You are on page 1of 208

Edisi Pertama 2008

SHAHRIN HASHIM & YUSOF BOON 2008


Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Psikologi perkembangan / editor Yusof Boon, Shahrin Hashim.


Mengandungi indeks
ISBN 978-983-52-0537-8
1. Developmental psychology. 2. Developmental psychobiology. 3. Child
development. I. Yusof Boon. II. Shahrin Hashim. III. Judul.
155
Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN
Diatur huruf oleh / Typeset by
& RAKAN-RAKAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

SHAHRIN AHMAD

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


PENERBIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,


81300 Skudai,
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9


Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

KANDUNGAN

Prakata

vi

Bab 1

Pengenalan Psikologi Perkembangan


Azizi Yahaya

Bab 2

Prinsip Perkembangan
Azizi Yahaya

18

Bab 3

Proses-Proses Perkembangan
Shahrin Hashim, Nurulhuda Azizi & Nurul
Ezzati Azizi

69

Bab 4

Jangka Masa Perkembangan


Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

76

Bab 5

Perkembangan Emosi Remaja


Azizi Yahaya & Noordin Yahaya

81

Bab 6

Zaman Kanak-Kanak
Azizi Yahaya

93

Bab 7

Zaman Awal Persekolahan


Azizi Yahaya

118

Bab 8

Zaman Remaja
Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

129

vi

Bab 9

Perbezaan Individu
Noordin Yahaya

137

Bab 10

Personaliti
Azizi Yahaya

149

Indeks

199

PRAKATA

Buku Psikologi Perkembangan mengandungi beberapa teori yang


sesuai untuk diapplikasikan dalam bilik darjah, di antaranya ialah
teori-teori pembelajaran. Oleh itu dari segi pengajaran dan
pembelajaran, guru dapat memahami tingkah laku pelajar dalam
proses pengajaran dan pe,belajaran. Di sini letaknya kekuatan ilmu
dan kemahiran yang perlu diaplikasikan oleh pembaca. Bukan
setakat itu sahaja, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga
adalah lebih menekankan kepada pemusatan pelajar.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga
membincangkan

motivasi dalam bilik darjah. Dengan cara ini

pelajar yang menghadapi masalah dari segi mendapat rawatan


semangat serta memberi perhatian khas supaya mereka dapat
menerima ransangan-ransangan dengan jelas dan tepat.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga
membincangkan

perkembangan dan pertumbuhan awal kanak-

kanak Dengan cara ini


pembesaran remaja.

pembaca

lebih memahami tentang

viii
Buku ini juga menerangkan bagi meningkatkan Kanakkanak membesar pada peringkat yang sama tetapi pada kadar
berlainan dengan beberapa faktor yang mempengaruhi kadar
pertumbuhan pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhannya buku ini mengandungi 10 bab dan
sesuai

dibaca

perguruan,

oleh

para

pendidik,

pelajar-pelajar

maktab

universiti dan orang perseorangan yang berminat

dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Azizi Yahaya
Shahrin Hashim
Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008

1
PENGENALAN PSIKOLOGI
PERKEMBANGAN
Azizi Yahaya

PENGENALAN
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah
sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada
semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan.
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang
saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan
perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan
konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan
membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada
peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui
jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai
peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar
yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlamat bidang
psikologi pertumbuhan dan perkembangn adalah
i

ii
iii

Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan


sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi
dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri
perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.
Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu
tingkah laku.
Untuk meramal tingkah laku.

Psikologi Perkembangan

Definisi Pertumbuhan
Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu
perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu
peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu
jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan
perubahan darii segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada
dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan
jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan
struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju
kematangan.
Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan
merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz
badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan
kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan
yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada
pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa.
Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan
bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat
ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu
yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal
cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum
yang terjadi pada manusia.
Ciri-ciri Pertumbuhan
Antara ciri -ciri yang menonjol semasa pertumbuhan manusia
ialah:
i
pertumbuhan manusia mengikut corak atau urutan
tertentu berdasarkan proses kematangan sistem
tubuh contohnya menirap sebelum merangakak
ii
struktur mendahului fungsi. Kumpulan otot-otot
adalah lengkap sebelum dapat digunakan
pepenuhnya, contohnya otot bayi yang kuat
sebelum boleh berdiri.
iii
Pertumbuhan bersifat berterusan , berkuantiti,

Pengenalan

iv

dapat diukur dan dan dilihat dengan nyata.


Pertumbuhan mempunyai arah tertentu dari umum
kepada khusus, contohnya kanak-kanak akan
menjalani latihan sendiri latihan merangkak
sebelum berjalan.
Melalui peringkat pertumbuhan yang sama tetapi
pada kadar yang berlainan kerana terdapatnya
faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.


Kanak-kanak membesar pada peringkat yang sama tetapi pada
kadar berlainan adalah disebabkan terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kadar pertumbuhan iaitu:
i
Baka : baka adalah potesi yang yang diwarisi
seperti jenis darah, warna mata, warna rambut,
struktur badan dan penyakit.
ii
Kesihatan ibu ketika hamil : Ibu yang hamil perlu
menjaga kesihatan serta pengambilan makanan
yang seimbang untuk menjamin pertumbuhan
fetus.
iii
Trauma lahir : Kesulitan ketika bersalin yang
mengakibatkan kecederaan dan kecacatan fizikal
boleh menjejaskan pertumbuhan bayi serta
mengakibatkan gangguan mental dan emosi.
iv
Pertumbuhan kanak-kanak bergantung juga kepada
taraf
sosio-ekonomi
keluarga,
kemudahan
perubatan dan kesihatan.
v
Iklim: kanak-kanak yang hidup dalam iklim sejuik
akan lebih cenderung untuk mempunyai saiz badan
yang besar.

Definisi Perkembangan
Kamarudin Husin (1997:6) perkembangan didefinisikan oleh

Psikologi Perkembangan

pakar-pakar psikologi sebagai perubahan tingkah laku yang


tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini
akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan.
Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang
berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu.
Menikut Craig(1976) dalam Mohd Salleh Lebar,
perkembangan adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat
dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi,
faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga
merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat
dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang
terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap
sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan,
pengukuhan dan kestabilan.
Menurut Crow dan Crow dalam Ee Ah Meng
,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral
dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan
adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright
dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada
struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng
dengan pertambahan umur.
Atan Long menerangkan perkembangan merupakan
perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu
organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun
peringkat kematangan telah dilampaui.

Ciri-ciri Perkembangan
Antara ciri-ciri perkembangan ialah:

Pengenalan

ii
iii
iv

vi

Secara umumnya perkembangan berlaku secara


berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak,
remaja, dewasa dan tua.
Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang
sama tetapi dalam kadar yang berlainan.
Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu
sepanjang hayat seseorang individu itu.
Perkembangan merupakan satu proses perubahan
yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di
antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan
persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakala
persekitaran
akan
menolong
perkembangan ke satu tahap maksimum.
Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi
bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi
dan sebagainya.

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan


Prinsip utama tentang pertumbuhan dan perkembangan ialah ianya
mengikut arah tertentu seperti berikut :
i
Arah kepala ke kaki (sefalokandal ) Sturktur dan
fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu
kemudian bahagian belakang badan dan akhir
sekali di bahagian kaki.
ii
Arah tengah ke tepi (promiksodistal)
Perkembnagan berlaku di bahagian tengah badan
menghala ke bahagian hujung anggota . Bayi dapat
menggunakan
lengan
dahulu
sebelum
menggunakan tangan dan jari.
iii
Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum
fungsi - otot perlulah kuat dan lengkap sebelum
sesuatu bahagian badan dapat digunakan.
iv
Pembezaan Perkembangan bermulaa secara
umum dan diikuti secara khusus.

Psikologi Perkembangan

vi

Konkrit kepada abstrak kanak-kanak mempunyai


keupayaan mental untuk memikirkan objek yang
boleh dilihat sebelum dapat memikirkan sesuatu
yang tidak dapat dilihat.
Egosentrik kepada pandangan orang lain Kanakkanak hanya mementingkan hal-hal tentang dirinya
sahaja. Melalui peningkatan umur barulah mereka
menerima pandangan orang lain.

vii
Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan.
Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan
saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi,
mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan
kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan
sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan
dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial
adalah seperti jadual 1 di bawah.
Jadual 1 : Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan
PERTUMBUHAN

PERKEMBANGAN

Jasmani
Tinggi, berat, saiz, perumbuhan
urat, saraf, daging gigi dan
pancaindera

Jasmani
Kemahiran menggunakan anggota
badan seperti berjalan, berlari dan
sebagainya.

Mental
Keupayan berfikir berkembang
termasuk perkara subjektif

Mental
Kemahiran menggunakan bahasa,
perkataan angka, pemikiran dan
penaakulan.

Emosi
Perasan saying, suka, duka, marah
dan sebagainya

Emosi
Berupaya menguasai perasan dan
mengawal perasaan

Pengenalan

Sosial
Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya jiran dan masyarakat

Sosial
Timbul kesedaran perbezaan
jantina, displin kumpulan, peranan
dan penyesuaian dengan rakan
sebaya

T
eori-teori Perkembangan
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan
membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap
sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan
untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori
dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teoriteori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa,
guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak.
Di antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh
ahli-ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu
adalah:
i
Teori Perkembangan Arnold Gesell
ii
Teori Perkembangan Robert Haringshurst
iii
Teori Perkembangan Jean Piaget
iv
Teori Perkembangan Sigmund Freud
v
Teori Perkembangan Erik Erikson

Teori Perkembangan Arnold Gesell


Teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell berupa teori
kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu
berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau
kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses
pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, perumbuhan tisu
dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan
urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanakkanak boleh diramalkan.
Oleh kerana Gesell mempercayai kematangan menjadai
faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau

Psikologi Perkembangan

mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap


perkembangan kanak-kanak . Faktor-faktor persekitaran dan
kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang
dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan.
Gesell menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan
mempercayai pendididikan bebas bagi kanak-kanak. Kanak-kanak
harus dibenarkan berkembang menmgikut kadar perkembangan
sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu
peringkat perkembangan . Personaliti, kadar peertumbuhan minat
dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu.
Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainann yang berlaku
pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering
berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat.
Gesell membahagikan perkembangan kanak-kank kepada
lima peringkat seperti di bawah:
i
Peringkat Pertama ( 0 1 tahun )
Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan tangisan
berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan
yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi
melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa
apabila gembira sementara di usia 8 bulaln, perkembangan
psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh
menggenggan objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi
berusia 1 tahun pula telah boleh berdiri.
ii Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
Kanak-kanak mulai berlajar berjalan , bercakap dan
memahami makna jangan Diakhir peringkat ini boleh
berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat.
iii Peringkat Ketiga ( 2 3 tahun )
Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap
menggunakan ayat yang mudah.
iv Peringkat Keempat ( 3 4 tahun )
Kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga dan
dapat menerima arahan mudah ibu bapa.
v Peringkat kelima ( 4 6 tahun )
Kanak-kanak
mula
bersosialisasi
dan
berupaya

Pengenalan

mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanakkanak sudah boleh membezakan di antara yang betul dan
yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain.

Teori Perkembangan Robert Havinghurst


Pendekatan Robert Havinghurst merupakan perkembang
bercorak sosiobudaya dan antropologi. Mengikut pandangan ini,
kanak-kanak adalah hasil dari tekanan sosiobudaya yang
mempengaruhinya. Nilai dan institusi setiap kebudayan akan
mehasilkan personaliti tertentu. Oleh itu kaitan harus memahami
faktor kebudayan, sosiobudaya dan psikologi untuk membolehkan
kita memahami kanak-kanak sepenuhnya.
Menurut Havinghurst selain budaya faktor biologi, sosial
dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang
individu yang melahirkan konsep tugas-tugas perkembangan.
Tugas kerja yang dikemukan oleh beliau dalam Sharifah Alwiah
Alsagof (1987: 62) adalah seperti berikut :
tugas yang lahir pada masa atau kurang lebih
pada satu masa di dalam hidup individu tersebut, pencapaian tugas
ini dengan jayanya akan membawa kegembiraan dan kejayaan di
dalam tugas selanjutnya, manakala kegagalan akan membawa
kesedihan individu tersebut, tidak diperkenankan oleh masyarakat,
dan kesusahan dengan tugas-tugas selanjutnya.
Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang
lahir pada satu masa di dalam hidup individu tersebut. Tugas ini
dihuraikan daripada segi pembelajaran yang diperlukan oleh
individu berdasarkan kebudayaan beliau. Keadaan ini adalah
untuk melihat perhubungan
di antara keperluan , proses
kematangan dan tekanan kebudayaan . Konsep tugas ini berguna
untuk menerangkan kepentingan tugas bagi kanak-kanak di
peringkat umur yang berlainan agar dapat disediakan kegiatan
pendidikan yang sesuai untuk peringkat umur yang tertentu. Dalam
membincangkan peringkat perkembangan kanak-kanak dan
remaja, Havinghurst membahagikannya kepada tiga peringkat.

10

ii

iii

Psikologi Perkembangan

Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (sejak lahir 6


tahun)
Peringkat ini kanak-kanak mula belajar bercakap,,
membentuk konsep yang mudah tentang realiti sosial dan
fizikal dan berinteraksi dengan orang lain. Kanak-kanak
boleh bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain.
Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 12 tahun )
Kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis,
mengira, menguasai kemahiran tertentu untuk permainan
biasa, belajar konsep hidup seharian,
pembentukan
moral, ,mencapai kebebsan peribadi dan memahami
perasaan jantina. Mereka juga belajar bergaul dengan
individu lain dan membentuk sikap yang mengakui hak,
keupayan dan kelemahan pada setiap individu.
Peringkat awal remaja dan remaja ( 12 18 tahun )
Bentuk tubuh kanak-kanak akan berubah menjadi baligh
dan mula berminat
bergaul dengan berlainan jantina dan
ingin mencapai kebebasan daripada ibu bapa dan orang
dewasa. Menerima dan menghargai tubuh badan,
membentuk kebebasan emosi memilih bidang perkerjaan
yang sesuai, inginkan tingkah laku yang sesuai dan dapat
diterima oleh masyarakat serta kesedaran terhadap apa
yang penting, baik dan betul menjadi lebih stabil dan
mantap

Teori Perkembangan Jean Piaget


Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak,
psikologi perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang di buat
oleh beliau ialah mengenai tingkahlaku kanak-kanak yang ditinjau
dari aspek struktur, operasi tingkahlaku cerdas dan peringkatperingkat perkembangan berturutan iaitu dari seg penaakulan,
pemikiran dan kematangan intelek .Menurut beliau kanak-kank
yang lebih tua biasanya berfikir dengan lebih cepat daripada
kanak-kanak yang lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji
kecerdasan kanak-kanak, kita akan dapat memahami sifat

Pengenalan

11

pengetahuan manusia yang berkembang mengikut peringkat


tertentu.
Piaget
menjalankan
penyelidikanya
berdasarkan
pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan
psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan
pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanakkanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji denan teliti adalah
mengenai bahasa, taakulan, perkembangan moral, struktur kognitif
dan intelek kanak-kanak.
Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif,
Piaget memperkenalkan aspek penting skema dan skemata,
asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema ( pola penyusunan
tingkah laku ) ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh
individu untuk mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran.
Skema sentiasa berubah-ubah dan dapat mengendalikan
rangsangan untuk sesuatu tindakan. Skemata pula adalah aspek
kiasan bagi pemikiran yang merupakan struktur-struktur kognitif
yang berubah dan berkembang melalui interaksi dengnan
persekitaran. Semakin membesar individu semakin banyak
skemata yang boleh difikirkan dan ditaakul terhadap sesuatu
perkara yang dilihat dan seseorang yang mempunyai kemahiran
berfikir yang tajam boleh menambahkan skematanya.
Proses yang membolehkan skemata berkembang
dinamakan asimilasi dan akomodasi . Dua proses ini saling berkait
di antara satu sama lain. Proses asimilasi berlaku apabila kanakkanak menggabungkan elemen baru ke dalam struktur tingkah laku
sedia ada. Proses ini penting untuk membantu mengembangkan
skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah
kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara
menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat
baru. Penyesuaian di antara asimilasi akomodasi dinamakan
perimbangan untuk proses keseimbangan yang berlaku pada
kanak-kanak.
Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai
perkembangan kognitif. Menurut beliau terdapat empat peringkat
perkembangan kognitif iaitu :

12

Psikologi Perkembangan

ii

iii

iv

Peringkat deria motor ( 0 2 tahun )


Kanak-kanak pada peringkat ini belum tahu lagi sebarang
maklmat mengenai objek yang ada diselilingnya. Pada
peringkat ini kakak-kanak menggunakan deria motor untuk
berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak
masih boleh memperolehi konsep kewujudan objek
(menganggap objek yang pernah dilihatnya tiada lagi
setelah disimpan).
Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun )
Perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan motor
bertukar
kepada
kegiatan
mental.
Kanak-kanak
mengggunakan simbol
untuk mewakili objek
disekelilingnya, masih belum mempunyai konsep
pengekalan dan konsep transformasi. Pada peringkat ini
kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar tentang dirinya
iatu bersifat egosentrik yang melakukan kegiatan mengikut
kehendaknya dan mempercayai orang lain mempunyai
pandangan serupa sepertinya.
Peringkat Operasi Konkrit ( 7 11 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak tidak begitu egosentrik ,
pemikiran bersifat pemusatan semakin berkurangan dan
kanak-kanak sudah boleh mengambil kira sesuatu perkara
dari pelbagai segi yang munasabah.. Kanak-kanak dapat
menyelesaikan masalah yang melibatkan peristiwa atau
objek yang konkrit, memperolehi konsep masa, ruang ,
sebab-musabab dan kelajuan dan dapat menerima pendapat
orang lain.
Peringkat Operasi formal 9 11 tahun ke atas )
Pada peringkat ini, kanakkanak dapat membentuk
penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan
kemahiran menggunakan hipotesis-hipotesis serta prinsipprinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak.
Peringkat ini dianggap kemuncak perkembangan kognitif
kanak-kanak untuk berfikir secara logik.

