You are on page 1of 4

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PENOLONG AKAUNTAN

BAHAGIAN 3 : HAL-EHWAL PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku ini mengandungi enam soalan. Calon-calon dikehendaki menjawab empat soalan
sahaja.

2. Jawapan untuk setiap satu soalan hendaklah menggunakan kertas jawapan yang
berasingan.

3. Catatkan angka giliran, nombor kad pengenalan dan kod peperiksaan pada setiap helai
kertas jawapan.

4. Calon-calon dibenarkan merujuk bahan-bahan rujukan yang tertakluk kepada sukatan


peperiksaan sahaja.

5. Markah penuh hanya akan diberi kepada calon-calon yang memberikan jawapan yang
tepat dengan menggunakan struktur ayat sendiri.

6. Buku soalan ini hendaklah diserahkan semula kepada Pengawas selepas tamat
peperiksaan.

7. Penggunaan kalkulator adalah dibenarkan

8. Sila padamkan telefon bimbit anda.


Soalan 1

a. Senaraikan empat keadaan di mana Akaun Amanah atau Kumpulan Wang Amanah
boleh ditutup.

( 4 markah )

b. Nyatakan tiga dariapada tindakan-tindakan yang perlu dilakukan sebelum Akaun


Amanah atau Kumpulan Wang Amanah boleh ditutup sekiranya berbaki

( 6 markah )

Soalan 2

a. Nyatakan tiga pihak yang perlu dilantik dalam melaksanakan Sistem Perakaunan Mikro
( SPM ) di dalam sesuatu jabatan.

( 3 markah )

b. Nyatakan dua peringkat yang terlibat dalam proses pengkosan sesuatu output

( 4 markah )

c. Nyatakan tiga faedah yang boleh diperolehi dari perlaksanaan SPM

( 3 markah )

Soalan 3
a. Berikan takrif Ibu Pejabat mengikut Pekeliling Perbendaharaan

( 2 markah )

b. Senaraikan enam elaun atau bayaran yang layak dituntut oleh seseorang pegawai yang
dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negeri

( 5 markah )

c. Nyatakan perbezaan syarat-syarat di antara Elaun Makan dan Elaun Harian yang layak
dituntut oleh seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di dalam negeri.

( 5 markah )

Soalan 4

a. Terangkan maksud Sistem Bayaran Pukal dan berikan tiga contoh bayaran secara pukal
yang terlibat.

( 5 markah )

b. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 58(a) dan
berikan dua implikasi bayaran tersebut kepada jabatan.

( 5 markah )
Soalan 5

a. Borang-borang hasil perlu di kawal bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya


kehilangan, penipuan dan penyelewengan. Senaraikan enam kawalan dalaman untuk
menyelenggara borang hasil.

( 6 markah )

b. Nyatakan empat daripada tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam mengawal terimaan


berdasarkan peruntukan di bawah Arahan Perbendaharaan

( 4 markah )

Soalan 6

a. Berikan satu tanggungjawab asas setiap pegawai berikut

i. Pemungut

ii. Akauntan Negara

iii. Pegawai Pengawal

iv. Pegawai Perakaunan

b. Nyatakan tatacara perolehan bekalan bernilai melebihi RM 50,000.00 tetapi tidak


melebihi RM 200,000.00.

( 6 markah )

You might also like