You are on page 1of 10

Tutorial EDU 3093

1. Kemukakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


dalam merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia. kumpulan ecah & dayah
1. Pelaksanaan pendidikan wajib peringkat asas.
2. Mewujudkan pelbagai jenis sekolah (sekolah agama, sekolah asrama penuh dan
sekolah swasta).
3. Kenalkan secara automatik hingga ke tingkatan 4 peringkat menengah.
4. Melaksanakan pendidikan jarak jauh peringkat tinggi.
5. Mengutamakan pendidikan sepanjang hayat (life-long learning).
6. Mengadakan pendidikan untuk semua (education for all).
7. Mewujudkan sekolah-sekolah bersaiz kecil di kawasan pedalaman untuk penduduk di
kawasan terpencil.
2. Pembentukan modal insan secara jasmani, emosi, rohani dan intelek merupakan tonggak
pendidikan ketiga UNESCO. (Struktur November 2011) kumpulan una & maryam
a) Huraikan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat tonggak
tersebut dan bagaimanakah guru di Malaysia dapat memainkan peranan bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.
USAHA KERAJAAN:
Kerajaan telah memastikan bahawa setiap individu rakyat negara ini perlu menerima
pendidikan sejak awal kanak-kanak sehingga peringkat awal remaja sehingga individu
tersebut boleh berfikir secara kritis dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan
dalam kehidupannya.
Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) menyediakan kurikulum yang menitikberatkan
penyebatian antara pengetahuan, kemahiran, sikap serta nilai murni.
Penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian pelajar dilaksanakan secara menyeluruh
dan berterusan dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran.
PERANAN GURU:
Guru perlu mendedahkan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya rakyat negara dan
kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi
mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni.
Guru perlu merancang aktiviti P&P untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa
mengira latar belakang dan kaum.
Guru dan pihak pengurusan sekolah boleh merancang kurikulum yang memberikan ruang
dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti
sukan atau budaya.
Guru dan pihak pengurusan sekolah boleh merancang program amal atau aktiviti dalam
gerak kokurikulum di mana pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar
bandar dan di kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka.

3. Dalam era globalisasi dan modenisasi, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi yang pesat semakin dirasai. Huraikan cabaran yang boleh dihadapi oleh guru
akibat daripada perkembangan ini. (Struktur November 2010 ) kumpulan timah dan awin
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

penguasaan Bahasa Inggeris


pembelajaran yang menggunakan teknologi untuk menguasai ledakan maklumat.
perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan tugas harian.
keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
pengurusan pendidikan (PPPM).
kualiti guru.

4. Sebagai seorang guru permulaan, huraikan 5 cara bagaimana anda dapat menangani gejala
sosial yang berlaku akibat perkembangan TMK.
a) bekerjasama dengan pihak pentadbir dan PIBG untuk atasi masalah ini.
b) sentiasa pantau ketika pembelajaran menggunakan TMK.
c) buat peraturan dalam kelas dan dapatkan persetujuan tentang peraturan tersebut,
kuatkuasakan undang-undang.
d) tarik perhatian dan minat murid.
e) beri pendedahan dan kesedaran.
f) terapkan sahsiah, nilai murni dan pendidikan agama.
g) pastikan kelas berada dalam keadaan kondusif.
h) mengadakan program bimbingan dan kaunseling.
5. Perkembangan TMK telah membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia
terutama dalam bidang pendidikan. Bincangkan berserta contoh implikasi perkembangan TMK
dalam bidang pendidikan di Malaysia. (Esei November 2013) kumpulan azi & tar
a) perkembangan TMK membawa kepada penyebaran maklumat dalam semua bidang.
b) pelbagai laman berbentuk pembelajaran dan pendidikan boleh diperoleh dari internet.
c) penggunaan TMK memudahkan semua urusan terutama dalam bidang perniagaan,
pendidikan dan urusan harian.
d) penggunaan internet memperkayakan ilmu dan kemahiran serta menjadi tempat untuk
pertukaran dan perkongsian pendapat dan idea.
e) TMK sebagai alat untuk menyebarkan maklumat melalui audio, video dan dokumen.
f) TMK dapat mewujudkan situasi untuk murid mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk
simulasi secara maya.
g) TMK digunakan untuk memanipulasi data serta membentuk dalam mewujudkan komunikasi
tanpa sempadan dan masa.
h) TMK akan membawa kepada pembentukan resos digital (cth : perpustakaan digital, ekamus, e-buku).
i) TMK membawa kemahiran berfikir aras tinggi. cth : kolaboratif di mana-mana sahaja tanpa
mengira masa dan tempat serta penyelesaian masalah.
6. Gejala sosial semakin berleluasa di peringkat sekolah berpunca daripada globalisasi dan
modenisasi dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan peranan yang dimainkan seorang
pendidik dalam menangani cabaran gejala sosial demi melahirkan generasi modal insan kelas
pertama. kumpulan asiah dan marinah
i

