You are on page 1of 14

MESEJ/PENGAJARAN NOVEL

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua mesej yang terdapat dalam novel
tersebut.
[7 markah]
Berdasarkan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain yang saya kaji, terdapat beberapa
mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada para pembaca.
Antara mesej yang terdapat dalam novel termasuklah kita perlu tabah menghadapi cabaran
dalam kehidupan. Kita boleh mencontohi sikap tabah watak utama, Hilmi dalam menghadapi masalah
dalam kehidupannya. Misalnya, Hilmi tabah menghadapi cacian Datin Salmah, iaitu emak saudaranya,
yang amat mementingkan status. Datin Salmah menganggap bahawa Hilmi yang hanya bersetakat darjah
empat sekolah Melayu itu memalukan keluarganya sehingga sanggup mengelarkan Hilmi sebagai seorang
tukang kebun sahaja dan bukan sebagai ahli keluarganya. Hilmi pula sabar dan tabah menghadapi segala
cacian dan cemuhan walaupun Datin Salmah sering mengambil kesempatan untuk menyusahkannya.
Tugasnya sebagai tukang kebun turut dilaksanakan dengan begitu baik sehingga mendapat pujian
daripada jiran Datuk Johari, yakni Doktor Nathan.
Di samping itu, novel ini juga menyampaikan mesej kita hendaklah membantu orang yang
memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengajaran ini jelas ditonjolkan oleh Encik
Bakar yang sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik tanpa mengenakan bayaran kerana bersimpati
dengan anak muda itu. Dengan bantuan Mamat yang merupakan drebar Dr. Nathan, Hilmi berjaya
menemui Encik Bakar. Beliau merupakan seorang ahli muzik yang berpengalaman dan beliau mengasah
bakat Hilmi dalam bidang muzik. Oleh itu, beliau mengajar Hilmi mengenali not-not muzik, bermain
pelbagai jenis alat muzik dan memberikan bimbingan kepada Hilmi atas segala masalah yang dihadapi
dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas. Akhirnya, jasa baik beliau terbalas apabila Hilmi
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang muzik sehingga dijemput untuk memberikan
persembahan di Pertunjukan Orkes Perdana.
______________________________________________________________________________
Berdasarkan novel Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof yang saya kaji, terdapat
beberapa mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada para pembaca.
Antara mesej yang terdapat dalam novel ini termasuklah kita hendaklah menyayangi ahli
keluarga kita. Contohnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun
Selain itu, kita hendaklah bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan. Buktinya, Jeffri
sabar menjaga isterinya yang koma dan kematian anak kembarnya
Seterusnya, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya. Intan Julia belajar
bersungguh-sungguh sehingga cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajarannya ke Pusat
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Di samping itu, kita janganlah melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan
Encik Muaz al-Khalibi yang menodai pengemas biliknya warga Indonesia perlu dihindari oleh anggota
masyarakat. Perbuatan pembuangan Rasylan di tepi longkang besar oleh pengemas bilik sewajarnya
menjadi pengajaran kepada semua

NILAI KEBERANIAN
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai keberanian yang terdapat dalam
novel tersebut.
[8 markah]
Dua buah novel yang telah saya pelajari ialah novel Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana
Yusof dan Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam kedua-dua novel ini, pengarang menyelitkan
nilai keberanian.
Dalam novel Papa(akhirnya kau tewas jua!), nilai keberanian jelas dipaparkan oleh watak Intan
Maliana. Intan Maliana merupakan isteri Jeffri dan juga ibu kepada Intan Julia. Walaupun dia pernah
mengalami komplikasi apabila melahirkan Intan Julia, Intan Maliana tetap ingin meneruskan kandungan
kembarnya demi kebahagiaan suaminya, Jeffri. Dia memaparkan nilai keberanian apabila masih tegas dengan
keputusannya untuk mengambil risiko yang besar bagi melahirkan anak kembar tersebut walaupun telah
ditegur dan dinasihati. Akhirnya, kedua-dua anaknya meninggal dunia dan dia pula jatuh koma.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak Hilmi memaparkan nilai keberanian. Hilmi datang dari
kawasan kampung. Dia juga hanya berpendidikan hingga darjah empat sekolah Melayu. Walau bagaimanapun,
Hilmi menunjukkan nilai keberanian apabila dia membuat keputusan hendak ke bandar untuk mencari
pekerjaan atas permintaan bapanya, Pak Karim. Hilmi tetap berani mengembara ke bandar dengan
kemampuan dan kemahirannya yang rendah dan akhirnya, dia berjaya manjadi pemuzik yang terkenal atas
keberaniannya.
WATAK UTAMA & PENYELESAIAN KONFLIK
(b)

Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan
kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflik
yang dihadapi dalam setiap novel.
[8 markah]

Novel yang telah saya kaji ialah novel Papa(akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Muhammad
Yusof dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Pengarang kedua-dua buah novel ini telah
menarik perhatian para pembaca dengan menimbulkan konflik yang terpaksa dihadapi oleh watak utama bagi
kedua buah novel ini .
Dalam novel Papa(akhirnya kau tewas jua!), watak utamanya ialah Intan Julia. Intan Julia telah
menangani konflik dengan bapanya, Encik Jeffri dengan rasional, iaitu mendekatkan diri kepada Tuhan
yakni dengan bersolat. Konflik itu timbul apabila Encik Jeffri tidak membenarkan Intan Julia berkawan rapat
dengan Rasylan kerana asal keturunan Rasylan tidak diketahui. Intan Julia tidak bersetuju dengan arahan
bapanya itu, lalu Encik Jeffri menampar muka Intan Julia. Walau bagaimanapun, Intan Julia tetap tabah
menghadapi cabaran ini dengan sering bersembahyang. Intan Julia juga cuba untuk tidak berkawan terlalu
rapat dengan Rasylan pada ketika itu.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak utamanya ialah Hilmi. Hilmi menyelesaikan konfliknya
dengan membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan berhenti bekerja sebagai tukang kebun di
rumah Datuk Johari. Sebenarnya, Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah apabila Hilmi tinggal di
rumah Datuk Johari. Datin Salmah sering menghinanya dan cuba mencari kesalahan Hilmi. Datin Salmah juga
bersikap agak kasar dengan Hilmi. Contohnya, pada suatu malam yang Hilmi balik lambat ke rumah, Datin
Salmah tidak memberikan makanan kepadanya dan memarahinya. Hilmi menghadapi konflik ini dengan
meminta bantuan Mamat untuk menulis surat kepada Datuk Johari agar membenarkan Hilmi pulang ke
kampungnya dan berhenti bekerja di rumah Datuk Johari

PERASAAN PEMBACA
(a) Biasanya pelbagai emosi dirasai pembaca semasa membaca sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perasaan anda setelah membaca novel tersebut.
[7 markah]
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Sebagai pembaca, saya berasa sedih apabila membaca novel tersebut. Buktinya, layanan
Datuk Johari dan Datin Salmah kepada Hilmi sewaktu dia tinggal di rumah mereka. Sejak
mengetahui bahawa Hilmi merupakan pemuda dari kampung yang hanya belajar sehingga darjah
empat di sekolah Melayu sahaja, Datin Salmah tidak menyukai Hilmi. Dia asyik menghina dan
mengejek Hilmi. Contohnya, apabila Hilmi mengatakan kesanggupannya untuk bekerja sebagai
kuli, Datin Salmah telah mengejeknya. Walaupun Datuk Johari tidak menghina Hilmi namun dia
kurang membantu Hilmi dan berasa malu akan hubungannya dengan Hilmi. Datuk Johari malu
untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang kebunnya
merupakan anak saudaranya. Layanan Datuk Johari dan Datin Salmah memang menyedihkan
saya kerana mereka menunjukkan bahawa mereka sungguh mementingkan kedudukan atau status
seseorang.
Selain itu, saya telah berasa gembira akan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik.
Setelah banyak mengharungi cabaran, Hilmi akhirnya telah menjadi pemain muzik terkenal
dalam negara dan pernah memberikan persembahan di Festival Muzik di Tokyo. Sepanjang
penglibatannya dalam dunia muzik, banyak orang telah mendorong dan membantunya
termasuklah Hayati, Mamat, Encik Bakar dan lain-lain lagi. Tamsilnya, Encik Bakar telah
mengajar Hilmi secara percuma selepas mengetahui bahawa Hilmi mempunyai bakat dalam
muzik. Hilmi juga telah banyak berusaha sehingga berjaya menggubah beberapa lagu yang
diminati ramai dan diberi peluang untuk memimpin Hilmi Potpouri. Usaha diri sendiri dan
bantuan orang lain telah menghasilkan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik terkenal. Kesemua
ini menimbulkan perasaan gembira dalam pembaca apabila melihat kejayaan Hilmi yang begitu
menggembirakan.