Pengenalan

13

Teori Perkembangan Sigmund Frued


Sigmund Frued ialah seorang ahli psikologi Austria yang
bermula sebagai doktor perubatan tetapi minat beliau telah banyak
tertumpah terhadap psikologi dan psikiatri. Teori psikoanaliti yang
dikemukakan oleh Freud dikatakan sebagai teori biologi tentang
personaliti. Mengikut teori ini kanak-kank perlu mendapat
kepuasan dan keperluan asas yang cukup sebelum mereka
berkembang ke peringkat umur seterusnya. Jika keperluan ini tidak
dipenuhi maka kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah
untuk bergaul dengan masyarakat.
Konsep penting di dalam teori psikoanalitik Freud ialah
konsep struktur personaliti yang terbahagi kepada id, ego dan
superego. Id memang sedia ada ketika lahir yang merupakan
bahagian personaliti tidak sedar berkiatan dengan kepuasan
keperluan yang dikawal oleh keseronokan dan mengelakkan
kesakitan. Id didorong oleh libido (nafsu seks) yang merupakan
tempat menyimpan desakan asas keinginan manusia. Ego pula
bertindak mengawal keinginnan Id agar tidak melanggar nilai dan
norma masyarakat. Superego (kata hati atau penapis) pula
mewakili pengawal sosial bagi struktur psikik ataupun merupakan
bahagian personaliti yang bermoral. Bahagian ini berkembang
secara beransur-ansur ketika kanak-kanak menghayati moral.
Superego menghantar maklumat tentang nilai-nilai moral kepada
ego yang bertindak untuk mengawal Id.
Menurut Freud proses perkembangan kanak-kanak terdiri
daripada peringkat yang telah ditentukan menurut beberapa urutan
seperti di bawah:
i

ii

Peringkat Oral ( dari lahir - 18 bulan )


Pada peringkat ini kanak bersifat pasif
dan amat
bergantung kepada orang lain. Mereka memperolehi
kepuasan melalui aktiviti menghisap, menggigit dan
menelan.
Peringkat Anal / dubur ( 2 4 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak bersedia menguasai dan
mengawal fungsi bilologi. Kanak-kanak akan memberi

14

Psikologi Perkembangan

lebih perhatian terhadap kawalan membuang air besar dan


iar kecil yang akan memberikan perasaan hormat kendiri.
Peringkat falik / Kubul ( 4 6 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak mula mendapat
keseronokan daripada organ kejantinaan. Kanak-kanak
lelaki lebih tertarik kepada ibu ( kompleks Oedipus) dan
kanak-kanak permapuan kepada bapa ( kompleks Elektra ).
Peringkat Pendalaman ( 6 12 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak menumpukan kasih saying
kepada oring lain seperti rakan sebaya. Kanak-kanak juga
terlibat dengan dengan unsur-unsur pendidikan,
bermasyarakat dan mengalami perkembangan superego.
Peringkat Kejantinan ( 12 tahun ke atas )
Pada peringkat ini, remaja mula menaruh minat terhadap
rakan sebaya yang berlainan jantina akibat daripada libido
yang terdapat di dalam diri seseorang akan mendorongnya
untuk menaruh minat terhadap individu di luar keluarga.

iii

iv

Teori Perkembangan Erik Erikson


Erik Erikson merupakan seorang penuntut Frued dan
terkenal dengan teori Psikososialnya yang menegaskan pengaruh
sosial dan budaya ke atas pembentukan personaliti seseorang.
Beliau mempercayai manusia berpotensi untuk perkembangan
psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang
timbul dalam proses perkembangan. Lapan peringkat telah
dikenalpasti oleh beliau di dalam perkembangan manusia iaitu :
i

ii

Peringkat kepercayan lawan curiga (lahir 18 bulan)


Peringkat perkembangan Ini adalah sangat penting kerana
ianya mempengaruhi perkembangan
bayi
melalui
pengalaman-pengalamanya. Bayi mula belajar untuk
mempercayai atau tidak mempercayai orang lain..
kepercayan akan memudahkan individu menghadapi
masalah dan kecurigaan akan melemahkan keupayan
seseorang untuk mengatasi masalah.
Peringkat Autonomi lawan perasan malu/curiga (18

Pengenalan

15

bulan 3 tahun)
Pada peringkat ini bayi akanmembina kayakinan diri dan
autonomi apabila beliau merasa bebas untuk melakukan
sesuatu. Jika terlalu banyak halangan atau bantuan yang
diberikan kanak-kanak akan merasa curiga, terhina dan
kurang keyakinan diri.
iii Peringkat Inisiatif lawan kesalahan ( 3-6 tahun )
Kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan
ingin meneroka serta mencuba sesuatu yang baru dan
mencabar. Inisaitif merupakam trait yang akan membantu
individu itu sepanjang hayatnya. Melaui galakan, kanakkanak akan menyedari potensi mereka sebaliknya jika
tidak diberi inisiatif dan terdapat halangan akan
mengakibatkan kanak-kanak sering rasa bersalah.
iv Peringkat Kerajinan lawan Kerendahan diri (6 12
tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mula memasuki alam
persekolahan. Kebolehan berbahasa telah meningkat ,
mula mencapai operasi konkrit, memahami konsep ruang,
kelajuan, masa dan sebab-musabab sesuatu kejadian.
Kanak-kanak lebih peka
kepada
ganjaran
yang
mengakibatkanmereka akan menjadi lebih tekun dan
berminat dalam pelajaran. Sementara itu mereka akan
merasa kecewa dan peraan rendah diri akan terbentuk
sekiranya keinginan mereka dihalangi.
v
Peringkat identiti lawan kekeliruan identiti (12 18
tahun)
Ini merupakan peringkat remaja di mana mereka cuba
mewujudkan identity dan
persepsi sendiri terhadap
dunia mereka. Mereka cuba mendapatkan kesatabilan diri
dalam masyarakat sekiranya gagal mereka akan meragui
peranan mereka dalam masyarakat
vi Peringkat kerapatan lawan pengasingan (18 35 tahun)
Individu akan melalui peringkat awal dewasa yang
memerlukan perhubungan yang akrab dengan individu lain.
Halangan akan menyebabkan pengasingan diri.

16

Psikologi Perkembangan

vii Peringkat Pewarisan lawan pemusatan kendiri (35 60


tahun)
Pada
peringkat
ini
individu
telah
boleh
dipertanggungjawabkan,
boleh
diwariskan
untuk
melakukan kerja-kerja yang baik. Bagi mereka yang gagal
menjalakan tanggungjawab akan menjadi individu yang
mementingkan diri sendiri dan akan merasa
kecewa
dengan hidupnya.
viii Peringkat Kesepaduan lawan putus asa. ( 60 tahun
akhir hayat )
Individu akan menerima hakikat kehidupan sebagai proses
semulajadi dan sentiasa melakukan refleksi diri. Jika
individu itu berpuas hati dengan tentang kehidupan yang
dilaluinya akan mencapai rasa kesepaduan sebaliknya jika
beliau menyesal tentang peluang yang terlepas pada masa
lalu, dia akan merasa putus asa.

KESIMPULAN
Pengetahuan
mengenai
teori
pertumbuhan
dan
perkembanng kanak-kanak akam meberi banyak faedah kepada
guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat
keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril
ditegaskan. Setiapa satu teori mempunyai penegasannya yang
tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu
kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui
kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak. Di antara faedah
utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai
pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ialah :
i dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai
dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi pelajar.
ii menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat
menarik minat pelajar, di samping bermakna dan
menyeronokkan.
iii menyediakan pelajaran yang bermula darupada senagn kepada

Pengenalan

17

susah, umum
kepada khusu dan konkrit kepada abstrak.
iv menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai
dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi pelajar.
v memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan
pemindahan pembelajaran hasil daipada pemahaman konsep
yang telah dipelajari

RUJUKAN
Arieff Salleh dan Wardah (2003). Membentuk Jati Diri Remaja. Kuala Lumpur:
PTS Professional.
Azizi Yahaya et.al (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Azizi Yahaya et.al (2004). Psikologi Sosial. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Azizi Yahaya et.al (2008). Psikologi Abnormal. Penerbit UTM Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli (2008). Kesihatan Mental. Penerbit UTM
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An
Introduction. Boston.

2
PRINSIP PERKEMBANGAN
Azizi Yahaya

PENGENALAN
Setiap kanak-kanak secara semulajadinya membawa variasi dan
corak perkembangannya sendiri dimana setiap ibu bapa perlu
mengetahuinya, agar ia tidak tertanya-tanya malahan runsing atau
bersikap negatif dalam menghadapi perkembangan anak mereka.
Malahan mereka harus bersikap tenang dan mengikuti sacara terus
pertumbuhan kanak-kanak, agar pertumbuhan kanak-kanak mereka
terhindar dari apa jua, yang membawa kepada kesan negatif.
Hal ini juga berlaku didalam pertumbuhan kanak-kanak lelaki,
secara psikofizik. Aspek-aspek yang manakah yang berkembang
dari kehidupan manusia?
Untuk menjawab pertanyaan ini, kita perlu lebih dahulu
mengetahui hakikat manusia, iaitu manusia pada hakikatnya adalah
makhluk yang hidup dalam keadaan:
i
ii
iii
iv

Psikofizik.
Sosio individual.
Budaya Agama (Cultural religious).
Psikofizik, yang beerti manusia adalah makhluk yang
hidup dalam kesatuan dua, secara jasmaniah dan
rohaniah.
v Sosio individual, yang beerti manusia adalah makhluk
yang hidup dalam dua kesatuan, sosial, dan individual.
vi Culturil religious, yang bererti manusia adalah makhluk

Prinsip Perkembangan

19

yang hidup dalam kesatuan dua, dicipta (oleh Maha


Pencipta) dan mencipta (kebudayaan).
Apabila kita perhatikan sifat-sifat tersebut kita dapat lihat bahawa
setiap yang wujud selalu berpasang- pasangan yang selalunya
berdampingan antara satu sama lain, dan saling melengkapi antara
satu sama lain baik lelaki amhupun perempuan.
Mudah untuk kita mengetahui perkembangan kanak-kanak
mengikut proses-proses yang berlaku, tetapi bagaimana proses ini
berlaku, bergantung kepada beberapa teori yang perlu kita ketahui,
kebenarannya, atau kita renungkan demi perkembangan psikologi
ini.
Antara teori yang tertua adalah seperti yang diajukan oleh
seorang psikologi Jerman yang bernama Johann Friedrische
Herbart. Teorinya disebut sebagai Teori Asosiasi. Herbart
berpendapat bahawa seluruh proses perkembangan itu diatur dan
dikuasai oleh kekuasaan hukum asosiasi. Herbart berpendapat
bahawa terjadinya perkembangan adalah kerana adanya unsurunsur yang berasosiasi; sehingga sesuatu yang semulajadi bersifat
mudah (unsur yang sedikit) semakin lama semakin banyak dan
kompleks.
Herbart berpendapat bahawa kanak-kanak yang baru lahir,
keadaan jiwanya masih bersih. Setelah pancainderanya dapat
menangkap sesuatu yang datang dari luar, maka pancainderanya
itu mengirimkan gambaran, atau tanggapan ke dalam jiwanya.
Semakin banyak tangkapan semakin banyak tanggapan. Di dalam
jiwa mereka, tanggapan-tanggapan ini berkaitan dan bersepadanan
dengan sesama mereka, dengan kekuatan yang dapat diukur.
Tanggapan yang sejenis, berasosiasi dan yang tidak sejenis tolak
menolak secara mekanis, dan semakin lama semakin kompleks dan
inilah perkembangan itu.

20

Psikologi Perkembangan

Teori Gestalt (Wilhelm Wundt)


Kira-kira setengah abad sesudah Herbart dengan teori asosiasinya
menguasai dunia psikologi, muncul di Jerman para ahli yang
menamakan diri mereka para psikologi moden (dengan
laboratorium psikologinya) mengajukan reaksi terhadap teori
Herbart.
Mereka berpendapat bahawa proses perkembangan bukan
terjadi dari sesuatu yang ringkas, ke sesuatu yang kompleks
kecuali terjadi dari sesuatu yang bersifat global (menyeluruh tetapi
samar-samar) berterusan dan lama-kelamaan
semakin jelas
keadaannya serta nampak bahagian-bahagian dalam keseluruhan
itu. Jadi ia bertukar dari keadaan Gestalt ke stuktur. Bahagianbahagian itu bukan merupakan pecahan dari Gestalt, tetapi
merupakan kesatuan-kesatuan tertentu yang baru berfaedah bila ia
berada dalam Gestalt tersebut. Ia berada ditempatnya yang
spesifik dan akan merosak teori Gestalt bila ia dipisahkan.
Jadi dengan jelas mereka berpendapat bahawa
perkembangan bukan proses asosiasi melainkan proses difrensiasi.
Neo-Gestalt, (Kurt Lewin) menambahkan adanya proses
strasifikasi dalam proses difrensiasi yang berlaku terus, lanjutan
difrensiasi itupun berkembang dari suatu tahap ke tahap yang lain.
Pada alam bayi, ia mengalami proses difrensiasi kemudian
naik ke tahap (strata) masa kanak-kanak. Dalam masa kanakkanak ini proses difrensiasi akan terus berkembang , kemudian
naik ke strata masa kanak-kanak. Demikian seterusnya.
Yang ketiga teori sosialisasi (James Mark Baldwin)
Teori ini berpendapat bahawa proses perkembangan adalah proses
sosialis dari sifat individual. Baldwin terkenal dengan teori:
Circulair Reaction. Ia berpendapat bahawa perkembangan sebagai
proses sosialis, adalah dalam bentuk peniruan yang berlaku dengan
adaptasi dan pilihan.
Adaptasi dan pilihan berlaku atas dasar hukum kesan (law
of effect). Tingkah laku peribadi seseorang adalah hasil peniruan
(imitasi). Kebiasaannya , ia adalah imitasi terhadap diri sendiri
manakala adaptasi adalah peniruan terhadap orang lain oleh kerana

Prinsip Perkembangan

21

kesan itu sendiri ,tingkah laku dapat dipertahankan. Seterusnya


oleh kerana kesan itu sendiri, tingkah laku itu dapat ditingkatkan
faedah dan prestasinya. Dalam hal yang demikian inilah
terkandungnya daya kresa, sehingga manusia mampu
menggunakan hasil peniruan yang sesuai dengan kebiasaanya
sendiri. Teori ini disokong olehi W.Stern: Bechterev dan Koffka.
Yang keempat, teori Freudism (Sigmund Freud)
Teori ini dikemukan oleh Sigmund Freud. Dalam mengemukakan
teorinya, ia menggunakan bayi sebagai contoh:
Pada alam bayi, manusia belum bermoral kemudian sudah
memiliki moral secara heterogen, dan akhirnya memiliki moral
dengan norma yang ditetapkan sendiri secara otonom. Proses
pemilikan moral dari heterogen ke moral otonom ini disebut
internalisasi.Norma moral tersebut ditentukan sendiri oleh manusia
dengan menggunakan faktor internalnya.
Proses internalisasi ini berlaku dengan identifikasi. Oleh
kerana proses ini menggunakan masyarakat sebagai faktor utama,
maka teori ini dipanggil sebagai teori sosialisasi. Teori sosialisasi
adalah Teori Langeveld.
Ia menyusun teorinya atas empat asas, iaitu:
i
ii
iii
iv

Asas biologi.
Asas ketidakberdayaan.
Asas keamanan.
Asas eksplorasi.

