You are on page 1of 5

O N.

aurL
Ruj.: KP.LP.003.06.18 Jld.g (15)

Mesyuarat Profesional KPM Btl.28l2014

Nombor: M038 12014


Salinan Bilangan

KERTAS MAKLUMAN DARIPADA


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS
MULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH

TUJUAN

Kertas makluman ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkan


kepada ahli mesyuarat tentang Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4
AIiran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah.

LATAR BELAKANG

2.

Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran


Sains/Teknikal: Sastera yang dipengeruslkan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada

5 November 2012 memutuskan

4Oo/o

murid lepasan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) disalur ke aliran sains secara automatik.

3.

Satu daripada 15 perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40


Aliran Sains/Teknikal: Sastera ialah 40o/o murid lepasan PMR disalur ke
aliran sains secara automatik oteh Lembaga peperiksaan (Lp)

PPPD

Akademik

Fogawat
,i#i{:rwd8!',ij{F

4.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Sesi


Khas 2013 pada 17 Disember 2013, LP telah membentangkan Kertas

Cadangan bertajuk Kelayakan Kemasukan Murid Lepasan Peringkat


Menengah Rendah Ke Aliran Sains di Peringkat Menengah Atas. Bagi

menyalurkan murid-murid

ke aliran sains/teknikal, LP

telah

mencadangkan ketetapan yang berikut.

Penyaluran ini mula dilaksanakan untuk kohort ringkatan 4


tahun 2015.

ii.

Murid lepasan pendidikan menengah rendah yang mendapat


kelulusan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran

sains dan Matematik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (pr3)


dalam PBS di peringkat menengah rendah.
iii.

Pencapaian akademik murid tersebut diperkukuhkan melalui


maklumat daripada Pentaksiran Psikometrik.

iv.

Penyaluran itu dinyatakan dalam satu senarai (roster) untuk


dipaparkan di papan kenyataan sekolah.

5.

LP membuat penambahbaikan dalam kertas cadangan tersebut


dan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1t2014
bertarikh 11 Februara 2014 memutuskan bahawa, penempatan murid
lepasan peringkat menengah rendah ke aliran sains di peringkat
menengah atas adalah pelajar yang telah mengambil pT3 dan
mendapat keputusan sekurang-kurangnya

mendapat Gred

dalam mata pelajaran sains dan

dalam mata pelajaran sains

Matematik;

atau

ii.

mendapat Gred

dan

Matematik serta berminat untuk belajar dalam aliran sains


(Pentaksiran Psikometrik)
;

atau

iii.

Kes Khas: Diperakukan untuk mengikuti aliran sains oleh


pengetua sekolah.

6.

Mesyuarat Penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4


Aliran Sains 2015 pada 14 oktober 2014 yang dipengerusikan

oleh Timbalan Ketua Pengarah pelajaran Malaysia (Dasar dan

Pembangunan Pendidikan) mencadangkan


penambahbaikan terhadap kriteria kemasukan murid

sains Tingkatan

supaya

ke

aliran
dibuat berdasarkan analisis keputusan pT3,

PMR 2012 dan PMR 2013.

PERKARA.PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

7.

LP telah membuat simulasi dan ingin memaklumkan bahawa


kriteria kemasukan murid Tingkatan 4 Aliran Sains mulai tahun 2O1S

berdasarkan PBS peringkat menengah rendah adalah seperti berikut.

semua murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred B


dalam mata pelajaran sains dan Matematik :digatakkan
mengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

Comment,[BL]:

Masukkan di
mesyuarat rnana diputuskan tentang
perkara iyri

il.

murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau CIC


dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat
sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran sekolah

bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat


untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik)
dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

il1.

Kes Khas

Murid yang mendapat gabungan Gred fuD, B/D atau C/D


dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat
sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah

bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat


untuk belajar dalam allran sains (Pentaksiran Psikometrik)
dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

iv.

Murid yang mendapat Gred

E dalam

mana-mana mata

pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti


aliran sains di Tingkatan 4.

8.

Antara asas pertimbangan yang telah diambil kira dalam

penetapan kriteria kemasukan Tingkatan

4 aliran sains adalah dalam

perekaan bentuk format instrumen Sains dan Matematik PT3, LP telah


mengambil kira tahap penguasaan murid supaya mampu meneruskan

pelajaran dalam aliran sains

jika

memperoleh gred seperti yang

ditetapkan.

9.

LP juga telah menggunakan analisis pencapaian calon yang


memperoleh sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik dalam PMR (rujuk Jadual 1 dalam Lampiran) dan

keputusan mata pelajaran Matematik Teras peringkat peperiksaan Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang sama (rujuk Jadual

2 dalam

Lampiran) untuk membuat unjuran kemampuan mereka mengikuti aliran


sains di peringkat menengah atas. Didapati bahawa 90% daripada calon

tersebut mampu mengikuti aliran sains di peringkat SPM iaitu dengan


memperoleh minimum Gred B untuk mata pelajaran Matematik Teras,

PENUTUP

10.

Ahli mesyuarat adalah dimohon untuk mengambil maklum tentang

penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan

4 Aliran Sains

Mulai

Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Peringkat Menengah Rendah dan seterusnya membuat perancangan
untuk merealisasikan nisbah 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera.

Lembaga Peperiksaan
Kemente rian P endidikan Malaysia

18 Disember 2014

You might also like