You are on page 1of 144

Tarbiyah

Ruhiyyah
Ustaz Hafez Sabri

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Kandungan
Tinta Penerbit........................................................................v
Kata Pengantar.....................................................................vii
Prakata Penulis.....................................................................ix
BAHAGIAN 1 : Kepentingan Ilmu Membimbing Hati...................1
Pertama : Kewajipan Menuntut Ilmu......................................2
Kedua : Hidup Dalam Bimbingan Guru...................................4
BAHAGIAN 2 : Mengenali Hati Sendiri......................................9
Pertama : Hati Kita Diketahui Oleh Allah SWT.......................11
Kedua : Hati Adalah Tempat Yang Dipandang Oleh Allah SWT.. 12
Ketiga : Hati Adalah Raja Yang Ditaati..................................13
Keempat : Hati Adalah Khazanah Barangan Yang Mahal..........15
Kelima : Hati Mempunyai 5 Keadaan....................................19
BAHAGIAN 3 : Kunci Pintu-pintu Hati Anda............................25
Pintu Pertama : Mata (Penglihatan).......................................26
Pintu Kedua : Mulut (Percakapan)........................................28
Pintu Ketiga : Telinga (Pendengaran).....................................30
Pintu Keempat : Hidung (Menghidu).....................................32
Pintu Kelima & Keenam : Tangan dan Kaki............................33
BAHAGIAN 4 : Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat..........39

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Penjagaan Pintu Pertama : Lidah..........................................40


Penjagaan Pintu Kedua : Hati..............................................41
Penjagaan Pintu Ketiga : Penglihatan....................................42
Penjagaan Pintu Keempat : Perut.........................................44
Penjagaan Pintu Kelima : Tangan.........................................45
Penjagaan Pintu Keenam : Kaki...........................................47
Penjagaan Pintu Ketujuh : Ketaatan......................................48
BAHAGIAN 5 : Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati..........53
Bagaimanakah Menerangkan Hati Dengan Menjaga Lidah?......56
Gunakanlah Lidah Sebagai Penerang Hati.............................60
BAHAGIAN 6 : Banyak Tidur, Menggelapkan Hati.....................67
Tidur Membazirkan Umur..................................................70
Kaedah Memanjangkan Umur.............................................73
BAHAGIAN 7 : Banyak Ketawa, Menggelapkan Hati..................79
Mencontohi Cara Nabi SAW Bersedih...................................85
Mencontohi Cara Nabi SAW Bergembira...............................87
BAHAGIAN 8 : Jernihkan Hati Supaya Ia Terang......................91
Berfikir Boleh Menenangkan Hati........................................98
BAHAGIAN 9 : Ubat Penerang Hati......................................105
Ubat Pertama : Tauhid......................................................106
Ubat Kedua : Ilmu Bermanfaat...........................................107
Ubat Ketiga : Amalan Soleh...............................................109
ix

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Ubat Keempat : Keberanian...............................................111


Ubat Kelima : Menjauhi Maksiat.........................................112
Ubat Keenam : Menjauhi Perkara Sia-sia.............................114
BAHAGIAN 10 : Kematian Sebagai Muhasabah Hati................119
Kenali Dunia Agar Tidak Tertipu Dengannya........................120
Sabar Menghadapi Ujian..................................................122
Melalui Pintu Alam Barzakh..............................................123
Kita Mahukan Kubur Yang Terang dengan Amalan Soleh.......125
Kita Mahu Terhindar Daripada Kepedihan Azab Neraka........127
Ingatlah Para Saksi Yang Akan Bersaksi Atas Perbuatan Kita..127
Ingatlah Tempat Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan Kita
.................................................................................... 132
Ingatlah Waktu Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan Kita
.................................................................................... 134
Ingatlah Perhitungan Dan Pencatatan Yang Sangat Teliti........136
Ingatlah Kematian Dan Suul Khatimah..............................142
Ingatlah Istidraj Daripada Allah SWT.................................149
Penutup............................................................................ 155
Glosari.............................................................................. 163
Rujukan............................................................................165

Tinta Penerbit

Tinta Penerbit

Kata Pengantar

Kata Pengantar

Prakata Penulis

Prakata Penulis

BAHAGIAN 1
Kepentingan Ilmu Membimbing Hati

Pada zaman sekarang, ramai yang beramal tetapi jahil dan lebih
parah lagi ramai yang melihat keperluan menuntut ilmu sebagai suatu
yang remeh dan dipandang enteng. Beramallah dengan amalan apa-apa
sekalipun tetapi jika kita tinggalkan keperluan menuntut ilmu maka
amatlah mudah untuk kita ditipu oleh syaitan yang sentiasa mencari ruang
dan peluang untuk menyesatkan manusia. Inilah hakikat situasi yang
berlaku dalam masyarakat kita walaupun susah untuk mengakuinya.
Janganlah kita bergantung dengan amalan-amalan yang diamalkan
tetapi bergantunglah hati kita hanya kepada Allah s.wt, amalan yang
diamalkan hanyalah wasilah sahaja untuk menuju pada makrifatullah.
Marilah kita sama-sama melihat suri tauladan junjungan yang
mulia, Nabi Muhammad s.a.w. meskipun telah dijamin syurga oleh Allah
s.w.t, Baginda s.a.w. tekun beribadah sehingga bengkak kakinya tetapi
Baginda s.a.w. juga tetap bersabar dalam berjihad sehingga terluka dan
patah giginya. Begitu jugalah keadaannya dengan sepuluh orang sahabatsahabat r.a.hum.Baginda s.a.w. yang meskipun mereka telah dijamin
syurga oleh Rasulullah s.a.w. namun mereka tetap juga bersusah payah,
bermujahadah mencari keredhaan Allah s.w.t.. Bagaimanakah pula dengan
kita yang bukannya seorang nabi mahupun salah seorang daripada
kalangan sahabat-sahabat Baginda s.a.w.? Adakah senang untuk kita
merasakan diri inilah yang terbaik, kerana kita menyangka kita telah
beramal dengan amalan yang terbaik. Tanyalah kepada diri yang dhoif ini
jika kita masih merasakan bahawa diri kita sudah terjamin keselamatan
dan rahmat daripada Allah s.w.t. pada hari akhirat kelak dengan hanya
sedikit amalan, maka itu tandanya kita sudah ditipu oleh syaitan dan nafsu
kita.
Begitu pula halnya dengan sesetengah orang yang suka bercerita
tentang ilmu tasawwuf. Mereka bercerita tentang hakikat ilmu, sedangkan
ilmu mereka tentang syariat Islam pun masih belum diamalkan bahkan

tidak sedikit daripada mereka yang bermalas-malasan dalam mengerjakan


tuntutan solat. Kebanyakan orang yang suka bercakap dengan ilmu
tasawwuf tetapi mereka tidak pernah belajar daripada kitab-kitab
tasawwuf mahupun menuntut daripada ulama-ulama yang muktabar
dalam ilmu tersebut. Hal ini merupakan suatu keadaan yang amat
membahayakan, kerana mereka boleh tersesat dan menyesatkan orang
lain. Banyaknya yang mereka tuturkan dengan mengikut prasangka tetapi
bukan dengan bimbingan ilmu yang sahih dan benar. Maka berhatihatilah kita semua terhadap mereka dan rujuklah kepada para alim
ulama yang ahli dalam bidang tersebut.

Pertama :
Kewajipan Menuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah wajib bagi tiap-tiap mukallaf. Ilmu yang
wajib dinamakan fardu ain. Ulama membahagikan al-Quran dan al-Hadis
kepada tiga kategori ilmu iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu
Tasawwuf. Sesiapa yang meninggalkan tuntutan menuntut ilmu-ilmu ini
maka rugilah individu tersebut. Walaupun kita sibuk bekerja, tetap
menjadi wajib bagi kita semua untuk meluangkan masa bagi menghadiri
atau mencari ilmu-ilmu ini walau sesibuk mana pun kita. Janganlah pula
bersenang-senang dengan merasakan diri sudah cukup dengan ilmu yang
ada. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita, supaya kita menuntut ilmu
kerana menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap mukmin.
Pada saat dunia kini yang semakin menghampiri akhir zaman,
semakin ramai daripada kalangan umat Islam yang lebih mengutamakan
ilmu-ilmu keduniaan daripada ilmu-ilmu yang difardukan. Islam sama
sekali tidak melarang umatnya mempelajari ilmu-ilmu keduniaan seperti
ilmu perubatan, kejuruteraan, pertanian, kesenian, kesukanan dan berbagai
ilmu yang lain lagi bahkan ilmu-ilmu tersebut merupakan sebahagian
daripada ilmu-ilmu fardu kifayah. Tetapi hal ini menjadi masalah apabila
rata-rata umat Islam kini meletakkan keperluan mempelajari ilmu-ilmu
fardu ain ini sebagai keutamaan yang dipinggirkan. Kebanyakan mereka
mengutamakan ilmu-ilmu fardu kifayah terlebih dahulu. Justeru jika kita
tidak mempelajari ilmu fardu ain terlebih dahulu, bagaimanakah kita

hendak mentauhidkan dan mengenal sifat Allah s.w.t. dengan sebenarbenarnya? Bagaimanakah untuk kita hendak memelihara sah dan batalnya
ibadah kita dan bagaimanakah untuk kita hendak memahami nilai ikhlas,
khusyuk, tawadduk, dan lain-lain sifat mahmudah yang ada dalam hati
kita termasuklah sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub, sumah, takabur
dan lain-lain lagi yang merosakkan kejernihan keikhlasan kita kepada
Allah s.w.t. Dan tidak dapat tidak bagi setiap mukallaf untuk mengetahui
ilmu fardu ain ini yang merupakan ilmu nafi (ilmu yang bermanfaat)
menjadi bekalan bagi menghadap Allah swt kelak kerana hakikat ilmu itu
adalah untuk membawa manusia takut akan Allah seperti mana Syeikh
Abdul Samad al palambani rah. Menukilkan kata hujjatul islam, al imam
ghazali rah., dalam kitab hidayatus salikin , ilmu yang bermanfaat itu ,
ilmu yang membawa takut akan Allah swt.
Ilmu tidak akan datang bergolek, jika kita tidak berusaha
mencarinya. Ilmu perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh,
bermujahadah dan himmah kerana Syeikh Zainuji rah. , pengarang kitab
Pelita Penuntut, menukilkan kalam saiyyidina Ali r.a.hu, tidak dapat tidak
bagi seorang tholib hendak mendapatkan ilmu dengan jalan kepayahan
dan kesusahan. Adapun ilmu ladunni yang datang tanpa belajar adalah
khusus untuk orang yang terpilih, bukannya orang awam seperti kita.
Orang-orang yang memperolehi ilmu berbentuk ilham adalah orang-orang
yang sudah alim dengan ilmu-ilmu syariat yang telah dipelajari secara
bersungguh-sungguh sebelumnya. Janganlah kita tertipu dengan bisikanbisikan syaitan ke dalam hati kita yang menyatakan kepada kita bahawa
kita akan memperoleh ilmu ilham dan tidak payah bersusah payah untuk
mencari ilmu yang disyariatkan oleh Allah s.w.t..
Sesungguhnya syaitan itu adalah penyesat yang utama kepada
anak-anak Adam a.s.. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk
menyesatkan kita. Maka mintalah pertolongan kepada Allah s.w.t. dan
tuntutlah ilmu kerana tidur orang yang alim lebih ditakuti oleh syaitan
daripada solat orang yang jahil.Dalam Kitab Minhajul Abidin karya
imam Al ghazali ada sepotong hadis mafhumnya,aku telah diperlihatkan
pada malam miraaj akan api neraka,lalu aku lihat kebanyakkan dari
penghuni adalah orang-orang faqir.Para sahabat r.a.hum, bertanya :wahai
Rasulullah s.a.w ,: Apakah mereka itu faqir daripada harta benda?
Rasulullah s.a.w menjawab : Tidak! Bahkan (mereka itu) faqir dari ilmu.
Imam Abdullah Al Haddad rah. Menyebut dalam kitabnya risalatul

Muaawanah Dan ketahuilah bahawasanya seseorang yang beribadah


kepada Allah swt tanpa ilmu, maka kemudharatan yang kembali
kepadanya sebab ibadatnya itu lebih banyak daripada manfaat yang
terhasil baginya.Berapa ramai ahli ibadat yang memenatkan dirinya dalam
ibadat sedangkan dia sebenarnya atas maksiat padahal dia beranggapan
apa yang dilakukannya adalah ketaatan atau bukannya maksiat.
Sedangkan ramai orang-orang yang berilmu yang ditipu oleh
syaitan inikan pula orang-orang yang jahil dan tidak menuntut ilmu.
Jikalau dalam kalangan alim ulama pun ada ulama dunia dan ulama su,
inikan pula kita yang bukannya seorang ulama.
Kerana itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh mengamalkan
ilmu yang kita pelajari dan dengan sedaya upaya bergantung harap kepada
rahmat Allah s.w.t.Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t.
membimbing hati kita semua ke jalan yang diredai-Nya.
Kita perlu sedar bahawa tiada jalan yang mudah untuk mencari
redha Allah s.w.t..
Allah s.w.t. telah berfirman :














Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji
kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenarbenarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan
(Surah al-Anbiya : 35)

Kedua :
Hidup Dalam Bimbingan Guru
Rasulullah s.a.w. ialah seorang guru yang terbaik untuk diikuti.
Baginda s.a.w. telah mendidik dan membimbing para sahabat r.a.
sehinggalah mereka menjadi bintang-bintang yang membawa pertunjuk

kepada dunia yang berliku-liku ini. Mereka menerangi dunia dengan


cahaya iman dan cahaya Islam. Mereka adalah sebaik-baik generasi dalam
kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berjihad seperti singa pada
siang hari dan menangis seperti anak kecil kerana takutkan Allah s.w.t.
pada malam hari. Mereka adalah golongan yang tegas dengan orang kafir
namun berlemah lembut kepada orang mukmin. Mereka redha dengan
Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. redha akan mereka.
Inilah contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w dalam mendidik dan membimbing sahabat-sahabatnya. Baginda
s.a.w. bukan sahaja seorang muallim yang mengajar tetapi Baginda s.a.w.
juga merupakan seorang murabbi yang mendidik dan membimbing
kerohanian para sahabat r.a sehinggalah apabila mereka keluar dari
madrasah tarbiyah Rasulullah s.a.w. ini, mereka sangat rapat dengan Allah
s.w.t. Dengan kekuatan tarbiyah hasil didikan Rasulullah s.a.w. inilah yang
akhirnya memacu roh perjuangan mereka dan dengan izin Allah s.w.t.
mereka telah meruntuhkan kerajaan besar yang zalim dan sombong ketika
itu, iaitu kerajaan Rom dan Parsi.
Mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menjadi anak murid
kepada Rasul-Nya yang paling utama daripada kalangan rasul-rasul-Nya
dan makhluk-makhluk yang paling mulia daripada sekalian makhluk-Nya
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru itu, kita mestilah mengambil pengajaran daripada sirah
tersebut iaitu kita mestilah hidup dengan bimbingan guru soleh yang
mampu membina roh perjuangan Islam dalam jiwa umat seperti mana
sahabat-sahabat r.a. yang dibimbing oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun
sekarang sudah tiada lagi Nabi dan Rasul untuk membimbing kita semua
tetapi Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada umatnya dengan bersabda
yang bermaksud :
Ulama itu pewarisnya Nabi
Maka hendaklah kita mencari ulama pewaris Nabi s.a.w. untuk
membimbing kita dalam mendalami ilmu dan menjadikan kita beramal
dengan ilmu-ilmu tersebut. Orang yang hidup tanpa bimbingan guru sudah
bercanggahan dengan apa-apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
s.a.w. Carilah guru terutama sekali guru yang mursyid. Imam al-Ghazali
r.a. menjelaskan di antara sifat guru yang mursyid ialah mereka yang

berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat. Mereka juga telah


berjaya mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain.
Guru yang mursyid juga sudah semestinya seorang guru yang
alim dalam ilmu syariat Islam dan berpegang teguh dengannya. Amatlah
susah untuk mencari guru-guru yang benar-benar mursyid pada akhir
zaman kini seperti ibarat oleh Imam al Ghazali r.a. seperti mencari
belerang merah. Kebanyakannya hanyalah guru-guru biasa yang belum
sampai pada tahap mursyid oleh murid-muridnya. Akhlak guru yang
mursyid melambangkan cahaya kenabian. Alangkah bertuahnya kita jika
berada bawah bimbingannya kerana mereka merupakan ulama pewaris
nabi sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
Jika kita tidak menemui guru yang mursyid seperti yang
digambarkan oleh ulama namun kita tetap wajib menuntut ilmu. Carilah
guru-guru yang berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah
dan berpegang kuat dengan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka adalah guru yang tidak khianat dengan
ilmunya, justeru berhati-hatilah dalam memilih guru kerana para ulama
menyatakan:
Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka hendaklah kamu perhatikan
daripada siapa kamu mengambil ilmu agama kamu
Dalam pengalaman para penuntut ilmu, kita dapati ilmu-ilmu
yang dipelajari daripada kulit ke kulit daripada kitab-kitab ulama
terdahulu yang dipanggil kitab kuning oleh orang-orang tua adalah lebih
terpelihara kesahihannya dan tinggi keberkatannya serta sanad ilmu
terjamin. Kitab kuning atau kitab thurath ini tidak dapat tidak mesti
dipelajari dengan berguru (bertalaqqi) oleh golongan awam. Pengajian
cara ulama terdahulu ini masih dipraktikkan di pondok-pondok oleh guruguru yang benar-benar alim dan ahli dalam pengajian kitab thurath.
Ulama-ulama yang terdahulu yang mengarang kitab-kitab thurath ini
sangat berdisplin dalam ilmu dan amal. Mereka adalah ulama yang
muktabar. Nasihat Syeikhul kabir tuan guru haji hashim rah. ,kalau
hendak akan ilmu mengajilah di pondok,kalau hendak harta , kahwin.
Sesiapa yang menuntut ilmu pasti akan mengenali nama-nama
mereka seperti Imam as-Syafie r.a., Imam an-Nawawi r.a., Imam alGhazali r.a., Imam ar-Rafie r.a., Imam Malik r.a., Imam Ahmad r.a., Imam

Abu Hanifah r.a., Imam Abu Hassan Asyari r.a., Imam Ibnu Hajar r.a.,
Imam Bukhari r.a., Imam Muslim r.a., Imam Tarmizi r.a., Imam Sayuthi
r.a., Imam Fakhrulrazi r.a., Imam Ibnu Kathir r.a. ,Imam Ibnu Hajar Al
Haitami serta ramai lagi jika hendak disebutkan semuanya di sini. Mereka
semua adalah para ulama umat ini yang sebaiknya diikuti, kerana mereka
adalah ulama-ulama besar yang berpegang teguh dengan al-Quran dan
as-Sunnah serta mementingkan akan sanad ilmu yang bersambung dan
berantai sehingga nabi saw.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mencuba semampu mungkin
untuk mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat
r.a. dan juga para ulama. Beramallah dengan ilmu-ilmu mereka dan
berjihadlah untuk menegakkan hukum-hakam Allah s.w.t di atas muka
bumi ini. Selagi tidak tertegaknya hukum-hukum Allah s.w.t, selagi bumi
ini tidak ditadbirkan oleh undang-undang Allah s.w.t maka selagi itulah
umat Islam akan hidup dalam keadaan yang hina. Jika kita meninggalkan
jihad maka Allah s.w.t. akan mencabut kegerunan terhadap umat Islam
daripada hati-hati musuh-musuh Islam.
Carilah pemimpin-pemimpin daripada kalangan ulama-ulama
dan para pejuang yang soleh lagi ikhlas dalam perjuangan dan lapangan
jihad. Bersama-samalah dengan jemaah mereka dan bantulah mereka
semampu mungkin dalam meneruskan perjuangan para anbiya a.s.
Sebaliknya janganlah kita memencilkan diri daripada jemaah Islam di atas
muka bumi ini. Sayyidina Ali r.a. telah berpesan bahawa kotor di dalam
jemaah adalah lebih baik daripada jernih seseorang diri di luar tanpa
ikatan bersama jemaah. Maka carilah para ulama pewaris Nabi s.a.w dan
para pejuang yang soleh sebagai pembimbing yang mana mereka itu
adalah penolong, penyokong dan pembantu jemaah Islam.

BAHAGIAN 2
Mengenali Hati Sendiri

Nabi s.a.w. bersabda










Ketauhilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging,
apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut
keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya,
ketahuilah bahawa ia adalah hati.
(Shahih Muslim : 1599)
Setiap manusia mempunyai hati masing-masing, tetapi sedikit
sahaja yang mengenali hatinya sendiri. Maka sedikit pula yang tahu untuk
mengubati hatinya sendiri, bahkan terlalu ramai yang langsung tidak tahu
mengubati hatinya yang sedang merintih kepada Allah s.w.t.
Ramai yang tidak menyedari bahawa makhluk yang bernama hati
inilah yang membimbing tubuh manusia samada ke syurga ataupun
neraka. Hati ini jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas
semata-mata kepada Allah s.w.t atau riak menginginkan pujian manusia.
Imam al-Ghazali menceritakan dalam tulisannya tentang HATI di
dalam Minhajul Abidin Ila Jannati Rabbil Alamin

(
)(
( (
(





(
( (

(
)(




Sesungguhnya telah kami (Imam al-Ghazali) menceritakan sedikit
daripadanya (tentang hati) di dalam kitab Syarhu Ajaibil Qalbi
(Penjelasan Keajaiban Hati) dipetik daripada kitab Ihya Ulumiddin,

(( (

(

)(

(


dan kami (Imam al-Ghazali) menulisnya dengan penjelasan tentang hati
keseluruhannya, perinciannya, dan kaedah mengubatinya di dalam kitab
Asraru Muamalati ad Din (Rahsia-rahsia komunikasi Agama),










(Kitab tersebut) adalah kitab yang khusus (menceritakan tentang hati),
besar faedahnya, dan ia tidak dapat diambil manfaatnya melainkan
golongan ilmuan tertentu yang mendalami ilmu tentang akhirat.




Dan tajuk perbahasan kitab ini (Minhajul Abidin) boleh diambil
manfaatnya oleh golongan permulaan (mengenal agama) dan pakar. Ia
juga memberi manfaat kepada orang yang kuat dan lemah.
Penulisan ulama-ulama tentang hati sangatlah banyak. Jutaan
helaian telah ditulis untuk menjelaskan tentang hati dan sifat-sifatnya.
Namun, peringatan demi peringatan tersebut, tidak diingati, bahkan
ditinggalkan, dibiarkan bersepahan di perpustakaan-perpustakaan.
Hati yang amat payah untuk dikenali ini, tersorok di dalam tubuh
kita. Bayangkanlah sekiranya hati itu adalah racun yang mendiami tubuh
seseorang. Maka pasti kehadiran hati tersebut akan menyebabkan individu
tersebut mati keracunan.
Umpamanya seseorang yang menghidapi penyakit kanser.
Sekiranya dibiarkan, sudah pasti seseorang tersebut akan mati kerana
penyakit tersebut. Oleh itu, penyakit kanser itu mesti dibuang sesegera
mungkin. Bagaimanakah pula untuk mengelakkan hati anda daripada
mengidap keracunan syaitan? Maka sudah pasti anda perlu mengenalnya
terlebih dahulu.

Pertama :
Hati Kita Diketahui Oleh Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman



Allah s.w.t. mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan
jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang
tersembunyi di dalam hati
(Surah al-Ghafir : 19)
Apabila seseorang itu mengetahui bahawa Allah s.w.t. mengetahui
apa-apa yang berada di hatinya, sudah pasti dia takut untuk menyimpan
sesuatu yang diharamkan oleh-Nya.
Contohnya, seorang ketua negara memberi amaran kepada
rakyatnya dengan mengatakan Sesiapa yang didapati menyimpan dadah,
akan dihukum gantung!. Maka tiada siapalah yang sanggup menyimpan
dadah di rumahnya, melainkan mereka yang bodoh.
Hakikatnya, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya menyimpan di
dalam hatinya benda yang diharamkan-Nya dan Dia mengulanginya
beberapa kali di dalam al-Quran, dan mengancam sesiapa sahaja yang
mengingkarinya dengan azab yang pedih. Kenapalah masih ada orangorang yang degil?
Buanglah benda yang diharamkan oleh Allah s.w.t. daripada
rumah (hati) anda. Anda takut dengan hukuman gantung, tetapi tidak pula
takut dengan azab yang lebih dahsyat daripada itu!

