You are on page 1of 15

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM JQAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU

KAJIAN KES
Bhasah Abu Bakar (bhasah@usim.edu.my)
Mohd Nafiruddin bin Mad Siadid
Abdul Jadid bin Suwairi
Safaruddin bin Urusli
Azlan bin Deris
Mohd Yusof bin Abd Wahab
Mahyuddin bin Abu Bakar
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penguasaan j-QAF berdasarkan
persepsi partisipan Tingkatan 1 di enam buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan,
Selangor dan Kedah. Ianya merupakan satu kajian ek-post fakto menggunakan persampelan
selasa terhadap pembelajaran j-QAF yang telah mereka lalui selama 6 tahun semasa berada
di sekolah rendah sebelumnya. Kajian ini melibatkan 424 partisipan Tingkatan 1 yang
terdiri dari 172 lelaki dan 252 perempuan. Instrumen yang digunakan adalah borang
soalselidik kajian j-QAF dari UPSI yang mengandungi Bahagian A (6 item demografi
partisipan), Bahagian B (8 item Jawi), Bahagian C (6 item al-Quran), Bahagian D (6 item
Bahasa Arab) , Bahagian E (9 item Solat) dan Bahagian F (6 item Kem Bestari Solat). Nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.86. Hampir 93% partisipan menyetujui program
j-QAF dianggap berkesan dengan skor min yang baik (min=3.89, sp=0.51) pada skala 5
dengan jawi (min=3.99, sp=0.64), Quran (min=3.76, sp=0.73), Bahasa Arab (min=2.93,
sp=0.94), solat (4.05, sp=0.71) dan kem bestari solat (min=4.61, sp=0.56) . Kajian ini juga
mendapati perbezaan yang signifikan antara lelaki dengan perempuan tentang persepsi
mereka terhadap j-QAF. Secara keseluruhannya, keberkesanan pembacaan Quran adalah
bergantung kepada pelajar yang telah khatam al-Quran setelah 6 tahun pembelajaran j-QAF
semasa di sekolah rendah dengan 2 (dk=2, n=424)=34.403, p < 0.01).
Kata kunci:

j-QAF, fardhu ain, jawi, tasmik, khatam

PENGENALAN
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi menyediakan
pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita
yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara,termasuklah penyemakan
kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini ialah untuk memantapkan Akta
Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan
murid dengan cabaran-cabaran abad ke-21.
Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan
Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan hasil idea mantan
YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi yang berhasrat melahirkan murid di
sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau juga menyarankan bahasa Arab diwajibkan,
asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah
rendah.Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Sesungguhnya program j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian
1

kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh mantan YAB Perdana Menteri.Adalah
diharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik
dan Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari
Solat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah rendah mulai tahun 2005
secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Ini bagi
memastikan matlamat program j-QAF dapat dicapai.
PERNYATAAN MASALAH
Jawi,Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari
kehidupan umat Islam seharian. Amalan Fardhu Ain memerlukan pengetahuan tentang AlQuran,memahaminya memerlukan penguasaan bahasa Arab,dan untuk mahir dalam Bahasa
Arab penguasaan Jawi amat diperlukan.Dalam pendidikan pula,kepentingannya j-QAF tidak
dapat dinafikan kerana ia berkait rapat dengan pelajaran Pendidikan Islam di sekolah dan
menjadi asas dalam memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.
Kemerosotan penguasaan jawi,Al-Quran,Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja
amat ketara sekali.Masalah ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap
program J-QAF yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik
berminat untuk mengkaji keberkesanan program j-QAF dari perspektif partisipan itu sendiri
dalam penerapan dan amalannya seharian.Usaha ini dilakukan untuk mengukur tahap
penerimaan dan penguasaan partisipan serta kesannyadalam mengikuti program ini, di
samping melihat sikap dan minat partisipanterhadapj-QAf yang secara tidak langsungnya
boleh mempengaruhi pencapaian ekademik mereka.
TINJAUAN LITERATUR
j-QAF adalah singkatan kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Kesemua
perkara tersebut adalah unsur-unsur dalam Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab. Projek jQAF bertujuan memperkukuhkan penguasaan Jawi, memastikan murid-murid khatam alQuran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran Bahasa Arab dan memantap amalan dan
penghayatan fardu ain. Projek j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk
memperkukuhkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan
memperkasakan sekolah kebangsaan.Oleh kerana j-QAF agak baru juga diperkenalkan maka
tinjauan lampau secara khusus kurang didapati.
Jawi - Mohd Yusof (2002) menegaskan perlunya pengajaran jawi di masukkan kedalam
pendidikan Islam kerana ia berkait rapat dengan pengajaran al-Quran khasnya dalam
kemahiran mambaca dan menulis. Rasional pertamanya,pengajaran jawi boleh menggunakan
pendekatan sepadu dengan al-Quran kerana huruf jawi hampir sama dengan huruf al-Quran.
Kedua, didapati dalam mutakhir ini guru-guru pendidikan Islam kurang kompeten dalam
penulisan jawi. Tulisan arab yang digunakan oleh orang Melayu untuk menulis dalam
bahasa Melayu disebut tulisan jawi.Ini terbukti dengan penumuan batu bersurat dan lainlain peninggalan sejarah di kepulauan melayu yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang
melayu telah menggunakan tulisan jawi dalam penulisan (Abdul Hamid 1972).Gong (1986)
berpendapat bahawa tulisan jawi boleh mendekati bahasa arab dengan lebih mudah kerana
2

