Professional Documents
Culture Documents
Kepentingan PerpaDUAn
Kepentingan PerpaDUAn
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu
padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin
keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat
Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata
pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang
telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.
Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika
Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan
jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,
wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.
Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan
semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan
ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang
berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras
dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,
perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan
dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52
tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk
menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia
Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
3. Peranan Kerajaan
* Bersikap adill and saksama.
* Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga
dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang
erat sesama masyarakat berbilang kaum.
* Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum.
* Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.
4.Peranan Masyarakat
Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.
* Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal.
* Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau
kebangsaan.
* Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau
pemikiran.
* Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan
isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.
Kesimpulan
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia
umpama bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Aspirasi
1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk
keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara
aman, damai dan sejahtera
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benarbenar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana
ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai
maksud ayat tersebut.
Terda Pengenalan
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu
perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat
yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,
berasaskan persamaan hak dan keadilan
Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan
menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala
hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara
sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat
untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta
melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.
SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan
sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah
pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana
kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan
masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah
rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga
terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.
Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu
terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga
mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau
mengukuhkan sesuatu.
Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya
golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28
hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat
menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benarbenar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap
sebagai cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada
Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang
bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib.
Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan
Negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan
warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyatakan bahawa:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia.eg menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
sewajarnya.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan
melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di
mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing
sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti
merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah
perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan
yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.
Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.
Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku
sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.
Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh
yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari
hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang
sama untuk memperkasakan sekolah.
Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di
peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan
sekolah.
Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang
Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana
Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di
sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan,
pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsipprinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat
dan diperkukuhkan.
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah
bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan
menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina
perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan
seluruh rakyat Malaysia.
Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku
Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama
ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan
golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka
menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan
kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.
Acara kebudayaan dan kesenianPelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar,
kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan
mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.
Perkhemahan Bina Insan
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan
sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan
sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri,
kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang
dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat
maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat
kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh
warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang
diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk
perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.
Sistem Rumah
Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan
dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan
sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para
warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan
suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti
proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan
yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah
yang mempunyai semangat bersatu padu.
Kesimpulan
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak
1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara
yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih
untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana
masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk
kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan
pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk
mencapai perpaduan.
Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya
mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang
berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk
mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah
terpenting.
Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi
wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan
generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan
dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara,
semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling
utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan
sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik.
Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang
terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan
2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina
negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli
dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang
berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama
medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan
ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan
seterusnya memperkasakan
,"bulat air kerana pemb -Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi,
selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa
kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu,
pelbagai langkah dikenalpastikan untuk
merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang kita lama
harapkan.
-Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam
mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya, Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri
Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti
yang dinyatakan 'rakyat didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan
integrasi antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam
membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.
-Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-program yang berkaitan
dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang perkauman. Pihak berkenaan bolehlah
mengadakan pelbagai aktiviti seperti 'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya
memainkan peranan dalam memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran
boleh diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu diperihara sejak
kecil sekali.
-Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yang
berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran
kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada
perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal
sendiri dalam menjayakan perkara ini.
-Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa
perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum.
Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri sendiri. Pemikiran positif tentang
perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental.
Ibu bapa juga merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan
semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi.
-Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah negara merupakan unsur
pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan
semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan
perpaduan dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan Wawasan
2020.
ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam aktiviti
komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam
pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara
satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa
yang manakah ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.
Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa
sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari
perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan
kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan
perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan
saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat.
Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi
sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"!
Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun
Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di
kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan
melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan
"1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat
ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama
bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan
kerajaan untuk menjana pembangunan negara.
Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat
integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita.
Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan
keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah
pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan
sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.
Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan keharmonian,
Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini. Kerajaan telah sedar
akan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara.
Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil. Masyarakat yang
stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan sosial. Dengan kewujudan
persefahaman antara kaum, rakyat dapat bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira
kaum, ras dan agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga
dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat diperkembang dan taraf hidup
rakyat dapat dipertingkatkan.
Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh dari segi
kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang mementingkan prinsip
bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar. Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh
dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum
serta menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari
segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan
jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini,
negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni.
----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus
diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di
sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak
ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan
pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum
harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara
masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk
negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak
supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum
dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia.
"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'