You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR


JALAN YAACOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel : 03-91318052 Faks : 03-91308758 Emel : WKB0001@moe.edu.my

Rujukan Kami: SMTKL.100-12/1/1(24)


Tarikh: 13 April 2023

Ketua Pengarah,
Malaysian Space Agency (MYSA)
No. 13, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tuan,

JEMPUTAN MEMBUAT PAMERAN DI SM TEKNIK KUALA LUMPUR SEMPENA


MINGGU STEM@SMTKL 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk;

2. Untuk makluman pihak Tuan, SM Teknik Kuala Lumpur akan melangsungkan


Minggu STEM bermula pada 24 hingga 28 Julai 2023. Pelbagai aktiviti telah dirancang
bagi meningkatkan minat dan pengetahuan murid di dalam bidang STEM
memandangkan SM Teknik Kuala Lumpur memfokuskan kepada Bidang Kejuruteraan
Awam, Elektrik dan Elektronik serta Mekanikal.

3. Sehubungan dengan itu, Pihak sekolah ingin menjemput Malaysia Space


Agency (MYSA) untuk membuat pameran pada salah satu tarikh yang dinyatakan
di atas. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Hj. Siti Norbahaya Binti
Lela, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik ( 019- 2282888 )
4. Semoga kesudian pihak tuan hadir dan berkongsi pengetahuan dengan murid –
murid SM Teknik Kuala Lumpur dapat meningkatkan minat mereka di dalam bidang
STEM. Adalah juga diharapkan kerjasama ini akan berterusan pada masa – masa akan
datang.

Sekian, Terima Kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD NZRYSHAH BIN MOHAMED KHALID)


Pengetua
SM Teknik Kuala Lumpu

You might also like