agama islam lebih sesuai dengan bahasa arab dan jawi.Mustapha (1991) mendapati dalam
kajiannya tidak ada seorang pun pelajar tingkatan 5yang dapat menguasai kemahiran jawi
dengan baik.Hanya 56% sahaja pelajar boleh membaca dan menulis jawi pada tahap
sederhana.11.1% tidak dapat menguasai langsung kemahiran jawi.Antara factor yang
mempengaruhi jawi ialah faktor sikap pelajar.Dimana 95% pelajar mempunyai sikap
negative terhadap tulisan jawi seperti malas, jemu, merasa susah,dan menggap tulisan jawi
tidak penting kerana tiada nilai dalam peperiksaan.Kajian oleh Mokhtar (1990)mendapati
pencapaian murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan menulis jawi
KBSR adalah di tahap paling rendah. Hasil tinjauan terhadap penggunaan tulisan jawi iaitu
87% tidak menggunakan tulisan jawi ketika mencatat nota Pendidikan Islam. 100% pelajar
tidak menggunakan tulisan jawi ketika menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Islam. 43%
tidak pernah membaca bahan-bahan dalam tulisan jawi.
Amin (1991) menjelaskan bahawa penggunaan tulisan jawi hanya berlaku dalam
pembelajaran Pendidikan Islam dan tidak dalam mata pelajaran lain, ini menyebabkan tulisan
jawi sukar utnuk dikuasai dan akhirnya penggunaanya dalam Pendidikan Islam tidak
berkesan. Keadaan ini berlaku kerana beberapa faktor, iaitu
Murid-murid terpaksa bersaing dengan kemahiran penggunaan tulisan rumi yang
terdapat dalam subjek lain.
Ejaan jawi yang berbagai bentuk, lebih-lebih lagi dalam sitem ejaan jawi baru yang di
perkenalkan di peringkat KBSM mengelirukan mereka.
Buku-buku teks dalam tulisan jawi melambatkan lagi pembelajaran Pendidikan Islam
kerana pelajar-pelajar yang ingin memahami kandungan tidak mudah mendapat
bantuan daripada pihak lain.
KPM (1988) menjelaskan hasil dari satu kajian kebolehan menulis jawi mempunyai
korelasiyang tinggi dengan membaca jawi. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa pelajar
yang boleh membaca jawi tidak semestinya boleh menulis jawi dengan baik. Kajian ini
menunjukkan 68% pelajar sekolah rendah yang boleh membaca jawi dengan baik tetapi
hanya 58% sahaja yang boleh menulis jawi dengan baik. Kajian mendapati, kebolehan
pelajar perempuan dalam kemahiran menulis dan membaca jawi adalah lebih baik daripada
pelajar lelaki. Pendapat ini di sokong oleh kajian Junaidah (1999) yang juga mendapati lebih
ramai pelajar lelaki yang tidak mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi berbanding
dengan pelajar perempuan.
Abdul Razak (1988) menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
kelemahan dalam pelajaran jawidi sekolah rendah di negeri Kedah.
Masa yang di peruntukkan untuk pelajaran jawi tidak mencukupi
Guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang khusus dalam pelajaran Jawi.
Alat bantu mengajar yang khusus untuk pelajaran jawi amat berkurangan
Murid-murid menghadapi masalah apabila guru menggunakan tulisan Jawi dalam
pengajarannya.
Baharuddin(1995) menegaskan bahawa pelajaran jawi harus dilihat sebagai mata pelajaran
yang penting dan perlu dipopularkan lagi kerana penggunaanya yang penting dalam
keagamaan. Beliau juga mencadangkan agar kementerian meyediakan buku teks, buku kerja,
3

