You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MELUKIS KELAB BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA WAK

Pendahuluan
Kelab dan persatuan Bahasa Melayu bersama Pusat Sumber Sekolah akan
mengadakan pertandingan melukis untuk ahli persatuan. Pertandingan ini
melibatkan semua ahli persatuan Bahasa Melayu. Aktiviti yang dijalankan
diharapkan mendapat sambutan daripada murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan
akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin
untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pengajar SK
Nanga Wak.

Matlamat
Matlamat utama penganjuran pertandingan melukis adalah bagi menanam dan
meningkatkan semangat bersempena sambutan Hari Gawai dalam kalangan murid
SK Nanga Wak.

Objektif
1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
kepelbagaian budaya.
2. Menanam rasa bangga dan menghormati kepelbagian budaya di negara
Malaysia.
3. Melibatkan diri dengan aktiviti kelab dan persatuan dengan aktif.

Rasional
Penganjuran aktiviti bersempena sambutan Hari Gawai adalah sesuai dan menepati
saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya murid mengenali kepelbagaian
perayaan di Malaysia. Di samping itu, ia bagi memenuhi program yang telah
dirancang di dalam takwim SK Nanga Wak.

Cadangan Tarikh
25 Jun 2015

Tempat
Pusat Sumber Sk Nanga Wak

Kumpulan Sasaran
Ahli kelab dan persatuan Bahasa Melayu
Jawatankuasa Pelaksana
Penaung

: En. Chabu anak Sapat


Guru Besar SK Nanga Wak

Pengerusi : En. Sulaiman Bin Masri


Guru Penasihat Kelab Bahasa Melayu
Setiausaha : Pn. Tina Justina Nyakin
Guru Matapelajaran Bahasa Melayu
AJK

: Semua ahli kelab Bahasa Melayu

Perbelanjaan
Sila lihat lampiran 1.

Sumber Kewangan
1. PCG Pusat Sumber
2. PCG Kelab dan Persatuan Bahasa Melayu

Penutup
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
digariskan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

----------------------------------( SULAIMAN BIN MASRI )


GURU PENASIHAT KELAB DAN PERSATUAN BAHASA MELAYU,

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA WAK.

Disahkan oleh,

-------------------------------------( CHABU ANAK SAPAT )


GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA WAK.

Lampiran 1
Perbelanjaan Pertandingan Melukis Sempena Hari Gawai

1. Hadiah Pertandingan Mewarna


Pertama : RM 8.00
Kedua
: RM 5.00
Ketiga
: RM 3.00

2. Alat Tulis Untuk Pertandingan


- Kertas Lukisan : 2 unit ( RM 8.00)

Jumlah Keseluruhan : RM 24.00

You might also like