You are on page 1of 8

1.

LAPORAN PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN


DADAH 2015

Pada 2 April 2015, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa Program Pencegahan Dadah
(PPDa) telah bekerjasama menganjurkan Program Karnival Sumber dan Minggu Pencegahan Dadah.
Program ini bermula seawal 7.30 pagi dan melibatkan semua warga sekolah.
Program Karnival Sumber 1 bertujuan mendedahkan murid-murid dengan proses berfikir yang melibatkan
pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan pembacaan. Murid juga dapat
berkongsi pengalaman melalui pembacaan di mana ia melibatkan proses komunikasi dan tahap pemikiran
kognitif yang tinggi. Selain itu, dengan adanya karnival sumber seumpama ini, dapat melahirkan budaya
membaca yang menyeronokkan.
Minggu Pencegahan Dadah pula dengan tema PPDa pada tahun ini ialah 1 Malaysia
Membanteras Dadah. Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh En. Jamaludin Bin Hassan, PK
Pentadbiran. Pada hari pelancaran juga turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pelajar. Tujuan diadakan
minggu PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya najis dadah, inhalan,
rokok dan AIDS.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan penyelaras program iaitu Puan Balkhis Bt.
Bahadun. Program ini dirasmikan oleh Tuan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Jamaludin Bin Hassan.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan murid-murid aktiviti dalam karnival Sumber ini juga merupakan
satu proses pembelajaran di luar bilik darjah dan berharap murid-murid dapat merebut peluang menimba
ilmu seberapa yang boleh.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Setiap panitia telah menyediakan kiosk yang menjalankan aktiviti
berkaiatan panitia tersebut. Antara panitia yang menyediakan kiosk ialah Panitia Matematik, Bahasa
Inggeris dan RBT. Panitia Bahasa Melayu pula menganjurkan Pertandingan Pidato tahap 2, pertandingan
bercerita dan melagukan syair di dewan manakala Panitia Muzik menganjurkan pertandingan karaoke di
bilik muzik.

Selain itu, murid-murid turut berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang
dianjurkan Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam serta Panitia Sains yang diadakan di kelas. Panitia
Bahasa Arab menyediakan aktiviti mencerakinkan huruf bagi tahap 1 dan menyusun perkataan menjadi
ayat. Panitia pendidikan islam pula menyediakan aktiviti mencari benda tersembunyi. Panitia Sains pula
bekerjasama dengan Petrosains mengadakan aktiviti di dewan.
Jawatankuasa Program Pencegahan dadah (PPDa) pula menganjurkan pertandingan mewarna
bagi tahap satu dan melukis poster pencegahan dadah bagi tahap dua. Pameran Anti Dadah anjuran
(Agensi Anti Dadah Kebangsaan) AADK juga diadakan di Bilik Seni . Murid-murid berpeluang melihat jenisjenis dadah serta kesan penyalahgunaan dadah.
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dirancang telah berjalan lancar dan mencapai objektif.
Namun terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki dan ditambah baik pada masa akan datang.
Walaupun semua aktiviti berjalan lancar, tetapi ada beberapa perkara yang not in order. Contohnya,
kedudukan kiosk yang tidak teratur dan tidak dilabelkan. Selain itu, ramai guru yang tidak bermaklumat
tentang aktiviti yang dijalankan. Ini disebabkan ramai guru yang terlibat dengan Kursus DSKP di luar
sekolah. Pengurusan sistem siaraya juga perlu dipertingkatkan lagi.
Program ini berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Semua murid berpuas hati dengan aktiviti
aktiviti yang telah dijalankan dan berharap aktiviti sebegini akan diteruskan lagi dalam Karnival sumber 2.

Disediakan oleh,

___________________
(NORNAFIZA NAYAN)

____________________
(ZATI HANANI BT KAMARUDZAMAN )

__________________
(BALQIS BT MD. RASHID)

JADUAL WAKTU
PROGRAM KARNIVAL
SUMBER 1 & MINGGU
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
2015

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM KARNIVAL
SUMBER 1 & MINGGU
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
2015

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

Encik Zulkeflee Bin Alwi


Guru Besar

Naib Pengerusi

i) Encik Jamaludin Bin Hassan


PK Pentadbiran
ii) Encik Nik Mohd Jafrizal Bin Abdullah
PK HEM
iii) Encik Chiah Suphon A/L Nay Swat
PK KOKO

Penyelaras

Pn. Balkhis Bt Bahadun

Naib Penyelaras

Encik Abdul Majid Bin Taib

Setiausaha

Puan Asmeza Bt Mehad

Bendahari

Puan Kasma Dewi binti Mad Jamlus

AJK

Semua Ketua Panitia


Semua Unit Bilik APD
Ketua Unit Makmal Komputer
Ketua Unit Bilik SAC
Ketua Unit Bilik J-Qaf
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru Pemulihan Khas
Guru Pendidikan Khas

KERTAS KERJA
PROGRAM KARNIVAL
SUMBER 1 & MINGGU
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
2015

SENARAI PEMENANG
PROGRAM KARNIVAL
SUMBER 1 & MINGGU
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
2015

GAMBAR GAMBAR
SEKITAR
PROGRAM KARNIVAL
SUMBER 1 & MINGGU
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
2015

You might also like