You are on page 1of 25

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATEMATIK
1.0

TAJUK :
Operasi Bahagi Menggunakan Kaedah Palang Oh Palang

2.0

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan
perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap
dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 4 Bestari di SK Mohd Shah untuk
lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran oparasi bahagi yang dianggap sukar dan
membosankan.

3.0

OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.


2. Membentuk minat belajar matematik menggunakan kaedah yang baru .
3. Meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam operasi bahagi.
4. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan kaedah
pembelajaran di luar kebiasaan.

4.0

RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh

secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

5.0

SASARAN
Murid Tahun 4 Bestari, di SK Mohd Shah, terutamanya yang menghadapi masalah dalam

menguasai kemahiran operasi bahagi.

6.0

PERNYATAAN MASALAH
Operasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid berbanding

tiga operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut beliau dalam
penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion on
Multiplication/ Division Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab dan bahagi adalah lebih
lambat jika dibandingkan dengan tambah dan tolak (Robinson, 2006). Selain itu juga, bahagi
merupakan operasi yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan operasi tambah tolak dan
darab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rich dan Schmidt dalam buku Review of Elementary
Mathematics pada tahun 1997 iaitu pendaraban boleh didefinasikan sebagai penambahan
berulang, dan operasi bahagi boleh ditakrifkan sebagai penolakan secara berulang (Parkes A.,
2008). Selain itu, operasi bahagi ini juga menjadi masalah kepada murid kerana operasi ini tidak
mempunyai algoritma iaitu bentuk lazim seperti operasi yang lain. Hal ini juga turut dinyatakan
oleh (John Back, 2007), algoritma pembahagian tidak sama seperti algoritma penambahan,
penolakan dan pendaraban di mana operasi bagi algoritma ini diselesaikan dari kanan ke kiri,
manakala algoritma pembahagian diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses
2

penurunan. Hal ini menunjukkan operasi bahagi kelihatan sangat-sangat berbeza berbanding
operasi lain. Oleh yang demikian, murid kurang mempraktikkan operasi ini dan menyebabkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi ini menjadi
lemah.
Sememangnya tidak dapat dinafikan soalan yang melibatkan operasi bahagi nombor 5digit dengan 1-digit dan 2-digit menimbulkan masalah yang agak serius dalam kalangan muridmurid saya. Saya telah mengenalpasti beberapa kecuaian dan kesilapan yang dilakukan oleh
mereka semasa menjalankan Ujian Diagnostik. Antara kecuaian atau kesilapan yang dilakukan
adalah seperti di bawah :

Rajah 6.0 : Contoh


Jawapan Murid
Kesukaran
yang sering dihadapi
oleh

murid

apabila

nombor yang dibahagi


adalah besar iaitu nombor lima digit seperti soalan dalam Rajah 6.0. Saya dapati kebanyakan
murid tidak menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul dan hal ini menyebabkan
pembahagian digit seterusnya adalah salah, seterusnya jawapan yang diperolehi juga adalah
salah.

Kesukaran ini berlaku kerana kurangnya penguasaan sifir dan tidak mengikut langkahlangkah yang betul dalam pengiraan bentuk lazim bagi operasi bahagi tersebut. Murid telah
melakukan kesilapan dengan menurunkan 2 setelah digit 5 dibahagi 2, sepatutnya murid
menurunkan 4 dibawah digit 5. Apabila langkah permulaan dengan menurunkan nombor yang
salah, maka langkah-langkah seterusnya juga adalah salah. Sikap sambil lewa dalam kalangan
murid saya dan penguasaan sifir yang lemah antara punca kegagalan mereka dalam menjawab
soalan-soalan melibatkan operasi bahagi yang saya berikan dalam ujian diagnostik dan latihan
harian.

Rajah 6.1 : Contoh


jawapan murid
Dalam Rajah
6.1 pula, murid saya
telah
kesilapan

melakukan
dalam

menulis hasil bahagi. Murid saya menulis 5 sebagai hasil bahagi digit 5 dengan 5, di mana
sepatutnya murid menulis 1 sebagai hasil bahagi dan ditulis atas garisan, atas digit 5. Kesilapan
pertama yang dilakukan menyebabkan langkah-langkah pengiraan seterusnya juga adalah salah
dan akhirnya jawapan yang diberikan juga salah. Pengetahuan dan pemahaman mengenai
prosedur menjalankan operasi bahagi bentuk lazim juga menjadi isu permasalahan dalam
kalangan murid-murid Tahun 4 Bestari.