Pada mulanya, perkembangan yang dialami manusia adalah


perkembangan biologi. Iaitu dari telur ke janin, kemudian menjadi
bayi dan seterusnya, kemudian baru secara psikis. Bermula dari
sifatnya yang tidak berdaya inilah yang menyebabkan terjadinya
perkembangan, apabila ia berada dalam perhubungan antara
manusia. Untuk itu, ia memerlukan rasa aman, rasa dilindungi,
sehingga menjadikan adanya kesempatan untuk berimitasi,
adaptasi mahupun identifikasi. Seterusnya kerana perkembangan

22

Psikologi Perkembangan

itu sendiri ada pada dirinya secara semulajadi, maka kanak-kanak


mengadakan eksplorasi, untuk menjadikan diri sebagai warga
masyarakat
2. Teori Perkembangan
Suatu sistem konsep yang diorganisasikan secara logik, dan
diperoleh melalui pendekatan yang sistematik, biasanya disebut
sebagai teori.
Teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kanakkanak terdiri daripada:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Teori Empirisme.
Teori Nativisme.
Teori Konvergensi.
Teori Rekapitulasi.
Teori Psikodinamik.
Teori kemungkinan Berkembang.
Teori Interaksionisme.

a) Teori Empirisme
Tokoh utama teori ini adalah Francis Bacon (Inggris 1561- 1626)
dan John Locke (Inggris 1632-1704). Teori ini berpendapat
bahawa: pada dasarnya kanak-kanak lahir ke dunia;
perkembangannya ditentukan oleh adanya pengaruh dari luar,
termasuk pendidikan dan pengajaran. Kanak-kanak dilahir dalam
keadaan kosong, putih bersih seperti meja lilin, maka pengalaman
merekalah yang bakal menentukan corak dan bentuk
perkembangan jiwa mereka. Dengan demikian mengikut teori ini,
pendidikan atau pengajaran kanak-kanak pasti berhasil dalam
usahanya membentuk diri. Antara teori lain yang berkaitan adalah:
i

Teori Optimisme (pedagogi optimisme) teori ini sangat


optimis akan berhasil keberkesanan pendidikan dalam
usaha membina personaliti kanak-kanak.
ii Teori berorentasikan lingkungan dinamakan demikian

Prinsip Perkembangan

23

kerana lingkungan lebih banyak menentukan terhadap


corak perkembangan kanak-kanak.
iii Teori Tabularasa: kerana jenis ini mengibaratkan kanakkanak lahir seperti meja lilin (Tabula/ Table = meja; rasa
= lilin).
b). Teori Nativisme
Tokoh utamanya adalah Shopenhauer (Jerman 1788 1860). Teori
ini mengemukakan bahawa kanak-kanak lahir telah dilengkapi
pembawaan bakat semulajadi . Dan pembawaan (natives =
pembawaan) inilah yang akan menentukan wujudnya personaliti
seorang kanak-kanak. Pengaruh lain dari luar tidak akan mampu
mengubah pembawaan kanak-kanak. Oleh yang demikian ,
pendidikan bagi kanak-kanak akan sia-sia, dan tidak perlu lagi
dihiraukan.
Istilah lain dari aliran ini disebut dengan:
-Teori Pesimisme (Padagogis-pesimistis), kerana teori ini menolak,
pesimis terhadap pengaruh luar.
-Teori Biologime, menitikberatkan pada faktor biologi, faktor
keturunan (genetik) dan konstitusi atau keadaan psikolofisik yang
dibawa sejak lahir.

c) Teori Konvergensi
Konvergensi (converge = memusatkan pada satu titik; bertemu).
Penganjur utamanya teori ini adalah Williams Stern dan dibantu
isteri setianya Clara Stern. Diungkapkan bahawa perkembangan
jiwa kanak-kanak lebih banyak ditentukan oleh dua faktor yang
saling bergantungan, iaitu faktor bakat dan faktor pengaruh
lingkungan dan keduanya tidak dapat dipisahkan (intedependence)
seolah-olah memadu, bertemu dalam satu titik. di sini dapat
difahami bahawa personaliti seseorang kanak-kanak akan
terbentuk dengan baik apabila dibina oleh suatu pendidikan

24

Psikologi Perkembangan

(pengalaman) yang baik serta dibantu oleh bakat yang merupakan


pembawaan lahir.
d). Teori Rekapitulasi
Rekapitulasi (recapitulation) bererti ulangan. Apa yang
dimaksudkan di sini adalah perkembangan jiwa kanak-kanak juga
merupakan hasil ulangan dari perkembangan seluruh jenis
manusia.
Kesimpulan bahawa seorang manusia akan mengalami
peningkatan masa adalah seperti berikut:
i

Masa berburu adalah sampai umur lebih kurang 8


tahun, kegiatannya antara lain menangkap binatang,
bermain panah, main pistol- pistolan, dan lain-lain.
ii Masa mengembala adalah lebih kurang 8- 10 tahun,
seorang kanak-kanak senang memelihara binatang,
ikan, kambing dan lain-lain.
iii Masa bertani adalah lebih kurang 10-12 tahun, suka
berkebun, memelihara dan menanam tanaman, bunga,
dan lain-lain.
iv Masa berdagang adalah lebih kurang 12-14 tahun,
gemar bermain pasar- pasaran, bertukar-tukar barang,
tukar gambar, dan lain-lainnya.
v Masa industri adalah 14 tahun ke atas, kanak-kanak
mulai mencuba berkarya sendiri, membuat mainan,
membuat kandang merpati, dan lain-lain.
Pernyataan terkenal dari teori ini adalah: Onogenese Recapitulatie
Philogenese (perkembangan satu jenis makhluk adalah mengulangi
perkembangan seluruhnya). Teori ini adalah Hackel (Jerman 18341919) dan diikuti oleh Stanley Hall (Amerika Syarikat 1846-1926).

Prinsip Perkembangan

e.)

25

Teori Psikodinamika

Teori ini berpendapat bahawa perkembangan jiwa atau personaliti


seseorang ditentukan oleh komponen dasar yang bersifat sosioefektif, iaitu ketegangan yang ada di dalam diri seseorang itu turut
menentukan dinamikanya sewaktu dadalam lingkungan itu.
Maka teori ini pun menekankan pada perananan lingkungan
di dalam perkembangan kanak-kanak. Pendukung teori ini adalah:
K. Horney, E. Fromm, dan Sigmund Freud.
f.)

Teori Kemungkinan Berkembang

Teori ini berlandaskan pada alasan-alasan:


i Kanak-kanak adalah makhluk manusia yang hidup.
ii Waktu dilahirkan kanak-kanak dalam keadaan tidak
berdaya, sehingga ia memerlukan perlindungan.
iii Dalam perkembangan kanak-kanak ia melakukan
kegiatan yang bersifat pasif (menerima) dan aktif
(eksplorasi).
Pelopor teori ini adalah Dr. M.J. Langeveld salah seorang ilmuwan
dari belanda.
g).

Teori Interaksionisme

Menurut teori ini perkembangan jiwa atau tingkah laku kanakkanak banyak ditentukan oleh adanya dialektif dengan
lingkungannya. Maksudnya, perkembangan yang wajar, melainkan
ditentukan interaksi budaya.
Pengaruh yang datang dari pengalaman dalam interaksi
budaya, serta dari penanaman nilai-nilai dalam pendidikan (disebut
transmisi sosial) itu diharapkan dapat mencapai suatu tahap yang
disebut ekuilibirasi iaitu keseimbangan antara asimilasi dan
akomodasi pada diri kanak-kanak.

26

3.

Psikologi Perkembangan

Hukum Perkembangan

Suatu konseps yang biasanya bersifat deduktif, dan menunjukkan


adanya hubungan yang bersambung (continue) serta dapat
diramalkan sebelumnya antara pelarasan yang sesuai, lazimnya
disebut sebagai hukum perkembangan. Antaranya:
a.

Hukum Tingkat Perkembangan

Perkembangan jiwa tiap-tiap kanak-kanak itu berlainan, menurut


tahap perkembangan kanak-kanak yang ada. Ada yang cepat
(tingkath singkat) ada pula yang lambat. Ada ketika seorang
kanak-kanak mempunyai kebolehanan bercakap dan berjalan tetapi
ada juga sebaliknya. Mereka memiliki tahap tersendiri.
b.

Hukum Irama Perkembangan

Hukum ini bukan menyatakan cepat atau lambatnya perkembangan


kanak-kanak, tetapi dengan irama atau rima perkembangan. Jadi
perkembangan kanak-kanak itu mengalami gelombang pasang
surut, mulai lahir hingga dewasa, kadangkala kanak-kanak
tersebut juga mengalami kemunduran dalam satu bidang tertentu.
Misalnya, mudah sekali diperhatikan jika mengamati
perkembangan (strum und drang) pada kanak-kanak menjelang
remaja. Ada kanak-kanak yang menampakkan cabaran yang hebat,
tetapi ada pula kanak-kanak yang melalui masa tersebut dengan
tenang tanpa menunjukkan gejala-gejala yang serius.
Sebagai contoh kanak-kanak berusia 3-5 tahun dan pada
usia 12-14 tahun, kedua masa itu adalah merupakan masa transisi/
krisis pertama dan kedua bagi seorang kanak-kanak.
c.

Hukum Konvergensi Perkembangan

Pandangan pendidikan tradisional masa lalu menunjukkan bahawa


hasil pendidikan yang dicapai kanak-kanak selalu dihubungkan
dengan status pendidikan oleh ibubapanya. Menurut kenyataan
masa kini ternyata bahawa pendapat lama itu tidak sesuai lagi
dengan keadaan. Pandangan lama itu dikuasai oleh aliran
nativisme yang dipelopori Schopen Hauer yang berpendapat

Prinsip Perkembangan

27

bahawa manusia adalah hasil bentukan dari pembawaannya.


Sejak kanak-kanak lahir ia membawa bakat, kesanggupan (potensi)
untuk dikembangkan, dan sifat bawaan tertentu. Pembawaan itu
akan berkembang sendiri, dalam hal ini pendidikan tidak mampu
mengubahnya. Aliran dalam pendidikan yang menganut fahaman
nativisme ini disebut aliran yang pesimis.
Fahaman nativisme tidak lama menguasai dunia
pendidikan, kerana pada abad ke-19 lahir fahaman emperisme
yang berasal dari John Locke. Ia memperkenalkan teori tabularasa
yang mengatakan bahawa
kanak-kanak yang lahir, ia
diumpamakan sebagai kertas buram yang putih, belum ada ditulisi
atau digoresi dengan bakat apa pun. Jiwanya masih bersih dari
pengaruh keturunan sehingga pendidik dapat membentuknya
menurut kehendaknya. Aliran dalam pendidikan yang menganut
fahaman emperisme ini disebut aliran yang optimis.
William Stern menggabungkan kedua-dua pendapat di atas
ke dalam hukum konvergensi yang mengatakan bahawa
pertumbuhan dan perkembangan yang dialami kanak-kanak adalah
pengaruh dari unsur lingkungan dan pembawaan.
d.

Hukum Kesatuan Organ

Setiap kanak-kanak terdiri dari organ-organ (anggota) tubuh, yang


merupakan satu kesatuan, di antara organ-organ tersebut antara
fungsi dan bentuknya, tidak dapat dipisahkan berdiri integral.
Contohnya perkembangan kaki yang semakin besar dan
panjang, mesti diiringi oleh perkembangan otak, kepala, tangan,
dan lain-lainnya.
e.

Hukum Hierarki Perkembangan

Menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mungkin


akan mencapai suatu fasa tertentu dengan cara spontan akan tetapi
harus melalui tingkat-tingkat/ tahap tertentu yang telah tersusun
perkembangan diri seseorang menyerupai tingkat perkembangan.
Contoh: perkembangan fikiran/ intelek kanak-kanak, mesti

28

Psikologi Perkembangan

didahului dengan perkembangan pengenalan dan pengamatan.


f.

Hukum Masa Peka

Masa peka ialah suatu masa yang paling tepat untuk berkembang
suatu fungsi jiwa atau fisik seorang kanak-kanak kerana
perkembangan suatu fungsi tersebut tidak berjalan secara
serempak/ bersamaan antara satu dengan yang lainnya. Suatu
contoh: masa peka untuk berjalan bagi seorang kanak-kanak itu
pada awal tahun kedua dan untuk bercakap, sekitar tahun pertama.
Istilah masa peka pertama kali ditampilkan oleh seorang
ahli Biologi (biolog) dari Belanda, bernama Prof. Dr. Hugo de
Vries (1848-1935). Kemudian istilah tersebut dibawa ke dalam
dunia pendidikan, khususnya psikologi oleh Dr. Maria Montessori
(Italia, 1870-1952).
Perhatin perlu diberikan pada waktu ini, jangan sampai masa peka
ini berlalu tanpa faedah, dan sia-sia bagi seorang kanak-kanak.
g.

Hukum Memperkembangkan Diri

Dalam kehidupan terdapat dorongan dan hasrat untuk


mempertahankan diri. Dorongan yang pertama adalah dorongan
mempertahankan diri, kemudian disusul dengan dorongan
mengembangkan diri.
Dorongan mempertahankan diri terjadi, misalnya pada
dorongan makan dan menjaga keselamatan diri sendiri. Kanakkanak menyatakan perasaan lapar, haus, dan sakit dalam bentuk
menangis. Jika ibu-ibu mendengar anaknya menangis, tangisnya
itu dianggap sebagai dorongan mempertahankan diri.
Dalam perkembangan jasmani terlihat hasrat dasar untuk
mengembangkan pembawaan. Untuk kanak-kanak, dorongan
mengembangkan diri berbentuk hasrat mengenal lingkungan,
usaha belajar berjalan, kegiatan bermain, dan sebagainya. Di
kalangan remaja timbul rasa persaingan dan perasaan belum puas
terhadap apa yang telah tercapai. Hal ini dapat dianggap sebagai
dorongan mengembangkan diri.

Prinsip Perkembangan

29

Tidak seorang kanak-kanak manusia normal yang inginkan


kemunduran perkembangan dalam dirinya, dungun, dan lain
sebagainya. Tetapi sebaliknya ,setiap kanak-kanak pasti
memerlukan perkembangan diri ke arah suatu kemajuan, dalam
suatu peringkat yang lebih tinggi dari peringkat sebelumnya.
Contoh; seorang kanak-kanak ingin jadi juara, ingin pandai, ingin
berjaya, dan sebagainya.
h.

Hukum Rekapitulasi

Hukum ini lanjutan dari teori reka pitulasi, iaitu perkembangan


jiwa kanak-kanak adalah ulangan kembali secara singkat dari
perkembangan manusia di dunia. Dari masa berburu hingga masa
industri.
Hackel, seorang ahli biologi memperkenalkan hukum
biogenetis. Dalam hukum itu dikatakan Ontogense adalah
rekapitulasi, dari phylogenese. Ontogenese adalah perkembangan
individual. Phylogenese adalah kehidupan nenek moyang suatu
bangsa. Rekapitulasi berasal dari kata rekap. Hukum biogenetis
yang berasal dari Hackel itu oleh Stanley Hall dinamakan teori
rekapitulasi. Teori rekapitulasi mengatakan bahawa perkembangan
yang dialami seorang kanak-kanak merupakan ulangan (secara
cepat) sejarah kehidupan suatu bangsa yang berlaku dengan lambat
selama berabad-abad.
Jika pengertian rekapitulasi ini dialihkan (dipindahkan) ke
psikologi perkembangan, dapat dikatakan bahawa perkembangan
jiwa kanak-kanak mengalami ulangan ringkas dari sejarah
kehidupan manusia. Walaupun masih ada orang yang berpendapat
lain, namun sebahagian besar antara mereka itu mengakui adanya
persamaan dengan kehidupan kebudayaan mulai dari bangsabangsa primitif hingga kepada kehidupan kebudayaan bangsa yang
ada dewasa ini. Mereka membahagi- bahagi kehidupan kanakkanak seperti berikut.
1. Masa memburu dan menyamun
Masa ini dialami ketika kanak-kanak berusia sekitar 8 tahun.

30

Psikologi Perkembangan

Tanda-tanda misalnya, kanak-kanak senang menangkap-nangkap


dalam permainannya, memanah dan menembak binatang. Tandatanda pada kanak-kanak lain, misalnya, senang bermain kejarkejaran, peranang-peranang dan bermain panah-panahan.
2. Masa menggembala
Masa ini dialami ketika kanak-kanak berusia sekitar 10 tahun.
Tanda-tandanya, misalnya kanak-kanak senang memelihara
binatang seperti ayam, kambing, kelinci, merpati dan sebagainya.
3. Masa bercucuk tanam
Masa ini dialami kanak-kanak ketika berumur sekitar 12 tahun.
Tanda-tandanya, misalnya, senang berkebun, menyirami pokok
bunga.
4. Masa berdagang
Masa ini dialami kanak-kanak ketika ia berusia sekitar 14 tahun.
Tanda-tandanya, misalnya, senang bertukar-tukar barang dengan
kawan, bertukar-tukar gambar dengan sahabat pena, bermain jualjualan seperti bekas pensil, dan sebagainya.
4.

Fasa-Fasa Perkembangan

Selama perkembangannya, kehidupan individu-individu itu tidak


statik melainkan dinamik, dan pengalaman belajar yang ditunjukan
kepada mereka harus sesuai dengan sifat-sifat khasnya yang sesuai
dengan masa perkembangannya itu. Pengalaman belajar yang
disajikan kepada mahapelajar harus sesuai dan fleksibel untuk
individu pada usia pelajar, yang tentu saja berlainan dengan
pengalaman belajar yang sesuai untuk individu pada usia sekolah
rendah.
Tentu sekali tidak ada orang yang membantah, bahawa
perkembangan itu merupakan hal yang berkesinambungan. Akan
tetapi, untuk lebih mudah difahami dan dipersoalkan, biasanya
orang menggambarkan perkembangan itu dalam fasa-fasa atau

Prinsip Perkembangan

31

masa-masa tertentu. Masalah masa perkembangan ini biasanya


juga merupakan masalah yang banyak dipersoalkan oleh para ahli;
pendapat mereka mengenai dasar dasar masa serta pelbagai
jangka masa yang pada umumnya lebih bersifat perbuatan daripada
konsepsional.
Pendapat-pendapat mengenai pebagai tahap itu secara garis
besar dapat digolongkan menjadi tiga golongan, iaitu:
a. Berdasarkan biologi.
b. Berdasarkan diduktif/ instuksional
c. Berdasarkan psikologik.
Perhatian penting, tidak semestinya ia mengambil satu
pendapat dan mengabaikan pendapat lain melainkan ia diambil
secara pilihan antara pendapat.
a. Tahap Perkembangan Berdasarkan Biologi
Sekelompok ahli dalam membuat penahapan menjadikan diri
sebagi asas pada keadaan atau proses biologi tertentu; di antara
yang berpendapat demikian, misalnya Aristotles, Kretschmer, dan
Freud.
1.Pendapat Aristoteles
Aristoteles menggambarkan perkembangan kanak-kanak sejak
lahir sampai dewasa itu dalam tiga tahap yang masing-masing
lamanya tujuh tahun.
Tahap 1: dari 0 sampai 7 :masa kanak-kanak kecil atau masa
bermain.
Tahap 2: dari 7 sampai 14:masa kanak-kanak, masa belajar atau
masa sekolah rendah

32

Psikologi Perkembangan

Tahap 3: dari 14 sampai 21: masa remaja atau pubertas; masa


peralihan dari kanak-kanak menjadi orang dewasa.
Penahapan ini didasarkan atas gejala dalam perkembangan
jasmani. Hal ini mudah ditunjukkan; antara tahap 2 dan tahap 3
dibatasi dengan pergantian gigi, antara tahap 2 dan 3 dikenalpasti
,berfungsinya perlengkapan kelamin(misalnya kelenjar).
2. Pendapat Kretschmer
Kretscher mengemukakan bahawa dari lahir sehingga dewasa,
setiap individu melalui empat tahap, seperti dikemukakan dibawah
in.
Tahap 1

:dari 0 sampai kira-kira 3: Fullungs periode 1. Pada


masa ini kanak-kanak kelihatan pendek gemuk.

Tahap 2

:kira-kira 3 sampai kira-kira 7: Streckungs periode


1. Pada fasa ini akan kelihatan langsing
(memanjang/meninggi)

Tahap 3

:dari kira-kira 7 sampai kira-kira 13: Fullungs


periode 2. Pada fasa ini kanak-kanak kelihatan
pendek gemuk kembali.

