You are on page 1of 6

Contoh Bahan Cemar Udara Dan Kesan Ke Atas Sistem Respirasi.

Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang merbahaya


yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan
pencemar udara ini memberi kesan besar kepada kita jika tiada langkah
penjagaan yang baik.
Antara bahan-bahan pencemar udara yang boleh membahayakan sistem
respirasi kita adalah:
1. Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya
adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan


merosakkan tisu otak

Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser


peparu

Karsinogen - agen penyebab kanser

Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang


menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh

Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan


pernafasan.

2. Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini
tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan
menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan
3. Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan
dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan
adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam
udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel,

merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti
emfisema.
4. Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap ekzos kenderaan,pembakaran terbuka dan
juga kebakaran hutan.Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat
halus,seperti habuk dan asap.
5. Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini
juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang
menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada
laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.
*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan
hujan asid
Kesimpulan
Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah
sewajarnya perlu di ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah
bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah
kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem
pernafasan.
RESPIRASI
RESPIRASI membekalkan oksigen kepada badan dan menyingkirkan
karbon dioksida. Ianya adalah proses di mana udara disedut dan
dihembus keluar oleh organisma hidup. Respirasi berlaku melalui peparu
dalam manusia.
Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang
kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan
ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak
mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat.
Berikut adalah 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem
respirasi manusia.
PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI
1. ASMA
Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga asap
industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas. Pernafasan yang
berbunyi kuat dan juga batuk.
2. BRONKITIS
Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan

bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah
batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.
3. EMFISEMA
Emfisima adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan
rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar
terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas,
sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.
4. KANSER PARU-PARU
Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab
kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang
berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.
AMALAN UNTUK MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH
Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu
mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada.
Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara
adalah dengan:
1)
2)
3)
4)
5)

Tidak melakukan pembakaran terbuka


Tidak merokok di tempat terbuka
Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
Mengurangkan penggunaan penghawa dingin
Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

CARA MEMPERBAIKI KUALITI UDARA


Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin untuk
mengamalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara
yang sihat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem
respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara
yang sihat adalah dengan:1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap


Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Gunakan petrol tanpa plumbum
Berkongsi kenderaan
Menggunakan pengangkutan awam
Tanam lebih banyak pokok
Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang

Lapan Kesan Utama Pencemaran Udara

KESAN PENCEMARAN UDARA


KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gasgas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan
oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga
menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paruparu.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh
menimbulkan inflamasi pada paru-paru.
Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan
menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia
adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN

Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan


seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan
pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan
mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau
mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara
yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan
tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada
pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada
permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat
daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga
merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh
menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang
terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di
bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini
disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid
nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak
ke tempat-tempat lain.
Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus
menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat
daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain
itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air
hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga
menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut
tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL

Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh


masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau.
Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu
bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi
panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian
alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini
menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh
jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan
kemalangan mudah berlaku
VIA Pencemaran

You might also like