You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KG.

KUANTAN
HULU SELANGOR, 44300 BATANG KALI, SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH

27 Ogos 2008 (Rabu)


MASA

7.30 Pagi 6.45 Petang

PANITIA SAINS DAN MATEMATIK


SEKOLAH KEBANGSAAN KG. KUANTAN
44300 BATANG KALI, HULU SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-60571848
______________________________________________________________________

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PETROSAINS KLCC, MUZIUM NEGARA & PUSAT SAINS NEGARA
1. Pendahuluan.

Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan
kepada murid terutamanya berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi masa
kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta
menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Berhubungan itu
Panitia Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan mengambil inisiatif
merencanakan program Lawatan Sambil Belajar sebagai pemangkin dalam membina
pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
2. Objektif.

2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap kehidupan alam sekitar.


2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepelbagaian kehidupan di dalam
laut.
2.3 Melahirkan murid yang menghargai alam sekitar dan sumbangan sains teknologi
terhadap manusia.
2.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai kehidupan alam
sekitar dan sains & teknologi.
2.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan alam sekitar dan sains &
teknologi kepada manusia.
2.6 Melahirkan pelajar yang minat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
4. Sasaran.
4.1 Murid Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan seramai 40 orang, khususnya murid

Tahun 3, 4 dan 5 serta 5 orang guru pengiring.


5. Tarikh, masa dan tempat lawatan.

Tarikh
: 27 Ogos 2008
Hari
: Rabu
Masa
: 7.30 pg - 6.45 ptg
Tempat Lawatan
: Petrosains KLCC, Muzium Negara & Pusat sains Negara.

6. Ahli Jawatankuasa Program Lawatan Sambil Belajar Panitia Sains dan Matematik.

PENAUNG
Pegawai Pendidikan Daerah
Hulu Selangor
PENASIHAT
Hajjah Khairani bt Abu Bakar
(Guru Besar S3K)
En. Azizan bin Abdullah
(Yang Dipertua PIBG S3K)
PENGERUSI
Puan Nor Ainie bt Mahyudin (GPK Kurikulum)
NAIB PENGERUSI
Puan Noraini bt Yunus (GPK HEM)
En Sakrani bin Othman (GPK Ko-Kurikulum)
PENYELARAS/SETIAUSAHA
En.Mohamed Faisal Haji Abdullah
PEN. SETIAUSAHA
Puan Faezah bt Abdul Fathah
BENDAHARI
En. Abdullah Ismail bin Arifin

AJK
Puan Norshidah Misgiman
Puan Noraini bt Yunos

7.

Kewangan (pendapatan/anggaran perbelanjaan)


7.1 Sumber Pendapatan
Bil
Pendapatan

1
2

Yuran Rombongan Murid


Sumbangan ikhlas individu

(RM 35.00 X 40)

JUMLAH
7.2 Anggaran perbelanjaan
Bil
Perbelanjaan

1
2
3
4
5
6

Sewa bas
Tiket Petrosains
Tiket Pusat Sains Negara
Tiket Muzium Negara
Makan tengahari
Runcit
JUMLAH

Amaun (RM)
RM 1400.00
RM 1400.00

Harga x Bil murid

RM17.50 x 40
RM 4 x 45
RM 2 x 45
RM 2 x 45
RM 7 X 45

Amaun (RM)
700.00
180.00
90.00
90.00
315.00
50.00
1425.00

8.

Syarat dan peraturan lawatan

8.1 Terbuka kepada murid Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan (terutama tahap 2)
8.2 Bayaran tambang lawatan sebanyak RM 35.00. (termasuk sarapan pagi,
makan tengahari, tambang bas, tiket Petrosains, tiket Muzium Negara dan tiket
Pusat sains Negara)
8.3 Semua murid diwajibkan berpakaian seragam sekolah.
8.4 Murid yang terlibat dalam lawatan akan dibahagikan kepada lima kumpulan
(satu kumpulan terdiri dari 8 orang murid) dan setiap kumpulan dibawah
bimbingan seorang guru.
8.5 Setiap kumpulan akan diberikan tugasan dan kumpulan terbaik akan
diistiharkan sebagai pemenang. Hadiah akan diberikan kepada pemenang
pertama, kedua dan ketiga.
9.

Aturcara Rombongan

7.45 pg.
8.00 pg
9.30 pg
11.30 pg
12.00 tgh
1.30 tgh
2.30 ptg
3.00 ptg
5.20 ptg
5.30 ptg
6.45 ptg
10.

Murid berkumpul
Bertolak ke Kuala Lumpur.
Sampai di Petrosains KLCC
Bertolak ke Muzium Negara
sampai ke Muzium Negara
Makan Tengahari / Solat (Masjid Negara)
Bertolak ke Pusat Sains Negara
Sampai ke Pusat Sains Negara
Murid Berkumpul
Bertolak pulang
Sampai di S3K.

Penutup

Diharap aktiviti lawatan ini dapat dilaksana dengan jayanya supaya dapat memberi
pendedahan dan kesedaran kepada murid S3K berkaitan dengan perkembangan sains
dan teknologi masa kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang berminat
terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia.
Sehubungan itu Panitia Sains & Matematik Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan berharap
agar semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program
ini.

Disediakan oleh

(MOHAMED FAISAL HAJI ABDULLAH)


Penyelaras
Lawatan Sambil Belajar

Disahkan oleh

(HAJJAH KHAIRANI BT ABU BAKAR)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan

.
(PUAN NOR AINIE BT MAHYUDIN)
GPK Kurikulum
Sek Keb Kg Kuantan

You might also like