Professional Documents
Culture Documents
Penjelajahan & CT Barat
Penjelajahan & CT Barat
KANDUNGAN TEMA:
BAB 5 Penjelajahan dan Campur Tangan Barat Tema 2.1
BAB 6 Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Tema 2.2
BAB 7 Penentangan Terhadap Campur Tangan Barat Tema 2.3
BAB 8 Penerimaan dan Pengubahsuaian Tema 2.4
Getah asli
Kewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik memerlukan getah asli
yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut dawai elektrik. Kemunculan perusahaan
automobile dan ciptaan tayar angina getah telah menambahkan lagi permintaan untuk getah.
2.. Sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang
diperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Lantaran itu wujud
persaingan dalam menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menjamin
bekalan yang berterusan. Antara kuasa-kuasa Barat tersebut ialah Britain, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman.
Mengikut Richard Storry, kapal-kapal asing seperti dari Rusia, British dan Amerika yang tiba di perairan
Jepun apabila meminta sebarang bekalan, kadang-kadang tidak diberi. Anak-anak kapal yang singgah itu
disuruh beredar dari pelabuhan itu secepat mungkin. Kapal dari Rusia berada beberapa bulan di Nagasaki
cuba memujuk pihak berkuasa Jepun menerima utusan tetapi ditolak. Malah mereka diberitahu supaya
jangan lagi menghantar kapal-kapal ke negeri Jepun.
1.Zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 memperlihatkan kuasa-kuasa
Barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba
antara satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka.
2.Di samping itu, ada dua lagi kuasa Eropah baru yang cuba menjalankan dasar
imperialisme di Asia dan Afrika. Kuasa baru itu ialah Jerman dan Itali. Jerman yang
disatukan Otto Von Bismark dan Itali pula disatukan Camilio de Cavour mampu menjadi
pesaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Jerman misalnya sudah menjalin hubungan
perdagangan di Asia Tenggara melalui syarikat-syarikat Jerman dan orang perseorangan.
3.Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain menyebabkan kuasa-kuasa
tertentu tidak mengambil masa yang lama untuk campur tangan. Di Myanmar misalnya,
Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi melindungi
kepentingannya daripada ancaman British. Berikutan itu, beberapa utusan diplomatik
telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat.
4. British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemas
apabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang
berbaik-baik dengan kuasa Barat lain.
5. Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai
Myanmar Hulu. Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan
menakluki Myanmar Hulu.
6. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesame sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana
mereka menyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas. Orang British
dan Belanda sering menggunakan slogan beban orang putih untuk mendapatkan tanah
jajahan.
7.Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Oleh itu, timbul rasa
tanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera.
Perancis pula menggunakan slogan tugas menyebarkan tamadun yang bermaksud
mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang timur.
8. Kerajaan British di India telah mengilhakan wilayah Qudh dengan alasan untuk
menjaga kebajikan dan faedah-faedah yang dibawa oleh pemerintahan British ke atas
kawasan-kawasan yang menghadapi masalah penyelewengan pemerintah tempatan.
Faktor Agama
1.Salah satu aspek yang rapat dengan dasar imperialisme Barat ialah penyebaran agama
Kristian di kalangan penduduk Asia. Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama
Kristian ekoran kegiatan mubaligh Kristian Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau
keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama Kristian. Pada
masa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda membenarkan agama Kristian, Buddha
dan Confucius berkembang.
2.Pengganti baginda, Minh Mang mengamalkan dasar anti-Kristian. Sesiapa yang
menganut agama Kristian dihukum bunuh. Pengganti baginda pula, Maharaja Thieu Tri
3
telah meluluskan undang-undang yang membuang negeri bagi sesiapa yang menganut
3
Rancangan Membunuh
Pihak Perancis mengugut Thieu Tri supaya turun dari takhta. Baginda enggan melepaskan takhta dengan
alas an ingin meyambut angkatan Perancis di Tourane pada tahun 1847. Sebenarnya baginda merancang
menjemput wakil Perancis untuk menonton suatu pertunjukkan di istana dan kemudian membunuh mereka.
Setelah itu, baginda merancang untuk menyerang kapal Perancis. Oleh sebab Perancis menolak pelawaan
agama Kristian dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh serta paderi
Perancis akan dibuang ke dalam sungai atau laut. Petempatan orang Kristian dibakar dan
tanah mereka dirampas.
3. Di antara tahun 1851-1852, permusuhan antara Perancis dengan Vietnam semakin
kritikal sehingga Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard dihukum
bunuh. Kerajaan Vietnam seterusnya mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan
mubaligh-mubaligh Kristian dan memusnahkan gereja-gereja. Keadaan ini menyebabkan
Raja Perancis, Napoleon III berazam menakluk Vietnam. Akibatnya Tourane, Saigon dan
kemudiannya Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis.
Faktor Perhubungan dan Teknologi
1.Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan meningkatkan lagi keinginan
kuasa-kuasa Barat untuk mempercepatkan dasar imperialisme. Pembukaan Terusan Suez
pada tahun 1869 menyebabkan jarak antara barat dan Timur dapat dipendekkan dan masa
perjalanan dikurangkan. Oleh itu kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan
perdagangan antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan.4
2..Perkembangan perhubungan laut khususnya penciptaan kapal berkuasa wap
mendorong dan mempercepatkan imperialisme Barat di asia Tenggara. Kapal laut boleh
membawa muatan yang banyak, lebih selamat dan mempercepatkan perjalanan.
3. Selain itu ciptaan telegraf telah mempercepatkan lagi urusan perniagaan kerana
peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan
cepat.
5.3 Cara Kuasa Barat Campur Tangan
1. Secara umumnya terdapat tiga cara kuasa-kuasa Barat campur tangan di rantau Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Cara pertama ialah peperangan. Cara pertama ini
dapat dilihat di Myanmar, Vietnam, Indonesia, Vietnam, Filipina dan China.
Bagaimanapun peperangan yang tercetus mempunyai sebab-sebab yang berbeza antara
satu negara dengan negara yang lain.
2. Cara kedua ialah melalui perjanjian. Meskipun begitu, cara termaktubnya perjanjian
mempunyai persamaan dan perbezaan. Hal ini kerana di sesetengah negara, perjanjian
yang ditandatangani tidak melibatkan peperangan, sementara di negara-negara tertentu
perjanjian ditandatangani setelah berlakunya peperangan. Myanmar, China, Vietnam dan
Indonesia adalah contoh negara yang menandatangani perjanjian setelah berlakunya
peperangan.
baginda, Thieu Tri telah menyerang kapal Perancis. Angkatan Perancis bertindak menenggelamkan kapal
Vietnam sebelum meninggalkan Tourine.
4
Terusan Suez
Terusan Suez telah dibina oleh pihak Perancis yang diketuai oleh juruteranya yang bernama Ferdinand de
Lesseps. Selepas dibuka pada tahun 1869, British sangat berminat untuk menguasai terusan ini kerana
sebilangan besar kapalnya menggunakan terusan ini untuk pergi ke India, China dan Asia Tenggara yang
kaya dengan bahan mentah. Peluang untuk menguasai terusan ini terbuka apabila Gabenor Mesir, Khedif
dan salah seorang pemegang saham terusan ini hamper muflis. Khedif terpaksa menjual sahamnya
sebanyak 45 peratus dan kedua-dua pihak iaitu British dan Perancis mahu membeli saham tersebut.
Disraeli, Perdana Menteri Britain ketika itu meminjam modal daripada bank antarabangsa dan berjaya
membeli saham tersebut.
1839, pengaliran keluar wang perak bernilai 37.9 juta pound. Keadaan ini telah
menjejaskan ekonomi China. 7
4.Maharaja Tao Kuang pada tahun 1838 telah mengeluarkan perintah yang
mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu. Baginda mengawal rapi aktiviti
penyeludupan candu.