Allah s.w.t. berfirman

Dan tidakkah mereka ketahui bahawa Allah s.w.t. mengetahui apa yang
mereka rahsiakan dan apa yang mereka pamerkan?
(Surah al Baqarah : 77)

Kedua :
Hati Adalah Tempat Yang Dipandang Oleh Allah s.w.t.
Nabi s.a.w. bersabda




Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memandang pada rupa dan harta kamu,
tetapi Allah s.w.t. memandang hati kamu dan amalan kamu
(Musnad Imam Ahmad : 7814)
Maka hati itu adalah tempat yang dipandang oleh Tuhan sekelian
alam. Allah s.w.t., Tuhan bagi si raja, si menteri, si kaya, si miskin dan
sebagainyalah yang memandang hati kita.
Sangat rugilah bagi mereka yang menjaga muka, pakaian, gaya
dan bentuk badannya untuk pandangan manusia. Puluhan juta dihabiskan
untuk bersolek dan berfesyen, tetapi semua itu langsung tidak dipandang
oleh Allah s.w.t.
Jadilah seperti mereka yang sentiasa menjaga hati,
membersihkannya dan membuang perkara-perkara yang kotor
daripadanya ibarat membuang kotoran daripada pakaian daripada dilihat
oleh manusia. Mereka yang menjaga hati sudah pasti mengetahui bahawa
Allah s.w.t. yang mencipta manusia pasti memandang hati mereka
sepanjang masa.
Oleh itu, mengapakah si miskin dan si fakir bersedih? Berapakah
harga benda yang disedihkan itu? Adakah benda-benda itu lebih mahal
daripada cinta kepada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki?

Allah s.w.t. berfirman

Dan katakanlah (wahami Muhammad) : beramallah kamu (dengan apaapa yang diperintahkan), maka Allah s.w.t., Rasul-Nya dan orang-orang
yang beriman yang melihat apa-apa yang kamu amalkan
(Surah at-Taubah : 105)

Ketiga :
Hati Adalah Raja Yang Ditaati
Nabi s.a.w. bersabda










Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging,
apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut
keseluruhannya, apabila daging itu rosak, maka rosaklah jasad
keseluruhannya, ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.
(Shahih Muslim : 1599)
Hati adalah raja yang ditaati dan pemimpin yang diteladani.
Segala anggota pada tubuh anda adalah pengikut bagi raja tersebut. Maka
apabila elok raja tersebut, maka eloklah pengikutnya.
Siapakah pula yang membentuk raja itu, kalau bukan empunya
hati? Sangat rugilah mereka yang tidak dapat mengawal hatinya sendiri,
bahkan tidak dapat mendidiknya. Lebih teruk, dia sendiri tidak mengenali
hatinya sendiri.

Kenalilah hati anda dengan belajar, beramal dan mendampingi


ulamaserta orang soleh. Didiklah hati anda dengan al-Quran dan sunnah
Nabi s.a.w. Berilah hati anda makanan dengan berzikir mengingati Allah
s.w.t. Peliharalah hati anda daripada serangan hasutan syaitan.
Allah s.w.t. berfirman







Maka alangkah eloknya sekiranya mereka berdoa kepada Kami dengan
merendah diri ketika mereka ditimpa azab daripada Kami? Tetapi
sebenarnya hati mereka keras, dan syaitan pula memperelokkan
pandangan mereka terhadap apa yang mereka lakukan
(Surah al-Anam : 43)

Keempat
Hati Adalah Khazanah Barangan Yang Mahal
Imam al-Ghazali menyebut dalam Minhajul Abidin Ila Jannati
Rabbil Alamin bahawa barangan yang mahal yang disimpan itu ialah :
1. Mengenal Allah s.w.t.
Mengenal Allah s.w.t. adalah barang yang termahal. Ia hanya
terdapat dalam hati yang suci dan bersih sahaja. Hal inilah yang
menjadikan hati itu bernilai pada sisi Allah s.w.t..
Ibnu Hajar al-Asqolani menukilkan kata-kata Imam Bukhari
dalam Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari








)(
(

( (


(

(

Bahawasanya mengenal Allah s.w.t. (makrifatullah) itu adalah
perbuatan hati berdasarkan firman-Nya :
tetapi Allah s.w.t. menghukum kamu disebabkan (sumpahmu)
yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu
(Surah al Baqarah : 225)
2. Pandangan Hati
Pandangan hati ialah mereka yang mampu menggunakan hati
mereka untuk memandang dengan pandangan yang baik
sebagaimana yang Allah s.w.t. kehendaki. Hal ini juga jarang
terdapat dalam hati yang kotor. Apabila terdapat cahaya di dalam
rumah, maka mudahlah untuk melihat. Rumah yang gelap-gelita
gagal memperlihatkan suasana yang ceria dan harmoni. Begitulah
juga keadaannya dengan hati yang sentiasa dirudung gelisah dan
keluh kesah.
Nabi s.a.w. bersabda









Hendaklah kamu percaya dengan firasat orang beriman,
sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah s.w.t.
(at-Tirmizi : 3127)
3. Niat yang ikhlas
Niat juga barang yang sering dicuri oleh syaitan. Syaitan cukup
suka mengotorkan hati manusia dengan keraguan, memikirkan
tentang dunia dan sebagainya. Peliharalah hati anda daripada
dikotori oleh tipu daya syaitan walaupun sedetik.
Abu Sulaiman ad-Daraniy berkata dalam Madariju as-Salikin

Apabila seseorang hamba itu ikhlas, terputuslah daripadanya


banyak keraguan dan riak
4. Ilmu dan hukum
Ilmu juga adalah cahaya. Ilmu juga merupakan barang yang
mahal untuk diperolehi. Barang inilah yang mudah dicuri ketika
kita banyak makan, banyak bercakap dan banyak tidur. Semuanya
akan membuka kunci peti hati anda dan menyebabkan mudah
dicuri.
Nabi s.a.w. bersabda











Seorang yang berilmu lebih sukar bagi syaitan (untuk
menyesatkannya) berbanding 1000 orang ahli ibadah (yang tidak
berilmu)
(Imam as Sayuti, Jami as Saghir : 5896)
5. Akhlak yang mulia
Akhlak yang mulia jarang didapati pada hati yang kotor atau peti
yang tidak berkunci. Seseorang akan berakhlak dengan perangai
syaitan disebabkan hatinya yang sudah pun kehilangan barangan
ini (akhlak) dan menjadikan hatinya tempat kediaman syaitan.
Dalam Adabu ad-Dunya Wa ad-Din, sebahagian ahli bahasa
berkata


(

(






(






(

Akhlak mulia ialah meletakkan diri dalam kerehatan, dan


meletakkan manusia dalam keadaan selamat,
Akhlak yang buruk ialah meletakkan orang lain dalam bencana,
dan meletakkan diri sendiri dalam kepayahan,
6. Akal yang bersih
Akal yang bersih tidak terdapat dalam diri manusia yang bersifat
dengan sifat mazmumah. Pastikan supaya akal yang bersih ini
tidak dicuri oleh syaitan dan manusia sepertinya.
Ibnu Manzur menukilkan dalam Lisanul Arab







Apabila kami cerdik dalam pertuturan, akan berggoncanglah hati
(si pendengar),
7. Ciri-ciri kebaikan
Hilangnya barang berharga di dalam peti hidup seseorang boleh
disedari apabila seseorang sudah tidak suka kepada kebaikan.
Apabila sahaja dia melihat kebaikan, dia akan mula merasakan
perkara tersebut kolot dan ketinggalan zaman.
Mereka ini, peti hidup mereka telah dihancurkan oleh syaitan dan
manusia yang jahat sehinggakan peti itu tidak dapat lagi
melindungi akhlak dan kebaikan yang asalnya ada pada mereka
melainkan diubati dengan penawar taubat. Rebutlah tempoh
keinginan untuk bertaubat ketika peluang itu datang, dan apabila
peluang itu berjauhan daripada kita, maka panggillah ia.
Dalam al-Fawaid, Ibnu Masud r.a. berkata

Hati itu mempunyai keinginan dan tiada keinginan, maka


rebutlah kebaikan ketika hati itu berkeinginan, dan panggillah
kebaikan itu ketika hati itu tidak berkeinginan
Allah s.w.t. berfirman



Berjayalah bagi orang membersihkan dirinya dan amat rugilah
bagi mereka yang mengotorkannya.
(Surah asy Syams : 9-10)
Telah menjadi sebuah kejayaan bagi mereka yang membersihkan
hatinya. Adakah kejayaan kebendaan di dunia boleh mengatasi
kejayaan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam
ayat ini? Berapa ramaikah orang yang telah berjaya dalam urusan
dunianya tetapi telah ternyata gagal dalam membersihkan
hatinya?

Kelima :
Hati Mempunyai 5 Keadaan
Imam al-Ghazali menyebutkan dalam Minhajul Abidin Ila
Jannati Rabbil Alamin bahawa keadaan-keadaan yang biasa terjadi dalam
hati manusia ialah :
1

Permusuhan
Permusuhan kerap terjadi dalam hati. Permusuhan terjadi apabila
dijangkiti kuman dengki. Apabila dijangkiti penyakit dengki ini,
keadaan hati itu akan berubah daripada kasih-mengasihi kepada
benci dan terbakar dengan permusuhan. Apatah lagi apabila diapiapikan oleh sang syaitan laknatullah dan manusia sepertinya.

Al-Jurjani berkata dalam at Tarifat



Permusuhan itu ialah terdapat dalam hati tujuannya untuk
membahayakan dan menyakitkan.
2

Bercelaru
Akal dan nafsu merupakan dua makhluk yang sering bergaduh.
Apabila akal kalah dengan nafsu, maka nafsu akan menyebabkan
seseorang bertindak luar akalnya. Pergaduhan inilah yang
menyebabkan hati kita bercelaru. Janganlah anda lalai
daripadanya supaya akal anda sama sekali tidak dikalahkan oleh
nafsu.
Dalam al-Istiab ala Hamisyi al-Isobah










Nafsu itu berkeinginan apabila kamu yang membawa kepada
keinginan tersebut,
Sedangkan apabila kamu kembali kepada (memadai dengan)
sedikit, ia akan memadai baginya (nafsu)
3

Terdedah
Keadaan terdedah ini akan menyebabkan hati anda dimasuki,
terutamanya panahan syaitan laknatullah. Rumah yang terdedah
pada hari hujan yang lebat akan membasahkan ruang tamu. Begitu
jugalah hati yang terdedah disebabkan iman yang lemah, kurang
diberi makanan zikir dan sebagainya akan mendedahkan hati
kepada tipu daya syaitan laknatullah. Suburkanlah hati dengan
iman supaya hati anda tidak terdedah.
Ibnu Qayyim menukilkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. dalam alWabil As-Shoyyib, Minal Kalimi at-Thoyyib







Syaitan itu berpaut pada hati anak Adam a.s., maka apabila
seseorang itu leka dan lalai, dia (syaitan) akan meraguragukannya. Tetapi, apabila dia berzikir mengingati Allah s.w.t.,
syaitan itu akan lari mencari perlindungan.
4

Susah diubati
Kita hendaklah sering mengubati hati ini, tanpa mengira masa dan
tempat. Apabila hati ini terluka, segeralah mengubatinya.
Ketahuilah bahawa hati ini mudah diserang penyakit, tetapi susah
untuk diubati. Apabila seseorang itu terlupa untuk mengubati
hatinya, lama-kelamaan hatinya akan mati. Perhatikan hati anda
supaya tidak dijangkiti kuman.







Apabila jiwa itu berasa besar (menyombong), jasad itu akan
menjadi penat untuk mencapai kehendaknya
5

Cepat berubah
Hati mudah berubah, dan dinamakan hati ( )kerana sifat hati
yang mudah berubah dan dibolak-balikkan. Berdoalah kepada
Allah s.w.t. supaya hati anda tidak cenderung kepada kejahatan
dan keburukan. Syaitan tidak mampu mengubahnya, tetapi syaitan
akan sedaya-upaya berusaha mengubahnya dengan meraguragukan manusia.
Allah s.w.t. berfirman

Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati


dan pandangan
(Surah an-Nur : 37)
Kesimpulannya, hati mestilah dikenali terlebih dahulu. Manusia
sering bergaduh dengan seseorang kerana tidak mengenali hatinya.
Bagaimanakah pula dengan diri kita sendiri? Kita sendiri tidak mengenali
hati kita sendiri, masakan pula kita ingin mengenali hati orang lain.
Bukankah hati ini yang menjadi raja tubuh kita semua? Sangat
rugilah mereka yang tidak mengenali ketulan darah ini yang berada
dalam tubuh badan sendiri. Lihatlah manusia yang rugi ini, hati manusia
lain suka untuk dibusukkan, tetapi busuknya hati sendiri tidak pula
dihidunya.
Abu Nuaim menukilkan kata-kata Abdullah bin Masud dalam
Hiliyati al-Auliya









Hendaklah kamu berjaga-jaga dengan keraguan hati, dan apa-apa yang
meragukan hati kamu terhadap sesuatu, maka tinggalkan keraguan itu
Tinggalkan apa yang meragukan kamu, kerana itulah perangai
hati. Ingatlah keraguan itu datangnya daripada syaitan yang cuba
merosakkan hati kamu yang diibaratkan sebagai peti.
Abu Nuaim menukilkan kata-kata Munzir dalam Hiliyati alAuliya













Sesiapa daripada kalangan kamu yang mampu untuk menjaga peti kamu
supaya tidak dimakan binatang, dan tidak dapat dicuri, maka lakukanlah
(menjaga), sesungguhnya hati seseorang itu bersama dengan petinya itu
(disimpan di dalamnya)

Ingatlah bahawa hati juga mudah berubah-rubah sepertimana yang


telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu berdoalah kepada Allah s.w.t. supaya
hati kita tetap di atas landasan perintah Allah s.w.t.. Sedangkan Nabi
Muhammad s.a.w. yang telah dilantik menjadi nabi Allah s.w.t. pun
sentiasa berdoa supaya ditetapkan hati baginda, apatah lagi kita?
Saidatina Aisyah r.a. pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. kerap
berdoa dengan doa ini :







Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas
agama-Mu dan ketaatan terhadap-Mu
(Musnad : 26011)

BAHAGIAN 3
Kunci Pintu-pintu Hati Anda

Setiap rumah pasti ada pintunya. Sekiranya penghuni rumah


hanya membiarkan pintu rumahnya terbuka, pasti akan dimasuki oleh
pencuri. Begitu jugalah hati kita. Hati kita juga mempunyai pintunya,
sekiranya tidak dijaga akan masuklah kejahatan-kejahatan dari luar.
Sedangkan pintu rumah kita pun kita sangat menjaganya, apatah
lagi bagi pintu seketul daging yang merajai seluruh tubuh manusia. Tidak
bimbangkah anda sekiranya diri anda dimasuki oleh musuh-musuh yang
akan merosakkan diri anda sendiri, sepertimana pencuri yang menceroboh
masuk rumah anda?
Al-Harith bin Asad al-Muhasabi telah menukil kata-kata hukama
dalam Risalah al-Mustarsyidin


Perumpamaan seketul hati itu ibarat sebuah rumah yang mempunyai
enam pintu, berjaga-jagalah supaya langsung tidak dimasuki oleh sesiapa
pun melalui pintu-pintu tersebut, (sekiranya dimasuki) ia akan
memusnahkan rumah tersebut







Maka hati itu ialah rumah, dan pintu-pintunya ; mata, lidah, dua bibir,
dua tangan, dua kaki dan hidung (menghidu). Apabila dibuka salah satu
daripada pintu-pintu yang enam tersebut tanpa ilmu, hancurlah rumah
itu.
Pintu-pintu tersebut ialah penglihatan, percakapan, menghidu,
tangan dan kaki. Bagaimanakah hendak menjaganya daripada dimasuki
seseorang yang berniat jahat? Sudah pasti anda perlu mengenali setiap
satunya, siapakah yang hendak memasukinya.

Jasad yang terdapat di dalamnya cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.,


demi Allah s.w.t., sesungguhnya bumi ini tidak akan memamahnya,









Bagaimanakah pula tanah boleh memamahnya? Sedangkan cinta berada
dalam hatinya dan pujian (kepada Baginda s.a.w.) bermain pada lidahnya

Letakkan cinta kita semua terhadap Nabi s.a.w. dalam hati kita
semua, semoga insya-Allah kecintaan ini akan menerangi dan memandu
hati kita semua.

Pintu Pertama :
Mata (Penglihatan)
Nabi s.a.w. bersabda







Penglihatan itu salah satu anak panah daripada panahan iblis
(at-Tabrani, Mujam al-Kabir : 10363)
Inilah panahan syaitan. Jangan biarkan panahan syaitan ini
mempengaruhi iman anda. Kita semua memang sangat suka untuk melihat
perkara-perkara yang haram, sedangkan itulah yang akan merosakkan hati
dan meruntuhkan iman kita. Di manakah nilai jasad tanpa hati yang bersih
dan iman yang murni kepada Allah s.w.t.?
Syaitan laknatullah sentiasa berusaha sedaya upaya merosakkan
hati dan iman anda, tetapi malang sekali bagi sebahagian daripada kita
yang menjemput syaitan memasuki rumahnya. Mata inilah yang akan
memanggil syaitan-syaitan untuk bergayut pada hati dan kepalanya.
Imam al-Qurtubi menyatakan dalam al-Jami Li Ahkami alQuran





...

Penglihatan adalah pintu yang paling besar menuju kepada hati ... dan
wajib berjaga-jaga dengannya
Pintu yang terbuka luas kebiasaannya jarang dimasuki pencuri,
akan tetapi pintu ini lebih mudah dimasuki oleh penjenayah yang terlalu

jahat. Pencuri adalah penakut tetapi penjenayah itu lebih berbahaya! Lebih
sukar untuk dijaga.
Ibnu Abi ad-Dunya telah menukilkan kata-kata Abdullah bin
Masud dalam al Wara







Menjaga penglihatan lebih sukar berbanding menjaga lidah

Mulakanlah hari anda dengan menjaga pintu ini. Bermula


daripada awal pagi lagi, elakkanlah daripada pintu ini dimasuki oleh
penjenayah pecah rumah.
Ibnu Abi ad-Dunya menukilkan kata-kata Imam Wakie bin alJarrah dalam al-Wara
Ketika aku keluar bersama-sama Sufyan as-Sauri ketika Hari
Raya, beliau berkata








Sesungguhnya perkara pertama yang kami mulakan setiap hari ialah
menjaga pandangan
Lihatlah betapa waspadanya ulama-ulama kita dalam menjaga
hatinya sepertimana seseorang yang bersungguh-sungguh menjaga
rumahnya. Sekiranya mereka yang telah bertaraf ulama begitu menjaga
hati mereka sebegitu rupa, bagaimanakah pula kita yang hati kita sentiasa
dicemari?

Pintu Kedua :
Mulut (Percakapan)
Lidah merupakan satu anggota yang paling mudah untuk
melakukan kejahatan. Dengan lidah inilah juga sering digunakan oleh

syaitan untuk menggelapkan hati-hati manusia. Lidah inilah juga lebih


mudah untuk dimasuki oleh penjahat.
Imam al-Ghazali menukilkan dalam Ihya Ulumiddin
Muhammad bin Wasi berkata kepada Malik bin Dinar













Wahai bapa Yahya, menjaga lidah itu lebih susah bagi manusia
berbanding menjaga dinar dan dirham

Dalam bab-bab lain telah menjelaskan tentang kesan banyaknya


bercakap, tetapi dalam tajuk ini akan menjelaskan tentang bercakap
perkara-perkara yang haram walaupun sedikit. Bercakap bukan sahaja
akan menggelapkan hati, bahkan akan mematikannya. Bayangkanlah,
disebabkan lidah, keperibadian seseorang boleh binasa. Apatah lagi
apabila kerana sekerat lidah inilah, berlakunya pertumpahan darah,
pembunuhan dan sebagainya. Percakapan yang tidak berbatas bukan
sahaja berbahaya kepada diri sendiri, tetapi juga akan membunuh
masyarakat yang ramai!
Imam an-Nawawi r.a. telah menukilkan sebuah syair dalam alAzkar



Jagalah lidah kamu wahai manusia, Janganlah kamu dipatuk,
sesungguhnya ia adalah ular
Ibnu Manzur telah menukilkan dalam Lisanul Arab





Patukan itu dengan menggunakan mulut (ular), sengatan itu dengan
menggunakan ekor (kala jengking)

Wahai manusia yang mempunyai lidah, peliharalah lidah anda


sebaik mungkin. Janganlah kerana lidah, hati anda mati daripada mentaati
Allah s.w.t.. Jangan juga kerana lidah, diri anda musnah. Ingatlah, kerana
lidah itu juga yang akan menjadi perhitungan oleh Allah s.w.t. pada hari
akhirat kelak.
Adakah manusia merasakan bahawa dia berhak berkata apa-apa
sahaja? Adakah dia berhak membunuh manusia dengan lidahnya?
Allah s.w.t. berfirman




Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang
dilakukannya) melainkan ada pada sisinya malaikat pengawas yang
sentiasa sedia (meneriman dan menulisnya)
(Surah Qaf : 18)

Pintu Ketiga :
Telinga (Pendengaran)
Pintu yang ketiga ini ialah pendengaran. Pendengaran adalah
susulan daripada penjagaan penglihatan dan percakapan.
Imam al-Harith al-Muhasabi telah menyatakan dalam Risalah alMustarsyidin






Dan kewajipan bagi pendengaran itu ialah susulan daripada percakapan
dan penglihatan,

Maka setiap perkataan yang diharamkan untuk menuturkannya, atau


sesuatu yang diharamkan untuk melihatnya, maka haramlah
mendengarnya dan seronok dengannya
Imam an-Nawawi menukilkan dalam al-Azkar








Dan pendengaran kamu, peliharalah ia daripada mendengar perkara
yang buruk, sepertimana kamu menjaga lidah daripada bertutur
dengannya (buruk)
Imam al-Harits al-Muhasabi menukilkan kata-kata Abdullah bin
Umar dalam Risalah al-Mustarsyidin

Kami dilarang daripada mengumpat dan mendengarnya (umpatan), dan


kami juga dilarang daripada mereka-reka cerita dan mendengarnya
(cerita yang direka)


-



-











Maka tiadalah kecederaan yang lebih parah pada seseorang itu selepas
lidahnya, daripada pendengarannya. Hal ini kerana pendengaran adalah
sepantas-pantas utusan kepada hati, dan sehampir-hampir cetusan
kepada fitnah
Beliau menukilkan lagi kata-kata Imam Wakie al-Jarrah

Aku mendengar satu perkataan daripada pelaku bidah dua puluh tahun
dahulu dan sehingga hari ini aku tidak mampu untuk menghilangkannya
daripada telingaku. Tawwus ketika datang kepadanya pelaku bidah, dia
menutup telinganya supaya tidak mendengar kata-katanya (pelaku
bidah)

Pintu Keempat :
Hidung (Menghidu)
Apakah kaitannya dengan hidung ini? Hidung yang digunakan
untuk menghidu merupakan antara pintu-pintu yang boleh sampai kepada
hati. Menghidu sesuatu yang haram, sudah pasti akan merobohkan rumah
anda (hati).
Benarkah begitu? Adakah terdapat sesuatu yang haram dihidu?
Kenapakah ulama begitu mengambil berat tentangnya?
Imam al-Harith al-Muhasabi telah menyatakan dalam Risalah alMustarsyidin



Dan kewajipan menghidu itu susulan daripada mendengar dan melihat,
maka setiap perkara yang boleh dilihat, dan mendengarnya, maka
bolehlah dihidu.





Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Umar bin Abdul Aziz :
bahawa telah dihulurkan kepadanya wangian, lalu dia meletakkannya
pada hidungnya,


:


!!








Maka ditanyakan pandangannya (berkenaan wangian tersebut), lalu dia
berkata : Adakah wangian ini boleh diambil manfaat darinya selain
daripada baunya?!
Menghidu perempuan yang tertumpah minyak wangi boleh
memberi kesan kepada hati. Dengan wangianlah syaitan boleh datang
menggoda dan begitu juga dengan mendengar. Kedua-duanya boleh
membangkitkan syahwat.
Sesebuah hidangan itu dikatakan sedap berdasarkan bau dan
rasanya. Walaupun masih di dapur, kita sudah boleh menjangka
kesedapannya. Inilah antara pintu-pintu yang boleh mengajak syaitan
bertandang ke rumah anda!