7.0

SKOP DAN LIMITASI PROJEK


Berdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan operasi bahagi murid Tahun 4 Bestari, saya telah

menetapkan skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan perhatian terhadap meningkatkan penguasaan dalam
operasi bahagi nombor lima digit dengan satu digit. Kemahiran menyoal yang saya laksanakan semasa pengajaran
adalah dalam kawalan saya bagi melaksanakan projek inovasi ini. Dalam menentukan skop projek yang sesuai, saya
telah menjadikan soalan-soalan di bawah sebagai panduan dan penanda aras :

i.

Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidikan dan inovasi?

Ya. Masalah operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit wujud dalam amalan
penyelidikan. Hanya bergantung kepada guru untuk mengambil cakna akan masalah ini atau pun hanya
mengabaikannya.

ii.

Bolehkah penyelidik atau guru melakukan sesuatu terhadap situasi atau masalah tersebut bagi
penambahbaikannya?

Boleh. Saya menggunakan Kaedah Palang Oh Palang di mana ia paling sesuai dan
mudah difahami oleh murid-murid saya dalam melakukan pengiraan operasi bahagi, di
samping dapat mengelakkan kesilapan menurunkan nombor yang dibahagi dan menulis
hasil bahagi.
iii.

Adakah penyelidik atau guru terlalu bergantung kepada orang lain apabila hendak
melakukan sesuatu perubahan terhadap situasi atau masalah tersebut?
Tidak. Kaedah Palang Oh Palang adalah sangat fleksibel digunakan dalam bilik darjah

tanpa perlu membawa murid ke luar bilik darjah. Kaedah ini juga tidak memerlukan alatan bantu
mengajar yang canggih sebaliknya hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang asas seperti
pensel dan kertas. Oleh itu saya tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak
5

sekolah atau pun ibu bapa untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah ini boleh dijalankan pada
bila-bila masa sahaja.

8.0

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan peperiksaan Matematik

Tahun 4 tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa item berkaitan topik operasi bahagi merupakan
item wajib dan perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari topik-topik lain
seperti wang dan sukatan. Kelemahan murid-murid dalam topik bahagi boleh menyebabkan
pembelajaran mereka dalam topik-topik lain seperti pecahan, perpuluhan, wang dan sukatan
menjadi sukar, kerana dalam setiap topik berkenaan ada pengiraan melibatkan operasi bahagi.
Jika murid dapat menguasai kemahiran asas bahagi, kemungkinan besar mereka akan berpeluang
memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau peperiksaan matematik yang
dijalankan.
Kesilapan utama yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Bestari dalam operasi bahagi melibatkan nombor lima
digit dengan satu digit ialah menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul. Didapati hampir semua murid
menurunkan nombor yang salah setelah pembahagian digit pertama dibuat ketika melakukan operasi bahagi 5 digit
dengan 1 digit. Apabila ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak dapat melakukan operasi bahagi dalam
bentuk lazim mengikut prosedur yang betul, mereka menjawab bahawa mereka tidak dapat memahami bagaimana
prosedur tersebut dilakukan. Hasil semakan lembaran kerja yang diberikan juga menunjukkan murid-murid tidak
mengetahui nombor apakah yang sepatutnya diletakkan di tempat hasil bahagi walaupun sifir yang mereka bina
adalah betul.

Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah merasakan bahawa satu kaedah
diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat melakukan operasi bahagi dengan betul agar dapat membantu

meningkatkan prestasi mereka dalam akademik khususnya dalam matapelajaran matematik agar tidak ketinggalan
berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran matematik, sikap negatif murid-murid akan berubah dan pencapaian mereka dalam matapelajaran
matematik dapat diperbaiki. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari
pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi dalam membina kreativiti dan juga inovasi
pelajar. Oleh itu, saya berpendapat dengan penggunaan Kaedah Palang Oh Palang yang juga merupakan bahan
bantu belajar dapat membantu murid-murid saya menguasai kemahiran dalam operasi bahagi nombor lima digit
dengan satu digit atau dua digit.

