenis Media Massa

Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu media cetak dan media
elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku,
novel, dan bahan bertaip yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen,
radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan teknologi telah
meningkatkan saiz, kepantasan,, dan kecekapan media tradisional serta melahirkan bentukbentuk media baru khususnya yang bersifat digital dan elektronik (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006
:8). Kini televisyen telah menjadi satu medium komunikasi yang paling berpengaruh (Vir Bala
Aggarwal, 2002 : xvii). Teknologi baru dalam bidang penyebaran maklumat telah meningkatkan
kuasa dan fungsi media massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8). Media Massa ini melalui
perkembangan secara berperingkat. Perkembangan yang paling ketara dapat dilihat dalam media
1

elektronik apabila adanya anjakan perubahan iaitu dapat dilihat selepas Perang Dunia Kedua
sehinggalah kini (Ray Eldon Hiebert, 1995 : 7).

Selain itu juga media juga boleh dilihat melalui 2 aspek yang lain iaitu media
berautonomi dan media terkawal. Media berautonomi boleh dikategorikan sebagai media
yang menjalankan operasinya yang tersendiri. Di samping itu juga, media berautonomi ini
juga menentukan jenis kandungan dan matlamat yang tersendiri. Penerbitan dan penyiaran
bagi media berautonomi ini adalah untuk tujuan keuntungan. Antara media berautonomi
ialah seperti CNN dan BBC. Di Malaysia medianya masih mempunyai kawalan oleh kerajaan
iaitu melalui sekatan undang-undang. Oleh itu media massa di Malaysia dapat dikategorikan
sebagai media terkawal. Media terkawal pula, ialah media yang menerima bantuan atau
dikawal sepenuhnya oleh pemerintah, parti politik, organisasi atau institusi keagamaan.
Apabila terdapatnya kawalan ini oleh sesuatu organisasi maka media ini adalah terkawal dari
aspek perlaksanaan dan operasinya. Contoh media terkawal adalah TV1 dan TV2 yang
dimiliki oleh kerajaan serta TV3, NTV7 dan lain-lain yang dimiliki oleh stesean swasta yang
masih dikawal untuk mengelakkan kebebasan media yang keterlaluan sehingga boleh menggugat
kestabilan negara.

Teori-Teori Media Massa

Teori fungsionalisme bermula dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Robert Marton
(1949) dengan mencadangkan apa yang dipanggil paradigma (Hasmah Zainuddin, 2006 : 99).
Asas fungsionalisme merujuk kepada masyarakat yang mempunyai sistem kompleks yang tinggi
dan saling berinteraksi aktiviti, bekerjasama dalam keseimbangan bagi menjamin kemantapan
dalam susunan. Analisis fungsionalisme cuba menunjukkan bagaimana fenomena persekitaran
ini memberikan kesan yang menyumbang ke arah kestabilan dan pengekalan sistem. Analisis
fungsi dalam komunikasi massa berpihak kepada peranan media sendiri dalam memperbaiki
susunan sosial bagi mengukuhkan keseimbangan dalam masyarakat (Hasmah Zainuddin, 2006 :
99). Fungsionalisme mengganggap bahawa media mesti diselidiki secara empirikal untuk
membuat penilaian sama ada media dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika

kita

merujuk kepada teori fungsionalisme ini dengan media massa, apakah sebenarnya fungsi
yang diamalkan oleh media massa kepada masyarakat?

Terdapat beberapa bahagian dalam media massa seperti surat khabar, majalah,
laman web seperti blog, internet, televisyen, radio dan lain-lain lagi. Setiap bahagian
yang akan memainkan peranan dalam proses penyebaran maklumat. Contohnya surat
khabar yang merupakan

salah

satu

medium

dalam

menyebarkan

maklumat

kepada

masyarakat. Penghasilan surat khabar ini juga dalam mendapatkan maklumat untuk
disampaikan kepada masyarakat. Contohnya surat khabar seperti Berita Harian, Sinar,
Utusan Malaysia, Harian Metro dan Kosmo. Setiap bahagian dalam media massa
berperanan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Oleh itu, setiap bahagian
dalam media massa berfungsi untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Jika
fungsi ini tidak dijalankan dengan lebih baik, proses penyabaran maklumat akan menjadi
lebih terganggu dan menghalang proses dalam perpaduan dalam negara ini.

Bagi teori interaksionisme pula, ianya melihat interaksi dalam masyarakat bagi
mendapatkan sesuatu maklumat. Jika dinilai daripada teori interaksionisme ini, terdapat
interaksi dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Contohnya bagaimana para wartawan
ingin mendapatkan sesuatu maklumat. Para wartawan akan menemubual saksi yang
melihat sesuatu kejadian ataupun jika ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak
yang bertanggunngjawab seperti polis apabila ingin mendapatkan maklumat tentang
sesuatu kejadian seperti kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagaimya. Para wartawan
akan menganalisis setiap maklumat yang diperolehinya sama ada maklumat tersebut benar
atau salah jika ianya melibatkan saksi kejadian dan juga peristiwa yang lain. Peranan
yang dimainkan oleh wartawan juga boleh dianggap sebagai orang tengah kerana mereka
akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan cara berinteraksi dengan
orang lain. Begitu juga dengan bahagian media massa yang lain seperti televisyen, bidang
pengacaraan dalam sesuatu program dapat melahirkan pengacara yang mampu berinteraksi
dengan orang lain. Bagi teori ini, interaksi perkara yang penting untuk mendapatkan
sesuatu maklumat dan juga menilai maklumat tersebut sama ada benar ataupun salah.

Dalam teori konflik pula, peranan media massa dapat dilihat dari segi sosial.
Terdapat 2 aliran dalam teori ini iaitu faktor ekonomi yang dipelopori oleh Max Webber
dan juga faktor keagamaan serta faktor pembentukan masyarakat oleh Webber. Peranan
dalam media massa dapat diambil dalam faktor pembentukan masyarakat oleh Webber.
Teori konflik ini berlaku apabila berlaku krisis dalam masyarakat. Jika setiap struktur
tidak menjalankan fungsi dengan sempurna akan menghasilkan konflik. Dalam media
massa, konflik juga boleh berlaku. Apabila media massa gagal dalam menjalankan
fungsinya yang tersendiri maka akan berlaku konflik. Sebagai contoh, penggunaan surat
khabar sebagai medium untuk menjatuhkan orang lain dan maklumat salah yang telah
memberikan pandangan negatif masyarakat terhadap media massa. Jika ini tidak dikawal
akan menghasilkan devian. Devian jika dirujuk Kamus Dewan merupakan seseorang yang
menyimpang daripada normal. Devian akan menghasilkan pelbagai perbuatan jenayah dan
jika

dilihat

dalam

kontekts

media

massa,

jenayah

yang

akan

dilakukan

adalah

mengadakan perhimpunan haram bagi membantah penyiaran maklumat terbabit. Di


samping itu juga, akan turut berlaku kacau-bilau dalam negara apabila keadaan sudah
tidak dapat dikawal lagi.

Peranan Media Massa Secara Umum

Peranan yang dimainkan oleh media massa secara umum adalah merupakan
sumber primer dalam komunikasi massa. Hal ini dapat dilihat apabila media massa
dijadikan sebagai salah satu wadah dalam mencari maklumat rujukan. Tanpa adanya
media massa, masyarakat tidak akan mengetahui pelbagai maklumat yang baru termasuk
dari dalam dan luar negara. Di samping itu juga, media massa ini juga dapat
menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Penyebaran maklumat ini juga melibatkan
semua bahagian dalam media massa. Proses penyebaran maklumat ini juga melibatkan
wartawan yang berusaha untuk mendapatkan maklumat yang terbaru untuk disampaikan
kepada golongan masyarakat yang lain. Media massa juga berperanan dalam membantu
dalam pertukaran budaya dalam masyarakat. Media massa menyampaikan maklumat
tentang sesuatu etnik misalnya golongan etnik di Sabah dan juga di Sarawak. Dengan
4

adanya media massa, masyarakat dapat mengenali pelbagai budaya yang lain dan ingin
mengenali dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum atau etnik. Media massa juga
berperanan

dalam

menbantu

perkembangan

ekonomi.