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional

mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian


yang cekap, menarik dan berkesan, bersikap dedikasi dalam profesion-murid
tidak bosan dengan p&p

ii

Guru sebagai pembentuk nilai


membentuk sahsiah dan perlakuan pelajar sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat.
Guru seharusnya menjadi model hidup kepada murid- nilai-nilai murni yang
ditonjolkan oleh guru secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa
pelajar.

iii

Guru sebagai pengamal ilmu


Mempunyai ilmu yang mendalam yang membolehkan guru membuat analisis
dan menilai sesuatu isu berdasarkan perspektif yang berbeza.
Dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau berdepan dengan cabaran
dengan sikap yang positif dan pemikiran yang terbuka.

iv

Guru sebagai agen sosialisasi


Menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat yang memberi peluang
kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang difikirkan sesuai untuk menyediakan diri dalam perkembangan
masyarakat dan kehidupan harian.
Membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan
masa kini.
Penghubung di antara guru, ibu bapa dan masyarakat

Guru sebagai agen perubahan


Memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas kendiri murid
dengan bersifat penyayang
Menyediakan diri murid secara psikologi untuk menghadapi perubahan
zaman
Bersikap tabah hati dan mengambil berat tentang murid untuk memastikan
murid dapat menghadapi arus perubahan dalam pelbagai aspek proses
perkembangan

7. Dalam peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Pegawai-pegawai Awam 1993


(Pindaan 2002), Peraturan 4A menjelaskan bahawa penjawat awam tidak boleh melakukan
gangguan seksual terhadap orang lain. kumpulan mai & fitri

a) Jelaskan 3 contoh pelanggaran Peraturan 4A oleh seseorang guru


Dilarang melakukan gangguan seksual
o Cubaan merapati atau meminta layanan seksual
o Melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang
waras tersinggung, terhina atau tergugat
Bentuk perbuatan bersifat seksual
o Secara lisan bertulis dan lain-lain

o Tidak terhad di tempat kerja/waktu kerja selagi mencemarkan imej


Perkhidmatan Awam
b) Jelaskan dua jenis hukuman yang akan dihadapi penjawat awam sekiranya melanggar
peruntukan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Peraturan Kelakuan dan
Tatatertib 1993
Penangguhan pergerakan gaji
o Tempoh - 3 bulan 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan
o Kuat kuasa - Pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya
o Dalam tempoh hukuman - Pegawai tidak berhak menerima pergerakan
gaji
o Tarikh pergerakan gaji - -Berubah kepada tarikh pergerakan gaji paling
hampir selepas habis tempoh hukuman atau hendaklah kekal pada tarikh
yang diubah sehingga mencapai tahap gaji maksimum
Turun pangkat
o Turun gred - Menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang
lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan yang sama.
o Penetapan gaji - Mata gaji diletakkan dalam jadual gaji gred yang
diturunkan yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang
diterima sebelum diturunkan pangkat.
Amaran
Denda
Buang kerja
Lucut hak emolumen
8. Para pengkaji sosial mendapati tekanan emosi dalam kalangan murid boleh menjejaskan
pencapaian mereka. kumpulan aira & limah
a) Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan langkah bagi mengawal perkara tersebut
1. Wujudkan suasana ceria dan kondusif
o jaga tahap kebersihan
o kesedaran murid tinggi
o kerjasama dan jadual bertugas untuk murid-murid mengemas bilik darjah
2. Faham tentang minat dan sikap murid
o buat kajian pengujian dan pentaksiran
o merekod dan membuat laporan
o menyalurkan minat dan bakat ke peringkat yang lebih tinggi. Cth :
pertandingan bahas dan muzik.
3. Penerapan nilai dalam kalangan murid
o Amalan sopan santun, hormat dsb
4. Kepimpinan guru yang baik
o Tunjukkan teladan dan contoh
o Kotakan apa yang dikata
o Arahan dan pengurusan yang baik
5. Peranan ibu bapa
o Motivasikan anak-anak untuk belajar

