Professional Documents
Culture Documents
Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua
Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua
Good Luck
Semoga Kejayaan Itu Menjadi Milik Kita Semua
ISI KANDUNGAN
BAB 1
1
1
3
11
13
BAB 2
KEMENTERIAN
2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
2.2 Kementerian Pengajian Tinggi
16
16
18
BAB 3
21
21
24
24
26
27
28
28
29
30
31
31
33
34
37
38
44
45
BAB 5
KURIKULUM
5.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum
5.2 Kurikulum Prasekolah
5.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah
5.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
5.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
5.6 Pengurusan Kurikulum
5.7 Program JQAF
5.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)
52
52
78
93
93
96
96
BAB 6
BAB 7
60
62
64
79
74
76
78
79
79
80
80
80
89
91
BAB 8
BAB 9
99
100
101
URUSAN PERKHIDMATAN
8.1 Perintah-Perintah Am
8.2 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
1993
8.3 Arahan Perbendaharaan
8.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
8.5 Arahan Perkhidmatan
8.6 Akta Acara Kewangan
8.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
104
104
105
111
111
120
124
135
BAB 10
BAB TAMBAHAN
A Dasar, Kurikulum & Sistem
10.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
10.2 LINUS & PROTIM
10.3 Tonggak 12
10.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI)
10.5 RMK - 10 ( Pendidikan)
B Isu Semasa Pendidikan
10.6 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
10.7 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan
Politeknik
10.8 Isu Penempatan GSTT
10.9 Majlis Bahasa Inggeris
10.10 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah
10.11 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional
108
110
110
110
110
146
150
156
159
162
162
170
174
178
192
226
227
228
229
232
283
237
247
248
250
255
D Teori Pendidikan
10.17 Taksonomi Bloom
259
E Lain-Lain
10.18 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
10.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
10.20 Sorotan Peristiwa 2011
ii
261
263
264
BAB 1
TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1
1.2
1.3
1.4
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Islam Hadhari
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
3. Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga
negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak
boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di
negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
4. Kedaulatan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana
semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
2
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu
darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
perkembang potensi
individu
perkembangan individu
secara menyeluruh dan
bersepadu
unsur intelek
unsur rohani
(kepercayaan dan
kepatuhan kepada
Tuhan)
unsur emosi
unsur jasmani
sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
keluarga, masyarakat
dan Negara
nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu
untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang
mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula
diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.
ii)
Implikasi Terhadap Pendidik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan
selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi
di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk
mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan
matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru
mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem
pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab
sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa
yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang
sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan
dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti,
menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
iii)
Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahankemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk
merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini
adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga
diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling
bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan
keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar
yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Malaysia (PTV)
* Nota Tambahan pengkhususan bidang
i)
Implikasi terhadap kurikulum PTV
Perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi;
Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program
bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni
9
10
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik
dengan mengemukakan ciri-ciri:
Percaya dan patuh kepada tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."
1.3 WAWASAN 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi
sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang
dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidangbidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial,
antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik,
sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga
keyakinan.
9 CABARAN UTAMA
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis
Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama
wawasan 2020:
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama;
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama
sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,
dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada,
dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah;
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah
kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
11
nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun
yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah
tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi
Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion
dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini
memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar)
setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar
pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan
kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah
ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK
Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.
1.4 ISLAM HADHARI
Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia
bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam
al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.
Visi
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Misi
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam
yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Objektif
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,
praktikal dan damai.
Prinsip
(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.
(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
(6) Kehidupan Berkualiti.
13
14
Keturunan
Harta
15
BAB 2
KEMENTERIAN
2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
2.2 Kementerian Pengajian Tinggi
2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk
membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia. Matlamatnya ialah untuk;
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu
berketerampilan, dan sejahtera
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Matlamat
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan
sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Pendidikan wajib
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa
warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur
enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah
selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa
memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi
undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
16
Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Menteri 1
Timbalan Menteri 2
Ketua Setiausaha
Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud
SENARAI MANTAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
#
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Nama
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Mohamed Khir Johari
Abdul Rahman Talib
Mohamed Khir Johari
Tun Hussein bin Dato' Onn
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tun Musa Hitam
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tun Abdul Rahman Yakub
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud
Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
17
Tempoh Perkhidmatan
1955 - 1957
1957 - 1959
1959 - 1965
1965 - 1968
1970 - 1973
1974 - 1978
1978 - 1981
1982 - 1984
1984 - 1986
1969-1970
1986 - 1991
1991 - 1995
1995 - 1999
1999 - 2004
2004 - 2009
18
19
PENGURUSAN TERTINGGI
20
BAB 3
SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan
dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
a)
Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat
aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap
sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara
satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan
satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji
sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan
kaum Melayu;
Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;
Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai
corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem
pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran
Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan
yang sama bagi semua sekolah.
b)
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
21
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan
masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar
ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan
universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
c)
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti
Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang
pendidikan yang sama untuk semua kaum.
Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun
1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan
bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata
pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.
Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi
menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan
matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
d)
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.
Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui
penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya
22
Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis
Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada
tahun 1999;
Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI); dan
Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
e)
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf
ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam
perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)
diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan
diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,
2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah
penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan
pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
23
BAB 4
SISTEM PELAJARAN MASA KINI
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
Lokasi
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan
sekolah rendah.
Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau
DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan
jawatan Pembantu Tadbir.
Murid
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun.
Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di
bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat
kekosongan.
Kurikulum
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan
tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai
tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh
Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kriteria Pemilihan Sekolah
Tiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak
atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan
berkanun lain.
Kriteria Pemilihan Murid
Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.
25
Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk
kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
i. Berumur satu hingga empat tahun
26
Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak
dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan
kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai
aspek perkembangan
Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanakkanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.
Kurikulum PERMATA
Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model
Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan
budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi
kandungannya.
Tema Setiap Anak PERMATA Negara juga telah dipilih untuk menggambarkan
kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar
pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan
ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh
kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan
menyeluruh kepada kanak-kanak.
Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya
telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai
anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka
sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.
4.3 Pendidikan Rendah
Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal
anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang
diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.
Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini,
satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan
nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi
kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.
Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan
mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.
Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah
rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk
27
memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi
sekolah-sekolah yang berdekatan di kawasan anda.
Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas
alasan-alasan tertentu.
4.4 Pendidikan Menengah
Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana
asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah
dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi
pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional. Pendidikan di tahap ini di kawal oleh
Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam telah diaturkan bagi memastikan
pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai
melalui beberapa peringkat peperiksaan am.
Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan
berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat
rendah ke menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah
mereka. Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah
lain jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh.
4.5 Pendidikan Khas
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik P&P
mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
Kanak-Kanak Khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses
pembelajaran.
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciriciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
(4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam
pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh
berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .
28
29
ialah:
-Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh
mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2
jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan
elektif mata pelajaran vokasional (MPV)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan
Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat
iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
4.7 Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan
pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang.
Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang
kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar
Sistem Pembelajaran
Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem
persekolahannya berbeza sedikit. Disamping pembelajaran akademik, pelajar-pelajar
dilatih untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan disiplin.
30
Konsep
Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian
murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang
iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini,
kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi
apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan
kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan
nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam
Sains
Matematik
7.
8.
9.
10.
11.
Geografi
Seni Tari
Seni Muzik
Seni Teater
Kreativiti
Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:
1. Sekolah Seni Johor Bahru, Johor
2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak
4.9 Pembestarian Sekolah
Pengenalan
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
31
direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah
ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,
kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai
aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan
relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario
dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi,
sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah
institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa
aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada
pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Sekolah bestari
Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa
kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka
yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuat atau
lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai
mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan
membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan
menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang
direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah
yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya
dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan
teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan
pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
32
33
pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.
Latar Belakang
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan
bermatlamat membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang
menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang
kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan
antarabangsa. KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi
yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama
ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan,
sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.
Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan
institusi pengajian tinggi iaitu:
1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS
2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik
3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan KolejKomuniti
Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting
dalam pengajian tinggi iaitu:
1. Malaysian Qualification Agency (MQA)
Badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi
pendidikan tinggi negara.
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Badan yamg mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
Teras Utama PSPTN
Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan
menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:
Teras 1
Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50%
akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan
tertiari)
Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa
berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan
tertentu)
Teras 2
Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah
di industri
Penambahbaikkan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran
35
Teras 3
Teras 4
Teras 5
Teras 6
Teras 7
36
37
Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau
bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS
adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
Kategori kedua merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari institusi
pendidikan bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah kawalan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada Institusi
Pendidikan Swasta yang di bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS) yang di bawah seliaan KPTM. Kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu
berdaftar dengan Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.
Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari
peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis
institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian
Pelajaran termasuklah:
Sekolah Ekspatriat
Sekolah Antarabangsa
warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan
kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta
membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang
pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah,
seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.
2. Membangunkan modal insan
Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai
ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai
jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi
berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan
matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah: Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.
KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran
dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama
Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolahsekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras
tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat
membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam
bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program
Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer,
televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi
dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas
Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan
pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan
Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan
diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology
Challenge dan Robotik.
40
41
Memantapkan kurikulum.
Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam
akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas
pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan dengan
menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah
rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk
perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :
Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar
PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan
infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia
turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.
KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan
menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet,
makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan
mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar.
Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan
minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).
5. Memartabatkan profesion perguruan
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi
pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa
sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim
insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah
guru dan kemudahan asas yang sempurna.
42
Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi
penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi
focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan
Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),
Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.
Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan
sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan
pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan,
kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan
menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan
negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras
yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan
yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada
masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusiinstitusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan
showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem
pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat
Kecemerlangan Pendidikan.
Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang
dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut
elemen berikut :
Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).
Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru,
pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).
