You are on page 1of 2

KARANGAN UMUM - TAJUK 2 (DIMENSI KELUARGA)

DIMENSI KELUARGA
TAHUN
SOALAN
2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk
syarahan tersebut ialah Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anakanak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anakanak.
2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak
mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa
mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda
diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk Menghargai Jasa Ibu Bapa
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan
sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan
kepada keluarga dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah
keluarga.
Bincangkan.
2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal
bersama-sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

You might also like