Pintu Kelima & Keenam :


Tangan dan Kaki
Dua pintu terakhir ini tidak kurang bahayanya. Tangan dan kaki
kerap menyebabkan rumah anda terdedah kepada kemusnahan iaitu
apabila tangan dan kaki anda ringan untuk membuat kejahatan.
Allah s.w.t. berfirman

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah
dilakukan oleh tangan kamu sendiri
(Surah Ali Imran : 182)
Tangan dan kaki bukan sahaja akan memusnahkan rumah (hati)
sendiri, bahkan turut akan menjahanamkan rumah orang lain. Untuk
apakah digunakan kaki dan tangan tersebut?

Allah s.w.t. berfirman

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia
(Surah ar-Rum : 41)
Nabi s.a.w. bersabda
















Orang Islam itu adalah mereka yang menjaga orang Islam lain daripada
lidah dan tangannya
(Shahih Muslim : 161, Tuhfatul Asyraf : 2837)
Bukankah dosa besar itu dilakukan oleh tangan dan kaki?
Mensyirikkan Allah s.w.t. dengan perbuatan atau kata-kata, mengingkari
ibu bapa dengan perbuatan dan kata-kata dan membunuh juga disebabkan
oleh tangan dan kaki.
Dalam (Shahih Muslim : 256, Shahih Bukhari : 2510) Nabi
s.a.w. menyatakan tentang dosa besar,

1. Mensyirikkan Allah s.w.t.


2. Mengingkari Ibu bapa
3. Membunuh
4. Saksi palsu
Apakah tidak cukup bagi kita pengajaran-pengajaran terhadap
kisah-kisah sebelum ini? Bagaimanakah teruknya perbuatan Abu Lahab

sehinggakan namanya diburukkan dalam al-Quran kerana perbuatanperbuatannya?


Allah s.w.t. berfirman



Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama
(Surah al Masad : 1)
Allah s.w.t. berfirman



Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi
saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan
(Surah an-Nur : 24)
Allah s.w.t. berfirman




Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi
peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan
masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang
mereka telah usahakan.
(Surah Yaasin : 65)

Kesimpulan
Inilah keenam-enam pintu yang digunakan oleh sesiapa sahaja
yang cuba merosakkan rumah (hati) anda. Sudah pasti ada yang memiliki
rumah yang cantik dan mewah tetapi jika tiada sistem keselamatan, rumah
itu akan mudah dicerobohi. Itulah perumpamaan bagi mereka yang tekun
beramal tetapi beramal denga jahil tanpa ilmu. Sangat rugilah orang-orang
seperti ini. Mereka tidak dikenali sebagai orang berilmu, bahkan dikatakan
jahil, kerana umpamanya rumah yang sudah siap sedia dengan sistem
keselamatan, tetapi tidak digunakannya!
Ada pula sesetengah daripada kita yang memiliki rumah yang
besar, cantik, tenang hati melihatnya dan lengkap dengan ciri-ciri
keselamatan, ia diumpamakan sebagai sebuah hati yang terang dengan nur
Allah s.w.t.. Inilah rumah yang dicari-cari oleh syaitan laknatullah dan
manusia yang dipenuhi hasad dengki untuk dimusnahkan. Berjaga-jagalah
sentiasa kita terhadap mereka.
Ada pula sesetengah daripada kita yang memiliki rumah yang
buruk dan langsung tiada sistem keselamatan, bahkan penjenayahpenjenayah sedikit pun tidak terlintas pada fikiran mereka untuk
menceroboh rumah tersebut, ia diumpamakan seperti mereka yang
langsung tidak beramal dengan ilmu mereka bahkan lalai dengan
kehidupannya!
Allah s.w.t. berfirman

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam ramai daripada


kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah s.w.t.), dan yang mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah s.w.t.) dan
yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya
(ajaran dan nasihat);

mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai
(Surah al-Araf : 179)

BAHAGIAN 4
Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

Hati kita diumpamakan sebagai sebuah rumah yang mempunyai 7


pintu, sudah pasti terdapat cara-cara tertentu untuk menjaganya dengan
selamat. Bukankah kita takut sekiranya rumah kita dimasuki oleh anasiranasir yang tidak elok? Takutlah kita kepada Allah s.w.t. yang amat murka
kepada mereka yang memiliki hati yang rosak.
Bukankah kita berasa khuatir dengan keselamatan rumah kita
apabila pintu dibiarkan pintunya terbuka luas tanpa berkunci?
Berwaspadalah kita daripada pencuri-pencuri yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar!
Imam al-Ghazali telah menyebutkan dalam Mukasyafatul Qulub
tentang kaedah-kaedah untuk menjaga hati






Apabila seseorang itu berfikir tentang apa-apa yang telah berlalu
dalam hidupnya, bertujuan merebut akhiratnya, maka berfikir
tentang perkara tersebut, adalah pencuci bagi hati

Inilah antara salah satu cara yang disyorkan oleh Imam alGhazali, bahawa menyesali perbuatan-perbuatan yang lalu adalah antara
kaedah-kaedah untuk mencuci hati kita.
Imam al-Ghazali telah menukilkan kata-kata Abu al-Laith r.a. di
dalam Mukasyafatul Qulub





Tanda takutnya seseorang kepada Allah s.w.t. terzahir pada 7 perkara :
lidah, hati, mata, perut, tangan, kaki dan ketaatan.

Penjagaan Pintu Pertama :


Lidah

( (

)(


.




Lidah, maka dia menahan lidahnya daripada menipu, mengumpat, batu
api, menuduh dan berlebihan (banyak bercakap).
Dan menjadikan lidahnya lazim dengan berzikir mengingati Allah s.w.t.,
membaca al-Quran dan pembelajaran ilmu
Hindarilah lidah anda daripada membuat sesuatu perkara yang
haram. Lidah adalah anggota yang ringan dan paling mudah untuk

melakukan maksiat dengannya. Sebaliknya, gunakanlah lidah anda untuk


mengingati Allah s.w.t., membaca al-Quran dan mendalami ilmu.
Menyanyikan lagu-lagu yang melalaikan seolah-olah memberikan
satu kad jemputan bagi syaitan untuk bertandang ke rumah kita. Adakah
pencuri yang menceroboh masuk ke rumah kita atas dasar jemputan
daripada tuan rumahnya sendiri?
Allah s.w.t. berfirman

Adakah ia menyangka bahawa tiada sesiapa pun yang melihatnya?


(Surah al Balad : 7)



Tidakkah Kami telah menciptakan untuknya dua biji mata (untuk
memerhati kekuasaan Kami?). Dan lidah serta dua bibir?
(Surah al Balad : 8-9)

Penjagaan Pintu Kedua :


Hati

( ()(

(
(


( (
(

)(



(
(








Hati, maka dia mengeluarkan daripada hatinya permusuhan, menuduh
dan dengki.
Hal ini kerana hasad dengki itu memadam kebaikan seperti hadith Nabi
s.a.w. :
Hasad itu memakan (menghapuskan) kebaikan-kebaikan sepertimana
api memakan kayu api
Dan ketahuilah, sesungguhnya hasad dengki itu antara penyakit yang
berbahaya pada hati, dan tidak boleh diubati melainkan dengan ilmu dan
amal (pelaksanaan)
Hati yang berpenyakit sering sahaja memudharatkan tuan badan,
bahkan juga akan memudharatkan orang lain. Hati yang berpenyakit akan
merosakkan badan seumpama asap rokok mereputkan paru-paru.
Dalam Adabu ad-Dunya Wa ad-Din menukilkan kata-kata Ibnu
al-Mutazz







Hasad adalah penyakit jasad
Cara yang terbaik untuk menjaga hati ialah jauhkan daripada
kuman-kuman hasad, menuduh dan dengki. Maka, hati yang banyak
penyakit akan merosakkan anggota tubuhnya, bahkan hati yang
berpenyakit itu juga mungkin merosakkan orang lain. Ketahuilah bahawa
kuman hasad adalah satu wabak yang boleh berjangkit.

Penjagaan Pintu Ketiga :


Penglihatan

( (

)(

)( (

(
(

(
(


(
(

(

( (




Penglihatan, maka dia tidak melihat kepada benda-benda yang haram
daripada makanan, minuman, pakaian dan lain-lain, dan tidak melihat
juga kepada dunia dengan keinginan (ingin kepada dunia),
Tetapi, pandangannya digunakan dalam bentuk mengambil pengajaran,
dan tidak melihat kepada benda-benda yang tidak halal baginya.
Sepertimana sabda Nabi s.a.w. :
Sesiapa yang memenuhkan kelopak matanya dengan benda-benda
haram, Allah s.w.t. akan memenuhkan kelopak matanya dengan api
Mata pula digunakan untuk melihat kebesaran Allah s.w.t.,
menjaga pandangan, melihat perkara-perkara yang perlu sahaja, dan
hindarilah daripada melihat perkara yang haram. Adakah penglihatan yang
diberikan oleh Allah s.w.t. digunakan untuk melakukan larangan-Nya?
Siapakah yang lebih mulia di antara si buta yang bertaqwa dengan si celik
yang buta hatinya?
Imam Busairi r.a. berkata,

Dan air mata akan mengering disebabkan mata telah penuh dengan
perkara-perkara haram. Maka perbanyakkanlah kesedihan dan benci
daripada melakukannya.

Penjagaan Pintu Keempat :


Perut

( (
)(











:




(

)(


(
(
(

(



(
(
(


(
(





(

(

(
(

(
( (

(
(


(
( (
(


(
(




(
(

Perutnya, maka dia tidak memasukkan pada perutnya sesuatu yang


haram, kerana sesungguhnya ia adalah dosa yang besar,
Sepertimana sabda Nabi s.a.w.
Sekiranya terpalit sebiji daripada (benda) yang haram di dalam perut
anak Adam, setiap malaikat di langit dan bumi melaknatnya selagi
mana biji tersebut masih berada di dalam perutnya dan sesiapa yang
mati dalam keadaan demikian, maka nerakalah tempat baginya

Peliharalah perut anda, kerana perut adalah sarang maksiat.


Makanan yang haram akan menjadi darah daging dan mengalir di dalam
badan manusia. Bagaimanakah hati (segumpal darah) ingin bersih kalau
darahnya daripada makanan-makanan yang haram?
Imam Busairi r.a. berkata,






















Berwaspadalah daripada bahaya yang tersembunyi ini dengan berlapar
dan mengenyang. Kerana berkemungkinan terpaksa mengosongkan perut
itu disebabkan kesan penyakit perut.
Ulamaulama begitu menjaga makanan dan minuman mereka,
apatah lagi kita? Mereka yang sudah memiliki hati yang bersih, begitu
bersungguh-sungguh mencucinya, tetapi sangat malang bagi kita kerana
mengambil acuh tidak acuh terhadap perkara sepenting ini.

Penjagaan Pintu Kelima :


Tangan

( (
)(












Tangannya, maka dia tidak menggunakan tangannya untuk melakukan
perbuatan yang haram, akan tetapi menggunakannya untuk melakukan
perbuatan taat kepada Allah s.w.t..
Tangan boleh digunakan pada banyak perbuatan-perbuatan
kebaikan. Kenapakah sebahagian daripada kita masih menggunakan
tangan yang Allah s.w.t. pinjamkan itu untuk melakukan keburukankeburukan yang hina itu? Para petani bersusah-payah setengah mati untuk

mencari rezeki yang halal sedangkan pencuri-pencuri pula bermati-matian


untuk mencari makan dari sumber yang haram.
Allah s.w.t. berfirman

Azab yang demikian ini adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri,


kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak sekali-kali berlaku zalim kepada
hamba-hamba-Nya (Surah al-Hajj : 10)

Penjagaan Pintu Keenam :


Kaki

( (

)(
















Kakinya, maka dia tidak berjalan untuk pergi melakukan maksiat kepada
Allah s.w.t.,
Akan tetapi, dia berjalan untuk pergi melakukan ketaatan dan keredhaan
kepada-Nya, dan dia juga pergi untuk mendampingi ulama dan orang
soleh.
Gunakanlah kaki anda untuk mencari keredaan Allah s.w.t.,
mendampingi para ulama dan mencari cahaya-cahaya bimbingan mereka
untuk menyuluhi hati anda.
Apalah gunanya kaki itu sekiranya digunakan sebagai alat untuk
mencari dosa. Seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi bertaqwa
kepada Allah s.w.t. adalah lebih mulia daripada seseorang yang
mempunyai kaki tetapi digunakan untuk melakukan maksiat.

Imam Ahmad r.a. berkata dalam Madariju as-Salikin







(Keperluan) manusia terhadap ilmu lebih tinggi berbanding (keperluan)
mereka terhadap makanan dan minuman.







Hal ini kerana seseorang itu memerlukan kepada makanan dan minuman
dalam masa sehari sebanyak sekali atau dua sahaja. Tetapi, keperluannya
terhadap ilmu sebanyak mana jiwanya (selama mana ia hidup)
Oleh kerana itu, gunakanlah kaki anda untuk pergi menuntut ilmu.
Ilmu menjadi keperluan yang sangat penting melebihi keperluan seseorang
manusia terhadap makanan. Sekiranya seseorang itu bekerja keras untuk
mendapat makanan jasadnya, kenapakah dia tidak bekerja keras untuk
mencari makanan bagi hatinya?

Penjagaan Pintu Ketujuh :


Ketaatan

( (


)(





:




Ketaatannya, maka dia menjadikan ketaatannya semata-mata kerana
Allah s.w.t., dan khuatir terhadap riak dan munafik

Apabila dia melakukan ketaatan seperti itu, maka dia berada dalam
kalangan mereka yang disebut oleh Allah s.w.t. tentang hak mereka di
dalam al-Quran :

Dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah


khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Surah az-Zukhruf : 35)




dan firman-Nya dalam ayat yang lain



Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam
beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya
(Surah al Hijr : 45)




dan firman-Nya lagi

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan dalam tamantaman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya)
(Surah at-Tur : 17)




dan firman-Nya lagi

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat


tinggal yang aman sentosa
(Surah ad-Dukhan : 51)













Seolah-olah Allah s.w.t. mengatakan bahawa mereka ini mendapat
kejayaan dan terhindar dari siksa api neraka pada hari kiamat
Inilah tanda-tanda yang akan terlihat pada mereka yang menjaga
dirinya daripada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.. Namun hal ini juga
adalah sebahagian cara-cara untuk menjaga pintu hati anda daripada
dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan kepada
manusia. Gunakanlah pintu-pintu tersebut untuk melakukan kebaikan,
menerima tetamu, menjemput para ulama dan sebagainya.
Perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. itu sedikit
sahaja jika dibandingkan dengan perkara-perkara yang syariat Islam
benarkan. Sesiapa yang mengutip kejahatan yang sedikit inilah, yang akan
diazab oleh Allah s.w.t.!

Allah s.w.t. berfirman






Sesungguhnya Allah s.w.t. hanya mengharamkan kepada kamu memakan
bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang
disembelih tidak kerana Allah s.w.t.

(Surah al-Baqarah : 173)


Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan dalam at-Tafsir al-Munir Fil
Aqidah Wal Fiqhi Wal Manhaji



(





( ((
)(

Iaitu tidak diharamkan ke atas kamu melainkan bangkai dan selepasnya
(seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran)
Dalam penggunaan Bahasa Arab, ( )bermakna hanya dan
dengan itu bukankah bermaksud perkara-perkara yang haram hanyalah
sedikit sahaja? Semua perkara adalah halal, melainkan apa-apa yang
disebutkan dalam al-Quran. Kenapakah perkara yang sedikit dan haram,
bahkan memudaratkan itu lebih disukai oleh kebanyakan manusia?
Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan dalam al-Halal Wal Haram




Asal sesuatu adalah harus (dibenarkan)
(Kaedah Fiqh)



Tiada yang haram, melainkan apa yang dinyatakan daripada nas yang
jelas dan shahih daripada syara yang mengatakannya haram
Allah s.w.t. berfirman

Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang


diharamkan-Nya ke atas kamu
(Surah al-Anam : 119)
Perkara yang haram sangatlah sedikit dan sesiapa yang
melakukannya akan dibalas dengan keburukan. Manakala selain daripada

apa-apa yang diharamkan itu adalah halal dan mereka yang melakukan
perkara-perkara yang diizinkan syara akan dibalas dengan pahala,
keampunan dan rahmat Allah s.w.t..
Tetapi mengapakah kejahatan yang sedikit itu masih lagi dicaricari? Mengapakah balasan keburukan itu yang teramat sangat diingini?
Mereka inilah yang ditimpa penyakit hati. Jadikanlah hati anda dipandu
oleh kebenaran, bukannya dengan kehendak nafsu yang tidak dibimbing
oleh syariat Allah s.w.t..
Sekiranya kehendak nafsu jahat itu semuanya dituruti,
bagaimanakah hati ini dapat dididik dengan iman? Didiklah hati anda
dengan mengikut perintah-Nya semata-mata.

BAHAGIAN 5
Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

Nabi s.a.w. bersabda






Sesiapa yang banyak berkata-kata, maka banyaklah salahnya. Sesiapa
yang banyak salahnya, maka banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak
dosanya, maka nerakalah lebih layak baginya.
(Imam As-Sayuti, Jami As-Saghir : 8990)
Hati yang gelap, disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya ialah
dengan banyak berkata-kata dan apabila kita banyak berkata-kata maka
kita akan cenderung untuk berkata-kata sesuatu yang akan menjerumuskan
kita kepada dosa. Oleh kerana itulah mereka yang banyak dosanya, akan
gelaplah hatinya. Bagaimanakah kita hendak mengharapkan kejayaan
daripada Allah s.w.t. dengan hati yang gelap?
Allah s.w.t. berfirman




Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang
khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri
daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
(Surah al-Mukminun : 1-3)

Imam Sayuti telah menukilkan dalam ad-Darrul Manthur Fi


Tafsiri Bil Mathur :
Maksud daripada ayat yang ke-3 tersebut ialah maksiat
Nabi s.a.w. bersabda














Janganlah perbanyakkan kata-kata selain daripada berzikir mengingati
Allah s.w.t., maka sesungguhnya banyak kata-kata selain berzikir kepada
Allah s.w.t. akan mengeraskan hati. Dan sesungguhnya manusia yang
paling jauh daripada Allah s.w.t. ialah manusia yang hatinya keras
(at Tirmizi : 2413)
Bagaimanakah kita hendak menerangi hati kita dengan nur Allah
s.w.t. sedangkan hati kita jauh daripada mengingati dan berzikir kepadaNya?


Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu
hatinya daripada menerima peringatan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
(Surah az-Zumar : 22)
Ibnu Atoillah as-Sakandari telah menyatakan dalam al-Hikam


Sesiapa yang banyak suaranya, maka banyaklah silapnya

Al-Munawi telah menukilkan dalam Faidhul Qadir Syarhul Jami


as Saghir
Imam al-Ghazali berkata :






Janganlah kamu ringankan lidah kamu, lalu lidah itu akan merosakkan
kamu dan paras kamu
Ibnu Mubarak berkata :












Peliharalah lidah kamu, sesungguhnya lidah itu segera membawa kepada
pembunuhan seseorang







Dan sesungguhnya lidah itu petunjuk bagi hati, menunjukkan kepada akal
seseorang
Saidina Umar berkata kepada al-Ahnaf :



Dan sesiapa yang banyak kata-katanya, maka banyaklah salahnya. Dan
sesiapa yang banyak salahnya, kuranglah sifat malunya
Keaiban seseorang terserlah kerana lidahnya, akal seseorang
diukur dengan kata-katanya dan kemuliaan seseorang terhina kerananya.
Dengan kata-kata juga menjadi alat yang sangat ampuh bagi syaitan
laknatullah untuk merosakkan umat manusia.
Lidah juga merupakan nikmat bagi manusia, kerana dengannya
manusia boleh berkata-kata, berkomunikasi dan sebagainya, tetapi jangan

dilupakan bahawa dengan berkata-kata itu jugalah digunakan oleh syaitan


laknatullah sebagai senjata untuk merosakkan umat manusia.
Imam al-Ghazali telah menyatakan dalam Ihya Ulumiddin








....








Sesungguhnya lidah itu adalah antara nikmat-nikmat kurniaan Allah
s.w.t. yang besar, ..... dan sesungguhnya lidah itu adalah secanggihcanggih alat bagi syaitan untuk menghasut manusia
Hati yang penuh dengan kekotoran kerana disebabkan lidahnya
akan menutup ruang untuk mendapat hidayah daripada Allah s.w.t..
Bagaimanakah syurga boleh dijamin baginya?
Nabi s.a.w. bersabda


Sesiapa yang menjamin untukku (untuk menjaga) apa-apa yang ada di
antara dua janggutnya (lidah), dan dua kelangkangnya (kemaluan), aku
jamin baginya syurga
(Shahih Bukhari : 6474)

Bagaimanakah Menerangkan Hati Dengan Menjaga


Lidah?
Setelah kita mengenali dan memahami bahawa dengan banyak
berkata-kata boleh menggelapkan hati, bagaimanakah pula tindakan kita
untuk memastikan hati kita sentiasa selamat daripada hasutan syaitan yang
sentiasa membisikkan kejahatan?
Dr. Abu Bakar Ismail telah menukilkan kata-kata Ibnu Arabi
dalam Wasoya ar-Rasul

) :




) (













Sesungguhnya penyakit jiwa ialah berbentuk kata-kata dan perbuatan,
dan pembahagian dalam bentuk kata-kata itu banyak, akan tetapi punca
dan ubatnya hanya dua :

Pertama
Tidak berkata apabila ingin berkata-kata
Kedua
Tidak berkata-kata melainkan ketika mana sekiranya kamu diam daripada
berkata-kata ia dikira sebagai maksiat
Berkata-katalah sekiranya berdiam diri itu dikatakan sebagai
maksiat. Kenapakah manusia berdiam diri apabila melihat kejahatan tetapi
sebaliknya antara kalangan yang menggunankan kata-kata untuk
kemaksiatan? Disebabkan inilah ada pepatah yang menyebut lidah itu
petunjuk bagi hati.
Imam al-Ghazali telah menceritakan dalam Ihya Ulumiddin

) :




: (
(
) :


Dikatakan kepada Isa a.s. : Tunjukkan kepada kami, amalan yang
membawa kami ke syurga.
Nabi Isa menjawab :
Jangan berkata selama-lamanya
Mereka berkata :

Kami tidak mampu untuk (melakukan) demikian


Nabi Isa berkata :
Maka janganlah kamu berkata melainkan dengan kebaikan
Nabi Sulaiman bin Daud a.s. berkata












Sekiranya berkata-kata itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah
emas
Mereka yang jernih hatinya lebih bernilai daripada mereka yang
kotor hatinya. Nilai emas lebih tinggi daripada perak selama-lamanya.
Manakah yang akan anda pilih, emas atau perak? Atau adakah anda akan
memilih kedua-duanya sekali? Atau anda tidak suka kedua-duanya?
Berdiam diri lebih selamat daripada berkata-kata jika tidak ada
sesuatu kebaikan yang hendak kita perkatakan kerana lidah yang ringan
ini tidak mampu dikawal oleh empunya dirinya sendiri ketika berkatakata.
Mereka yang menjaga hatinya, akan menjaga lidahnya. Hal ini
kerana mereka khuatir sekiranya kata-kata mereka akan membawa mereka
kepada kesalahan dan dosa. Mereka inilah antara orang-orang yang
beruntung.
Kenapakah barang-barang yang ternyata langsung tidak berfaedah
masih disimpan? Bahkan barang-barang yang membahayakan terus
diguna pakai. Lidah umpama permata, dan seharusnya lidah dijaga dengan
seelok-eloknya sesuai dengan nilainya yang sangat mahal dan bukannya
dibiarkan bersepah-sepah di merata-rata tempat.
Imam al-Ghazali menukilkan daripada Abdullah bin Amru r.a.
dalam Ihya Ulumiddin

Tinggalkan apa yang tidak memberi faedah kepada kamu, jangan


berkata-kata tentang apa-apa yang tidak perlu bagimu, dan simpanlah
lidah kamu sepertimana kamu menyimpan emasmu
Banyak berkata-kata akan mengurangkan akal. Bukankankah
mereka yang berakal adalah mereka yang menjaga lidahnya? Gunakanlah
ubat penerang hati dengan berdiam diri untuk mengubati penyakit suka
banyak berkata-kata perkara yang sia-sia.
Keelokan kata-kata anda mencerminkan kejernihan akal anda.
Maka buruknya tutur-kata seseorang itu bermakna akalnya juga agak
kecelaruan dan kusam dengan maksiat sebagaimana lidahnya.
Al-Hassan bin Hani berkata dalam al-Adabu asy-Syariyyah
















Orang yang berakal hanyalah mereka yang,
Memateri mulut mereka dengan pateri,
Paterilah ia dengan ubat berdiam diri, ia lebih baik,
Bagimu daripada penyakit banyak berkata

Apabila seseorang pesakit sudah memperolehi ubat daripada


doktor, sudah pasti dia akan segera menggunakannya walaupun ubat
tersebut lebih pahit daripada hempedu. Oleh sebab ubat bagi penyakit
banyak bercakap ialah berdiam diri, maka gunakanlah perbuatan berdiam
diri itu walaupun begitu susah untuk dilaksanakan dan pastikan kita hanya
bercakap apabila betul-betul satu keperluan untuk syariat Allah s.w.t..
Semoga Allah s.w.t. memelihara kita semua daripada melakukan
kemaksiatan kepada-Nya. Insya-Allah.