Kesimpulan
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja
dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi
juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi
membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai
ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk
berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur
kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa
kebaikan kepada negara.
43
Kriteria pemilihan
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah
Orang Asli.
Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam
persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru
(IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:1. Prasyarat Pertama
Pengukuran Standard Sekolah
-Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang
berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
2. Prasyarat Kedua
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun
berturut-turut:
SBP
: GPS 2.5 dan ke bawah
SMKA
: GPS 3.0 dan ke bawah
SMT
: GPS 4.0 dan ke bawah
SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
Sekolah Rendah Harian -80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran
dalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawah.
Syarat pemilihan:1.
Kecemerlangan murid dalam aspek:
2.
Akademik
3.
Kokurikulum
4.
Sahsiah
5.
Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
45
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh
mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
Langkah 1:
Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:
Langkah 5:
Langkah 6:
Penerimaan pencalonan
Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal
seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam,
membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.
Semasa Zaman Kolonialisme British
Sebelum Perang Dunia Kedua
Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan
kepada lima peringkat iaitu:
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Latihan Perguruan
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Pendidikan Tinggi
Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika
itu. Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang
berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi
tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk
memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur
dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan
Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di
Negeri-negeri Tanah Malayu.
Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada
orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926,
Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah
ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada
tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai
pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan
kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti
Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra
Malaysia.
Selepas Perang Dunia Kedua
Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu
selepas menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan
kepentingan politik mereka di Tanah Melayu.
British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J.
Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah
menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan
matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau
47
48
49
Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:
1. Unit Kejuruteraan Awam
6. Unit Sains Pertanian
2. Unit Kejuruteraan Elektrik
7. Unit Pembangunan
3. Unit Kejuruteraan Mekanikal
8. Unit Pengurusan pelajar
4. Unit Perdagangan
9. Unit Pengurusan
5. Unit ERT
10. Unit Pentadbiran
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai
Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.
PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang
pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960
mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada
tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk
mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan
teknik di negara ini.
Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan
Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C.
Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario,
Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School,
Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya,
mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil
termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan,
bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya. Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama
lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab
untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan
untuk kakitangan tempatan di Kanada.
Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya
sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy.
Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini
adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah
berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila
perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus
maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.
Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem
Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran
baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,
Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan
pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di
50
Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula
dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas
dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus
Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan
Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan
Batu Pahat dalam tahun 1992. Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan
kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali
sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).
PENUTUP
Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju
menjelang tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiap
perancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian
seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Setiap guru perlu membuat anjakan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan perubahan globalisasi yang berlaku.
ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu
mengajar di dalam kelas.
51
BAB 5
KURIKULUM
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
5.8
pendidik hanya menempati posisi kedua, yang lebih berperanan sebagai pembimbing,
pendorong, fasilitator dan pelayan pelajar.
Teori ini terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pendidikan progresif dan pendidikan
romantik. Pendidikan progresif dengan tokoh pemulanya- Francis Parker dan John Dewey
- memandang bahawa pelajar merupakan satu kesatuan yang utuh. Material pengajaran
berasal dari pengalaman pelajar sendiri yang sesuai dengan minat dan keperluannnya.
Mereka merefleksi masalah-masalah yang muncul dalam kehidupannya. Hasil daripada
refleksinya itu, mereka dapat memahami dan menggunakan sesuatu pelajaran itu dalam
kehidupan. Pendidik lebih merupakan ahli dalam metodologi dan membantu
perkembangan pelajar sesuai dengan kemampuan masing-masing. Pendidikan romantik
berpangkal dari pemikiran-pemikiran J.J. Rouseau tentang tabula rasa, yang memandang
setiap individu dalam keadaan fitrah, memiliki nurani kejujuran, kebenaran dan
ketulusan.
Teori pendidikan peribadi menjadi sumber bagi perkembangan model kurikulum
humanistik, iaitu suatu model kurikulum yang bertujuan memperluas kesedaran diri dan
mengurangkan kerenggangan dan keterasingan dari lingkungan dan proses aktualisasi
diri. Kurikulum humanistik merupakan reaksi atas pendidikan yang lebih menekankan
pada aspek intelektual (kurikulum subjek akademik).
(3) Teknologi Pendidikan
Teknologi pendidikan ialah suatu konsep pendidikan yang mempunyai persamaan
dengan pendidikan klasik tentang peranan pendidikan dalam menyampaikan informasi.
Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara kedua konsep pendidikan tersebut. Dalam
tekonologi pendidikan, apa yang lebih diutamakan adalah pembentukan dan penguasaan
kompetensi atau kemampuan-kemampuan praktis, bukan pemeliharaan budaya lama.
Dalam konsep pendidikan teknologi, isi pendidikan dipilih oleh ahli bidang-bidang
khusus. Isi pendidikan seperti data-data objektif dan keterampilan-keterampilan yang
yang mengarah kepada kemampuan vocational disusun dalam bentuk desain program
atau desain pengajaran dan disampaikan dengan menggunakan bantuan media elektronik
dan para pelajar dapat mempelajarinya secara individual.
Pelajar berusaha untuk menguasai sejumlah besar bahan dan pola-pola kegiatan secara
efisien tanpa refleksi. Keterampilan-keterampilan barunya segera digunakan dalam
masyarakat. Guru berfungsi sebagai pengarah pembelajaran (director of learning), lebih
banyak tugas-tugas pengelolaan berbanding penyampaian dan pendalaman bahan.
Teknologi pendidikan menjadi sumber untuk perkembangan model kurikulum teknologi,
iaitu model kurikulum yang bertujuan untuk memberikan penguasaan kompetensi bagi
para pelajar, melalui kaedah pembelajaran individual, media buku atau pun elektronik,
sehingga mereka dapat menguasai sesuatu pelajaran.
53
54
segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950),
aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
*selanjutnya akan dibincangkan dalam bab seterusnya...Taksonomi Bloom
3. Teori Pembelajaran Gagne
Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat.
Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada
persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses
oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya,
mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu.
Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian
otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi
pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks.
Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran:
I) Motivasi
ii) Kefahaman
iii) Pemerolehan
iv) Penahanan
v) Mengingat Kembali
vi) Generalisasi
vii) Pelakuan
ix) Maklum Balas
4. Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas
sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan .
Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman
berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori
konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas.
Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis
maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat
baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai
maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan
pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut
akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung
pengetahuan dan maklumat berkenaan.
55
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain
afektif dan domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia
ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan
mereka untuk faham. Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan
penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori
ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan
kolaboratif.
5. Teori Sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori
mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai
Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan
bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek
pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga
aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada
kefahaman pelajar.
6. Teori Multiple Intelligence
Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner.
Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap
individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:
Jenis
Linguistik
Logikal
Sifat
Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan
mempunyai keupayaan auditori yang optimum.
Belajar paling baik melalui pendengaran .
Tidak membina gambaran mental .
Suka bercakap.
Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
Pemikiran secara konsep, abstrak.
Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait.
56
Bodily / Kinesthetic
Visual / spatial
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalist
7. Teori Humanisme
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi
dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap
individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza denganindividu yang lain. Oleh itu,
strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dirancang dan disusun mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau
juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan
memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
MODEL PENGAJARAN
1. Model Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses
pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia
ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas
pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada
pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan
pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala
proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat
57
Instruksi &
Manipulasi
BEHAVIORISME
Berfokuskan
pembentukan
tingkah laku pelajar
Pengajar
memanipulasikan
perubahan tingkah
laku dengan
pengukuhan terpilih
KOGNITISME
Berfokus kepada
transmisi proses
pemikiran pelajar
Pengajar
memanipulasikan
proses pemikiran
pelajar dengan
membekalkan
model mental yang
59
KONSTRUKTIVISME
Berfokuskan
pembinaan mental
realiti pelajar.
Pengajar fasilitasikan
pemodelan
konseptual pelajar.
Pengajar mesti
memahami struktur
kognitif sedia ada
Realiti Yang
dipromosikan
Realiti pelajar
adalah konvergen semua realitinya
dipusatkan kepada
satu realiti yang
sama.
Pengajaran
berpusatkan realiti
tersebut
Realiti pelajar
adalah konvergen.
60
Perkembangan Sosioemosi
Kerohanian dan Moral
Kreativiti dan Estatika
Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan
bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh
diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan
kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep,
berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.
Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan
Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang
menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
61
62
Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia.
Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan diperingkat rendah bertujuan untuk
membolehkan murid:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
63
Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan:1.
Pendekatan Bersepadu;
2.
Perkembangan individu secara menyeluruh;
3.
Pendidikan yang sama untuk semua murid;
4.
Pendidikan seumur hidup;
5.
Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran
melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman
hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat;
6.
Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan
interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid;
7.
Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan
pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif
dalam proses menguasai kemahiran asas;
8.
Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel;
9.
Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum);
10.
Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
11.
Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam
bilik darjah.
Ciri-Ciri KBSR
Ciri-ciri KBSR terbahagi kepada enam perkara. Ciri-cirinya adalah seperti berikut;
64
Penekanan
Fokus Tahap I
1.
Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca
dan menulis);
2.
Penguasaan nombor dan operasi asas mengira;
3.
Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat AlQuran; dan
4.
Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
Fokus Tahap II
1.
Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
2.
Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian
masalah;
3.
Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain;
4.
Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
5.
Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
6.
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Struktur KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i.
Komunikasi;
ii.
Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii.
Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:
Kemahiran Asas;
Kokurikulum.
Bidang Pelajaran
Bidang
Komunikasi
Komponen
Kemahiran Asas
Manusia dan
Persekitaran
Matapelajaran
Fasa 1
Fasa 2
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Tamil
Matematik
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Moral
65
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni
Pendidikan
Jasmani dan
Pendidikan
Kesihatan
Sains
Kajian Tempatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni
Pendidikan
Jasmani dan
Pendidikan
Kesihatan
Penggabungjalinan;
Penyerapan;
Penilaian;
Pengkayaan; dan
Pemulihan.