Tahap 4

:dari kira-kira 13 sampai 20 : Streckungs periode 2.


Pada fasa ini kanak-kanak kembali kelihatan
langsing.

Kehidupan psikis kanak-kanak pada tahap-tahap tersebut


juga menunjukkan sifat-sifat yang khas. Pada tahap-tahap fullungs
kanak-kanak menunjukkan sifat-sifat yang mirip dengan
temperamen orang yang berkonstitusi berkelah, jadi seperti seperti
orang yang cyclothum: jiwanya terbuka, mudah bergaul, mudah
didekati, dan sebagainya. Pada tahap-tahap strecktung, individu
menunjukkan sifat-sifat yang mirip dengan tempermen orangorang berkonstitusi leptosom, jadi seperti orang schizothym:
jiwanya tertutup, sukar bergaul, sukar didekati, dan sebagainya.
3. Pendapat Freud

Prinsip Perkembangan

33

Freud berpendapat bahawa kanak-kanak sampai kira-kira 5 tahun


melalui fasa-fasa yang berbeza secara dinamik, kemudian sampai
12 tahun atau 13 mengalami masa tenang atau fasa laten; pada
masa laten ini dinamika menjadi stabil. Dengan datangnya masa
remaja (pubertas) dinamika meletus lagi, dan seterusnya makin
tenang jika orang menjadi makin dewasa, iaitu sekitar 20 tahun.
Walaupun perkembangan ke arah kedewasaan itu terjadi sampai
individu berumur sekitar 20, namun menurut Freud masa yang
paling menentukan dalam pembentukan personaliti adalah masa
sampai 5 tahun. Adapun fasa-fasa perkembangan itu menurut
Freud adalah seperti ditunjukkan di bawah ini.
1. Fasa oral dari 0 hingga 1
Pada fasa ini mulut merupakan daerah pokok aktif dan dinamik.
2. Fasa anal dan tahanan terpusat pada fungsi pembuangan
kotoran.
3. Fasa falis dari kira-kira 3 sampai kira-kira 5
Pada fasa ini alat-alat kelamin merupakan daerah organ
terpenting.
4. Fasa laten dari kira-kira 5 sampai kira-kira 12 atau 13
Pada fasa ini impuls-impuls cenderung untuk ada dalam keadaan
Mengendap.
5. Fasa pubertas dari kira-kira 12 atau 13 sampai kira-kira 20
Pada fasa ini impuls-impuls itu dapat dipindahkan dan
disublimasikan oleh das ich dengan berhasil, maka sampailah
orang kepada fasa kematangan
6. Fasa genital individu yang telah mencapai fasa ini tetap siap
untuk melangkah ke dalam kehidupan masyarakat orang dewasa

34

Psikologi Perkembangan

b. Tahap Perkembangan Berdasarkan Diduktif/ Instuksional


Dasar diduktif atau instuktional yang dipergunakan oleh
para ahli di sini ada beberapa kemungkinan iaitu:
i

Apa yang harus diberikan kepada kanak-kanak didik


pada masa-masa tertentu.
ii Bagaimana
caranya
mengajar
mempraktikkan
pengalaman belajar kepada kanak-kanak didik pada
masa-masa tertentu itu.
iii Menerapkan kedua hal yang telah disebutkan bersamasama.
Yang dapat digolongkan ke dalam penahapan berdasarkan diduktif
adalah antara lain pendapat Comenius dan pendapat Rousseau.
1.
Pendapat Comenius
Konsepsi Comenius itu sangat popular, kerana nilai praktisnya.
Comenius merancangkan bidang pendidikan yang disesuaikan
dengan sifat-sifat khas individu dalam masa perkembangannya.
Dengan kata lain, dalam masa perkembangannya, individu pada
umumnya menunjukkan sifat-sifat serasi dengan bidang
pendidikan tertentu.
Adapun pendapat Comenius adalah sebagai berikut:
Dipandang dari segi pendidikan, pendidikan yang lengkap bagi
seseorang berlaku dalam empat bidang, seperti yang dipaparkan
dibawah ini.
i

Sekolah ibu (school maternal) untuk kanak-kanak


berumur 0 hingga 6 tahun.
ii Sekolah bahasa ibu (school vernacula), untuk kanakkanak umur 6 hingga 12 tahun.
iii Sekolah latin (school latins ), untuk remaja umur 12
hingga 18 tahun.
iv Kolej (academia) untuk remaja umur 18 hingga 24
tahun.
Untuk masing- masing sekolah tersebut harus diberikan bahan
pengajaran (bahan pendidikan) yang sesuai dengan perkembangan

Prinsip Perkembangan

35

kanak-kanak didik, dan harus dipergunakan cara-cara penyampaian


yang sesuai dengan perkembangannya.
2. Pendapat Rousseau
Rousseau dengan karyanya Emili eu de Ieducation juga
mengemukakan penahapan atas dasar diduktif. Buku karya
Rousseau itu terdiri atas lima jilid . jilid 1 sampai jilid 4
membicarakan pendidikan kanak-kanak lelaki (Emili), dan buku
jilid 4 membicarakan pendidikan kanak-kanak perempuan
(sophie). Pendapat Rousseau adalah sebagai berikut:
i
ii

Tahap 1
Tahap 2

iii

Tahap 3

iv

Tahap 4

:umur 0 hingga 2 tahun:masa asuhan


:umur 2 hingga 12 tahun: masa pendidikan
jasmani dan latihan pancaindera.
:umur 12 tahun hingga 15 tahun, tingkath
pendidikan akal.
:umur 15 hingga 20 tahun, tingkat
pendidikan watak dan pendidikan agama.

c. Tahap Perkembangan Berdasarkan Psikologi


Pihak-pihak yang mengikuti pendapat ini menyatakan bahawa
apabila bercakap tentang perkembangan psikologi, maka
hendaknya ia menggunakan hal-hal psikologi sebagai landasan,
bukan keadaan biologi atau keadaan-keadaan lain. Kelompok ahli
ini, yang dirintis oleh Kroh, mencari pengalaman-pengalaman
psikologi yang khas bagi individu pada umumnya, yang dapat
digunakan sebagai masa perpindahan dari fasa satu ke fasa yang
lain dalam perkembangannya, pada umumnya individu mengalami
masa-masa kegoyahan. jika perkembangan itu dapat dilukiskan
sebagai proses evolusi, maka pada masa kegoyahan itu evolusi
berubah menjadi revolusi.
Kecelaruan psikis itu dialami oleh hampir setiap orang, kerana ini
dapat digunakan sebagai perubahan perpindahan dari masa yang
satu ke masa yang lain dalam proses perkembangannya. Pada

36

Psikologi Perkembangan

umumnya, selama perkembangannya individu mengalami masa


kegoncangan selama dua kali, iaitu yang pertama kira-kira pada
tahun ketiga atau keempat, dan yang kedua pada permulaan masa
pubertas. Berdasarkan atas kedua masa kecelaruan itu,
perkembangan individu dapat digambarkan melalui tiga tingkat
atau masa, iaitu:
1. Dari lahir hingga masa kecelaruan pertama, yang biasanya
disebut masa kanak-kanak.
2. Dari masa kecelaruan pertama hingga masa kecelaruan kedua,
yang biasanya disebut masa keserasian bersekolah.
3. Dari masa kecelaruan kedua sehingga akhir masa remaja, yang
disebut masa kematangan. Umur berapa tepatnya masa remaja
tidak dapat dikatakan dengan pasti, tetapi umumnya dapat diterima
sebagai perubahan pada umur 21 tahun.
3. Pendapat Piaget
Suatu pendapat lain yang berdasarkan atas keadaan psikologik,
terutama perkembangan intelektual adalah pendapat Piaget, yang
akhir-akhir ini cepat sekali perkembangannya,. Berdasaarkan
perkembangan intelektual individu, perkembangan dapat
digambarkan dengan melalui empat fasa iaitu:
1.Fasa senso-motor , yang berlaku dari umur 0 hingga umur 2
tahun.
2. Fasa pra-operasional, dari umur 2 hingga 7 tahun.
3. Fasa operasional konkrit, yang berlaku dari umur 7 hingga umur
12 tahun.
4. Fasa operasional konkrit, yang berlaku dari umur 7 hingga
umur 12 tahun.

Prinsip Perkembangan

37

Menurut Piaget dari fasa satu ke fasa lain tidak hanya


terdapat perbezaan yang sifatnya kuantitif, tetapi juga, dan ini
justeru yang terpenting, terdapat kualitif.
Perkembangan individu sejak lahir hingga dewasa.
a.
b.
c.
d.

Masa usia pra-sekolah iaitu dari umur 0 hingga kiraa-kira


umur 6 tahun.
Masa sekolah usia dasar, iaitu dari kira-kira umur 6 hingga
12 tahun.
Masa usia sekolah menengah, iaitu dari kira-kira umur 12
hingga kira-kira19 tahun
Masa usia mahapelajar, iaitu dari kira-kira umur 18 hingga
kira-kira umur 25 tahun.

a.
Masa Usia Pra-Sekolah
Masa usia pra-sekolah, iaitu dari lahir hingga berumur 6 tahun
dapat diterperinci lagi menjadi:
1. Masa Vital
Masa vital ini dimulai dengan kelahiran si kanak-kanak. Beberapa
hal yang sering dipersoalkan mengenai kelahiran kanak-kanak
ialah:
i
ii
iii

Apakah kanak-kanak itu lahir atau dilahirkan.


Mengapa kanak-kanak yang baru lahir itu sentiasa
menangis.
Mengapa kanak-kanak yang baru lahir itu sangat
tidak berdaya jika dibandingkan dengan kanakkanak haiwan.

Jawapan terhadap ketiga pernyataan di atas itu telah menimbulkan


pelbagai spekulasi yang berbeza satu sama lain.
Banyak ahli telah melakukan penelitian mengenai masa
vital ini. Hasil-hasil penelitian itu menunjukkkan kemajuan-

38

Psikologi Perkembangan

kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak pada umumnya sampai


umur 2 tahun. Yang penting ialah pada masa ini kanak-kanak
menggunakan fungsifungsi biologi untuk menemukan pelbagai
hal dalam dunianya; jadi untuk belajar. Freud menamakan tahun
pertama dalam kehidupan kanak-kanak sebagai sumber
keseronokan dan ketidakeselesaan. Pendapat itu beralasan pada
kenyataan bahawa pada masa ini mulut memainkan perananan
terpenting dalam kehidupan individu. Kenyataan ini menurut
penulis perlu diberi interprestasi lain, bahawa kanak-kanak
memasukkan apa saja yang dijumpai kedalam mulutnya bukan
kerana mulut merupakan sumber kenikmatan utama, tetapi kerana
pada saat ini mulut merupakan alat untuk melakukan eksplorasi
dan belajar.
Pada tahun kedua kanak-kanak telah belajar berjalan.
Dengan dapat berjalan, kanak-kanak mulai menguasai ruang.
Mula-mula ruang tempat dia berada, kemudian ruang dekat, dan
seterusnya ruang yang jauh. Pada tahun kedua juga, kanak-kanak
mulai diperkenalkan dengan kebersihan (toilet training). Melalui
latihan dengan kebersihan itu, kanak-kanak belajar mengendalikan
impuls-impuls yang datang dari dalam dirinya.
2. Masa Estetik
Biasanya estetik ini dianggap sebagai masa perkembangan rasa
keindahan. Anggapan itu timbul kerana nama estetik. Sebenarnya,
estetik bererti bahawa pada masa ini perkembangan kanak-kanak
yang terutama adalah fungsi pancainderanya dan dalam ekslorasi
dan pembelajaran menggunakan pancaindera. Pada masa ini panca
inderanya masih dalam keadaan peka, kerana itu pulalah Montesori
menciptakan bermacam-macam alat permainan yang dimaksudkan
untuk melatih pancaindera. Pada masa inilah muncul gejala
kenakalan, yang umumnya terjadi pada umur 3 hingga 5 tahun.
Kanak-kanak sering menentang kehendak orang tua, kadangkadang menggunakan kata-kata kasar, dengan sengaja melanggar
apa yang dilarang dan tidak melakukan apa yang diharuskan untuk

Prinsip Perkembangan

39

dilakukan, dan sebagainya.Gejala seperti digambarkan di atas itu


umumnya terjadi pada kanak-kanak pada umur-umur tersebut,
sehingga menarik perhatian, baik perhatian para ahli mahupun
bukan ahli.
Nama yang diberikan kepada masa ini, iaitu masa
kenakalan, bermacam-macam, misalnya:
-Trotzzlter menurut Oswald Kroh
-Protestphase menurut Langeveld.
-Masa individualsering I, menurut Carp.
-Sejumlah ahli menyebutnya masa pubertas I.
Apakah sebabnya kanak-kanak terjadinya kenakalan
tersebut? Jawapannya adalah berbagai, dan di bawah ini
dikemukakan beberapa dari jawapan-jawapan tersebut.
Freud menerangkan gejala ini dengan teorinya dengan
kompleks Oedipus. Secara ringkas, kompleks Oedipus terdiri dari
golongan seksual terhadap orang tua yang berlainan jenis
kelaminnya. Jadi kanak-kanak lelaki akan menganggap ayahnya
sebagai saingan dalam merebutkan kasih saying ibu, sedangkan
kanak-kanak perempuan akan menganggap ibu sebagai saingan
dalam merebut kasih saying ayah. Kerana rasa bersaing inilah
maka timbul kenakalan - kenakaln kanak-kanak itu. Ini
menunjukkan bahawa keterangan di atas kurang dapat diterima
terutama dasarnya yang panseksualistik.
Keterangan yang lebih dapat diterima adalah sebagai
berikut.
Berkat perkembangan bahasanya, yang merupakan modal utama
bagi kanak-kanak dalam menghadapi dunianya, sehigga kanakkanak pada deria sendiri atau terhadap menemukan dirinya, iaitu
satu tahap ketika kanak-kanak menemukan dirinya sebagai subjek.
Kalau pada masa-masa sebelumnya kanak-kanak masih merasa

40

Psikologi Perkembangan

bersatu dengan dunianya, belum mampu mengadakan pemisahan


secara sebenar antara dirinya sendiri sebagai subjek dan yang lain
sebagai objek, maka kemampuan itu kini dimiliki. Kini dia
menyedari bahawa dirinya juga subjek yang mempunyai halangan
untuk menghendaki sesuatu, mempunyai pula kebebasan untuk
menolak sesuatu. Dan kerana jarang menemukan kenyataan
tersebut maka kanak-kanak seakan-akan bergaul ingin
mendapatkan pengalaman, bagaimana kiranya sebagai subjek yang
bebas menentukan keinginannya.
Pada masa ini, kanak-kanak dapat digambarkan sebagai
demam menghendaki sebuah bola, dan kehendaknya itu tak dapat
ditahan; tetapi kalau kanak-kanak itu telah memperolehnya maka
dia tidak lagi mempedulikan bola itu, dan menghendaki barang
yang lain lagi; dan sebagainya. Kadang-kadang ia melanggar
perkara yang dilarang, dan menentang perkara yang disuruh. Hal
yang demikian itu berlaku bukan kerana dia keras kepala,
melainkan hanya kerana ingin mengalami dan ingin menyaksikan
akibatnya.
Dipandang dari segi pendidikan, masa ini merupakan masa
yang sukar. Bagaimanakah sikap pendidik yang sebaik-baiknya?
Dalam menghadapi kanak-kanak yang sedang mengalami masa
nakal ini sikap yang paling bijaksana ialah jalan tengah, iaitu sikap
yang tidak ekstrem, baik ekstrem menekan, mahupun ekstrem yang
memanjakan.
Jika pendidik (orang dewasa) memaksakan pendiriannya
sendiri dengan memakai kekerasan dan kekuasaan sebab dia lebih
kuat, maka kanak-kanak itu akan mengalah dan tunduk kepada
pendapat orang dewasa, sedangkan kemahuannya sendiri akan
lenyap dan tidak berkembang. Kanak-kanak yang demikian itu
nantinya akan menjadi individu yang tidak mempunyai inisiatif
dan tanpa kemahuan; dia akan terbiasa bersikap menunggu
perintah.
Sebaliknya, jika kanak-kanak itu dituruti saja apa
kehendaknya, atau dibiarkan saja berbuat sesukanya, dengan

Prinsip Perkembangan

41

maksud untuk menghindarkan persengketaan antara dia dengan


orang dewasa, maka tindakan yang digambarkan itu hanya
merupakan pengunduran sengketa itu saja, yang nantinya akan
timbul lagi dengan lebih kuat.
b.Masa Usia Sekolah rendah
Masa usia sekolah rendah sering pula disebut sebagai masa
intelektual atau masa keserasian sekolah. Sifat-sifat pada masa ini
akan dijelas secara ringkas di sini.
Setelah kanak-kanak melalui cabaran yang pertama maka
proses sosialisasinya telah berlaku dengan lebih efektif, sehingga
menjadi matang untuk masuk sekolah rendah. Pada umur berapa
seharusnya kanak-kanak sesuai untuk kanak-kanak masuk sekolah
rendah, sebenarnya sukar ditentukan, kerana kematangan itu tidak
ditentukan oleh umur semata-mata, namun pada umur 6 atau 7
tahun biasanya kanak-kanak memang telah matang untuk masuk
sekolah rendah.
Pada masa keserasian bersekolah ini secara relatif kanakkanak lebih mudah dididik daripada masa sebelum dan
sesudahnya. Masa ini dapat diperinci lagi menjadi dua fasa, iaitu
(1) masa kelas-kelas rendah dan (2) masa kelas-kelas tinggi
sekolah rendah, iaitu dari kira-kira umur 9 atau 10 sampai kira-kira
umur 12 atau 13 tahun.
1. Masa Kelas-Kelas Rendah Sekolah rendah
Beberapa sifat khas kanak-kanak pada masa ini antara lain adalah
seperti yang disebutkan di bawah ini:
i

Adanya kolerasi positif yang tinggi antara


keadaan jasmani dengan prestasi sekolah.
ii Sikap tunduk kepada peraturan-peraturan
permainan yang tradisional.
iii Ada kecenderungan memuji diri sendiri.