5.Kerajaan China melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton. Beliau
mengarahkan supaya candu tidak boleh dibawa masuk ke China. Saudagar asing
dikehendaki menandatangani surat akuan yang menyatakan mereka tidak akan
menjalankan perdagangan candu.
6. Candu hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan jumlah candu yang
diserahkan itu akan dibayar dengan teh bergantung kepada jumlah teh yang diserahkan.
Baqgaimanapun arahan tersebut tidak dihiraukan oleh Penguasa Perniagaan British di
Canton, Kapten Charles Elliot. Lin Tsu-hse bertindakbalas dengan mengarahkan tentera
mengawal kediaman saudagar asing dan memutuskan hubungan perdagangan dengan
pihak British. 8
7. Untuk memelihara keselamatan para pedagang Inggeris, Kapten Charles Elliot
menyerahkan lebih 20 000 peti candu. Seterusnya Pesuruhjaya canton itu meminta
saudagar-saudagar asing menandatangani akuan yang mereka tidak akan menjual candu
di China lagi.
8.Kapten Charles Elliot pula menuntut supaya pihak China membayar ganti rugi candu
yang dimusnahkan, tetapi tidak dilayan oleh pihak China.
9.Kedegilan kedua-dua pihak untuk memenuhi tuntutan masing-masing dirumitkan lagi
dengan pembunuhan rakyat China bernama Lin Wei Hsi oleh beberapa kelasi Inggeris
yang mabuk. Pihak berkuasa China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserah
kepada mereka tetapi Kapten Elliot menolak kerana tidak mahu peristiwa Kapal Lady
Hughes 9 dan peristiwa Terranova berulang kembali.
7
10. Peperangan tidak dapat dielakkan lagi dan pada awal November meletuslah Perang
Inggeris-China 1 atau Perang Candu. Peperangan yang bermula pada tahun 1839 itu
berakhir pada tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking dan selepas
itu kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842.
11. Antara syarat-syarat Perjanjian Nanking ialah
STPM 1998 K2/S8
i)Lima buah pelabuhan dibuka kepada rakyat dan saudagar British(Canton, Amoy,
Foochow, Ningpo dan Shanghai)
ii)China bersetuju membatalkan perniagaan antara saudagar asing dengan Co-hong.
Saudagar British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.
iii)Konsol British ditempatkan di lima pelabuhan itu untuk mengawal warganegara
British dan harta mereka.
iv)Hong Kong diserahkan kepada British.
v)Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi.
vi)Kerajaan China mengakui British setaraf dengan mereka.
vii)Kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan
cukai import pada kadar tiga peratus.
12.China tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Nanking. Masalah saudagar asing, candu,
perdagangan bebas tidak selesai. Tuntutan British untuk menyemak semula Perjanjian
Nanking disokong oleh Perancis dan Amerika Syarakat. Pada tahun 1844, China
menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat yang dinamakan Perjanjian WangHsia dan dalam tahun yang sama China menandatangani perjanjian dengan Perancis yang
dinamakan Perjanjian Whampoa.
13.Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan
pedalaman, luar dari Canton. Ramai juga rakyat China yang berjaya dikristiankan.
Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang yang berpegang kepada
kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme. Seorang mubaligh Perancis,
Kesan Konvensyen Peking jelas membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Peluang ini digunakan oleh
kuasa-kuasa Barat untuk terus menekan China. Melalui perjanjian yang dibuat dengan Rusia, China
kehilangan Semenanjung Siberia kepada Rusia. Penyebaran agama Kristian juga terus berlaku secara bebas
sehingga mencemari adapt resam dan kepercayaan masyarakat tempatan.
10
Byan. Chin Byan dikatakan telah mempunyai pangkalan tentera di kawasan Chittagong
dari telah melancarkan beberapa serangan ke atas Myanmar.
2.Tentera Myanmar cuba menangkapnya tetapi gagal. Untuk meyakinkan Myanmar,
pihak Inggeris juga melncarkan gerakan menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya.
Kegagalan tersebut menyebabkan Myanmar tidak puas hati dengan Inggeris dan
menambahkan lagi ketegangan hubungan Myanmar dengan pihak Inggeris.
Dasar campur tangan Myanmar di Manipur, Chachar, Assam dan Pulau Shahpuri.
1.Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal-ehwal Manipur, Chachar dan Assam.
Baginda membantu Manjit Singh menjadi Raja di Manipur setelah berjaya merampas
kuasa daripada abang-abangnya. Saudaranya yang kalah meminta bantuan British.
2.Pada hari pertabalan Raja Bagyidaw, cucu Bodawpaya sebagai pemerintah keeanam
Dinasti Konbaung, Raja Manipur tidak hadir dalam upacara tersebut. Alasan tersebut
telah digunakan oleh panglima tentera Myanmar, Maha Bandula untuk menyerang
Manipur.
3. Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Tentera
Myanmar memburunya sehingga ke Chachar. Keadaan ini memaksa pemerintah Chachar
lari ke Chittagong untuk mendapatkan bantuan Inggeris.
4. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan
tersebut iaitu Manipur, Chachar dan Assam.
5.Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. Sebuah kubu pertahanan telah didirikan di
pulau tersebut. Pada tahun 1823, Myanmar telah menyerang pulau itu. Pihak Inggeris
mendesak tentera Myanmar meninggalkan pulau itu
6. Sungguhpun Inggeris berjaya menguasai semula Pulau Shahpuri, namun apabila Maha
Bandula cuba menyerang Chittagong menyebabkan Inggeris mengisytiharkan perang ke
atas Myanmar pada bulan Mac 1824. Dengan itu bermulalah Perang Inggeris-Myanmar I.
7. Raja Bagyidaw akhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian
dengan pihak Inggeris. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo yang dimeterai
pada bulan Februari 1826. 12
8.Syarat-syarat perjanjian ini ialah:
i)Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan, Assam dan Tenasserim kepada
British.
ii)Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayah Assam, Jaintia, Chachar dan
Manipur.
iii)Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam.
iv)Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British sebanyak 10
juta rupi.
v)British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar.
vi)Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta.
vii)Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara Myanmar dengan
British.
9. Selepas perjanjian ini, British menguasai Hilir Burma.
12
11
12
membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Pagan Min melucutkan jawatan Maung Ok
tetapi enggan berunding tentang ganti rugi.
3.Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000 paun. British
mengisytiharkan perang pada tahun 1852.
4.Kesan Perang Inggeris-Myanmar II ini menyebabkan British berjaya menguasai
Arakan, Tenasserim dan Hilir Myanmar. Raja Myanmar hanya berkuasa di bahagian
Hulu Myanmar sahaja(Myanmar Utara).
5.British juga menguasai hutan kayu jati yang banyak hasilnya. British meneruskan usaha
untuk menguasai seluruh Myanmar. Myanmar pula cuba mempertahankan maruah dan
kedaulatannya.
Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886)
Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan
Isu kasut
1.Walaupun Mindon Minh melaksanakan pelbagai pembaharuan, namun baginda masih
berpegang kepada adat dan nilai-nilai tempatan. Antara tradisi yang masih dipegang kuat
oleh Mindon Minh ialah adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara.
2.Mindon Minh turut mengarahkan wakil-wakil Inggeris yang ingin mengadap baginda
menanggalkan kasut ketika memasuki istana. Peraturan tersebut dianggap menjatuhkan
maruah bagi pihak Inggeris.
3.Pentadbiran Inggeris di India mengarahkan supaya pegawai-pegawai Inggeris tidak
mematuhi peraturan berkenaan. Perkara tersebut membangkitkan kemarahan Raja
Mindon Minh dan baginda bertindak mengusir wakil Inggeris itu dan memutuskan
hubungan diplomatik dengan Inggeris. Peristiwa ini menjejaskan hubungan antara keduadua pihak.