Novel yang saya kaji ialah novel Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof.
Sebagai pembaca, saya berasa marah apabila membaca novel tersebut. Perasaan marah
apabila ayah Intan Julia, iaitu Jeffri mengahwini Aisyah tanpa persetujuan Julia. mementingkan
diri sendiri kerana berkahwin ketika Intan Maliana koma.
Selain itu, saya juga berasa sedih. Buktinya, semasa Intan Maliana sedar daripada
komanya, dia mengetahui bahawa Jeffri telah mengahwini Aisyah. Intan Maliana yang kecewa
lalu meninggal dunia di hadapan Julia dan Jeffri.

PERBANDINGAN WATAK SAMPINGAN


(b) Pilih dua buah novel yang anda pelajari. Bandingkan satu watak sampingan daripada keduadua buah novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan
novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Yusof. Watak sampingan daripada novel
Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak sampingan daripada novel Papa...
(akhirnya kau tewas jua!), ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai persamaan dan
perbezaan antara satu sama lain.
Datuk Johari dan Encik Jeffri, mempunyai ciri persamaan, iaitu mereka penyayang.
Dalam novel Konserto Terakhir, Datuk Johari merupakan seorang penyayang kepada
keluarganya. Contohnya, Datuk Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah dan
anaknya, Hayati dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa... (akhirnya kau
tewas jua!), juga merupakan seorang penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi
isterinya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya, Intan Maliana
yang berada dalam koma.
Perbezaan kedua-dua watak sampingan ini dari segi hubungan kekeluargaan. Datuk
Johari ialah seorang yang tidak mementingkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Datuk
Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi merupakan anak
saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Hal ini disebabkan Hilmi merupakan
seorang pemuda kampung dan bersekolah setakat darjah empat sekolah Melayu. manakala,
Jeffri pula seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa
membawa Mak Cik Noraini yakni sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan
anak-anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu ketika dahulu.
Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai pembantu rumah namun
Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya.
Perbezaan yang lain antara dua watak ini ialah pegangan agama mereka. Jeffri
merupakan seorang yang mengamalkan ajaran agamanya dan tidak meninggalkan solatnya.
Buktinya, dia dan Intan Julia, anaknya pergi menjenguk Intan Maliana di biliknya selepas
menunaikan solat Maghrib. Situasi ini berbeza dengan Datuk Johari dalam novel Konserto
Terakhir. Datuk Johari pula seorang yang tidak mementingkan pegangan agama sebagai
penganut agama Islam. Dia tidak bersolat dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya.

NILAI KEMANUSIAAN
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan nilai kemanusiaan.
[7 markah]
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Husain. Terdapat beberapa
peristiwa yang melambangkan nilai kemanusiaan.
Antara peristiwa tersebut ialah peristiwa Pak Long Karim menjaga Hilmi. Pak Long
Karim sanggup menjaga Hilmi walaupun dia bukan anak kandungannya. Dia memeliharanya
dengan penuh kasih sayang dan berharap dia dapat mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Peristiwa tersebut melambangkan nilai kasih sayang.
Selain itu, peristiwa Encik Bakar mengajar Hilmi tanpa mengharapkan sebarang balasan
juga melambangkan nilai kemanusiaan. Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat
muzik dan mengenal not-not muzik tanpa bayaran kerana dia seorang yang ikhlas. Dia
mengetahui Hilmi mempunyai bakat untuk menjadi seorang ahli muzik termasyhur. Peristiwa
tersebut melambangkan nilai keikhlasan.

Novel yang saya kaji ialah Papa... (akhirnya kau tewas jua!). Terdapat beberapa peristiwa
yang melambangkan nilai kemanusiaan.
Jeffri dan Intan Maliana saling menyayangi sehingga Julia menyatakan keakraban mereka
seperti belangkas. Jeffri dan Intan Maliana juga amat menyayangi Intan Julia. Nilai kemanusiaan
ialah nilai kasih sayang.
Intan Julia memilih untuk tinggal di Kolej Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. Hal yang sama juga berlaku
pada Rasylan yang mengurus segala urusan pendaftarannya sendiri di Pusat Marikulasi UIA..
Nilai kemausiaan ialah nilai berdikari.
Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya, Intan Maliana koma dan
kedua-dua bayi kembar Siamnya meninggal dunia. Nilai kemausiaan ialah nilai kesabaran.

