You are on page 1of 5

SARANA

OBJEKTIF
Sarana ini disediakan khas untuk pihak sekolah dan
dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah
iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Lembaga Pengurus
Sekolah, Persatuan Bekas Murid / Alumni , Ahli Majlis
Permuafakatan Sekolah dan ahli Komuniti. Tujuan asasnya ialah
untuk mempertingkatkan kerjasama antara sekolah dengan
pihak yang mempunyai kepentingan kepada pihak sekolah.
KANDUNGAN SARANA
Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta
rakan kongsinya. Dapatan dari analisis selidik boleh digunakan
untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong
pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga
memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan
ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen
yang menyokong pembelajaran iaitu Iklim Sekolah , Komunikasi
Berkesan , Sokongan Terhadap Kejayaan Murid , Tanggungjawab
Bersama , Keputusan Bersama , dan Kerjasama dengan
Komuniti.
HARAPAN SEKOLAH
Untuk meningkatkan SARANA IBU BAPA disarankan supaya
aspek sokongan kecemerlangan anak ditingkatkan melalui:
1. Kehadiran penuh semasa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa ,
Murid dan Guru.
2. Menghadiri Mesyuarat PIBG.
3. Menghubungi terus guru yang mengajar

KESIMPULAN

Sekolah akan sentiasa berusaha untuk terus cemerlang dan


bekerjasama erat dengan ibu bapa demi kecemerlangan anak
didik kami.

AMALAN TERBAIK SEKOLAH


PROGRAM BACAAN YAASIN
PENGENALAN
Amalan Terbaik bagi SK Agama (MIS) Miri ialah Program
Bacaan Yasin. Program ini merupakan salah satu
program kebitaraan bagi SK Agama (MIS) Miri. Program
ini merupakan kebitaraan dalam kokurikulum iaitu
aktiviti keagamaan. Program ini juga terdapat dalam
Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid bagi SK Agama (MIS)
Miri.
Program ini dijalankan oleh semua warga sekolah.
Dengan adanya program ini, ia dapat menerapkan
segala aspek dari segi akademik, kokurikulum, hal
ehwal murid dan pembentukan sahsiah.

MATLAMAT
Dapat mengisi masa terluang murid-murid
pada awal pagi sebelum sesi persekolahan
bermula.
Menanam sikap menghargai masa dalam kalangan
warga SK.Agama(MIS) dengan hadir lebih awal ke
sekolah.

Menggalakkan murid membaca Al Quran dengan


fasih.
Membentuk keperibadian muslim yang berakhlak
mulia.

PROGRAM SR (SUNNAH
RASULULLAH SAW)
Rasulullah s.a.w. adalah insan yang mencapai
kejayaan secara holistik di dunia dan di akhirat.
Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ahzab 33;21,
Pada diri Rasulullah buat kamu adalah
suri teladan yang baik. Kecintaan kepada
Rasulullah S.A.W. perlu diterapkan sejak anakanak masih kecil. Mereka mesti jadikan Baginda
S.A.W. sebagai idola yang diikuti sehingga akhir
hayat.
Semoga
murid-murid
Sekolah
Kebangsaan Agama MIS Miri menjadi insan
cemerlang dan soleh seperti Rasulullah S.A.W.

OBJEKTIF
Melalui program ini murid-murid
dapat:

Mengenali
Rasulullah
S.A.W.
serta
menjadikan Baginda idola yang diikuti
sehingga akhir hayat
Mencintai
dan
menghayati
sunnah
Rasulullah S.A.W.
Mendidik
murid-murid
beramal
dengan
akhlak terpuji sejak kecil.
Melahirkan pemimpin yang memenuhi ruang
lingkup perjuangan Islam.
Melahirkan murid yang cemerlang selaras
dengan
kehendak
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan.
Merealisasikan matlamat dan hala tuju
Pendidikan Islam

Pelaksanaan Program Disiplin A


(Pro DA) bagi semua murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5
dan 6 pada tahun 2014. Program ini
telah
dilaksanakan bermula pada 07 Julai 2014 (Isnin).
` Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap
disiplin murid-murid di SK Agama (MIS) Miri. Program ini
menggunakan sistem markah iaitu Merit bagi murid
yang melakukan perbuatan yang baik manakala sistem
Dimerit akan diberikan kepada murid-murid yang
melanggar peraturan sekolah. Untuk makluman pihak
tuan/puan, sekiranya markah dimerit anak tuan/puan

mencapai 50 markah. Pihak sekolah akan memanggil


tuan/puan ke sekolah pada bila-bila masa sahaja.
MATLAMAT
Melahirkan generasi yang terbilang bukan setakat
akademik, tetapi juga dalam pembinaan akhlak
dan sahsiah diri yang sempurna.
Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid harus
memainkan peranan yang penting dalam membina
disiplin yang mantap di sekolah agar proses PdP
dapat dilaksanakan dengan lancar.
Visi
Ke arah mencapai matlamat SK Agama (MIS) Miri sifar
masalah disiplin.

You might also like