Keengganan Inggeris memulangkan wilayah Myanmar
1.Raja Mindon Minh kuat berpegang kepada agama. Baginda juga sukakan kedamaian
dan bencikan peperangan. Oleh itu cuba berdiplomasi dalam hubungannya denga kuasakuasa Barat.
2. Pada peringkat awal, baginda berbaik-baik dengan pihak Inggeris dengan harapan agar
pihak Inggeris memulangkan semula wilayah-wilayah Myanmar khususnya wilayah Pegu
kepada Myanmar.
3.Kedegilan pihak Inggeris untuk berunding tentang isu tersebut menyebabkan Raja
Mindon bersikap dingin terhadap Inggeris. Baginda mula mengubah dasar luarnya
dengan menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis, Itali dan
Amerika Syarikat.
4.Oleh kerana tidak puas hati apabila pihak British tidak mengendahkan tuntutannya,
baginda menghantar wakilnya ke London (Kuliwun Mungyi) untuk berbincang dengan
Queen. Bagaimanapun wakilnya itu hanya dibawa berjumpa Setiausaha Luar Negeri
British. British juga tidak senang dengan sikap Raja Mindon yang membuat hubungan
dengan Perancis.
13
5. Lanjutan daripada itu, Raja Mindon telah menghantar utusan ke Paris untuk
menandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan senjata. Inggeris cukup marah dengan
tindakan baginda itu kerana jika Perancis membantu Myanmar, cita-cita Inggeris untuk
menguasai politik dan ekonomi Myanmar akan terjejas.
Perjanjian 1862, Myanmar berjanji menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa
ke Hilir Myanmar dan Irriwady. Myanmar juga memberi kebebasan kepada saudagar
British menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irriwady. Myanmar juga bersetuju
menempatkan seorang ejen British ditempatkan di Mandalay. British juga menuntut
bahawa dalam Perjanjian 1867, Raja Myanmar hanya boleh memonopoli batu permata,
kayu jati dan minyak. Bagaimanapun Raja Myanmar turut memonopoli perniagaan gula,
gading dan gandum.
Kekacauan politik dalaman Myanmar.
1.Raja Thibaw telah membunuh lebih 80 ahli keluarganya untuk mengelakkan cubaan
rampasan kuasa. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan British menjadikannya
sebagai alasan untuk menguasai Myanmar.
2.Kekacauan politik juga berlaku dan memburukkan lagi keadaaan di Myanmar.
Misalnya terdapat cubaan untuk merampas takhta kerajaan oleh Putera Byingun.
3.Golongan saudagar di Rangoon bimbang dengan keadaan tersebut dan mendesak pihak
Inggeris campur tangan dan menawan Myanmar Hulu. Pihak Inggeris juga mengambil
keputusan menutup pejabat Residen di Mandalay pada tahun 1879.
Hubungan Myanmar dengan Perancis
Raja Thibaw turut membuat hubungan dengan Perancis. Baginda menghantar wakilnya
ke Paris untuk menguruskan perjanjian perdagangan dengan Perancis.
2. Melalui perjanjian tersebut, Konsul Perancis dilantik di Mandalay. Syarikat Perancis
dibenarkan membuka bank dan membina landasan kereta api di Mandalay. Perancis juga
dibenarkan membina konsulnya di Mandalay.
3. Apa yang mengejutkan pihak Inggeris ialah pemerintah Myanmar telah memberi
kebenaran kepada Perancis untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan di Myanmar
seperti perkhidmatan pos, mengendalikan kapal-kapal wap dan mengambil alih monopoli
diraja.
4.Sesungguhnya hubungan baik Raja Thibaw dengan Perancis telah merenggangkan lagi
hubungan Inggeris dan Myanmar.
Isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma
1.. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dimiliki oleh Inggeris. Syarikat ini diberi
konsesi menjalankan operasi pembalakan dan perdagangan kayu jati di Myanmar.
2. Raja Thibaw mendakwa syarikat ini mengambil kayu jati melebihi peruntukan yang
diberikan dan menjalankan operasi di luar kawasan yang ditetapkan.Syarikat ini juga
didakwa memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada
pekerja Myanmar.
3.Syarikat ini dibicarakan oleh Hlutdaw dan didapati bersalah. Syarikat ini dikenakan
membayar denda sebanyak 23 juta rupee kepada Raja Thibaw dan merampas hak
pembalakan. 13
13
Ratu Suyalat
14
4.Syarikat tersebut membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya Raja Thibaw
mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Permintaan itu tidak
dilayan oleh Raja Thibaw.
5.Pada Oktober 1885, pihak Inggeris memberi arahan kepada Raja Thibaw iaitu
Raja Myanmar perlu mencari orang tengah untuk menyelesaikan masalah Syarikat
Perdagangan Bombay-Burma dan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh British pada
masa akan datang.
6. Raja Thibaw diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjawab arahan atau
permintaan tersebut. Sementara itu pihak British menghantar kira-kira 10 000 tentera dan
memberi amaran kepada Raja Thibaw sekiranya jawapan yang diberikan kepada baginda
tidak memuaskan.
7.Raja Thibaw mengemukakan jawapan seperti berikut:
i) Baginda bersetuju membatalkan denda yang dikenakan kepada Syarikat Perdagangan
Bombay-Burma sekiranya ada rayuan.
ii) Myanmar juga bersetuju menerima wakil British dan ditempatkan di ibu kota
Myanmar tetapi dasar luar Myanmar dikendalikan oleh Myanmar..
iii) Myanmar mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain.
iv)Semua kuasa Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama.
8.British tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan pada November 1885 British
menyerang Myanmar. Setelah bertempur selama dua minggu, tentera British berjaya
menguasai Myanmar Hulu. 14
9.Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan mangkat di sana pada tahun
1905. Dengan itu berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung yang memerintah selama
130 tahun.
10. Myanmar menjadi tanah jajahan British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun
1948..
VIETNAM
1.Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam. Maharaja
Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. Baginda telah menerima
kemasukan agama Kristian di Vietnam. Dikatakan pada tahun 1800, lebih 300 000
penduduk Vietnam menganut agama Kristian.
2.Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan PerancisVietnam. Penggantinya, Minh Mang bersikap anti-Barat. Baginda juga berpegang teguh
kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Dasarnya bercanggah dengan
dasar ayahanda, Maharaja Gia Long.
Raja Thibaw sering dipengaruhi oleh permaisurinya Ratu Supayalat dalam setiap tindakan baginda. Ratu
tersebut telah mengarahkan baginda menyingkirkan ramai menterinya, memenjara dan membunuh kerabat
diraja yang boleh mendatangkan masalah kepada baginda. Ratu ini mempengaruhi Thibaw supaya melantik
saudara maranya serta tokoh-tokoh yang disukainya memegang jawatan-jawatan penting dengan
membelakangkan kerabat diraja Myanmar.
14
Kesan Perjanjian Inggeris-Myanmar III
a) Seluruh Myanmar jatuh ke tangan British
b) Myanmar dijadikan wilayah India
c) Berakhirnya pemerintahan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752
15
16
ii)Vietnam bersetuju menarik balik tenteranya di wilayah Tongking dan ini bermakna
seluruh Vietnam berada di bawah kuasa Perancis. 15
INDONESIA
1.Perang Napoleon yang berlangsung di Eropah pada tahun 1793 di Eropah memaksa
Belanda menyerahkan empayar mereka di Hindia Timur kepada British. Melalui
Perjanjian Surat-Surat Kew yang ditandatangani anatara kedua-dua pihak, British
dikehendaki memerintah buat sementara waktu dan menyerahkan kembali wilayahwilayah berkenaan apabila Perang Napoleon tamat.
