Professional Documents
Culture Documents
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau
lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri
suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg
berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktorfaktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya
gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang
menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan
pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara
yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang
serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.
mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan
emosi.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar
dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif
atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa
hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau
hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.
Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan
pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang
dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang
sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan
menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi,
murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain
lagi.
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan
membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid
berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya
ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak
menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik
dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan
menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding
dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh
rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanakkanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal
popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya
sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu,
bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti
kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.
Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang
baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri
yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin
pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini
akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai
oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tandatanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku
murid di dalam kelas.
Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid
Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan
oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can liveWithout
experiencing some degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif
bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki
pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak
kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997). Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat
dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif
Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan
tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka
sendiri contohnya denganmengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan
atau menahan lapar,
Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh
pelajar mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari
dan Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang
lemah (Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku
delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison
(1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan
yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar
yang mengalaminya. Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan
boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan
seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak
dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu
berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan
tidak cukup tidur.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan
ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid
yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas
ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk
menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan
menggunakan kecerdasan emosinya.
Sekian.