dan buku latihan untuk pelajaran jawi.Balkhis (1987) mendapati faktor pelajar lemah dalam
Pendidikan Islam kerana pelajar tidak minat dalam Pendidikan Islam dan tidak dapat
menguasai jawi dengan baik serta kurang kerjasama daripada guru-guru lain dan kekurangan
guru yang berpengalaman.
Al-Quran - Belajar dan menghayati ajaran al-Quran sudah menjadi kewajipan kepada setiap
orang islam dan perlu diperkenalkan di peringkat awal kanak-kanak (Abdullah,1990),
sebagaimana ia diturunkan di peringkat awal Islam di zaman Rasulullah saw. Ayat pertama
diturunkan kepada Rasulullah yang mengiringi perlantikan baginda sebagai nabi dan rasul
kepada umat Islam, adalah sebagai tanda perlunya al-Quran kepada diri orang Islam dan
diperkenalkan kepada kanak-kanak baru yang lahir dalam keluarga Islam.Sejarah
mencatatkanbahawa pendidikan Islam di Negara ini bermula dari rumah guru (imam),
kemudian berkembang ke pondok-pondok, seterusnya ke madrasah-madrasah dan akhirnya
ke sekolah-sekolah seperti hari ini. Pendidikan Islam diajar secara rasmi di sekolah pada
peringkat awal ketika berumur 6 tahun melalui kelas-kelas al-Quran (Zawawi, 1984).
Satu kajian yang telah dijalankan oleh KPM, mendapati ramai pelajar-pelajar Islam sekolah
rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah
(PPK,KPM 1996). Malah tidak ada usaha untuk mempelajari al-Quran apabila
dewasa.Hampir 10 tahun dari 1982-1992 pengajaran membaca al-Quran KBSR telah
dilaksanakan tetapi masih terdapat sebahagian besar pelajar yang tidak boleh membaca alQuran (Mohd Mukri Abdullah, 1994).
Kajian pusat perkembangan kurikulum (1984), mendapati pengajaran al-Quran secara
kumpulan belum lagi dipraktikkan sepenuhnya oleh guru-guru. Aktiviti kumpulan tidak
dirancang dengan baik, bahan untuk pemulihandan pengayaan tidak mencukupi dan kelas
masih di tahap yang tidak memuaskan.Mesyauarat penyelarasan perlaksanaan kurikulum
pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Jan 1994 telah bersetuju supaya murid tahun
1di sekolah rendahdiberi tumpuan kepada pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah
IQRA dalam jangka masa 6 bulan mulai awal persekolahan 1994/1995. Dalam tempoh ini
murid-murid dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.Satu surat pekeliling
KP.5206/3/60 Jld.3(47) bertarikh 1 Mac 1994 mengenai perkara ini telah dihantar kepada
semua Pengarah Pendidikan Negeri iaitu ;
I.
Berdasarkan kajian dan pemantauan, didapati masih ramai murid tahun enam yang
belum boleh membaca al-Quran dengan lancar.
II.
Bagi mengatasi ketidaklancaran murid-murid membaca al-Quran di peringkat sekolah
rendah ini, maka diharapkan kaedah IQRA boleh dijadikan bahan pembelajaran
sokongan ke arah mempercepatkan murid-murid menguasai pembacaan al-Quran.
III.
Kajian dan pemantauan yang dibuat mendapati ada sedikit peningkatan penguasaan
kebolehan murid-murid membaca al-Quran melalui buku IQRA tersebut.. Namun
begitu masih lagi terdapat 30%-40% murid-murid yang masih merangkak-rangkak
membaca al-Quran.
IV.
Antara faktor murid-murid sekolah rendah belum lancar membaca al-Quran ialah :
a. Murid-murid dalam satu kelas adalah ramai, sukar bagi guru hendak menggunakan
kaedah talaqqi dan musafahah dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
b. Kekurangan kemahiran guru dalam mengajar dan membimbing murid-murid membaca
al-Quran.
4

c. Masa pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah terhad.


Kajian yang dilakukan oleh Amrah (1996) di SRK Convent, Kajang, Selangor, mendapati
100 peratus responden yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam bersetuju bahawa
kaedah IQRA amat berkesan dan berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran alQuran.Sikap pelajar juga menentukan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan
subjek Pendidikan Islam. Apabila pelajar menunjukkan sikap negatif terhadap mata
pelajaran, sudah tentu menimbulkan banyak masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Mohd Endut (1992) telah menyenaraikan beberapa masalah umum yang selalu
dihadapi: oleh guru-guru Pendidikan Islam antaranya ialah:
a.
b.
c.
d.

Kelemahan pelajar dalam membaca al-Quran dan ulum al-Quran.


Penggunaan tulisan jawi dan Pendidikan Islam.
Suasana kelas dan disiplin semasa pembelajaran.
Amalan nilai-nilai yang bercanggah.

