You are on page 1of 1

KESAN DAYA

1. Daya boleh
A) Menggerakkan objek pegun
B) Mengubah pergerakan objek
C) Mengubah bentuk objek
DAYA BOLEH MENGGERAKKAN OBJEK PEGUN
1. Objek pegun akan bergerak apabila daya yang dikenakan
lebih besar daripada
Beratnya dikenakan ke atasnya.
2. Objek akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya
yang dikenakan.
DAYA BOLEH MENGUBAH PERGERAKAN OBJEK
1. Objek yang bergerak akan berhenti apabila daya yang
sama dikenakan pada arah yang bertentangan dengan
arah gerakannya.
2. Daya boleh mengubah kelajuan objek yang bergerak.
3. Apabila satu daya dikenakan dalam arah yang sama
dengan arah gerakan sesuatu objek, daya ini boleh
membolehkan objek bergerak dengan lebih laju.
4. Daya boleh memperlahankan pergerakan sesuatu objek
jika daya yang dikenakan dan arah pergerakan objek
dalam arah yang bertentangan. Contohnya, kapal layar
akan bergerak perlahan sekiranya angin yang kuat
meniup daripada hadapan.
5. Daya juga boleh mengubah arah pergerakan objek yang
bergerak. Contohnya, jika bola tenis yang sedang
bergerak dipukul dengan raket, bola tenis akan bergerak
dalam arah yang berlainan.

You might also like