You are on page 1of 2

Karangan SPM 2011: Gejala Antisosial dalam

kalangan pelajar?
Kebelakangan ini pelbagai gejala antisosial dalam kalangan pelajar
sekolah telah dilaporkan dan kerjasama semua pihak sangat diperlukan
bagi mengatasi masalah ini. Bincangkan.
Gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kelakuan tidak
sopan, tidak baik, bertentangan dengan budaya tempatan dan
menjatuhkan imej pelajar. Antara kelakuan negatif itu melibatkan ponteng
sekolah, bergaduh dan menyertai kumpulan samseng. Media massa telah
menggunakan gejala ini sebagai salah satu bahan berita utama mereka
sehingga pelbagai pihak terutama masyarakat umum memberikan
pandangan mereka tentang perkara ini. Jadi, mengapakah apakah gejala
ini sebenarnya dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?
Gejala ponteng sekolah bukan sahaja menular di kawasan bandar tetapi
meliputi juga pelajar luar bandar. Mereka sanggup menghabiskan masa
dan wang dengan melepak di sesuatu tempat tanpa memberitahu
keluarga mereka. Biasanya, pelajar sebegini akan berpura-pura pergi ke
sekolah tetapi melencong kemudiannya. Pakaian sekolah akan ditukar
dengan pakaian biasa ketika mereka melakukan gejala yang memalukan
ini. Tindakan bijak mereka ini mampu mengaburi mata ibu bapa untuk
mengesan kelakuan tidak baik mereka itu.
Selain itu, vandalisme yakni sikap suka memusnahkan sesuatu juga
menjadi satu masalah yang besar dalam kehidupan pelajar kini. Pelajar
suka merosakkan kemudahan-kemudahan awam sekolah seperti meja
tulis, papan kenyataan dan juga kemudahan tandas. Tindakan ini telah
menyusahkan pihak sekolah kerana kos untuk menggantikan semua
kemudahan ini agak mahal juga. Pada masa yang sama, kemusnahan
kemudahan awam ini turut menyusahkan pelajar lain untuk
menggunakannya pula.
Dalam usaha menangani masalah ini, pihak ibu bapa perlulah memainkan
peranan yang penting dengan mendisiplinkan anak mereka. Sikap
memahami dan mengesan sebarang perubahan tingkah laku dalam jiwa
anak mereka amat penting supaya ibu bapa boleh memberi nasihat serta
teguran yang membina. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan
pihak sekolah juga penting supaya semua masalah anak mereka di sekolah
dapat dipantau dengan lebih efektif lagi.
Manakala, pihak masyarakat pula boleh menghulurkan bantuan dengan
membuat laporan sebarang aktiviti yang mencurigakan daripada pelajar
sekolah ini. Masyarakat boleh memerhatikan pelajar yang bermasalah ini
dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Keprihatinan masyarakat ini turut memberi amaran kepada pelajar agar


lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu tindakan buruk kerana
tingkah laku mereka sedang diperhatikan oleh pihak masyarakat juga.
Kesimpulannya, gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah memang
semakin serius dan perlu ditangani segera. Kerjasama semua pihak
terutama ibu bapa diperlukan agar masalah ini dapat dihapuskan dengan
sebaik mungkin. Kegagalan untuk menghulurkan kerjasama ini pasti
menyaksikan pelajare kita terus mengalami masalah sosial yang
memalukan pula.

Kemalangan maut di jalan raya yang melibatkan pelbagai kenderaan


kebelakangan ini disebabkan oleh beberapa faktor di samping sikap
pengguna jalan raya itu sendiri. Ulas pernyataan di atas.

You might also like