Penjualan

surat

khabar

juga

membantu dalam ekonomi, penyiaran stesen televisyen berbayar juga turut menyumbang
kepada faktor perkembangan ekonomi negara.

Peranan

Media Massa Pada Zaman

Sebelum Kemerdekaan

Sehingga Selepas

Kemerdekaan

Peranan media massa sangat penting ketika di Tanah Melayu akibat daripada dilema
pemerintahan kuasa asing. Hal ini kerana, semasa zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu serta
penentangan para pembesar terhadap Inggeris di Tanah Melayu akibat ketidakpuasan hati
terhadap sistem residen, peranan media massa pada ketika itu belum lagi kelihatan. Penentangan
oleh orang-orang Melayu yang diketuai oleh Sultan mahupun pembesar adalah bersifat
kedaerahan ataupun bersifat kenegerian. Antara salah satu faktor yang menyebabkan
penentangan yang hanya bersifat setempat ini ialah disebabkan tiadanya lagi perkembangan
media massa dalam menyebarkan serta menyalurkan maklumat mengenai penentangan sesebuah
kawasan mahupun daerah. Maka dengan ini, dapat dilihat apabila penentangan yang berlaku di
Perak dimana selepas perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 Sultan
Abdullah telah menyetujui seorang Residen akan dilantik bagi membantu pentadbiran di Perak.

Maka dengan itu, J.W.W. Birch telah tiba di Perak pada 4 November bagi membantu
Sultan Abdullah yang pada ketika itu memerintah negeri Perak (Mohd Isa Othman, 2002 : 89).
Akibat daripada sifat yang terlalu gelojoh untuk memodenkan Perak sehingga menyebabkan
berlaku ketidakpuasan hati terhadap beliau. Oleh yang demikian, Birch telah dibunuh oleh
pengikut Dato Maharajalela pada 11 November 1875 (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996 : 129).
Oleh yang demikian, peranan media massa dalam membentuk kesepaduan antara satu daerah
dengan daerah yang lain tiada pada ketika itu dan masyarakat di tempat lain seperti di Sabah
mahupun Sarawak semasa pentadbiran British di Perak dan kejadian pembunuhan J.W.W. Birch
tidak dapat diketahui perkara yang telah berlaku itu.
5

http://www.answers.com/topic/johannes-gutenberg

Namun begitu, penggunaan teknologi mesin taip yang telah berlaku di Eropah telah
berjaya mempengaruhi sistem penulisan di Tanah Melayu. Hal ini kerana, sebelum adanya
sistem mesin taip ini, orang-orang di Tanah Melayu hanya menggunakan sistem tulisan tangan
meriwayatkan hikayat, undang-undang, serta penyebaran agama Islam. Mesin taip ini telah
dicipta oleh Johann Gutenberg yang berasal daripada Mainz, Jerman (Pencipta media, 2004 : 3).
Selaras dengan teknologi mesin taip juga, penggunaan mesin percetakan juga sangat penting
dalam mencetak akhbar-akhbar bagi memudahkan maklumat dan juga sesuatu peristiwa itu
dicetakkan dan diedarkan ke seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Mesin cetak ini telah
dicipta oleh Chester Carlson yang berasal daripada Sweden.

www.edwardsamuels.com/.../CARLSON.jpg

Pengaruh Teknologi Pencetakan Di Tanah Melayu

Perkembangan teknologi pencetakan ini bermula di Melaka iaitu Anglo-Chinese College


(ACC) dimana keperluan Abdullah Munsyi yang pada ketika itu perlu mengajar dan
menterjemahkan buku-buku dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan sebaliknya.
Peralatan pencetakan ini telah dibawa masuk oleh seorang paderi yang dikenali sebagai Medhust.
Abdullah Munsyi berasa kagum akan teknologi pencetakan yang dibawa masuk dan
diperkenalkan oleh para paderi kerana selama ini beliau perlu menggunakan pena bagi menulis
atau menyalin buku dan juga surat. Dengan bantuan daripada Abdullah Munsyi juga, beliau telah
berjaya mengeluarkan buku terjemahan subjek matematik untuk anak-anak Melayu di ACC.
Namun begitu, sambutan orang Melayu terhadap ACC amat dingin kerana mereka merasakan
anak-anak Melayu akan dilayan secara kekerasan serta akan dikristiankan. Walaubagaimana pun,
masih terdapat juga segelintir anak-anak Melayu yang menuntut ilmu di ACC tetapi majoritinya
ialah anak-anak Cina dan Nasrani. Kesungguhan Abdullah Munsyi yang cuba memujuk ibu bapa
kepada anak-anak Melayu supaya menuntut di ACC mengundang kepada fitnah oleh bangsanya
sendiri yang mengatakan Abdullah sebagai paderi kerana beliau sangat rapat dengan paderi di
ACC serta menterjemah kitab-kitab Kristian.

Hal demikian sangat mengecewakan Abdullah kerana perjuangan beliau sangat ikhlas
dalam memperjuangkan pendidikan di kalangan anak-anak Melayu pada sekitar awal kurun ke19 (Zahari A. Rashid, 2008 : 168-171). Maka dengan adanya teknologi percetakan yang telah
berkembang pesat di Tanah Melayu, ia telah memudahkan akhbar-akhbar di negeri-negeri
Melayu terutamanya di Negeri-Negeri Selat (NNS) diterbitkan serta memudahkan penyebaran
semangat nasionalisme dan penyebaran agama Islam dalam kalangan orang Melayu di seluruh
negeri-negeri di Tanah Melayu. Peranan akhbar ini telah bermula sekitar penghujung abad ke-19
iaitu pada 1876 apabila golongan Jawi Peranakan telah menubuhkan sebuah persatuan di
Singapura yang bertujuan untuk membuka sebuah kedai percetakan dan mereka juga telah
menerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam Bahasa Melayu. Akhbar itu telah dinamakan
sebagai Jawi Peranakan yang telah memuatkan berita-berita dalam dan luar negeri yang terkini,
menolong memajukan pelajaran anak negeri, dan membantu memberikan keselarasan kepada
bahasa Melayu yang sedang menerima perubahan pada ketika itu. Oleh yang demikian, dengan
7

adanya perkembangan yang telah dibawa oleh golongan Jawi Peranakan ini, ia telah membawa
kesedaran terhadap orang Melayu agar mencari alternatif untuk menerbitkan akhbar bagi
melepaskan Tanah Melayu yang pada ketika itu daripada cengkaman penjajahan British.

Hal ini dapat dilihat apabila dalam masa tempoh 30 tahun, terdapat tidak kurang daripada
16 buah surat khabar dan majalah di dalam Bahasa Melayu telah berjaya diterbitkan bagi
menyemarakkan semangat Nasionalisme serta penyebaran agama Islam daripada Asia Barat. 7
buah surat khabar dan majalah telah diterbitkan di Singapura antaranya ialah Jawi Peranakan,
Nujumul Fajar, Shammul Kamar, sekola Melayu, Bintang Timor dan Warta Malaya, manakala
5 buah di Pulau-Pinang antaranya ialah Jawi Standard dan Tanjong Penegeri dan 4 buah di
negeri Perak antaranya ialah Seri Perak dan Jajahan Melayu (William R. Roff, 1975 : 50).
Percetakan akhbar ini dijalankan dengan percetakan batu dan kemudiannya dengan huruf-huruf
yang disusun. Setelah itu, dengan adanya pengaruh mesin cetak, maka akhbar-akhbar terbabit
telah dicetak dan diedarkan di selruh NNS dan juga negeri-negeri di Tanah Melayu. Namun
begitu, pengaruh akhbar yang tersebar ke Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 merupakan
pengaruh yang telah dibawa oleh golongan Intelektual yang menuntut di Mesir, Arab Saudi serta
di Turki.