Dari persepsi pelajar pula kajian yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam (1988)
terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disekolah rendah, mendapati minat
terhadap guru Pendidikan Islam mempunyai korelasi positif dengan minat terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam ( Nik Rosila,1997).KPM (2004) mencadangkan pengajaran alQuran menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, iaitu murid mendengar bacaan contoh
dari guru, murid membaca dengan bimbingan guru atau pembimbing, guru pembimbing terus
mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian atau mengiyakan.Dalam projek jQAF ini mushaf al-Quran yang digunakan hendaklah dalam bentuk Rasm Uthamani. Ini
disebabkan Rasm ini telah digunakan sejak mula turunnya al-Quran dan mendapat sepakat
jumhur ulama bahawa Rasm Uthmani adalah Tauqifi. Iaitu tidak hanya menulis al-Quran
dalam bentuk Rasm lain kecuali dalam Rasm Uthmani sahaja (Mohd Yusuf, 2000).
Bahasa Arab - Bahasa Arab mempunyai tunjang yang kukuh dalam sejarah dan tidak
mengalami perubahan-perubahan yang besar berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Sebab
utama kestabilan bahasa arab kerana al-Quran itu sendiri dan wujudnya fakta bahawa sejak
al-Quran diturunkan, orang-orang Islam dari berbagai bangsa dan bahasa mahu mempelajari
al-Quran sebagai tanda kasih kepada Allah dan wahyuNya.Che Pee (1991) yang mengkaji
tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan Agama mendapati
pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan pendidikan Islam masih berada di tahap
rendah.Asad Awang (1995) telah melakukan kajian terhadap keberkesanan program Alat
Bantu Mengajar (ABM) dalam penguasaan pembendaharaan kata dalam Bahasa Arab di
sebuah Sekolah Kebangsaan Agama di Perak, mendapati ABM dapat membantu pelajar
dalam penguasaan pembendaharaan kata dalam Bahasa Arab. KPM (2004) mencadangkan
pengajaran Bahasa Arab j-QAF menggunakan kaedah tematik, Kaedah ajuk hafaz, kaedah
semulajadi atau terus dan kaedah latih tubi.
Fardu Ain - Amri (2005) menyatakan Pendidikan Fardu Ain perlu diperkenalkan kepada
anak-anak di peringkat awal kanak-kanak lagi supaya ia terbiasa dengan suasana ini. Apabila
mereka dewasa nanti, amalan-amalan yang berkaitan dengan fardu ain khususnya, menjadi
mudah untuk diamalkan dan sukar untuk mereka tinggalkan kerana telah sebati begitu lama
dalam diri mereka. Beginilah kaedah pengajaran fardu ain kepada anak-anak iaitu mengikut
tahap dan tingkat-tingkat tertentu. Contohnya Rasulullah menyuruh sahabat solat dengan cara
5

melihat bagaiman Rasulullah saw solat. Kemudian ditegaskan kepada anak-anak supaya
diajar solat ketika berumur tujuh tahun dan jika tidak solat pada umur sepuluh tahun maka
perlu dirotan.Azman (1986) berpendapat Pendidikan Islam itu bermula melalui proses meniru
dan indoktrinasi iaitu kanak-kanak mengikut gelagat ibubapa atau mereka yang lebih tua.
Ibubapa yang membaca al-Quran, bersoalat, berpuasa dan melakukan ibadah lain boleh
mempengaruhi pemikiran anak-anak mereka sekiranya kanak-kanak itu tidak terpengaruh
dengan perkara negatif yang lain. Mereka juga harus diberi dorongan untuk sentiasa
mempelajarinya.Sikap negatif dan kurangnya penghayatan amalan solat dikemukakan oleh
Muhammad (1995) dalam latihan ilmiahnya. Beliau mendapati peratus pelajar luar bandar
yang mengerjakan amalan solat fardu adalah lebih tinggi daripada pelajar yang tinggal di
bandar.
Minat pelajar yang kurang terhadap pendidikan Islam merupakan faktor kurangnya kesedaran
untuk menghayati ajaran Islam. Ini dapat dilihat dalam peperiksaan SPM 1976, didapati
hanya 68,122 calon sahaja yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam, sedangkan
45,564 calon Melayu lagi tidak mengambilnya (Haron dan Sobri, 1988).Reformasi
pendidikan pada tahun 1988 telah memberi penekanan supaya pendidikan Islam
menitikberatkan kepada keupayaan tiap-tiap pelajar untuk memahami aspek akidah dan boleh
beramal dengan ibadah dan akhlak islam dengan baik. Sebab itulah waktu pembelajaran
Pendidikan Islam telah ditambah daripada tiga waktu kepada enam waktu. Di mana dua
waktu untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di kelas, satu waktu adalah
khusus untuk amali solat, dua waktu untuk memperkukuhkan kurikulum dan pembelajaran di
kelas. Amali solat ini dilaksanakan secara berjamaah pada waktu zohor atau asar. Status
amali solat secara berjamaah ini adalah rasmi dan dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan seperti Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 1/1988 (KPM,1988).
Tujuh tahun KBSM telah dilaksanakan, namun masih ramai yang gagal dalam mengamalkan
fardu ain. Terdapat pelajar yang tidak boleh membaca al-Fatihah, Tahiyyat, qunut dan
berwuduk dengan sempurna. Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) bagi mengatasi masalah ini
(BPI, 1995).KPM (2004) meminta sokongan dan kerjasama dari sekolah dan ibubapa bagi
memastikan pelajar-pelajar mengambil berat tentang amalan solat di sepanjang masa bagi
memastikan hasrat murni ini tercapai.
Matlamat dan Objektif j-QAF
Projek j-QAF yang memberi tumpuan secara khusus itu diharapkan dapat memenuhi
matlamat pendidikan Islam seperti yang ditetapkan iaitu a) Melahirkan muslim yang berilmu,
beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia b) Menjadi hamba Allah dan
khalifah Allah yang bertaqwa dan c) Dapat menyumbang kepada tamaddun bangsa dan
Negara.
Antara Objektif yang ingin di capai oleh KPM melalui program j-QAF ini adalah a)
Membolehkan murid khatam al-Quran sebelum menamatkanpengajian di sekolah rendah, b)
Meningkatkan penguasaan murid dalam Jawi dan Fardu Ain, dan c) Membolehkan semua
murid Islam mempelajari Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF
Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas
Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama
dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah
menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat
sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam
Quran Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Quran Model Tasmik. Model
6
Bulan
dilaksanakan
mengikut
modul
yang
telah
ditetapkan
dengan
menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan
talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan
kaedah IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam
al-Quran.
Model Tasmik
Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid
serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri
daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau
pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi
oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.
Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah
kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini
adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK
sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah
60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.
Model Bestari Solat
Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia
dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah.
Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guruguru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengkaji sejauhmana Program J-QAF dikatakan berjaya membantu pelajar dalam
menguasai Jawi,Bahasa Arab, Al-Quran dan Solat.
2. Untuk mengkaji perbezaan keberkesanan Program J-QAF kepada partisipan lelaki dan
perempuan.
7

