You are on page 1of 2

Pusat STEM Negara diteruskan

Nuradilla Noorazam, Astro Awani | Jun 03, 2018 18:50 MYT

Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meneruskan Pusat Stem Negara yang merupakan inisiatif kerajaan
terdahulu bagi meningkatkan kualiti pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meneruskan Pusat Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Negara yang merupakan inisiatif
kerajaan terdahulu bagi meningkatkan kualiti pembelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, bagaimanapun, kerajaan tidak akan


membebankan guru-guru dan para pelajar dengan menambah silibus tetapi akan
meningkatkan kualiti pendidikan secara semula jadi.
"Setiap yang baik diusahakan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan seperti
termaktub dalam pelan pembangunan pendidikan negara tetapi kita akan buat kajian
bagi melihat keberkesanannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Karnival Raya


Karangkraf di sini pada Ahad.

Sementara itu, Maszlee turut mengulas mengenai isu timbalan naib canselor sebuah
universiti tempatan yang didapati melakukan plagiat dalam tesisnya.

Beliau berkata, perkata itu sudah diambil maklum oleh pihak kementerian dan
timbalan naib canselor itu sendiri.

You might also like