42

Psikologi Perkembangan

iv Suka membanding-bandingkan dirinya dengan


kanak-kanak lain, kalau hal itu dirasanya
menguntungkan;
dalam hal ini ada
kecenderungan untuk meremehkan kanak-kanak
lain.
v Kalau tidak dapat menyelesaikan sesuatu
masalah, maka masalah itu dianggap tidak
penting.
vi Pada masa ini (terutama pada umur 6-8 tahun),
kanak-kanak menghendaki nilai yang baik
kepadanya tanpa memikirkan adakah sesuai
diberi nilai yang baik sebegitu.
2.Masa Kelas-Kelas Tinggi Sekolah rendah
Beberapa sifat khas kanak-kanak pada masa ini adalah sebagai
berikut:
i

ii
iii

iv

adanya minat terhadap kehidupan serius sehari-hari


yang kukuh, hal ini menimbulkan adanya
kecenderungan untuk membandingkan pekerjaanpekerjaan yang serius.
Amat realities, ingin tahu, ingin belajar.
Menjelang akhir masa ini telah ada minat kepada halhal dan mata pelajaran khusus, mengikut ahli-ahli
yang mengikuti toeri faktor, ditafsirkan sudah mula
ketara faktor-faktor.
Sampai kira-kira umur 11 tahun kanak-kanak
mengutamakan seorang guru atau orang dewasa
lainnya untuk menyelesaikan tugasnya dan memenuhi
keinginan; setelah kira-kira umur 11 tahun pada
umumnya kanak-kanak menghadapi tugas-tugasnya
dengan bebas dan berusaha menyelesaikannya
sendiri.
Pada masa ini kanak-kanak memandang nilai sebagai
ukuran yang tepat (sebaik-baiknya) mengenai prestasi

Prinsip Perkembangan

vi

43

sekolah.
Kanak-kanak pada masa ini gemar membentuk
kelompok sebaya, biasanya untuk dapat bermain
bersama-sama.

Di dalam permainan ini biasanya kanak-kanak tidak lagi terikat


kepada aturan permainan yang tradisional; mereka membuat
peraturan sendiri.
Sementara dari hasil-hasil penelitian adalah seperti berikut.
Sifat-sifat khas kanak-kanak masa pueral itu dapat
diringkaskan dalam dua hal, iaitu: (a) ditujukan untuk berkuasa
dan (b) ekstravers, sikap tingkah laku, dan perbuatan kanak-kanak
puer ditujukan untuk berkuasa; apa yang diinginkan dan dijadikan
idam-idaman adalah si kuat, si jujur, si menang, si juara, dan
sebagainya.
Kecuali itu sikap, tingkah laku, dan perbuatan kanak-kanak
puer juga ekstravers, berorentasi ke luar dirinya; hal ini
mendorongnya untuk menyaksikan keadaan-keadaan dunia luar
dirinya dan mencari teman sebaya untuk memenuhi keutamaan
psikisnya itu. Demikianlah kanak-kanak masa ini membentuk
kelompok-kelompok sebaya untuk mencari kemenangan,
memperlihatkan kekuasaan, dan sebagainya. Kerana itu, seringkali
masa ini diberi ciri sebagai masa competitive socialization. Pada
mereka dorongan bersaing besar sekali dan hal ini disalurkan
dalam hubungan dengan teman-teman sebayanya. Dalam
persaingan itulah kanak-kanak puer mendapatkan sosialisasi lebih
lanjut.
Kanak-kanak puer umum sekali digelar sebagai si tukang
jual aksi, sementara ada juga yang menggelarnya si pengecut. Dia
menyatakan dapat melakukan ini dan itu (si tukang aksi), tetapi di
samping itu tidak berani berbuat begini atau begitu (si pengecut).
Juga di dalam cita-cita kanak-kanak puer itu menunjukkan
perasaan akan kekuatan sendiri dan perasaan dapat melakukan

44

Psikologi Perkembangan

sesuatu. Mereka ingin menjadi orang-orang yang mempunyai


kekuatan besar, misalnya: kapten perahu besar, penerbang jet atau
penerbang angkasa lepas, juaraa tinju, juara lumba kereta, juara
bola sepak, dan sebagainya.
Dengan hal sikap ekstrasvers dapat dikemukakan hal-hal
sebagai berikut. Masa pueral adalah masa ketika kanak-kanak
tidak sibuk dengan dirinya sendiri tetapi sibuk dengan yang lain;
kanak-kanak menghadapi dunianya dengan aktiviti-aktiviti luar.
Kerana itu masa ini dapat dianggap sebagai masa ke dalam alam
kerja, iaitu alam mengenal dan berbuat.
Suatu hal penting pada masa ini ialah sikap kanak-kanak
terhadap penyertaan, khususnya penyertaan orang tua dan guru.
Kanak-kanak puer menerima otoritas orang tua dan guru sebagai
suatu hal yang wajar. Justeru kerana hal ini kanak-kanak
mengharapkan adanya sikap yang objektif dan adil pada pihak
orang tua dan guru serta pemegang otoritas orang dewasa yang
lain. Sikap pilih kasih akan mudah dikenal dan menimbulkan
masalah dikalangan mereka.
c. Masa Usia Sekolah Menengah
Masa usia sekolah menengah adalah dikatakan dengan masa
remaja. Masa remaja merupakan masa yang banyak menarik
perhatian, kerana sifat-sifat khasnya dan kerana perananannya
yang menentukan dalam kehidupan individu dalam masyarakat
orang dewasa. Banyak ahli yang berpendapat, bahawa hakikat
masa ini ialah kematangan kehidupan seksual; kerana itu tidak
menghairankan bahawa banyak penelitian mengenai kanak-kanak
pada masa remaja ditujukan untuk mendapatkan informasi
mengenai kehidupan seksual itu. Tetapi sebenarnya kematangan
kehidupan seksual itu bukanlah satu-satunya hal dalam masa
remaja ini, melainkan hanya merupakan salah satu aspek saja.
Kalau ditinjau secara psikologi, persoalan yang timbul
adalah seperti berikut.
ketika umur 3 tahun kanak-kanak merasa sesuatu dengan dunianya.

Prinsip Perkembangan

45

Dirinya dan sekitar adalah identitinya. Pada kira-kira umur 3 tahun


terjadilah masa kegoncangan yang pertama, kerana perkembangan
kanak-kanak secara tidak sedari terpisah dari lingkungannya,
sebagai subjek yang menghadapi objek. Pada masa ini dan
tertumpu pada masa pueral- kanak-kanak bersikap ekstravers.
Kerana manusia dewasa ini harus hidup dalam alam nilai-nilai itu,
maka manusia muda itu perlu mengenal dirinya sendiri sebagai
pendukung dan pelaksana nilai-nilai. Untuk itu, dai mengarahkan
diri ke dalam (introvers), untuk menemui dirinya sendiri. Jadi
hakikat masa remaja yang paling penting ialah mencari identity
dirinya, merenung kembali cara hidup lama dan mencuba sesuatu
yang baru dalam menjadi seorang yang dewasa.
Untuk memudahkan perbincangan, masa remaja dapat
diperincikan lagi oleh beberapa masa iaitu: (1) masa remaja awal
atau masa pra-remaja, (2) masa remaja pertengahan atau semasa,
dan (3) masa remaja akhir.
1. Masa Pra-Remaja
Istilah masa pra-remaja digunakan untuk menunjukkan suatu masa
yang langsung mengikuti masa pueral, biasanya berlaku hanya
dalam waktu relatif singkat. Masa ini menunjukkan sifat-sifat
negatif pada remaja. Berbagai gejala yang boleh dianggap gejala
negatif pada mereka ialah antara lain tidak tenang, tidak suka
bekerja, tidak suka bergerak, cepat lemah, kebiasaan banyak tidur,
sifat-sifat negatif itu dapat diringkaskan sebagai berikut.
1.Negatif dalam prestasi, baik prestasi jasmani ataupun prestasi
mental.
2.Negatif dalam sikap social, baik dalam bentuk menarik diri dari
masyarakat (negatif pasif), ataupun dalam bentik agresif terhadap
masyarakat (negatif aktif).
Apakah

sebabnya

terjadi

gejala-gejala

negatif

itu?

46

Psikologi Perkembangan

Kebanyakan ahli berpendapat bahawa gejala-gejala negatif


tersebut mempunyai asal keadaan biologi, iaitu mulai bekerjanya
kelenjar-kelenjar kelamin. Mulai bekerja kelenjar-kelenjar kelamin
itu membawa perubahan-perubahan cepat dalam diri remaja dan
seringkali perubahan-perubahan radikal itu tidak mereka fahami,
sehingga menimbulkan rasa ragu-ragu, kurang pasti, malu, jengkel,
dan sebagainya.
2.Masa Remaja
Mengagungkan (mendewa-dewakan) sebagai gejala remaja. Di
dalam fasa atau masa negatif untuk pertama kalinya remaja sedar
akan kesepian yang tidak pernah dialaminya pada masa-masa
sebelumnya. Kesepian di dalam penderitaan, iaitu tidak ada orang
yang dapat mengerti dan memahaminya dan tidak ada orang yang
dapat menenangkannya. Reaksi pertama-tama terhadap sekitarnya
yang dirasai sebagai sikap membencinya dan memusuhinya.
Langkah yang seterusnya ialah kebiasaan akan adanya teman yang
dapat memahami dan menolongnya, teman yang dapat turut
merasakan suka dan dukanya. Di sinilah mulai tumbuh dalam diri
remaja untuk mencari pedoman hidup, mencari sesuatu yang dapat
dipandang bernilai, lalu dikagumi, dan dipuja-puja. Pada masa
inilah si remaja mengalami gangguan dalaman, sebab dia tidak
mahu lagi menggunakan sikap dan pedoman hidup kanakkanaknya, tetapi belum mempunyai pedoman hidup yang baru.
Kerana itulah ia merasa tidak tenang, banyak dorongan di dalam
dirinya mencabar dirinya kerana merasa mampu, tetapi dalam pada
itu dia mencari pertolongan kerana belum dapat mencapai
keinginannya.
Proses terbentuknya hidup atau pandangan hidup atau cita-cita
hidup dipandang sebagai penemuan nilai-nilai hidup di dalam
eksplorasi si remaja. Secara ringkas, proses penemuan nilai-nilai
hidup itu dapat digambarkan dalam tiga langkah, seperti disajikan

Prinsip Perkembangan

47

di bawah ini.
Pertama, kerana tidak adanya pedoman, si remaja merindukan
sesuatu yang dapat dianggap bernilai, lalu dipuja. Pada taraf
pertama, sesuatu yang dipuja belum mempunyai bentuk tertentu;
bahkan seringkali si remaja hanya tahu bahawa dia meninginkan
sesuatu, tetapi tidak tahu apa yang diinginkannya itu dari keadaan
kehidupan batin yang demikian itulah banyak terlahir sajak-sajak
alam.
Seterusnya, pada taraf kedua, objek pemujaan itu menjadi
lebih jelas, iaitu peribadi-peribadi yang dipandang menyokong
nilai-nilai tertentu (jadi personafikasi nilai-nilai). Dalam pemujaan
terhadap orang-orang tertentu ini umumnya terdapat perbezaan
antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan; kanakkanak lelaki sering aktif meniru, sedangkan kanak-kanak
perempuan kebanyakaan pasif, mengagumi dan memuja dalam
khayal. Pada masa ini pulalah umumnya rasa kebangsaan tumbuh
dengan subur.
Pada taraf yang berikutnya, taraf ketiga, si remaja telah
dapat menghargai nilai-nilai bebas dari pendukungnya. Nilai dapat
difahami dan ditangkap sebagai sesuatu yang abstrak. Pada saat
inilah tiba waktunya bagi si remaja untuk menentukan pilihan atau
pendirian hidupnya. Pada umur berapakah taraf seperti yang
digambarkan ini tercapai, sukar dikatakan, kerana hal tersebut
bergantung pada faktor-faktor lingkungan persekitaran. Namun
dapat dikatakan bahawa taraf ini tercapai semasa remaja berusia
sekitar 15 tahun.
Penentuan pendirian hidup itu dapat terjadi, tetapi
mengalami jatuh bangun dan pasang surut, kerana si remaja harus
menguji nilai-nilai yang telah dipilihnya dalam kehidupan prktis
dalam masyarakat. Kalau ternyata yang telah dipilihnya tidak tahan
uji, maka si remaja akan menggantikannya dengan pilihan yang
lain, begitu seterusnya. Setelah ternyata baginya bahawa nilai-nilai
yang dipilihnya tahan uji, maka dipilihnya pendirian hidupnya.
Setelah pendirian hidup itu dipilih, tidak bererti hal tersebut tidak

48

Psikologi Perkembangan

lagi mengalami perubahan. Pendirian yang telah dipilih itu tiaptiap kali dimodifikasi untuk mengikuti perubahan dan
perkembangan masyarakat tempat si remaja hidup.
3. Masa Remaja Akhir
Setelah si remaja dapat menentukan sistem nilai yang diikutinya,
dia dapat menentukan pendirian hidupnya. Pada umumnya telah
tercapai masa remaja akhir dan telah selesai tugas-tugas
perkembangan masa remaja, iaitu menemukan pendirian hidup dan
masuk dalam masa dewasa awal.
d. Masa Usia Pelajar
Kalau dilihat dari segi umur, kelompok pelajar itu terdiri dari
pemuda dan pemudi dari sekitar umur 18 hingga 30 tahun dengan
majoriti kelompok umur sekitar 18 hingga 25. Masa umur anatar
18 hingga 25 inilah masa pelajar sebenarnya. Mereka dapat
digolongkan pada masa remaja akhir sampai masa dewasa awal
atau dewasa pertengahan.
Dilihat dari segi perkembangan, tugas perkembangan pada
usia mahapelajar ini merupakan pemantapan pendirian hidup.
Dengan kata lain, pemantapan itu dimaksudkan pengujian lebih
lanjut dengan pendirian hidup serta penyiapan diri dengan
keterampilan dan kemampuan yang diperlukan untuk
merealisasikan pendirian hidup yang telah dipilihnya. Dengan
sengaja disebutkan di sini konsep pengujian lebih lanjut dengan
pendirian hidup, kerana sebenarnya jarang terjadi bahawa
pendirian hidup yang ditetapkan itu mencapai bentuk yang pasti.
Pada masa akhir remaja, yang bersamaan dengan tahuntahun pertama sebagai pelajar jika individu yang bersangkutan
masuk institut pengajian tinggi, proses pematangan biologifisiologi makin melambat dan akhirnya mencapai taraf
kematangan. Taraf ini biasanya dianggap telah tercapai dengan

Prinsip Perkembangan

49

berakhirnya pertambahan tinggi badan, yang terjadi sekitar umur


20 atau 21 tahun. Bersamaan dengan itu masalah-masalah yang
berkaitan dengan perubahan fisiologi-biologi juga menghilang dan
penemuan pendirian hidup makin mantap. Beberapa ahli
menggambarkan penemuan atau penentuan pendirian hidup itu
sebagai proses penemuan identiti diri (self-identify), iaitu diri
sebagai pendokong atau pelaksana nilai-nilai tertentu.
Bila terjadinya pendirian hidup atau identiti diri yang
mantap itu sukar dikatakan, kerana banyak sekali faktor-faktor
yang mempengaruhinya, terutama faktor-faktor sosiokultural.
Namun, dalam perbandingan dengan pemuda-pemudi (yang hidup
dalam kebudayaan barat), waktu tercapainya kemantapan pendirian
hidup pada usia mahapelajar dalam konteks-rentangan yang sama,
pemuda-pemudi lebih lambat. Hal ini bersumber pada kenyataan
bahawa pemuda-pemudi hidup dalam konteks kebudayaan yang
berbeza dari konteks kebudayaan Barat. Orang-orang Barat hidup
berdasarkan self-reliance, yang mendorong bahawa sejak kecil
kanak-kanak sudah dipersiapkan untuk dapat hidup berdikari,
berdiri di atas kedua kaki sendiri. Di Malaysia, orang lebih
mementingkan konformitas, saling menolong, sehingga dalam
perkembangannya, kanak-kanak Malaysia pada umumnya lebih
bersifat tergantung (dependent). Hal demikian tentu saja akan
berpengaruh terhadap proses penemuan identiti diri. Atau dapat
juga dikatakan bahawa konsep identiti diri untuk pemuda-pemudi
Malaysia tidak sama dengan yang berlaku di Barat; perbezaan itu
terletak pada perbezaan sistem nilai yang berlaku dikedua
masyarakat.
Pengujian pendirian hidup pemuda-pemudi usia
mahapelajar dilakukan dalam pelbagai aspek sosial dalam berbagai
kesempatan atau berbagai kelompok sosial. Pada umumnya, pada
masa ini kelompok-kelompok sosial telah terbentuk berdasarkan
atas sistem nilai-nilai tertentu, yang dari segi kehidupan
bermasyarakat dipandang lebih matang daripada kelompokkelompok kanak-kanak remaja. Pada masa usia mahapelajar ini,
kelompok-kelompok yang terjadi dengan dasar asal kumpul sudah

50

Psikologi Perkembangan

berkurang jika dibandingkan dengan masa remaja.