Penekanan Dalam KBSR
Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:
Kemahiran asas;
Kemahiran berfikir;
Penilaian berterusan;
Simulasi
Bercerita
Permainan
Projek
Lakonan
Sumbangsaran
Tunjuk ajar
Pidato
Lawatan
67
Penilaian
Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR
Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM
dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program
KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang
dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan
pada Disember 1994.
Antara perubahan besar dalam KBSR ialah;1) Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran;
2) Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian;
3) Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang
paling kompleks mengikut topik;
4) Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran;
5) Mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam
topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat;
6) Mata pelajaran alam dan manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu
sains dan kajian tempatan;
7) Pengunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik, sains dan semua
matapelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah, tingkatan 1 dan tingkatan 6
rendah mulai Januari 2003; serta
8) Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik dan sains;
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)
68
Rumusan
Program KBSR terbahagi kepada dua tahap. Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)
menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6)
memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang
kukuh.
Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan
objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan
lebih berkesan lagi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan,
dan melaksanakan kurikulum.
5.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )
KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran,
kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan
serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.
Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan
secara integrasi dan menyeluruh.
(Pukal Latihan KBSM, 1990)
Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM
Kesinambungan
Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR: Komunikasi (Bahasa, Matematik)
Manusia dan Alam Sekeliling (Pendidikan Agama Islam, Pengajian Moral,
Sains dan Kemasyarakatan)
Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum)
Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan rohani
diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.
Objektif KBSM
Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi
dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan
penaakulan.
Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat
menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta
membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan
bertanggungjawab.
69
70
The methods and instruments required to evaluate the success of the action.
Menurut Bowen, kurikulum ialah a total instructional program composed of syllabus or
individual course programs.
Good pula memberi definisi kurikulum sebagai a general over-all plan of the content or
specific materials of instruction that the school should offer to the students by way of
qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional or
vocational field.
Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi
elemen-elemen berikut:
Rancangan pendidikan
71
72
2. Mesyuarat
mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali
setahun.
menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun.
menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan
panitia mata pelajaran.
3. Sukatan / Rancangan Pelajaran
menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod
Persediaan Mengajar.
garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm
menyediakan rancangan pengajaran.
4. Jadual Waktu
menetapkan waktu sekolah.
menetapkan sistem jadual waktu.
menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar
untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya
5. Penilaian Dan Peperiksaan
Menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan
dengan: jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain)
bilangan dan takwim
format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
syarat lulus
kumpulan sasaran
jadual penentu ujian ( JPU )
pengawasan
headcount
6. Anggaran Perbelanjaan
menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lainlain bagi setiap panitia /unit.
menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan
dan kemudahan prasarana.
7. Pemantauan
a.) Menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan
pengurusan P & P
pengurusan panitia
peperiksaan dan penilaian
73
jadual waktu
pengurusan kewangan
bilik-bilik khas
b) Menetapkan jawatankuasa pemantauan
c) Menetapkan jadual waktu pemantauan
hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di
peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian
serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
2. Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam
Quran Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Quran Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan
peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan
musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah
IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam alQuran.
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut
kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan
kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata
pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing
tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar
dipertimbangkan.
3. Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolahsekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata
pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid
diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan
Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab
yang dilantik khusus.
5.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program
yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas
iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini
adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid
pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam
kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu
tahun satu.
Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan
sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan
76
77
BAB 6
PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
Asrama
Skim Pinjaman Buku Teks
Biasiswa dan Pinjaman
Program Bersepadu Sekolah Sihat
Program Pemakanan Sekolah
6.6
6.7
6.8
6.9
6.1 Asrama
Pengawasan Asrama
Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah
keselamatan asrama.
Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam
aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan
dengan asrama.
6.2 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Pengenalan
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT
merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan
mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar
Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau
tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada
borang SPBT.
Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang
ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid
daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.
Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku
teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf
kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT
bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua
murid.
78
Objektif
Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan
sistematik. Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di
dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.
Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik
Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.
6.3 Biasiswa dan Pinjaman
Pinjaman dan Biasiswa
Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yang memerlukan
bantuan dalam meneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-program yang
dimulakan oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entitientiti korporat.
Maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badan
kerajaan:
Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Pinjaman dan Biasiswa MARA
Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara
(LTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
6.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat
Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolah
menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
adalah berasaskan rasional berikut:
Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan
di bawah satu program bersepadu
Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus
kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa
kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.
79
80
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen
ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan
institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru
berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan
penambahbaikan berterusan.
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama
di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada
tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan
nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang
dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran
global yang sering berubah.
Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,
liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga
celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda
utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam
yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:
... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large
measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching
is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
82
Penggubalan
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan
realistik;
Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta
penandaarasan, dan
Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan
persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.
Penggunaan
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak
yang berikut:
Guru
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
83
Komponen SGM
Standard merangkumi tiga aspek berikut:Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang
subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada
seseorang guru.
Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru.
Keperluan
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
dan melaksanakan keperluan yang berikut:
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon
program latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program
latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan
perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara,
badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan
perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.
84
Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program
latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan
berketerampilan.
Logo Standard Guru Malaysia
Penerangan Logo
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai
kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1),
pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
(Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang
bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru
adalah saling berkait dan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang
patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan
membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan
masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1),
latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi
(Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti
(Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard
dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan
Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia
yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu
menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki
semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
85
86
Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan
kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan
termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Agensi Latihan Perguruan
Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti
Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik,
sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.
Murid
Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.
Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi
suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam
matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada
penganugerahan sesuatu kelayakan.
Kursus
Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus,
kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi
menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
87
Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib
diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah
selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Minggu Orientasi Sekolah (MOS)
Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran,
bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk
memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi
dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Praktikum
Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk
pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang
kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.
Penilaian
Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau
program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah
atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.
Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme
dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan
kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Pihak Berkepentingan
Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks
perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.
Budaya IPG
Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan
guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
88
90
Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau
sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.
Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah
melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di
kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan
alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya
14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa
bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan,
Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya.
6.9 Skim Baucer Tuisyen
Pengenalan
Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid keluarga miskin
dengan murid keluarga berada. Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi
tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
Objektif
Membolehkan murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang
diperlukan agar setanding dengan murid yang lain.
Kumpulan Sasaran
Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;
Semenanjung : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,
Sarawak : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,
Sabah/Labuan: Keluarga yang berpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.
Pelaksanaan Program
Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran
yang bernilai RM10.00.
Berdasarkan senarai murid yang layak, sekolah akan menubuhkan pusat tuisyen
dengan menyediakan jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.
91
Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada
sekolah daripada pool guru tuisyen SBT daerah.
Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.
JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBT
kepada KPM.
Penutup
Adalah diharapkan melalui SBT ini, peluang dan pencapaian di antara murid daripada
keluarga miskin dan murid daripada keluarga yang berada dapat di seimbangkan.
Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah,
guru tuisyen dan ibu bapa.
92
BAB 7
PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
7.1
7.2
7.3
7.4
7.5
7.6
93
Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum,
dimana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
94
Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat juga
membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dan
kemahiran ini dapat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.
Gerak kerja ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya
terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu
saja.
Para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada
masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala
antara masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan saling
bantu membantu.
Semua kerja korikulum boleh memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk
kesihatan diri disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk
menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.
2.
Badan Beruniform
Pengakap
Kadet Remaja Sekolah
Kadet Tentera Udara
Persatuan/Kelab
Bahasa Melayu
Sejarah dan Geografi
Sains
Kemahiran Hidup dan Pengguna
Rekacipta
Kelab Pencegah Jenayah
Bahasa Inggeris
Seni dan Kraftangan
Matematik
Pelajar Islam
Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral
95
3.
Bola Tampar
Bola Keranjang
Hoki
Tenis
Olahraga
Putih
Perak
Kuning
Bulan dan
bintang
Merah
Biru
bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan (3x)
Ulang *
98
99
100
Objektif MSSM
Jenis Permainan
Bola Sepak Senior
Bola Sepak Veteran
Bola Jaring Senior
Bola Jaring Veteran
Sepak Takraw
Senior
Badminton
Jogathon
Boling Tenpin
Pentanque
Tenis
Ping Pong
Kebudayaan
Golf
Hoki
SepakTakraw
Veteran
Jantina
Lelaki
Lelaki
Wanita
Wanita
Lelaki
Lelaki/Perempuan
Lelaki/Perempuan
Lelaki+Wanita
Lelaki/Perempuan
Lelaki
Lelaki/Perempuan
Lelaki+Perempuan
Lelaki
Lelaki
Lelaki
101
Jenis Pertandingan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan/antara
regu
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Berpasukan
Ind/Berpasukan
Berpasukan
Antara Regu
Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau
kontrak ( Kontrak bermaksud dari segi Perkhidmatan Awam )
2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan
3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat
telah berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.
4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan mengambil
bahagian dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan
asalnya dan mendapat kebenaran daripada Dekan.
5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej
Komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di daerah dimana
pusat pengajian itu berada dan mewakili Daerah tersebut di pesta ini.
Pemain yang tidak layak menyertai pesta pula adalah seperti berikut;1. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah atau
Maktab tajaan Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta dan
persendirian.
2. Pekerja Kontrak Swasta
3. Guru Ganti
4. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak dibenarkan bermain
untuk Pesta MSKPP Johor kerana status kakitangan dan pegawainya telah
diputuskan bertanding di bawah MESCA.
5. Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta
wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.
6. Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu
bahagian/ peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan
sahaja.
7. Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan MSKPPM Daerah lain melainkan
mendapat kebenaran dengan pelepasan bertulis dari Daerah asal dimana
mereka berkhidmat. Tempuh 7 hari bekerja.
