You are on page 1of 9

MENINGKATKAN KOORDINASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4

DENGAN MENGGUNAKAN MODEL BUNKER DAN THORPE

Nuraqidah Binti Yunos

ABSTRACT
This study was conducted to improve coordination among the pupils of Year 4 using the Bunker
and Thorpe model. A total of six fourth-year pupils of Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Tanjong
Mas, Kota Bharu, Kelantan has been involved in this study. The focus of this research is to
increase the level of coordination in gross motor skills of pupils who have "Development
Coordination Disorder" (DCD) when doing hit and throw the ball activities. Pre-test and post
test was conducted to see the difference level of coordination in the performance of gross motor
skills among the pupils before and after the intervention. The instrument that was used in this
research is Test of Gross Motor Development. In addition, observations were also conducted to
see the impact behavior of pupils achieving level coordination before, during and after the
interventions carried out. Intervention was implemented for 4 weeks where the pupils are
exposed to games that apply Bunker and Thorpe model. Post test results and observations
demonstrate that the coordination in gross motor performance of pupils has increased. Final
findings also indicate that the use of Bunker and Thorpe model is able to raise the achievement
level of coordination in gross motor skills and enhance their confidence to engage in physical
education activities.
ABSTRAK
Kajian ini telah dilaksanakan untuk meningkatkan koordinasi dalam kalangan murid-murid
tahun 4 dengan menggunakan model Bunker dan Thorpe. Seramai enam orang murid tahun 4
Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan telah terlibat dalam kajian
ini. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap koordinasi dalam kemahiran motor kasar
murid yang mengalami masalah Development Coordination Disorder(DCD) ketika
melakukan aktiviti memukul dan membaling bola. Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan bagi
melihat perbezaan prestasi tahap koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid-murid
sebelum dan selepas menjalani intervensi dengan menggunakan ujian Test of Gross Motor
Development. Selain itu, pemerhatian juga dijalankan bagi melihat kesan tingkah laku muridmurid ini kepada pencapaian tahap koordinasi mereka sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan. Intervensi telah dilaksanakan selama 4 minggu dimana murid-murid didedahkan
dengan permainan yang mengaplikasikan model Bunker dan Thorpe. Keputusan ujian pos dan
pemerhatian menunjukkan prestasi koordinasi dalam motor kasar murid-murid telah meningkat.
Dapatan akhir juga menunjukkan bahawa penggunaan model Bunker dan Thorpe ini mampu
meningkatkan tahap pencapaian koordinasi dalam kemahiran motor kasar serta meningkatkan
keyakinan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani.

PENGENALAN
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) disusun
mengikut tiga tunjang utama iaitu Tunjang 1:Kecergasan, Tunjang 2: Kemahiran, dan Tunjang 3:
Kesukanan. Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada komponen kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor. Di dalam tunjang ini, murid perlulah menguasai pengetahuan dan
kemahiran dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan
komposisi badan bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Bagi komponen kecergasan
berlandaskan perlakuan motor, murid perlu menguasai ilmu konten dan kecekapan kemahiran
dalam aspek koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.
Koordinasi merupakan kemampuan dan kebolehan menggunakan pancaindera serta
anggota badan dan dikaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana
lakuan yang dikehendaki. Kebolehan ini merupakan panduan di antara pelbagai kebolehan yang
disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Koordinasi juga boleh ditakrifkan
sebagai keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu.
Barrow dan Mc Gee (1979), telah menyatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan
imbangan, kelajuan serta ketangkasan. Umur didapati mempengaruhi koordinasi motor kasar dan
koordinasi mata dengan tangan dan mata dengan kaki.
Disiplin Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan kaya dengan strategi dan model.
Antaranya ialah model taktikal atau Teaching Games for Understanding (TGFU) yang diasaskan
oleh Bunker dan Thorpe. Menurut Mandigo (2002), teori dan model ini berupaya mewujudkan
program latihan sukan dan permainan yang mendatangkan kesan positif kepada pemain.
Sebenarnya model dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan boleh dimanipulasikan untuk
meningkatkan tahap koordinasi murid .
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada tahap koordinasi dalam kemahiran motor
kasar murid yang mengalami masalah (DCD) ketika melakukan aktiviti memukul dan
membaling bola. Selain itu, pemerhatian juga dijalankan bagi melihat kesan tingkah laku muridmurid ini kepada pencapian tahap koordinasi mereka sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan.
Penggunaaan model Bunker dan Thorpe dalam meningkatkan tahap koordinasi dalam
kemahiran motor kasar dapat membantu mereka mengatasi masalah (DCD) ini. Dimana model
ini menggunakan strategi pengajaran yang menarik dan memberi penekanan yang positif
terhadap murid-murid yang mengalami masalah koordinasi supaya mereka mampu untuk
memperbaiki koordinasi motor mereka. Selain itu, mereka juga akan merasa seronok dan
gembira untuk melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani serta membentuk suatu corak
aktiviti yang sihat dan seterusnya membantu mereka supaya kekal sihat.

