You are on page 1of 17

Kepentingan Perpaduan

'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu
padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin
keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat
Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata
pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang
telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.
Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika
Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan
jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,
wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.
Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan
semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan
ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang
berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras
dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,
perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan
dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52
tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk
menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia
Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Kepentingan Perpaduan Kaum


Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum.Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh

yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya


dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.Namum,persoalan
sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap
anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia.Tambah pula,aspek perpaduan
telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia.Oleh sebab itu,setiap
rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini
memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini,perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.Kestabilan
politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran
Malaysia.Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak
negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku
ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan
perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah
memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi
membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).Oleh itu,perpaduan kaum yang telah
menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia
bak kata pepatah Melayu pucuk dicta,ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi,perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia .Amnya mengetahui
bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri
daripada bangsa Melayu,Cina dan India yang mempunyai pelbagai adapt resam,agama dan
kepercayaan sejak lima dekad yang lalu.Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul
Rahman,Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain
telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang
tercinta.Kini,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang
telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.Melalui perpaduan dan keharmonian,Malaysia
telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing
dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.Tambahan
pula,ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk
membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,
Dalam nada yang sama,perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan
ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,Allahyarham
Tun Abdul Razak pada tahun 1970,beliau berjaya merungakai satu masalah yang
membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum
yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Impak positif daripada formulasi ini,wujud
semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi
kemiskinan.Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar
bandar.Intihanya,usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha
memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam,tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi


tugas rakyat Malaysia bersama-sama.Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpinpemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa
mengira latar belakang agama, bangsa,maupun budaya.Oleh itu marilah sama-sama kita
menghayati cogan kata bersatu teguh,bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi
kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

KEPENTINGAN PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK


PERPADUAN
(TEMA PERPADUAN)
Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menekankan
peri pentingnya melahirkan masyarakat yang adil dan bersatu padu. Bincangkan kepentingan
perpaduan rakyat kepada negara dan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk
perpaduan rakyat yang lebih erat.
Pendahuluan
Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks
kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia
kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia.
Kepentingan Perpaduan Rakyat Kepada Negara
1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020
* Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara
yang utuh
* Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama
mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia
* Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang
optimum
* Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia
2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian
* Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.
* Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan
daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
* Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia
* Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi
mengekalkan keharmonian Negara.
* Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama
melalui amalan rumah terbuka.
Langkah-Langkah

3. Peranan Kerajaan
* Bersikap adill and saksama.
* Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga
dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang
erat sesama masyarakat berbilang kaum.
* Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum.
* Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.
4.Peranan Masyarakat
Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.
* Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal.
* Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau
kebangsaan.
* Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau
pemikiran.
* Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan
isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.
Kesimpulan
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia
umpama bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Aspirasi
1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk
keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara
aman, damai dan sejahtera

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benarbenar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana
ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai
maksud ayat tersebut.

Terda Pengenalan
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu
perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat
yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,
berasaskan persamaan hak dan keadilan
Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan
menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala

hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara
sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat
untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta
melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.
SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan
sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah
pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana
kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan
masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah
rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga
terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu
terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga
mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau
mengukuhkan sesuatu.
Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya
golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28
hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat
menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benarbenar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap
sebagai cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada
Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang
bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.

Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama


Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia
dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan Tempoh pendidikan rendah adalahlandasan
kepada dasar pendidikan kebangsaan antara 5-7 tahun
Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan kebangsaan
Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum
Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan menyatakan:
Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan
sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk
mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang
Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat
sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib.
Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan
Negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan
warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyatakan bahawa:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia.eg menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
sewajarnya.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan
melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di
mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

TERAS STRATEGIK PIPP


Membina Negara Bangsa
Membangunkan Modal Insan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang Pendidikan
Memartabatkan Profesion Keguruan
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Membina Negara Bangsa
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan
kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM
berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara
dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta
menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara
Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi
bahasa dan adab di kalangan pelajar.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya
sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah
kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti,
bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru
terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:
Penubuhan Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga
buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu
sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah
wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada
murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai
aktiviti

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan


Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan
latar belakang
Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010
Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga
rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional (2006-2010) ke arah mencapai
Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan
membentuk sebuah negara yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya;
memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran
maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia
Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi
Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang
tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah
pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua,
membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti
mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang
pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara
yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.
Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai
empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi
sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah
negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.
Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80
peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi
menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat
kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program
kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti
kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah
polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung
kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan

permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing
sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti
merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah
perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan
yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.
Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.
Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku
sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.
Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh
yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari
hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang
sama untuk memperkasakan sekolah.
Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di
peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan
sekolah.
Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang
Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana
Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di
sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan,
pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsipprinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat
dan diperkukuhkan.
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah
bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan
menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina
perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan
seluruh rakyat Malaysia.
Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku
Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama
ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan
golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka
menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan
kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat


Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui
program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul,
Maal Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga
memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon
kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari
pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah
dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari
sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain
yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan
kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah
dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul
secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.
Penyertaan Dalam Kokurikulum
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian
seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan,
persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada
situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa
mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara
demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat
berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari
penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan
terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan
sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena
memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat
sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar.
Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan
Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang
dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,
pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan
asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara,
perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan
program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina
keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan
bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan
kestabilan negara.