2. Sebaik sahaja Perang Napoleon tamat pada tahun 1816, Belanda kembali ke Hindia
Timur dan bermulalah campur tangan di Indonesia.
3.Perluasan kuasa Belanda bermula pada abad ke-19 di Sumatera. Belanda ingin
menguasai hasil bijih timah dan lada. Kerajaan Palembang di bawah Sultan Badaruddin
melancarkan serangan ke atas 87 orang Belanda dan 27 orang daripadanya terbunuh dan
markas mereka dirobohkan.
2.Palembang juga menghadapi saingan dengan British. British menyerang Palembang
pada tahun 1812. British melantik adik Sultan Badaruddin sebagai sultan. Sultan
Badaruddin menyerah diri dan ditabalkan semula sebagai sultan.
3.Bagaimanapun selepas itu Sultan Najmuddin diiktiraf sebagai Sultan Persaingan terus
berlaku antara kedua-dua saudara itu dan akhirnya angkatan Belanda datang ke
Palembang 1818 menahan Sultan Najmuddin dan dibuang negeri ke Betawi.
4. Perluasan kuasa Belanda di Sumatera dilakukan berperingkat-peringkat kerana mereka
mengamalkan dasar yang lebih berhati-hati yang berpandukan Perjanjian InggerisBelanda 1824.
5.Untuk melindungi kepentingan dan kedudukan mereka, Belanda terpaksa mematahkan
kegiatan lanun pemerintah-pemerintah yang masih mempunyai hubungan dengan pihak
British.
6.Sultan Siak misalnya telah meminta bantuan seorang pedagang British yang bernama
Wilson apabila diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya menumpaskan musuh Sultan
Siak itu. Namun Wilson kemudiannya merampas Siak untuk dirinya.
7. Tindakan Wilson membimbangkan pihak Belanda. Belanda mengusir Wilson.
Akhirnya Belanda menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Siak yang
menghendaki Sultak Siak meletakkan Siak dan tanah jajahannya di bawah pengaruh
Belanda.
8. Perjanjian Sumatera 1871 ditandatangani antara British dan Belanda yang memberi
kebebasan kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya di seluruh Sumatera.
9.Kedudukan Belanda di Indonesia semakin kukh selepas kemenangannya dalam Perang
Jawa (1825-1830). Belanda ketika itu menghadapi krisis kewangan yang serius. Hal ini
15
Peperangan di Filipina.
-Sepanyol menguasai Filipina sejak abad ke-16 lagi. Penguasaan Filipina berterusan sehingga tahun 1898.apabila
dikalahkan oleh USA. USA menguasai Filipina melalui peperangan. Peperangan yang berlaku adalah antara tentera
Sepanyol dan USA. Peperangan ini dikaitkan dengan letupan kapal USA yang bernama Maine, yang disyaki dilakukan
oleh pihak Sepanyol. Angkatan USA menyerang Sepanyol di Filipina Oleh kerana tentangan yang hebat daripada
Sepanyol, USA dikatakan meminta bantuan pemimpin tempatan iaitu Aguinaldo. Akhirnya Sepanyol mengaku kalah
pada tahun 1898.
17
disebabkan terpaksa menanggung hutang perangnya yang tinggi dalam Perang Napoleon
dan Perang Jawa.
10. Untuk tujuan itu, Belanda telah memperkenalkan tiga dasar ekonomi di Indonesia
iaitu Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika.16
B Campur Tangan Tanpa Peperangan (Perjanjian)
JEPUN
1.Seperti negara-negara Barat lain, USA mempunyai banyak kepentingan dengan Jepun
terutamanya dari segi ekonomi. Aktiviti penangkapan ikan paus semakin berkembang
pesat. Anak kapal USA sering terkandas di pinggir laut Jepun telah dilayan dengan
buruk. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelaut USA.
2. Di samping itu, perdagangan antara USA dan China semakin maju. Sehubungan itu,
kapal-kapal USA memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan yang sesuai untuk
mendapatkan bekalan air, arang batu dan membaiki kapal. 17
3.Atas alasan di atas ini, USA berhasrat menjalin hubungan dengan Jepun.
Pada tahun 1853, angkatan USA di bawah Komoder Perry menghampiri Nagakasi dan
memberi kata dua kepada Shogun supaya membuka perdagangan kepada kuasa luar.
Beliau akan datang lagi dengan angkatan yang lebih besar pada tahun hadapan .
4. Pada tahun 1854, Perry datang semula. Jepun di bawah pemerintahan Shogun
Tokugawa tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur dengan kehendak USA.
Pada bulan Mac 1854, termeterailah Perjanjian Kanagawa. 18 STPM 1998 K2/S8
5. Syarat-syarat perjanjian adalah seperti berikut
i) Jepun akan memberi bantuan dan bekalan kepada kelasi serta kapal USA yang
terkandas.
ii)) Dua buah pelabuhan akan dibuka iaitu Shimoda dan Hakodate kepada kapal-kapal
USA mendapatkan bekalan dan berdagang.
iii) USA diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda.
iv) USA diberi layanan most favoured nation
6. Perjanjian Kanagawa telah merintis hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat lain.
Jepun kemudiannya membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti British(1854),
Rusia(1855) dan Belanda(1856). Syarat utama dalam perjanjian tersebut ialah:
i) Kebenaran mendapatkan bekalan di pelabuhan Shimoda, Hakodate dan Nagasaki.
16
Penguasaan Perancis di Laos berlaku melalui peperangan. Namun peperangan berlaku bukannya dengan Perancis
sebaliknya antara Siam dan Perancis. Laos mengakui pertuanan Siam dan menghantar ufti ke Siam. Perancis tidak
menyenanginya. Perancis meminta Laos menghantar ufti kepadanya. Laos meminta bantuan Siam, Siam berjaya
dikalahkan. Siam menyerahkan Laos kepada Perancis.
17
18
Mongkut dan Chulalongkorn mengamalkan dasar tolak-ansur terhadap kuasa-kuasa Barat. Tolak-ansur
yang dapat disesuaikan dengan kehendak dan tuntutan ekonomi yang diminati oleh kuasa Barat. Meskipun
dasar seperti ini sekali pandang menggambarkan kelemahan pemerintah tetapi dasar tersebut terbukti
banyak menguntungkan Siam dari segi maruah. Siam tidak menggadai kedaulatan negaranya dan tetap
menjadi sebuah negara yang merdeka.
19
1. Wilayah Brunei iaitu Sarawak diduduki oleh James Brooke, rakyat British. Brooke
mendapat Sarawak setelah terlibat dalam membantu Pangeran Muda Hashim dalam
mengatasi kekacauan yang disebabkan oleh penentangan penduduk tempatan terhadap
pemerintahan Pangeran Indera Mahkota.
2.Pangeran Muda Hashim menyerahkan Sarawak kepada James Brooke melalui
perjanjian pada tahun 1841. James Brooke kemudiannya mengembangkan pengaruh dan
menguasai daerah Brunei di Sarawak.
3.Kegiatan James Brooke telah mengancam kedudukan dan keselamatan Brunei. Justeru
Brunei menandatangani perjanjian dengan British 1847 untuk mendapat perlindungan.
Pada tahun 1888 sekali lagi Brunei menandatangani perjanjian dengan British.