102
103
BAB 8
URUSAN PERKHIDMATAN
8.1
8.2
8.3
8.4
8.5
8.6
8.7
Perintah-Perintah Am
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
Arahan Perbendaharaan
Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
Arahan Perkhidmatan
Akta Acara Kewangan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
8.1 Perintah Am
Perintah Am dan pekeliling kerajaan ini menjadi nadi utama yang mengawal selia serta
memastikan urus tadbir kerajaan daripada peringkat akar umbi hingga ke tahap tertinggi,
harus berjalan lancar serta mematuhi prosedur ditetapkan. Pada dasarnya, Perintah Am
adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod etika, disiplin dan undang-undang kecil
berkaitan apa yang boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan
terhadap penjawat awam. Pekeliling kerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu
pekeliling perkhidmatan, surat dan surat edaran yang lazimnya menjadi saluran untuk
menerangkan bidang kuasa dan kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am
disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau sektor perkhidmatan awam tertentu.
Pekeliling bersifat lebih anjal berbanding Perintah Am kerana ia harus diterjemahkan
mengikut keperluan semasa walaupun terikat kepada ruang lingkup yang ditetapkan
Perintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua pengarah di kementerian berkenaan khusus
bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekeliling yang dikeluarkan Ketua Setiausaha
Negara jika membabitkan keseluruhan kakitangan awam secara umum. Antara lain,
Perintah Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam
Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun
Negeri dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan,
elaun, cuti, tatatertib rumah kerajaan, perubatan dan waktu bekerja selain skim pencen
perkhidmatan awam, skim pencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan,
serta penyelarasan pencen.
Perintah Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjaya perkhidmatan bagi melantik,
mengesahkan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan
tatatertib dan tugas-tugas lain. Ia juga menetapkan kuasa melantik bagi anggota
perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam persekutuan dan
bersama, anggota pasukan polis, serta perkhidmatan pelajaran. Selain itu, Perintah Am
menetapkan tahap penggredan mengikut kelayakan akademik penjawat awam serta
status pegawai (sama ada tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan). Ia juga
menentukan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tangga gaji. Lazimnya setiap
profesyen dalam sektor awam perlu ada perintah am yang khusus mengenainya dan
104
a)
b)
Perkhidmatan Kaunseling
Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam
hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani
isu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan
tatatertib diambil ke atas pegawai.
Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang
dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95 adalah
Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.
Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan
Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi
memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.
Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah
kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa; beserta
amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan
diambil.
Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat berkata dengan Ketua-Ketua
Setiausaha/Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk
oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
kes dirujuk.
Kumpulan Pegawai
Pegawai dalam Kumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang paling ramai
dikenakan tindakan tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai. Fenomena ini
disebabkan populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi bilangan
pegawai awam iaitu seramai 887,665 (77%) daripada keseluruhan 1.1 juta pegawai
awam.
Jenis Kesalahan
Kes-kes yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awam adalah kesalahan
tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbanding jumlah keseluruhan
sebanyak 13,761 kes. Butiran dan jenis-jenis kesalahan lain termasuk tatakelakuan
adalah seperti di Jadual 4:
106
berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji
akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Pegawai
tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana
terkemudian.
6.Turun pangkat (Reduction in Rank)
Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang
sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang
dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum
hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau dua
urusan mana terkemudian.
7.Buang Kerja (Dismissal)
Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman. Pegawai
tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.
8.3 Arahan Perbendaharaan
Pendahuluan
Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yang
dikeluarkan pada 29 Disember 1997.
Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripada Arahan Perbendaharaan.
Pendahuluan ini menekankan ciri-ciri penting dalam Arahan Perbendaharaan sebagai
panduan kepada pegawai-pegawai awam amnya dan pegawai-pegawai perakaunan
khususnya.
Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiap
pegawai perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apaapa kewajipan menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di
bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkan oleh perbendaharaan
mengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan yang tidak bertentangan
dengannya; dengan syarat bahawa seorang pegawai perakaunan negeri adalah di
samping itu tertakluk kepada apa-apa arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang
tidak bertentangan dengan yang tersebut di atas.
Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan
ini menerangkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh semua
Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yang
bertanggungjawab bagi perkara- perkara berikut:
(i) Memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam;
(ii) Membelanja atau membayar apa-apa Wang Awam; dan
(iii) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun
108
Perakaunan; dan
Bab ini juga menjelaskan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku apa-apa
kehilangan atau sekiranya tatacara perakaunan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi.
109
110
BAB 9
DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
9.1
9.2
9.3
9.4
9.5
9.6
9.7
9.8
9.9
menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti
dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan
penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di
samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan
seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan
kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan
standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM
membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas.
Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di
sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru
Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar
untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together)
dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Berketerampilan
Berkeyakinan
Percaya kepada Tuhan
Berdikari
- Warganegara yang bertanggungjawab
Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti
112
Kreatif
Menguasai kemahiran TMK
Belajar sepanjang hayat
Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Bentuk Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang
tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan
nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
113
4.
Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang
menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid
meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.
5.
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).
6.
Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin
ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam.
Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.
Tahap I
Pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan
untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.
Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
Tahap II
Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping
menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan
pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
115
Organisasi Kurikulum
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga
diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam
bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.
Organisasi Tahap I
Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.
Modul Elektif
Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid
berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan
sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam
aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
116
Pernyataan Standard
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan.
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
117
pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses
maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau
menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283
6.
Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan
P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan
dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.
7.
Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.
9.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Pengenalan
Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Pelaksanaan KSSR
bermula dengan murid Tahun 1 pada 2011. Maka terdapat keperluan untuk melihat
semula KBSM sedia ada supaya wujud kesinambungan kurikulum sekolah rendah dan
menengah. KBSM telah melalui satu kitaran lengkap dalam sistem persekolahan semenjak
pelaksanaannya melalui SPI Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan
Pelajaran yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM.
Konsep Transformasi KSSM
Konsep transformasi KSSM adalah berdasarkan kepada prinsip KBSM sedia ada iaitu: Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah
Pendidikan umum untuk semua murid,
Penggunaan disiplin ilmu yang ada
Kesepaduan antara unsur JERI
Penekanan nilai-nilai murni
Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia
Pendidikan sepanjang hayat
Namun demikian, dasar KSSM yang baru terdapat beberapa transformasi dari segi: Reka bentuk kurikulum
Organisasi kurikulum
Kandungan kurikulum
Penekanan kepada kemahiran abad ke-21
120
KerangkaTransformasi KSSM
121
122
123
Akademik
Bukan Akademik
Pentaksiran Aktiviti
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran
(PP)
(PS)
Kokurikulum
Psikometrik (PPsi)
(PAJSK)
124
Komponen PBS
1.
2.
125
3.
4.
126
Ciri PBS
1. Holistik
4. Fleksibel
2. Sepadu
5. Merujuk Standard
3. Seimbang
4. Sebahagian daripada proses PNP
Pelaksanaan PBS
UPSR 60:40 mulai 2016
127
Kaedah Pelaksanaan
Standard Prestasi
Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian
atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam
sesuatu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah
dikenalpasti. Standard prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh
dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang
ditetapkan.
Tahu
128
mempunyaikeupayaan membuat
keputusan untuk mengadaptasi
permintaanserta cabaran dalam
kehidupan seharian serta boleh
berbicara untukmendapatkan dan
menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yangsesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh
secara tekal.
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baru,
denganmengikut prosedur atau
secara sistematik, serta tekal dan
bersikap positif.
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikutprosedur atau secara
sistematik.
Murid menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan
sesuatukemahiran pada suatu situasi.
Murid menunjukkan kefahaman
untuk menukar bentuk komunikasi
ataumenterjemah serta menjelaskan
apa yang telah dipelajari.
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas
ataumemberi respons terhadap
perkara yang asas.
129
132
2.
133
134
135
136
137
138
S: Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)
J: Institut Pendidikan Guru
a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan
selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. Teacher Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai
dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen
Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum 3 kali praktikum :
a. Semester 5 4 minggu
b. Semester 6 8 minggu
c. Semester 7 12 minggu
139
Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris
dalam aspek seperti berikut:
a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru
Bahasa Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru
sekolah
S: Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
J: English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi
meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan guru:
a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah
menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching
yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan
latihan profesional mereka.
b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan
P&P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan
berkomunikasi dengan lebih berkesan.
CD Audio-Video (Teachers CD) yang membolehkan guru melaksanakan
pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
OPS-ENGLISH Students Handbook untuk pelajar.
Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital
pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan
perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua
komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan
kemahiran berbahasa.
S: Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
J: Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam
pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat
pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.
141
142
Konsep
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap
murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan
sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan
fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ketahap yang lebih tinggi;
Dasar Perlaksanaan
Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:
1.
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid
Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan,
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun
murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010
Rujuk LAMPIRAN 1).
2.
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan
sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain
dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
3.
Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata
pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
4.
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam
aktiviti sukan.
5.
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani,
jasmani dan emosi murid.
6.
Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk
menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7.
Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi
meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
8.
Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid
semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala
prosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi
mengelakkan sebarang kemalangan.
144
Objektif
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani;
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
3. Memupuk perpaduan di antara kaum;
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal;
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
*Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang 1M 1S, sila download file yang saya upload di
page ISMP 2nd Batch.
Soal Jawab Berkaitan 1M 1S
S: Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?
J: Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
S: Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?
J: Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk;1) Mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid
yang kurang atau tidak aktif;
2) Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
3) Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.
S: Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?
J: Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan
Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala
murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan
kemampuan sekolah.Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara
tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid
dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri
(MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah
merupakan aktiviti 1M 1S.
S: Bagaimanakah prestasi murid dinilai?
J: Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang
berasaskan:1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.
145
146
murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa
ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu
identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti
main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi
murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras
semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid
bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.
4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion
pilihan
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan
mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai
profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan
mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang
menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh
yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar
berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian
pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua
atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan
miskin bandar.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program
Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan
Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatihjurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah
berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai
Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai
sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai
akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk
perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.
