You are on page 1of 3

Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering

dilakukan olehanggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutamanya


golongan remaja. Golonganyang berfikir sempit ini sanggup melakukan aktiviti
vandalism sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya masyarakat
seumum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yangtidak sihat ini.

Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pandangan
ditempat-tempat seperti tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang
tidak elok. Begitu juga dengan kawasan taman permainan kanak-kanak yang
menyaksikan banyak peralatan yangtelah disediakan di situ sudah dimusnahkan
dengan begitu sahaja. Keadaan ini bukan sahajamenyakitkan mata masyarakat
kita ini, malah masyarakat luar juga akan mempunyai tanggapan bahawa rakyat
di negara ini tidak menghargai dan mementingkan kemudahan-kemudahan
awamyang disediakan.

Selain itu, masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan
kepadamasyarakat umum. Rakyat akan kehilangan hak untuk menggunakan
kemudahan yangsepatutnya dapat menjamin keselesaan hidup seperti telefon
awam yang seringkali digunakanoleh masyarakat. Sekiranya berlaku kecemasan,
bagaimana masyarakat hendak menggunakankemudahan ini jika dimusnahkan
oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Masalah ini bolehmembawa
kepada banyak keburukan, malah kematian juga boleh berlaku

.Bukan itu sahaja, imej negara turut akan terjejas. Hal ini sudah tentu akan
menjejaskanekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk
melancong ke negara kita akibatkeadaan alam sekeliling yang buruk serta rakyat
yang tidak prihatin. Kesannya, industri pelancongan akan merosot. Pada masa
yang sama, hal ini boleh memberikan kesan buruk kepadarakyat negara. Industri
pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan.
Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat kemerosotan
industri pelancongan danini akan menyebabkan rakyat menganggur kerana
kurang sektor pekerjaan.

Kesimpulannya, masalah vandalisme ini yang membawa kepada lebih banyak


masalahyang perlu dihadapi oleh semua pihak harus ditangani dengan secepat
mungkin. Semua pihak patut bergabung tangan untuk menyelesaikan masalah
yang boleh membawa impak negatifkepada seluruh negara ini demi
kemakmuran dan kemajuan negara kita supaya boleh mencapaiWawasan 2020
yang diharapkan oleh seluruh warganegara Malaysia.
GEJALA VANDALISME
Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala
vandalisme ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini
mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat
terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah
satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori,
atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga
dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda
awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini berasal daripada
nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya, gejala
vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan
tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang dilakukan
oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Motif
kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi. Vandalisme ini dianggap
sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan
kebosanan semata-mata. Walaupun mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam
dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat
daripada vandalismetersebut.
Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme
Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya vandalisme. Golongan
remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya
merupakan komponen penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pengaruh
rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja
tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam institusi
keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme ini
merupakan remaja dalam kumpulan. Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan
terjebak dalam budaya lepak. Apabila mereka berkumpul timbullah pelbagai idea yang
tidak baik termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkan harta benda
awam tersebut.
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya,
ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti
rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.
Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga
bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan
yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja
terjebak dalam gejala negatif ini.

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan
dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh
mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah
meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi
tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan faktor berlakunya gejala
vandalisme. Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat
kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial
sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Vandalisme biasanya banyak
berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam
bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas
untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab
terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak
berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang
Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika
disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-
pesalah vandalismemenjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga
akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu
dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak
tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri.
Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan kepentingan ini maka
sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan
mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di
hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat
dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu
peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif
terhadap gejala vandalismeyang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa
buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberi nasihat dan
bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda
awam. Contohnya menerangkan kepada pelajar mengenai perasaan mereka sekiranya
beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kesedaran seumpama itu sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya
sikap dan tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranan yang penting dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam
kesedaran dalam memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat
tentang vandalismedalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat
dalam media massa. Media massa juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan
dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ”
Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada
media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

You might also like