4.Syarat-syarat perjanjian:
i)Brunei akan terus diperintah oleh sultan dan penggantinya sebagai negeri yang
merdeka, di bawah perlindungan Great Britain.
ii).Sekiranya ada sebarang persoalan tentang hak mewarisi takhta Brunei, persoalan itu
hendaklah diputuskan oleh baginda Queen.
iii) Hubungan Brunei dengan semua negeri asing akan diputuskan oleh kerajaan Baginda
Queen.
iv)Kerajaan baginda Queen berhak menempatkan pegawai-pegawai Konsul British di
sebarang tempat di Brunei.
v)Penyerahan sebarang bahagian wilayah Brunei mestilah dipersetujui oleh kerajaan
Queen.
vi)Pengadilan awam dan jenayah terhadap rakyat British atau harta benda mereka dalam
Brunei adalah terserah kepada Baginda Queen.
20
wilayah mereka dan melepaskan hak mereka untuk membuat mata wang sendiri. Hanya
mata wang Inggeris diakui sah.
5. Amir-amir menjadi marah dan menyerang pihak British. Mereka ditewaskan dan Sind
diletakkan di bawah pentadbiran British.
6.Ellenborough juga mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua
puak Maratha yang digeruni iaitu Daulat Rao Sindhia.
7. Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk mengilhakan lebih banyak wilayah-wilayah
di India. Beliau menggunakan tiga cara. cara pertama ialah menakluk Punjab. Beliau
mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat.
Akhirnya Punjab diilhakan.
8. Cara kedua yang dilakukan oleh Dalhousie ialah melalui Undang-undang Lesap
Waris(Doctrine of Lapse). Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak
meninggalkan waris keturunannya selepas kemangkatan mereka, secara automatic negeri
itu akan jatuh kepada pihak British.
9.Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi dan
Tanjore.
10.Cara ketiga ialah melalui kebaikan untuk diperintah. Cara ini dilakukan atas alasan
berlakunya penganiayaan, kezaliman dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri.
Pentadbiran Qudh dikuasai Nawab Khan. Qudh berada dalam huru-hara dan amalan
rasuah berleluasa. Lord Dalhousie kemudiannya menggunakan cara ketiga ini untuk
mengilhakan Qudh. 20
KAMPUCHEA ( KEMBOJA)
1.Vietnam dan Siam sering bersaing untuk menguasai Kemboja pada abad ke-19.
Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Siam untuk mengekalkan
kedaulatannya.
2.Bagi menghalang pengaruh British dan Siam, Perancis berusaha menguasai Kemboja
bagi dijadikan negeri penampan.
3.Perancis turut campur tangan di Kemboja akibat berlaku masalah perebutan takhta
kerajaan semasa pemerintahan Raja Norodom. Penglibatan pihak Perancis telah di bantah
oleh Siam.
4.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Siam. Perjanjian ini
membolehkan Kemboja menjadi negeri naungan Perancis kesan daripada Siam menarik
tuntutan ke atas Kemboja. Keadaan ini menamatkan persaingan antara Perancis dan Siam
dalam soala Kemboja. Sebagai balasan, kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siem
Reap diakui British.
5.Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom pada tahun 1862. Baginda telah
diminta untuk membayar ufti kepada Perancis dan bukan kepada Vietnam.
20
Lord Dalhousie telah menawarkan satu perjanjian baru kepada Nawab. Mengikut perjanjian tersebut,
Syarikat Hindia Timur Inggeris akan mengambil alih kerajaan Qudh manakala Nawab dibenarkan
mengekalkan gelarannya dan dibayar 15 000 000 rupi. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian
tersebut, Lord Dalhousie mengambil keputusan untuk mengilhakan Qudh atas alas an penyelewengan dan
penyalahtadbiran tempatan.
21
6. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja Norodom dengan Perancis pada tahun
1863 selepas dipaksa oleh pihak Perancis. Perjanjian ini ialah untuk menghentikan
penghantaran ufti ke Vietnam dan Siam.
Rumusan
Kuasa Barat meminati benua Asia atas faktor ekonomi walaupun terdapat sebab-sebab
politik dan agama. Demi mencapai matlamat ekonomi, kuasa-kuasa Barat sanggup
melakukan apa saja yang termampu termasuk kehilangan nyawa. Tiga cara mereka
lakukan untuk menguasai negara-negara berdaulat di Asia iaitu cara peperangan,
perjanjian dan pengilhakan. Di negara Thai, walaupun British campur tangan melalui
Perjanjian Bowring tetapi tidak diakhiri dengan penjajahan kerana kebijaksanaan
pemerintah Thai yang rela menerima Barat sebelum Barat menggunakan kekerasan.
Jepun juga bernasib baik kerana tidak banyak karenah kepada Barat.
Biarpun begitu, campur tangan Barat telah memulakan gerakan untuk membebaskan
tanah air khususnya untuk memerdekakan negara masing-masing ataupun pemodenan
seperti yang berlaku di Thailand dan Jepun.
Soalan latihan
1.Sejauh manakah masalah candu menjadi faktor utama yang mencetuskan Perang Candu
1839-1842?. Bincangkan.
2. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi dorongan utama penglibatan British di China
dan Myanmar? Bincangkan.
3.Bincangkan cara perjanjian yang digunakan untuk menguasai China dan Jepun oleh
kuasa-kuasa Barat.
4.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa Barat campur tangan di
Indonesia dan Vietnam.
5. Bincangkan penglibatan pihak Inggeris di India pada abad ke-19.
6.Bandingkan kejayaan campur tangan Inggeris di China dan Myanmar sehingga
penghujung abad ke-19.
22
Tema 2.2
BAB 6 Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat.
HURAIAN
Mengetahui latar belakang kemasukan
masyarakat Cina dan India ke Asia
Tenggara
Menghuraikan struktur masyarakat di Asia
Tenggara selepas kemasukan orang India
dan China ke negera-negara berkenaan
23
24
10.Kedatangan imigran ke Asia Tenggara telah melahirkan satu bentuk masyarakat baru.
Mereka mengamalkan adat, budaya, pekerjaan yang berbeza berbanding masyarakat
tempatan. Keadaan ini mewujudkan masyarakat majmuk. 21
11.Masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri hidup secara berkelompok berdasarkan
bangsa, kurang berinteraksi dengan kaum lain, mengekalkan identiti budaya asal serta
menceburi bidang ekonomi tertentu.
12.Di Indonesia dan Thailand, negara berkenaan telah menjalankan dasar
mengsiamkan dan mengindonesiakan orang Cina yang telah menyerapkan tradisi dan
budaya tempatan dengan mengamalkan cara hidup tempatan dan menggunakan namanama tempatan.
6.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara
Pembentukan Masyarakat Myanmar
1.Ketika penjajahan British, kemasukan secara beramai-ramai orang India dan Cina
berlaku di Myanmar akibat peraturan kemasukan yang longgar ke Mynamar. Dari tahun
1834 hingga 1937, lebih 30 juta orang India berhijrah dan dari segi geografinya,
Myanmar telah menjadi sasaran golongan imigran ini.
2.Keadaan ini semakin mudah apabila pentadbiran Myanmar telah disatukan dengan
pentadbiran India. Kemasukan imigran India ke Myanmar mengurangkan kesengsaraan
di India dan menawarkan tenaga buruh yang akan membawa pembangunan Myanmar
berjalan dengan lancar. Tumpuan ruang pekerjaan adalah dalam sektor pertanian,
perusahaan dan perburuhan.
3.Malah pihak British memberi subsidi perjalanan kepada sesiapa yang ingin bekerja di
Myanmar. British juga membawa sebilangan orang India untuk membantu mereka dalam
bidang pentadbiran.
4.Oleh kerana orang India boleh menguasai bahasa Inggeris dan biasa dengan
pentadbiran Inggeris, pekerja India lebih murah dan menguntungkan untuk bekerja dalam
sektor-sektor perkhidmatan, pendidikan dan perubatan. Malah orang India telah
mendominasi pekerjaan dalam bidang perubatan dan keadaan ini telah menyebabkan
peluang penduduk tempatan untuk membabitkan diri dalam bidang ini tersekat.