Gunakanlah Lidah Sebagai Penerang Hati


Lidah yang diberikan oleh Allah s.w.t. perlulah digunakan sebaikbaiknya. Elakkan diri daripada melakukan fitnah, mengumpat, mengeji
dan sebagainya yang telah dijelaskan sebelum ini. Hati yang mati adalah
disebabkan hati tidak diberikan makanan.
Apakah makanan bagi hati kalau bukan dengan berzikir kepada
Allah s.w.t.? Hati sifatnya sentiasa gelisah dan tidak tenteram.

Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia


(Surah ar-Radu : 28)
Berzikir bukanlah hanya dengan menggunakan lidah, bahkan
berzikirlah bersama-sama dengan hati. Lembutkanlah hati anda dengan
pelbagai cara yang termudah bagi anda.
Abu al-Farj Ibnu al-Jauzi berkata dalam Nuzhatul Ayun anNawazhir



.



Zikir itu dikatakan terdapat dua bentuk :
1. Pertama : berzikir dengan hati
2. Kedua : berzikir dengan lidah
Imam an-Nawawi telah menyatakan dalam al-Azkar

Zikir itu adakala dengan menggunakan hati, dan adakala dengan


menggunakan lidah. Dan yang paling baik adalah yang dilakukan dengan
menggunakan hati dan lidah sekaligus.














Sekiranya digunakan salah satu daripadanya, maka (zikir menggunakan)
hati adalah terbaik. Kemudian tidak patut ditinggalkan zikir
menggunakan lidah bersama dengan hati dibimbangi akan disangka
dengan berzikir itu adalah riak
Beliau menukil lagi kata-kata Abu Ali al-Fudhail bin Iadh r.a.

Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak, dan beramal kerana


manusia adalah syirik
Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menukilkan kata-kata al-Fakhru
Razi dalam Fathul Bari














Yang dimaksudkan dengan berzikir menggunakan lidah itu ialah
(menyebut) perkataan-perkataan yang menunjukkan kepada as-Tasbih, atTahmid dan at-Tamjid.






Dan zikir menggunakan lidah pula ialah berfikir pada bukti-bukti zat-Nya
dan sifat-sifat-Nya, dan mengkaji petunjuk-petunjuk pentaklifan daripada

aspek suruhan dan larangan, sehinggalah menerjahkan kepada hukumhakam-Nya, dan mengkaji rahsia ciptaan Allah s.w.t.
Dalam usaha kita untuk cuba mempraktikkan zikrullah, tidak
perlu bersusah-payah mengamalkan sebanyak-banyaknya sehinggakan
susah untuk kita mengekalkan amalan tersebut. Oleh itu, pilihlah yang
paling sesuai untuk diri anda walaupun sedikit tetapi kerap dilakukan
adalah yang terbaik.
Imam an-Nawawi r.a. berkata di dalam al-Azkar























Ketahuilah, bahawa kelebihan berzikir itu bukanlah hanya terhad pada
at-Tasbih, at-Tahlil, at-Tahmid, at-Takbir atau sebagainya, bahkan setiap
perbuatan kerana Allah s.w.t. dengan ketaatan, maka dia juga adalah
orang yang berzikir kepada Allah s.w.t..
Perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah s.w.t. untuk
menerangkan hati kita yang kian malap dari sehari ke sehari. Berilah hati
kita makanan yang sesuai dengannya iaitu dengan zikrullah dan janganlah
lidah anda yang menuturkan kata-kata tanpa batas syarak menjadikan hati
anda gelap-gulita.
Allah s.w.t. berfirman






Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah s.w.t. sebanyakbanyaknya serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah
s.w.t. sebanyak-banyaknya, Allah s.w.t. telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar

(Surah al-Ahzab : 35)


Apabila mereka yang mengingati Allah s.w.t. dalam apa-apa jua
perbuatannya, hati mereka akan berasa tenang. Apabila mereka ditimpa
kesusahan, mereka akan bersabar dengan ujian-ujian tersebut. Hal ini
kerana mereka sentiasa bertenang dan yakin bahawa segalanya ketentuan
Allah s.w.t..

Inilah penerang hati. Hati yang gelap sentiasa bersangka buruk


walaupun orang ramai berbuat baik kepadanya. Mereka yang terang
hatinya sentiasa berfikiran positif dalam bertindak dan cemerlang dalam
membuat keputusan. Inilah yang dikatakan sebagai pelembut hati.
Bukankah Allah s.w.t. sendiri yang telah menciptakan manusia
yang sewajibnya lebih mengetahui akan hamba-hamba-Nya? Maka Allah
s.w.t. berfirman, menjelaskan ubat penerang hati itu.
Allah s.w.t. berfirman



(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah
hati manusia
(Surah ar-Radu : 28)
Berikutnya, untuk kita sentiasa melazimi mengingati Allah s.w.t.
ialah dengan mengenali Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.. Orang
yang mencintai seseorang yang lain, sudah pasti hatinya sentiasa
mengingati orang yang dicintai tersebut.

Bagaimanakah untuk seseorang itu berasa suka untuk berzikir


kepada Allah s.w.t. sekiranya di dalam hatinya tidak merasakan betapa
enaknya dengan zikir tersebut? Adakah kita berzikir semata-mata hanya
pada lidah dan bukannya sekali dengan hati?

BAHAGIAN 6
Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

Banyak tidur yang disebut ini ialah penyakit malas. Pepatah sering
menyebutkan, orang yang malas selalu rugi. Tidur adalah ibadat, tetapi
apabila berlebihan akan menjadikan badan kita lemah dan susah untuk
bertaubat.
Ilmu adalah cahaya dan tidak mungkin didapati dengan sikap
malas. Bagaimanakah ilmu sebagai cahaya untuk menerangi hati yang
gelap sekiranya sikap malas sentiasa membaluti diri kita? Adakah manusia
dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk mengisi hidupnya dengan tidur?
Bukankah tidur itu merupakan satu bentuk kematian?
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghudah menukilkan kata-kata Imam
Yahya bin Abi Kathir dalam Shafahat Min Sabril Ulama








Ilmu tidak dapat dicapai dengan kerehatan tubuh badan
Bagaimanakah untuk menyedarkan diri kita yang sedang tidur
kalau bukan dengan peringatan? Sikap lalai dengan kehidupan dunia dan
selesa dengan keempukan bantal hartanya mestilah segera diubati dengan
peringatan sepanjang masa agar hati kita kembali bersinar dengan
wangian syurga Ilahi.
Ibnu Manzur menukilkan kata-kata Umar bin Abdul Aziz melalui
Lisanul Arab


Dan dalam kalangan manusia, ada yang hidup menderita,
Dalam bangkai malam dan (dalam) kelalaian ketika berjaga,










Sekiranya dia mempunyai sifat malu dan beragama,
Dia akan menghampiri Allah s.w.t. dan bertaqwa
Al-Izziy berkata dalam Tahzibu Madariji as-Salikin











Sesungguhnya seseorang itu apabila dibangkitkan daripada penyakit
kelalaian, dia boleh diterangi dengan memandang kepada cahaya
peringatan
Beliau berkata lagi

(

:





(


Ketahuilah, sesungguhnya seseorang itu, sebelum sampai kepadanya
pendakwah, dia berada dalam tidur kelalaian, hatinya tidur sedangkan
anggotanya berjaga. Maka datanglah orang yang memberi nasihat dan
dan memperdengarkan seruan kejayaan, lalu bilal melaungkan azan :
Marilah menuju kejayaan

Kejayaan apakah yang akan mendatangkan keuntungan kepada si


tidur? Di dunia anda hidup bukannya mati. Bukankah tidur selepas
kematian adalah tidur yang lebih panjang bahkan selama-lamanya?
Mereka yang gemar tidur adalah mereka yang terlupa bahawa
mereka akan tidur lebih lama setelah kematian menjenguk tiba. Seolaholah mereka berkata Lebih baik aku tidur seenak-enaknya sebelum
mati. Percayalah, bagi orang yang gemar tidur, kematian bagi mereka
adalah sebuah mimpi ngeri.
Dr. Aidh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam La Tahzan :





Wahai penggemar katil, banyaknya kamu tidur,
Sesungguhnya selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!!
Tidur adalah suatu bentuk ibadah sekiranya dijadikan sebagai
waktu rehat. Tetapi tidur juga akan melalaikan kita apabila kita tidur
bukan pada waktunya, bahkan terkadang sehingga berlebih-lebihan.
Apalah gunanya hidup kalau hanya diisi dengan kematian (tidur)?.
Abu Nuaim menukilkan daripada Soleh al-Mariy dalam Hiliyatil
Auliya

:




:


( (
(





( (

( (

(

(





(
(
( (


(
(

( (

(




( (
(

(
Ziad An-Numairi berkata kepadaku semenjak dahulu, dia berkata :
seseorang datang kepadaku ketika aku mimpi, lalu orang tersebut
berkata:
Bangun wahai Ziad, sepertimana kamu biasa bertahajjud, dan
ketekunan kamu terhadap qiamullail. Demi Allah s.w.t., ia lebih baik

bagi kamu daripada tidur, (tidur itu) meletihkan badan kamu, dan
merosakkan hati kamu








( (
( :

(

(
(


( (

( (



(

:
Lalu aku tersentak, kemudian aku tertidur kembali, lalu orang itu datang
lagi dan berkata,
Bangun wahai Ziad, tiadalah (bagi sesiapa) kebaikan di dunia
melainkan mereka yang beribadah.
Aku tersentak..
Sekiranya para ulama yang kesolehan, ibadah dan keilmuan
mereka jauh mengatasi kita pun memperuntukkan kebanyakan masa
mereka untuk mentaati Allah s.w.t., inikan pula dengan kita yang
sebaliknya menghabiskan banyak masa untuk tidur?

Tidur Membazirkan Umur


Masa seharian yang diisi dengan tidur hanyalah membuang masa.
Masa yang diberikan oleh Allah s.w.t. untuk bekerja diisi dengan sia-sia.
Waktu malam sepatutnya digunakan untuk berehat dan waktu siang
dimanfaatkan dengan bekerja.
Allah s.w.t. berfirman



Dan (bukankah) Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)
masa untuk mencari rezeki
(Surah an-Naba : 11)
Nabi s.a.w. bersabda




Bangun dan tidurlah, berpuasa dan berbukalah, sesungguhnya badan
kamu mempunyai haknya, dan mata kamu juga mempunyai hak
(Shahih al-Bukhari : 6134)
Jagalah hak badan dan mata dengan tidur dan berjaga (tidak
tidur), berpuasa dan juga berbuka. Islam tidak mendesak sesiapa supaya
berjaga sepanjang malam, tetapi membenci mereka yang tidur sepanjang
siang.
Nabi s.a.w. bersabda



Gunakanlah 5 perkara sebaik-baiknya sebelum datang 5 perkara :
Masa muda kamu sebelum datangnya tua,
Masa sihat kamu sebelum datangnya sakit,
Masa kaya kamu sebelum datangnya miskin,
Masa lapang kamu sebelum datang kesibukan,
Masa hidup kamu sebelum datangnya kematian.
(Imam Sayuti, Jami As-Saghir : 1215)
Dr. Aidh al-Qarni menukilkan kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal
dalam La Tahzan






:




:

Seseorang bertanya kepada Imam Ahmad : Bilakah waktu rehat?


Imam Ahmad berkata : Apabila kamu berpijak di syurga, maka
rehatlah
Beliau menukilkan lagi sebuah cerita



:


.
:



Seorang rakan pengajianku dari Nigeria telah menceritakan kepadaku :
Seorang lelaki empunya amanah, menceritakan kepadaku bahawa ibunya
menggerakkannya (daripada tidur) pada sepertiga malam, dia (lelaki
tersebut) berkata : Aku hendak berehat sebentar. Dia (ibunya)
berkata : Aku tidak menggerakkan kamu melainkan supaya kamu
dapat berehat, wahai anakku, apabila kamu masuk syurga, rehatlah
Dr. Muhammad Bakar Ismail menukilkan dalam Wasoya arRasul Wa Atharuha Fi Taqwimi al-Fardi Wal Mujtami







Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu
Apakah seburuk-buruk penyesalan berbanding penyesalan pada
hari akhirat? Ketika itulah hari yang mana penyesalan tidak lagi lansung
berguna. Umur yang panjang dihabiskan begitu sahaja tanpa amalan yang
mencukupi sebagai bekalan di sana kelak.
Allah s.w.t. berfirman



Ia akan berkata : Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amalamal baik untuk hidupku (di sini)!
(Surah al-Fajr : 24)

Bukankah anda berasa terlalu rugi sekiranya terlepas satu peluang


keemasan dalam hidup anda? Tetapi kita jarang memanfaatkan peluang
hidup yang diberi oleh Allah s.w.t. ini sebagai sebuah peluang keemasan.
Apabila kematian sudah menjemput kita, barulah kita berasa rugi dengan
setiap saat ketika hidup dibazirkan begitu sahaja.
Pernahkah anda mendengar rintihan seorang tua, yang berkata
Alangkah bagusnya kalau aku kembali muda ataupun rintihan seorang
yang gagal dalam hidupnya; Alangkah bagusnya sekiranya aku
bersungguh-sungguh ketika mula lagi. Ingatlah, masa tidak akan
berundur dan sekiranya kita terlambat, masa tetap akan meninggalkan
kita!

Kaedah Memanjangkan Umur


Umur yang panjang menjadi igauan kehendak semua manusia.
Akan tetapi mereka lupa bahawa kematian mungkin akan menjenguk
mereka pada hari esok. Sebaliknya bagi seseorang yang merasakan
umurnya pendek, maka dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan sikap
seperti inilah yang dikatakan sebagai orang yang cerdik. Namun bagi
seseorang yang merasakan umurnya masih panjang akan menjadikan
mereka bermalas-malasan dan bertangguh-tangguh sehinggakan mereka
yang seperti ini dikatakan orang yang tak berguna. Hakikatnya, tidak ada
sesiapa pun yang mengetahui tarikh kematiannya.
Nabi s.a.w. bersabda















Sesiapa yang mengamalkan perkara yang baik, lalu orang selepasnya
beramal dengannya (mencontohinya), baginya ganjaran amalannya
(sendiri) dan (ganjaran) orang yang beramal dengannya (mencontohinya)
(Imam Ahmad, Musnad : 19100)

Inilah antara cara-cara memanjangkan umur kita iaitu dengan


melakukan perkara-perkara yang baik dan perbuatan-perbuatan tersebut
seterusnya dicontohi oleh orang ramai. Apalah untungnya sekiranya orang
yang kuat tidur itu dicontohi pula tabiat buruknya? Bangunlah daripada
lena, lakukanlah tiga perkara ini.

Nabi s.a.w. bersabda


Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah (pahala) amalan
daripadanya, melainkan tiga perkara (yang tidak putus pahalanya) :
Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang
mendoakannya (Imam Ahmad, Musnad : 8830)
Mana mungkin seseorang hendak mengajar anak berqiamullail
dan mendoakan untuk si bapa, kalau si bapa terus enak dengan tidurnya?
Apakah lagi cara-cara memanjangkan umur?
Sayyid Badiuzzaman an-Nursi berkata dalam Rasaili an-Nur








!














!

Wahai manusia, adakah kamu ingin menukarkan umur kamu yang pendek
dan akan habis kepada umur yang kekal dan panjang, bahkan
menguntungkan dan memberi manfaat?










)( :
















Maka sudah pasti jawapannya : Ya! Itulah kehendak manusia, maka


gunakanlah umur kamu pada jalan Yang Maha Kekal, kerana manamana perkara yang dilakukan kerana Yang Maha Kekal, ia akan
mendapat kemuliaan daripada kemuliaan-Nya yang kekal
Umur yang ada harus digunakan dengan sebaik mungkin. Masa
akan terus berjalan tanpa henti. Lihatlah pada amalan-amalan mereka ini
yang diteruskan sehingga kini dan insya-Allah ganjaran pahala bagi
mereka juga berterusan walaupun jasad mereka sudah lama pergi
meninggalkan kita.
Rugilah bagi sebahagian daripada kita meskipun berumur
sehingga 500 tahun, tetapi pada sisi Allah s.w.t mereka hanya berusia
beberapa tahun kerana sedikitnya masa yang mereka benar-benar
manfaatkan untuk Islam! Inilah satu kerugian yang nyata, langsung tidak
dapat dimanfaatkan.

Ringkasan daripada petua memanjangkan umur ini ialah :


1

Banyakkan beramal soleh

Bersedekah

Belajar dan mengajar dengan ilmu yang bermanfaat

Mendidik anak dengan syariat Islam

Melakukan amalan kerana Allah s.w.t.

Bagaimanakah hendak kita lakukan semua ini sekiranya kita tidak


memanfaatkan masa dengan sebetulnya? Bangunlah daripada lena yang
berpanjangan kerana insya-Allah, masa yang digunakan dengan bekerja,
beribadat dan menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. akan menjadikan umur
kita lebih bermanfaat.
Allah s.w.t. berfirman

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesanpesanan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
(Surah al-Asr)
Amat rugilah bagi mereka yang tidak beriman, tidak beramal
soleh dan tidak berpesan-pesanan. Kehidupan mereka hanya umpama
habuk yang berterbangan. Apalah gunanya hidup dengan umur yang
panjang sekiranya tidak diisi dengan amal soleh. Jika begitulah
keadaannya, maka mungkinkah kematian itu pilihan yang lebih baik? Oleh
itu marilah kita sama-sama melaksanakan ketiga-tiga tuntutan tersebut
supaya kehidupan kita lebih terarah dan bermanfaat tanpa sebarang
sesalan pada hari akhirat kelak. Insya-Allah.

BAHAGIAN 7
Banyak Ketawa, Menggelapkan Hati

Abu Nuaim menukilkan kata-kata Hasan al-Basri r.a. dalam


Hiliyatil Auliya








Banyak ketawa mematikan hati
Ketawa yang berlebih-lebihan sangatlah dipandang jelek, apatah
lagi ketawa antara perbuatan-perbuatan yang menyebabkan hati menjadi
gelap. Hal ini kerana, dengan ketawa akan melupakan manusia kepada
mengingati mati. Oleh sebab itu, sekadar manakah keperluan kita terhadap
ketawa? Allah s.w.t. yang Maha Pencipta yang menjadikan manusia
dengan penuh kesempurnaan juga menciptakan manusia bersama-sama
dengan perasaan duka dan gembira.
Allah s.w.t. berfirman



Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu
bergembira), tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita)
menangis;
(Surah an-Najm : 43)
Abu Nuaim menukilkan kata-kata Abi Ali ar-Razi dalam Hiliyatil
Auliya

Aku mendampingi al-Fudhail bin Iadh selama 30 tahun, tidak pernah aku
melihatnya ketawa, walaupun senyum, kecuali ketika kematian anaknya
Ali. Lalu aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut, lalu dia
menjawab: Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai sesuatu perkara, maka
aku menyukai apa yang disukai oleh Allah s.w.t.
Ketika kita tertawa berdekah-dekah, ingatkah kita bahawa akan
sampai suatu saat kita akan menyusuli dengan tangisan? Selama manakah
kegembiraan kita dengan tertawa itu akan bertahan? Mana mungkin kita
boleh merasakan selesa dengan pahala yang entah tidak seberapa dan dosa
yang bertimbun-timbun? Tidak takutkah kita sekiranya sikap kita yang
terlalu berkehendakkan senda-gurau tanpa kenal erti keseriusan dalam
menggalas amanah Allah s.w.t. sebegini akan dibenci oleh Allah s.w.t.?
Abu Nuaim menukilkan kata-kata Abi Jafar dalam Hiliyatil
Auliya











:

Sesungguhnya dia (Muhammad bin Ali al-Baqir) apabila ketawa, dia
berdoa : Ya Allah, janganlah engkau membenciku
Ibnu Manzur menukilkan kata-kata al-Laith dalam Lisanul Arab
tentang perkataan ( )





( ) itu ialah sangat benci
Muhammad bin Ali al-Baqir bimbang sekiranya ketawanya itu
akan dibenci oleh Allah s.w.t.. Apakah keuntungan yang bakal diperolehi
sehingga menyebabkan kita terlalu gembira dengan ketawa berdekahdekah? Bukankah mata yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t. itu
lebih menguntungkan? Bahkan ketawa yang berlebih-lebihan itu akan
merugikan dan menjadi sesalan bagi kita pada hari akhirat kelak kerana
ketawa yang keterlaluan akan mematikan hati.
Abu Nuaim menukilkan kata-kata Sufiyan at-Thauri dalam
Hiliyati al Auliya








Hendaklah kamu berjaga-jaga dengan kekenyangan yang melampau,
sesungguhnya ia mengeraskan hati, tahanlah diri daripada marah, dan
elakkanlah daripada banyak ketawa, sesungguhnya ia mematikan hati.
Nabi s.a.w. bersabda


Beruntunglah bagi sesiapa yang memiliki jiwanya, luas rumahnya dan
menangisi kesalahan lalu
(at-Targhib Wat Tarhib)
Nabi s.a.w. bersabda








:







Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka : mata yang
menangis takut kerana Allah s.w.t. dan mata yang berjaga kerana jalan
Allah s.w.t.
(At-Tirmizi : 1639)
Nabi s.a.w. bersabda





Sesiapa yang mengingati Allah s.w.t., lalu mengalir air matanya takut
kerana Allah s.w.t., sehinggakan membasahi bumi, mereka ini tidak
diazab oleh Allah s.w.t. pada hari akhirat
(at-Tirmizi : 1669)
Tidak rugi untuk mengalirkan air mata pada tempat yang
sepatutnya. Bahkan itulah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t. dan
tersangatlah rugi bagi mereka yang tidak menangis kerana Allah s.w.t..

Imam al-Qurtubi telah berkata dalam al-Jami Li Ahkami alQuran tentang perbezaan jenis tangisan, samada disukai atau dibenci.










Perkara (tangisan) yang difardhukan ialah :

Tangisan yang takut kepada Allah s.w.t. dan merebut rahmat-Nya, inilah
tangisan yang dipuji.
Ataupun tangisan disebabkan mendengar bacaan al-Quran dan isi
kandungannya setelah menghayati dan menelitinya
Ataupun disebabkan naluri kemanusiaan sepertimana yang dilakukan
Nabi s.a.w. ketika kematian anaknya Ibrahim
dan semua ini adalah tangisan yang dipuji.




Adapun tangisan yang dibuat-buat dan seumpamanya, samada digunakan
untuk menguatkan kebenaran kenyataan, dakwaan atau sebagainya
sepertimana yang dilakukan oleh adik-beradik Nabi Yusof a.s..
Ini adalah kesedihan yang dicela kerana ia seolah-olah menampakkan
bahawa seseorang itu ingin membenarkan kata-kata dan perbuatannya.
Beliau menukilkan lagi










Apabila mengalirnya air mata pada pipi,
Jelaslah siapa yang menangis dan mereka yang buat-buat menangis
Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata dalam Zadul Maad




..




Tangisan yang dilakukan bersama-sama : ialah apabila seorang lelaki
melihat manusia sedang menangisi sesuatu kejadian ke atas mereka, lalu
(lelaki itu) turut menangis bersama-sama mereka, dan tidak pula
mengetahui sebab tangisan mereka...