Akhbar Sebagai Alat Pembelajaran Di Sekolah Dan Maktab

Namun begitu, seperti yang telah diketahui akhbar pada peringkat permulaan
memerlukan masa yang lama untuk mendapat sambutan daripada masyarakat di Tanah Melayu.
Hal ini kerana masyarakat terutamanya orang Melayu kurang membaca akhbar kerana kurangnya
faktor pendidikan disebabkan anak-anak Melayu tidak didedahkan mengenai kepentingan
pendidikan. Di sekolah Melayu, anak-anak melayu hanya diajar bagi memperolehi kemahiran
membaca, menulis dan mengira di peringkat sekolah rendah. Namun begitu, penduduk yang
boleh membaca dengan baik hanyalah datang daripada NNS sedangkan masyarakat di negerinegeri Semenanjung Tanah Melayu jumlah pembacanya adalah kurang. Maka sebagai alternatif
untuk menggalakkan pembacaan di kalangan orang melayu, maka akhbar telah dijadikan sebagai
satu alat pembelajaran disamping menyebarkan maklumat kepada mereka. Maka secara tidak
langsung ia membolehkan peratus masyarakat Melayu yang boleh membaca dapat ditingkatkan.
8

Selain itu, akhbar juga digunakan di Kolej Melayu dan juga maktab perguruan bagi
membolehkan para penuntut yang terdiri daripada anak-anak Melayu dididik dan dijadikan
sebagai tempat latihan mereka memperkembangkan ilmu pembacaan dan semangat nasionalime.

Akhbar dan Majalah


i) Al-Imam
Al-Imam merupakan sebuah majalah bulanan yang telah diterbitkan oleh Kaum Melayu
Muda (KMM) di Singapura. Majalah ini telah memainkan peranan penting dalam pemulihan
agama Islam di Tanah Melayu sehinggakan ke Kepulauan Hindia Timur yang juga telah dikenali
sebagai Indonesia. Al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 (1 Jamada al-Akhir, 1324AH) dalam
tulisan Jawi dan berjaya diterbitkan sebanyak tiga puluh satu keluaran sebelum ia berhenti
penerbitan pada bulan Disember 1908. Penggerak utama penerbitan al-Imam ialah Shaykh Tahir
dengan dibantu oleh Sayyid Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd. Taha. Penerbitannya dibiayai
oleh Shaykh Awad al-Saaidan. Melalui usaha Sayyid Shaykh al-Hadi, Sayyid Hassan bin
Shahab dan Sayyid Muhammad bin Aqil bin Yahya, iaitu seorang lagi pembiayai penerbitan alImam, sebuah syarikat berhad iaitu, Al-Imam Printing Company telah ditubuhkan pada bulan
Mac 1908. Ketika ditubuhkan syarikat ini memiliki modal sebanyak $20,000 (K.Ratnam, 2001 :
126).

Hampir kesemua mereka yang terlibat dalam penerbitan al-Imam merupakan mereka
yang pernah terdedah kepada perkembangan yang berlaku di Timur Tengah, mempunyai
hubungan dengan Mesir dan terpengaruh dengan pemikiran akhbar al-Manar. Penerbitan alImam yang merupakan penyaluran pemikiran majalah al-Manar yang diterbitkan oleh Rashid
Rida, dianggap sebagai pemindahan perbahasan yang sedang berlaku di Kaherah ke rantau ini.
Penerbitannya juga dianggap sebagai manifestasi perkembangan pemikiran Islah tokoh-tokoh
Islah Mesir ke dalam minda masyarakat Melayu. Ini dibuktikan sejak keluarannya yang
pertamanya lagi apabila al-Imam menyeru orang Melayu bangun daripada tidur dan berusaha
mencapai kemajuan dengan mengikuti jalan yang sebenar, sebagaimana yang digariskan oleh AlQuran dan Sunnah. Dalam usaha untuk memenuhi hasrat dan bagi mencapai aspirasi inilah,
akhbar tersebut dinamakan oleh penggeraknya sebagai al-Imam dengan matlamatnya dijelaskan
iaitu melalui penulisan oleh Syekh Mohd. Salim al-Kalali iaitu:
9

mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan
menunjukkan mana yang sesat (William R. Roff, 1975 : 63).

Di samping menjuarai peranan menyebarkan pemikiran islah, al-Imam juga memainkan


peranan penting dalam mengembangkan kesedaran sosio-politik orang Melayu. Akhbar ini
merupakan akhbar Melayu yang pertama mengandungi pemikiran yang menyeru kepada
perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan yang
diterbitkan. Unsur ini dapat dilihat dengan terdapatnya tulisan yang mempunyai unsur seperti
memaklumkan kepada pembaca mengenai berita dan pergolakan yang sedang berlaku di Timur
Tengah. Walaupun al-Imam mengisytiharkan bahawa peranan yang cuba dimainkannya ialah
untuk membawa perubahan kepada masyarakat, namun penyiaran berita-berita ini ternyata
bermotifkan politik kerana tujuannya ialah bagi mendedahkan pembacanya kepada
perkembangan politik yang sedang berlaku serta mempunyai perkaitan dengan kepentingan umat
Islam dan agamanya.

Di Tanah Melayu, mereka yang mendukung pemikiran al-Imam dan berjiwa Islah
dikenali sebagai Kaum Muda. Secara kebetulan mereka yang mendukung pemikiran ini terdiri
daripada mereka yang usianya secara relatif masih muda. Namun begitu, panggilan ini bukan
disebabkan oleh faktor tersebut semata-mata. Hal ini kerana dalam masyarakat Melayu panggilan
ini sering bernada sinis. Panggilan ini selalunya diberikan oleh mereka yang tidak menyukai
kumpulan tersebut yang menghubungkan Kaum Muda dengan kumpulan Turki Muda yang dasar
perjuangannya dianggap menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Menurut Sidek Haji
Fadzil, secara jelasnya penggunaan label ini adalah bertujuan bagi merendah-rendahkan
perjuangan Kaum Muda, walaupun matlamat perjuangan mereka adalah bagi mengembalikan
umat Islam ke jalan yang benar. Pemikiran Kaum Muda ditentang oleh kumpulan yang berfikiran
konservatif yang dikenali sebagai Kaum Tua. Sebagai kumpulan yang telah lebih awal mendapat
kedudukan dalam masyarakat, Kaum Tua bersama-sama dengan pentadbiran agama di negerinegeri Melayu dan serta sokongan daripada pihak pentadbiran Inggeris telah berjaya mengawal
kegiatan yang dijalankan oleh Kaum Muda. Antara akhbar yang diterbitkan oleh Kaum Tua ialah
Pengasoh (K.Ratnam, 2001 : 127). Antara seruan al-Imam kepada masyarakat Melayu ialah :

10

1. Mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis.
2. Memahami ajaran Islam yang sebenarnya.
3. Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan bercucuk tanam.
4. Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh.
5. Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua.
6. Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan mengambil iktibar
daripadanya.
7. Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka lakukan untuk
mencapai kemajuan. (http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalisme.htm)

ii) Saudara
Akhbar Saudara telah diterbitkan di Pulau Pinang pada 29 September 1928 oleh Syed
Alwi bin Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Manakala penyunting utama bagi akhbar ialah Syeikh
Tahir Jalaluddin. Akhbar ini telah ditulis menggunakan tulisan jawi dan dicetak oleh Jelutung
Press, Pulau Pinang. Penerbitan akhbar Saudara ini oleh Kaum Muda adalah untuk memacu
keadaan sosial dan ekonomi umat Islam di Tanah Melayu berlandaskan ajaran Islam. Selain
daripada itu, di dalam akhbar Saudara diterbitkan suatu ruangan yang dikenali sebagai Sahabat
Pena pada keluaran 29 September 1934 (A.M. Iskandar, 1980 : 22). Tujuan utama diterbitkan
ruangan ini ialah untuk mengembangkan persuratan Melayu dan pertukaran pendapat serta buah
fikiran yang berguna kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Ruangan ini mendapat
sambutan yang menggalakkan kerana melalui cara begini, ia telah membangkitkan semangat
orang Melayu untuk minat membaca serta mengeratkan tali persaudaraan antara sesama bangsa.
Selain daripada itu, akhbar ini diterbitkan bertujuan untuk menyedarkan dan menyeru
masyarakat di Tanah Melayu agar mempertahankan tanah air daripada kongkongan penjajah
British. Seterusnya, hasil daripada terbitan ruangan Sahabat Pena tersebut, ia telah menyebabkan
penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada 7 April 1934 bagi mencari jalan
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu (K.Ratnam, 2001 : 127).