5.Kemasukan orang India ke Myanmar sangat ketara dalam sektor penanaman padi
secara komersial. Keluasan tanaman padi telah meningkat dari enam juta ekar kepada
lapan juta ekar pada awal abad ke-20. Kadar kemasukan buruh India ialah 15 000 orang
setahun. Menjelang tahun 1900, jumlah buruh India di Myanmar ialah 250 000 orang
manakala dalam tahun 1927 mencecah angka 430 000 orang. 22
6.Kemasukan orang India ke Myanmar melalui beberapa cara. Cara pertama ialah melalui
syarikat-syarikat persendirian. Kedua melalui kerajaan dan ketiga secara persendirian.
21
Masyarakat Majmuk
Mengikut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk merupakan pembentukan sebuah masyarakat yang terdiri
daripada pelbagi kumpulan etnik dan kaum yang tinggal di bawah satu unit politik yang sama. Akan tetapi
mereka hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu disebabkan oleh amalan kebudayaan dan agama
yang berbeza.
22
Jumlah kemasukan orang India ke Myanmar
1901-1905 = 179 800 orang
1921-1925 = 367 100 orang
1926-1930 = 405 000 orang
25
7.Masalah timbul apabila orang India menceburkan diri dalam bidang pertanian yang
sebelum ini dikuasai oleh orang Myanmar. Keadaan semakin meruncing apabila orang
Myanmar melibatkan diri dalam perindustrian dan perkhidmatan awam yang akhirnya
membawa kepada ketegangan antara kaum pada tahun 1920-an.
8. Penduduk tempatan dikatakan tidak mampu menyaingi orang India dan keadaan ini
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
i) Orang India biasa hidup susah dan taraf hidup yang rendah menyebabkan mereka
sanggup menerima gaji yang rendah. Jadi pengusaha memilih buruh dari India.
ii) Kebanyakan pengusaha terdiri daripada orang India termasuk golongan chettiar.
Mereka bersedia memberi pinjaman wang kepada para petani dan menjadikan tanah
sebagai cagaran.
9. Pada tahun 1930-an, golongan chettiar telah memberikan dua pertiga pinjaman kepada
para petani di Hilir Myanmar. Pergaduhan sengit berlaku di Rangoon hingga membawa
jumlah kematian yang besar kepada kedua-dua kaum. 23
10. Proses kemasukan orang India ke Myanmar berkurangan pada tahun 1930-an apabila
golongan nasionalis Myanmar menuntut peranan dan hak ekonomi serta politik penduduk
tempatan.
11.Sehingga serangan Jepun ke Myanmar, ramai orang India melarikan diri dari
Myanmar dan balik ke India. Sebilangan kecil sahaja yang masih kekal.
12.Orang Cina juga datang ke Myanmar. Meskipun jumlahnya kecil iaitu di sekitar 200
000 orang yang berada di Myanmar pada tahun 1931. Kedatangan orang Cina berlaku di
bahagian utara iaitu kawasan yang bersempadan dengan China.
13.Orang Cina terbabit dalam aktiviti perdagangan, perindustrian serta perlombongan.
Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti utama. Berbanding dengan orang India, orang
Cina tidak dimusuhi orang Myanmar kerana orang Cina menganut agama Buddha
sebagaimana kebanyakan orang Myanmar.
23
Pergaduhan
Kemuncak kegelisahan orang Myanmar terhadap ceti-ceti India ini ialah tercetusnya Pemberontakan Saya
San (1930-1931) yang bertujuan mendapatkan semula tanah-tanah mereka daripada golongan ceti.
26
4.Selain itu Negara Thai juga dikatakan memberi upah yang paling tinggi berbanding
dengan negara lain. Dasar kerajaan Dinasti Chakri sendiri yang menggalakkan orang
Cina menetap di Negara Thai dan wujudnya hubungan perdagangan yang erat antara
Bangkok dan Canton telah membantu kepesatan kemasukan orang Cina.
5.Faktor fizikal seperti halangan perjalanan yang jauh, kehidupan yang belum menentu
menjadi faktor penting kaum wanita tidak dibawa bersama dalam perjalanan ke luar
negeri. Hal ini berlaku kerana orang Cina hanya mahu mencari keuntungan dan
penghijrahan mereka adalah berbentuk sementara.
6.Kekurangan kaum wanita Cina di Negara Thai menyebabkan kaum lelaki Cina
memilih wanita tempatan sebagai isteri mereka dan lahirlah golongan lukchin yang
berjumlah kira-kira 80 000 orang pada tahun 1820-an.
7.Sejajar dengan pembabitan orang Cina dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan,
tumpuan kependudukan mereka ialah di kawasan bandar. Bangkok menjadi tumpuan
mereka di samping bandar-bandar lain seperti Sukhotai dan Korat.
8.Orang Cina juga bertumpu di kawasan utara iaitu Chiengmai, seiring dengan
perkembangan sistem pengangkutan terutama jalan raya dan jalan kereta api yang
menghubungkan bandar ini dengan bahagian selatan Thailand.
9.Terdapat empat suku kaum Cina utama yang berhijrah ke Thailand iaitu Hokkien,
Hakka, Teochew dan Kantonis. Pada mulanya orang Hokkien dan Kantonis lebih
dominan di Thailand tetapi selepas pertengahan abad ke-18 hingga 1930-an orang
Teochew lebih dominan dan mereka terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan dan
perdagangan beras. Mereka menjadi pengimport dan pengeksport beras dan pengilang
padi. Golongan ini mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja Thai terutama
mempunyai hubungan baik dengan Phya Taksin, malah beliau telah memusatkan orang
Teochew dari Thonburi ke Bangkok.
10.Orang Hokkien terbabit dalam perlombongan bijih timah manakala kelompok
Kantonis terlibat dalam sektor profesional termasuklah pengurusan dan kejuruteraan.
Berdasarkan sumbangan ini, orang Cina dikatakan menjadi penggerak ekonomi Thai..
11.Orang Cina menerima banyak keistimewaan di Negara Thai. Sehingga awal abad ke20, mereka dibenarkan bergerak bebas tanpa sebarang sekatan imigresen.Mereka
dikecualikan daripada kerahan buruh dan cukai kepala. Mereka juga dibenarkan
membuka tanah dan memiliki kawasan perlombongan, malah mereka sebenarnya
memonopoli perdagangan diraja..
12.Seiring dengan kedatangan orang Barat pada pertengahan abad ke-19, orang Cina
memperoleh pula monopoli judi, arak, penjualan candu dan loteri. Kebebasan yang
dimiliki oleh orang Cina bukan sahaja kesan daripada dasar perlindungan diraja yang
diberikan oleh Mongkut dan Chulalongkorn, tetapi juga kerana persepsi masyarakat Thai
terhadap orang Cina tidaklah seperti persepsi mereka terhadap orang Eropah.
13.Hal ini berlaku kerana orang Cina mudah menyesuaikan diri dengan keadaan
tempatan. Mereka juga merupakan penganut agama yang sama iaitu agama Buddha,
meskipun mazhab yang berbeza. Terdapat juga di kalangan kerabat diraja yang
berkahwin dengan orang Cina seperti Raja Vajiravuth yang berdarah Cina dari sebalah
ibunya.
14.Masyarakat Cina menjalankan kehidupan meraka secara terpisah daripada masyarakat
tempatan. Mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka tersendiri. Sistem
27
pendidikan adalah seperti yang diamalkan di Negara China yang menjadikan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar.
15. Sekolah-sekolah ini didirikan hasil daripada derma saudagar-saudagar Cina yang
kaya. Pada tahun 1937-1939, terdapat 197 sekolah rendah Cina dan 20 sekolah menengah
Cina. Bagaimanapun selepas itu perkembangan sekolah Cina mula merosot kerana
masyarakat tempatan kurang senang dengan perkembangan pesat sistem pendidikan Cina.