3. Untuk mengkaji keberkesanan Program J-QAF kepada partisipan yang telah khatam atau
belum Al-Quran.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif yang dinyatakan diatas, penyelidik telah berusaha untuk mengukur nilai
persepsi pelajar tingkatan satu mengenai keberkesanan program j-QAF. Oleh itu, pernyataan
soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah persepsi partisipan terhadapamalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran
tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan amalan solat dalam program J-QAF ?
2. Apakah persepsi partisipan terhadap keberkesanan j-QAFberdasarkan jantina ?
3. Adakah persepsi keberkesanan j-QAF bergantung kepada khatam membaca al-Quran ?
METODOLOGI KAJIAN
Sampel Kajian
Kajian rengkas ini telah dijalankan secara penyelidikan kaedah tinjauan di sebuah sekolah
terpilih di Negeri Sembilan,Selangor danKedah, dan tiga buah sekolah lagi di negeri Perak
menggunakan persampelan selesa (convenience sampling). Pemilihan partisipan adalah
dibuat secara rawak dari pelajar-pelajar di Tingkatan 1. Seramai 424 orang partisipan telah
mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Jadual 1 menunjukkan demografi partisipan
kajian.
Jadual 1: Demografi Partisipan
Maklumat Demografi
Jantina
Lelaki
Perempuan
Khatam al-Quran
Sudah
Belum
Belajar al-Quran
Ibubapa/Penjaga
Guru Agama di sekolah
Tahap Membaca al-Quran
Cemerlang
Sederhana
Lemah
Pekerjaan Bapa
Kerajaan
Swasta
Sendiri
Pekerjaan Ibu
Kerajaan

Bilangan (%)
172 (40.6%)
252 (59.4%)
223 (52.6%)
201 (47.4%)
201 (48%)
218 (52%)
76 (18.0%)
310 (73.5%)
36 (8.5%)
103 (24.9%)
88 (21.3%)
222 (53.8%)
89 (21.0%)
8

Swasta
Sendiri

50 (11.8%)
285 (67.2%)

Instrumen Kajian
Kajian ini telah menggunakan sebahagian daripada soalselidik yang pernah digunakan oleh
penyelidik dari UPSI terhadap j-QAF. Namun demikian, beberapa pindaan kecil telah dibuat
untuk menyesuaikan dengan kajian yang kami lakukan ini. Selepas pemurnian dibuat keatas
instrument ini, nilai kebolehpercayaan Cronbach alpha adalah pada 0.86 dengan
mengekalkan sebanyak 35 item kajian dari 5 komponen yang terdiri dari: Amalan
pembelajaran jawi, Amalan pembelajaran tilawah al-Quran, Amalan pembelajaran Bahasa
Arab, Amalan solat dan Kem bestari murid.Kami telah membahagikan instrument ini kepada
2 bahagian. Bahagian A mengandungi 6 item seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Bahagian
mengandungi komponen j-QAF seperti yang kami telah jelaskan yang perlukan untuk tujuan
penyelidikan ini. Sementara pengukuran konstruk j-QAF ini menggunakan skala Likert 5
mata yang menjelaskan persepsi partisipan terhadap j-QAF terdiri dari: 1=tidak setuju,
2=kurang setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=amat setuju.
DAPATAN KAJIAN
Berikut merupakan dapatan bagi setiap soalan kajian yang telah kami sediakan.
Soalan Kajian 1
Apakah persepsi partisipan terhadap amalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran
tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan amalan solat dalam program J-QAF ?
Jadual 2 menunjukkan tahap persepsi partisipan yang telah ditransformasikan kepada
konstruk keberkesanan j-QAF terhadap amalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran
tilawah al-Quran,amalan pembelajaran Bahasa Arab, amalan solat dan kem bestari solat
didalam program J-QAF bagi setiap item. Kajian ini mendapati pelajar amat bersetuju
bahawa j-QAF memang dapat meningkatkan kemahiran partisipan dalam pembelajaran jawi.
Ini jelas ditunjukkan dengan skor min yang tinggi sebanyak 3.99 (berkesan) dengan sisihan
piawai = 0.640. Membantu pelajar dalam amalan pembelajaran tilawah al-Quran. diikuti
dengan pembelajaran bahasa arab yang agak rendah dengan Min=2.9287 (kurang berkesan),
sp=0.94.Amalan solat merupakan amalan yang amat berkesan sekali dengan min 4.049 (amat
berkesan) dan sp=0.706 dari segi amalan harian yang diamalkan.
JADUAL 2: Persepsi Terhadap Penguasaan program J-QAF
Item
Variabel
Amalan Pembelajaran Jawi
1
Saya menulis jawi dengan lancer
2
Saya membaca jawi dengan baik
3
Saya membuat sendiri latihan jawi
4
Saya membuat latihan jawi dibantu keluarga