iii) Warta Malaya


Akhbar ini diterbitkan di Singapura pada 1 Januari 1930 oleh Syed Hussein Ali Alsagoff.
Antara pengarang-pengarang akhbar ini ialah Onn bin Jaafar, Ishak bin Haji Muhammad, Abdul
11

Rahim Kajai, Ibrahim bin Haji Yaakob, dan ramai lagi. (A.M. Iskandar, 1980 : 32). Akhbar ini
diterbitkan dengan huruf jawi pada sebelum kedatangan Jepun dan semasa pendudukan Jepun,
akhbar ini diterbitkan di dalam bahasa Rumi. Objektif penerbitan akhbar ini ialah
mengembalikan hak-hak orang Melayu, mengembalikan kuasa kepada Majlis-majlis Undangan
Negeri di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, soal pendidkan orang Melayu pada peringkat yang
tertinggi serta kemajuan ekonomi orang Melayu. Selain itu, akhbar ini juga mengkritik dasar
yang dilakukan oleh mereka ke atas orang Melayu dan mengangkat bangsa lain iaitu Cina di
dalam sektor ekonomi dan pentadbiran. Misalnya akhbar ini menuntut agar orang-orang Melayu
diberikan jawatan pentadbir kanan sebanyak yang mungkin tetapi tuntutan itu tidak dilayani oleh
pihak British (William R. Roff, 1975 : 178).

iv) Majlis

Akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur pada 17 Disember 1931. Pengarangnya
yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai. Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi pengarang
yang terkenal iaitu Othman Kalam, Ibrahim Yaakob, Abdul Samad Ahmad dan ramai lagi
(A.M. Iskandar, 1980 : 38). Majlis dianggap sebagai akhbar kebangsaan yang pertama. Hal ini
kerana semasa Rahim Kajai menerajui Majlis, beliau sering memperkatakan soal yang dapat
menaikkan semangat orang Melayu.

Dalam naskah sulungnya akhbar ini merupakan sebuah akhbar kebangsaan


sendiri yang berkhidmat untul kemaslahatan, watan dan agama. (William R.
Roff, 1975 : 180).

Rahim Kajai juga menjelaskan mengapa orang-orang dagang daripada bangsa Asia
dibenarkan merampas hak-hak orang Melayu di tanahair mereka sendiri serta mengkritik dasar
yang dilakukan oleh pihak British ke atas orang Melayu dimana mereka hanya ditempatkan di
kawasan perkampungan terutama di Negeri-negeri jajahan takluk di Semenanjung Tanah
Melayu. Walaupun nada ini tidaklah militan dan berunsurkan kemelayuan, namun rencana di
dalam akhbar ini menjadi tumpuan dan sering dipetik isi kandungannya di dalam akhbar
berbahasa Inggeris di Kuala Lumpur.
12

Seterusnya sumbangan yang lebih radikal berbanding Rahim Kajai juga dapat dilihat oleh
daripada segi penulisan yang diterbitkan oleh Ibrahim Yaakob. Beliau merupakan seorang anak
jati Pahang yang dilahirkan di Temerloh serta merupakan seorang penuntut daripada Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjong Malim pada 1929. Gaya penulisannya ketika di MPSI
sering dipengaruhi oleh gurunya iaitu Zaba. Ibrahim Yaakob menjadi pengarang akhbar Majlis
pada November 1939 sehingga penghujung 1941. Penilisan beliau yang radikal, pro-Melayu dan
antikolonial bagi membangkitkan semangat nasionalisme daripada orang Melayui serta
menyebarkan fahaman Pan-Malaysia bagi mengabungkan semenanjung Tanah Melayu
dengan Indonesia. (William R. Roff, 1975 : 179-180).

v) Utusan Melayu
Utusan Melayu telah diterbitkan di Singapura pada 19 Mei 1939. Antara pengarangpengarang bagi akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Mohammad, Zainal Abidin bin
Haji Alias dan ramai lagi (A.M. Iskandar, 1980 : 60). Maka pada 29 Mei 1939, naskah sulung
Utusan Melayu telah diterbitkan dan dijual. Utusan Melayu ini merupakan akhbar tulen kerana
pendapat, susunan dan pengeluaranya dijalankan oleh orang Melayu sendiri. Utusan Melayu
mengadakan ruangan-ruangan khas untuk menyiarkan berita dan keterangan mengenai hal ehwal
Persatuan Melayu yang sedang ditubuhkan di sekitar Semenanjung Tanah Melayu. Oleh
demikian, dengan adanya ruangan tersebut, ia telah menyeru orang Melayu di seluruh Tanah
Melayu agar mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan. Selain daripada itu, rencana yang
diterbitkan adalah berkenaan dengan kebajikan ekonomi serta pendidikan anak-anak orang
Melayu. Walaubagaimanapun di dalam soal politik, akhbar ini kurang menitiberatkan perjuangan
kerana mereka takut akan kekuasaan British dimana seperti yang telah diketahui pihak British
merupakan Penasihat kepada Sultan dan sekirannya rencana yang ditulis bersifat radikal, pihak
British akan menggunakan Sultan bagi memurkai terhadap mereka yang menulis rencana
berkenaan.

Setelah menghadapi cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi dengan adanya
persaingan daripada akhbar Warta Malaya dan Lembaga, Utusan Melayu masih lagi mendapat
sambutan dan dapat meningkatkan pengetahuan membaca dalam kalangan masyarakat Melayu
khususnya. Oleh yang demikian, akhbar Utusan Melayu ini merupakan telah bermulanya suatu
13

pergerakan Kebangsaan Melayu yang pertama dilaksanakan tanpa gangguan atau bantuan
daripada orang-orang dagang terutamanya bangsa Arab (William R. Roff, 1975 : 183-185).

Penulisan Kreatif.
Penulisan kreatif juga menjadi alat nasionalisme kerana para penulis dapat menyelitkan
unsur-unsur nasionalisme dan kecaman terhadap pihak British di sebalik penulisan mereka.
Kebanyakan penulisan kreatif menonjolkan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat seperti
kemunduran masyarakat, kedudukan wanita dan amalan agama. Puisi-puisi membangkitkan
perasaan bersemangat untuk maju yang dihasilkan termasuklah puisi 'Sedarlah' karya Mahmud
Ahmadi, 'Semenanjung' dihasilkan pada tahun 1919 oleh Harun Aminurashid dan 'Seruan
Kebangsaan' dihasilkan pada tahun 1937 oleh Melati Pahang. Terdapat juga puisi-puisi yang
menyeru bangsa Melayu supaya berani dan sanggup berkorban untuk perjuangan nasionalisme.
Contohnya, puisi 'Serunai Pujangga' oleh Anum (1940).
Sementara karya-karya dalam bentuk novel-novel yang berunsurkan pengecaman
terhadap penjajahan dan seruan terhadap orang Melayu untuk membebaskan tanah air adalah
seperti: 'Melor Kuala Lumpur' karya Harun Aminurashid yang bertemakan tentang kepentingan
pendidikan bagi kaum wanita. Menerusi novel ini dimasukkan juga petunjuk bagaimana orang
Melayu dapat maju. Sementara hasil-hasil karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang
terkenal dalam meniup semangat kebangsaan adalah Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat
Lela Gila (1941). Dalam Novel Putera Gunung Tahan terdapat sindiran terhadap kaum Inggeris
yang 'tamak' dan penuh dengan tipu muslihat. Sementara dalam Novel Anak Mat Lela Gila
dimasukkan tema untuk memberi petunjuk kepada bangsa Melayu untuk memperjuangkan taraf
hidup mereka dalam bidang ekonomi dan sosial.
Cerpen, iaitu cerita pendek yang ditulis juga dimuatkan dengan seruan untuk rajin
berusaha bagi mencapai kemajuan dengan tema-tema perjuangan pembebasan tanah air daripada
British. Antaranya ialah 'Cerita Awang Putat' karya Abdul Rahim Kajai yang mengandungi tema
menasihatkan bangsa Melayu supaya rajin berusaha serta bangun menentang penjajah bagi
membebaskan tanah air yang tercinta. (http://www.geocities.com/sibernota/bab8.htm).