:






:










Dan tangisan yang dibuat-buat ini, terbahagi kepada dua bahagian :
Dipuji :
Bertujuan mendapatkan kepiluan hati dan untuk takutkan Allah s.w.t.
Dibenci :
Bertujuan kerana manusia semata-mata
Hakikatnya tidak sama. Apalah gunanya air mata yang ditangisi
bukan kerana Allah s.w.t.. Perbezaan ini dijelaskan lagi oleh Abu Nuaim
nukilan daripada kata-kata Thaur dalam Hiliyyatil Auliya









Tangisan orang beriman pada hatinya,
dan tangisan orang munafik pada matanya (semata-mata)

Mencontohi Cara Nabi s.a.w. Bersedih


Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata dalam Zadul Maad





Adapun kesedihan Baginda s.a.w. adalah serupa dengan ketawanya, tidak
meraung dan meninggikan suara sepertimana tidak terjadi berdekahdekah ketika ketawanya. Akan tetapi, kesedihannya dengan linangan air
mata sehingga mengalir dan didengari sedunya.



Kesedihannya juga kadangkala memberi rahmat kepada mayat,
kadangkala bimbangkan umatnya dan gusar terhadap mereka.
Kadangkala pula, takutkan Allah s.w.t., dan kadangkala ketika mendengar
bacaan al-Quran.















Dan dia (Baginda s.a.w.) bersedih dengan kesedihan yang menyelami,
cinta dan mulia. Dan diiringi dengan ketakutan (terhadap Allah s.w.t.).








Ketika kematian Ibrahim (anak Baginda s.a.w.), mengalir air matanya
dan menangisi sebagai tanda kasih sayang terhadapnya. Dan Baginda
s.a.w. turut menangis ketika menyaksikan kehilangan anak perempuannya.









Dan Baginda s.a.w. menangis ketika Ibnu Masud membacakan Surah anNisa, juga ketika kematian Uthman bin Mazhun.




Dan turut menangis ketika terbitnya matahari dan mengerjakan solat
Kusyuf, juga ketika duduk di kubur salah seorang anak perempuannya,
dan turut menangis ketika solat malam (qiamullail)
Inilah tangisan seorang Nabi s.a.w., ketika kematian anaknya.
Apakah kita lebih baik daripada Baginda s.a.w. dengan menangis berlebihlebihan ketika kematian seseorang?
Siapakah yang terbaik tangisannya, Baginda s.a.w. atau kita?
Bersabar itu adalah kuncinya. Adakah setelah kita mati dan menemui
Allah s.w.t., baru terasa ingin menangis sepuas-puasnya kerana takutkan
Allah s.w.t.? Tangisan seperti itu pada saat itu tiada gunanya lagi.

Mencontohi Cara Nabi s.a.w. Bergembira


Syeikh ahmad Mustafa at-Tahtowi berkata dalam Sifatu Dhahki
Wa Bukai An-Nabi













..





Hati Nabi s.a.w. adalah hati yang lembut, Baginda s.a.w. terkesan dengan
apa-apa yang terkesan oleh manusia biasa, maka Baginda s.a.w. bersedih
dan bergembira, bahkan kadang-kadang menangis..

Di sana, sahabat-sahabat Baginda s.a.w. telah menceritakan ciriciri ketawa yang selayaknya.
Daripada Saidina Umar r.a.






Rasulullah s.a.w. ketawa, dan Baginda s.a.w. adalah sebaik-baik manusia
yang senyum (menampakkan gigi hadapannya)
(Shahih Ibnu Hibban : 6257)
Daripada Saidatina Aisyah r.a.



Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga
menampakkan lelangitnya sedikit pun, Baginda s.a.w. hanya senyum
(Shahih Bukhari : 4828)
Daripada Jabir bin Samrah r.a.



Rasulullah s.a.w. tidak ketawa melainkan hanya sekadar senyum
(Musnad Imam Ahmad)
Daripada Abu Zar r.a.


















Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga
menampakkan gerahamnya
(Shahih Muslim)

Daripada Abdullah bin Abi Juz



Tiadalah ketawa Rasulullah melainkan sekadar senyum
(Sunan at-Tirmizi : 3641)

Demikianlah beberapa cara Nabi s.a.w. bergembira.


Bagaimanakah pula dengan kita? Letakkan muka anda pada tempat yang
sepatutnya ketika anda sedang bergembira dan elakkan menzalimi muka
dan juga maruah anda.
Syeikh Ahmad Mustafa at-Tahtowi menukilkan pandangan Ibnu
Hajar al-Asqolani dalam Sifatu Dhahki Wa Bukai An-Nabi









Dan melalui pemerhatian terhadap hadith-hadith, akan ditemui bahawa
kebiasaan ketawa Nabi s.a.w. hanyalah senyum, dan pada beberapa
keadaan, kemungkinan Baginda s.a.w. ketawa sehingga ternampak
gerahamnya.
Bagaimanakah seseorang boleh bergembira pada saat
kehidupannya yang hampir menemui Tuhannya? Bagaimanakah seseorang
boleh bersuka-suka dengan kehidupan yang sementara sekiranya esok
ditakdirkannya dia akan berada di Alam Barzakh?
Imam Sayuti r.a. telah menukilkan kata-kata Abu Darda r.a.
dalam Syarhu as-Sudur Bi Syarhi Ahwalil Mauta Wal Qubur

Peringatan yang memberi kesan dan kelalaian yang segera datang,


memadailah dengan kematian sebagai pemberi peringatan, dan

memadailah dengan masa (umur) sebagai pemutus, hari ini dalam bilik,
esok di dalam kubur
Kematian sering berlaku di sekitar kita semua tetapi adalah sangat
menyedihkan apabila sangat jarang daripada kalangan kita yang
mengambil pengajaran. Memang sedih apabila seseorang yang disayangi
meninggalkan kita, tetapi pernahkah anda bersedih sekiranya satu hari
nanti, anda akan meninggalkan mereka pula.
Tidakkah anda suka untuk meninggalkan mereka dalam keadaan
anda bergembira untuk bertemu dengan Allah s.w.t. berbekalkan segala
persiapan yang secukupnya di dunia lagi? Semoga Allah s.w.t.
membimbing kita semua dengan hidayah-Nya. Insya-Allah.

BAHAGIAN 8
Jernihkan Hati Supaya Ia Terang

Sebuah bilik yang penuh dengan barang-barang dan bersepahsepah pasti akan menyakitkan pandangan mata. Tetapi bilik yang bersih
daripada sampah-sarap dan dipenuhi dengan cahaya, itulah yang lebih
diinginkan.
Said Badiuzzaman an-Nursi berkata dalam Rasail an-Nur













Maka tidak masuk akallah pada sesuatu yang mengikat hati dengan
benda-benda yang musnah!



!







Bahkan bagaimanakah (bodohnya mengikat hati) dengan benda yang
tidak dapat mendampingi kamu ketika perjalanan di barzakh

Dan tinggalkan apa-apa yang tidak dapat untuk bersamamu ketika


perjalanan yang panjang dan selamanya
Beliau menyatakan lagi



Ketahuilah wahai orang-orang yang bergembira dan lalai! Sesungguhnya
kamu melihat dunia yang hilang itu bergerak pantas, (tetapi kamu
melihatnya) seolah-olah ia (dunia) kekal, tidak binasa.







Sesungguhnya perumpamaan bagimu (menerangkan) kesalahanmu
terhadap tanggapanmu (yang mengatakan dunia itu kekal) dan
kesilapanmu terhadap deria kamu ini,









Seperti seorang yang ada pada tangannya cermin yang dihadapkan ke
sebuah istana, negeri atau taman (dunia),








dan kamu melukis sebuah gambar seumpama istana, negeri atau taman
tersebut (mengikut garisan-garisannya) pada cermin itu. Maka apabila
bergeraklah (berubah) cermin tersebut sedikit sahaja, maka akan
berubahlah (lukisan tersebut) sedikit perubahan.




Maka akan terjadilah kacau-bilau dan kerosakan (yang teruk) pada
lukisan (pada cermin) tersebut.

Lihatlah dunia ini umpama lukisan mengikut garisan-garisannya


pada cermin lutsinar. Atau anda menekap kertas pada gambar untuk
meniru garisan gambar tersebut. Apakah yang akan terjadi sekiranya
kertas lukisan tersebut beralih sedikit sahaja?
Sudah pasti lukisan tersebut akan rosak kesemuanya. Inilah dunia
yang akan berubah dengan cepat walaupun anda merasakan hidup di dunia
ini dalam tempoh yang terlalu lama.
Inilah yang melalaikan manusia daripada mengingati mati. Inilah
yang menggelapkan hati manusia daripada melihat kebesaran Allah s.w.t..
Allah s.w.t. berfirman

Katakanlah (wahai Muhammad) : Harta benda yang menjadi


kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan
lenyap)
(Surah an-Nisa : 77)
Dr. Ahmad Mahmud Abdul Sattar menyatakan dalam Az-Zillul
Hurur Minal Mauti Ilal Qubur

Apa-apa yang ada padaku dan dunia : Perumpamaanku dan dunia hanya
seperti penunggang yang berjalan jauh pada musim panas, kemudian
ditumbuhkan sepohon pokok untuknya, lalu dia berkata Aku berteduh di
bawah teduhannya selama sejam, kemudian pergi meninggalkannya.
Beliau menukilkan kisah ketika Nabi Nuh a.s. yang telah hidup
selama 950 tahun, ketika matinya, apabila ditanyakan tentang dunia beliau
mengumpamakan,














Aku mendapatinya (dunia) seperti bilik yang mempunyai dua pintu, aku
masuk melalui salah satu daripada (pintu tersebut), dan aku keluar
dengan satu yang lain
Beliau menukilkan kata-kata al-Fudhail bin Iadh r.a.,









...




Sekiranya dunia itu daripada emas yang tidak kekal, sedang akhirat itu
daripada tembikar yang kekal, mestilah orang yang berakal akan memilih
tembikar yang kekal tersebut berbanding emas yang tidak kekal..
















Bagaimanakah dengan kita, kami memilih dunia sedang ia adalah
tembikar yang tidak kekal berbanding akhirat yang merupakan emas yang
kekal!!
Allah s.w.t. berfirman



Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal
(Surah al-Ala : 17)
Bodohlah manusia yang lebih menyukai sesuatu yang tidak
bernilai bahkan tidak kekal berbanding sesuatu yang lebih bernilai dan ia
adalah kekal. Dunia itu umpama sampah dan anjing merupakan antara
haiwan yang suka merobek sampah-sarap!
Dr. Ahmad Mahmud Abdul Sattar menukilkan kata-kata hukama
dalam Az-Zillul Hurur Minal Mauti Ilal Qubur






Dunia itu sampah dan pemburunya adalah anjing
Nabi s.a.w. bersabda












Dunia itu adalah bilik bagi mereka yang tidak mempunyai bilik, dan di
dalamnya berkumpullah mereka yang tiada akal
(Imam Ahmad, Musnad : 24300)
Mereka yang tergila-gilakan biliknya di dunia akan merempat
tidak bertempat di akhirat kelak. Maka, binalah bilik anda di akhirat ketika
di dunia lagi.
Dr. Hasan Abdul Hamid Watad menukilkan sebuah syair dalam
Aqbasun Min Huda al-Quran al-Karim








Jiwa menangisi terhadap dunia, sesungguhnya aku telah ketahui,
sesungguhnya kesejahteraan di dalamnya ialah meninggalkan apa yang
ada padanya,













Tiada tempat kediamanlah bagi seseorang selepas kematian, melainkan
mereka yang telah membina (kediaman) sebelum kematiannya
Beruntunglah bagi mereka yang membina kediaman mereka di
syurga ketika di dunia lagi. Akhirat bukanlah tempat untuk membina
kediaman, tetapi untuk mendiami kediaman tersebut. Maka, mereka yang
tidak membina kediaman mereka ketika di dunia lagi, di manakah tempat
bagi mereka di akhirat kelak?
Imam al-Ghazali r.a. menukilkan sebuah syair daripada seorang
Arab Badawi dalam Mukasyafatul Qulub



Ketahuilah, dunia itu hanyalah satu teduhan yang kamu bina, sudah pasti
teduhan itu akan musnah satu ketika nanti

Nabi s.a.w. bersabda


Dunia itu dilaknat, dilaknat apa-apa yang ada di dalamnya melainkan
apa-apa yang daripada (dunia) kerana Allah s.w.t.
(Imam al-Baihaqi, Jami Li Syuabil Iman : 10031)
Sekiranya seseorang itu berebut-rebut untuk mendapatkan dunia
sehinggakan lupa kepada akhirat, bermakna dia telah berebut-rebut untuk
mendapatkan sesuatu yang menyebabkan dia dilaknat. Kenapakah laknat
itu yang direbut sedangkan keredhaan Allah s.w.t. amatlah luas?
Imam al-Qurtubi menukilkan kata-kata Abdullah bin Umar r.a.
dalam al-Jami Li Ahkami al-Quran

Bekerjalah kamu untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup


selamanya, dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan
mati keesokannya
Dr. Hasan Abdul Hamid Watad menukilkan sebuah doa dalam
Aqbasun Min Huda al-Quran al-Karim

Ya Allah, letakkanlah dunia itu pada tangan kami, janganlah letakkan ia


dalam hati kami
Bagaimanakah anda ingin menjernihkan hati anda daripada
kecintaan kepada dunia ini? Antara jutaan cara-cara yang telah digariskan
oleh alim ulama salah satu daripadanya adalah dengan berfikir. Fikirlah
tentang ciptaan, keagungan Allah s.w.t..
Dr. Ahmad Mahmud Abdul Sattar menyatakan dalam Az-Zillul
Hurur Minal Mauti Ilal Qubur




Berfikirlah tentang kewujudan dengan pemikiran,
Kamu akan melihat dunia yang hina seperti khayalan,
Imam al-Ghazali
Mukasyafatul Qulub

menukilkan

kata-kata

hukama

dalam



















Sesungguhnya seseorang itu menghitung kesedihan terhadap apa-apa
yang terlepas daripada (peluang di) dunia, dan menghitung
kegembiraannya dengan (nikmat) dunia, sekiranya dia mendapatnya
Malanglah bagi mereka yang menyangka kesedihan itu adalah
kerana disebabkan terlepas sesuatu di dunia ini. Begitu juga tersenyum
kegembiraan ketika memperolehinya.

Berfikir Boleh Menenangkan Hati


Rumah yang penuh dengan barang-barang akan
menyempitkan ruang di dalam rumah untuk tuan rumah bergerak ke
sana dan ke mari. Semakin banyak barang-barangnya, ruang di
dalam rumah akan semakin sempit. Hatta barang-barang perabut yang

mahal tetapi apabila terlalu banyak tetap akan menyusahkan kita dan lebih
memeningkan kepala.
Syeikh Atoillah as-Sakandari telah menyatakan dalam al-Hikam
al-Atoiyyah

Tiada yang dapat (menandingi dari sudut) memberi manfaat pada hati
sama seperti dengan mengosongkan (nya), masuk ke dalam ruang berfikir
dengan (cara mengosongkan hati itu)
Menjernihkan hati daripada kecintaan kepada dunia amat berkait
dengan pemikiran seseorang. Pemikiran yang bersih melambangkan hati
yang terang. Hati yang jernih meningkatkan pemikiran.
Ir. Abdul Wahab Abdul Muneim berkata dalam syarahannya
terhadap hikmah yang ke-12 daripada al-Hikam













Maka mengosongkan hati itu seperti pesakit yang berpantang daripada
beberapa jenis makanan, dan pemikiran itu pula seperti ubat.






Dan ubat tidak bermanfaat sekiranya tidak berpantang (menjaga
makanan) ...
Inilah ubat penerang hati. Berfikirlah, gunakan pemikiran dengan
sebaiknya, pemikiran yang cemerlang bermula daripada hati yang terang.
Pemikiran yang baik adalah daripada cahaya yang menerangi hati. Oleh
itu, bagaimanakah untuk seseorang berfikir dengan nur Islam sekiranya
tiada di dalam jasadnya seketul hati manusia yang jernih dengan sinaran
iman?
Ibnu Qayyim berkata dalam al-Fawaid










Asal punca kebaikan dan keburukan bermula daripada pemikiran

Imam al-Ghazali berkata dalam Ihya Ulumiddin





...



Sesungguhnya pemikiran itu kunci bagi cahaya, dan permulaan


penghayatan
Berfikir juga adalah ibadah, bahkan merupakan sebaik-baik
ibadah. Sentiasalah berfikir dengan pemikiran yang bersih, bukan dihiasi
dengan kotoran maksiat. Ubat yang beracun akan menambahkan sakit
bukannya menyembuhkan penyakit.
Buanglah racun yang tersimpan dalam pemikiran anda supaya
anda sentiasa dibimbing oleh hidayah Allah s.w.t.. Rugilah bagi mereka
yang hanya menghitamkan lagi kotoran pada badan mereka, langsung
tidak membersihkannya.
Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. dalam
Ihya Ulumiddin











Dua rakaat yang bertujuan untuk berfikir (berfikir sejenak) lebih baik
daripada bangun malam (qiamullail) tanpa hati
Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Umar bin Abdul Aziz
dalam Ihya Ulumiddin








Berfikir terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. merupakan antara sebaikbaik ibadah
Beliau juga telah menukilkan lagi kata-kata al-Hassan r.a. dalam
kitab tersebut








Berfikir sejenak lebih baik daripada bangun malam (berqiamullail)
Ibnu Mubarak menukilkan kata-kata al-Hassan r.a. dalam azZuhud









Sesungguhnya antara sebaik-baik ibadah ialah wara dan berfikir
Bagaimanakah dengan berfikir boleh menerangkan hati?
Bukankah kita sudah memerhatikan bahawa berfikir dengan jiwa yang
dibimbing oleh hidayah Allah s.w.t. itu merupakan cahaya yang akan
menerangi umat secara keseluruhannya? Nyalakanlah cahaya ini dalam
hati anda.
Imam as-Sayuti menukilkan kata-kata para sahabat Nabi s.a.w.
dalam ad-Darrul Manthur Fi Tafsiri Bil Mathur







Sesungguhnya lampu iman atau cahaya iman adalah dengan berfikir
Dengan berfikir juga, anda mampu mengenali kebaikan dan
keburukan yang telah kamu lakukan supaya tidak melakukannya lagi.
Sangat teruklah bagi sesiapa yang terjatuh ke dalam lubang biawak
sebanyak dua kali. Dua kali melakukan kesalahan yang sama adalah suatu
kerugian yang amat sangat.
Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata al-Fudhail bin Iadh dalam
Ihya Ulumiddin






Berfikir itu adalah cermin yang memperlihatkan kepadamu kebaikan dan
keburukanmu
Setelah kita mampu mengenal keburukan, seterusnya hendaklah
kita pastikan diri kita sentiasa menjauhkan diri daripada segala sifat-sifat
dan perbuatan-perbuatan buruk itu. Hal ini akan menghindarkan diri anda
daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.. Bukankah maksiat itulah
yang menjadi penyebab utama hati anda menjadi gelap?
Kerana disebabkan hati yang gelap inilah, kita gagal mengenali
kebesaran Allah s.w.t. yang terdapat pada diri kita sendiri. Umpama
seorang buta yang lansung tidak mengenali erti siang dan malam.
Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Bisyru bin al-Harith alHafi dalam Ihya Ulumiddin








Sekiranya manusia berfikir tentang keagungan Allah s.w.t., mereka tidak
akan sekali-kali melakukan maksiat kepada-Nya
Selain itu, Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Ibnu Abbas r.a.
dalam Mukasyafah al-Qulub










Berfikir tentang kebaikan boleh mendorong kepada beramal dengannya,
dan menyesali terhadap keburukan mendorong supaya meninggalkan
keburukan tersebut.
Antara cara-cara yang sesuai untuk mendorong seseorang untuk
melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan, ialah dengan berfikir.
Sekiranya hati sentiasa berfikir untuk melakukan kejahatan, maka jasad
akan terdorong untuk melakukan kejahatan dan begitulah sebaliknya.
Imam al-Ghazali telah menukilkan syair daripada Sufyan bin
Uyainah dalam Mukasyafah al-Qulub














Apabila seseorang itu mempunyai pemikiran, maka pada setiap perkara,
baginya terdapat pengajaran
Imam al-Ghazali juga telah menukilkan kata-kata Qadhi Fudhail
dalam Mukasyafah al-Qulub






Pemikiran itu adalah cermin yang memperlihatkan kebaikan dan
keburukan kamu
Oleh itu, cerminlah diri anda dengan ukuran pemikiran yang
betul. Anda akan menemui kuncinya. Insya-Allah.

BAHAGIAN 9
Ubat Penerang Hati

Hati manusia sering dirudung kerungsingan, gelisah dan


sebagainya. Namun, kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa ubat
bagi kerungsingan tersebut sudah sedia ada pada diri masing-masing.
Tidak perlu berjumpa dengan doktor pakar, motivator dan
sebagainya. Hanya perlu melakukan beberapa perkara sahaja sudah
memadai. Kadangkala kita terlalu sibuk memikirkan tentang sesuatu,
sehinggakan terlupa kepada perkara-perkara lain dan inilah ubat yang
telah disyorkan oleh doktor hati.
Seorang pesakit pening memikirkan bagaimanakah untuk
mengubati penyakitnya, sedangkan dia terlupa bahawa penyakit tersebut
dibuat oleh Allah s.w.t., tetapi masih lagi mengharapkan kepada ubat
hospital semata-mata. Tidak sedarkah dia bahawa Allah s.w.t. yang telah
mengujinya dengan penyakit tersebut supaya dia sentiasa mengingati-Nya,
bukannya ujian tersebut bermaksud Allah s.w.t. semakin melupakannya.
Nabi s.a.w. bersabda


Sesiapa yang Allah s.w.t. kehendaki baginya kebaikan, Allah s.w.t. akan
mengujinya
(Riwayat Imam Ahmad, Musnad : 7234)
Allah s.w.t. berfirman



Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakitku;
(Surah asy-Syuara : 80)
Dalam penulisan ringkas ini, akan dihuraikan tentang ubat
penerang hati yang telah pun dijelaskan oleh ulama-ulama kita yang

terdahulu. Dr. Aidh al-Qarni telah menukilkan daripada Imam Ibnu


Qayyim dalam La Tahzan bahawa ubat penerang hati tersebut ialah :

Ubat Pertama :
Tauhid
Apabila seseorang tersebut mentauhidkan Allah s.w.t. dengan
sebenar-benarnya, dia pasti akan mendapati bahawa hatinya lebih luas
daripada bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya.
Lihatlah, apabila seseorang tersebut mengenali Allah s.w.t., maka
dia akan lebih menghargai dan mengasihi makhluk-makhluk-Nya yang
lain. Apabila seseorang tersebut mengenal erti cinta kepada Allah s.w.t.,
maka dia lebih mengenal erti cinta terhadap makhluk-makhluk-Nya yang
lain.
Apabila seseorang tersebut mengetahui bahawa Allah s.w.t. lebih
berautoriti untuk menerima doa, maka dia akan berasa bosan untuk
meminta-minta kepada manusia. Apalah sangat kuasa yang ada pada
manusia biasa sepertinya.
Allah s.w.t. berfirman



Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila
dia berdoa kepada-Nya
(Surah an-Naml : 62)
Sekiranya Allah s.w.t. mampu untuk menyembuhkan penyakit
hamba-hamba-Nya yang kafir, apatah lagi bagi hamba-hamba-Nya yang
mengikut perintah-Nya. Sekiranya Allah s.w.t. mampu memberikan
kejayaan kepada si kafir yang pemalas, apatah lagi bagi mereka yang
beriman dan rajin?
Allah s.w.t. berfirman




Maka sesiapa yang Allah s.w.t. kehendaki untuk memberi hidayah
petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membukakan
hatinya) untuk menerima Islam
(Surah al-Anam : 125)

Ubat Kedua :
Ilmu Bermanfaat
Orang yang berilmu ialah orang yang paling terang hatinya dan
mampu menerangi orang lain. Hal ini kerana merekalah yang mewarisi
warisan Nabi Muhammad s.a.w.. Bukankah seorang anak pendekar akan
digeruni oleh ramai kerana kehebatan ayahnya?
Apatah lagi bagi mereka yang mewarisi kehebatan seorang
manusia yang teragung dan terbaik dalam kalangan seluruh manusia yang
ada? Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. lebih mulia daripada arasy-Nya
dan segala macam makhluk-makhluk yang lain?
Imam Ibnu Qayyim menyatakan dalam Madariju As-Salikin :




Ilmu itu adalah petunjuk, dan ia adalah tinggalan dan warisan para nabi.
Dan orang yang berilmu adalah generasi dan pewarisnya, dan dia (ilmu)
adalah penghidup hati ..
Imam Syafie mengadu kepada Imam Wakie sepertimana yang
dinyatakan dalam ad-Diwan

aku mengadu kepada Imam Wakie tentang buruknya hafalanku, lalu dia
memberitahu kepadaku supaya meninggalkan maksiat








dia memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya,
dan cahaya Allah s.w.t. tidak masuk ke dalam hati-hati orang yang
melakukan maksiat
Apabila seseorang tersebut berilmu, maka dia mengetahui
penyelesaian bagi banyak masalah yang dihadapinya. Bukankah ilmu itu
sebagai penerang hati, penyelesai masalah dan pengubat gelisah?
Orang yang tidak berilmu tidak akan tahu untuk menyelesaikan
masalah yang ada pada dirinya apatah lagi menyelesaikan masalah yang
ada pada orang lain. Bahkan penyelesaian oleh orang yang tidak berilmu
akan menambahkan lagi masalah kepada orang lain. Si jahil itu
menggelapkan, bahkan menggelapkan orang lain.
Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Imam asy-Syafie r.a.
dalam Mukasyafah al-Qulub


Sesiapa yang mempelajari al-Quran, tinggilah nilainya,













Dan sesiapa yang mempelajari Fiqh, mulialah kedudukannya,










Dan sesiapa yang mempelajari Hadis, kuatlah hujahnya

Ubat Ketiga :
Amalan Soleh

Seseorang yang banyak amalan kebaikannya, hatinya akan


diterangi dengan amalan-amalannya. Segala masalah-masalah hati
hendaklah diselesaikan juga dengan amalan-amalan soleh, bukan dengan
ilmu semata-mata.
Apabila seseorang tersebut sudah mengetahui penyelesaian bagi
masalah-masalah yang dihadapi, dia hendaklah berusaha sedaya upaya
mungkin untuk melaksanakan penyelesaian tersebut. Bukankah ilmu itu
adalah cahaya dan apalah gunanya cahaya sekiranya tidak digunakan
untuk menyuluh?
Sangatlah bodoh bagi mereka yang keluar pada malam yang
gelap-gelita tanpa sebatang lilin yang menyala sekalipun, sedang dia
memilikinya dan dibiarkan tersimpan kemas di rumahnya.
Khatib al-Baghdadi menukilkan kalam Qadhi Fudhail bin Iadh
dalam Iqtidhaul Ilmi Wal Amal :








Apa yang dikehendaki daripada ilmu hanyalah amalan, dan ilmu itu
adalah petunjuk amalan (amalan itu dalil adanya ilmu seseorang).
Allah s.w.t. berfirman





Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka
itulah sebaik-baik makhluk
(Surah al-Bayyinah : 7)
Bukankah orang yang beramal soleh dengan ilmunya itu sebaikbaik manusia? Bukankah manusia yang terbaik (Nabi Muhammad s.a.w.)
mempunyai hati yang terang sepertimana firman-Nya dalam Surah alInsyirah?
Mereka yang beramal soleh juga akan mendapat kasih sayang
orang lain, lebih-lebih lagi kasih sayang dan rahmat daripada Allah s.w.t..