148
149
pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada
amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa
yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar
mulai tingkatan satu.
Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada
tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di
tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas
tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga
peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.
Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS),
SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai
masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas,
ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran
ini. Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan
supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama
pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.
Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar
yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan
negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%,
Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah
44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh Timbalan
Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun
2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama
bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.
Soalan Lazim berkaitan
S: Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?
J: Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu
melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan
(pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).
S: Apakah pula makna aliran vokasional?
J: Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan
sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan
(vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini
ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu
teknik.
151
Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang
diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian
teknik dan vokasional.
"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan
pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi
dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita
usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran
Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai
sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam
PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.
Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah
sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu
penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke
kolej vokasional sedia ada.
Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih
pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah
adalah menggunakan penilaian psikometrik.
"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk
melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV
ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian
Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar
yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap
Diploma atau SKM Tahap IV.
Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia
adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka
mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.
"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus
vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di
negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya
30 peratus akademik," katanya.
153
Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di
kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurangkurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan
berkemahiran tinggi.
Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan
'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang
berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination
Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains,
matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta
mengekalkankesejahteraan alam.
Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir
Pendidikan teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang
bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun,
malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan
pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan
lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem
pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan
dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan
vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.
Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai
pendidikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem
pendidikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin
melihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.
Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini,
ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau
dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah
stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas. Jika
halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi
rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah.
Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti
akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan.
Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar
untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan
pasaran. Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan
vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.
154
tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan. Tidak terkecuali,
transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat
menengah dalam bidang vokasional masih rendah. Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia
dalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara
maju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus.
Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan
berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40
hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada
kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus
daripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la
merangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan
sekolah di negara itu.
Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh
setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78
peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang
bekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha
bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik
dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan
kepada 20 peratus menjelang 2015. Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini
bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara
pendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan
keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
9.8 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan
pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi
meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009
kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui
pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.
ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:
1. Minyak, Gas dan Tenaga
7. Minyak Sawit
2. Perkhidmatan Kewangan
8. Pelancongan
3. Perkhidmatan Perniagaan
9. Elektronik dan Elektrikal
4. Borong dan Runcit
10. Pendidikan
5. Kesihatan
11. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur
Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang
mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan
156
ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang
perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan
negara kasar (GNI).
Memacu Malaysia Ke Arah Menjadi Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi
Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah
satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar
(PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih
daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke
tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.
Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai
sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020. Pelaksanaan ETP yang berjaya akan
menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang
lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan
menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada
tempoh yang sama. Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar
bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan
menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala
Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia.
Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada
generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan
tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.
ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi.
Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali
pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara
maju yang lain. Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin
pembangunan utama, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas
atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi
ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan
polisi.
Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama
sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor
swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin
untuk memulakan penyertaan sektor swasta. Keberkesanan sebarang program
transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari programprogram lain kerana ia menumpu pada tindakan bukan pada prinsip teori dan idea.
Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang
157
Pertanian;
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.
S: Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?
J: Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA
akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan
bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai
tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan
liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA.
Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan
keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam
sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain.
Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar
pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang
bermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan
lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi
dan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan
perubahan regulatori.
NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai
mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang
penyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi
pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan
usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana
oleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara.
9.9 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
NKRA National Key Result Area
The Government is set to begin the transformation process in strengthening the
efficiency of its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure
that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services
happen
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
159
Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar
dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan
Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.
Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan
khas.
Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
perkhidmatan)
Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan
yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan
kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara
sekolah tersebut
Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin
sekolah di Malaysia
NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Pengetua/Guru Besar
160
BAB 10
BAB TAMBAHAN
161
Pengenalan
Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA
yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal
dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi
organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan
memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan
serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan
penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah
seperti berikut:1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima inisiatif iaitu
Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan
berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan
rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
162
163
13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi
empat elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran
Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif
Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan
penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang
memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan
jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi
rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan
berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan
pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim
perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru
Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48,
DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih
mudah lihat dibawah.
DG41 kepada 1-1
DG 44 kepada 1-2
DG 48 kepada 1-4
DG 52 kepada 1-5
DG54 kepada 1-6
Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi
Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak
Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017. Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada
Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan
Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,000. Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi
Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan
Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25
Tahun Berkhidmat.
164
1) Guru DG41
- Ditukar kepada 1-1
- Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun
2) Guru DG 44 kepada 1-2
- Ditukar kepada 1-2
- Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun
3) Guru DG 48
- Ditukar kepada 1-4
- Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun
4) Guru DG 52
- Ditukar kepada 1-5
- Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun
5) Guru DG54
- Ditukar kepada 1-6
- Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320
Kebaikan Dan Kelebihan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:1. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang
berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
2. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris
dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus
mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji
maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya,
jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah
6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan
meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika
di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860
ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus
165
Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15
Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding
sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut, katanya selepas
diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama
malam Khamis.
Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus
kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah. Kajian
JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya
0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.
Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran
penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai
pihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat. Jumaat lepas, JPA bersetuju
melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15
Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60
tahun kekal hari ini.
Soalan Lazim Berkaitan Isu SBPA
S: Adakah wajib bagi penerima SPBA untuk melanjutkan pecen sehingga umur 60?
J: Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi,
namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayaran
pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga
diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan
SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini
atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.
S: Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?
J: Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada
pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% 13%. Jadual gaji masih berstatus
sulit dan kebanyakan yang ditujukkan di laman sosial adalah daripada slaid taklimat
SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. tak
erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.
Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat
awam untuk sampai ke dinding adalah mustahil kerana selain tempoh T di
dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji
semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.
Lain persoalan utama
Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu
menyatakan persetujuan dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluar
negara dan tidak mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA dan perlu memberi
jawapan dalam tempoh 15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah
167
Kesimpulan ringkas
SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi
bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji
yang sama dengan staf yang baru.
Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar
"dinding". Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA
ini.
CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara
jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak
bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.
168
Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah
bersetuju untuk; Menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang
digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah
mengikut susunan tangga dalam sebaris.
Menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding
SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah
berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda
mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di
bawah 70.
Ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi
sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56
tahun atau 58 tahun mengikut SSM)
Menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau
dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda
mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau
perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus
diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca
sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai
berprestasi rendah).
Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy
kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen
penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya.
Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater),
KPI dan LNPT. Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna
pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka
tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada
gaji pokok.
Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah
LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah
tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan
penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam
perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau
bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di
bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi
Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen
penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak
dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
169
Istilah penting
Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian
Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil
tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar
ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang
kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan
keupayaannya untuk menjalankan tugas.
10.2 LINUS &PROTIM
Pengenalan
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi
maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk
sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1
pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang
Tahun 2011.
Definisi Literasi
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
Kemahiran Asas Literasi
TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan
ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan
ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan
ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
Definisi Numerasi
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik
yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
Kemahiran Asas Numerasi
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi
: Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran
170
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi
: Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan
mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga
1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi
: Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit
serta mengukur objek dalam unit piawai
LINUS
Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru
Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah
kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha
memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
Latar Belakang
Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah pada akhir 2012.
(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah
(Kohort Pertama).
171
Matlamat LINUS
Celik huruf
Celik nombor
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.
PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)
PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5
dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas
membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM
diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang
bermasalah ini.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM
mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN. Aras modul dalam
program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini
kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi
pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program
PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam
satu-satu masa yang ditetapkan. Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan
murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM
sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali
melakukan kesilapan semasa menulis.
172
173
10.3 Tonggak 12
Pengenalan
Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan
bagi mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan
kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai Tonggak Dua
Belas.
1. Menghargai Masa
Amalan Positif
Amalan Negatif
-Menepati Mas
-Berbual-bual Kosong
-Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu
-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja
Produktif
-Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang
Ditetapkan
174
Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Tidak bercita-cita tinggi
-Mudah putus asa
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh
3.Keseronokan Bekerja
Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama
Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.
4.Kemulian Kesederhanaan
Amalan Positif
Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan
kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi
Amalan Positif
Amalan Negatif
175
Amalan Negatif
7. Pengaruh Teladan
Amalan Positif
Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Sensitif dan pemarah
-Suka mencari helah untuk mengelak
tanggungjawab
Amalan Negatif
176
9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Positif
Amalan Negatif
Amalan Negatif
-Cepat mengalah
- Berpandangan sempit
-Tidak tahan menghadapi kesusahan
- Tidak sanggup berkorban
- Selalu mengubah pendirian dan keputusan
- Takutkan cabaran
Amalan Negatif
Amalan Negatif
-Berani mencuba
- Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah
- Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru
dalam pentadbiran
- Sentiasa dalam cabaran intelektual
- Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan
dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan
177
10.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah
nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu
perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin
Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan
sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Sejarah Perlaksanaan
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana
Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran
Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun
2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah
dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah
sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Objektif Menurut Penerangan Mengenai Dasar PPSMI Di Laman Web KPM
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam
era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai
inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian
maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa
Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam
bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Ketika mencadangkan dasar
ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus
globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara,
mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana
kebiasaan dengan bahasa Inggeris.
178
Pelaksanaan
PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun
persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan
pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen
berikut:Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber
asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam
pembelajaran sains dan matematik.
Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)
disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan
kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA
membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid.
BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.
Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan
untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan
pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P.
Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik
untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.
MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan
mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang
telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah
Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.
CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru
dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara
kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti
tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan
matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan
Matematik untuk Tahap Satu sahaja.
Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan
untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya
secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan
melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains
adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.
179
Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru
dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan
istilah tersebut dengan lebih tepat.
Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat
oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula
2-4-3 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik, manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun
2006 untuk tujuan tersebut.
Hasil dan reaksi
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan
berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik,
ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut
termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan
diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa
ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.
Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa
ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanakkanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku
pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut,
tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan
mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.
Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang
digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa
Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca
akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan
bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.