o Sumbangan kewangan untuk aktiviti pelajar


o Memberi prioriti anak-anak untuk belajar
Perkara 29 dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak, satu daripada hala tuju ialah
perkembangan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
potensi yang paling tinggi.
b) Bincangkan cara bagaimana guru dapat mengembangkan bakat murid supaya bakat itu
dapat dipertingkatkan ke tahap optimum
1. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
- Sukan dan rekreasi
- Unit beruniform
- Kelab dan persatuan
2. Memotivasikan mereka
- Langsung atau tidak langsung
- Adakan program motivasi
- Bimbingan rakan sebaya
3. Membimbing secara individu atau berkumpulan
- Aktiviti pembelajaran yang berkesan
- Belajar akses kendiri
4. Menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kelas
- Pembelajaran koperatif
- Persembahan dan demonstrasi
- Percubaan dan reka cipta
5. Rakan dan guru sebagai model
- Bertindak sebagai mentor dan pembimbing
- Memberi nasihat dan khidmat
- Megatur arahan dan proses

9. Imbas kembali satu senario semasa anda stress menjalani praktikum anda. kumpulan shu &
raudah
a) Jelaskan tanda-tanda stress anda alami dalam situasi tersebut
Tanda fizikal
Sakit sendi
Kesakitan
Cirit-birit
Sembelit
Sakit kepala
Pening
Sakit dada
Jantung berdebar-debar
Ulser mulut
Kurang selera makan

Sukar tidur
Penurunan dalam desakan seks
Kerap mendapat selesema

Tanda psikologi/emosional
Gelisah
Murung
Cepat marah
Tidak boleh relas
Rasa hendak menangis
Keliru dan kurang daya tumpuan
Rasa kesunyian
Kesedihan
Muram
Tanda Kognitif
Masalah ingatan
Kurang memberi tumpuan
Membuat penilaian yang tidak tepat
Kerap rasa bimbang
Berpandangan negative
Tingkah laku
Makan lebih atau kurang
Tidur terlalu banyak atau kurang
Menyendiri, agresif
Menangguhkan atau mengabaikan tanggungjawab
Mula merokok, minum arak, mengambil dadah
Tabiat resah atau gelisah
Menggigit kuku dan mundar mandir
b) Sekiranya anda menghadapi situasi yang sama pada masa akan datang, terangkan
strategi yang akan anda gunakan untuk menangani stress tersebut.

Mengatakan tidak atau tidak mahu


Mengelakkan individu yang menyebabkan stress
Kuatkan hubungan dengan rakan yang melindungi diri daripada stress
Mengadakan perjumpaan atau makan bersama kawan
Keluar bersiar-siar
Yoga
Pernafasan mendalam
Mengurus kerja dengan sistematik
Berfikiran positif

10. Melaksanakan inovasi ialah peranan penting yang perlu diberi penekanan oleh guru dalam
pembentukan modal insan kelas pertama. kumpulan zira & dayana
a) Bincangkan 5 cara bagaimana seorang guru boleh memainkan peranan untuk
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi.

Meneroka lebih banyak gaya p&p

Mencuba pelbagai kaedah bagi tujuan meneroka


Guru melaksanakan inovasi dengan mengadakan interaksi pembelajaran yang
benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid
Guru harus berupaya menjadi guru yang tidak hanya memberi jawapan tetapi
mendidik murid, mempersoalkan soalan dan jawapan
Guru harus membentuk murid menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir
mengikut gaya pembelajaran murid

b) Sejauh manakah anda berpendapat bahawa pendidikan guru telah mengalami


perubahan sehingga berjaya melahirkan guru yang kreatif dan inovatif?

Menaik taraf maktab perguruan ke IPG


Transformasi dalam pendidikan kini
o Sekolah bestari, kluster, wawasan, berprestasi tinggi
Kurikulum latihan guru diperkasakan dan diakreditasikan
Program Pensiswazahan Guru melahirkan guru bersiswazah
Guru mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
o Keceriaan bilik darjah, struktur organisasi kelas
Pencapaian akademik pelajar meningkat berbanding dahulu
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
o Perubahan kaedah pengajaran berbanding masa dahulu

11. Pendidikan adalah satu sistem yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi
memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan ini amat penting dalam
menyediakan modal insan yang kompeten agar mampu bersaing di peringkat global.
kumpulan zu dan ruby
Berdasarkan pernyataan di atas, perincikan strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menentukan perubahan-perubahan tersebut
dalam konteks pendidikan di Malaysia.
a) Strategi Kekuasaan
Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa
kumpulannya berubah seperti yang dirancang.
Agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran pada perubahan yang
positif atau hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap
rancangan perubahan.
Contoh Mengenakan sistem kad perakam waktu .
b) Strategi Pujukan
Memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang ketua
atau agen perubahan.
Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang
kepentingan dan kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu dilaksanakan.

Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak
disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga
perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras.
ContohMembudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid.

c) Strategi Pendidikan Semula


Strategi penggunaan maklumat baharu yang telah disediakan oleh agen perubahan
dan menyerahkan maklumat tersebut untuk menentukan rancangan mereka sendiri.
Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan
refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil, sejauh mana tindakan tersebut
menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada.
ContohGuru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
d) Strategi Memudah Cara
Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen
perubahan akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan
sasaran barangan dan perkhidmatan teknikal.
Tindakan ini untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan
sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang.
ContohnyaGuru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk
kemahiran mengarang, maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan
kemudahan tersebut.
Soalan Tambahan I
1. Konvensyen mengenai hak kanak-kanak merupakan satu dokumen yang dirangka
bertujuan memberi perlindungan kepada kanak-kanak di samping memastikan hak asasi
kanak-kanak terpelihara. (Esei 2013)
Perjelaskan berserta contoh yang relevan usaha-usaha yang dijalankan di Malaysia untuk
memberi perlindungan kepada kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam konvensyen
mengenai hak kanak-kanak 1989.

Menubuhkan pasukan pelindungan kanak-kanak dan pusat aktiviti kanak-kanak setiap


negeri atau pasukan mengesan penderaan kanak-kanak terabai di hospital
Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan
yang dijalankan
Memberi perlindungan kepada mangsa dan pengadu daripada gangguan pihak-pihak
tertentu
Memastikan kanak-kanak mangsa menerima rawatan sewajarnya
Menggalakkan media massa dan pihak swasta menyebarkan maklumat bersesuaian
dan berkualiti

2. Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) pada tahun 1989 telah menggariskan 4
pengelasan hak utama untuk golongan kanak-kanak. (Esei 2011)

Bincangkan 4 tanggungjawab ibu bapa dalam memenuhi hak-hak berkenaan


a) Hak kehidupan - menyediakan keperluan asas merangkumi makanan, tempat tinggal,
air minuman dan jagaan kesihatan
b) Hak perlindungan memberi perlindungan dari segi diskriminasi, penderaan dan
pengabaian
c) Hak perkembangan menyediakan persekitaran selamat, kemudahan kebebasan,
pendidikan
d) Hak penyertaan beri peluang berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab dan
persatuan

Soalan Tambahan II
Struktur
1. a) KPM merancang inovasi dan perubahan dan sistem pendidikan khususnya sistem
pembelajaran dan penilaian ke arah yang lebih holistik dan berfokus kepada
perkembangan individu dan perkembangan modal insan.
Nyatakan cara anda menyediakan diri untuk menghadapi perubahan dalam sistem
pendidikan kita.
b) Persekitaran pembelajaran sentiasa berkembangan dan berubah selaras dengan
perkembangan teknologi digital.
Nyatakan perbezaan antara persekitaran pembelajaran maya dengan persekitaran
pembelajaran personal.
Esei (Nov 2010)
2. a) Dalam era globalisasi dan modenisasi, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi yang pesat semakin dirasai.
Huraikan cabaran yang boleh dihadapi oleh guru akibat daripada perkembangan ini.
b) Sebagai seorang guru permulaan, huraikan cara bagaimana anda dapat menangani
gejala sosial yang berlaku akibat daripada perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Struktur (2013)
3. a) Bagi menangani perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan.
Sebagai seorang bakal pendidik, jelaskan perubahan inovasi terkini dalam teknologi yang
dapat menarik minat murid dalam proses p&p.
b) Berikan sebab yang menjadi penghalang kepada guru dalam melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran selain daripada teknologi.
Struktur (Nov 2011)
4. a) Berikan strategi pengajaran inovatif yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
merangsang minat murid untuk belajar.
b) Berikan ciri inovasi dalam penaksiran pembelajaran dalam bilik darjah.

Struktur
5. a) Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam. Tatakelakuan
bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturanperaturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) yang telah diperkenalkan untuk menjadi
panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Jelaskan rasional peraturan tatatertib pegawai awam dilaksanakan.
b) Jelaskan contoh peraturan 4 Bab D.
6. a) Sebagai penjawat awam guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub
dalam perintah am dalam bab D (tatakelakuan dan tatatertib). Pelanggaran mana-mana
peruntukan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
Nyatakan jenis hukuman yang boleh dikenakan jika melanggar peraturan kelakuan dan
tatatertib 1993.
b) Kemukakan tindakan pencegahan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan
kesedaran pegawai awam daripada terlibat dengan sebarang pelanggaran peraturan
kelakuan dan tatatertib 1993.

You might also like