You are on page 1of 1

Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

Infrastruktur dan Tenaga Pengajar


1.1 Infrastruktur
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003), infrastruktur ialah struktur asas
sesuatu
sistem atau kemudahan serta perkhidmatan asas. Manakala, Associated General of
America(ACGA) pada tahun 1982 mengklafikasikan infrastruktur sebagai suatu bentuk
sistem kemudahan awam yang menyediakan pembinaan perkhidmatan keperluan asas yang
penting untuk manusia memeruskan hidup. Maka, dalam penyampaian ilmu dan
perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian, infrastruktur
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan setiap aktiviti yang dirancang
dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dikehendaki.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal yang terkandung dalam kurikulum pendidikan
jasmani suaian. Setiap aktiviti memerlukan infrastruktur yang bersesuaian agar aktiviti boleh
dilakukan dengan keadaan baik yang paling maksimum. Terdapat aktiviti yang memerlukan
murid-murid melakukannya di padang, gelanggang, kolam renang, tasik, gimnasium, bilik
aerobik, kelas dan sebagainya. Kesemua tempat yang dinyatakan itu merupakan infrastruktur
yang perlu disediakan dan diwujudkan dalam penyampaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani suaian.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang mungkin melibatkan kemahiran dan juga permainan. Antara
kategori kemahiran dan permainan dalam aktiviti fizikal untuk pendidikan jasmani suaian
ialah :Permainan padang dan trek larian, lontaran, lompatan
Permainan melibatkan bola bola keranjang, bola tampar, hoki, bola sepak, bola jaring dan
lain-lain.
Gimnastik memusing, gulingan, melompat, memanjat, bergayut
Permainan menguji kekuatan menolak, menarik, keseimbangan, rintangan
Permainan melibatkan kerjasama aktiviti yang melibatkan perlakuan secara beramai-ramai
atau berkumpulan
Permainan orientasi dan persepsi ruang aktiviti yang berkaitan dengan arah (dalam, luar,
belakang, depan, kanan, kiri) dan aktiviti yang menggunakan ruang sebagai medium untuk
mekakukan aktiviti fizikal
Permainan melibatkan imaginasi pembinaan blok, penyusunan objek pelbagai bentuk dan
saiz
Akuatik kemahiran-kemahiran dalam renang
Pergerakan asas menggunakan skaf, riben, belon, gelung, tali, cermin dan lain-lain.

You might also like