Suatu perubahan yang terjadi secara lambat laun adalah
perubahan dari sikap hidup yang idealistis ke sikap hidup realiti.
Pemuda-pemudi usia mahapelajar telah mempunyai sikap hidup
yang lebih reality, kerana sikap yang mula-mula sangat idealistis
telah diujinya dengan kenyataan praktis dan sedikit demi sedikit
telah dimodifikasikannya. Keinginan-keinginan yang kurang
berdasar pada realiti, baik realiti dalam dirinya mahupun realiti
dalam lingkungannya, telah digantikan dengan yang lebih berdasar
pada realiti. Ini tidak beerti bahawa dikalangan pemuda- pemudi
masa usia pelajar itu, tidak ada idealisme. Para pemuda-pemudi
usia pelajar, idealismenya merupakan idealisme yang realistik,
iaitu yang dapat dijelmakan dalam tindakan. Hal ini berkaitan
dengan keinginan-keinginan yang ada pada remaja yang umumnya
kurang bertumpu pada realiti.
Suatu sifat khas yang lain ialah bahawa individu pada usia
pelajar itu berada dalam vitalitas optimum. Perkembangan
intelektualnya telah berada pada taraf operasional formal, sehingga
kemampuan nalarnya tinggi.
5.Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan
a.Faktor Keturunan (Warisan)
Keturunan memainkan perananan penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Ia lahir ke dunia ini membawa
berbagai ragam warisan yang berasal dari kedua ibu bapa atau
nenek dan abang. Warisan(keturunan atau pembawaan) tersebut
yang terpenting, antara lain bentuk tubuh, raut muka, warna kulit,
kepandaian, bakat, sifat-sifat atau watak dan penyakit.
Warisan atau keturunan yang dibawa kanak-kanak sejak dari
kandungan sebahagian besar berasal dari kedua orang ibubapanya
dan selebihnya berasal dari nenek dan moyangnya kedua belah
pihak( ibu dan ayahnya). Hal ini sesuai dengan hukum Mendel,
yang dicetuskan Gregor Mendel (1857) setelah mengadakan

Prinsip Perkembangan

51

percubaan mengahwinkan berbagai macam tanaman di kebunnya;


antara lain sebagai berikut:
i

Apabila bunga ros merah dikahwinkan dengan


putih, hasilnya bunga ros menjadi merah jambu.
ii Apabila turunan tersebut (berwarna merah
jambu) dikahwinkan pada sesamanya (samasama berwarna meraah jambu) maka hasilnya
ialah:
50% berwarna merah jambu.
25% berwarna merah.
25% berwarna putih.
Hukum di atas diyakini berlaku juga untuk manusia. Angka
peratus tersebut memberi erti warisan yang diterima kanak-kanak
tidak selamanya berasal dari kedua orang ibubapanya, tetapi dapat
juga dari nenek atau datuknya. Misalnya seorang kanak-kanak
memiliki sifat pemarah. Itu tidak dimiliki oleh ibu bapanya tetapi
datuknya.
1.
Bentuk Tubuh dan Warna Kulit
Salah satu warisan yang dimiliki oleh kanak-kanak sejak lahir
adalah mengenai bentuk tubuh dan warna kulit. Misalnya ada
kanak-kanak yang memilik bentuk tubuh gemuk seperti ibunya.
Bila kanak-kanak yang berpembawaan gemuk seperti ini,
bagaimanapun susah hidupnya nanti, dia sukar menjadi kurus,
tetapi sebaliknya sedikit saja dia makan, akan mudah menjadi
gemuk. Demikian juga dengan rambut kerinting, bagaimanapun
berusaha untuk meluruskannya akan kembali menjadi kerinting.
Cukup besar pengaruh keturunan (pembawaan) terhadap
pertumbuhan jasmani kanak-kanak. Walaupun tingginya teknologi
untuk mengubah bentuk dan warna kulit seseorang, namun fakor
keturunan tidak dapat diabaikan begitu saja.

52

Psikologi Perkembangan

2.
Sifat-Sifat
Sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang adalah salah satu aspek
yang diwarisi dari ibu, ayah, nenek, dan datuk. Pelbagai sifat yang
dimiliki manusia, misalnya: penyabar, pemarah, kikir(kedekut),
pemboros, cermat, dan sebagainya.
Sifat-sifat tersebut dibawa manusia sejak lahir. Ada yang
dapat dilihat atau diketahui sejak kanak-kanak masih kecil dan ada
pula yang diketahui sesudah mereka besar. Misalnya sifat keras
(pelawan) sudah dapat dilihat sewaktu kanak-kanak masih berumur
kurang dari satu tahun, sedangkan sifat pemarah baru dapat
diketahui setelah kanak-kanak lancar bercakap, iaitu sekitar umur
5 tahun.
Sifat atau tabiat berbeza dengan kebiasaan. Sifat sangat
sukar diubah, sedangkan kebiasaan dapat diubah setiap saat bila
dikehendaki dengan bersungguh-sungguh. Kebiasaan minum
minuman keras, mabuk, main judi, mencuri, dan sebagainya dapat
diubah dan dibuang dari diri seseorang.
Demikian pula dengan kebiasaan merokok, terlambat
bangun tidur, tidur waktu siang, malas, dan sebagainya. Semuanya
dapat diubah dan ditukar dengan kebiasaan yang baik, seperti rajin,
lincah, cepat bangun, jujur, suka menolong, dan sebagainya.
Sifat dan kebiasaan merupakan corak (warna) dari
personaliti seseorang atau suatu suku bangsa. Misalnya suku Jawa,
memiliki sifat ramah, lucu, dan sebagainya. Kebiasaan memakai
kebaya dan kain batik oleh kaum wanitanya. Orang Barat,
memiliki sifat sombong (tidak ramah), dinamik, suka berterus
terang, dan sebagainya. Sementara kekuasaan mereka selalu jalan
cepat, displin waktu, dan sebagainya.
Para ahli psikologi telah membahagikan jenis-jenis
manusia berdasarkan sifat yang dimiliknya. Salah satu
pembahagian yang dikemukakan Edward Spranger adalah:
1) Manusia ekonomi : Memiliki sifat cermat, rajin bekerja, dan

Prinsip Perkembangan

53

sebagainya.
2) Manusia teori

: Suka berfikir, meneliti, dan sebagainya.

3) Manusia politik

: Suka menguasai dan memerintah.

4) Manusia sosial

: Suka menderma dan membantu orang lain.

5) Manusia seni
halus.

: Suka keindahan dan memiliki perasaan

6) Manusia agama
ibadah.

: Suka mengabdi dan taat melaksanakan

Untuk mengetahui sifat atau watak kanak-kanak secara


tepat dapat dilakukan dengan melakukan ujian personaliti. Namun,
informasi yang diperoleh dari orang tua dengan sifat kanak-kanak
anaknya merupakan bantuan yang sangat baik bagi guru.
Mengetahui sifatnya atau watak kanak-kanak yang mendalam,
akan membantu guru untuk mendidiknya. Misalnya, kanak-kanak
yang penakut perlu dibangkitkan semangatnya agar menjadi berani
mengemukakan pendapatnya. Demikian pula dengan kanak-kanak
yang merasa rendah diri, perlu dibangkitkan rasa harga dirinya
agar jiwanya tidak semakin tertekan.
3. Kecerdasan
Kecerdasan adalah kemampuan yang bersifat umum untuk
mengadakan penyesuaian terhadap suatu situasi atau masalah.
Kemampuan yang bersifat umum tersebut meliputi berbagai jenis
kemampuan psikis seperti abstrak, berfikiran luas, mengira,
memahami, mengingat, berbahasa, dan sebagainya.
Kemampuan umum atau kecerdasan seseorang dapat
diketahui secara lebih tepat dengan menggunakan ujian
kecerdasan. Pada sekolah yang tidak memiliki ujian kecerdasan,
nilai kebanyakan sikap murid dapat menjadi penggantinya kerana
nilai sikap merupakan gambaran dengan kecerdasan umum pada

54

Psikologi Perkembangan

setiap kanak-kanak. Melalui sikap dapat diketahui tahap


kecerdasan kanak-kanak dibandingkan dengan teman-teman
sekelasnya, walaupun belum dapat gambaran kecerdasan yang
sesuai. Untuk mengetahui tingkat Kecerdasan seseorang secara
mendalam harus digunakan ujian yang sesuai.
Diantara ujian yang sesuai ialah:
1.Ujian Binet-Simon
Ini adalah ujian kecerdasan yang pertama kali dicipta oleh
Alfred Binet dan Theodere Simon pada tahun 1908 di Perancis.
Pada mulanya ujian ini sangat sederhana dan hanya untuk kanakkanak saja. Akhirnya mendapat sambutan baik dari para ahli
psikologi, sehingga ramai yang membuat ujian ini. Para ahli
psikologi yang menyemak ujian Binet-Simon adalah:
1) Kuhlmanun tahun 1912 dan 1922.
2) Lewis Termasn dari Stanford University tahun 1916.
3) Mordon tahun 1932.
4) David Merril tahun 1937.
Dengan menggunakan ujian kecerdasan, ia dapat menentukan
tingkat kecerdasan atau intelligence quotient (IQ) seseorang.
Untuk mencapai IQ rumusnya adalah:
IQ = MA x 100
CA
Keterangan:

Prinsip Perkembangan

55

MA (Mental Age atau umur psikik), iaitu berapa tahun umur yang
normal setaraf dengan kecerdasan kanak-kanak yang sesuai.
Misalnya si Ali berumur 5 tahun dapat menjawab ujian sebanyak
20 soalan dengan betul. Sedangkan kanak-kanak normal yang
dapat menjawabnya adalah berumur 6 tahun. Jadi beerti umur
psikik Ali adalah sama dengan kanak-kanak berumur 6 tahun.
CA (Chronological Age atau umur kronologi), iaitu umur kanakkanak yang sebenarnya mengikut tarikh pada kalendar. Ali,
misalnya CA-nya adalah 5 tahun, maka:
IQ Ali = 6 x 100 = 120
5
Angka IQ Ali ialah 120 bermaksud dia tergolong dalam kanakkanak yang cerdas (superior). Di bawah ini dijelaskan maksud dari
angka IQ.
140- ke atas

cerdas luar biasa (genius)

120-139

sangat cerdas (superior)

110-119

di atas normal.

90-109
80-89
70-79
50-69
26-49
0-25

normal
di bawah normal
borderline (garis batas)
debacle (kegagalan yang teruk)
imbecile (dungun/ dungu)
idiot (dungun/ cacat otak)

2. Ujian Wechsler
Ini adalah ujian kecerdasan yang dibuat oleh Wechsler Bellevue
tahun 1939. Ujian ini ada 2 jenis. Pertama untuk umur 16 tahun ke
atas iaitu Wechsler Adult Intelligence Scale for Children (WISC).
Ujian Wechsler meliputi dua bahagian, iaitu verbal dan
perfomance (ujian lisan dan perbuatan atau keterampilan). Ujian

56

Psikologi Perkembangan

lisan meliputi pengetahuan umum, pemahaman, ingatan, mencari


persamaan, hitungan, dan bahasa. Sedangkan ujian keterampilan
meliputi:
- Menyusun gambar.
-Melengkap gambar.
-Menyusun blok-blok kecil.
-Menyusun bentuk gambar.
-Sandi(kod angka-angka)
Sistem seorang ujian Wechsler berbeza denagan BinetSimon. Jika Binet-Simon menggunakan skala umur maka
Wechsler dengan skala angka. Pada ujian Wechsler, setiap
jawapan diberi skor tertentu. Jumlah skor awal itu dipindahkan
mengikut susunan jadual perubahan sehingga memperoleh angka
IQ.
Persamaan ujian Wechsler dengan Binet-Simon ialah
kedua-dua ujian tersebut dilakukan secara individual
(perseorangan). Selain ujian Binet- Simon dan Wechsler
sebagaimana yang dikemukakan di atas masih ada lagi ujian
kecerdasan lain yang dijalankan, iaitu ujian army alpha dan beta.
3. Ujian army alpha dan beta
Ujian ini digunakan untuk menguji calon-calon tentera di Amerika
Syarikat. Ujian army alpha khusus untuk calon tentera yang pandai
membaca. Sedangkan army beta untuk calon yang tidak pandai
membaca. Ujian ini diciptakan pada mulanya untuk memenuhi
keperluan yang terdesak untuk memilih calon tentera pada waktu
Peranang Dunia ke-II. Salah satu kelebihannya dibandingkan
dengan ujian Binet-Simon dan Wechsler adalah ujian ini dilakukan
secara rombongan (kelompok) dan menjimatkan masa.

Prinsip Perkembangan

57

4. Ujian Progressive Matrices


Ujian kecerdasan ini diciptakan oleh L.S. Penrose dan J.C.Laven di
British pada tahun 1938. Ujian ini dapat diberikan secara
kelompok dan perseorangan. Berbeza dengan Binet dan Wechsler,
ujian ini tidak menggunakan IQ tetapi menggunakan percentile.
d. Bakat
Bakat adalah kemampuan khusus yang menonjol di antara
berbagai jenis kemampuan yang dimiliki seseorang. Kemampuan
khusus ini biasanya berbentuk keterampilan atau suatu bidang
ilmu, misalnya kemampuan khusus (bakat) dalam bidang seni
muzik, seni suara, olahraga, matematik, bahasa, ekonomi, teknik,
perguruan, sosial, agama, dan sebagainya. Seseorang umumnya
memiliki bakat tertentu yang terdiri dari satu atau lebih
kemampuan khusus yang menonjol dari bidang lain. Tetapi ada
juga yang tidak memiliki bakat sama sekali, maksudnya lemah
dalam semua bidang ilmu dan keterampilan. Ada pula sebahagian
orang memiliki bakat serba boleh, maksudnya dia mampu
menonjol. Orang seperti itu tergolong dalam golongan yang
istimewa dan sanggup hidup di mana saja.
Bakat (kemampuan khusus) adalah sama dengan
kecerdasan yang merupakan warisan dari orang tua, nenek, datuk
dari pihak ibu dan bapa. Warisan dapat dipupuk dan
dikembangkan dengan bermacam cara terutama dengan latihan dan
disokong dengan bantuan yang sepatutnya. Seseorang yang
memiliki bakat tertentu sejak kecil, namun tidak memperolehi
kesempatan untuk mengembangkannya kerana tidak memiliki dana
untuk latihan, maka bakatnya tidak dapat berkembang. Hal seperti
ini dikatakan bakat terpendam.
Pada umumnya kanak-kanak yang mempunyai bakat dapat
diketahui ibubapanya dengan memerhatikan tingkah laku dan
kegiatan anaknya sejak dari kecil. Biasanya kanak-kanak yang
memilik bakat dalam suatu bidang, dia gemar melakukannya atau

58

Psikologi Perkembangan

memperkatakan tentang bidang tersebut.


Di sekolah, para guru dapat mengetahui, adakah muridnya
memiliki bakat atau tidak, dengan melihat sikapnya contohnya
apabila kanak-kanak tersebut memiliki nilai yang istimewa (9-10)
dalam suatu mata pelajaran tertentu. Untuk mengetahui bakat
seseorang secara terperinci, ia dapat dilakukan dengan
menggunakan uji bakat.
Beberapa uji bakat yang dikenalpasti ialah:
1.

Uji bakat DAT (Differential Aptitude Test)

Melalui ujian ini dapat diukur beberapa aspek kemampuan


seseorang, iaitu:
- Kemampuan Verbal (bahasa)
- Kemampuan mengira (matematik)
-Berfikiran abstrak.
- Kemampuan mekanis
- Kecepatan dan ketelitian.
2. Uji bakat GATB (General Ability Test Betray)
Dengan ujian ini dapat diukur:
- Kemampuan Verbal.
- Penguasaan bilangan
- Pemahaman ruang.
- Pengamatan bentuk.
- Pengenalan tulisan.
- Koordinasi gerak.

Prinsip Perkembangan

e.

59

Penyakit atau Cacat Tubuh

Beberapa penyakit atau cacat tubuh boleh diwarisi dari keturunan,


seperti penyakit buta, saraf, dan luka yang lambat sembuh (darah
terus keluar).
Penyakit yang dibawa sejak lahir akan terus mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak.
b. Faktor Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Persekitaran adalah keluarga yang
mengasuh
dan membesarkan kanak-kanak, sekolah tempat
mendidik, masyarakat tempat kanak-kanak bergaul serta bermain
seharian dan keadaan alam sekitar dengan keadaan iklimnya serta
flora, dan fauna. Besar kecilnya pengaruh persekitaran terhadap
pertumbuhan kanak-kanak bergantung pada keadaan lingkungan
kanak-kanak itu sendiri serta jasmani dan rohaninya.
1. Keluarga
Keluarga ialah tempat kanak-kanak diasuh dan dibesarkan,
berpengaruh besar terhadap pertumbuhan dan perkembangannya,
terutama keadaan ekonomi rumah tangga serta tahap kemampuan
ibubapa dan sangat besar pengaruhnya terhadap pertumbuhan
jasmani kanak-kanak. Sementara tahap pendidikan ibubapa juga
besar pengaruhnya terhadap perkembangan rohaniah kanak-kanak,
terutama personaliti dan kemajuan pendidikannya.
Kanak-kanak yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga
berada umumnya sihat dan cepat pertumbuhan badannya
dibandingkan dengan kanak-kanak dari kelurga yang miskin.
Demikian pula kanak-kanak yang mempunyai ibubapa

60

berpendidikan
akan
berpendidikan pula.

Psikologi Perkembangan

menghasilkan

kanak-kanak

yang

2. Sekolah
Sekolah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak terutama untuk
kecerdasannya. Kanak-kanak tidak bersekolah akan ketinggalan
dalam pelbagai aspek. Sekolah sangat berperananan dalam
meningkatkan pola pemikiran kanak-kanak kerana di sekolah
mereka dapat belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Tinggi
rendahnya pendidikan dan jenis sekolahnya juga akan menentukan
pola pemikiran serta personaliti kanak-kanak.
Kanak-kanak yang memasuki sekolah biasa berbeza
personalitinya dengan kanak-kanak yang masuk STM. Demikian
pula yang tamat dari sekolah tinggi akan berbeza pola
pemikirannya dengan orang yang tidak bersekolah.
3. Masyarakat
Masyarakat adalah lingkungan tempat tinggal kanak-kanak.
Mereka juga termasuk teman-teman kanak-kanak di luar sekolah.
Keadaan orang-orang kampung atau dibandar
juga turut
mempengaruhi perkembangan jiwanya.
Kanak-kanak yang dibesarkan di bandar berbeza pola
pemikirannya dengan kanak-kanak kampung. Kanak-kanak
dibandar umumnya lebih bersikap dinamik dan aktif jika
dibandingkan dengan kanak-kanak kampung yang cenderung
bersikap statik dan lambat. Kanak-kanak dibandar lebih berani
mengemukakan pendapatnya, ramah dan sosial sikapnya dalam
perhubungan seharian. Sementara kanak-kanak kampung
umumnya kurang berani mengeluarkan pendapat, agak penakut,
pemalu, dan kaku dalam perhubungan.

