You are on page 1of 2

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang

adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah
dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu
menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi,
mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk
mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang
dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru
lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah
masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi
sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
Punca Kuasa
Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk
Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang.
Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang
baru mulai tahun 1994.
Kuota Guru Cemerlang
Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah
sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan
bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada
tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44
dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk
guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan
KM.
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26
Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan kuota
keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan (Jadual 3)
Jadual 3: Kuota Guru Cemerlang
Kuota Mengikut Tahun Diluluskan
1994
2004 2006
2009
Khas C 12 24
36
DG54 100 134
DG52 250 336
1,345(SM)
DG48 1,000(DG2) 1,000
173(SR)
5,379(SM)
DG44 4,000
1,737(SR)
DGA38237
Gred

DGA34DGA321,600(DG5) Jumlah 2,600


12

800 950
3,200 4,000
9,374 14,327

Syarat-syarat Pemangkuan
Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syaratsyarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2)
bahagian iaitu syarat-syarat khusus.
Syarat-syarat Umum
Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
Bebas daripada tindakan tatatertib;
Telah mengisytiharkan harta;
Lulus tapisan keutuhan SPRM;
Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

Syarat-syarat Khusus
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun


mengajar mata pelajaran kepakaran:
Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir
mengajar mata pelajaran pakar;
Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44
hakiki;
Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48
hakiki;
Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52
hakiki;
Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54
hakiki.

You might also like