9.0

ANGGARAN KOS PROJEK


Jadual 9.0 menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk

melaksanakan projek ini.


Jadual 9.0 : Kos Kajian

BIL

JENIS BAHAN

1
2
3

Kertas A4
Printer Cartridge
Potostat
Bahan

Laporan Projek
Fail

Dan

KUANTITI X HARGA

JUMLAH KOS

SEUNIT
3 X RM 9 = RM 27
4 X RM 5 = RM 20
RM 20

RM 27
RM 20
RM 20

3 X RM 4.90 =

RM 14.70
7

5
6

RM14.70
10 X 0.10 = RM 1
RM 2

Kertas Warna
Buku Catatan

RM 1
RM 2
RM 84.70

JUMLAH

10.0

TINJAUAN DAN KAJIAN


Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik

dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan
dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid
perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Menurut Fehr dan Phillips (1977)
pembelajaran formal operasi bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang
betul dan konsep yang betul

diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai

boleh dibuat bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang
terasing, apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid
mengira begini iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti
kerusi,

meja

dan

buku

membuat

murid

mengingat

tentang

bahagiannya

(perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran yang formal tentang aspek-aspek


bahagi.
Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan
mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973)
berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah,
tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran
membahagi

diamalkan.

Inilah

menyebabkan

murid

menghadapi

kesulitan

menyelesaikan masalah bahagi.

Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting
dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi
bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh,
Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak
pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.
Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk
menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan
masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi
operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri
serta sikap malu untuk bertanya.

Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kelas. Ia juga
diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang akan datang. Secara tidak
langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam peperiksaan. Melalui
projek inovasi ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat berkongsi pendapat bagi
membantu murid-murid yang lemah. Kaedah ini juga diharapkan dapat membantu murid Tahun 4
Bestari melakukan pengiraan dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan murid. Ia juga
akan memudahkan guru mengesan kesilapan murid menyelesaikan operasi bahagi 5 digit dengan
satu digit atau dua digit.

11.0

KAEDAH PENILAIAN

Saya akan menggunakan empat cara untuk membuat penilaian ke atas projek inovasi ini..
Jadual 11.0 dibawah ditunjukkan kaitan soalan kajian dengan cara pengumpulan data untuk
penilaian projek.

Jadual 11.0 : Soalan Kajian , Pengumpulan Data Dan Analisis

SOALAN KAJIAN
1. Adakah penggunaan kaedah Palang Oh

CARA MENGUMPUL
DATA

ANALISIS

-Ujian Pra

Peratus

Palang dapat membantu murid Tahun 4

-Ujian Pasca

Peratus

Bestari menguasai kemahiran operasi

-Analisis Dokumen :

bahagi 5-digit dengan 1-digit?

i) Lembaran kerja

Peratus

ii) Pemerhatian
-Analisis Dokumen :

Koding

Palang dapat mengatasi masalah

i) Lembaran kerja

Peratus

memahami prosedur menyelesaikan

ii) Pemerhatian

Koding

-Pemerhatian

Koding

-Soal selidik

Peratus

2. Adakah penggunaan kaedah Palang Oh

masalah pembahagian nombor 5-digit


dengan 1-digit?
3. Adakah penggunaan kaedah Palang Oh
Palang dapat menarik minat murid Tahun
4 Bestari untuk melakukan operasi
pembahagian nombor 5-digit

dengan

1-digit?