Prinsip Perkembangan

61

Semua perbezaan sikap dan pola pemikiran di atas adalah


akibat pengaruh dan lingkungan yang berbeza antara bandar dan
kampung.
4.Keadaan Alam Sekitar
Keadaan alam sekitar tempat tinggal kanak-kanak juga
berpengaruh terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak. Keadaan alam sekitar adalah lokasi tempat tinggal kanakkanak, di kampung atau di bandar, di tepi pantai atau pergunungan,
kampung terpencil atau di pinggir bandar. Sebagai contoh, kanakkanak kampung lebih suka terhadap keadaan yang tenang atau
agak sunyi, sedangkan kanak-kanak bandar menginginkan keadaan
yang ramai.
Kanak-kanak kampung suka mendengar lagu berirama
sedih, sementara kanak-kanak bandar menyukai lagu berirama
lincah dan gembira. Perbezaan kejiwaan di atas adalah akibat
pengaruh keadaan alam yang berbeza antara kampung dan bandar.
Di desa keadaannya sepi, sedangkan di bandar situasinya penuh
kesibukan.
Keadaan alam sekitar yang berbeza akan mempengaruhi
terhadap perkembangan pola fikir atau kejiwaan kanak-kanak.
Perlu diketahui bahawa tidak semua perubahan yang terjadi
pada sel-sel tubuh kita semata-mata untuk mekanisme hereditas.
Kromsom-kromosom yang terdapat di dalam sel germa tidak
dipengaruhi oleh setiap perubahan yang terjadi padaa sel-sel tubuh.
Bagaimanakah kromosom-kromosom dalam sel-sel germa
dipengaruhi? Alam membentuk keajaiban-keajaiban dalam proses
hereditary (keturunan).Tiap-tiap gen di dalam sel-sel germa
berhubungan dengan mekanisme mental.
Persekitaran tersebut sangat besar maknanya bagi setiap
pertumbuhan fizik. Sejak individu berada dalam gagasan,
lingkungan tersebut telah memberi kesan kepada proses
pertumbuhan. Suhu, makanan, keadaan gizi, vitamin, mineral,
kesihatan jasmani, aktiviti, dan sebagainya sangat berpengaruh

62

Psikologi Perkembangan

terhadap pertumbuhan.
Klasifikasi tingkah laku manusia, terdiri daripada empat
jenis iaitu:
1.Instinct; aktiviti yang hanya mengikut kudrat (ketentuan) dan
tidak melalui belajar. (naluri)
2.Habits; kebiasaan yang dilakukan dari latihan atau aktiviti yang
berulang- ulang.
3.Native behavior; tingkah laku pembawaan, mengikuti
mekanisme hereditary.
4.Acquired behavior, tingkah laku yang diperoleh hasil dari
belajar.
Semua jenis tingkah laku di atas mempengaruhi, baik oleh
hereditary mahupun persekitaran.
Antara hereditary dan persekitaran terdapat hubungan atau
interaksi. Setiap faktor hereditary berlaku dengan cara yang
berbeza mengikut keadaan persekitaran yang berbeza. Selain
daripada interaksi, hubungan antara hereditary dan lingkungan
(persekitaran) dapat pula digambarkan sebagai additive
contribution. Menurut pandangan ini, heredity dan persekitaran
sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan
fisiologi dan malahan juga tingkah laku individu secara jointly
(bersama-sama).
Demikianlah proses pertumbuhan yang memerlukan
keadaan kesihatan stamina fizik, emosi yang stabil, dan sistem
saraf, kekuatan akal, pelbagai kebolehan kemahiran atau bekerja,
dan sebagainya.
c. Pendapat para ahli psikologi terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan
Dalam menentukan faktor-faktor yang
mempengaruhi
perkembangan pelajar, para ahli psikologi mempunyai perbezaan
pendapat kerana sudut pandangan dan pendekatan mereka terhadap
eksistensi(kewujudan) pelajar tidak sama. Untuk lebih jelas,
berikut adalah penyusunan paparan aliran-aliran yang berhubungan
dengan faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan pelajar.

Prinsip Perkembangan

63

1. Aliran Nativisme
Nativisme (nativism) adalah sebuah doktrin falsafah yang
berpengaruh besar terhadap aliran pemikiran psikologi. Tokoh
utama aliran ini bernama Arthur Sopenhauer (1788-1860) seorang
ahli falsafah Jerman. Aliran falsafah nativisme kononnya digelar
sebagai aliran pesimistik yang memandang segala sesuatu dengan
kaca mata hitam. Mengapa demikian? Kerana para ahli penganut
aliran ini berkeyakinan bahawa perkembangan manusia itu
ditentukan oleh pembawaannya, sedangkan pengalaman dan
pendidikan tidak berpengaruh apa-apa. Dalam ilmu pendidikan,
pandangan seperti ini disebut pesimisme pedagogis.
Sebagai contoh, jika sepasang ibubapa ahli muzik, maka
anak yang mereka lahirkan akan menjadi pemuzik juga. Harimau
pun hanya akan melahirkan harimau, tidak akan melahirkan
domba.
Jadi, pembawaan dan bakat ibubapa selalunya berpengaruh
mutlak terhadap perkembangan kehidupan anaknya. Benarkah
anggapan awal ini terus bertahan?
Contoh sepasang suami isteri yang memiliki keistimewaan di
bidang politik, tentu anaknya menjadi ahli politik juga. Namun,
apabila persekitaran, khususnya persekitaran pendidikan yang
tinggi, misalnya kerana memasuki sekolah pertanian, sudah tentu
tidak akan menjadi polis, tetapi menjadi petani.
Aliran nativisme hingga saat ini masih berpengaruh di
kalangan ahlinya, tetapi sudah tidak berleluasa seperti dulu lagi. Di
antara ahli yang masih berpegang pada nativisme ialah Noam A.
Chomsky, 1928, mengatakan bahawa perkembangan penguasaan
bahasa pada manusia tidak dapat dijelaskan semata-mata oleh
proses belajar, tetapi juga (yang lebih penting) oleh biological
predisposition (kecenderungan biologi) yang dibawa sejak lahir.
2. Aliran Empirisisme
Lawan kepada aliran nativisme adalah aliran empirisisme
(empiricism) dengan tokoh utama John Locke (1632 1704).
Nama asal aliran ini adalah The School of British Empiricism

64

Psikologi Perkembangan

(aliran empirisisme Inggeris). Namun, aliran ini lebih berpengaruh


terhadap para pemikir Amerika Syarikat, sehingga melahirkan
sebuah aliran falsafah bernama environmentalisme (aliran
persekitaran) dan psikologi bernama environmental psychology
(psikologi persekitaran) yang relatif dan masih baru (Reber,
1988).
Doktrin aliran empirisisme yang amat terkenal adalah
tabularasa, istilah bahasa latin yang beerti batu tukis kosong atau
lembaran kosong (blank slate/ blank tablet). Doktrin tabularasa
menekankan erti perkembangan manusia itu semata-mata
bergantung pada persekitaran dan pengalaman pendidikannya,
sedangkan bakat dan pembawaan sejak lahir dianggap tidak ada
pengaruhnya. Dalam hal ini, para penganut empirisisme (bukan
empirisisme) menganggap setiap kanak-kanak lahir seperti
tabularasa, dalam keadaan kosong, tidak mempunyai kemampuan
dan bakat apa-apa. Seseorang kanak-kanak hendak menjadi apa
kelak bergantung pada pengalaman/ persekitaran yang
mendidiknya.
Jika seorang pelajar memperolehi kesempatan yang
memadai untuk mempelajari ilmu politik, tentu kelak dia akan
menjadi seorang ahli politik. Ini kerana dia memiliki pengalaman
belajar di dalam bidang politik, bukan menjadi pemuzik walaupun
ibubapanya pemuzik.
Memang sukar dibantah bahawa persekitaran memiliki
pengaruh besar terhadap proses perkembangan dan masa depan
pelajar. Dalam hal ini, persekitaran keluarga( bukan bakat
pembawaan dari keluarga) dan persekitaran masyarakat sekitar
telah terbukti dapat menentukan tinggi rendahnya mutu tingkah
laku dan masa depan seorang pelajar.
Keadaan sesebuah kelompok masyarakat yang menetap
dikawasan sekitar dengan kemampuan ekonomi di bawah garis
yang sama dan tanpa kemudahan umum seperti masjid, sekolah,
serta lapangan olahraga telah terbukti menjadi landasan yang subur
bagi pertumbuhan kanak-kanak nakal. Kanak-kanak di
persekitaran seperti ini memang tidak mempunyai cukup alasan
untuk tidak menjadi selamba, lebih-lebih lagi apabila kedua

Prinsip Perkembangan

65

ibubapanya kurang atau tidak berpendidikan.


Faktor ibubapa atau keluarga terutama sifat dan keadaan
mereka sangat berpengaruh dalam menentukan arah perkembangan
masa depan para pelajar yang mereka lahirkan. Sifat ibubapa
(parental trait) yang dimaksudkan ialah gaya khas dalam bersikap,
memandang, memikirkan, dan memperlakukan kanak-kanak.
Contoh: Kelahiran bayi yang tidak dikehendaki (misalnya akibat
perhubungan bebas) akan menimbulkan sikap dan perlakuan
ibubapa yang bersifat menolak (parental rejection). Sebaliknya,
sikap ibubapa yang selalu melindungi kanak-kanak juga dapat
mengganggu perkembangan kanak-kanak. Tingkah laku
memanjakan kanak-kanak secara berlebihan ini, menurut hasil
penelitian Chazen, et.al (1983) ternyata berhubungan erat dengan
penyimpangan tingkah laku dan ketidakmampuan sosial kanakkanak di kemudian hari.
Namun demikian, perlu pula penyusun kemukakan sebuah
fakta yang ironis, iaitu di antara para pelajar yang digelar nakal
dan selamba khususnya di bandar-bandar ternyata cukup ramai
yang berasal dari kalangan keluarga berada, terpelajar, dan bahkan
taat beragama. Sebaliknya, ramai kanak-kanak yang pandai dan
berakhlak baik yang lahir dari keluarga dungun dan miskin. Jadi,
sejauh manakah kesahan doktrin empirisisme yang telah
memunculkan optimisme pedagogis itu bertahan?
3. Aliran Konvergensi
Aliran konvergensi (convergence) merupakan gabungan antara
aliran empirisisme dengan aliran nativisme. Aliran ini
menggabungkan hereditacy (pembawaan) dengan persekitaran
sebagai faktor-faktor yang berpengaruh dalam perkembangan
manusia. Tokoh utama konvergensi bernama Louis William Stern
(1871-1938), seorang ahli falsafah dan psikologi Jerman.
Aliran falsafah yang dipeloporinya disebut sebagai
Personalisme, sebuah pemikiran filosofis yang sangat berpengaruh
terhadap disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengan manusia. Di
antara displin ilmu yang menggunakan asas personalisme adalah

66

Psikologi Perkembangan

Personolohi yang mengembangkan teori yang komprehensif (luas


dan lengkap) mengenai personaliti manusia (Reber, 1988)
Dalam
menetapkan
faktor
yang
mempengaruhi
perkembangan manusia, Stern dan para ahli yang mengikutinya
tidak hanya berpegang pada kedua faktor tersebut yang sama
penting. Demikian pula sebaliknya, faktor pengalaman tanpa faktor
bakat pembawaan tidak akan mampu mengembangkan manusia
yang sesuai dengan sesuatu yang diharapkan.
Para penganut aliran konvergensi berkeyakinan bahawa
baik faktor pembawaan mahupun faktor persekitaran memiliki
sikap yang sama besar dalam menentukan masa depan seseorang.
Jadi, seseorang pelajar yang lahir dari keluarga ketua atau
pemimpin, umpamanya, kelak dia menjadi ahli agama apabila ia
dididik pada persekitaran pendidikan keagamaan.
Untuk lebih kukuh, di antara contoh lain adalah seseorang
kanak-kanak yang normal pasti memiliki bakat untuk berdiri tegak
di atas kedua kakinya. Tetapi apabila kanak-kanak tersebut tidak
hidup dalam persekitaran masyarakat manusia misalnya kalau dia
dibuang ke tengah hutan belantara dan tinggal bersama haiwan,
maka bakat berdiri yang dia miliki secara turun temurun dari
ibubapanya itu sukar diwujudkan. Jika kanak-kanak tersebut
diasuh oleh sekelompok serigala, tentu ia akan berjalan
menggunakan kedua kaki dan tangannya. Dia akan merangkak
seperti serigala juga. Jadi, bakat dan pembawaan dalam hal ini
jelas tidak ada pengaruhnya apabila persekitaran atau pengalaman
tidak mengembangkannya.
Sampai sejauh manakah pengaruh pembawaan jika di
bandingkan dengan persekitaran terhadap perkembangan masa
depan seseorang? Jawapannya mungkin berbeza antara satu sama
lain. Sesetengah orang mungkin lebih banyak ditentukan oleh
faktor persekitarannya. Namun dalam hal pembawaan yang
bersifat jasmaniah hampir dapat dipastikan bahawa semua orang
sama, yakni akan bmempunyai bentuk badan, berambut, dan
bermata sama dengan kedua ibubapanya. Sebagai contoh kanakkanak keturunan Barat umumnya berambut peranang, berkulit
putih, bermata biru, dan berperawakan tinggi dan besar kerana

Prinsip Perkembangan

67

memang warisan dari orang tua dan nenek moyangnya demikian.


Akan tetapi, dalam hal pembawaan yang bersifat rohaniah
sangat susah kita hendak kenali. Ramai orang di dalam bidang X
tetapi anaknya di bidang Y. Kanak-kanak ini sudah diusahakan
agar mempelajari bidang X supaya sama dengan ibubapanya,
tetapi ia menolaknya dan menunjukkan kecenderungan bakat Y.
ternyata setelah mengikuti pengajaran bidang Y, kanak-kanak
yang berasal dari keturunan di dalam bidang X itu benar-benar
ahli di bidang Y, bukan bidang X. Apakah kanak-kanak
tersebut telah menyalahi bakat dan pembawaan keturunannya?
Banyak bukti menunjukkan, bahawa watak dan bakat
seseorang yang tidak sama dengan ibubapanya itu, setelah disusuri
ternyata watak dan bakat orang tersebut sama dengan datuk atau
ayah/ ibu datuknya. Dengan demikian, tidak semua bakat dan
watak seseorang dapat diturunkan secara langsung kepada anakanaknya, tetapi mungkin kepada cucunya atau anak-anak cucunya.
Hasilnya, bakat dan watak dapat bersembunyi hingga beberapa
generasi.
Apakah aliran konvergensi sebagaimana yang tersebut di
atas dapat kita jadikan pedoman bahawa perkembangan seseorang
pelajar semestinya bergantung pada pembawaan dan persekitaran
pendidikannya? Sampai batas tertentu aliran ini dapat kita terima,
tetapi tidak secara mutlak. Sebab masih ada satu perkara yang
perlu kita ingat yakni potensi psikologik tertentu yang tersimpan
rapi dalam diri setiap pelajar dan sukar diidentifikasi.
Hasil proses perkembangan seseorang pelajar dapat
dijelaskan hanya dengan menyebutkan pembawaan dan
persekitarannya. Ertinya keberhasilan seseorang pelajar bukan
kerana pembawaan dari persekitaran sahaja, kerana pelajar tersebut
tidak hanya dikembangkan oleh pembawaan dan persekitarannya,
tetapi juga oleh diri pelajar itu sendiri. Setiap orang, termasuk
pelajar tersebut memiliki potensi self-direction dan self discipline
yang menjadikan dirinya bebas memilih antara mengikuti atau
menolak sesuatu (aturan atau stimulus) persekitaran tertentu yang
hendak mengembangkan dirinya. Hasilnya, pelajar itu sendiri
memiliki potensi psikologik tersendiri untuk mengembangkan

68

Psikologi Perkembangan

bakat dan pembawaannya dalam konteks persekitaran tertentu.


Berdasarkan huraian mengenai aliran-aliran falsafah yang
berhubungan dengan proses perkembangan di atas, penulis
berkesimpulan bahawa faktor yang mempengaruhi tinggirendahnya mutu hasil perkembangan pelajar pada dasarnya terdiri
dari dua faktor.
1.
Faktor internal, iaitu faktor yang ada dalam diri pelajar itu
sendiri yang meliputi pembawaan dan potensi psikologik tertentu
yang turut mengembangkan dirinya sendiri.
2.
Faktor eksternal iaitu hal-hal yang datang atau di luar diri
pelajar yang meliputi persekitaran (khususnya pendidikan) dan
pengalaman berinteraksi pelajar tersebut dengan persekitaran.