14

Peranan Akhbar Dalam Menentang Malayan Union Dan Penubuhan UMNO


Peranan yang telah dibawa oleh akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan
Utusan Melayu telah mempercepatkan penubuhan UMNO. Hal ini kerana akhbar terbabit telah
memainkan sentimen bagi mengkritik syarat-syarat Perlembagaan Malyan Union yang dikatakan
tidak menyebelahi orang Melayu, mengugat kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu dan juga pemberian
hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip Jus Soli. Utusan Melayu telah menyeru orang Melayu
bersatu padu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan untuk menetang Malayan Union (K.Ratnam,
2001 : 155). Selain itu juga, Utusan Melayu telah menyiarkan sebuah rencana pada 24 Januari
yang menganggap Malayan Union ini tidak mendatangkan kebaikan dan hanya keburukan
kepada orang Melayu. Manakala akhbar Majlis pula menganggap orang Melayu akan menjadi
Red Indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia ( Mohd Isa Othman, 2002 : 301).
Akhbar Warta Malaya juga telah mengusulkan agar orang Melayu mengadakan kongres yang
dianggotai oleh wakil-wakil se-Malaya untuk berunding mengenai pembentukan satu pertubuhan
politik yang kuat bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan bangsa Melayu se-Malaya.
Maka dengan adanya peranan dan desakan akhbar ini, Dato Onn bin Jaafar telah tampil
dengan menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada bulan Januari 1946 bagi
mempertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam. Maka dengan ini, Dato Onn telah
menyeru melalui akhbar Majlis di Kuala Lumpur supaya diadakan sebuah Kongres Persatuan
Melayu di seluruh Tanah Melayu untuk membincangkan mengenai nasib orang Melayu di Tanah
Melayu. Hasil daripada peranan yang dimainkan oleh akhbar Majlis terbabit, maka pada 1
hingga 4 Mac 1946, Kongres parti-parti politik Melayu telah mengadakan perjumpaan di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres ini telah dihadiri oleh 125 wakil dan 49 pemerhati
daripada 41 pertubuhan Melayu (K.Ratnam, 2001 : 155). Matlamat Kongres ini ialah untuk
menyatupadukan bangsa Melayu dalam sebuah badan politik yang kuat untuk menentang
perlembagaan Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Maka dengan
ini wakil-wakil kongres telah bersetuju menggabungkan tenaga mereka bagi menubuhkan
kongres Melayu se-Malaya. Maka dengan ini, pada 11 Mei 1946, Kongres ketiga yang dihadiri
oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu diadakan di Johor Bahru. Pada hari itu juga, piagam
UMNO disahkan dan UMNO dilahirkan secara rasmi yang dipengerusikan oleh Dato Onn
Jaafar dan Kongres Melayu se-Malaya dibubarkan (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996 : 284).
15

http://www.umnogp.com/page.php?10
Perhimpunan yang membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar,
Johor Bahru.

Peranan Media Massa Semasa Zaman Darurat


i) Akhbar
Pencabulan kepercayaan oleh pihak komunis terhadap kerajaan British dimana mereka
telah melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu terutamanya terhadap orang Melayu
yang dikatakan telah bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia ke-2 telah menyebabkan
darurat di seluruh Tanah Melayu. Akhbar Majlis umpamanya pada terbitan 24 Oktober 1948
telah mencadangkan supaya orang-orang Cina yang disyaki membantu komunis dihantar balik ke
negeri China (Wan Hamzah Awang, 1985 : 23). Semasa Chin Peng menghantar surat kepada
Tunku untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan peperangan, isi kandungan surat tersebut
telah disiarkan secara meluas oleh akhbar tempatan dalam pelbagai bahasa. Selain daripada itu,
16

peranan akhbar ini dapat dilihat semasa Rundingan Baling diadakan pada 28 Disember 1955
hingga 29 Disember 1955 antara Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng dan
YTM Abdul Rahman Putra Al Haj. Semasa rundingan ini berlangsung di Sekolah Kerajaan
Baling, pihak akhbar telah diarahkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengambil gambar
semasa rundingan dijalankan tetapi tidak dibenarkan untuk menemui Chin Peng bagi melakukan
temuramah kerana dikhuatiri akan menjejaskan fahaman antara orang Cina dan Melayu.

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling


Jurugambar sibuk mengambil gambar sebelum rundingan dijalankan. Dari kiri ke kanan David
Marshall, Tunku Abd. Rahman dan Tan Cheng Lock.
ii) Radio
Peranan radio pada zaman komunis ini juga sangat penting dalam menyebarkan
maklumat mengenai kedudukan komunis di Tanah Melayu dengan cepat dan segera
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia).

Selain

daripada

itu,

ia

juga

menyampaikan maklumat mengenai kawasan putih dan kawasan hitam. Kawasan putih
merupakan kawasan yang bebas daripada pengaruh komunis dan kawasan hitam pula merupakan
kawasan yang masih terdapat lagi anasir-anasir komunis. Sebelum rundingan Baling diadakan,
Radio Malaya telah digunakan sebagai bahasa kod antara Tunku dan Chin Peng dalam mencari
17

kata sepakat untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan proses peperangan. Perutusan kod
ini jelas membingungkan rakyat Malaya pada ketika itu kerana mereka tidak memahami bahasa
kod tersebut yang telah disiarkan oleh Radio Malaya (Wan Hamzah Awang, 1985 : 39). Selain
daripada itu, peranan radio juga dapat dilihat apabila Chin Peng telah mengetahui berita
kematian Ah Kok iaitu Ketua Komunis di Johor sewaktu diserang oleh anggota keselamatan
(Wan Hamzah Awang, 1985 : 47).
Walaubagaimanapun, radio juga telah digunakan oleh Sir Malcolm MacDonald yang
pada ketika itu merupakan Gabenor General Malaya telah menceritakan mengenai keadaan
politik di Malaya kepada seluruh rakyat Malaya pada ketika itu melalui siaran Radio Malaya.
Beliau telah menyatakan mengenai pergolakan politik antara masyarakat Melayu dan Cina
kerana syak wasangka antara satu sama lain (Lihat pada video 10 Tahun Sebelum Merdeka : Part
1).
iii) Risalah Pengampunan
Risalah pengampunan ini diedarkan melalui udara seperti yang dicadangkan oleh Sir
Gerald Templer. Risalah ini telah memberikan tawaran agar pihak komunis menyerah diri serta
mereka akan diampunkan tanpa dibawa pulang semula ke negeri China seperti yang telah diuraurakan dalam penerbitan akhbar. Sebanyak 12 juta risalah telah digugurkan ke dalam hutan pada
1953 yang telah dicetak di dalam bahasa Melayu, Cina dan India (K.Ratnam, 2001 : 167). Antara
isi kandungan risalah tersebut ialah
Pemegang pas ini ingin menerima peraturan pengampunan am yang
diisytoharkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tunjuk arah telah pun diberikan
kepada semua anggota pasukan keselamatan, polis, tentera, dan para pegawai
kerajaan supaya memberikan layanan baik kepada pemegang pas ini. Mereka
akan bertanggungjawab melaksankan tunjuk arah ini (Wan Hamzah Awang,
1985 : 35).
Maka hasil daripada penyebaran risalah ini, seramai 3989 orang komunis telah menyerah
diri kepada pihak berkuasa dan telah diampunkan dan seramai 6710 orang komunis telah

18

dibunuh ketika berperang dengan pihak keselamatan yang dibantu oleh tentera daripada negara
Komenwel (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996 : 329).
iv) Wayang Pacak

Wayang pacak merupakan pertunjukkan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan
Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan
wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.
Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam, terdapat
sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir
komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi
Hijau . Beberapa risalah dan poster bersaiz kecil dan besar berkaitan program kerajaan diedarkan
untuk ditampal di dinding masjid, surau, dewan, rumah, sekolah dan sebagainya. Selain daripada
itu, poster ini juga menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang
dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan
daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak.
Di pertengahan tayangan diselitkan pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan
utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak
terpengaruh

dengan

dakyah

komunis

yang

dikatakan

anti

agama

Islam

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_pacak).