10

11.1

Huraian Kaedah Pengumpulan Data

i)

Ujian Pra Dan Ujian Pasca


Di dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian

Pasca. Kedua-dua ujian ini akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi penggunaan
kaedah Palang Oh Palang dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor lima digit dengan satu
digit. Ujian Pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran kaedah Palang Oh Palang
diperkenalkan manakala Ujian Pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan
kepada kumpulan sasaran. Soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pasca adalah sama ( Lampiran B
dan Lampiran C), hanya diubahsuai dari segi kedudukan soalan sahaja. Soalan ujian yang
diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan yang dibina hanya terhad kepada topik bahagi
melibatkan nombor lima digit dengan satu digit sahaja untuk memudahkan saya membuat
penilaian yang lebih terperinci.
Tempoh masa selama 10 minit diberikan untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan
terdiri daripada 5 soalan subjektif yang perlu dijawab secara individu. Markah bagi setiap soalan
ialah 20 markah dan jika jawapan diberikan adalah salah atau hanya dibiarkan kosong, maka
tiada markah akan diberikan. Setiap jawapan murid akan dinilai dan diberi markah. Markah
murid seterusnya dianalisis menggunakan perbezaan peratusan markah. Analisis data juga akan
dilakukan dengan membandingkan skor markah murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skor
maksimum markah bagi setiap ujian ialah 100 peratus. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan
kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat
lemah.

11

ii)

Soal Selidik
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri

oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana ia mengukur
tahap minat seseorang murid dalam pelajaran matematik. Selain itu borang soal selidik juga
digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap dan tanggapan murid terhadap
pelajaran Matematik. Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian projek inovasi yang terdiri
daripada soal selidik adalah selaras dengan objektif kajian projek di mana ia mengukur tahap
minat dan sikap murid-murid terhadap pelajaran Matematik khususnya dalam topik bahagi. Saya
akan mengedarkan sebanyak 40 unit borang soal selidik kepada murid yang terdiri daripada 40
orang murid Tahun Empat Bestari. Sebelum murid mengisi borang soal selidik tersebut,
penerangan akan diberikan terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang soal
selidik, dan cara-cara mengisi borang soal selidik. Murid diberi masa 10 minit untuk menjawab
soalan-soalan yang diberikan.
Borang soal selidik (Jadual 11.1) yang diberikan kepada murid adalah menggunakan
jenis respon binari iaitu setuju atau tidak setuju. Borang soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan data dalam menjalankan kajian tindakan ini mempunyai 5 item. Borang soal selidik
ini merangkumi aspek minat, sikap dan keupayaan menggunakan kaedah Palang Oh Palang.
Saya akan menganalisis data hasil soal selidik dengan menggunakan statistik mudah iaitu
peratus.

12

Jadual 11.1 : Borang Soal Selidik

iii)

Pemerhatian
Bagi menjalankan kajian tindakan ini saya akan menggunakan pemerhatian sebagai salah

satu kaedah kajian. Senarai semak akan digunakan sebagai alat ukur untuk mengukur minat atau
perlakuan (Jadual 11.2) murid di dalam operasi bahagi menggunakan kaedah Palang Oh
Palang. Pemerhatian akan dilakukan secara membuat senarai semak sepanjang sesi pengajaran.
Senarai semak yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat bagaimana reaksi murid
Bil

Pernyataan

Saya faham dengan jelas cara guru


mengajar menggunakan kaedah Palang
Oh Palang untuk operasi bahagi 5 digit
dengan 1 digit.

Saya boleh melukis tapak pengiraan dan


mengisi nombor-nombor berdasarkan
soalan diberi.

Saya boleh menyelesaikan soalan operasi


bahagi menggunakan kaedah Palang Oh
Palang yang diajar oleh guru.

Saya akan menggunakan kaedah Palang


Oh Palang bagi menyelesaikan soalan
operasi bahagi di masa akan datang.

Saya sangat meminati kaedah Palang Oh


Palang bagi menyelesaikan soalan operasi
bahagi.

Tidak Setuju

Setuju

mengaplikasikan kaedah Palang Oh Palang bagi menyelesaikan soalan-soalan operasi bahagi

13

lima digit dengan satu digit. Di dalam senarai semak terdapat perkara-perkara yang akan
diperhatikan oleh saya ke atas murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 11.2 : Borang Senarai Semak Kelakuan Murid
Bil

Kelakuan

No. Meja

1.

Berbual dengan rakan di sebelah.

2.

Tidur.

3.

Mengganggu pelajar di sebelah.

4.

Menjawab soalan yang diajukan.

5.

Bertanya soalan di luar topik yang


diajar.