Prestasi Akademik
Peperiksaan
Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI
mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan
peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik.
Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran
Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%),
Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%),
Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%),
sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan
180
181
Antara Hasil Kajian Juga Mendapati PPSMI: Menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus
murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata
pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan
membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan
Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem
pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini
diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua
anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia,
Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di
Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.
[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)
Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut
Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara
khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar
Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun
2007.[13]
Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik
dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata
berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.
Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492
bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi
matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali
di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar
Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007
berbanding enam peratus pada 2003.
Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada
18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark
(skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007.
Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.
Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketigatiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics
TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding
182
Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus),
Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam
peratus) dan Serbia (lima peratus).
Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia
tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70
peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33
peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania
(20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang
tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.
Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan
sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam
bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS
berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa
keluarga atau bahasa kedua/asing.
Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran
matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam
prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya
mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti
Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.
Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin
Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan
75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan
masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan
Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula
mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah
memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah
seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan
dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43
orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun
pada tahun kajian dibuat.
Kajian UPSI
Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar
PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap
murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564
orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan
Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut[15]:
183
Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna
campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata
pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak faham/kurang faham
pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka
sukar/agak sukar mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian
Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca
arahan dalam Bahasa Inggeris dan menyelesaikan masalah. Bagi kohort Januari 2008 skor
min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08
daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor
maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang
Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan
objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi
pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran
Bahasa Inggeris pelajar.
Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak
kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan
guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh
dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat
dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan
sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan
semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan
berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab
soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati
soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong
dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.
Reaksi Dari Bidang Pendidikan
Kesan Negatif
Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan
sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk
membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah,
termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar
Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa
Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan
pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid;
Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang
kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana
ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosioekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan
taraf hidup masyarakat mereka.
Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO
184
Enam Alasan Yang Diberikan Diringkaskan Seperti Berikut:1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,
Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak
mengabaikan bahasa ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada
negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara
bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland,
India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris
tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan
bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang
menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak
cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita
jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang
menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah
bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan
dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa
Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara
yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial,
iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia
yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih
banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan
jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang
dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu
kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat
sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.
Ahli Politik Yang Mendokong
Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak
pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI
ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah
menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya
memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan
matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya
mengesyorkan untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini
186
dengan lebih berkesan khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa
Inggeris. Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI
itu.
Ahli politik yang menentang
Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa
kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan
sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."Anwar mengulangi ikrar beliau
untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu
parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah
PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.
YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan
bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya,
"(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk
fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah
tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara
menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di
sekolah.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benarbenar memperjuangkan pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium
pengajaran bagi subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang
diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar sekurangkurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia iaitu, Perkara 8 (1)
dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan
1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib
1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya
sebagai suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan
diundurkan).
"Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas
ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan
Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran
tersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong
perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.
GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat
beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh
tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair
Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim
Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar
Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India
seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas
PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka
menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur
tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.
Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba
mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar
PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, di samping dilaporkan merancang
untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI
tersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan
"Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis
berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira
20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata,
laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar
PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis
yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.
Perspektif
Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan
Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat
jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan
negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada
penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah
sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui
parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui
proses rundingan dan perbincangan awam. Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002
188
yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara
152. Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI
sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981, isu Perkara 152 Perlembagan
Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka
ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan
menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan
Perkara 152.
Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata
bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah
di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta
Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel
152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia. Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis
muda Malaysia seperti Faisal Tehrani dan lain-lain.
Nasib PPSMI
Rencana utama: Pemansuhan PPSMI
Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi
persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru,
kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar
PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun,
berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan
Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh
pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu: Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah
tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan
digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
189
Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku
Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik
menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih
belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi
perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar
PPSMI, sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh
semua pihak mengenai isu ini.
Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Dalam
pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan
undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hasilnya dari
100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran
sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.
Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang
memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan
sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar
MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai
ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran
bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI.
Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.
Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan
pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal
Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar
mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa
dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan
jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong
PPSMI, bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang
memperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang ingin
menyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan
tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada 19 Januari 2011.[57]
Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, "pencapaian cemerlang" pelajar
dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun
2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan
190
di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut. Tambahnya pula,
PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi Sains
dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa
Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan matematik. Bagaimanapun kajian tempatan
itu tidak mengambil kira dapatan kajian antarabangsa dalam "Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)". Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah
Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Hasil
kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains
merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508
mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula
merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999.
Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan
semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah
terpilih.
Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah "kekal"
dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut
sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah
akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah
menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.
Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan
Lima. Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua
bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.
Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal
Jawab yang disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri
Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan
dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian
dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddin
tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan
persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di
Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris
sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia
yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan
191
berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap
perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.
Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan
prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi
menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam
bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri
utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini,
usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang
tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini
berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut.
Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan
risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa
menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain.
Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih
kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam
Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam
Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak
mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama
11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28%
daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan
modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit
memandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam
pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi
pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah
negara menyertai kajian ini akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling
baik.
Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju
dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan
teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan
kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan
yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan
modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan
bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini,
kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk
meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua
lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat
Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.
Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea
melalui pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah
negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar
193
dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi
kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan
kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar
Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang
mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa
seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme
for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa
yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah
negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah
abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah
menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan
produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju.
Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan
sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya
tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini,
Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat,
dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil
termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai
pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan
menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea
seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat.
Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah
enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta
pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem
pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi
keutamaan.
Rangka Kerja Pembangunan Modal Insan Yang Bersepadu Bagi Malaysia
Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari
Universiti/ Kolej
Politeknik
Kolej Komuniti
InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)
Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema
Mengarusperdanakandan memperluas TEVT
Meningkatkan kompetensi siswazah
Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan
Menarik dan mengekal bakat terbaik
Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
194
195
yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu dan bersifat kumulatif.
Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas
pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanakkanak
supaya mereka boleh berjaya.
Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan
ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik permata masa hadapan
negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras
dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA
adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas
kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181
buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh
Rancangan.
Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah
Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan
dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar
enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun
hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan
keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan
fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3,
program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan
92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus
dipertingkatkan. Dalam tempoh 20102012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk
program ini.
Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan
Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai
kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah
berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan
persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras
dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan
akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan
perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan
ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.
Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi
Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar
keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti
pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh
pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada
sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi di peringkat
awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran
197
terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah
untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan
sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah
awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan.
Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan
pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang
perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan
selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi
memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai
untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti
bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada
peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan
infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada
Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus
kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat
memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan
identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke
arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang
kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah
terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui
rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012
dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti
ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan
prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk
sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah
Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai
penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan
seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional
yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan
positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang
penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif
dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran
yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.
199
Memperkenal Baiah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan
pengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan
kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai
kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian
semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada
markah komposit.
Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran
1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai
sekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program
pengurusan pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya
mencapai markah komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian
sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima
ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan
menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di samping
itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan
kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukan
sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.
Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan
prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat
perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan
dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB)
adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua,
pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya
14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh
Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian
latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap
pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan
dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta
dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan
perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan
prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing
pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada
sekolah berprestasi rendah.
Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik
Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan
dalam Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global
menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan
200
201
Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan
melalui langkah berikut:
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada
212 satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru
pelatih;
Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah
yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru
pembimbing;
Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan
kebolehan membimbing mereka; dan
Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi
sekolah dan guru pembimbing.
Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih
Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin
pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini
akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang
memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.
Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti
minimum bagi guru baru.
Peralihan kepada Sistem Terbuka dalam Latihan Guru
Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding
hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan
beralih kepada sistem terbuka bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan
pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di
sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di
kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.
Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru
yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik
serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan
meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009
kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan
ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015.
Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen:
Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi;
Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik
kepada semua guru; dan
Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.
202
Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika
kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat
keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran
siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi
siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi
memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan
kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau
22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun
persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin
lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar
untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal. Malaysia perlu
memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara
berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi
meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:
Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan
latihan vokasional yang berkualiti; dan
Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki
pasaran pekerjaan.
Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional yang Berkualiti
Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan
vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan
untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan
menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan
pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan
dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran
yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan
pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan
yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini
membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional
yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang
memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD
adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan
kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan
akademik pendidikan tertiari.
Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu
teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik,
manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran
TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri
yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja.
206
Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri
dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan,
empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas
akses kepada TEVT yang berkualiti:
Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan
keperluan industri; dan
Memperkemas penyampaian TEVT.
Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai
Pelajar
Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan
sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan
meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini,
penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar,
penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat
nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan
menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang
berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat
memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis
pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk
lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti
televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat
tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk
membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada
tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari.
Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke
peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling
yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan
kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan
institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak
berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan
bertanggungjawab untuk menyediakan panduan
Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif
Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya
sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi.
Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh
dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang
berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak
menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan
kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan
207
akan diguna pakai sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan
diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT:
Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yang
dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;
Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang
setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan
Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim
perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi
dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011.
Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil
berkaitan kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi
pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras
dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk
membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International
Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti
Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian dengan
Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya memberi
pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan
latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan
pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan
kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan
penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan,
perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT
dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan
memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.
Memperkemas Penyampaian TEVT
Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi
TEVT awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM
Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai
matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan
diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan menjadi asas
kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan
dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan
kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga
kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan
dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara
bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem
pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008.
Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan
209
latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga
akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh
Rancangan, sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir
akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan
dan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja.
Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228
sebahagian daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik melalui
pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang diperoleh akan
meningkatkan kebolehpasaran;
Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja.
Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru
memudahkan mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan
Sumbangan produktif.
Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan, ini
menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja
industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada
perantis.
Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang
berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai
kemahiran tinggi untuk melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan
kepada SLDN untuk melatih pembimbing dan tenaga pengajar.
Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki
Pasaran Pekerjaan
Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja
yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan
usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang
penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk
mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta
mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung
asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangan
siswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran,
kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam
pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang
kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft
skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan,
membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk
210
usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan keupayaan
anggotanya.
Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik
Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD.
Peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009
adalah 35.9%. Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di
universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%.
Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk
meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada
tahun 2023.
Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik.
Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800
staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik
juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran
akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh
sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang
fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul
latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan mereka
mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf akademik baru
akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang bertanggungjawab
membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala.
Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar
akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan
yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai usaha
penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan pensyarah luar
negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Pensyarah
sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan untuk
mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan
kompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak
semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam
skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan
atau ketua jabatan.
pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan
perlu untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran,
meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya
tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia.
Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia
mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan
dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara
mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan
penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran
tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan
pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus
berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi
kepada tiga bidang utama:
Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan
Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan
terbaik.
Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel
Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan
kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih
peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia
menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu,
kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah
mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai
tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan
tempatan.
Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan
Kaedah Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel
Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang
perburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran
globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan
persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan
mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan
penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan
pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang
lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu
gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak,
berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu,
masa yang panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja.
216
asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta
5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan secara
berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja,
seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing
berdasarkan keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah
baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan
kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir.
Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau
men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal
kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan
bukannya pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu
bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja,
kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja
asing.
Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja
Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap
kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal
Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk
yang berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya.
Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan
digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan
memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan
diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada 46%
pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara
dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa
masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada
ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.
Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada
Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam
pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga
kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan
latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi
dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam
kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang
tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada
sektor swasta.
Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan
Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk
menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan
218
219
220
visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000
sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran
tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu.
Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas.
Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran
dalam sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan
tempatan.
Sehingga kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai
Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina,
perubatan dan pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan
Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani.
Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti
golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja
ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain
akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri
perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik
lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari
negara ASEAN yang lain.
Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran
Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran
di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur
merupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk
menjadi antara lima bandar terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam
kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang
merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar
negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang
mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya
dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu,
usaha bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown,
Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif
yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti
taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah
lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan
pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk
Masa Hadapan
Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari
luar negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan
sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang
kritikal merupakan potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar
222
ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaik
sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka bekerja di Malaysia,
terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi kepada pelajar
terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah dan
pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras dengan
keperluan negara.
Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia.
Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan bilangan
modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar terbaik Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di
universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti pelajar terbaik
Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan akan menyediakan
biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke
tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yang
belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan
pengajian mereka.
Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia
Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang
boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara,
kebanyakan daripada mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan
mengambil usaha yang tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar
negara, untuk terlibat dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada
negara melalui tindakan berikut:
Mengekalkan hubungan.
Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh
hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti,
mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap
mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar
belakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan
dalam bidang bersesuaian;
Mengesah dan mengiktiraf sumbangan.
Anugerah dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan
meraikan pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu,
persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang
rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya
yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti
dan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;
Mendapatkan idea dan nasihat.
223
Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia
di bandar raya utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi
input untuk penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan
perindustrian. Di samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai
autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini
akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan
Sumber pelaburan modal.
Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia.
Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam
projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor
awam melalui usaha sama.
Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan
Berkepakaran yang Diperlukan
Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
dengan jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan
berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta
membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu,
Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana
Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan
berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC
akan mempunyai tiga peranan utama:
Sebagai pemangkin.
TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan
membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan
modal insan berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam dan
swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248
mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan
mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;
Sebagai pemudah cara.
TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan
mengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai
agensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan
koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di
samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan
sokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan
Sebagai penyampai.
TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentang
pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan
dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan merapatkan jurang
224
226
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS
dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan
Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara
sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari
2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan
sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masingmasing untuk untuk mengambil baucar berkenaan. Semua IPT telah menyediakan
senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik /
NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad
pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai
RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan
penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. Baucar ini adalah untuk pembelian
buku buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan
keperluan IPT masing-masing; Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai
buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan
sehingga 30 April 2012; Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan
mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali
menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
10.8 Isu Penempatan GSTT
7,079 GSTT ke jawatan tetap
PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di
seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan
di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
terpilih, mulai Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan
komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.
Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang
mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh
negara sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi peluang
228
kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh
negara mulai Januari depan.
Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah
penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai, katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.
Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012).
Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh negara mulai 9
Januari depan, katanya.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana
GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika
menghadiri temu duga sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru
terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan
sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh
tutup pada 26 Disember ini.
Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak memenuhi syarat
minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.
Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi
had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), katanya.
10.9 Majlis Bahasa Inggeris
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran , Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan, pada tahun ini, Kementerian Pelajaran akan menubuhkan Majlis Bahasa
Inggeris ( MBI ) yang bertujuan mengkaji kualiti dan standard sistem pengajaran,
pembelajaran serta pencapaian bahasa tersebut di kalangan pelajar sekolah di Negara ini.
Menurut beliau , keanggotaan MBI terdiri daripada pakar-pakar Bahasa Inggeris
tempatan dan luar Negara, termasuk dari dari Universiti Cambridge yang antara
peranannya ialah meneliti dan menyediakan penanda aras tentang perkara berkenaan
terhadap Kerajaan. MBI akan menjadi rujukan untuk semua pihak, sama ada Kementerian
Pelajaran atau sekolah swasta untuk menilai standard Bahasa Inggeris di kalangan
pelajar. Menurut beliau lagi, matlamat penubuhan MBI ialah untuk menentukan standard
pengajaran, pembelajaran serta pencapaian bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Negara ini
setaraf dengan standard antarabangsa.
229
PEMBINA bersetuju dengan penubuhan MBI dan ia mempunyai kaitan dengan dasar
MBMMBI yang menggantikan dasar PPSMI yang dimansuhkan oleh Kerajaan. Walau
bagaimanapun, diharapkan pelaksanaan MBI hendaklah berjalan dengan sempurna dan
professional. Paling utama ia tidak tersasar dari matlamat penubuhan asalnya iaitu untuk
meningkatkan standard bahasa Inggeris di kalangan pelajar seterusnya rakyat Negara ini.
Diharapkam MBI tidak akan meletakkan peranan bahasa Inggeris setaraf dengan Bahasa
Melayu dalam Sistem Pendidikan Negara ini atau tumpuan lebih terhadap bahasa Inggeris
akan menyebabkan peranan dan kedudukan Bahasa Melayu dikesampingkan sehingga
orang Melayu tidak menghargai bahasanya sendiri. PEMBINA berharap MBI tidak
menjadi laluan kepada pengembalian semula PPSMI seperti yang dituntut oleh Page dan
JMM . Kalau kononnya perjuangan mereka hendak meningkatkan standard bahasa
Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah Negara ini, kedua-dua persatuan ini
hendaklah menunjukkan kejujuran mereka dengan menyokong penubuhan MBI dan
juga MBMMBI bukannya terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan. Sebenarnya Majlis
Bahasa Inggeris turut menjadi ` penanda aras kepada kejujuran dan tujuan sebenar
tuntutan Page untuk mengembalikan PPSMI walaupun Kerajaan sudah membuat
keputusan muktamad mengenainya.
230
231
232
3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke
arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan
mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan
dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya
menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan
kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran
graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak
industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta
perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat
menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing.
Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi
kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam
tempoh 10 tahun akan datang.
Para hadirin sekalian,
4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan
melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara
serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat
menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD )
adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara
maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam
sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria,
hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di
peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program
apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk
mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara
serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di
peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan
vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan
tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan
sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.
5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau,
pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak
dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus
ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang
akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
Dato-dato, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
234
6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep
Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO.
Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi
pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on
dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga
ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta
( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik
taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan
terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai
pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir
yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.
Hadirin sekalian,
7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum,
institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia
sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi
lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas
dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan
sebentar lagi.
8. Lima strategi utama ini merangkumi:
- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional
- Transformasi institusi pendidikan vokasional
- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri
- Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.
- Transformasi organisasi pendidikan vokasional.
9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri,
Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara
institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian
teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses
pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.
Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM
dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS.
Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.
10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi
awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam
proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak
industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui "work
based learning" dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada
kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya
235
236
* Nota Peringatan
Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana
Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor
Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan
peranan istiadat. Malaysia = Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala
KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu: Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini
kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undangundang dan penghakiman; dan;
237
Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undangundang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa,
bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan
Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan
sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan
Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan
Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah
badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara
ini.
Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan
[legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang
dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama
ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi
urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.
selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh
Raja-Raja Melayu.
Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa
memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa,
baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh
melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana
Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan
mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua
kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan
tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi
Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera
di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu
dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan
atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.
Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang
undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan
perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan
Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undangundang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang diPertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh
menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.
Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda
telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam
perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan,
perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang
boleh mewakili kepentingan Orang Asli. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat
orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli
mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan
Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26
orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiaptiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.
239
Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi
mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan
ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan
seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik
untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua
penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh
memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran
Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan
Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih
oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang
dilantik.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat
serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat
dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang diPertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu
syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan
Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu
tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada
warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara.
Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen
sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.
Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di
seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di
Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah
Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi),
Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).
Badan Pemerintah (Eksekutif)
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab
melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.
Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan
Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan
mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh
dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah
kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama
Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya
240
menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada
15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk
menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri
hendaklah dilantik seperti berikut:
a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli
Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar
daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri;
dan
b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menterimenteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas
majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah
untuk: Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;
Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama meliputi seluruh persekutuan;
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau
memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja.