16.Pada tahun 1940, terdapat hanya enam buah sekolah rendah Cina dan dua buah
sekolah menengah Cina. Selepas Perang Dunia Kedua, semua sekolah Cina ditamatkan
operasinya dan diganti dengan sekolah kerajaan.
17.Sikap dan persepsi orang tempatan terhadap orang Cina mula berubah pada abad ke20. Mereka melihat penguasaan ekonomi orang Cina telah menyebabkan penduduk
tempatan kekurangan peluang untuk mengumpul kekayaan di negara mereka sendiri.
24
Keadaan ini timbul pada masa pemerintahan Raja Vajiravuth. Isu penguasaan orang
Cina dikaitkan sebagai salah satu faktor yang menyemarakkan semangat nasionalisme
Thai. 18.Akta Kewarganegaraan diwujudkan dan dipraktikkan pada tahun 1913. Begitu
juga dengan kawalan terhadap kemasukan orang Cina juga telah dilakukan pada tahun
1926-1927 dan diperketatkan pada tahun 1930. Phibun Songram berusaha menjalankan
dasar anti-Cina dan cuba mengsiamkan orang Cina di Negara Thai.
19.Beberapa peraturan dikenakan seperti pendaftaran perusahaan Cina, buku akaun
dalam bahasa Thai, penetapan syarat hak milik dan nisbah pekerja. Orang Cina juga
didesak menggunakan nama Thai dan bertutur dalam bahasa Thai. Dasar Siamization ini
berjaya melahirkan rakyat Thai yang kekal hingga hari ini.
Pembentukan Masyarakat Indonesia
1. Jumlah penduduk Cina meningkat dengan ketara pada pertengahan abad ke-19 dan
mencecah angka 1.25 juta pada tahun 1930. Secara purata, penghijrahan orang Cina ke
Indonesia ialah 40 000 setahun dari tahun 1920 hingga 1930.Perubahan secara mendadak
ini berlaku kerana dasar Belanda yang memerlukan tenaga buruh bekerja dalam sektor
perladangan dan perlombongan.
2.Penghijrahan mereka ke Indonesia disebabkan kekacauan politik yang berlaku di
Negara China seperti penghapusan golongan taat setia kepada kerajaan Ming oleh
Kerajaan Manchu.
3.Untuk menjaga kebajikan orang Cina khususnya di kawasan ladang, diwujudkan
jawatan Inspektor Buruh bagi mengelakkan penganiayaan ke atas buruh ladang.
Penghijrahan ramai orang Cina ke Indonesia membimbangkan penduduk Indonesia.
4.Pada tahun 1932, terdapat usul yang dibawa ke Volksraad untuk menaikkan yuran
kemasukan orang Cina ke Indonesia dari 50-100 florin kepada 250 florin. Usul ini
ditentang oleh orang Cina dan mengancam akan memboikot eksport gula Jawa ke China.
Usul ini terpaksa ditolak.
5.Golongan China di Indonesia dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Singkeh
(tetamu baru) yang disebut Cina Totok oleh penduduk tempatan.Golongan ini tinggal di
kawasn luar bandar. Golongan kedua dikenali sebagai Cina Peranakan. Mereka
merupakan penduduk Cina awal yang datang ke Indonesia dan telah terdedah kepada
24
Pada tahun 1941, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada penduduk Negara Thai adalah terdiri daripada
kaum Cina.70 peratus daripada orang Cina terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Mereka juga
menguasai 80 peratus dalam perusahaan beras negara.
28
7.Mereka juga bebas bergerak ke kawasan pedalaman dan menetap di hampir semua
bandar utama di Indonesia. 25
8.Pihak Belanda cuba menghapuskan monopoli orang Cina dalam bidang perniagaan. Hal
ini berlaku kerana kritikan daripada penduduk tempatan. Kerajaan Belanda mula
mengambil alih peranan orang Cina dalam bidang perniagaan dan mengharamkan
penanaman candu.
9.Kerajaan juga cuba memiliki kedai pajak gadai. Orang Cina dipandang sebagai
merbahaya dalam bidang ekonomi. Ketua-ketua orang Cina yang kaya dilantik sebagai
mewakili orang Cina dan gelaran tentera diberikan kepada mereka seperti major, kapten
dan leftenan. Mereka diarah untuk menjaga keamanan dan kemakmuran di kawasan
orang Cina.
10.Dalam bidang pendidikan, perkembangannya tidaklah menggalakkan seperti di
Thailand. Pada peringkat awal pendidikan Cina adalah pada tahap yang rendah dan tidak
mendapat bantuan kerajaan. Biasanya kanak-kanak Cina mendapat pendidikan di sekolah
rendah penduduk tempatan. Menjelang awal abad ke-20 hanya terdapat sebuah sahaja
sekolah rendah Cina. Pada tahun 1908 sekolah Cina-Belanda ditubuhkan dengan bahasa
Belanda sebagai bahasa pengantar.
11.Masyarakat Cina di Indonesia kebanyakannya kaya daripada masyarakat peribumi. Di
Jawa, kebanyakan orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan, pertanian dan
perlombongan
12.Hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan dan pihak Belanda tidaklah
begitu baik. Hal ini berlaku kerana penduduk tempatan menganggap orang Cina memeras
dan mengeksploitasi mereka. Orang Belanda pula menganggap orang Cina tidak
menjalankan perniagaan dengan jujur dengan pedagang Eropah. Orang Cina juga dituduh
memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan.
13.Kebangkitan anti-Cina ditunjukkan oleh Syarikat Dagang Islam yang cuba membantu
pedagang-pedagang batik Indonesia daripada persaingan peniaga Cina. Semasa
pendudukan Jepun, orang Cina terhimpit antara menyokong pejuang kemerdekaan
Indonesia dengan pihak penjajah Belanda. Perang kemerdekaan Indonesia menjadikan
orang Cina sebagai mangsa pembunuhan kerana sikap mereka yang neutral itu.
25
Terdapat juga sebilangan kecil orang Cina di Indonesia yang menjadi orang tengah yang mengutip cukai
bagi pihak Belanda. Sebagai orang tengah, orang-orang Cina telah melakukan pelbagai penindasan ke atas
masyarakat tempatan. Antaranya termasuklah mengutip cukai daripada penduduk dengan kadar yang lebih
tinggi daripada yang ditetapkan, memberi pinjaman wang kepada petani dan mengenakan kadar faedah
yang tinggi serta membeli barangan penduduk tempatan dengan harga yang murah.
29
14.Pada tahun 1909, Negara China mengenakan prinsip jus sanginis menyebabkan orang
Cina Indonesia mempunyai dua warganegara. Perkara ini menjadi masalah besar kepada
kerajaan Belanda. Pada tahun 1962 perkara ini diselesaikan semasa Persidangan AfroAsia di Bandung apabila mereka dikehendaki memilih satu kewarganegaraan sahaja.
Pembentukan Masyarakat Filipina
1.Masyarakat Cina semasa penjajahan Sepanyol disebut Sanley iaitu gabungan daripada
perkataan xiang dan ley yang membawa maksud pedagang yang mengembara.
2.Penghijrahan orang Cina ke Filipina dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat
pertama ialah sebaik sahaja Manila dibuka kepada perdagangan dunia pada tahun 1834
dan kedua antara tahun 1876 hingga 1886.
3.Sepanyol mengamalkan dasar terhadap orang Cina di Filipina berdasarkan dua faktor
iaitu keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik. Pemerintah Sepanyol membenarkan
orang Cina tinggal di mana-mana tempat namun apabila timbul kesangsian atau masalah,
beberapa sekatan atau peraturan telah dibuat.