KRITIKAN SOSIAL/KEPINCAGAN MASYARAKAT


(b)
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua kritikan sosial yang
cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.Terdapat
beberapa kritikan sosial dalam novel tersebut.
Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang rendah
terhadap orang lain. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui watak Datuk Johari. Contohnya,
Datuk Johari tidak mahu menghargai kebolehan Hilmi yang sudah berjaya menjadi seniman
agung. Walaupun dia diberi tiket untuk menonton Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia
memulangkan tiket itu kepada orang yang memberinya kerana dia menganggap kebolehan dan
bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini disebabkan oleh Hilmi hanya lulus setakat darjah empat
sekolah Melayu.
Kritikan sosial yang seterusnya ialah sikap masyarakat yang mementingkan status
dan kedudukan sosial. Sikap ini telah jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah
yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat bangga, sombong, dan
mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang menghormatinya malah dia
suka orang menyebutnya Datin ketika menyapa dan berbual dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi
memanggilnya dengan panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di samping itu, apabila
Mak Cik Minah melayani Hilmi dengan baik dan menyapanya dengan menggunakan perkataan
Encik, Datin Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar
kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu melayani
Hilmi dengan baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi layanan yang baik dan
berencik-encik kepada Hilmi. Datin Salmah melayani orang yang berdarjat dan berpangkat
dengan baik dan memandang hina terhadap orang biasa dan orang miskin. Buktinya, dia
memarahi Hayati kerana rapat dengan Hilmi walaupun Hilmi juga sepupu Hayati sama seperti
Mohsin. Dia memberi layanan yang istimewa kepada Mohsin kerana Mohsin berpangkat dan
kaya.

Novel yang saya pelajari ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!).Terdapat beberapa
kritikan sosial dalam novel tersebut.
Kritikn sosial dalam novel ini tentang perbuatan mengingkari perintah Tuhan dan
melakukan dosa. Encik Muaz al-Khalibi telah menodai pengemas biliknya sehingga
mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, pengemas rumah warga
Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
Kritikn sosial seterusnya ialah sikap dendam yang berpanjangan. Datuk Mustakim
melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala
ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan
itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan
mencadangkan agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
6

PELERAIAN PLOT
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan peleraian plot novel-novel
tersebut.
[8 markah]
Novel yang saya kaji ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!). karya Deana Yusof
dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Kedua-dua buah novel ini mengandungi
peleraian dalam plot masing-masing.
Dalam peleraian novel Papa, Intan Julia mendapat tahu bahawa papanya, iaitu Encik
Jeffri berhasrat berkahwin lagi. Pada peringkat awal, Intan Julia tidak dapat menerima kehadiran
Mak Cik Aisyah, iaitu bekas pelajar papanya semasa di universiti. Sikap penyayang, baik hati
dan bertolak ansur Mak Cik Aisyah meruntuhkan semua prasangka Intan Julia. Sebaik-baik
sahaja Intan Julia dapat menyesuaikan diri dengan ibu tirinya, tanpa diduga pada suatu hari
mamanya tersedar daripada koma tetapi hanya seketika. Semasa mamanya sedar, papa terus
bercakap dengannya dan memberitahu bahawa wanita yang ada di sisinya ialah isteri mudanya.
Mama Intan Julia seolah-olah tidak merestui. Namun begitu, umur mama Intan Julia tidak
panjang, saat itu juga dia menghembuskan nafas terakhirnya. Jeffri yang selama ini keras hati
akhirnya menangis atas pemergian isteri tersayangnya.
Dalam peleraian novel Konserto Terakhir, Hayati telah mengambil alih tempat Hilmi
untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai Hilmi Potpuri. Hal ini
disebabkan Hilmi terjatuh ketika hendak keluar dari rumahnya dan dimasukkan ke hospital.
Persembahan Hayati berjaya mendapat sambutan yang hangat daripada penonton di dewan.
Ketua pengarah RTM kemudian membawa Hayati ke hospital untuk melawati Hilmi. Di hospital,
Pak Long Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari menerangkan kepada Datuk Johari dan Datin
Salmah bahawa Hilmi terhutang budi kepada mereka berdua kerana membiayai perbelanjaan
Hilmi belajar muzik dan menguruskan perkahwinannya dengan Azizah. Dia juga membuka
rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah menjadi
sebak apabila mendengar berita itu. Selepas itu, Datuk Johari sekeluarga mendapat berita bahawa
Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka meninggalkan hospital. Datuk Johari terjatuh dan
dia juga meninggal dunia di pekarangan rumahnya.