Di Padang Speedy, Teluk Intan pula kain layar putih sebesar 3 meter direntang di tengah
padang. Kebiasanya akan diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia agar
dapat mengingatkan semula kepada masyarakat mengenai kemerdekaan serta pejuang
kemerdekaan.

19

Kesan Peranan Akhbar

i) Protes terhadap Malayan Union


Perlembagaan Malayan Union yang dirangka oleh pihak British terhadap penduduk di
Tanah Melayu telah menyebabkan penentangan dan ketidakpuasaan hati terutamanya terhadap
masyarakat Melayu. Penentangan ini kerana ketidakpuasan terhadap syarat-syarat yang
dikemukakan di dalam Perlembagaan Malayan Union. Antara syarat-syaratnya ialah untuk
menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu, pemberian kewarganegaraan secara Jus Soli, Sir
Harold MacMichael mengambil tandatangan dan persetujuan daripada Raja-raja Melayu dan
sokongan bekas-bekas pegawai Inggeris. Maka dengan ini, orang Melayu telah melihat ia
merupakan ancaman kepada ketuanan Melayu serta ancaman kepada kuasa-kuasa Raja Melayu.
Setelah Kongres Melayu se-Malaya mencapai kesepatan untuk menubuhkan parti UMNO, hal ini
telah menyebabkan penentangan terhadap perlembagaan Malayan Union (Lihat pada video
Gagasan Malayan Union).

Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara,
1981
http://10tahun.blogspot.com/

20

Pada 28 haribulan Mei tahun 1946, kedua-dua ahli Parlimen British telah sampai ke
Kuala Kangsar. Di sinilah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah mengadakan
perhimpunan raksasa orang-orang Melayu yang terbesar sekali di hadapan Kapten Gammans dan
Lt. Col. Rees Williams yang merupakan ahli-ahli Parlimen British. Perhimpunan ini telah
diadakan di sebuah padang besar di bandar itu. Orang-orang Melayu dari seluruh negeri Perak,
lelaki dan perempuan, tua muda dan kanak-kanak telah berkumpul berpuluh ribu banyaknya di
dalam perhimpunan raksasa itu. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa bentuk bantahan
yang dilakukan oleh rakyat pada ketika itu seperti yang dilakukan oleh Persatuan Melayu
Kelantan dengan disertai oleh seramai 10,000 orang telah mengadakan demonstrasi pada 15
Disember 1945 ketika ketibaan MacMichael di Istana Sultan Kelantan untuk mendapatkan
persetujuan. Seterusnya pada 19 Januari 1946, Persatuan Melayu Kedah telah menganjurkan satu
demonstrasi di Alor Setar yang disertai oleh kira-kira 50,000 orang dan juga pada 10 Februari
1946 satu demonstasi diserta oleh seramai 15,000 orang Melayu termasuk wanita telah diadakan
di Johor (K.Ratnam, 2001 : 149).

Sumber: Akhbar The Malaya Tribune, 2 April 1946


http://10tahun.blogspot.com/
Berikut merupakan laporan bantahan orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu terhadap
Malayan Union yang keluar dalam akhbar The Malaya Tribune bertarikh 2 April 1946. Atas
desakan dari rakyat jelata, Raja-Raja Melayu telah mengambil tindakan untuk memboikot majlis
pertabalan Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent pada 1 April 1946.

21

"Sekiranya Tuanku sekelian turut menghadiri akan


upacara melantik Gabenor Malayan Union itu, rakyat
Tuanku sekalian tidak akan mengakui Tuanku sekalian
sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu telah menganggap
bahawa menghadiri majlis melantik Gabenor Malayan
Union itu samalah seperti turut serta mengusung jenazah
bangsa Melayu sendiri," kata Dato' Onn Jaafar kepada
Raja-Raja Melayu pada 1 April 1946.
(http://www.umnogp.com/page.php?10)

Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut
Bersatu, UMNO Setapak, Kuala Lumpur".
http://10tahun.blogspot.com/

22

ii) Hartal
Hartal merupakan suatu perhimpunan yang dilakukan oleh golongan daripada parti-parti
politik bahagian kiri yang terdiri daripada PKMM, AMCJA, GERAM, AWAS dan API untuk
menentang Perlembagaan Federation yang telah dikemukakan oleh pihak British terhadap RajaRaja Malayu serta masyarakat Malaya secara khususnya. Hal ini kerana bagi gooolonnngaaan
parti yang berhaluan kiri ini, perlembagaan tersebut tidak mendatangkan keuntungan daripada
segi perpaduan serta Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh Parti Berhaluan Kiri ini juga
telah ditolak bulat-bulat oleh pihak British. Maka dengan ini, detik Hartal telah dilakukan di
seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat kepada British (Lihat
pada video 10 Tahun Sebelum Merdeka : Part 3 & 4).

Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 12, 1 November 1947


http://10tahun.blogspot.com/
Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari majalah Kenchana bilangan 12, bertarikh 1
November 1947, sepuluh hari selepas mogok Hartal Se-Malaya. Kenchana merupakan majalah
bulanan tulisan rumi yang diterbitkan 2 kali sebulan di Singapura di bawah ketua pengarang
Harun Aminurrashid.

23

iii) Komunis

Kesan daripada pengaruh akhbar, radio, wayang pacak yang menyiarkan mengenai
pergerakan komunis di Malaya telah mencetuskan reaksi masyarakat yang berbilang kaum di
Malaya pada ketika itu. Hal ini kerana perjuangan komunis ini juga tidak mendapat persetujuan
daripada rakyat Malaya kerana seperti yang telah diketahui fahaman komunis tidak mempercayai
kewujudan Tuhan malah menggangap bahawa pergerakan mereka merupakan suatu perubahan
kepada masa depan Malaya dalam bentuk radikal. Walaupun pergerakan komunis ini mempunyai
golongan yang majoritinya merupakan masyarakat Cina, masyarakat mereka sendiri pun
menentang pergerakan ini kerana berlaku kejam ke atas masyarakat di Tanah Melayu
terutamanya masyarakat Melayu.

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling


Masyarakat Cina mengadakan tunjuk perasaan anti komunis

Detik Rundingan Baling yang telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 juga telah
melihat reaksi daripada masyarakat dimana mereka bukan sahaja ingin mengetahui keputusan di
dalam rundingan tersebut, tetapi mereka juga telah berpusu-pusu dan berkumpul di kawasan
sekeliling Sekolah yang menjadi tempat peristiwa Rundingan Baling itu antara pihak Kerajaan
dan Komunis.
24

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling


Orang-orang di Baling berduyun-duyun keluar menuju ke Sekolah Kebangsaan Baling di mana
berlanggsungnya rundingan bersejarah itu.

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling


Dengan sepanduk tulisan jawi, orang-orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan anti komunis

25

Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya


semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir
negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan
kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Sebelum timbulnya idea untuk
melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan
semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media
massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk
menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan
agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad alHadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga,
golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk
menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.

Maka dengan ini, apabila Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah
mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah
Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah
membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka
dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 (Lihat pada video Kemerdekaan Malaya). Semangat yang jitu
serta utuh antara mereka walaupun berbilang kaum telah mewujudkan kesepaduan antara mereka
untuk mencapai matlamat Kemerdekaan Tanah Melayu.