Lawatan Sambil Belajar


Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah,
Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara
diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong,
persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari
program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar
peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat
berbilang kaum dan keturunan.

Acara kebudayaan dan kesenianPelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar,
kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan
mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.
Perkhemahan Bina Insan
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan
sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan
sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri,
kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang
dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat
maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat
kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh
warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang
diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk
perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.
Sistem Rumah
Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan
dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan
sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para
warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan
suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti
proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan
yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah
yang mempunyai semangat bersatu padu.
Kesimpulan

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak
1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara
yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih
untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana
masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk
kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan
pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk
mencapai perpaduan.
Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya
mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang
berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk
mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah
terpenting.
Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi
wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan
generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan
dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara,
semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling
utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan
sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik.
Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang
terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan
2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina
negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli
dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang
berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama
medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan
ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan
seterusnya memperkasakan

,"bulat air kerana pemb -Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi,
selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa
kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu,
pelbagai langkah dikenalpastikan untuk
merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang kita lama
harapkan.
-Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam
mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya, Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri
Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti
yang dinyatakan 'rakyat didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan
integrasi antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam
membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.
-Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-program yang berkaitan
dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang perkauman. Pihak berkenaan bolehlah

mengadakan pelbagai aktiviti seperti 'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya
memainkan peranan dalam memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran
boleh diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu diperihara sejak
kecil sekali.
-Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yang
berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran
kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada
perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal
sendiri dalam menjayakan perkara ini.
-Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa
perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum.
Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri sendiri. Pemikiran positif tentang
perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental.
Ibu bapa juga merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan
semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi.
-Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah negara merupakan unsur
pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan
semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan
perpaduan dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan Wawasan
2020.

Re: Esei 1: Laras Sastera


Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi
sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi,
DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020.
Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu
sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya,
perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaunglaungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul
permasalahan sebegini di masyrakat negara kita.
Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan
pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi
pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak
kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta
memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020
dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia
yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah
pembangunan negara.
Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari
semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialan Dasar Ekonomi
Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan
penting dalam menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti

ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam aktiviti
komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam
pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara
satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa
yang manakah ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.
Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa
sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari
perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan
kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan
perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan
saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat.
Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi
sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"!
Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun
Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di
kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan
melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan
"1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat
ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama
bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan
kerajaan untuk menjana pembangunan negara.
Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat
integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita.
Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan
keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah
pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan
sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.

Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan keharmonian,
Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini. Kerajaan telah sedar
akan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara.
Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil. Masyarakat yang
stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan sosial. Dengan kewujudan
persefahaman antara kaum, rakyat dapat bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira
kaum, ras dan agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga
dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat diperkembang dan taraf hidup
rakyat dapat dipertingkatkan.
Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh dari segi
kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang mementingkan prinsip
bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar. Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh

terhadap prinsip-prinsip ini, perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan


perpecahan kaum juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru,
masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh.
Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan konsep sekolah
wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan
India. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak
dapat bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat
resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat menjamin
perpaduan rakyat.
Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020
dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar kerajaan dapat melahirkan masyarakat
yang lebih adil dari segi sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum
serta menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan negara Malaysia
bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Melalui wadah ini,
perpaduan rakyat dapat diwujudkan.
Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam pembentukan masyarakat
majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi
negara. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara
kaum supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang
teguh, bersatu padu dan berdaya saing.
k mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan
perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua
bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh
itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang
perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita.
----- Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan politik yang stabil.
Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini, kerajaan barulah dapat
menumpukan perhatian terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan
berada dalam keadaan kacau-bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu.
Tambahan pula. negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti
akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman kependudukan
Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan yang adil dan saksama.
----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam negara. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan memajukan perindustrian sesebuah
negara. Pelaburan asign yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan
jentera yang canggih ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika
Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari
negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat menikmati dua faedah pada masa yang
sama iaitu kemasukan teknologi dan kemajuan perindustrian.
----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman
adalah melalui perlaksanaan pelbagai dasar-dasar. Contohnya, dasar Pembangunan Nasional

dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum
serta menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari
segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan
jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini,
negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni.
----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus
diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di
sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak
ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan
pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum
harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara
masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk
negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak
supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum
dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia.
"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'

You might also like