4.Penjajah Sepanyol telah mewujudkan jawatan Gobernadorcillos untuk mengawal
kegiatan orang Cina. Untuk menghalang kemasukan orang Cina ke Filipina, pihak
Sepanyol mengenakan cukai kepada imigran yang ingin tinggal di Filipina iaitu 64 real
wang perak . Mereka juga dikenakan 5 real untuk tujuan ufti dan 12 real lagi untuk tujuan
memiliki rumah.
5.Di Manila, orang Cina tinggal di Parian yang menjadi Chinatown. Mereka hidup
mengikut corak dan cara hidup tradisi China. Selain itu orang Cina dikenakan beberapa
sekatan seperti hanya dibenarkan berada di Manila pada waktu siang dan diarah pulang
pada waktu malam.Orang Cina juga tidak dibenarkan memiliki tanah sehingga akhir
pemerintahan Sepanyol. Masyarakat tempatan Cina juga tidak dibenarkan memakai
pakaian orang Cina.
6.Gabenor Sepanyol di Filipina menyokong usaha mengusir orang Cina di Filipina dan
kempen ini dilanjutkan sehingga 1899. Peniaga Sepanyol turut menyahut kempen ini
dengan menyaingi peniaga Cina, menghalang peniaga asing berurusan dengan orang Cina
dan menyekat kemasukan orang Cina dari Kepulauan Sulu. Dalam keadaan tertentu,
halangan dan penindasan oleh pihak pemerintah Sepanyol menyebabkan orang Cina
memberontak, misalnya yang berlaku pada tahun 1819.
7.Bagaimanapun pihak Gereja Roman Katolik tidak menyokong usaha menyingkirkan
orang Cina kerana menganggap orang Cina penting dari segi penyebaran agama Kristian
dan ekonomi. Justeru mereka mencadangkan kepada pemerintah Sepanyol di Filipina
supaya mengkristian penduduk Cina dan memberi layanan yang baik kepada mereka.
8.Penduduk Cina yang memeluk agama Kristian dibenarkan menjalankan perniagaan
tanpa sekatan dan mereka juga diasingkan daripada masyarakat Cina yang lain. Malah
mereka diberi penempatan khas iaitu di Binondo. Golongan ini dikenali sebagai mestizo.
9. Golongan mestizo diletakkan taraf yang sama dengan penduduk tempatan Filipina.
Mereka diberi hak untuk bergerak dengan bebas, boleh memiliki harta dan menyertai
kerajaan tempatan. Jumlah mereka di sekitar 200 000 orang. Kebanyakan golongan
mestizo terdapat di Manila. Mereka memainkan peranan penting dalam ekonomi Filipina.
10. Mereka juga berperanan sebagai orang tengah antara pengimport-pengimport Barat
dengan penduduk tempatan Filipina. Golongan mestizo menguasai perniagaan antara
30
pulau sebagai pemborong,ceti dan orang tengah. Pergaulan mereka dengan pemerintah
Sepanyol dan penduduk tempatan serta pendidikan yang diterima telah membawa kepada
kemunculan golonan berpendidikan yang dikenali sebagai illustrados, yang akhirnya
melahirkan tokoh-tokoh nasionalisme Filipina seperti Jose Rizal, Sergio Osmena, dan
Manuel Lim.
11.Semasa USA memerintah Filipina, dasar terhadap orang Cina berpandukan dasar yang
diamalkan di USA. Orang Cina tetap dipandang sebagai penduduk asing dan tidak diberi
taraf kewarganegaraan atau memiliki tanah. Tujuan USA berbuat demikian ialah untuk
meredakan semangat nasionalisme yang berlaku di Filipina.
12. Pengenalan undang-undang imigresen untuk mengawal kemasukan orang Cina
mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. Perasaan anti-Cina oleh penduduk
tempatan bukan sahaja orang Cina tulen tetapi juga terhadap golongan mestizo. Orang
mestizo memandang rendah penduduk tempatan. Penduduk tempatan menganggap orang
mestizo sebagai sombong dan angkuh. Konflik antara kedua-dua kumpulan membawa
kepada pertumpahan darah.
13.Pemerintah USA telah mewujudkan beberapa undang-undang untuk menyekat aktiviti
orang Cina seperti Akta Buku Simpanan Kira-Kira yang menghalang tulisan Cina
dalam penyimpanan akaun. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada peniaga-peniaga
Cina yang rata-rata yang tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris. Isu ini dibawa ke
mahkamah di USA dan akhirnya undang-undang ini diisytiharkan tidak sah.
14.Beberapa sekatan dikenakan kepada orang Cina seperti undang-undang
kerakyatan(1939) yang menghalang penduduk asing yang tinggal di Filipina mendapat
kerakyatan selagi tidak menyesuaikan diri dengan pendudduk tempatan, tidak ikhlas
untuk menunjukkan keinginannya mempelajari dan menerima adat resam, tradisi dan
idealisme rakyat Filipina.
15.Pada tahun 1941, Lembaga Perbandaran Manila telah melarang orang asing menyertai
pasar-pasar awam di Manila. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk menyekat penduduk
Cina namun mereka masih menjadi kuasa penting dalam ekonomi Filipina. Undangundang Imigresen Filipina gagal mengawal kemasukan orang Cina secara haram ke
Filipina.
16.Dominasi orang Cina dapat dilihat dalam perniagaan borong dan runcit. Dalam
perniagaan beras misalnya, mereka menguasai lebih daripada 2000 daripada 2500 kilang
beras yang terdapat di Filipina. Mereka juga memonopoli industri pembalakan, kilang
garam dan sejumlah besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan
barangan kulit, pemprosesan makanan dan kilang tembakau.
17.Dalam bidang perbankan pula, mereka menjadi pemodal kedua terbanyak selepas
pemodal USA dengan modal sebanyak 100 juta dolar US. Orang Cina juga berani
meneroka tanah-tanah di kawasan sungai, kampung-kampung tepi pantai terutamanya di
kepulauan selatan Filipina.
18.Penduduk Cina di Filipina mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan ini
dapat dibuktikan apabila Jepun menyerang Manchuria. Orang Cina Filipina melalui
Dewan Perniagaan Umum Cina telah menyeru puak-puak bertelagah di Negara China
supaya bersatu melawan Jepun. Malah mereka turut menghantar bantuan kewangan dan
tenaga manusia kepada pihak yang mahu mempertahankan Manchuria daripada serangan
Jepun.
31
Rumusan
Campur tangan kuasa Barat di Asia Tenggara mendatangkan banyak perubahan sosial.
Salah satu perubahan tersebut ialah ialah pertambahan jumlah penduduk dari luar rantau
ini seperti dari China, India dan Eropah. Dasar penjajah yang mementingkan kepentingan
ekonomi mereka menyebabkan jumlah pendatang semakin ramai. Keadaan seperti ini
akhirnya telah mewujudkan masyarakat majmuk. Kedatangan mereka ke negara-negara
di Asia Tenggara menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang membawa
kepada pengeseran dan perselisihan kaum. Kesan daripada dasar penjajah itu, negaranegara di Asia Tenggara terpaksa menerima golongan pendatang itu menjadi
warganegara khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan atau pembebasan Barat.
Soalan latihan
1. Bincangkan sikap penduduk tempatan terhadap kehadiran orang Cina di Filipina
dan Indonesia pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
2. Jelaskan hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan di Thailand dan
Indonesia.
3. Kedatangan orang Cina dan India telah merubah struktur masyarakat di Myanmar
dan Thailand. Bincangkan.
4. Masyarakat majmuk jelas kelihatan dalam masyarakat di Myanmar dan Thailand.
5. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemasukan orang Cina dan India ke
Thailand dan Myanmar pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
32