Min

SP

3.99

0.640

3.62

1.101

3.95

1.100

3.39

1.368

3.59

1.514

Tafsiran
Berkesan
Berkesan
Berkesan
Berkesan
Berkesan
9

5
Guru memberi latihan jawi
6
Saya suka belajar jawi
7
Guru membimbing saya menulis jawi
8
Saya malu jika markah jawi rendah
Amalan Pembelajaran Tilawah al-Quran
9
Saya membaca Al-Quran bila disuruh
10 Ibubapa mengajar al-Quran dirumah
11 Ibubapa saya menekankan bacaan al-Quran
12 Ibubapa mendengar bacaan al-Quran saya
13 Saya belajar al-Quran di kelas tambahan
14 Tasmik al-Quran menyeronokkan
Amalan Pembelajaran Bahasa Arab
15 Saya bercakap Bahasa Arab dengan kawan
16 Guru bercakap Bahasa Arab dengan saya
17 Saya membuat latihan Bahasa Arab bersendirian
18 Saya suka belajar Bahasa Arab
19 Saya malu jika markah Bahasa Arab saya rendah
20 Bahasa Arab adalah penting untuk saya
21 Saya solat Subuh setiap hari
Amalan solat
22 Saya solat Zohor setiap hari
23 Saya solat Asar setiap hari
24 Saya solat Maghrib setiap hari
25 Saya solat Isyak setiap hari
26 Saya membaca qunut ketika solat Subuh
27 Saya solat apabila disuruh oleh ibubapa
28 Saya solat apabila disuruh oleh guru
29 Saya membaca doa wuduk
Kem Bestari Solat
30 Saya suka kem bestari solat
31 Kem bestari solat banyak membantu saya belajar solat
32 Ibubapa mengambil berat kem bestari solat
33 Ibu marah jika saya meninggalkan solat
34 Ibubapa mengajak solat berjamaah
35 Saya rasa berdosa bila meninggalkan solat

4.71

0.783

4.35

0.986

4.20

1.241

4.06

1.404

3.76

0.734

2.86

1.530

3.96

1.466

4.34

1.184

4.17

1.248

3.04

1.605

4.22

1.195

2.93

0.94

1.77

1.200

2.38

1.505

2.34

1.449

3.40

1.460

3.87

1.415

3.82

1.296

4.10

1.106

4.049

0.706

4.34

0.967

4.35

0.942

4.54

0.817

4.18

1.058

4.25

1.177

3.19

1.591

3.32

1.634

4.26

1.161

4.609

0.563

4.43

1.111

4.76

0.752

4.52

0.927

4.78

0.692

4.43

0.923

4.75

0.763

Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Berkesan
Kurang Berkesan
Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Berkesan
Amat Berkesan
Kurang Berkesan
Tidak Berkesan
Kurang Berkesan
Kurang Berkesan
Berkesan
Berkesan
Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Berkesan
Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan
Amat Berkesan

Cronbach alpha = 0.86

10

Soalan kajian 2
Apakah persepsi partisipan terhadap keberkesanan j-QAFberdasarkan jantina?
Jadual 3 menunjukkan persepsi j-QAF berdasarkan jantina. Kajian ini mendapati persepsi
partisipan perempuan terhadap j-QAF adalah lebih tinggi (min = 4.131 sp=0.559) berbanding
dengan persepsi partisipan lelaki (min =3.778,sp=0.693) terhadap j-QAF. Perbezaan ini amat
signifikan statistic pada aras alpha 0.05 dengan nilai t bersamaan t(422)= -5.05, p < 0.01)
JADUAL 3. Ujian-t terhadap persepsi j-QAF berdasarkan jantina
Persepsi j-QAF
Lelaki
Perempuan
** p < 0.01

