You are on page 1of 2

Tengku Nur Ezzati Bt Tengku Putra

29 B MKF Paya Kongsi


11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

Ibu Pejabat PTPTN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
504900 Kuala Lumpur

15 Julai 2014

Tuan,
PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PEMBIYAAN PERBADANAN
TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL
Berhubung perkara diatas saya Tengku Nur Ezzati Bt Tengku Putra kad pengenalan 910118-025872, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat dengan kepujian
daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan telah bergraduat Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Sistem Pejabat kepujian kelas pertama dengan Cumulative Grade Point Average
(CGPA) 3.57. Berikutan dengan itu saya ingin membuat permohonan pengecualian bayaran balik
pinjaman PTPTN.
2. Bersama dengan surat permohonan ini, saya sertakan Surat Akuan Penerima Biaya (Pin 6),
salinan Skrol Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat dengan kepujian dan salinan transkrip
keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akedemik UiTM untuk rujukan tuan.
3. Saya amat berterima kasih kepada pihak tuan yang telah sudi memberi kemudahan pinjaman
PTPTN sepanjang pengajian Ijazah Sarjana Muda saya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak,
serta membolehkan saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan jayanya. Justeru itu
saya berharap agar permohonan saya dapat dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh pihak
PTPTN.
Kerjasama dan jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
yang benar,

Tengku Nur Ezzati Bt Tengku Putra

You might also like