You are on page 1of 2

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 9: BUMI

9.1.1 Graviti Bumi

Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.

Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu daya yang dinamakan daya tarikan graviti bumi.

Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada pada semua objek.

Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu memakai pakaian khas dan

menggunakan peralatan khas untuk urusan harian supaya objek di sekelilingnya tidak terapung. 

9.1.2  Daya Tarikan Graviti Bumi

Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek

akan terapung di udara.Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana adanya daya tarikan graviti b

9.1.3  Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi

Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada kedudukannya.

Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di udara dan kekal berada pada kedudukannya. 
9.2.1 Putaran dan Peredaran Bumi

Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing.

Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.

Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. 

You might also like