TEKNIK PLOT
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu teknik plot yang
digunakan berserta contoh dalam setiap novel.
[8 markah]
Dua buah novel yang telah saya kaji ialah Papa... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana
Yusof dan Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Beberapa teknik plot telah digunakan
oleh pengarang
Dalam novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), teknik plot saspens telah digunakan oleh
pengarang. Saspens bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau
ingin tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dalam novel
Papa akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa dia
perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.
Dalam novel Konserto Terakhir pula terdapat teknik plot imbas kembali. Imbas sekali
ialah ingatan watak-watak terhadap sesuatu yang telah terjadi atau yang telah dialami.
Contohnya, semasa Datuk Johari menemui Hilmi di bilik yang diberikan kepadanya, Datuk
Johari telah bertanya tentang masa Hilmi bertolak dari kampung. Hilmi menceritakannya dan
pada masa yang sama Datuk Johari teringat kisahnya dahulu yang pernah berlaku di kampung
tersebut iaitu melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang gadis kampung.

TEKNIK PLOT NOVEL PAPA


Novel yang saya kaji ialah Papa... (akhirnya kau tewas jua!)
Teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah teknik dialog. Dialog ialah pertuturan
atau perbualan antara watak dalam novel. Contohnya, perbualan Jeffri dengan Rasylan tentang
latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri bahawa dia merupakan anak angkat Datuk
Mustakim yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Seterusnnya teknik monolog. Monolog bermaksud tutur kata atau pengucapan oleh
watak secara sendirian. Contohnya, Jeffri berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang
koma bahawa Intan Julia telah mendapat keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon
kemasukan ke matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

NOVEL SEBAGAI PANDUAN HIDUP


(b)

Sesebuah novel dapat dijadikan bahan bacaan yang memberikan panduan hidup kepada
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu dapat
memberikan panduan hidup kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir dikarya oleh Abdullah Hussain.
Terdapat beberapa sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca.
Antara sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca ialah novel ini
mendidik pembaca supaya mempunyai sikap tanggungjawab. Sebagai contoh, Hilmi
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan
kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Kawan- kawan morning
coffee Datin Salmah dan Dr. Nathan, jiran Datuk Johari telah memuji tanaman bunga dan
kesegaran sayur-sayuran Hilmi.
Selain itu, novel ini mengingatkan pembaca supaya kembali kepada ajaran agama.
Sebagai contoh, Hayati ialah seorang gadis yang hidup dengan penuh kebebasan tetapi telah
berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalami
buku-buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.
Di samping itu, pembaca juga dapat mencontohi kesabaran seorang pemuda
kampung. Hal ini dapat dilihat apabila Hilmi sanggup tinggal di rumah Datuk Johari walaupun
dia selalu dihina dan dipandang rendah oleh Datin Salmah kerana Hilmi datang dari kampung
dan tidak berpendidikan tinggi. Semua ini diharungi oleh hilmi semata-mata untuk mencapai
cita-citanya sebagai ahli muzik.

Novel yang saya kaji ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!). Terdapat beberapa
sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca.
Pembaca dapat mencontohi kesetiaan dan tanggungjawab kepada keluarga.
Contohya, Jeffri setia menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma selepas mengalami
komplikasi melahirkan anak kedua dan Jeffri bertanggungjawab membesarkan Intan Julia.
Selain itu, pembaca dapat mencontohi kepatuhan anak kepada bapa. Contohnya, Intan
Julia patuh kepada bapanya yang tidak membenarkannya ke rumah Rasylan kerana Julia masih
muda dan belum matang.
Selain itu, pembaca dapat menjadikan panduan hidup bahawa gejala sosial
meninggalkan kesan negatif dalam masyarakat. Sikap Muaz al-Khalibi terhadap pembantu
biliknya menyebabkan kelahiran Rasylan yang dibuang di tepi longkang.