26

Media Massa Zaman Moden

Kini masyarakat seringkali berbicara tentang satu era baru iaitu era ledakan komunikasi
atau revoulusi perutusan atau masyarakat maklumat (Mansor Ahmad Saman, 1996 :78). Media
massa pada masa kini telah melaui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan
tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus
modenisasi pada masa kini. Kini televisyen telah menjadi satu medium komunikasi yang paling
berpengaruh (Vir Bala Aggarwal, 2002 : xvii). Teknologi baru dalam bidang penyebaran
maklumat telah meningkatkan kuasa dan fungsi media massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8).
Media Massa ini melalui perkembangan secara berperingkat. Perkembangan yang paling ketara
dapat dilihat dalam media elektronik apabila adanya anjakan perubahan iaitu dapat dilihat
selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah kini (Ray Eldon Hiebert, 1995 : 7). Sesetengah pihak
berpendapat bahawa media massa akan dapat mempengaruhi khalayak melaui maklumat yang
disampaikan ( John Ryan,1999 :5). Menurut de Fleur dan Ball Rokeach, asas pengaruh media
terletak pada sifat saling bergantungan antara media dengan sistem sosial lain dan bagaimana
sifat saling bergantungan ini mencorakkan hubungan khalayak dengan media (Nor Azuwan
Yaakob, 2008 : 53).

Jenis-Jenis Media Massa Kini


Media Cetak

http://www.ask.com/pictures?o=13047&l=dis&q=news%20paper

27

Media Elektronik

http://images.ask.com/pictures?qsrc=&o=13047&l=dis&q=Television&search

Peranan Media Massa

Media memainkan peranan penting kepada masyarakat iaitu sebagai pelindung kepada
nilai-nilai demokrasi (Vir Bala Aggarwal, 2002 : xviii). Media perlu melihat masyarakat secara
telus dalam semua manifestasinya. Ini bermakna organisasi media media memegang amanah
yang penting dan bertanggungjawab memastikan penyebaran maklumat supaya orang awam
dapat membuat keputusan yang bijaksana dalam kehidupan mereka. Ini merupakan
tanggungjawab media yang sebagai institusi yang memberi kesan kepada masyarakat (Hamedi
Mohd Adnan, 2006 : 7). Pada asasnya, penggunaan media seperti akhbar, radio, televisyen,
internet sebenarnya berkait rapat dengan usaha membangunkan sosioekonomi umat: pembinaan
bangsa dan negara, pengurangan kadar buta huruf, peningkatan mutu makanan dan kesihatan,
peningkatan pendidikan dan taraf hidup (Md Siddin Ahmad Ishak, 2006 : 11).

Keprihatinan tentang kesan media biasanya berfokus kepada isu-isu keganasan,


perlakuan seksual, bahasa, nilai, moral, eksploitasi wanita, penggunaan media, paras informasi,
kempen bahaya rokok, dadah, atau AIDS (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 7). Selain daripada
memberikan informasi mahupun maklumat, media turut berperanan dalam memberikan hiburan
kepada masyarakat. Peranan media massa adalah hampir sama jika dilihat secara umumnya iaitu
menyampaikan maklumat, pengetahuan, dan sebagainya terhadap masyarakat. Jika dilihat secara
aspek yang lebih khusus setiap media massa mempunyai peranan dan matlamat yang berbeza.

28

Namun begitu, teknologi baru membolehkan berlakunya monopoli dan manipulasi maklumat
(Md Siddin Ahmad Ishak, 2006 : 12).

Media cetak dan media elektronik adalah dua entiti yang berbeza yang turut
memperlihatkan peranan yang berbeza. Media cetak seperti buku, surat khabar, majalah, dan
novel berperanan untuk membuka minda kita mengenai apa kita tahu, yang kita rasai,
mewujudkan hubungan antara kita, menunjukkan harapan dan ketakutan (John Ryan, 1999 : 50).
Buku sebagai contohnya merupakan media yang terawal diterbitkan, mempunyai kapasiti yang
tinggi, mudah dibawa, dan sebagai penyimpan maklumat (John Ryan, 1999 : 9). Buku
berperanan untuk memberikan arahan yang betul kepada pembaca the right to give commands.
Dalam penulisan, kreadibiliti merupakan nilai piawaian yang paling asas. Menurut Hasmah
Zainuddin, akhbar memiliki keistimewaannya yang tersendiri jika dibandingkan fungsinya
dengan media massa yang sedia ada (2006 : 115). Sungguhpun persaingan teknologi maklumat
moden pada masa kini semakin mencabar, namun kedudukan akhbar sebagai salah satu medium
maklumat kepada khalayak masih utuh dalam sistem kreadibiliti dunia.

Akhbar bergerak dalam sistem maklumat kini masih menyandang fungsi yang kuat dan
kreadibiliti akhbar yang membuatkan khalayak masih bergantung harapan untuk mendapatkan
maklumat daripadanya. Berdasarkan data kajian, hal ini menyokong bahawa akhbar berperanan
dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi khalayak (Hasmah Zainuddin, 2006 :116).
Kajian yang mengkhusus isu jenayah dalam Harian Metro mendapati bahawa akhbar berperanan
mewujudkan kesedaran sosial melalui berita yang dilaporkan. Berdasarkan dapatan kajian yang
dilakukan oleh Hasmah Zainuddin, telah merumuskan bahawa akhbar memberikan kesan
terhadap tingkah laku khalayak termasuklah seperti langkah berhati-hati terhadap persekitaran.

Manakala media elektronik seperti televisyen pula berperanan untuk mengutarakan berita
yang benar dan tepat. Kebenaran dianggap sangat penting dalam kewartawanan yang beretika
(Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 12). Berita yang adil ialah berita yang bersih dari sebarang
kecondongan. Masalah kecondongan mungkin sukar untuk diatasi kerana sifat seseorang yang
tidak dapat memisahkan dirinya daripada latar budayanya. Namun begitu, untuk mewujudkan
keadilan dan keseimbangan, pengamal media mestilah berusaha mengiktiraf pelbagai pandangan
29

yang dapat memperkukuhkah pemahaman terhadap sesuatu isu (Hamedi Mohd Adnan, 2006 :
12). Media massa tidak boleh menjadikan prasangka, andaian, atau keraguan sebagai asas
pemberitahuan dan tidak sesekali boleh merosakkan reputasi orang lain tanpa asas atau
pendedahan tanpa tujuan serta menyebarkan gossip, khabar angin, umpatan, fitnah, atau
perbuatan mengata kata (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 18). Adalah menjadi tanggungjawab
media untuk bersifat kritikal ketika menilai fakta dan menjalankan objektif yang ingin dicapai
tanpa perasaan takut atau diminta oleh orang lain (Vir Bala Aggarwal, 2002: 7). Adalah menjadi
tanggungjawab media untuk mengubah haluan semasa (trend) dengan menggunakan komunikasi
dan teknik maklumat yang akan meningkatkan minda manusia (Vir Bala Aggarwal, 2002 : 7).
Kini internet merupakan teknologi baharu yang dihubungkan melalui jaringan telekomunikasi
satelit global dengan kabel telefon tempatan. Ledakan maklumat terletak dihujung jari manusia
kerana banyak data dan maklumat yang terkumpul dalam ingatan komputer (Mansor Ahmad
Saman, 1996 : 78).

Jumlah Penggunaan Internet sepanjang Januari 2000


100
80
60
40
20
0
Asia/Pasifik

Eropah

Timur Tengah

U.S dan Kanada Amerika Selatan

Afrika

Bilangan

Sumber : Pusat Penyelidikkan CommerceNet

Statistik ini menunjukkan bahawa kewujudan teknologi internet yang lahir daripada
perkembangan dan pembangunan teknologi perkomputeran telah mendapat sambutan dari
pelbagai negara. Hal ini menunjukkan komputer iaitu internet memainkan peranan yang amat
penting dalam menyebarkan maklumat ke seluruh dunia. Perkembangan ICT menyaksikan dunia
saling berhubungan. Teknologi perhubungan terutamanya internet telah memudahkan
perhubungan dengan pengguna dan juga dunia sekeliling ( Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 24).
Media massa juga juga bukan berfungsi sebagai satu alat penyampai maklumat tetapi ia
30

penting dalam proses mencetus dan seterusnya memupuk kesedaran sosial dan politik
dalam kalangan para pembaca (Azmah Abdul Manaf 2001: 313 ).