SOROTAN LITERATUR

Kajian yang telah dibuat oleh Judith Miller (2006), yang bertajuk Primary School-Aged
Children And Fundamental Motor skills What is all The Fuss About? mengatakan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap koordinasi dan asas kemahiran motor dalam
pergerakan seorang kanak-kanak. Bagi mengkaji pernyataan ini, beliau telah memfokuskan
kajian ke atas kanak-kanak di Australia dengan menggunakan Amalgamated Striking
Instrument. Beliau mendapati bahawa peningkatan berlaku apabila respondan kerap melakukan
latihan pukulan bola yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Menurut Halijah Ibrahim dan Zainal Abidin Zainuddin (2008), dalam kajiannya yang
bertajuk Employing Qualitative Assessment to Identify Individual with Motor Difficulties
mengatakan bahawa di Malaysia, masalah kelambatan perkembangan koordinasi di kalangan
kanak-kanak tidak didokumentasikan. Justeru itu, beliau telah melakukan kajian ini dan
mendapati bahawa kanak-kanak yang berumur 15 tahun juga masih mempunyai masalah
kelambatan perkembangan koordinasi terutamanya di kalangan kanak-kanak perempuan.
Di dalam The British Journal of Education Psychology (1997), terdapatnya kajian yang
bertajuk The Identification of Children with Developmental Coordination Disorder by Class
and Physical Education Teachers menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah
kelambatan perkembangan koordinasi mempunyai masalah dari segi akademik, emosi,
tingkahlaku dan sosial. Pengesanan awal sangat penting bagi memudahkan guru untuk merangka
sesuatu bagi meningkatkan tahap koordinasi kanak-kanak tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mengharapkan murid mencapai objektif berikut :
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak yang menghadapi masalah
kelambatan perkembangan koordinasi dan seterusnya menggunakan model Bunker & Thorpe dalam
mengatasi masalah ini.
Objektif Khusus
Berikut merupakan objektif khusus bagi kajian ini :
1) Untuk mengukur tahap koordinasi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi
masalah kelambatan perkembangan koordinasi dengan menngunakan Test of Gross
Motor Development (TGMD).
2) Untuk mengetahui sama ada tingkah laku murid memberikan kesan ke atas hasil ujian yang
dijalankan.
3) Untuk mengetahui samada latihan yang berpandukan model Bunker dan
Thorpe ( TGFU) berupaya meningkatkan tahap koordinasi murid.
4) Untuk mengetahui kesukaran yang dialami semasa melakukan latihan berdasarkan model
Bunker dan Thorpe.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun 4 Ibnu Sina yang terdiri daripada tiga orang
murid lelaki dan perempuan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu,
Kelantan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian kepada tiga fasa, iaitu fasa pertama,
kedua dan ketiga.
Fasa pertama : Ujian Pra
Di dalam fasa ini, saya telah menjalankan ujian pra ke atas murid murid bagi menguji
tahap motor kasar serta koordinasi mereka. Ujian Test Of Gross Motor Development digunakan ,
dimana saya telah menggunakan sub ujian yang kedua, item bernombor lapan daripada dua belas
item iaitu kemahiran mengawal objek, dari segi kemahiran murid memukul bola. Pemerhatian
terhadap tingkah laku murid direkodkan dengan menggunakan borang skor. Saya telah
membaling bola paras pinggang dengan hantaran yang perlahan kepada murid. Seterusnya,
murid dikehendaki memukul bola dengan kuat. Bola yang dipukul di antara paras pinggang dan
bahu sahaja yang diambil kira. Masa yang diperuntukkan bagi setiap murid ialah 15-20 minit
bagi setiap percubaan. Dua orang guru pembantu telah digunakan di dalam kajian ini.