12.0

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

12.1

KAEDAH ANALISIS DATA UJIAN PRA DAN PASCA


Saya akan menggunakan gred markah yang ditetapkan untuk sekolah rendah bagi

mengkategorikan pencapaian responden dan mengetahui tahap pencapaian mereka dalam Ujian
Pra dan Ujian Pasca.
Jadual 12.0 : Gred Markah
Gred

Markah

Analisis

Kelayakkan
14

80-100

Cemerlang

Lulus

60-79

Baik

Lulus

40-59

Sederhana

Lulus

20-39

Lemah

Gagal

0-19

Sangat Lemah

Gagal

Berdasarkan jadual gred markah seperti di atas, saya akan dapat mengenalpasti murid
yang bermasalah daripada markah yang diperolehi melalui Ujian Pra yang dijalankan.
Selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Palang Oh Palang , saya
akan memberikan satu Ujian Pasca dimana soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pasca adalah sama
tetapi berbeza dari segi kedudukan soalan. Markah yang diperolehi oleh murid seterusnya akan
saya terjemahkan ke dalam bentuk data yang kemudiannya akan dianalisis bagi menilai tahap
pencapaian mereka.
Dengan menggunakan kaedah analisis data melalui peratusan peningkatan pencapaian
murid, hasil kajian projek inovasi ini akan terbukti sama ada kaedah yang digunakan berkesan
atau tidak berkesan dalam membantu murid menjawab soalan-soalan operasi bahagi lima digit
dengan satu digit. Berdasarkan analisis data berkenaan juga, dapatlah dirumuskan tahap
penguasaan mereka dalam operasi bahagi nombor lima digit dengan satu digit menggunakan
Kaedah Palang Oh Palang.

12.2

KAEDAH ANALISIS DATA DOKUMEN

15

Saya akan menganalisis dokumen dengan menggunakan analisis kandungan. Analisis


kandungan adalah teknik yang digunakan untuk membuat inferens melalui pengenalan sifat-sifat
yang khusus tentang mesej (Holsti, 1968). Analisis kandungan bagi analisis dokumen ini
menggunakan pengkodan terbuka untuk mencari makna tersirat dan tersurat dalam data tersebut
secara tentatif. Dokumen yang bakal saya kumpulkan adalah seperti latihan murid dalam buku
latihan dan lembaran kerja , di mana bahan-bahan ini semua akan diterjemahkan ke dalam
bentuk teks sesuai untuk memudahkan kerja saya menganalisis kandungan.

12.3

KAEDAH ANALISIS DATA PEMERHATIAN


Data pemerhatian yang akan dianalisis di rekod dalam bentuk jadual (Jadual 5). Melalui

catatan data di dalam jadual tersebut, kajian dapat dibuktikan melalui tingkah laku murid semasa
menggunakan Kaedah Palang Oh Palang dalam menyelesaikan soalan pembahagian dan
kekerapan bilangan soalan yang dijawab menggunakan kaedah ini. Selain itu, minat murid dapat
dinilai melalui tahap keaktifan mereka semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
kesungguhan mereka menjawab soalan-soalan latihan dan ujian.

12.4

KAEDAH ANALISIS DATA SOAL SELIDIK


Bagi data soal selidik pula, saya akan menganalisisnya melalui penggunaan respon binari

iaitu setuju atau tidak setuju. Berdasarkan jenis respon yang diselidiki ini, data soal selidik akan
dianalisis menggunakan peratusan bagi menunjukkan tindakbalas murid terhadap Kaedah

16

Palang Oh Palang dalam pengajaran dan pembelajaran topik operasi bahagi lima digit dengan
satu digit.