N
172
252

min
3.778
4.131

Sp
0.693
0.559

Dk

Sig

-5.784

422

.000

Soalan 3
Adakah persepsi keberkesanan j-QAF bergantung kepadakhatam membaca al-Quran ?
Kajian ini mendapati seramai 223 (52.6% ) telah khatam Quran dengan skor min persepsi
terhadap keberkesanan program j-QAF bersamaan 4.047 dan sp=0.456, manakala seramai
201 (47.4%) belum lagi khatam Quran menunjukkan min persepsi bersamaan 3.716 dengan
sp=0.500. Menunjukkan perbezaan yang signifikan statistic bila diuji dengan ujian-t yang
bernilai dengan t(422) = 7.139, p < 0.000.
JADUAL 4. Ujian-t terhadap persepsi j-QAF berdasarkan khatam al-Quran
Persepsi j-QAF
Sudah khatam
Belum khatam

N
223
201

min
4.047
3.716

Sp
0.456
0.500

Dk

Sig

7.139

422

.000

** p < 0.01
Apabila variable khatam al-Quran ini dikaitkan dengan persepsi keberkesanan j-QAF,
ternyata terdapat hubungan yang positif antara khatam al-Quran dengan keberkesanan j-QAF,
dan ujian khi kuasa dua menunjukkan terdapat pergantungan yang signifikan statistic antara
kedua varibel ini. X2 =34.403, df=2, p <0.01. Ini dapat perjelaskan dari Jadual

11

Jadual 5. Ujian Khi Kuasa Dua Persandaran khatam al-Quran terhadap


keberkesanan j-QAF
Khatam al-Quran
Sudah
Belum
Jumlah

Kategori Keberkesanan
Kurang Berkesan
Berkesan
Amat Berkesan
9(4%)
84 (37.7%)
130 (58.3%)
20 (10%)
120 (59.7)
61 (30.3%)
29
204
191

2 =34.403, dk=2, p <0.01.

KESIMPULAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan amalan nilai-nilai Islam dari
perspektif j-QAF dari persepsi partisipan itu sendiri setelah mereka mempelajari, menerap
dan menghayatinya selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah dahulu. Kajian ini cuba
menganalisis secara umum sahaja dari aspek persepsi mereka terhadap beberapa amalan
seperti:pembelajaran jawi, pembelajaran tilawah al-Quran, pembelajaran bahasa arab, amalan
solat dan kem bestari solat. Kajian ini juga ingin mengenalpasti perbezaan dari aspek
persepsi partisipan terhadap program j-QAF berdasarkan jantina, kerjaya ibubapa mereka,
tahap pembacaan al-Quran dan samaada mereka sudah atau belum khatam pembacaan alQuran yang mungkin ada pertaliannya dengan keberkesanan program j-QAF yang diadakan
di sekolah rendah.
Pada umumnya, penyelidik mendapati para partisipan begitu positif dan dianggap berkesan
terhadap perlaksanaan program j-QAF ini. Mereka memberikan persepsi yang begitu positif
sekali terutamanya dari aspek solat dan kem bestari solat itu sendiri. Mereka bersetuju, hasil
dari pembelajaran dan penerapan j-QAF di sekolah telah dapat membuatkan mereka
melakukan solat setiap hari. Kem bestari solat juga telah banyak memberikan kesedaran dan
dapat memotivasikan mereka untuk memahami kepentingan solat di samping suruhan dari
ibubapa mereka di rumah. Dari aspek pembelajaran tulisan jawi dan pembelajaran al-Quran
masih lagi belum begitu mantap dan memerlukan sesuatu kaedah yang lebih berkesan lagi
agar ia dapat menyamai dengan persepsi mereka seperti melakukan solat. Persepsi partisipan
terhadap pembelajaran Bahasa Arab boleh dianggap negative dan hambar sekali. Sikap
partisipan terhadap pembelajaran Bahasa Arab begitu dingin sekali, malahan mereka sendiri
tidak begitu pasti terhadap pemelajaran Bahasa Arab yang pernah mereka pelajari atau
terapkan semasa di sekolah dahulu dalam pembelajaran j-QAF Bahasa Arab.
Pembelajaran j-QAF ini boleh dianggap lebih berkesan kepada partisipan perempuan
berbanding lelaki. Partisipan perempuan menunjukkan persepsi yang positif dan berkesan
bagi semua komponen j-QAF. Ini termasuklah terhadap tulisan jawi, pembelajaran tilawah
al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan Kem bestari solat. Bagi komponen solat, persepsi
yang ditunjukkan kepada j-QAF adalah sama antara lelaki dan perempuan.Bagi mereka yang
telah khatam membaca al-Quran mempunyai persepsi yang amat positif terhadap
keberkesanan j-QAF kepada mereka. Dari kajian ini, kami mendapati memang terdapat