Fasa kedua : Intervensi


Di dalam fasa ini, saya telah mengaplikasikan permainan Playing for life yang
menggunakan model Bunkher & Thorpe dalam memberi rawatan kepada murid yang bermasalah
ini. Intervensi ini telah dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama dan kedua.
Peringkat pertama : saya telah menjalankan permainan Racket Relay di mana
kemahiran motor kasar dan koordinasi banyak digunakan dalam permainan ini. Intervensi
Penerangan serta demonstrasi cara permainan telah ditunjukkan terlebih dahulu kepada murid.
Permainan ini menekankan koordinasi mata dan tangan dalam kemahiran motor kasar murid
semasa mengimbang bola di atas raket dan semasa memukul bola ke dinding. Jarak daripada
garisan permulaan sehingga garisan memukul adalah sejauh 3 meter pada sesi latihan yang
pertama. Pada sesi latihan yang kedua ditambah kepada 4 meter, dan seterusnya meningkat
kepada 5 meter. Jarak sebanyak 6 meter telah ditambah pada latihan akhir intervensi pertama.
Latihan ini telah diadakan pada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang selama dua minggu. Masa
yang diperuntukkan setiap murid bagi setiap sesi adalah 10 hingga 15 minit. Dua orang guru
pembantu telah digunakan dalam menguruskan responden dan aktiviti yang dijalankan.
Peringkat kedua : peringkat ansur maju diaplikasikan dalam intervensi ini. Saya telah
menjalankan latihan permainan Rounders kepada murid. Di mana dua orang guru pembantu
masih lagi digunakan. Seperti biasa, penerangan serta demonstrasi telah dijalankan terlebih
dahulu agar murid-murid memahami prosedur permainan ini dilaksanakan. Murid-murid telah
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A (lelaki) dan B (perempuan). Kumpulan A
akan membaling bola terlebih dahulu kepada kumpulan B. Kumpulan B dikehendaki memukul

bola dan seterusnya lari mengelilingi bulatan. Murid menjalankan permainan ini secara bergilirgilir. Latih tubi ini dilaksanakan selama 2 minggu dengan peruntukan masa selama 45 minit bagi
setiap sesi.
Fasa ketiga : Ujian Pos
Ujian Pos pula dijalankan bertujuan menilai dan melihat prestasi koordinasi dalam
kemahiran motor kasar murid sama ada meningkat ataupun tidak setelah menjalani sesi
intervensi selama 4 minggu. Ini penting bagi menguji keberkesanan intervensi Racket Relay
dan Rounders yang menggunakan model Bunker & thorpe yang telah dilaksanakan ke atas
murid-murid. Pemerhatian berstruktur juga dijalankan terhadap murid bagi melihat perubahan
tingkahlaku dan membolehkan saya membuat perbandingan prestasi sebelum, semasa dan
selepas intervensi dilaksanakan. Setiap murid diberikan dua percubaan dan masa selama 15
hingga 20 minit bagi setiap percubaan.
CARA PENGUMPULAN DATA
PEMERHATIAN
Di dalam kajian ini, saya telah menjalankan pemerhatian berstruktur dengan memerhatikan
pergerakan motor kasar serta koordinasi responden semasa melakukan ujian serta latih tubi.
Selain itu, aspek tingkah laku, pola bermain, emosi, komunikasi serta interaksi sosial akan
diperhatikan dan dicatat samada berlakunya peningkatan ataupun tidak.
UJIAN PRA DAN POS
Ujian pra dan pos telah digunakan di dalam kajian ini. Ini bertujuan bagi memudahkan saya
untuk membuat analisis hasil dapatan yang diperolehi. Ujian pra bertujuan untuk mendapatkan
data bagi menguji tahap koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid. Manakala Ujian pos
pula bertujuan untuk melihat hasil tahap prestasi koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid
samada meningkat ataupun tidak selepas menjalani intervensi menggunakan model Bhunker dan
Thorpe.
KEPUTUSAN KAJIAN
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kuantitatif bagi menganalisis data yang dibuat
berdasarkan ujian pra dan ujian pos serta pemerhatian yang telah dijalankan ke atas enam orang
murid yang mempunyai masalah Development Coordination Disorder(DCD). Saya juga telah
mengaplikasikan statistik deskriptif yang mengandungi rajah,graf, dan jadual bagi meringkaskan
kuantiti data yang besar supaya mudah difahami.

Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian Peratus Ujian Pra dan Pos

RESPONDEN

PERATUS (%)

PENINGKATAN %

UJIAN PRA

UJIAN POS

N1

37.5

62.5

25.0

N2

62.5

75.0

12.5

N3

62.5

87.5

25.0

N4

50.0

75.0

25.0

N5

62.5

87.5

25.0

N6

50.0

87.5

37.5

PERBANDINGAN PERATUS UJIAN PRA & POS


N6

87.5

50

N5

87.5

62.5

N4

75

50
62.5

N2

62.5
62.5

87.5
75

N3
N1

37.5

10

20

30

40

50

60

70

80

90

PERATUS

UJIAN POS

UJIAN PRA

RAJAH 1 : Graf Perbandingan Pencapaian Peratus Ujian Pra dan Pos

Hasil analisis data dalam Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan peningkatan berdasarkan
perbezaan peratus ujian pra dan pos . Murid 1 menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus
iaitu dari 37.5 peratus kepada 62.5 peratus. Peningkatan sebanyak 12.5 peratus ditunjukkan oleh
murid 2 iaitu dari 62.5 peratus kepada 75 peratus. Murid 3 dan 5 menunjukkan peningkatan
peratus yang sama iaitu dari 62.5 peratus kepada 87.5 peratus iaitu sebanyak 25 peratus. Ujian
pra dan pos murid 4 menunjukkan pertambahan peratus dari 50 peratus kepada 75 peratus iaitu
sebanyak 25 peratus. Manakala murid 6 menunjukkan peningkatan peratus yang tinggi sebanyak
37.5 peratus iaitu dari 50 peratus kepada 87.5 peratus.
PERBANDINGAN SKOR PEMERHATIAN BERSTRUKTUR SEBELUM, SEMASA DAN
SELEPAS

Jadual 2 : Jumlah Skor Pemerhatian Berstruktur


MURID

SKOR SEBELUM

SKOR SEMASA

SKOR SELEPAS

INTERVENSI

INTERVENSI

INTERVENSI

N1

18

16

14

N2

20

17

10

N3

18

15

N4

17

13

N5

16

13

N6

20

15

Jadual 2 menunjukkan jumlah skor pemerhatian berstruktur sebelum, semasa dan selepas
intervensi dijalankan ke atas enam orang murid yang mempunyai masalah (DCD). Sebelum
intervensi dijalankan, murid 2 dan 6 mempunyai jumlah skor yang tinggi iaitu sebanyak 20
markah. Murid 1 dan 3 pula mendapat jumlah skor yang sama iaitu 18 markah. Jumlah skor
ketiga tertinggi adalah sebanyak 17 markah yang diperolehi oleh murid 4. Manakala murid 5
mempunyai jumlah skor sebanyak 16 markah.
Sesi intervensi telah dijalankan selama sembilan hari. Maka saya telah mengambil purata
daripada jumlah skor semasa sesi intervensi bagi melihat perbandingan skor sebelum, semasa
dan selepas intervensi dijalankan melalui pemerhatian. Semasa sesi intervensi dijalankan,
terdapat penurunan jumlah skor ke atas keenam-enam murid. Dimana, murid 2, 3, 4, dan 5
mempunyai jumlah penurunan skor yang sama iaitu sebanyak 3 markah. Jumlah penurunan skor
yang tinggi telah diperolehi oleh murid 6 iaitu sebanyak 5 markah. Murid 1 mempunyai
penurunan jumlah skor yang sedikit semasa sesi intervensi dijalankan iaitu sebanyak 2 markah.
Selepas sesi intervensi dijalankan, didapati berlakunya penurunan jumlah skor yang
tinggi terhadap murid 6 iaitu sebanyak 6 markah daripada 15 markah jumlah skor semasa sesi
intervensi. Murid 4 mempunyai penurunan jumlah skor sebanyak 7 markah daripada 13 markah.
Manakala murid 5 mempunyai penurunan jumlah skor yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak 8
markah daripada 13 markah semasa sesi intervensi. Jumlah skor sebanyak 9 markah daripada 15
markah telah diperolehi oleh murid 3. Semasa intervensi, murid 2 telah memperolehi jumlah skor
sebanyak 17 markah dan berlakunya penurunan jumlah skor selepas sesi intervensi iaitu
sebanyak 10 markah. Penurunan jumlah skor yang paling sedikit iaitu sebanyak 14 markah
daripada 16 markah telah diperolehi oleh murid 1. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa

penggunaan model Bunker dan Thorpe boleh mengubah aspek komunikasi, interaksi sosial, pola
bermain, tingkahlaku, dan emosi murid-murid yang menghadapi masalah koordinasi ini.
REFLEKSI
Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa model Bunker dan Thorpe ini sangat sesuai dan
boleh dipraktikkan bagi meningkatkan tahap koordinasi serta motor kasar murid murid yang
mengalami masalah Development Coordination Disorder. Ini adalah kerana model ini
menekankan banyak aspek dalam permainannya iaitu dari segi koordinasi, kemahiran motor
kasar, kepantasan, imbangan badan, ketangkasan dan sebagainya. Model ini juga turut
mementingkan keseronokan dan kepelbagaian aktiviti yang menarik serta fleksibel mengikut
kebolehan dan keupayaan murid. Secara tidak langsung, ia dapat menimbulkan perasaan seronok
murid untuk melakukan aktiviti permainan yang mengaplikasikan model ini tanpa rasa bosan.
Menurut Dodds (2001), program latihan yang mempunyai unsur seperti situasi permainan dapat
menarik minat murid untuk menyertai secara aktif dalam Pendidikan Jasmani. Antaranya,
permainan seperti Racket Relay dan Rounders yang telah digunakan oleh pengkaji.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada keputusan ujian yang telah dijalankan di atas, menunjukkan bahawa
kemahiran motor kasar dan koordinasi kanak-kanak adalah berbeza mengikut keupayaan
individu walaupun kemahiran yang sama diperolehi oleh kanak-kanak ini melalui pelbagai
aktiviti yang disertai oleh mereka sepanjang proses kajian ini dijalankan. Menurut Dunn (1997),
sesetengah individu akan mengalami perkembangan motor yang perlahan atau terhenti semasa
proses pertumbuhan manakala sesetengah daripada mereka pula mengalami perkembangan
pantas yang menyaksikan kebanyakan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor bagi
tahap umur mereka tetapi masih ada yang belum berjaya. Oleh itu, hasil ujian yang diperolehi
membuktikan bahawa kanak-kanak berbeza dari segi perkembangan dengan jumlah skor yang
berbeza bagi setiap individu.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil inisiatif dan memberi perhatian dalam
meningkatkan pengetahuan para guru mengenai masalah Development Coordination Disorder ini
dan menekankan bagaimana untuk mengenalpasati dan menjalankan ujian ke atas kanak kanak
yang menghidapi masalah ini. Bahagian Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan seharusnya
mengambil peluang bekerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai pengalaman dan
peralatan makmal yang canggih yang boleh mengukur dengan tepat dan dijadikan sebagai
rujukan kriteria. Melalui perkongsian ilmu pengetahuan sebegini, secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan profesionalisme guru dan memberi manfaat yang sebaiknya kepada murid
murid.

RUJUKAN
Barrow, H.M., and McGee, R. (1979). A practical approach to measurement in physical

education. 3d ed. Philadelphia: Lea & Febiger.


Dodds, P., Griffin, L. L., & Pacek, J.H. (2001). Selected review of the literature on
development of learners domain-specific knowledge. Journal of Teaching Physical
Education. 20, 301-313.
Dunn, J.M. (1997). Special Physical Education (Adapted, Individualized, Development) 7th Ed.
London.
Miller, J. (2006a) Coordination and Fundamental Motor Skill
Performances Of Primary School-Aged Children. International Council Health,
PhysicalEducation, Recreation-SD 1st Oceania Congress, Wellington, New Zealand 1-4
October 2006. http://www.penz.org.nz
Halijah Ibrahim and Zainal abidin Zainuddin. (2008). Employing qualitative assessment to
identify individual with motor difficulties. Thesis Faculty of Education . Johor Bharu:
University Technology Malaysia.
Jan P. Piek, and Karen Edwards. (1997). The identification of children with developmental
coordination disorder by class and physical education teachers. The British Journal
of Education Psychology. 67 (1). Ms 55 67.
Mandigo, J. L., & Holt, N. L. (2002). The inclusion of optimal challenge in teaching games for
understanding. Brock University, Department of Physical Education:1-23
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum
bersepadu sekolah menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like