Apakah kerungsingan yang ada apabila kita mendapat kasih sayang dan
rahmat daripada Allah s.w.t. dan manusia yang lain?
Allah s.w.t. berfirman





Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah s.w.t.
yang melimpah-limpah rahmat-Nya akan menanamkan bagi mereka
dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
(Surah Maryam : 96)







Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah s.w.t. dengan sikap
yang tidak tetap, iaitu sekiranya beroleh kebaikan (daripada ibadahnya),
tenanglah hati dengannya (kebaikan yang dilakukan tersebut). Dan
sekiranya ditimpa kesusahan, kembalilah (kepada kekufuran)
(Surah al-Hajj : 11)

Ubat Keempat :
Keberanian

Mereka yang berani adalah hanya mereka yang sentiasa


mengingati Allah s.w.t. dalam hati mereka. Manusia yang penakut sering
berasa rungsing dan gelisah.
Syeikh Abdul Rahman bin Nasir as-Sadi berkata dalam ArRiadhu an-Nadhirah, Wal Hadaiqin Niratiz Zahirah Fil Aqaidi Wal
Fununil Mutanawwiatil Fakhirah :








Keberanian ialah sabar, tetap (hati), dan mendahulukan perkara-perkara
bermanfaat ...
Bukankah dengan bersabar, tetap pendirian dan melakukan
perkara-perkara bermanfaat ialah penerang kepada hati? Seseorang yang
bersabar kebanyakannya pandai dalam mengawal emosi.
Orang yang tetap pendirian, tidak ragu-ragu dalam perbuatan akan
menyebabkan hatinya sentiasa terang daripada keraguan. Orang yang
sentiasa melakukan perkara-perkara yang bermanfaat itulah orang yang
pandai dalam menangani masalah hati.
Dalam Safwatul Akhbar :


Keberanian (orang yang berani) itu disukai sehinggalah kepada
musuhnya, dan penakut itu dibenci walaupun oleh ibunya sendiri
Dr. Saad Jamal Mahmud Jumaah berkata dalam Dirasat Fi Ilmi
al-Akhlak tentang kefahaman keberanian yang sebenar.



Antara tanda lengkapnya keberanian ialah orang yang berani itu berasa
takut terhadap apa-apa yang perlu untuk ditakuti

Ubat Kelima :
Menjauhi Maksiat
Maksiat ialah kekeruhan dan akan mengeruhkan hati.
Bagaimanakah mungkin untuk seorang yang keruh hatinya ingin
mendapatkan penerang bagi hatinya? Bukankah maksiat juga merupakan
suatu penutup bagi hati dan bagaimanakah orang yang tertutup hatinya
ingin menerangi hatinya?
Allah s.w.t. berfirman











Dan sesiapa yang Allah s.w.t. kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya
Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah
ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah
Allah s.w.t. menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Surah al-Anam : 125)
Adakah anda mengenali racun? Apakah tindakan anda apabila
mengetahui bahawa makanan yang dihadapkan di hadapan anda
mengandungi racun? Pastinya anda akan membuang makanan tersebut
supaya makanan beracun tersebut tidak memudharatkan diri anda.
Ibnu Qayyim berkata dalam al-Jawab al-Kafi :










.....


...








Antara perkara-perkara yang perlu diketahui : Sesungguhnya dosa dan
maksiat memberikan mudharat, mestilah mudharatnya pada hati seperti

mudharatnya racun pada badan. ... Apakah yang menyebabkan Adam dan
Hawa terkeluar daripada syurga? .....
Racun yang menyerang seseorang boleh menyebabkan seseorang
tersebut mati. Begitu juga maksiat, mampu mematikan hati seseorang.
Apabila hati sudah mati, bagaimanakah mungkin hati yang mati
menerangi hidup?
Bertaubatlah daripada melakukan maksiat kerana dengan taubat
sahajalah hati yang mati mampu dihidupkan semula.
Dr. Aidh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam La Tahzan :



Aku melihat dosa itu mematikan hati,
Sesungguhnya mewarisi kecelakaan itu adalah kesannya
Maka hati yang mati akan mewarisi kecelakaan. Adakah dengan
hati yang mati, kita ingin berjumpa dengan Allah s.w.t. yang menyuruh
supaya kita membersihkannya? Seseorang yang dikatakan celaka ialah
mereka yang hatinya mati.

Ubat Keenam :
Menjauhi Perkara Sia-sia
Perkara yang sia-sia termasuklah dengan bercakap, makan, tidur
yang banyak dan sibuk dengan dunia. Bercakap banyak akan membawa
kepada kesalahan yang banyak, dan memperbanyakkan dosa, lalu akan
menyebabkan hati kita mati.
Ibnu Abi ad-Dunya telah menukilkan kata-kata Saidina Umar alKhattab r.a. dalam As-Shomtu


Sesiapa yang banyak kata-katanya, maka banyaklah kesilapannya

Orang yang tidak berhati-hati dalam pemanduannya di jalan raya,


berkemungkinan akan terlibat dengan kemalangan jalan raya. Begitu juga
dengan orang yang tidak berhati-hati dalam berkata-kata, akan
menyebabkan dirinya terlibat dengan kata-kata keji kerana lidahnya.
Makan terlalu banyak pula, bukan sahaja merupakan perkara yang
sia-sia, bahkan dikeji.
Nabi s.a.w. bersabda




Sesungguhnya banyak makan itu keji
(Jami Li Syuabil Iman, Imam al-Baihaqi : 5273)
Banyak tidur pula akan merosakkan amalan, kerana amalan itu
sempurna dengan kesungguhan, bukan dengan kemalasan. Terlalu banyak
tidur akan membawa kemalasan.
Pernahkah anda menghitung hari anda? berapakah tempoh yang
anda lena dalam mimpi yang enak? Kemudian bandingkan dengan diri
anda yang ingin bergelar ahli syurga.
Nabi s.a.w. bersabda










Tidur itu adalah saudara kematian, dan tidak matilah ahli syurga
(Imam Sayuti, Jami as-Saghir : 9325)
Dr. Aidh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam La Tahzan :





Wahai penggemar katil, banyaknya kamu tidur,
Sesungguhnya selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!!

Kematian memutuskan kelazatan, begitu juga dengan tidur.


Kematian memutuskan amalan akhirat bagi seseorang, dan mereka yang
bergelar ahli syurga bukanlah orang yang kuat tidur.
Sibuk dengan urusan keduniaan juga akan menggelapkan hati.
Apabila seseorang tersebut sudah meletakkan dunia dalam hatinya, maka
bagaimanakah mungkin untuk cahaya hidayah Allah s.w.t. untuk
memenuhi ruang hatinya?
Cintakan dunia menjadi punca kepada segala kesalahan. Oleh itu
hindarkan diri kita daripada cintakan dunia dan berwaspadalah dengan
cubaan dunia supaya anda tidak tersalah langkah yang akan menjadi
sesalan berpanjangan pada hari akhirat kelak.
Nabi s.a.w. bersabda


Cintakan dunia adalah punca segala kesalahan
(Imam Sayuti, Jami as-Saghir : 3662)
Nabi s.a.w. bersabda





Cintakan pujian manusia, memekakkan dan membutakan
(Imam Sayuti, Jami as-Saghir : 3663)
Oleh itu, perhatikanlah sendiri jika perbuatan yang sia-sia ini ada
pada diri anda maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjauhkan
diri anda daripadanya. Hal ini kerana perbuatan yang sia-sia akan
menggelapkan hati. Apabila sudah pekak dan buta dengan pujian manusia,
tiada lagi tempat untuk amalan soleh yang dipuji oleh Allah s.w.t. untuk
mengisi hatinya.
Kesimpulannya, gunakanlah keenam-enam ubat ini sebagai
penerang bagi hati kita semua. Seringkali kita terlupa bahawa kita
sebenarnya sudah pun memiliki semua ubat-ubatan ini. Ingatlah, penyakit
hati sering mencari hati manusia untuk dijangkiti. Itulah kuman hawa
nafsu yang sering kali sahaja mencari helah-helah jahat untuk merosakkan
tubuh manusia melalui hatinya.

Imam al-Ghazali menukilkan sebuah syair dalam Mukasyafah alQulub



Ketahuilah bahawa kamu tidak mungkin menyelusuri dan tidak mungkin
boleh melihat lorong-lorong petunjuk, sekiranya kamu mengikut hawa
nafsu kamu
Maka berhati-hatilah dengan hati anda dan berjaga-jagalah dengan
hawa nafsu. Janganlah mengikut kata hati sekiranya hati anda dikotori.
Basuhlah hati anda dengan taubat dan amal soleh supaya hati anda
sentiasa disinari dengan cahaya hidayah Ilahi.

BAHAGIAN 10
Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Semasa hidup di dunia inilah kita dapat menilai dengan akal


fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita. Apakah bekalan
yang akan kita bawa ke negeri akhirat yang kekal abadi? Apakah kita
bakal mendapat rahmat atau azab di alam barzakh dan di alam akhirat
nanti? Jika kita termasuk dalam golongan yang bakal mendapat azab,
maka tidak berguna segala sesalan pada waktu itu. Walaupun kita
menangis mengeluarkan air mata darah sekalipun, kita tidak akan lagi
diberi peluang untuk hidup kembali ke alam dunia ini.
Oleh sebab itu, sepatutnya kita sentiasa mengingati mati, kerana
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda mengingatkan umatnya:
Perbanyakan olehmu mengingati perkara yang memutuskan kesedapan
iaitu mati
Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan kita supaya jangan
kita lalai dengan kesedapan dunia sehingga kita melupakan mati.
Mengingati mati itu akan memutuskan segala kelazatan dunia. Jika kita

melupakan mati, kita juga akan melupakan persiapan dan bekalan yang
akan kita bawa sesudah mati. Mengingati mati adalah di antara ubat yang
mujarab untuk kita sentiasa dalam keadaan bermuhasabah diri dan
bersedia untuk mencari bekalan untuk dimanfaatkan sesudah mati.
Mengingati mati juga akan menjadikan kita insan yang tidak
tamakkan dunia dan haloba serta berkejar-kejaran mengumpulkannya.
Segala angan-angan panjang untuk meluaskan kekayaan diri dipendekkan
dan segala cita-cita rakus untuk mengejar segala perkara yang boleh
mendatangkan lalai kepada perintah Allah s.w.t. dibataskan. Dengan itu,
kita mengharapkan agar penyakit cintakan dunia tidak menghinggapi hati
kita.

Kenali Dunia Agar Tidak Tertipu Dengannya


Dunia itu ialah sesuatu yang seharusnya dimanfaatkan untuk
akhirat. Adalah amat rugi bagi seseorang itu sekiranya anggota zahirnya
bergelumang dengan keasyikan dunia dan dia tidak menyangkakan
bahawa kecintaan kepada dunia itu tidak akan memberikan kesan kepada
hatinya. Orang yang menyangkakan seperti ini adalah orang yang tertipu
walaupun dia beramal dengan amalan apa-apa sekalipun. Walaupun kita
sering kali tertewas dalam peperangan melawan nafsu, tetapi kita mesti
memahami bahawa setiap perkara maksiat itu akan mengelapkan hati. Kita
mestilah menerima hakikat ini walaupun kerap kali terkena pada diri kita
sendiri.
Jatuh bangun dalam perjalanan menjadi hamba Allah s.w.t. yang
bertakwa adalah satu lumrah yang mesti ditempuhi bagi orang-orang yang
berjalan menuju akhirat. Janganlah kita berasa ujub dengan amalan sendiri
tetapi terimalah hakikat bahawa kita hanyalah makhluk yang tidak dapat
tidak mesti bergantung harap kepada al-Khalik, iaitu Allah s.w.t.. Nabi
Muhammad s.a.w. s.a.w. bersabda :
Jikalau dunia itu menyamai di sisi Allah S.W.T. dengan sebelah sayap
nyamuk, nescaya tidak akan diberi minum orangorang kafir walau
seteguk air
Allah

Hadis ini telah menggambarkan betapa hinanya dunia ini pada sisi
s.w.t.. Sesiapa yang mengambilnya sekadar hajat untuk

menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t., maka dia tidak tertipu


dengan dunia dan barangsiapa yang mengambilnya secara berlebihlebihan daripada kadar hajatnya sehingga dia dilalaikan daripada beribadat
kepada Allah s.w.t. maka dia adalah orang yang tertipu dengan dunia.
Dunia ini terlalu memperdayakan manusia kerana keelokan rupa
zahirnya. Tidaklah para anbia dan aulia mengambil dunia melainkan
sekadar menolong mereka untuk beribadah kepada Allah s.w.t..
Maka, marilah kita sama-sama berusaha sedaya upaya untuk
mencontohi kehidupan para anbia dan aulia yang mana telah mereka
jadikan dunia itu hanyalah sebagai alat bukannya matlamat. Oleh sebab
itu, kita perlulah sedar bahawa pada hujung kehidupan ini adalah
kematian. Kematian yang entah bila akan muncul. Jika kita sentiasa sedar
bahawa pada hujung kehidupan ini adalah kematian, kita tidak akan
menjadi orang yang terlalu sibuk menghimpunkan harta dan tidak terlalu
tamak terhadap dunia.
Ingatlah empat perkara yang menjadi racun pembunuh dan
ingatlah ubat-ubatnya.
Sesungguhnya :
1. Dunia itu racun yang membunuh, zuhud itulah ubatnya.
2. Harta itu racun yang membunuh, zakat itu adalah ubatnya.
3. Berkata-berkata yang sia-sia itu racun yang membunuh, taat
itulah ubatnya.
4. Sekalian tahun itu racun yang membunuh, bulan Ramadhan
itulah ubatnya.
Jika kita dapat menggunakan ubat-ubat ini dengan baik maka kita
akan berjaya melepaskan diri daripada racun-racun yang membunuh itu.
Bisa racun-racun itu akan merosakkan jiwa dan seterusnya akan
membunuhnya. Sehinggalah akhirnya hati akan menjadi mati dan kusam.
Apabila hati sudah mati maka kesudahannya kebenaran dan kebatilan
adalah sama sahaja pada sisinya. Sesudah itu, tidak ada lagi bezanya di
antara dosa dan pahala yang penting hanyalah untuk memuaskan nafsu
syahwat semata-mata. Inilah antara gambaran dunia yang fana ini. Moga
Allah s.w.t. mencampakkan ke dalam hati kita sifat zuhud agar tidak
terpedaya dengan godaan dunia yang melekakan kebanyakan daripada
kita.

Para ulama menyatakan jika kita berada di rumah, biarlah rumah


itu kekal di atas tapaknya dan tidak pula masuk ke dalam hati kita. Begitu
juga kalau kita memiliki kereta, biarlah kereta itu disimpan di bangsalnya
dan tidak pula masuk ke dalam hati kita dan kalau kita diberikan Allah
s.w.t. harta yang melimpah-ruah, biarlah harta itu di tempatnya dan tidak
masuk ke dalam hati kita.
Itulah yang dimaksudkan dengan zuhud. Orang-orang berharta
juga boleh berzuhud dengan hartanya selagi mana hartanya itu tidak
menjadi segala tumpuan utamanya dalam kehidupan di dunia ini
melainkan sebagai suatu alat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
Oleh kerana itulah, maka zuhud itu ialah berpangkal pada hati. Semoga
Allah s.w.t. membimbing kita semua dalam menjalani kehidupan di dunia
yang sementara ini untuk kita semua menempuh perjalanan yang jauh dan
kekal abadi pada hari akhirat nanti.

Sabar Menghadapi Ujian


Sebelum kita menemui kematian, kita akan tempuhi pelbagai
ujian dan dugaan di dunia ini. Dunia ini adalah tempat ujian. Tidak ada
manusia yang tidak akan menempuhinya. Maka kesabaran adalah senjata
utama dalam menghadapi segala ujian di dunia ini. Semoga Allah s.w.t.
menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang sabar.
Sabar adalah menahan diri daripada perasaan marah kepada
sesuatu yang tidak kita sukai seperti ditimpa musibah. Sabar juga adalah
kemampuan untuk kita menahan lidah daripada mengadu sesuatu
kesusahan kepada orang lain terlebih dahulu sebelum mengadu kepada
Allah s.w.t.. Antara penghalang kepada seseorang untuk bersabar adalah
sifat membesarkan diri atau ego. Orang yang bersifat ego ini tidak akan
mampu untuk bersabar. Contohnya seseorang yang berjawatan tinggi,
apabila kedudukannya digantikan oleh orang lain, dia tidak akan boleh
menerimanya kerana menganggap dirinya lebih layak. Maka dia tidak
akan mampu bersabar.
Sayyidina Ali r.a. menyatakan bersabar itu ada tiga jenis :
Pertama : sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Kedua : sabar dalam menahan diri daripada melakukan maksiat


Ketiga : sabar ketika menerima musibah
Sesiapa yang bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah
s.w.t., maka Allah s.w.t. akan memberikan kepadanya seratus darjat yang
mana setiap darjat jauhnya antara langit dan bumi. Demikian jugalah sabar
dalam meninggalkan maksiat dan ketika menerima musibah, maka Allah
s.w.t. akan mengurniakannya pahala yang tidak terhitung. Semua kurniaan
ini akan kita dapati pada hari akhirat kelak.
Biarlah kita susah sedikit di dunia ini, bersabar sedaya upaya yang
kita mampu, kerana kita tidak akan mampu bersabar dengan azab Allah
s.w.t. di dalam kubur dan di alam akhirat kelak. Sungguh penting sekali
sifat sabar bagi kita yang sedang berjalan menuju ke alam akhirat, kerana
dalam perjalanan ini kita akan berdepan dengan ranjau dan duri serta
halangan-halangan yang boleh merosakkan diri dan jiwa kita. Bersamasamalah kita memohon pertolongan Allah s.w.t.

Melalui Pintu Alam Barzakh


Telah disebut dalam satu riwayat, apabila seseorang hamba Allah
s.w.t. dalam keadaan nazak, maka dibisukan lidahnya. Datanglah empat
orang malaikat kepadanya. Berkatalah malaikat yang pertama,
Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang
mewakili rezeki engkau. Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan
barat. Maka aku tidak dapati rezeki engkau sesuatu hinggalah sekarang.
Maka berkatalah malaikat yang kedua, Assalamualaikum wahai hamba
Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang mewakili dengan minuman engkau.
Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan barat. Maka aku tidak dapati
sesuatu minuman engkau hinggalah sekarang. Maka berkatalah malaikat
yang ketiga, Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah
malaikat yang mewakili dengan nafas engkau. Aku tuntut di dalam dunia
antara timur dan barat. Maka aku tidak dapati nafas engkau hinggalah
sekarang.
Kemudian
berkatalah
malaikat
yang
keempat,
Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang
mewakili dengan ajal engkau. Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan
barat. Maka aku tidak dapati satu saat juapun untukmu sekarang.

Kemudian masuklah pula malaikat Kiraman Katibin dari kanan


dan kiri untuk dibentangkan kepadanya segala amalan yang dilakukan
semasa di dunia. Malaikat di sebelah kanan diwakili dengan amal
kebajikan akan mengeluarkan sahifah bercahaya. Orang yang melihat
buku catatan amalannya dipenuhi dengan amalan kebaikan akan gembira
dan akan manis mukanya. Orang yang melihat buku catatan amalannya
dipenuhi dengan amalan kejahatan akan ditunjukkan oleh malaikat di
sebelah kiri kerana tidak mahu menanggung sahifah yang gelap itu.
Malaikat itu pun menggulung dan mencampakkan sahifah gelap itu ke
mukanya.
Apabila ruh seseorang yang nazak sampai ke halkum, akan
dicabutlah nyawanya oleh Malaikat Maut. Jika si mati itu termasuk dalam
kalangan orang yang mendapatkan rahmat Allah s.w.t., maka ruhnya akan
diambil oleh Malaikat Rahmat dengan wangi-wangian yang amat harum
baunya, keadaannya ketika itu amatlah menyenangkan. Tetapi jika si mati
itu termasuk dalam kalangan orang yang mendapat azab, maka ruhnya
akan diambil oleh Malaikat Azab dengan bau yang amat busuk, melebihi
busuknya bau bangkai, keadaannya ketika itu amat menyeksakan.
Menurut pendapat Ibnu Abbas r.a. bahawa Malaikat Maut itu mempunyai
pembantu-pembantu daripada kalangan para malaikat-malaikat yang lain.
Ibnu Abbas r.a. telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.
bahawa malaikat pencabut nyawa akan menyerupai seperti seorang
pemuda yang sangat cantik rupa parasnya. Pakaiannya amatlah baik dan
harum wanginya. Nabi Ibrahim a.s. berkata Jikalau seseorang yang
beriman itu melihat wajah malaikat pencabut nyawa yang cantik rupa
parasnya ketika hampir hendak mati, sudah cukup untuk menggembirakan
orang itu. Kenikmatan melihat nikmat-nikmat syurga bagi orang-orang
mukmin sudah cukup untuk mengurangkan kesakitan sakratul maut yang
dirasai. Malaikat yang cantik rupa paras itu mencabut nyawa dengan
lemah-lembut dan berhati-hati.
Bagi orang-orang kafir, munafik, dan orang-orang yang sesat yang
menentang hukum-hukum Allah s.w.t. dan sunah Rasulullah s.a.w mereka
past akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan yang sangat
menyiksakan lagi menghinakan. Malaikat Maut akan menyerupai rupa
yang bengis lagi menakutkan. Nyawa mereka akan direntap kasar tanpa
belas kasihan. Mereka adalah golongan yang amat rugi sekali.
Berlindunglah kita kepada Allah s.w.t. daripada termasuk dalam kalangan
yang demikian itu.