PERISTIWA KONFLIK
(a) Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan konflik yang terdapat dalam sebuah novel yang telah
anda kaji.
[7 markah]
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam novel
Konserto Terakhir, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan konflik.
Antara peristiwa yang berkaitan dengan konflik ialah konflik antara Hilmi dan Datin
Salmah. Konflik ini berlaku semasa Hilmi menjaga rumah Datuk Johari semasa Datuk Johari dan
keluarganya tiada di rumah. Hilmi cuba bermain dengan piano Hayati tetapi telah merosakkannya
apabila dikejutkan oleh Mak Minah. Semasa Hayati ingin memainkan lagu Blue Danube, bunyi
pianonya telah sumbang dan merajuk. Datin Salmah marah dan Mak Minah memberitahu Datin
Salmah bahawa Hilmi yang bermain piano itu. Sebagai akibatnya, Hilmi telah dimarahi oleh Datin
Salmah. Datuk Johari memaafkan Hilmi tetapi gaji Hilmi ditolak untuk membiayai kos membaiki
piano Hayati.
Selain itu, peristiwa Hilmi balik lewat ke rumah juga merupakan peristiwa yang
menimbulkan konflik. Hilmi pulang lewat kerana dia terlalu asyik belajar bermain piano di rumah
Encik Bakar. Tanpa disedarinya hari sudah malam. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah kerana ayam
Hilmi berkeliaran di dalam rumah dan memalukannya di hadapan tetamunya. Sebagai hukumannya,
Datin Salmah melarang Mak Minah daripada memberi Hilmi makanan.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!). Dalam novel Papa...
(akhirnya kau tewas jua!), terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan konflik.
Antara peristiwa yang berkaitan dengan konflik ialah Jeffri menghalang Julia berjumpa dengan
Rasylan. Konflik antara Intan Julia dengan Jeffri ini berlaku kerana Jeffri berdendam terhadap ayah
Rasylan yang menyebabkan kemalangan ibu bapanya. Ayah Rasylan melarikan diri. Sikap Jeffri
menghalang Julia bertemu dengan Rasylan menyebabkan Julia marah.
Selain itu, peristiwa konflik apabila Jeffri berjumpa dengan Aisyah. Pertemuan ini telah dlihat
dilihat oleh Julia. Julia berkonflik dengan ayahnya kerana menganggap bahawa ayahnya curang
terhdap ibunya yang berada dalam keadaan koma. Julia ditampar oleh ayahnya lalu dia menangis