12

pergantungan persepsi bagi mereka yang sudah khatam mengaji Quran dengan yang belum
khatam mengaji Quran.
Setelah melihat hasil tinjauan ini secara umum, pengkaji mendapati ianya adalah satu
penunjuk peningkatan yang baik sekali, terutmanya dari aspek solat. Pembelajaran tulisan
jawi, bersama dengan pembelajaran tilawah al-Quran boleh dipertingkatkanlagi terutamnya
dalam pembelajaran Bahasa Arab. Kumpulan penyelidik berasa amat yakin jika diberikan
masa yang cukup dan pembaik pulih model pengajaran j-QAF yang betul,ianya boleh
dianggap sangat berkesan untuk dilaksanakan di sekolah rendah, dan dipanjangkan lagi ke
sekolah menengah rendah demi untuk meningkatkan lagi akhlak keIslaman dalam kalangan
remaja kita masa kini. Semoga tinjauan kajian kes ini dapat menjadi titik permulaan bagi
penyelidik lain yang mahu mengkaji keberkesanan program j-QAF dengan lebih mendalam
lagi.
RUJUKAN
Abdul Aziz Andik Acuk (1983). Ilmu usul fiqh. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Pustaka
Abdullah Nasih Ulwan (1990). Tarbiatul awlad fil-Islam ( terjemahan pendidikan anak-anak
dalam Islam,jilid 2) karya terjemahan. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.
Abdul Razak Hj Osman (1988). Sistem pendidikan islam sekolah rendah malaysia. Latihan
Ilmiah, Universiti Malaya.
Abdul Hamid (1972). Petua ejaan jawi. Kuala Lumpur: Mahamir Enterprise.
Amin Mohd Rashid (1991). Masalah-masalah pengajaran pendidikan islam KBSR, satu
tinjauan persepsi guru-guru sekolah rendah. M.Ed Universiti Kebangsaan Malaysia.
Amrah Aru (1996). Cara perlaksanaan kaedah iqra tahap satu dan tiga. Latihan Ilmiah
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asad Awang (1995). Kesan penggunaan alat bantu mengajar terhadap penguasaan
perbendaharaan kata bahasa arab pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah. Laporan
Disertasi. Universiti Malaya.
Azman Wan Cik (1986). Kaedah hayati amali, satu pendekatan mengajar pendidikan islam.
Kuala Lumpur Fajar Bakti.
Baharuddin Adam (1995). Delima jawi kepada anak-anak. Utusan Qiblat. 133,39-41
Balkhis lebai Mat (1987). Pencapaian pelajaran agama islam di sekolah-sekolah menengah
berasrama penuh; satu kajian di SMKA selangor dan SMKA al-mashoor (L) pulau
pinang. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Chee Pee Saad (1991). Pelajar sekolah menengah agama, cabaran dan masa depan. Jurnal
Pendidikan Islam 4,(3),35-41.
Ghazali Hassan (1982). Perkembangan dan kualiti pengajaran agama islam di sekolah
rendah dan menengah di malaysia. Latihan Ilmiah Universiti Malaya.
Gong Sok (1986). Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Haron Din dan Sobri Solomon (1988). Masalah dalam pendidikan islam. Kuala Lumpur
Pustaka Ar-Rahmaniah, Dewan Bahasa Pusataka.
Junaidah Mat Lia (1999). Penilaian terhadap kemahiran membaca jawi di kalangan murid
tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di wilayah persekutuan. Laporan kertas
projek UM.
Kementerian pendidikan Malaysia (1988). Kajian status pengajaran dan pembelajaran
pendidikan islam di sekolah menengah di malaysia. Kuala Lumpur.
Kementerian pendidikan Malaysia (1995). Buku panduan perkara asas fardu ain. Kuala
Lumpur Dewan bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, panduaan
perlaksanaan model perluasan bahasa arab komunikasi dan model pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, panduaan
perlaksanaan model kelas pemulihan jawi dan model pengajaran dan pembelajaran.
Kuala Lumpur.
Mohamad Khalifa (1993).Al-quran dan orientasi, Karya Terjemahan .Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Endut (1992) Pendidikan islam KBSM satu kajian tentang masalah pengajaran di
sekolah-sekolah menengah di johorM.Ed. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yusof Ahmad (2000). Sejarah dan kaedah pendidikan al-quran. Kuala Lumpur.
penerbit university Malaya.
Mohd Yusof Ahmad (2002). Falsafah dan sejarah pendidkan islam . Kuala Lumpur penerbit
Universiti Malaya.
Mustapha Yazid (1991). Penguasaan jawi di kalangan murid-murid sekolah menengah di
negeri kelantan,satu kajian khusus di daerah kota bharu. Latihan ilmiah, Universiti
Malaya.
14

Mokhtar al-Fakari Anurbek (1990). Pencapaian mata pelajaran pendidikan islam tahap ii
KBSR. Laporan Hasil Penyelidikan. Universiti Sains Malaysia.
Muhamad Zakaria (1991). Amalan sembahyang fardu di kalangan pelajar sekolah menegah;
stau kajian di bebrapa buah sekolah di kota baharu. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.
Nik Rosila Nik Yaacob 1997. Penguasaan jawi dan hubungnnya dengan pencapaian dan
minat pelajar dalam pendidikan Islam. Laporan Disertasi. Kuala lumpur Universiti
Malaya.
Zawawi Ahmad (1984). Pendidikan islam kaedah dan teknik pengajaran. Petaling jaya
international Book Service

15

You might also like