You are on page 1of 4

JENIS JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief)


Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna
pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau
lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas
pemidang kayu.
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan
lukisan pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau
pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula
dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam
atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)

(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)


(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
(e) Cetakan Gurisan Asid
Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid
diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis
yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian
daripada karya utama mereka.
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu
dengan sejenis bahan yang kalis asid.
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
Kaedah yang paling awal digunakan.
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk
mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan
pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada
kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni
yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino
menggunakan lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat
menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka
menggunakan teknik ini.
Rajah 2.7: Contoh cetakan kayu
(g) Cetakan Lino
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di

atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.
(h) Cetakan Lithografi
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,
iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan
lukisan pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil
karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada
pemidang.
Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat
atau warna di atas permukaan kertas.
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah
pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak,
letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak
dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau
warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat
perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat
pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang
banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan

dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:


(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang
filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan
atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang
dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau
warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana
panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada
pemidang, sementara kertas biasa

You might also like