10

PERISTIWA MASYARAKAT PRIHATIN


(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan latar
masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak lain.
[8 markah]
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan novel Papa...
(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan latar
masyarakat yang prihatin.
Antara peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin dalam novel Konserto Terakhir
ialah jiran yang prihatin. Contohnya, peristiwa Dr. Nathan memberikan tanah kepada Hilmi apabila Hilmi
bertanya tentang tanah hitam yang berlonggok di halaman rumahnya. Dr. Nathan bukan sahaja enggan menerima
wang Datuk Johari, malah dia sendiri datang ke rumah Datuk Johari memuji kerajinan Hilmi dan mencadangkan
kepada Datuk Johari dan Datin Salmah supaya memberikan gaji yang tinggi kepada Hilmi atas kerajinannya.
Hal ini telah menunjukkan keprihatinan Dr.Nathan terhadap Hilmi.
Manakala dalam novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!) pula, peristiwa yang menggambarkan latar
masyarakat prihatin ialah sahabat yang prihatin. Cikgu Suzie berbual dengan Intan Maliana menunjukkan
masyarakat yang prihatin. Cikgu Suzie menunjukkan keprihatinannya terhadap Intan Maliana apabila dia
menasihati Intan Maliana supaya tidak mengandung lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana Cikgu Suzie
mengetahui peristiwa komplikasi semasa Intan Maliana melahirkan Julia dan tidak menginginkan rakannya itu
mengalami masalah yang sama.
LATAR MASYARAKAT
(a) Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]
Berdasarkan novel yang telah saya kaji, Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, terdapat beberapa
latar masyarakat.
Antara latar masyarakat yang terkandung dalam novel ini termasuklah masyarakat yang berbudi
bahasa. Gambaran masyarakat yang berbudi bahasa daripada perwatakan Hilmi yang lemah lembut apabila
berhadapan dengan Datuk Johari dan Datin Salmah. Hilmi menghormati mereka dengan bersalaman dengan
mereka apabila bertemu. Hilmi kemudian menyampaikan salam yang dikirimkan oleh keluarganya di kampung
kepada Datuk Johari dan Datin Salmah.
Selain itu, latar masyarakat yang senantiasa beribadat kepada Tuhan juga terkandung dalam novel
ini. Latar masyarakat ini dapat dilihat apabila Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sentiasa
mendirikan solat apabila tiba masanya. Walaupun terlalu sibuk, Hilmi masih mendirikan sembahyang. Ketika
bekerja di rumah Datuk Johari, Hilmi senantiasa menunaikan sembahyang. Buktinya ialah Hilmi berhenti
melakukan kerja berkebunan di belakang rumah Datuk Johari apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan
sembahyang Asar.
Di samping itu, terdapat juga latar masyarakat yang mengamalkan budaya barat. Latar masyarakat
ini dapat dilihat pada watak Datin Salmah dan rakan-rakannya seperti Datin Faridah, Datin Mariam dan lainlain. Buktinya, Datin Salmah pergi ke rumah Datin Faridah kerana morning coffee di sana apabila Hilmi mula
tiba di rumah mereka. Dalam pertemuan secara tidak rasmi ini, isteri orang besar ini membincangkan pelbagai
hal, sama ada hal ehwal semasa atau tentang diri dan keluarga masing-masing. Misalnya, Datin Mariam yang
gemuk seperti tong dan suka mengunyah sirih selalu menceritakan hal-hal dukun.
11

KEPENTINGAN TEKNIK PEMERIAN


(b) Penulis sesebuah novel mengembangkan sesuatu peristiwa dengan pelbagai teknik plot seperti pemerian.
Jelaskan kepentingan teknik pemerian berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji. [8 markah]
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, trdapat teknik
pemerian dalam novel ini.
Teknik pemerian menggambarkan keadaan fizikal watak kepada para pembaca. Teknik ini
memberikan gambaran jelas keadaan Hilmi ketika mula sampai di rumah Datuk Johari. Buktinya ialah Hilmi
mempunyai rambut sedikat ikal, anak matanya agak liar dan ketinggiannya ialah lima kaki lima inci. Pakaiannya
agak miskin terbuat daripada bahan kain yang murah, seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna
asalnya.
Selain itu, teknik pemerian juga memberitahu pembaca tentang perasan yang dialami oleh watak.
Misalnya, teknik ini menggambarkan kesedihan Datuk Johari apabila Pak Long Karim memberitahunya bahawa
Hilmi merupakan anak Datuk Johari dan bukan anaknya. Hal ini dapat dibuktikan dengan Datuk Johari berfikir
tentang kekejamannya yang telah menyeksa isteri pertamanya dan Hilmi serta hal ini telah menyedihkannya. Air
mata Datuk Johari berlinangan.
Di samping itu, teknik pemerian memberikan penjelasan tentang reaksi watak terhadap sesuatu
peristiwa. Contohnya, Datuk Johari menerima panggilan daripada pihak hospital yang memberitahunya bahawa
Hilmi telah meninggal dunia. Hanya sepatah perkataan yang dapat keluar daripada mulut Datuk Johari dan
beliau jatuh dengan gagang telefon tergenggam erat di dalam tangannya. Datin Salmah yang terpekik dan
menerpa kepada suaminya cuba untuk mengangkat Datuk Johari dengan pertolongan Mak Minah tetapi Datuk
Johari telahpun meninggal dunia.