13.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

13.1

JADUAL PELAKSANAAN
Bagi memastikan projek inovasi ini berjalan dengan lancar, saya telah membina jadual

pelaksanaan tugasan seperti di bawah :


Jadual 13.0 : Carta gantt pelaksanaan projek inovasi

17

JAN

Bil Perkara

FEB

MAC

2015

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan


data (Ujian Diagnosti)

Menulis kertas cadangan projek inovasi

Merancang Tindakan

Melaksanakan Tindakan & Membuat


Video:

Ujian Pra
PdP
Ujian Pasca
Mengumpul maklumat :
Ujian Pra & Ujian Pasca
Pemerhatian

Soal selidik
Menganalisis maklumat /data

Membuat Refleksi dan Laporan Projek


Inovasi

13.2

Dokumentasi

LANGKAH

PENGIRAAN

MENGGUNAKAN

KAEDAH

PEMBAHAGIAN

PALANG OH PALANG
LANGKAH 1 :
Sebelum memperkenalkan Kaedah Pembahagian Palang Oh Palang, saya akan melatih semua
responden untuk memahirkan diri membuat tapak pengiraan iaitu dengan melukis satu bulatan,

18

satu garis menegak seperti tiang dan beberapa garis melintang disebut palang. Langkah-langkah
melukis tapak pengiraan adalah seperti di berikut :
1.

Mulai dengan melukis satu bulatan.


(1) Bulatan untuk
nombor pembahagi

2.

Kemudian dilukis pula satu garis menegak di bawah bulatan.

3.

Seterusnya, garisan melintang atau palang dilukis. Bilangan palang bergantung


jumlah digit pada soalan. Dalam kajian ini ditumpukan kepada nombor

kepada

lima digit,oleh

itu lima palang perlu dilukis.

19

(2) Garis lurus


menegak seperti
tiang.

Rajah 13.3 : Tapak Pengiraan operasi bahagi kaedah Palang Oh Palang


LANGKAH 2 :
(3) Garis lurus

Setelah responden telah mahir dalam membina tapak pengiraan, langkah selanjutnya
adalah
melintang disebut
palang.
mengisi tapak pengiraan berdasarkan soalan diberi. Responden akan dibimbing
dalam

melengkapkan tapak pengiraan mengikut aturan seperti berikut :


i.

Nombor pembahagi ditulis dalam bulatan.

20

ii.

Nombor yang hendak dibahagi ditulis pada setiap palang dari atas ke bawah dan hanya

satu digit bagi setiap palang.


iii.

Tanda tolak ( - ) ditulis dibelakang setiap digit.

CONTOH SOALAN : 52 984 2 = 26 492

21

Rajah 13.4 : Pengisian soalan dalam tapak pengiraan

LANGKAH 3 :
Selanjutnya responden akan dibimbing dalam melakukan pengiraan. Bagi memudahkan
pengiraan menggunakan Kaedah Palang Oh Palang ini dijalankan, responden dikehendaki
menyediakan sifir, contohnya dalam soalan yang diberi responden diminta menyediakan sifir
dua. Langkah-langkah pengiraan adalah seperti dibawah :
i.

Bermula dengan digit pertama pada palang teratas iaitu 5, responden diminta mencari
apakah nombor yang didarab dengan dua memberikan hasil darab 5, oleh sebab tiada 5
maka dirujuk nombor hasil darab yang paling hampir dengan 5 iaitu 4.

ii.

Hasil darab iaitu 4 ditulis selepas tanda tolak (-) pada palang pertama.

22

iii.

Penolakan dijalankan dengan menolak 4 daripada 5 menghasilkan 1.

iv.

Hasil tolak iaitu 1, diturunkan ke bawah dan ditulis sebelah digit kedua palang kedua.

v.

Ulangi langkah i hingga iv bagi digit seterusnya sehingga selesai.

vi.

Jawapan diperolehi dengan melihat nombor-nombor di sebelah kiri tiang atau garis tegak.
Dibaca dari atas ke bawah. Responden diminta menulis semula jawapan secara mendatar.

CONTOH SOALAN : 52 984 2 = 26 492


Nombor
5-digit
Digit ke-

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

Rajah 13.0 : Pengiraan bagi memperolehi jawapan


LANGKAH 4 :
Bagi melengkapkan kemahiran pembahagian menggunakan kaedah Palang Oh Palang ini,
responden diminta menyalin semula dalam bentuk ayat matematik berserta jawapan yang
diperolehi.

23

Contoh jawapan : 52 984 2 = 26 492

Hasil tolak
diturunkan dan
diletak disebelah
digit kedua iaitu 2
dan disebut dua
belas.

12

18

24

Rajah 13.5 : Pengiraan bagi memperolehi jawapan

Jawapan :
26 492

25

You might also like