Kesan Media Massa Terhadap Masyarakat

Kesan Positif

Kesan positif media massa terhadap masyarakat ialah masyarakat akan memperolehi
sesuatu berita dengan lebih pantas. Contohnya berita pengeboman WTC dan peperangan di Iraq,
walaupun berada di negara yang berbeza namum maklumat dan informasi dengan pantas melalui
media massa. Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap lebih peka terhadap isu-isu
semasa. Selain itu melalui penggunaan internet dan telefon bimbit membolehkan masyarakat
keluar dari kepompongnya. Hal ini kerana apabila adanya interaksi dua hala antara sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain maka menyebabkan kita tidak melihat dari sudut
pandangan berdasarkan kaca mata kita sahaja. Sebaliknya kita akan membuat penilaian
mengenai masyarakat luar juga. Pertukaran idea dan pendapat ini mampu mendorong masyarakat
untuk berusaha ke arah yang lebih baik. Selain itu media amat mempengaruhi kesan kognitif
media seperti pembentukkan sikap iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan
dengan ekonomi, politik, agama, kemanan, mahupun peristiwa semasa (Nor Azuwan, 2008 : 55).
Contohnya media massa memaparkan kempen-kempen seperti kempen membaca, kempen anti
rokok, kempen Cintai Alam Sekitar dan sebagainya yang dilihat berjaya untuk mempengaruhi
khalayak untuk menyertainya. Apabila adanya penyertaan oleh masyarakat iaitu sambutan yang
ditunjukkan menggalakkan maka ianya menjustifikasikan bahawa khalayak mampu dipengaruhi
oleh media massa.

31

Peperangan Di Iraq

http://i284.photobucket.com/albums/ll12/legionsa008/20040504_23.jpg

Kesan Negatif

Pengaruh media massa amat besar terhadap masyarakat kerana ia mampu untuk
mengubah pandangan sesebuah masyarakat mengenai sesuatu perkara. Antara kesannya terhadap
mayarakat menurut Ahmad Sebi Abu Bakar media, terutamanya akhbar boleh menjadi
penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia (1996 : 119). Hal ini disebabkan oleh media itu
bersifat pengampang atau gate-keepers, maka berita yang dihasilkan telah diwarnai oleh pelbagai
nilai, sikap, dan tanggapan budaya yang berbeza. Kepelbagaian bahasa dalam media sebaran am
menyebabkan ianya khusus tertuju kepada golongan rumpun bahasa dan budaya tertentu tanpa
kebimbangan ia akan didengari oleh kumpulan lain dalam masyarakat (Ahmad Sebi Abu Bakar,
1996 :119). Hal ini akan menyebabkan timbulnya salah faham antara kaum dan mulanya timbul
prasangka antara kaum. Contohnya dengan kemunculan beberapa pertubuhan yang mula untuk
memperjuangkan hak kaum masing-masing seperti Hindu Rights Action Force (Hindraf).
Hindraf merupakan satu kumpulan gabungan daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang
berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindraf). Daripada

32

penyebaran maklumat melalui media massa seperti internet dan televisyen yang terlalu
membesar-besarkan sesuatu cerita sehingga menggugat keamanan negara.

Blog

http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGkkXh6tRJ2SkA7dVXNyoA?ei=UTF8&p=blog%20&fp_ip=MY&fr2=tab-web&fr=yfp-t-501

Peranan media komunikasi sebagai institusi sosial dikecam kerana dikatakan menjadi
salah satu punca utama kepada kebejatan masyarakat dan kegawaran umat (Md Sidin Ahmad
Ishak, 2006 :1). Tulisan-tulisan jurnalistik, ceramah-ceramah agama, wacana pendidikan, atau
ucapan-ucapan politik lazimnya menyimpulkan bahawa media massa merupakan sumber kepada
pelbagai gejala sosial : sebagai perosak minda remaja, pencemar budaya peribumi, penyemai
nilai-nilai kebendaan, penyebar hedonisme, dan nihilisme, faktor keruntuhan akhlak, ejen yang
memberi representasi salah kepada citra murni masyarakat, dan sumber propaganda (Md Sidin
Ahmad Ishak, 2006 :2). McCombs mengemukakan hipotesis agenda setting yang menyatakan
bahawa media tidak memberi pengaruh langsung pada pembinaan sikap (Md Sidin Ahmad Ishak,
2006 : 8). Selain itu juga, golongan remaja yang membesar dengan komputer juga memberikan
kesan yang buruk terhadap masyarakat. Dengan pengetahuan komputer yang mereka ada,
mereka dapat menggunakan komputer untuk menceroboh masuk dengan mudah ke dalam sistem
komputer yang penting seperti mencuri maklumat, mendapatkan wang dari bank, mendapat
maklumat sistem pertahanan negara, mengacau dan merosakkan pelbagai sistem perutusan
seperti sistem telefon ( Mansor Ahmad Saman, 1996 : 86).

33

Kesimpulan

Dalam kehidupan kita hari ini, media mempunyai visibiliti yang sangat tinggi (Hamedi
Mohd Adnan, 2006). Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan media telah
menyebabkan wujudnya kesan terhadap masyarakat sama ada aspek postif mahupun negatif.
Memang tidak dapat dinafikan peranan media selama ini banyak mencorakkan pemikiran dan
ideologi sesuatu masyarakat, namun jika ianya tidak dikawal atau melalui tapisan yang
sepatutnya dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan masyarakat dan negara. Apalag gunanya jika
kita mempunyai kebebasan media yang mutlak yang akhirnya akan membawa keruntuhan
kepada masyarakat kita sendiri. Jika lihat keadaan sekarang, walaupun ada sekatan dan tapisan
namun terdapat pelbagai masalah yang berlaku seperti menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
kaum yan lain atau membincangkan isu-isu yang sensitif secara terbuka. Oleh itu media
seharusnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka adalah alat mempengaruhi
khalayak yang paling berkesan.

34

BIBLIOGRAFI

Ahmad Sebi Abu Bakar (1996). Akhbar Sebagai Tabir Penghalang Perpaduan Kaum di Malaysia
dalam Peranan Media Dalam Masyarakat Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.

A.M Iskandar Haji Ahmad, (1980). Persuratkhabaran Melayu 1876-1968. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmah Abdul Manaf 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hamedi Mohd Adnan (2006). Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa. Universiti Malaya.
Kuala Lumpur.

Hasmah Zainuddin dan Yuana King (2006). Peranan Akhbar dan Maklum Balas Sosial : Berita
Jenayah Akhbar Harian Metro dalam Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa.
Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

John Ryan dan William M. Wentworth (1999). Media and Society : The Production Of Culture
In The Mass Media. Allyn and Bacon. United States.

Mansor Ahmad Saman (1996). Ledakan Media Elektronik dalam Peranan Media Dalam
Masyarakat Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Md Sidin Ahmad Ishak (2006). Etika Dalam Komunikasi Media : Pengenalan dan Persoalan
dalam Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Mohd Isa Othman, (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Distributors. Sdn. Bhd

35

Nor Azuwan Yaakob (2008). Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ray Eldon Hiebert (1995). Impact Of Mass Media : Current Isuues. Longman. New York.

Ratnam. K, (2001). Sejarah Malaysia. Selangor : Pustaka Sarjana. Sdn. Bhd.

Roff, R. William diterjemah oleh Ahmad Boestamam, (2003). Nasionalime Melayu. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Vir Bala Aggarwal (2002). Media And Society : Challenges and Oppurtunities. Concept
Publishing Company. New Delhi.

Wan Hamzah Awang, (1985). Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors. Sdn. Bhd.

Zahari A. Rashid, (2008). Kenangan-Kenangan Abdullah Munsyi. Selangor : Ibs Buku Sdn. Bhd

Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996). Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

SUMBER INTERNET

ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia

ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_pacak

www.answers.com/topic/johannes-gutenberg

www.edwardsamuels.com/.../CARLSON.jpg

36

www.geocities.com/cominglucky/nasionalisme.htm

www.geocities.com/sibernota/bab8.htm

www.umnogp.com/page.php?10

10tahun.blogspot.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindraf)

http://i284.photobucket.com/albums/ll12/legionsa008/20040504_23.jpg

http://images.ask.com/pictures?qsrc=&o=13047&l=dis&q=Television&search

http://www.ask.com/pictures?o=13047&l=dis&q=news%20paper

http://www.ask.com/pictures?o=13047&l=dis&q=news%20paper

37

You might also like