Tidak ada sesiapa pun yang akan melepaskan diri daripada


kematian kerana Allah s.w.t. telah berfirman :














Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenarbenarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah al-Anbiya : 35)

Kita Mahukan Kubur Yang Terang dengan Amalan Soleh


Ketahuilah sesungguhnya kubur itu gelap dan sempit. Kubur itu
tempat menghuninya cacing-cacing, ulat-ulat dan serangga-serangga. Di
dalamnya sudah tidak ada lagi kemegahan dan kemewahan. Di dalamnya
juga akan tersingkaplah, siapakah sebenarnya yang bijak dan siapakah
pula yang bodoh. Kebodohan dan kecerdikan tidak boleh diukur dengan
pangkat dan sijil-sijil semasa di dunia. Tetapi semuanya berdasarkan
sejauh mana ketaatan hamba terhadap Allah s.w.t.. Seorang petani yang
bekerja di sawah adalah bijak jika dia seorang yang bertakwa di sisi Allah
s.w.t.. Seorang cendekiawan lulusan universiti adalah bodoh jika dia kufur
kepada Allah s.w.t..
Imam Abu Lait Rahimahullah telah berkata, Hamba Allah s.w.t.
perlulah melazimkan empat perkara dan menjauhi empat perkara. Empat
perkara yang perlu dilazimkan ialah:
1.
2.
3.
4.

Memelihara solat
Bersedekah
Membaca al-Quran
Membanyakkan bertasbih

Keempat-empat perkara ini akan menerangkan kubur yang gelap


dan meluaskan kubur yang sempit.

Empat perkara yang perlu kita jauhi pula ialah


1.
2.
3.
4.

Berdusta
Khianat
Mengadu domba
Tidak beristibrak setelah membuang air kecil.

Berhati-hatilah dengan empat perkara tersebut kerana kubur itu


tempat penderitaan yang memedihkan.
Imam Abu Hanifah Rahimahullah menyatakan, ramai orang yang
tertanggal imannya ketika waktu nazak. Antara sebabnya ialah kerana
godaan syaitan laknatullah. Syaitan akan datang ketika anak Adam dalam
keadaan nazak dan akan berusaha menyesatkan anak Adam sehinggalah
kepada peringkat tertanggal imannya.
Imam Abu Hanifah Rahimahullah ditanyakan apakah dosa yang
menyebabkan tertanggalnya iman seseorang? Beliau menjawab ada tiga
jenis dosa iaitu:
1. Meninggalkan syukur akan nikmat Allah s.w.t.
2. Meninggalkan sifat takut dan bimbang sekiranya mati dalam
kekufuran
3. Berlaku zalim terhadap hamba Allah s.w.t.
Seseorang yang memiliki dan melakukan tiga perkara tersebut dan
tidak bertaubat lazimnya akan meninggal dunia dalam keadaan tertanggal
imannya. Antara pendapat ulama yang menyatakan seseorang itu akan
mati dalam keadaan suul khotimah ialah kerana suka meringan-ringankan
solat, meminum arak, menderhakai ibu bapa.

Kita Mahu Terhindar Daripada Kepedihan Azab Neraka


Sesungguhnya api neraka itu adalah tempat kembali yang amat
hina. Berlindunglah kita semua kepada Allah s.w.t. daripadanya. Suatu
hari, Malaikat Jibrail Alaihissalam datang kepada Rasulullah s.a.w. dan
menceritakan hal keadaan neraka. Malaikat Jibrail a.s. menyatakan
bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan neraka. Kemudian dinyalakan api
neraka tersebut selama seribu tahun sehinggalah apinya menjadi sangat

merah. Kemudian dinyalakan lagi selama seribu tahun sehinggalah apinya


menjadi hitam. Apinya tidak akan padam.
Di dalam neraka itu terdapat ular-ular sebesar leher unta.
Gigitannya amat menyakitkan sehingga dirasai selama empat puluh tahun.
Neraka itu adalah tempat yang sangat derita. Sekiranya pakaian ahli
neraka digantungkan di antara langit dan bumi, nescaya mati semualah
segala penduduk bumi kerana kepanasannya yang teramat panas.
Sesungguhnya bahan bakarnya daripada manusia dan batu. Minumannya
daripada air mendidih, darah dan nanah. Makanannya daripada buah yang
berduri yang mana apabila dimakan akan menghancurkan isi-isi badan
sehingga terburai segala urat-urat perut. Keadaan wajah ahli neraka pula
tersangat hitam. Kepala mereka sangat besar sehingga tubuh mereka tidak
mampu untuk menampungnya. Semua ini hanyalah sebahagian kecil cerita
daripada azab-azab neraka. Banyak lagi azab-azab yang akan ditempuhi
oleh orang-orang yang bakal menjadi ahli neraka. Hanya orang yang
benar-benar beriman dengan perkara-perkara ghaib sahajalah yang akan
dapat merasakan ketakutan kepada azab Allah s.w.t.. Bagi orang yang mati
hatinya, tidak akan dapat merasakan apa-apa apabila mendengar tentang
azab Allah s.w.t.. Hati yang mati diselaputi dengan cinta kepada dunia
yang akan menjadi dinding penghadang kepada hati daripada memandang
kepada perkara-perkara ghaib yang wajib diimani.

Ingatlah Para Saksi Yang Akan Bersaksi Atas Perbuatan


Kita







Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan
Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah s.w.t. menjadi saksi antaraku dan
kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu al-Kitab"
(Surah ar-Rad : 43)
Wahai orang yang bermaksiat! Ingatlah pada hari yang mana para
saksi bersaksi atas segala perbuatanmu di atas muka bumi ini.
Allah s.w.t. berfirman

pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas
mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan
(Surah an-Nur : 24)
Mata berkata : Ya Allah, aku telah digunakan untuk melihat
perkara-perkara yang haram
Telinga berkata : Ya Allah, aku telah digunakan untuk
mendengar perkara-perkara yang haram
Lidah berkata : Ya Allah, aku telah digunakan untuk
mengatakan perkara-perkara yang haram
Tangan berkata : Ya Allah, aku telah digunakan untuk
melakukan perkara-perkara yang haram
Kaki berkata : Ya Allah, aku telah digunakan untuk melangkah
menuju perkara-perkara yang haram
Kulit berkata : Ya Allah, aku telah terluka kerana digunakan
pada perkara-perkara yang haram
Maka ke manakah kita ingin melarikan diri? Siapakah yang dapat
menyelamatkan kita? Dan ke manakah tempat untuk kita mencari
perlindungan? Padahal, ketika itu para saksi semuanya daripada diri kita
sendiri.
Allah s.w.t. berfirman

20. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran,


penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apaapa yang telah mereka kerjakan
21. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi
saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah s.w.t. yang
menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai
(pula) berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama
dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan"
22. Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi daripada kesaksian
pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira
bahwa Allah s.w.t. tidak mengetahui kebanyakan dari apa-apa yang kamu
kerjakan
23. Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka
kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu
termasuk orang-orang yang rugi
24. Jika mereka bersabar (menderita azab) maka nerakalah tempat diam
mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah
mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya
(Surah al-Fussilat : 20-24)

Muhasabah Buat Kita

Wahai orang yang keluar pada pagi hari dan pulang pada petang harinya
dalam keadaan lalai
Sampai bilakah engkau menganggap baik segala keburukan yang engkau
lakukan?
Sudah berapa lamakah bahkan sampai bilakah engkau sentiasa berasa
tidak takut tentang bagaimana keadaanmu pada Hari Kiamat nanti?
Pada hari itu Allah s.w.t. meminta anggota-anggota tubuhmu untuk
berbicara sebagai saksi

Bagaimanakah keadaanmu kelak ketika engkau menerima buku-buku


amalanmu yang telah engkau penuhi dengan keburukan dan
kemaksiatan?
Bagaimana engkau boleh berlapang dada menjadi seorang yang rugi,
pada hari orang yang beriman beruntung meraih kejayaan?
Daripada Jabir r.a., dia menuturkan
Pada saat orang-orang yang berhijrah dengan menyeberangi lautan
pulang ke Madinah menemui Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. berkata:
Sudikah kiranya kalian menceritakan kepadaku tentang kejadian yang
paling mengagumkan yang telah kalian lihat di negeri Habsyah?
Seorang pemuda daripada rombongan tersebut menceritakan, Baiklah
ya Rasulullah. Ketika kami sedang beristirahat, telah datang di hadapan
kami seorang wanita tua, wanita tua itu merupakan seorang ahli ibadah
yang pada saat itu beliau sedang membawa sedikit air di atas kepalanya.
Kemudian wanita tua tersebut yang merupakan ahli ibadah itu tadi lalu di
hadapan salah seorang pemuda bangsa tersebut, pemuda itu pun
menggangu wanita tua itu dengan meletakkan salah satu tangannya ke
pundak si nenek, dan akhirnya si wanita tua itu tersungkur sambil
berlutut pada kedua lututnya, lalu tumpahlah air yang dibawanya . Ketika
wanita tua itu bangkit, dia menoleh ke arah si pemuda itu seraya berkata,
Kelak kamu akan mengetahui wahai anak kurang ajar, apabila Allah
s.w.t. telah meletakkan Kursi-Nya, mengumpulkan orang-orang terdahulu
dan terkemudian, tangan-tangan dan kaki-kaki menceritakan apa yang
telah mereka perbuat, kelak kamu akan mengetahui bagaimana perkaraku
dan perkaramu di sisi-Nya kelak.
Jabir berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
Engkau telah mengkhabarkan perkara yang benar. Engkau telah
berkata benar. Bagaimana Allah s.w.t. akan mensucikan suatu umat yang
tidak menghukum orang-orang kuat dikalangan mereka untuk
memberikan keadilan bagi orang-orang lemah dikalangan mereka?
Justeru ingatlah kita akan hari ketika Allah s.w.t. menutup semua
mulut, walaupun kita bersumpah kepada Allah s.w.t. :

(Ingatlah) hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah s.w.t. lalu


mereka bersumpah kepada-Nya (bahawa mereka bukan musyrikin)
sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka
bahwa mereka akan memperoleh suatu (manfaat). Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta
(Surah al-Mujadilah : 18)
Orang yang celaka di antara mereka berkata kepada Allah s.w.t.
s.w.t. : Demi Allah s.w.t., aku tidak mengetahui, tidak berkata dan tidak
berbuat. Saat itulah semua anggota tubuhnya berkata-kata, dan
diperlihatkan semua keburukannya.




Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami
tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa-apa
yang dahulu mereka usahakan
(Surah Yaasin : 65)
Daripada Anas bin Malik r.a., dia menuturkan :
Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba beliau tertawa
dan berkata, Apakah kalian mengetahui mengapa aku tertawa? . Kami
menjawab, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.
Rasulullah s.a.w. bersabda, Aku tertawa kerana pembicaraan seorang
hamba kepada Rabb-Nya, hamba itu berkata, Wahai Rabbku, bukankah
engkau akan menyelamatkanku daripada kezaliman? Allah s.w.t.
berfirman, Benar. Hamba itu berkata. Aku tidak merelakan seorang
pun bersaksi kepadaku kecuali diriku sendiri. Allah s.w.t. berfirman,
Cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu
dan para malaikat yang mulia (di sisi Allah s.w.t.) yang mencatat
(pekerjaanmu itu) sebagai saksi. Kemudian bibirnya dikunci mati dan
dikatakan kepada anggota-anggota tubuhnya, Berbicaralah! Maka
anggota-anggota badan itu berbicara menceritakan apa saja yang telah
ia perbuat diatas muka bumi.
Maka mari kita sama-sama renungkan, kita bermaksiat kepada
Allah s.w.t. dengan menggunakan anggota badan yang dipinjamkan oleh

Allah s.w.t., lalu kita akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan
anggota-anggota tubuh ini menjadi saksi ke atas kita.

Ingatlah Tempat Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan


Kita
Ingatlah pula tempat di mana kita bermaksiat kepada Allah s.w.t..
Pada hari Kiamat tempat itu akan datang menjadi saksi atas perbuatan
kita. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Maka daripada rumah
kalian jejak kalian akan dicatat.
Allah s.w.t. berfirman

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami


menuliskan apa-apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang
mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab
Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)
(Surah Yaasin : 12)
Kerana itu para ulama menerangkan : Sesungguhnya , apabila
kita bermaksiat kepada Allah s.w.t. pada suatu tempat maka berbuat
taatlah di tempat tersebut, kerana kelak pada Hari Kiamat tempat itu
akan menjadi saksi atas apa-apa yang anda lakukan.
Allah s.w.t. berfirman

















Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang)
dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya
perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatanperbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat
(Surah Hud : 114)

Inilah berita yang disampaikan oleh bumi pada Hari Kiamat.


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata :
Rasulullah s.a.w. membaca; Pada hari itu bumi menceritakan
beritanya. (Az-Zalzalah : 4). Beliau bersabda, Apakah kalian
mengetahui apakah beritanya? Para sahabat menjawab, Allah s.w.t.
dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Rasulullah bersabda, Berita
yang ia sampaikan iaitu pada hari ia menjadi saksi atas setiap hamba
atau umat terhadap amal-amal yang telah mereka perbuat di mana
tempat tinggalnya dulu, maka bumi akan berkata, Orang ini berbuat ini
dan itu pada hari ini dan itu. Inilah dia beritanya.

Ingatlah Waktu Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan


Kita
Imam Hasan al-Bashri r.h. menuturkan, Tiada hari yang
mendatangi anak cucu Adam melainkan hari itu akan berkata, Wahai
anak cucu Adam, aku adalah ciptaan yang baru dan aku kelak pada Hari
Kiamat akan menjadi saksi atas segala perbuatanmu, untuk itu berbuat
baiklah pada saat-saatku, sehingga aku akan menjadi saksi atas
kebaikanmu. Sesungguhnya apabila aku telah berlalu, maka engkau tidak
akan melihatku keesokan harinya.
Ingatlah, sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa memantau kita dan
demikian juga dengan para malaikat yang mulia yang sentiasa mencatat
segala pekerjaan kita di atas muka bumi ini.






Mereka mengetahui apa-apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Infitar : 12)
Ingatlah para malaikat sentiasa melihat kita sementara kita tidak
dapat melihat mereka, mereka mengetahui apa-apa yang kita katakan dan
kerjakan sementara kita tidak menyedari dan merasakan keberadaan
mereka dan pada Hari Kiamat mereka akan menjadi saksi atas apa-apa
yang telah kita katakan dan kerjakan.
Allah s.w.t. berfirman






Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad s.a.w.) dalam menjalankan
sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau
sesuatu ayat dari al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia)
dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi
saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang
lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu daripada sehalus-halus atau
seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih
kecil daripada itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya
tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.
(Surah Yunus : 61)
Saidina Uthman bin Affan r.a. berkata ketika menafsirkan firman
Allah s.w.t.







Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar),
disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi
menjadi) saksi;
(Surah Qaf : 21)
Malaikat pengiring yang menggiring mereka menuju Allah s.w.t.
dan malaikat penyaksi yang menjadi saksi atas perbuatan yang telah
mereka lakukan di atas muka bumi.

Kemanakah Kita Ingin Lari?

Maka ke manakah, ke manakah kita akan melarikan daripada


semua saksi-saksi di atas?

Waktu seluruhnya menjadi saksi ke atas diri kita


Tempat seluruhnya menjadi saksi ke atas diri kita
Seluruh anggota badan semuanya menjadi saksi ke atas diri kita









dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah s.w.t. menjadi
saksi (akan kebenaran al-Quran ini)
(Surah An-Nisa : 166)
Justeru apabila nafsu membisikkan kepada kita supaya melakukan
maksiat dan perbuatan dosa, maka katakanlah kepadanya, aku sentiasa
beriman dengan firman Allah s.w.t.






Dan tiap-tiap sesuatu daripada bawaan hidupnya, telah Kami hitung
secara bertulis
(Surah an-Naba : 29)

Ingatlah Perhitungan Dan Pencatatan Yang Sangat Teliti





Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatat
(Surah al-Qamar : 53)
Hati kita akan merana dan sentiasa dalam kedukaan, kesedihan,
dan terbakar oleh api kesengsaraan serta kepedihan ketika dihamparkan
lembaran-lembaran yang dipenuhi dengan amalan yang menghinakan.
Kita akan diperlihatkan semua catatan amalan-amalan yang telah kita
lakukan ketika di dunia dahulu yang sebelumnya telah kita lupakan. Kita
memang telah melupakannya tetapi Allah s.w.t. mencatatnya, firman
Allah s.w.t. :




















Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah s.w.t.
(pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka
telah kerjakan, Allah s.w.t. telah menghitung amal-amal mereka itu satu
persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah s.w.t.
menjadi saksi akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Mujadilah : 6)
Allah s.w.t. Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. Setiap amalan
yang telah kita lakukan dahulu itu akan kita lihat kembali pada hari akhirat
kelak yang merupakan hari penyesalan bagi hamba-hamba yang berdosa.
Pada waktu itu, segala kenikmatan dan keselesaan hidup telah lenyap dan
berganti dengan kesengsaraan dan penderitaan yang kekal abadi.
Ingatlah wahai orang yang bermaksiat, sebuah buku akan dibuka
dan dihamparkan di hadapan kita dan segalanya yang telah kita lakukan
ada tertulis di dalamnya.
Allah s.w.t. berfirman

Dan kitab-kitab amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan
melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa-apa yang
tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami,
mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang
kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati
segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan
(ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.
(Surah al-Kahfi : 49)
Lembaran-lembaran amal kita akan dihampar. Pada hakikatnya,
kita sendiri yang mengisinya atas kehendak hati kita sendiri dan apabila
kita meninggal dunia, lembaran-lembaran amal itu ditutup dan ketika kita
dibangkitkan kembali pada hari akhirat kelak, lembaran-lembaran tersebut

akan dibuka semula untuk memperlihatkan kepada kita apa-apa yang telah
kita kerjakan di atas dunia sewaktu kita hidup dahulu.
Allah s.w.t. berfirman


























13. Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya
pada lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan
kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk
ditatapnya).
14. (Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan
amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung
terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).
(Surah al-Isra : 13-14)
Amalkan dan ucapkanlah sesuatu yang kita senang melihatnya
pada hari pertemuan kita dengan Allah s.w.t., iaitu pada hari yang mana
ditegakkan timbangan-timbangan amal dan diberikan lembaran-lembaran
amal. Maka pada hari itu ada yang mengambil buku catatan amalnya
dengan tangan kanannya dan ada yang mengambil buku catatanya dengan
tangan kirinya.
Allah s.w.t. berfirman










Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah
kanannya, maka dia berkata: Ambillah,bacalah kitabku (ini).
Sesungguhnya aku yakin,sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap
diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam

syurga yang tinggi,buah-buahnya dekat, (kepada mereka dikatakan),


Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu
kerjakan pada hari-hari yang telah lalu. Adapun orang yang diberikan
kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya,maka dia berkata: Alangkah
baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini). Dan aku tidak
mengetahui apa hisab terhadap diriku. Alangkah baiknya kalau
kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang
menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); Hartaku sekali-kali
tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku
daripadaku.
(Surah al-Haqqah: 19-29)

Ya Allah, diri kami telah melampaui batas dan sungguh Engkau telah
mengetahui dengan pasti
Sesungguhnya Engkau telah menghitung dengan teliti segala apa-apa
yang telah kami lakukan di atas muka bumi
Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah
Selamatkanlah kami dari sambaran api neraka
Imam Hassan al-Bashri Rahimahullah berkata, Wahai anak
cucu Adam,telah dihamparkan lembaran amal dan dikirimkan kepadamu
dua malaikat yang mulia, salah satunya berada di sebelah kanan dan
yang lain berada di sebelah kirimu. Malaikat yang berada di sebelah
kanan menjaga kebaikanmu (dengan mencatatnya), adapun malaikat
yang berada disebelah kirimu menjaga segala kesalahan (dengan
mencatatnya) , maka itu beramallah sesuka hatimu, sedikit ataupun
banyak sampai ketika engkau meninggal, lembaran amalmu ditutup dan
dipikulkan pada tengkukmu menemanimu di dalam kuburmu sampai
engkau keluar dari kuburmu pada Hari Kiamat.
Allah s.w.t. berfirman

Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap


kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan
malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!
(Surah al-Jatsiyah : 29)
Oleh itu ingatlah bahawa setiap lafaz yang kita lafazkan,setiap
perbuatan yang kita kerjakan, setiap gerakan yang bersumber daripada diri
kita akan dicatat dan kita akan melihatnya di hadapan mata kita sendiri
pada hari akhirat kelak .
Berdasarkan kenyataan inilah maka para pendahulu kita yang
soleh (as- salafus soleh) selalu mengawasi perkataan dan perbuatan
mereka, tidak ada satu pun gerakan mereka yang tidak dipagari dengan
muhasabah dan tidak satu perbuatan mereka pun yang tidak diiringi oleh
pengawasan.
Allah s.w.t. berfirman

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami


tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan
dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu
kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan) yang jelas nyata.
(Surah Yaasin : 12)
Pada suatu hari ar -Rabi bin Khutsaim bersama sekelompok lakilaki. Dia didatangi oleh puteri kecilnya dan berkata Wahai ayahandaku,
bolehkah aku pergi bermain? Ar-Rabi menjawab, Pergilah dan
katakanlah yang baik-baik saja
Maka sekelompok lelaki itu bertanya, Semoga Allah s.w.t.
memperbarui segala urusanmu, mengapakah engkau mengatakan
demikian padanya? Ar-Rabi menjawab, Aku tidak ingin perkataan
buruknya akan tercatat di dalam lembaran amalku.
Allah s.w.t. berfirman:

(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan,


(yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba
Allah s.w.t. yang mahu kembali kepada-Nya (dengan taat dan berbakti).
(Surah Qaf : 8)
Daripada ar- Rabi bin Khaitsam, apabila waktu pagi menjelma,
dia merasakan bahawa pada dirinya malaikat yang mencatat segala yang
akan dia katakan dan kerjakan.
Allah s.w.t. berfirman













Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan
mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di
sisi Allah s.w.t.), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka
mengetahui apa yang kamu lakukan
(Surah al- Infitihar: 10-12)
Diceritakan tentang Imam Ahmad Rahimahullah, ketika beliau
sedang mengalami sakaratul maut, beliau merintih, lalu beliau mendengar
hadis yang melarang merintih menahan rasa sakit, kerana kerintihan itu
akan dicatat. Kemudian beliau mendiamkan diri, tidak terdengar
rintihanya sehinggalah Allah s.w.t. mencabut ruhnya, dan akhirnya beliau
meninggal dunia.
Allah s.w.t. berfirman









Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa-apa yang terdaya
olehnya dan pada sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang
menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
(Surah al-Muminun : 62)

Ingatlah Kematian Dan Suul Khatimah

Allah s.w.t. berfirman





Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): Sebenarnya maut yang kamu
melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu;
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Yang Maha
Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan
kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
(Surah al-Jumuah : 8)
Ingatlah, biasanya seseorang akan meninggal dunia dalam
keadaan sedang melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan hidupnya
sehari-hari dan dalam keadaan itulah pada hari kiamat dia akan
dibangkitkan .
Dalam kondisi perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan
kerana hebatnya penderitaan ketika akan mati dan ketakutan akan
meninggalkan dunia untuk menghadapi akhirat.
Ketika kematian menjemputnya, manusia yang masih hidup
ketika itu hanya akan berbicara tentang perkara-perkara yang sentiasa
menyibukkan kita semasa kita hidup. Kerana itu, saat sakaratul maut
terbongkarlah banyak perbuatan buruk. Kita pergi meninggalkan dunia ini
dan pada masa yang sama perkara-perkara berkaitan diri kita masih
diperbualkan. Oleh sebab itulah disebutkan dalam al-Quran yang
bersumberkan daripada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
firman-Nya :

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t.


dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan
dalam keadaan Islam.
(Surah Ali Imran : 102)
Maknanya adalah wajib bagi kita untuk taat kepada Allah s.w.t.
dan janganlah kita bermaksiat kepada-Nya, bersyukurlah kepada-Nya dan

jangan mengingkari nikmat-Nya, ingatlah kepada-Nya dan jangan


melupakan-Nya, dan tetaplah pada jalan ketaatan kepada-Nya, kerana itu
adalah syarat yang akan menyelamatkan kita dari suul khotimah. Terusmeneruslah berada dalam ketaatan kepada-Nya yang merupakan ekspedisi
kematian atas keimanan.
Oleh kerana itu, Rasul kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w.
telah mendorong kita untuk bersegera melakukan kataatan sebelum
datangnya kematian.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bergegaslah dalam beramal soleh sebelum datang tujuh perkara :
Apakah kalian ingin menantikan kefakiran yang akan membuat kalian
terkulai lemas kerana lapar, atau kekayaan yang membuat kalian
melampaui batas, bermaksiat, dan melanggar segala larangan Allah
s.w.t., atau sakit yang merosakkan badan kerana parahnya atau
merosakkan agama kerana kemalasan yang dihasilkannya, atau hari tua
yang melemahkan akal sehingga kalian tidak menyedari lagi apa-apa
yang kalian katakan atau kematian yang datang secara tiba-tiba tanpa
didahului oleh sakit ataupun usia lanjut; seperti tenggelam, terbunuh,
tertimpa runtuhan dan yang lain-lainnya, atau keluarnya dajal; makhluk
yang sangat tidak disukai kehadirannya, atau Hari Kiamat; hari yang
lebih dahsyat dan lebih pahit?.
Allah s.w.t. telah menjadikan sebahagian daripada kita terus
istiqamah di atas jalan Rabbnya. Mereka tidak mencampur-adukkan
keimanan dengan kekusutan hati yang bergelumang dengan dosa. Mereka
tetap teguh dengan pendirian sebagai orang yang beriman dan berpegang
teguh dengan tuntutan-tuntutannya. Mereka sama sekali tidak bersikap
seperti serigala yang berjalan ke sana dan ke mari yang bebas melakukan
apa-apa saja yang sesuai dengan seleranya dan meninggalkan apa-apa
sahaja yang tidak sesuai dengan seleranya. Mereka dijanjikan keteguhan
dan kekuatan pada hari orang-orang yang kuat berpaling daripada-Nya.
Firman Allah s.w.t.








Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan
berkata: Tuhan kami ialah Allah s.w.t., kemudian mereka tetap teguh di

atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa
ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (daripada
berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu
berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh
Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Surah al-Fuusilat : 30)
Sunan at-Tarmidzi, no. 2306; daripada Abu Hurairah
Adapun orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan
menimbunkan dosa dan mendatangkan berbagai keburukkan di hadapan
mereka yang membuatkan sebuah gunung tidak mampu memikulnya,
maka Allah s.w.t. akan mengancam mereka dengan penyesatan pada hari
yang mana mereka sangat memerlukan peneguhan dan pertolongan.
Balasan itu setimpal dengan perbuatan mereka, barangsiapa yang
menolong Allah s.w.t. ke atas dirinya sendiri semasa kuat dan tegarnya,
maka balasannya adalah Allah s.w.t. akan menolongnya mengalahkan
musuhnya ketika masa ia lemah, fakir dan memerlukan.
Allah s.w.t. berfirman







Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan
yang baik juga?
(Surah ar-Rahman : 60)
Hendaklah kita khuatiri andai syaitan laknatullah menguasai diri
kita dan menduduki hati kita ketika akal kita sihat berfungsi, fizikal kita
dalam keadaan kuat, panca-indera kita elok sempurna dan kecerdikan kita
cerdas berfungsi, lalu kita menggunakannya sesuai dengan apa-apa yang
diperintahkan oleh syaitan laknatullah berupa perbuatan maksiat dan dosa,
maka bagaimanakah pula ketika kekuatan kita melemah, hati kita sibuk
dengan apa-apa yang sedang menimpa kita berupa rasa sakit tercabutnya
ruh, sakaratul maut dan beratnya kepedihan dan malapetaka?
Bimbangilah kita akan saat ketika kita sedang lemah tidak berdaya
menghadapi sakaratul maut, ketika itulah syaitan laknatullah akan
mengumpulkan seluruh kekuatannya untuk menyesatkan kita,
mendatangkan tipu muslihatnya dan belenggu-belenggunya kepada kita.
Syaitan akan menyeru kepada para menterinya dan pengikut-pengikut

bawahannya dengan berkata, kalian harus mengawalnya, kerana jika


kalian kehilangan dia, kalian tidak akan menjumpainya, sesungguhnya ini
adalah tugas terakhir. Pada saat itu ketika kita tersangat lemah,
sangatlah dikhuatiri andai kita tertewas kepada bisikan jahat syaitan
laknatullah dan seteru-seterunya dan jadilah kita antara orang-orang yang
menyesal dengan sepenuh sesalan.
Allah s.w.t. berfirman











Allah s.w.t. menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan
kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah
s.w.t. menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka
sendiri) dan Allah s.w.t. berkuasa melakukan apa-apa yang dikehendakiNya.
(Surah Ibrahim : 27)

Janganlah kita tanyakan tentang siapa yang akan binasa dan


bagaimanakah dia akan selamat kerana tidak ada sesiapa yang akan binasa
di hadapan Allah s.w.t. kecuali yang ditakdirkan binasa atas pilihan
mereka sendiri.
Sesungguhnya telah banyak kita dengar tentang cerita-cerita
orang-orang yang sengsara pada akhir kehidupan. Pada kondisi mereka
terdapat pengalaman yang dapat diambil dan pada cerita mereka terdapat
peringatan yang seharusnya wajib dijadikan pengajaran. Orang yang
cerdik adalah orang yang menghinakan nafsunya dan memaksanya
menghambakan kepada Allah s.w.t.. Maka bersungguh-sungguhlah untuk
beramal soleh ketika masih hidup di dunia ini sebagai persedian untuk
menghadapi saat kematian dan hari perhitungan yang akan menjenguk
tiba.
Jadikanlah diri kita sebagai orang yang sentiasa mengambil
pengajaran daripada kisah-kisah yang berlaku kepada mereka yang
terdahulu daripada kita, wahai hamba Allah s.w.t.. Sebaliknya, janganlah
pula anda yang menjadi pengajaran kepada orang-orang yang akan datang.

Inilah kisah seorang pemuda yang sedang berada pada awal usia
mudanya. Dia merupakan seorang pemuda yang berpaling daripada Allah
s.w.t., lalai daripada Pencipta dan Pelindungnya. Suatu ketika, pemuda itu
terlibat dengan kemalangan jalanraya. Berlumuran darah pada seluruh
jasadnya dan pada ketika itu, dia berada dalam kondisi yang sangat teruk.
Seseorang bergegas mendekatinya namun individu itu mendapati pemuda
itu tadi sedang berada dalam keadaan yang sangat nazak. Sakitnya
sakaratul maut bukan kepalang. Pada saat itu, individu itu tadi cuba untuk
menyebutkan kepada pemuda tersebut kalimah syahadah agar dia dapat
mengulanginya dengan harapan pemuda tersebut mengakhiri hidupnya
dengan kebahagiaan sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan
melalui sabdanya:
Talqinkan orang sedang dicabut nyawanya di antara kalian dengan laila
haillallah,
Silsilah al-Ahadiths ash-Shahihah, karya Syaikh al-Albani, no. 2151,
hal. 5; daripada Abdullah
Shahih Ibnu Majah, karya Syaikh al-Albani, no. 1185; daripada Abu
Hurairah
barangsiapa yang akhir perkataannya La ilahaillallah, niscaya dia
masuk syurga
Shahih al-Jami, no. 6479, dan kitab al-Ahkam al-Janaiz , keduanya
karya Syaikh al-Albani, no. 34; daripada Muadz bin Jabal.
Individu itu perlahan-lahan berkata kepada pemuda tersebut,
Katakanlah La ilaha illallah. Maka pemuda itu mengangkat kepalanya
sementara darahnya menyembur keluar, dia berkata menggunakan bahasa
pergaulan , Aku tidak pernah solat dan.... malaknat agamamu! Setelah
itu si pemuda itu tadi menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Renungkanlah, semoga Allah s.w.t. merahmati dan menyelamatkan kita
daripada pengakhiran kehidupan sebagaimana pemuda itu. Padahal
individu yang cuba membimbingnya untuk menyebutkan kalimah
syahadah tidak pun menyuruhnya mengerjakan solat dan akhirnya dia
mati dalam keadaan mengucapkan kata-kata yang mengandungi
kekufuran. Kita berlindung kepada Allah s.w.t. daripada pengakhiran
kehidupan yang tragis. Ameen.

Selain itu, ada seorang lagi pemuda yang mengalami kecelakaan


kereta. Kemudian seorang lelaki mendatanginya dan mendapatinya
mengeluh yang teramat sangat disebabkan deritanya saat tercabutnya ruh
daripada dirinya. Orang itu, lelaki itu cuba menyebutkan kepadanya
kalimah syahadah agar dia dapat mengulanginya tetapi si pemuda itu tadi
memberikan jawapan, Saya ada di dalam neraka Saqar... saya ada di
dalam neraka Saqar.... Akhirnya pemuda itu mati dalam keadaan
sedemikian.
Kemudian, lelaki itu bertanyakan tentang siapakah ahli keluarga
kepada si mayat itu tadi. Maka dia ditunjukkan kepada keluarga si mayat.
Lelaki itu bertanyakan kepada mereka tentang kisah silam pemuda itu tadi
dan kemudiannya mereka memberitahu, Sesungguhnya dia dahulu tidak
pernah mengerjakan solat.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dengan benar ketika
Dia mengkhabarkan tentang orang-orang yang derhaka:




Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar
(neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak termasuk orang-orang
yang mengerjakan solat.
(Surah al-Muddaththir: 42-43)
Terdapat juga sebuah kisah tentang seorang pemuda yang sedang
mengalami sakaratul maut, dia terus menerus bernyanyi dan mengulangulang nyanyian seorang penyanyi wanita; Adakah orang-orang yang
mabuk cinta seperti kami melihat cinta? dan kemudiannya pemuda itu
meninggal dunia. Dia hidup atas kebiasaan mendengar muzik dan
menyanyikan lagu-lagu dan akhirnya dia mati dalam keadaan demikian,
dan dalam keadaan demikian itu jugalah dia akan dibangkitkan pada hari
kiamat kelak.
Renungkanlah, apabila seseorang daripada kita didatangi oleh
kematian, dalam keadaan bagaimanakah kematian itu akan mendatangi
kita? Setiap daripada kita sedang menunggu-nunggu saat kematian datang
menjenguk kita kerana itulah takdir yang telah ditentukan sejak kita lahir
ke dunia ini. Apakah kematian itu akan datang pada saat kita sedang
berada atas ketaatan kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya? Ataukah

kematian itu akan datang dalam keadaan kita sedang melakukan


kemaksiatan kepada Allah s.w.t.?

Ingatlah Istidraj Daripada Allah s.w.t.






Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang
mendustakan keterangan al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit
demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak
mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya
rancangan sulit-Ku (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah
kuat kukuh.
(Surah al-Qalam : 44-45)
Ingatlah bahawasanya, Allah s.w.t. memberikan penangguhan
hukaman-Nya di atas dunia ini atas kekufuran yang dilakukan bukannya
bermaksud Allah s.w.t. membiarkan kita begitu sahaja.
Rasulullah s.a.w. bersabda
Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi tangguh kepada orang yang
melakukan aniaya sehingga saat Allah s.w.t. mengambil ruhnya. Dia tidak
akan dibebaskan dan ditinggalkan sampai hukumannya dihabiskan
Allah s.w.t. akan menyiksa hamba-hamba-Nya yang durhaka
dengan siksaan oleh yang Maha Perkasa dan yang Maha Memiliki.
Mereka yang Allah s.w.t. tangguhkan siksaan di dunia ini dengan
kenikmatan yang sementara sehinggakan mereka terus-menerus
berseronok berada dalam kemaksiatan dan kesalahan dengan menyangka
bahawa mereka memiliki kemuliaan dan kedudukan pada sisi Allah s.w.t.
padahal mereka telah pun tersungkur dan terhina pada pandangan Allah
s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman :










Adakah mereka menyangka bahawa apa-apa yang Kami berikan kepada
mereka daripada harta benda dan anak-pinak itu.
(Surah al-Muminun : 55)
Rasulullah s.a.w. bersabda
Apabila engkau melihat Allah s.w.t. memberikan seseorang hamba
berupa segala-gala yang dia sukai daripada perkara-perkara dunia atas
kemaksiatannya, maka ketahuilah bahawa itu adalah penangguhan ke
arah kebinasaan
Lalu Baginda s.a.w. membacakan firman Allah s.w.t.





















Kemudian apabila mereka melupakan apa-apa yang telah diperingatkan
mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala
kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan
bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami
timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang
membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat
sebarang pertolongan).
(Surah al-Anam : 44)
Sebahagian daripada kalangan Salafus Shalih berkata,
Apabila engkau melihat Allah s.w.t. menurunkan nikmatnya
secara beruntun kepadamu sementara engkau melakukan kemaksiatan
secara beruntun, maka takutlah akan hal itu, kerana itu merupakan
penarikan secara beransur-ansur ke arah kebinasaan.

Allah s.w.t. berfirman







Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik
mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang
mereka tidak mengetahuinya.
Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan
balasan-Ku amatlah teguh.
(Surah al-Araf : 182-183)
Abdurrahman bin Auf r.a. pernah didatangkan makanan ketika
hampir waktu berbuka puasa, lalu dia mengangkat makanan itu untuk
disuapkan ke dalam mulutnya, kemudian dia bergegas menurunkannya
semula seraya berkata, Mushab bin Umair terbunuh di medan perang
dan dia lebih mulia daripadaku, sementara dia dikafani oleh kain
burdahnya : apabila kepalanya ditutupi dengan kain itu, maka
tersingkaplah kedua kakinya, dan apabila kedua kakinya ditutupi kain itu
terbukalah bahagian kepalanya. Hamzah r.a. telah terbunuh di medan
perang dan dia lebih mulia daripada aku. Setelah itu pintu-pintu dunia
dibukakan kepada kita yang sebelumnya tidak pernah dibuka. Kami takut
pahala-pahala kebaikan telah disegerakan untuk kami di kehidupan
dunia. Kemudian beliau menangis sehingga meninggalkan makanannya.
Penangguhan azab siksaan buat manusia yang suka bermaksiat
adalah sebuah perencanaan dan penarikan secara beransur-ansur ke arah
kebinasaan bagi mereka sehingga dengan penangguhan tersebut dosa-dosa
mereka semakin bertambah.
Allah s.w.t. berfirman

















Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami
membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana
sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah
dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghinakan
(pada hari akhirat kelak)
(Surah Ali Imran : 178)
Sebagian daripada kalangan Salafus Shalih menuturkan,

Berapa ramai orang yang ditarik secara beransur-ansur ke


arah kebinasaan dengan diberikan nikmat kepadanya, sementara dia
tidak menyadarinya.
Dikatakan kepada Imam Hassan al-Bashri Rahmatullah, Kami
melihat anda menangis lama. Beliau menjawab, Aku takutkan Allah
s.w.t. melemparkanku ke dalam neraka sementara Allah s.w.t. tidak
memperdulikanku. Tidak ada yang takut kepada Allah s.w.t. kecuali orang
yang beriman dan tidak ada yang berasa aman daripada-Nya kecuali
orang yang munafik.
Justeru apabila nafsu kita membisikan untuk bermaksiat dan
bertekad melakukan perbuatan dosa, maka katakanlah kepadanya :






Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang
mendustakan keterangan al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit
demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak
mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya
rancangan sulit-Ku (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah
kuat kukuh.
(Surah al-Qalam : 44-45)

Penutup

Penutup

Kita memohon kepada Allah azza wa jalla segala kebaikan-Nya.








Dan penutup doa mereka ialah: Alhamdulillahi Rabbil alamin
(Surah Yunus:10)
Wa badu
Setelah kaki anda tergelincir dan terjatuh dalam kemaksiatan,
terperangkap dalam jeratan kesalahan dan kekeliruan, maka apakah jalan
keluar terbaik daripada bara api kejahatan itu?
Adakah di sana terdapat seseorang yang akan menyelamatkan kita
daripada segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan? Takutilah
kerana siksaan Allah s.w.t. merupakan suatu
kebinasaan yang
berpanjangan dan memeritkan.
Sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa memberi peluang untuk
hamba-hamba-Nya bertaubat dengan dibukakan pintu taubat seluas jarak
antara timur dan barat.
Nabi s.a.w bersabda
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengadakan sebuah pintu untuk orangorang yang bertaubat di tempat terbenamnya matahari; lebar pintu
tersebut sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Pintu itu tidak akan ditutup
sehingga matahari terbit dari arahnya
Itulah pintu taubat, pintu untuk pulang dan kembali tunduk
kepada-Nya. Allah s.w.t. sentiasa membuka pintu itu untuk orang-orang

Penutup

yang hendak bertaubat kepada-Nya yang masih mengingati bahawa


mereka mempunyai Rabb yang akan menyiksa atas segala dosa dan
kesalahan yang mereka telah lakukan. Menyedari bahawa akan adanya
hari perhitungan amal yang setiap perbuatan baik dan buruk akan
diperhitungkan seadil-adilnya, maka bersegerlah kita untuk bertaubat
kepada Allah s.w.t. selagi peluang masih terbuka luas.

Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang
mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa-apa yang kamu semua
kerjakan
(Surah ash-Shura : 25)
Tidak ada tempat berlindung daripada-Nya kecuali kepada-Nya
dan tidak ada tempat untuk kita melarikan diri daripada siksaan-Nya
kecuali dengan berdiri menghinakan diri di hadapan-Nya.
Allah s.w.t. berfirman
















Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri
(dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada
Allah s.w.t., nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani
(Surah an-Nisa : 110)
Jika mereka bertaubat kepada-Nya maka mereka adalah para
kekasih Allah s.w.t.. Dan apabila mereka menyesal atas perkaraperkara
maksiat yang telah mereka lakukan, Allah s.w.t. yang Maha Pengasih
terhadap hamba-hamba-Nya. Jika mereka mendatangi Allah s.w.t. pada

Penutup

malam hari, Dia akan menerimanya. Apabila mereka menghadapkan


kepada-Nya pada siang hari, maka Dia tetap akan menerimanya. Jika
mereka mendekatkan diri kepada-Nya sejengkal, maka Dia akan
mendatangi mereka sehasta dan apabila mereka mendatangi-Nya sehasta,
maka Dia akan mendatangi mereka sedepa. Begitulah juga sekiranya
mereka datang kepada-Nya dengan berjalan, maka Allah s.w.t. akan
datang kepada hamba-hamba-Nya dengan berlari.
Apabila mereka meminta ampun kepada-Nya, maka Allah s.w.t.
akan mengampuninya. Jika mereka meminta sedikit kepada-Nya, maka
Allah s.w.t. akan menyedikitkannya. Apabila mereka bertaubat kepadaNya, maka Allah s.w.t. akan menerima taubatnya. Jika mereka datang
menghadap kepada-Nya, maka Allah akan menyambutnya dari kejauhan.
Apabila mereka meninggalkan sesuatu kerana-Nya, Allah s.w.t.
akan mengggantikannya sesuatu yang lebih baik daripadanya. Mereka
melalui malam hari dan menghadap kepada Allah s.w.t. dengan penuh
hina. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. sentiasa menjaga mereka ketika
mereka di tempattempat tidurnya dan sentiasa memberikan kepada
mereka apa-apa yang terbaik untuk mereka. Maka siapakah yang paling
besar rahmat dan kasih-sayangnya melebihi Allah s.w.t. yang Maha
Pemurah lagi Maha Pengasih?
Allah s.w.t. menyeru setiap orang yang berpaling daripada-Nya,
setiap orang yang menyimpang dari jalan-Nya, setiap orang yang
menjauhkan diri dari titian-Nya; Allah menyeru mereka padahal Dia tidak
berkehendakkan kepada mereka sedikit pun tetapi kitalah yang sentiasa
memerlukan bimbingan dan rahmat Allah s.w.t..
Allah s.w.t berfirman dalam hadits qudsi :
Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan pada
waktu malam dan siang hari, dan Aku Maha mengampuni dosa-dosa
seluruhnya; untuk itu mintalah ampun kepada-Ku niscaya Aku akan
mengampuni kalian

Penutup

Wahai orangorang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah


s.w.t. dengan taubatan nasuha ( taubat yang ikhlas ). Semoga Rabbmu
menutupi kesalahanmu dan memasukanmu ke surga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai.
Wahai orang yang bermaksiat, jalan untuk sampai menuju taman
dan sungai-sungai tersebut adalah jalan mendaki lagi sukar untuk didaki,
tempat memijak yang sangat licin yang tidak akan dapat mendakinya
selain orang kurang melakukan perbuatan dosa dan kesalahan serta
kekeliruan.
Rasulullah s.a.w bersabda
Sesungguhnya di hadapan kalian ada sebuah jalan yang mendaki lagi
sukar untuk didaki. Tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang
menyedikitkan ( perbuatan dosa dan sebab-sebab meraih kenikmatan
dunia
Syurga adalah milik Allah s.w.t yang sangat mahal dan akan
diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang taat dengan maharnya adalah
iman yang benar dan amal soleh. Takutlah daripada setiap kesalahan dosa
dan mengharapkan dengan amal soleh yang bersungguh-sungguh tanpa
bosan.
Rasulullah s.a.w bersabda
Barangsiapa yang takut (kepada Allah s.w.t.), maka dia akan berjalan
(beribadah) pada akhir malam, nescaya dia akan sampai ke tujuannya.
Ketahuilah, perniagaan Allah s.w.t. itu sangatlah mahal. Ketahuilah,
perniagaan Allah s.w.t. itu adalah syurga

Penutup

Penutup

Doa
















Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah Ghafir : 60)
Ya Allah, sesungguhnya hamba menaati-Mu dengan kenikmatan
yang telah Engkau berikan kepada hamba pada perkara yang paling
Engkau sukai iaitu beriman kepada-Mu.
Dan hamba tidak bermaksiat kepada-Mu dengan rahmat-Mu pada
perkara yang paling Engkau benci iaitu menyekutukan dengan sesuatu
daripada makhluk-Mu.
Ya Allah, ampunilah hamba di antara keduanya.
Ya Allah, sesungguhnya hamba menanti-Mu
menggunakan nikmat-Mu dan segala kurniaan hanya milik-Mu.

dengan

Dan hamba melakukan kemaksiatan kepada-Mu dengan ilmu-Mu


sedangkan hujjah hanya milik-Mu.
Hamba memohon kepada-Mu dengam perantara keredaan-Mu
yang telah mendahului kemarahan-Mu, dengan kefakiran hamba kepadaMu dan ketiadaan membutuhkannya diri-Mu akan hamba, kecuali Engkau
mengampuni dan merahmati hamba.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memerintahkan kepada
dengan sesuatu yang hamba tidak mampu melaksanakannya kecuali
dengan pertolongan-Mu.

Penutup

Engkau telah melarang hamba daripada sesuatu yang hamba tidak


kuasa untuk meninggalkannya kecuali dengan kedermawaan dan
kemuliaan-Mu.
Berikanlah kepada hamba segala yang engkau sukai pada diri
hamba dan hindarkanlah hamba daripada segala yang telah Engkau larang
hamba darinya.
Ya Allah, bila Engkau telah mengampuni maka Engkau adalah
sebaik baik penyayang dan jika Engkau menyiksa maka Engkau tidaklah
berbuat zalim.
Ya Allah, janganlah Engkau menyiksa lisan yang menunjukkan
kepada-Mu
Jangan pula hati yang mencintai-Mu dan jasad yang bersujud
kepada-Mu
Pergunakanlah hamba pada ketaatan-Mu
Jalankanlah hamba pada keredaan-Mu
Terimalah daripada hamba amalan terbaik yang telah hamba
kerjakan
Ampunilah hamba atas segala keburukan yang telah hamba
perbuat
Ampunilah hamba, kedua orang tua hamba, siapa saja yang telah
berbuat baik kepada hamba, siapa saja yang memintakan ampunan untuk
hamba dan untuk orang-orang yang beriman.
Masukkanlah kami dengan rahmat-Mu dalam rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Glosari

Glosari

Rujukan

Rujukan

You might also like