Badan Kehakiman
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman
ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga
terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub
dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.
241
242
244
245
10.14 BR1M
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Satu program bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah
yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Syarat Permohonan
Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:
Warganegara Malaysia
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah
dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
Berkahwin
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah
pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.
Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti
berikut:
Borang Pendaftaran BR1M
Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)
Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
yang layak. Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.
248
249
250
2. Minyak sawit
4. Pelancongan
6. Elektronik dan elektrikal
8. Pendidikan
10. Kandungan & infrastruktur komunikasi
12. Greater Kuala Lumpur
251
252
253
Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan
proses islah dan penambahbaikan, katanya.
Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah
Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.
Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan
individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, dan
ancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik
Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan matang pentadbiran beliau berdepan
gesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubung
kebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai Bersih
2.0.
Seiring dengan semangat merasai denyut nadi rakyat, Najib dilihat berjaya meneruskan
momentum transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan
dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan
demokrasi.
Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan
Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan
warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.
Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu
daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang
sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.
Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi
Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.
Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang
diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini
dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.
Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua
dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah
Ordinan Darurat dibebaskan.
Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa
apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun
menyertai parti politik.
254
255
7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah
kendalian SME Bank.
8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana
Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar
dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi
pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi
Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan
produk petroleum kepada yang layak.
11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian
cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun
pertama operasi.
12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh
empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun
2012 untuk biayai pembangunan MRT.
14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan
cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam
urus niaga bon dan sukuk runcit.
16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan
sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua
tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga
RM6.0 bilion.
18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan
Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun
Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai
bagi pemaju hartanah.
256
20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi
tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira
struktur perundangan Agama Islam Negeri.
21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT
diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME
Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang
menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan
diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala
dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350
juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh
Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua
peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan
PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk
mendapatkan pembiayaan.
26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan
kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti
mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah
pelaburan.
28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D
diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan
berkanun untuk tempoh 10 tahun.
29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam
syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi
dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55
peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang
2015
257
32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh
dan saksama
33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip nilai untuk wang
34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk
memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek
yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan,
projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan
kemudahan sukan.
35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan
di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional
Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang
dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada
kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada
kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor
swasta.
39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan
pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan
bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda,
membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan,
bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman
Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin
dan daif.
43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti
tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa,
pendidikan, sukan dan alam sekitar.
258
44. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi
pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini
adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan
sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi
manfaat kepada 1.5 juta belia.
45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama
seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0
diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000
akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.
46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar
IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200
kepada RM250.
47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari
Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada
jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan.
D
Teori Pendidikan
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun,
sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara
berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi.
Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan
membina.
1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan
lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan
lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
260
E Lain-Lain
10.18 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui
penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di
bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas
SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya
Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan
guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan
sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan
perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran. Pada 1 September
1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di
Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan
ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember
1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah
berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa
tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah
bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.
Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang
terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur.
Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.
Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak,
maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976
berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan
perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada
peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah
berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturanperaturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, PekelilingPekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.
Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang
sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan
kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu
pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota
Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai
tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP
261
ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota. Sepanjang
penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik.
Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua
Jabatan.
Visi SPP
Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik
Misi SPP
Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan
Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran
262
Objektif SPP
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari
segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota
Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor
pendidikan
PENGERUSI
TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG
TIMBALAN PENGERUSI
DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA
10.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Pengenalan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang
merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam.
Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam
sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000
dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.
Objektif
Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang
berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan
pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
Cepat dalam semua tindakan;
Layanan mesra kepada pelanggan;
Menepati masa yang dijanjikan;
Telus dalam semua peringkat pengurusan;
Adil dan saksama dalam pertimbangan;
Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan
boleh dipercayai (reliability); dan
Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
Misi
Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan,
kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi
kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang
harmonis.
263
Fungsi
Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:
Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber
manusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam);
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan,
penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan,
ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di
bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)); dan
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang
harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Operasi)).
Sejarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah
Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada
tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan
kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah
Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan
Perbendaharaan Persekutuan. Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan
menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968
menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini
telah dikekalkan sejak masa itu.
Ketua Jabatan
01 Jul 2010 - (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
10.20 Sorotan Peristiwa 2011 dan Penggal Pertama 2012
2011
1-Gempa Bumi Di Jepun.
Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang
melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling
buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah
berlaku kejadian Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan
awam tetapi juga telah melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya.
Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami
kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan dan dunia
terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga khabar angin
yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan
264
terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan
makanan di Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.
2-Demonstrasi Di London.
Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang
berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar
Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis
menembak mati seorang pemuda berumur 29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.
Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf
Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali.
Lebih malang lagi untuk pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak
tanpa mampu melakukan apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video
popular Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana
Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan maaf terhadap apa
yang berlaku kepada pelajar berkenaan.
3-Kebangkitan Di Timur Tengah.
Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak
berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab
Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali,
Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya
meletakkan jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah
mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.
4-Kematian Muammar Gaddafi.
Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan
dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar alGaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya
semenjak 1969. Berasal daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima
pendidikan rendah agama dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah
Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya.
Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan
monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara aktif.
Mendapat gelaran sebagai Pemimpin Besar Dan Pengasas Revolusi pada peringkat awal
pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.
Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini.
Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan
monopolinya terhadap kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain.
Dikalangan negara barat dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya
dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat kerana isu
diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang tidak selesa dengan
265
pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini. Gadaffi akhirnya mati di tempat
kelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh dengan kejam dan dimalukan oleh
mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyat
Libya sebelum dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.
5-Perkahwinan Diraja British.
Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William
melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinan
pasangan diraja ini mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William
merupakan anak kepada mendiang Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah
perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of
Cambridge masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu putera
William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara yang
dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal
Abidin.
6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.
Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS)
terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkan
apabila syarikat penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan
syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah
Nasional, pemilik saham terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5
peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato Kamarudin
Meranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan Rangka Kerja
Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan membolehkan
kedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.
Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan
terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku.
Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasiti
yang dibenarkan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan.
Mungkin satu masa saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai
aspek pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.
7-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato Seri Dr Khir toyo.
Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi
antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile
tinggi membabitkan kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara
selama setahun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau
dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5
juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman
itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Kes ini turut
266
mengundang kontroversi kerana Dato Seri Dr Khir Toyo merupakan Menteri Besar dan
mempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.
8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.
Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat emas
di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea yang
lalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang merupakan
tuan rumah pada acara berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong
Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia
apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi
mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga dalam
sejarah bola sepak tanah air.
9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.
Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan
jantung dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat
dikenali dengan program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri
tumpuan dunia apabila cuba bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program
persenjataannya. Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an,
beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah
kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah dianggarkan satu
pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat kekurangan
zat makanan. Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan
program ketenteraan dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah
menemui sumber untuk meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan
dengan ujian letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu JongIl, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan jawatan presiden seterusnya menjadi
pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.
2012
1. Sukan Olimpik 2012 di London.
Malaysia berjaya membawa pulang 2 pingat masing-masing Perak dan Gangsa yang
diperoleh Dato Lee Chong Wei dalam acara perseorangan badminton dan Pandalela
Renong dalam acara terjun.
2. Duit Kertas RM20 diperkenalkan Semula
Duit kertas berwajah baru dan duit kertas RM20 diperkenalkan semula setelah kali
terakhir digunakan pada tahun 1982
3. Peraturan Baru Taman Asuhan Kanak-Kanak
Peraturan baru diperkenalkan memandangkan banyak pusat asuhan kanak-kanak dan
tadika yang tidak berdaftar wujud di kawasan perumahan.
267
4. Putera William Dan Kate Middleton Melawat Malaysia (11 September 2012)
Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton telah membuat lawatan khas
ke Malaysia selama tiga hari pada 11 September lepas. Pasangan Duke dan Duchess of
Cambridge itu mengadakan lawatan khas bagi pihak Ratu Queen Elizabeth II sebagai
sebahagian siri lawatan ke beberapa negara Komanwel bersempena sambutan ulang
tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.
Lawatan pertama kali pasangan diraja itu bertujuan merapatkan hubungan dua hala
antara kedua-dua negara yang telah lama terjalin. Semasa lawatan tersebut, pasangan
diraja itu telah dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Pasangan diraja tersebut juga telah dirai dalam satu majlis malam diraja di Istana Negara.
Selain itu juga, pasangan diraja tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Perdana
Menteri dan Isteri sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Seri Perdana.
Selain menghadiri program rasmi, pasangan itu juga telah mengadakan lawatan ke Hospis
Malaysia di mana Middleton yang juga penaung diraja hospis kanak-kanak East Anglia
dijadualkan menyampaikan ucapan umum yang pertama di luar Britain.
Pasangan itu juga telah menghadiri persembahan kebudayaan khas di Taman Kuala
Lumpur City Centre (KLCC) sebelum berangkat ke Kota Kinabalu dan mengakhiri lawatan
dengan melawat ke Lembah Danum iaitu salah satu hutan hujan tropika utama di Sabah.
5. Lesen pemanduan transmisi automatic diperkenalkan
Lesen pemanduan ini akan diperkenalkan pada May setelah kurikulum pembelajaran dan
pengambilan lesen menggunakan kenderaan transmisi automatik digubal.
6. Perkhidmatan keretapi KTM yang lebih laju
Lebih 90,000 pengguna di KL, Klang, Seremban dan Rawang dijangka mendapat
perkhidmatan keretapi yang lebih laju apabila KTM memperkenalkan keretapi baru pada
Mac.
7. Diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan Monorail warga tua
Warga tua yang memang kad konsesi boleh menikmati diskaun 50 peratus LRT dan
Monorail bermula 1 Januari.
268