12

NILAI MURNI
(b)

Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir hasil karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa
nilai murni yang dapat diperoleh dalam novel tersebut.
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel termasuklah nilai kasih sayang. Contohnya,
walaupun Pak Long Karim mengetahui Hilmi bukan anak kandungnya, dia tetap memeliharanya dengan
penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri. Dia hanya meminta Hilmi supaya pergi ke Kuala Lumpur
untuk berdikari dan mencari pekerjaan di sana.
Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan. Nilai keikhlasan dapat dilihat dalam watak Hilmi.
Misalnya, Hilmi bekerja dengan bersungguh-sungguh sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari
walaupun gaji yang dibayar hanya dua puluh ringgit sebulan, sedangkan Dr. Nathan sanggup memberi
gaji yang lebih tinggi jika dia menjadi tukang kebunnya.
Di samping itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Nilai bertanggungjawab dapat dilihat dalam
watak Hilmi. Buktinya, Hilmi menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada Encik Bakar yang menjadi
pemimpin quartet di kelab malam Hotel Titiwangsa. Walaupun dia terlalu ingin untuk menghantar
Hayati ke lapangan terbang namun niatnya itu diabaikan kerana dia bermain muzik pada malam itu.
Malah, dia pergi ke tempat kerjanya sebaik sahaja selesai pertemuan dengan Hayati di kebun bunga pada
malam Hayati hendak ke London.

Novel yang saya kaji ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!). Terdapat beberapa nilai
murni yang dapat diperoleh dalam novel tersebut.
Nilai murni dalam novel ini ialah nilai berdikari. Contohnya, Julia seorang yang
berdikari. Julia memilih untuk tinggal di kolej Pusat Matrikulasi UIA kerana tidak mahu
menyusahkan keluarganya.
Selain itu, nilai kesabaran. Contohnya, Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan.
Dia sabar apabila isterinya Intan Maliana koma dan kedua-dua bayinya meninggal dunia.
Di samping itu, nilai kasih sayang. Contohnya, Julia sangat meyayangi mamanya. Dia
menjaga mamanya semasa cuti semester ketika mamanya dalam keadaan koma.

13

SASPENS
(b)Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca.
Jelaskan unsur saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8 markah]
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Saspens bermaksud
seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa
berkenaan.
Antara peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah rancangan Hilmi setelah
meninggalkan rumah Datuk Johari. Apabila Hilmi sudah tidak tahan dengan kerenah Datin Salmah,
maka Hilmi menaiki bas untuk pulang ke kampung. Dalam konteks tersebut, pembaca teringin-ingin tahu
apakah pekerjaan yang akan dilakukan Hilmi apabila tiba di kampung. Sebaliknya, semasa di Tanjung
Malim, Hilmi menaiki teksi ke Kuala Lumpur. Pembaca tertabya-tanya liku-liku hidup yang akan dilalui
oleh Hilmi apabila dia tiba di Kuala Lumpur.
Selain itu, unsur saspens juga boleh didapati ketika Encik Bakar dipanggil oleh Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar arahan Persatuan Pemain-pemain Muzik
Nasional kerana menggunakan khidmat Hilmi untuk mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa.
Pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Bakar akan dikenakan hukuman yang berat oleh tatatertib
apabila dia dipanggil oleh jawatankuasa persatuan itu kerana melanggar arahan mereka.
Di samping itu, perjumpaan antara Hayati dengan Hilmi. Sebelum Hayati berangkat ke
London dengan Mohsin yang sudah menjadi suaminya, Mamat telah mengatur perjumpaan Hayati dengan
Hilmi di kebun bunga. Perkara utama yang pembaca ingin tahu ialah sebab-sebab Hayati ingin menemui
Hilmi dan perkara yang hendak disampaikan oleh Hayati kepada Hilmi.
______________________________________________________________________________
Novel yang saya kaji ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!).. Saspens bermaksud
seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa
berkenaan.
Antara peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah pembaca tertanya-tanya tentang
keadaan Marliana yang mengandung. Marliana masih mengandung itu walaupun menyedari bahawa
risikonya amat tinggi terutama selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.
Selain itu, ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM untuk
melahirkan anak keduanya. Pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan Intan Maliana dan bayi yang
bakal dilahirkannya. Pembaca ingin tahu sama ada Intan Maliana akan menghadapi komplikasi yang
sama ketika melahirkan Intan Julia atau sebaliknya
Di samping itu, peristiwa hubungan Jeffri dengan Aisyah. Julia terjumpa papanya dengan Aisyah.
Julia menentang hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok atau curang kerana
mama masih hidup. Pembaca tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah
Seterusnya peristiwa Intan Marliana yang berada dalam keadaan koma.Pembaca tertanyatanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu. Sebaik sahaja melahirkan anak kembarnya, Marliana
tidak sedar diri lalu pembaca ingin tahu sama ada Marliana akan pulih atau tidak.
14

You might also like