You are on page 1of 3

Pakaian puteri perak

INFO
Merujuk kepada Ensiklopedia Sejarah Kebudayaan Melayu, pakaian Puteri Perak, merupakan pakaian tradisi negeri
Perak yang terdiri daripada baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung
cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai
dengan kombinasi warna yang berlainan.
R.J Wilkinson di dalam bukunya Papers On Malay Subject, menghuraikan pakaian puteri perak terdiri daripada
seluar panjang berwarna hitam, sama ada bersulam atau bersongket benang emas.
Bajunya yang berkancing emas diperbuat daripada kain sutera berwarna merah atau hitam dan lengannya agak
sempit.
Puteri Perak memakai baju pendek yang diperbuat daripada kain berbunga warna merah, biru, ungu dan kadangkadang ada juga yang berwarna emas.
Ia juga dianggap sebagai pakaian paling romantik seabad yang lalu.
Prof. Siti Zainon Ismail dalam bukunya, Pakaian Cara Melayu turut menghuraikan tradisi pemakaian berseluar di
kalangan wanita diteruskan sebagai pakaian puteri dan wanita di Perak sebagai Pakaian perak atau potong AchehPerak dan Pahang.
Kesinambungan ini dapat dianggap meneruskan ciri pemakaian wanita agung Aceh yang terlibat dalam peperangan
melawan penjajah.
Tradisi ini juga kata siti Zainon mempunyai unsur Islam, iaitu pakaian menutup aurat dan anggota tubuh khususnya
kalangan wanita.

Busana Perak
Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang
dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu
kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan
terkenal Puteri Perak.
Bermula dari penghijrahan Sultan Muzaffar Shah, putera sulung Sultan Mahmud maka terbentuk sebuah
kerajaan di tepian Sungai Perak. Maka wujud sistem pengganti dalam institusi kesultanan, bermula
dengan Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Paduka Seri Sultan. Institusi kesultanan ini
melahirkan pakaian istiadat gemilang warna warni mengikut kedudukan dan martabat golongan istana.

Pakaian diraja ini dibuat dari songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak
Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak
berseluar panjang songket jong sarat

Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, kain samping ikatan Perak, berbengkung dan kepala berhias
Justar Sering hiasan kepala yang dipakai di hari perkahwinan. Wanita memakai pakaian Puteri Perak
berseluar Acheh dan berselendang songket penuh

Pakaian Puteri Perak yang diubahsuai menjadi pakaian kebiasaan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri sut
5, baju, seluar, samping, selendang dan bengkung

Baju Sikap Perak yang juga telah diubahsuai sebagai pakaian kebiasaan tetapi mengekalkan ciri-ciri asal
Baju Sikap

Pakaian Zarith Gangga direka sebagai salah satu pakaian perkahwinan puteri diraja Perak. Pakaian
kemban dari songket dipadankan dengan Kebaya les dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di
belakang bahu

Pakaian Puteri Perak dari baldu hitam dan seluar Aceh songket. Selendang dan samping juga dari
songket tenun Terengganu

Pakaian Panglima - Baju Sikap ungu dipadankan dengan Baju Melayu dan bersamping songket,
bengkung dan tengkolok

Pakaian Putera Perak - Baju Sikap baldu bertekat dipadankan dengan Baju Melayu Cekak Musang,
samping dan bertali pinggang

Baju Sikap digayakan selengkapnya - baju dalam, kain samping diikat lepas, bertali pinggang, tengkolok
dan dokoh

Segak berbaju Melayu Cekak Musang fabrik sari coklat bersulam benang emas, berkain samping dan
tengkolok songket sedondon

Baju Kebaya Pendek dari kain les dipadankan dengan kain tenun sutera Terengganu. Pakaian seperti ini
dipakai di Perak di dalam tahun-tahun 1930-an

Baju Kebaya Labuh kain les yang dipadankan dengan kain songket sarung

Kebaya Labuh broked merah cili dipadankan dengan kain merah polos, berselendang renda keemasan,
tali pinggang dan dokoh berantai

Baju Puteri Perak juga dipanggil Baju Adat Aceh. Digayakan dengan selendang, pending bertali
pinggang, dokoh berantai bercucuk sanggul dan dahi berhias gendek

Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping songket berbengkung dan kepala berhias
Justar Sering yang dipakai di hari perkahwinan

You might also like