You are on page 1of 5

Status Terkini Sekolah Bestari Ditulis oleh Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman Isnin, 06 April 2009 17:05

Adakah kemelesetan ekonomi mempengaruhi pelaksanaan sekolah bestari? Kerajaan Malaysia pada asalnya merancang untuk melancarkan projek rintis dengan lima aras teknologi berperingkat, termasuk satu aras teknologi khusus untuk sekolah pedalaman. Walau bagaimanapun, disebabkan kemelesetan ekonomi pada tahun 2001, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula aras teknologi dengan hanya memberi tumpuan kepada tiga aras teknologi. Teknologi Aras A akan diaplikasikan di sembilan buah sekolah. Teknologi Aras B+ di dua buah sekolah dan teknologi Aras B di 79 buah sekolah. Adakah Sekolah Bestari membebankan ibu bapa dari segi kewangan? Kerajaan tidak menjangkakan peningkatan perbelanjaan bagi ibu bapa tetapi kerajaan telah mengenalpasti bahawa sumbangan komuniti dari segi sumber, masa dan kepakaran amat diperlukan untuk membestarikan sekolah. Apakah kriteria bagi pelajar yang ingin memasuki Sekolah Bestari? Kecuali sembilan (9) buah Sekolah Rintis Aras A, sekolah lain yang dipilih sebagai Sekolah Rintis mempunyai populasi pelajar sendiri. Satu set kriteria khusus untuk pelajar memasuki sekolah bestari tidak diperlukan memandangkan semua sekolah akan menjadi sekolah bestari. Apakah peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari yang berdedikasi untuk menyelia, memantau dan melaksanakan Projek Sekolah Bestari bagi pihak Kementerian. Pasukan ini akan memastikan terma dan syarat Perjanjian yang telah ditandatangani di antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn. Bhd. dipatuhi sepanjang tempoh Projek Rintis. Pasukan ini ditempatkan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengarah Projek adalah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan. Apakah peranan Multimedia Development Corporation dalam pelaksanaan Sekolah Bestari? Multimedia Development Corporation membekalkan khidmat kepakaran dan nasihat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. MDC juga akan membantu Telekom Smart School Sdn. Bhd. untuk mencapai status MSC. 1 / 3Status Terkini Sekolah Bestari Ditulis oleh Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman Isnin, 06 April 2009 17:05 Apakah status semasa Sekolah Bestari? Kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak dengan Telekom Smart School Sdn. Bhd., sebuah syarikat usahasama untuk melaksanakan Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari di sembilan puluh buah untuk tempoh tiga tahun. Projek rintis ini akan dilaksanakan dari Julai hingga Julai 2002. Apakah yang diharapkan daripada pihak awam dalam menyokong projek?

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengambil langkah untuk memastikan maklumat yang tepat dan terkini tentang konsep sekolah bestari disalurkan kepada pihak awam bagi menggalakkan orang ramai supaya menjadi pihak berkepentingan yang terlibat secara aktif di sekolah-sekolah berdekatan tempat tinggal atau tempat mereka bekerja. Sekolah bestari dianggap sebagai pusat pembelajaran komuniti, dan ia seharusnya mampu menawarkan penggunaan sumbernya untuk kebaikan komuniti setempat. Walau bagaimanapun, pihak awam juga diharap dapat menyumbang dalam bentuk kewangan, kepakaran dan sebagainya untuk membantu sekolah Apakah yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang berprestij ini? Transformasi semua sekolah kepada sekolah bestari merupakan tugas utama. Ia memerlukan: * Sokongan padu dari penggubal dasar * Sokongan daripada guru, pengetua, guru besar, staf sekolah dan semua agensi dalam system pendidikan * Peruntukan yang mencukupi untuk memperluaskan konsep Sekolah Bestari di semua sekolah di seluruh Negara, dan mengekalkan semua sekolah ini dalam status bestari * Dasar, norma, dan panduan yang wajar dan sesuai untuk menyokong sekolah * Amalan pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan * Pembekalan Teknologi Maklumat yang mencukupi untuk memastikan sekolah bestari dapat berfungsi dengan baik * Pembangunan professional yang berterusan bagi guru, pengetua, guru besar dan warga

pendidikan lain' Bagaimanakah guru dapat menangani cabaran perkembangan Sekolah Bestari? Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula menjalankan latihan dalam pelbagai komponen Sekolah Bestari untuk guru-guru terpilih, misalnya, dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bestari, pengurusan bilik darjah, dan pengurusan teknologi untuk pembelajaran yang lebih 2 / 3Status Terkini Sekolah Bestari Ditulis oleh Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman Isnin, 06 April 2009 17:05 berkesan. Setakat ini, seramai 1000 orang guru telah dilatih dalam pedagogi Sekolah Bestari. Kementerian Pelajaran menggunakan model cascade untuk melatih guru-guru ini dan memastikan mereka melatih pula guru-guru lain di sekolah masing-masing. Guru-guru ini juga akan dilatih khususnya dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari yang dibekalkan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd.. Bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Sistem Pentaksiran Bestari yang disebutkan dalam the Conceptual Blueprint? Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula melatih guru-guru terpilih tentang pentaksiran Sekolah Bestari. Pentaksiran Bestari sedang diserapkan secara berperingkat dimulai dengan Pentaksiran Aptitud Tahun Tiga.

Memandangkan semua sekolah di seluruh negara terlibat, tidak akan timbul ketidakselarasan di antara pentaksiran untuk Sekolah Bestari dengan sekolah biasa yang juga akan menjadi sekolah bestari nanti. Siapakah yang bertanggungjawab menggerakkan projek ini? Melalui proses CRFP, kerajaan Malaysia telah memilih syarikat usahasama, iaitu Telekom Smart School Sdn. Bhd., untuk melaksanakan Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari

You might also like