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution.
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An
Introduction. Boston:

3
PROSES-PROSES PERKEMBANGAN
Shahrin Hashim
Nurulhuda Azizi
Nurul Ezzati
PENGENALAN
Manusia sentiasa ingin mendalami ilmu pengetahuan, dan perkara
ini sering diperkatakan dari sejak munculnya falsafah dan ilmu,
hingga sekarang dan pada masa akan datang. Ada saja teori baru
yang diperkenalkan kerana ramai manusia yang ingin
mempelajarinya. Tambahan pula, manusia itu sendiri merupakan
sumber ilmu pengetahuan.
Termasuk
juga
perkembangan
psikologi
yang
bersumberkan manusia selalunya mencetuskan masalah yang rumit
sehingga menyukarkan masalah itu diselesaikan. Menurut
pandangan ahli psikologi dan biologi manusia mempunyai unsur
yang sangat kompleks dan unit. Boleh dikatakan manusia yang
lahir di dunia ini tidak mempunyai persamaan yang menyeluruh di
antara satu sama lain terutama dari segi jiwanya. Dengan itu, ahli
psikologi adalah cuba menjelaskan dan mengkaji masalah-masalah
tersebut.
Di sini terdapat dua pandangan yang berbeza di mana
pendapat pertama berpendapat bahawa jiwa manusia adalah
kompleks. Oleh itu, kajian perkembangan psikologi dilakukan
untuk mengkaji jiwa manusia yang berbeza-beza. Manakala
kelompok kedua menganggap bahawa perkembangan psikologi
sangat penting untuk dipelajari bagi mengetahui kemampuan jiwa

70

Psikologi Perkembangan

manusia terutamanya bagi kepentingan pendidikan atau secara


klinikal.
Konsep perkembangan psikologi merupakan ilmu
pengetahuan gunaan (applied-science). Ia diambil sebagai jalan
tengah bagi mengatasi kedua-dua pendapat tersebut iaitu dengan
mengamalkan serta menerapkan konsep-konsep perkembangan
psikologi, kita perlu sedar bahawa:
i

Tidak ada seorang kanak-kanak pun di dunia


yang memiliki persamaan yang menyeluruh di
antara satu sama lain.
ii Konsep-konsep
di
dalam
psikologi
perkembangan tidak terbatas atau mempunyai
sifat yang nyata.
iii Konsep-konsep
bersifat
umum
bagi
perkembangan jiwa kanak-kanak.
Dengan itu, tiada halangan atau persoalan yang mengganggu
penggunaan teori-teori dan batas-batas yang ada di dalam
perkembangan psikologi. Terdapat banyak teori yang berkaitan
dengan jiwa manusia dan bermacam-macam pandangan
mengenainya sepertimana kompleks dan uniknya jiwa manusia.
Namun begitu kesemua konsep tersebut telah dibahagikan
kepada tiga bahagian untuk memudahkan kita mempelajarinya.
Sebelum ketiga-tiga pandangan tersebut dijelaskan secara
terperinci, faktor-faktor dan dan proses perkembangan kanakkanak akan diterangkan secara ringkas terlebih dahulu.
2. Faktor-Faktor Perkembangan Kanak-kanak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak sama ada pertumbuhan/
biologinya ataupun proses perkembangan (psikisnya).
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
organ tubuh kanak-kanak, antaranya ialah:

Proses-Proses Perkembangan

71

Faktor-faktor sebelum lahir seperti gejala-gejala tertentu


yang terjadi sewaktu kanak-kanak masih di dalam
kandungan.
Contoh:
Gejala kekurangan nutrisi (zat-zat makanan untuk
tubuh) pada ibu atau janin, terkena infeksi oleh bakteri,
sifilis, TBC, diabetes mellitus, dan lain-lainnya.

ii Faktor pada waktu lahir, iaitu terjadinya suatu gangguan


pada saat kanak-kanak dilahirkan. Seperti terjadinya defiect
( kerosakan) pada saraf pusat kerana penggunaan alat
bantuan jenis tang (instrument birth) semasa kelahirannya
atau disebabkan dinding rahim ibu terlalu sempit maka
terjadinya tekanan kuat yang mengakibatkan pendarahan
pada bahagian kepala, dan lain-lain.
iii Faktor sesudah lahir, iaitu peristiwa-peristiwa tertentu yang
terjadi setelah kanak-kanak tersebut lahir seperti kanakkanak mengalami luka-luka di kepala sama ada bahagian
luar atau bahagian dalam, kekurangan vitamin dan lain-lain
yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak
tersebut terbantut.
iv Faktor psikologi, iaitu kejadian-kejadian tertentu yang
menganggu jiwa seperti kanak-kanak yang terlantar sakit,
berperwatakan tidak baik dari segi jasmani dan rohani,
kurang perhatian dan lain-lain lagi yang boleh
mengakibatkan jasmani kanak-kanak lambat berfungsi.
Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang mempengaruhi kanakkanak, iaitu:
a.
Faktor keturunan. Kanak-kanak mewarisi gen ibu bapanya.
b.
Faktor dalaman iaitu persekitaran (tempat tinggal dan
pergaulan) mempengaruhi pertumbuhan organ kanak-kanak. Ia
merangkumi segala yang berada di sekeliling kanak-kanak tersebut

72

Psikologi Perkembangan

seperti manusia, tumbuhan, haiwan, atau benda-benda yang tidak


bernyawa seperti cecair, gas, gambar-gambar dan lain-lain.
Ia turut dipengaruhi dengan faktor dalaman yang bersifat
abstrak seperti situasi ekonomi, sosial, politik, budaya, adapt
istiadat serta ideologi. Kesemua bentuk dalaman tersebut memberi
kesan yang positif dan negatif dalam proses perkembangan kanakkanak.
Proses perkembangan
Proses perkembangan bermaksud kajian ahli psikologi mengenai
cabang pengajian ilmu fizik dalam proses perkembangan kanakkanak. Ini menjelaskan bahawa kecergasan menjadi asas
perkembangan kanak-kanak sehingga kanak-kanak sentiasa ingin
cuba melakukan sesuatu yang baru. Ia akan berusaha membuat
sesuatu berdasarkan kebolehan yang dimiliknya untuk merasai
sesuatu pengalaman baru. Kanak-kanak akan membesar dan
berkembang dengan sihat dan cepat dengan pengalaman yang
dimilikinya.
Menurut teori dorongan (motivasi) bahawa setiap kelakuan
kanak-kanak itu dirangsang dari dalam. Sepertimana yang
dikatakan oleh C. Chifford T.Morgan bahawa motivasi merupakan
dorongan keinginan juga sebagai sumber daya penggerak dalam
melakukan sesuatu yang terrangsang dari dalam dirinnya dalam
memenuhi keinginan hidupnya.
Kebiasaannya, jika sesuatu yang bersifat biologi atau sosio
cultural belum dipenuhi, ketegangan akan timbul seperti iri hati
(sakit hati) atau tekanan, maka akan berlakulah ketidakseimbangan
dalam dirinya (disequilibrium). Tujuan utama dalam kehidupan
manusia adalah untuk menghilangkan semua ketegangan, iri hati
dan tekanan bagi mencapai semula keseimbangan (equilibrium)
dalam dirinya. Menurut teori motivasi, keadaan inilah yang akan
mendorong segala aktiviti dan setiap proses pekembangan kanakkanak tersebut.

Proses-Proses Perkembangan

73

Teori dinamisme (dinamik) juga mengatakan bahawa setiap


organisma yang hidup dan selalu mempunyai usaha yang positif.
Setiap organisma memiliki kemampuan dan dorongan-dorongan
yyang tertentu untuk diaplikasikan sepenuhnya dengan sebaiknya.
Dengan itu, kanak-kanak bukan sahaja dapat mengetahui kekuatan
dirinya secara zahir dan batin malah dapat mengenal pasti
kelemahan yang ada dalam dirinya. Mereka akan mencari
pengalaman-pengalaman baru. Mereka akan sering mencuba,
mempelajari perkara-perkara baru untuk mencungkil bakat bakat
yang ada dalam dirinya.
Ini akan menyebabkan terjadinya perubahan dalam
kehidupan kerana adanya dorongan untuk maju, berubah dan cuba
untuk memperbaiki diri. Dengan itu, kanak-kanak yang
mempunyai perkembangan normal akan sentiasa belajar untuk
mencapai tujuan hidupnya. Sekiranya telah sempurna fizikalnya
dan telah mencapai tahapnya untuk merangkak, maka dengan
sendirinya kanak-kanak tersebut akan merangkak walaupun tanpa
rangsangan. Dan sekiranya kakinya telah kuat untuk mengimbangi
tubuh badannya, maka dia akan cuba untuk berdiri.
Kanak-kanak akan memaksimumkan segala kemampuan
yang ada pada dirinya apabila tahap intelektualnya mula
berkembang. Pada waktu itu, kanak-kanak sudah mahir bercakap,
berjalan dan seterusnya.
Semasa proses perkembangan, kanak-kanak akan terus
berjaya jika sentiasa didorong dengan bakat yang sememangnya
ada dan faktor dalaman. Sokongan dan perhatian daripada ibu bapa
adalah sangat penting dalam proses pertumbuhan dan pendidikan
kanak-kanak.
Dalam proses pertumbuhan kanak-kanak, mereka belajar
melalui penglaman-pengalaman yang lepas dan sekarang untuk
perancangan masa akan datang. Walaupun secara jelasnya,
keadaan sosial turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak,
namun kanak-kanak mempunya kuasa atau hak untuk memilih atau
menerima dan manolak mana yang difikirkan betul. Dengan itu,
semasa proses pertumbuhan kanak-kanak atau semasa kakakkanak mengenalpasti kemampuan dirinya, sedikit kelonggaran

74

Psikologi Perkembangan

haruslah diberikan kepada mereka dalam membuat pilihan. Ini


kerana kanak-kanak perlu membuat keputusan sendiri pada waktu
sekarang dan waktu akan datang.
Dr. kertini Kartono berpendapat bahawa kewujudan kanakkanak dapat dikenal pasti dengan:
i
Bakat yang diwarisi
ii
Pengalaman lepas dan sekarang dalam aspek sosial
tertentu sebagai proses pembelajaran yang
berterusan.
iii
Mempunyai cita-cita dan tujuan hidup yang ingin
dicapai.
Dengan itu, kanak-kanak percaya dan yakin mereka mampu
membuat pilihan dan keputusan sendiri dan pilihan dan keputusan
yang dibuat sendiri itu membuatkan mereka rasa bangga, seronok
dan bahagia. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab dan
mampu melaksanakan tugas-tugas pertumbuhan dalam hidupnya.
Menurut Robert J. Harighurst (1953) dengan adanya tugastugas yang dilakukan oleh seseorang itu. Maka kita boleh
mengenal pasti tahap perjalanan hidupnya. Tugas-tugas ini adalah
perkara-perkara tertentu yang bersifat spesifik dalam kehidupan
seseorang. Secara umumnya, Harighurst menegaskan bahawa
pertumbuhan seseorang itu adalah bersesuaian dengan keadaan
persekitaran dan budaya sosial. Ini kerana konsep diri dan harga
diri akan jatuh sekiranya tidak dapat menguruskan proses
pertumbuhan dan perkembanga dengan baik. Ini akan
menyebabkan seseorang itu mendapat kecaman dan celaan dari
masyarakat sekeliling. Namun sekiranya seseorang itu dapat
mengawal pertumbuhan dan perkembangan dirinya, maka dia akan
merasa seronok dan bahagia. Contohnya jika mekanisme untuk
berjalan pada kanak-kanak sudah mencapai tahapnya, mereka
dapat berjalan denagn baik dan berasa gembira, begitulah
sebaliknya. Begitu juga orang dewasa, mereka akan merasa
bahagia apabila bejaya mendapatkan teman hidup dan akan berasa
sedih dan kecewa apabila ditnggalkan.

Proses-Proses Perkembangan

75

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution.
Open University. (2005) Readings in Adolscent Development, Burnaby, BC:
Thompson Rivers Unversity.
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An
Introduction. Boston:

4
JANGKA MASA PERKEMBANGAN
Nurulhuda Azizi
Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN
Seperti yang dinyatakan di atas, bahawa teori tergolong 3 jenis
iaitu :
a.
b.
c.

Jangka masa yang berdasarkan biologi.


Jangka masa yang berdasarkan diduktif.
Jangka masa yang berdasarkan psikologik.

Untuk lebih jelas, berikut akan diterangkan maksud dan orientasi


serta penjelasan dari setiap jangka masa yang telah disampaikan
tersebut.
1. Jangka masa yang Berdasarkan Biologi
Yang dimaksud dengan jangka masa berdasarkan biologi ialah
para ahli kejiwaan menjadikan keadaan atau proses pertumbuhan
biologi kanak-kanak sebagai perbincangan. Hal tersebut dapat
diketahui kerana pertumbuhan biologi turut mempengaruhi

Psikologi Perkembangan

77

perkembangan jiwa kanak-kanak.


Yang termasuk dalam kelompok ini antara lain:
a. Pendapat Kretshmer
Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada 4 fasa:
1. Fullungsperiode 1, umur 0-3, pada masa ini dalam keadaan
pendek, gemuk, bersikap terbuka, mudah bergaul dan mudah
didekati.
2. Streckungsperiode I, umur 3-7 tahun, keadaan badan kanakkanak nampak langsing (tidak begitu gemuk) biasanya sikap
kanak-kanak tertutup, sukar bergaul, juga sukar didekati.
3. Fullungsperiode II, umur 7-13 tahun, keadaan fizikal kanakkanak kembali gemuk.
4. Streckungsperiode II, umur 13 tahun, keadaan fizik kanak-kanak
kembali langsing.
b. Pendapat Aristoteles
Ia merumuskan perkembangan kanak-kanak kepada 3 fasa
perkembangan iaitu:
1. Fasa I
Umur 0-7 tahun dikategori masa kanak-kanak kecil, kegiatan

78

Jangka Masa Perkembangan

kanak-kanak waktu ini hanya bermain


2. Fasa II
Umur 7-14 tahun dikategori masa kanak-kanak atau masa sekolah
dimana kegiatan kanak-kanak mula belajar di sekolah rendah.
3. Fasa III
Umur 14-21 tahun dikategori masa remaja, masa ini adalah masa
peralihan (transisi) dari kanak-kanak menjadi orang dewasa.
Pendapat ini dikategorikan pada jangka masa yang berdasarkan
pada biologi kerana Aristotles menunjukkan bahawa, antara fasa I
dan fasa II itu ditandai dengan adanya pergantian gigi, serta batas
antara fasa II dengan fasa III ditandai dengan mula bekerja atau
berfungsinya organ kelengkapaan kelamin, contoh mulai aktif
kelenjar kelamin.
c. Sigmund Freud
Psikologi ini membahagi perkembangan kanak-kanak kepada 6
fasa, iaitu:
1. Fasa oral, umur 0-1 tahun, pada waktu ini mulut merupakan
faktor utama keaktifan yang dinamik.
2. Fasa anal, umur 1-3 tahun, dorongan dan tahanan berpusat pada
alatpembuangan kotoran.

Psikologi Perkembangan

79

3. Fasa falis, umur 3-5 tahun, fasa ini alat-alat kelamin merupakan
daerah organ paling sensitif.
4. Fasa latent, umur 5-12/13 tahun, impuls-impuls cenderung untuk
berada dalam keadaan tertekan.
5. Fasa remaja, umur 12/13-20 tahun, fasa ini impuls-impuls
(dorongan kembali menonjol ). Kegiatan ini dapat disublimasikan
(oleh dasich) maka seorang kanak-kanak akan sampai pada fasa
kematangan.
6. Fasa genital, umur 20 tahun ke atas, seseorang telah sampai
awal dewasa.
d. Jesse Feiring Williams
Ia membahagikan perkembangan kanak-kanak dengan:
1 Masa nursery dan kindergarten umur 0-6 tahun.
2. Masa cepat memperoleh kekuatan/ tenaga umur 6-10 tahun.
3. Masa cepat berkembangnya tubuh umur 10-14 tahun.
4. Masa remaja umur 14-19 tahun, masa perubahan pola dan
kepentingan kemampuan kanak-kanak dengan cepat.
2. Jangka masa Berdasarkan Diduktif

80

Jangka Masa Perkembangan

Yang dimaksudkan dari tinjauan ini adalah dari segi keperluan


iaitu apa yang perlu diberi kepada kanak-kanak didikan pada masamasa tertentu, serta memikirkan dengan kemungkinan cara yang
paling efektif untuk diterapkan di dalam mengajar atau mendidik
kanak-kanak pada masa tertentu.
RUJUKAN
Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja.
Selangor:Tekno Edar.
Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Davis,
I.
P.
1984.
Adolescents.
Theoretical
and
Helping
Perspectives.Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing.
Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden
Press (Oxford) Ltd.
Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice
Hall.
Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohd. Jamil Yaacob. 2005. Memahami Remaja. Bentong: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi
Remaja: Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM.
Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and
Private. Canada:A Wiley-Interscience Publication.

5
MASA INTRA UTERIN DAN MASA BAYI
Yusof Boon

PENGENALAN
Secara biologi pertumbuhan manusia dimulai saat terjadinya
pembuahan (konsepsi), iaitu bertemunya ovum dengan sperma,
kemungkinan terjadinya konsep itu sebenarnya para ahli pun tidak
mengetahui secara terperinci, mereka biasanya mengatakan
bahawa pembuahan tersebut terjadi secara ilmiah (sunnatullah).
Bahawa sekali dalam 28 hari, umumnya pada pertemuan siklus
menstruasi, sebuah ovum yang ada dalam kandungan telur
(ovarium) itu telah masuk dan bergerak masuk ke dalam rahim.
Perjalanan itu biasanya 3 hingga 7 hari, jika dalam perjalanan
tersebut tidak bertemu dengan sperma (pembuahan) maka
lenyaplah ovum tersebut dalam rahim. Akan tetapi jika terjadi
pembuahan, maka pada saat terjadi pembuahan itu, sel benih
sperma melepaskan 23 bahagian terkecil dari dirinya disebut
dengan kromosom. Begitu juga pecahlah ovum melepaskan 23
kromosom yang seterusnya melebur menjadi satu pembentukan
bahan keturunan bagi kanak-kanak. Kromosom-kromosom tersebut
sebenarnya mengandungi bahagian-bahagian kecil disebut gen.
Gen inilah yang merupakan faktor keturunan yang pada asalnya.
Dengan demikian, setiap sel pembuahan mengandungi 46
kromosom atau terdiri dari 23 pasang dari masing-masing sel benih
(ovum-sperma). Dan masing-masing kromosom memiliki sepasang

82

Psikologi Perkembangan

gen, dalam proses pembuahan masing-masing, gen akan memancar


untuk mencari pasangan barunya hingga membentuk menjadi 23
pasang kromosom. Salah satu di antara pasangan tersebut adalah
pasangan kelamin. Pada wanita pasangan kromosom biasanya
kembar (sejenis) yang disebut sebagai X. Bagi lelaki, mereka
memiliki pasangan yang berlainan disebut kromosom X dan Y,
(bentuknya lebih kecil dari X). Apabila kromosom wanita bertemu
dengan kromosom lelaki Y, maka terjadi kanak-kanak lelaki.
Tetapi apabila kromosom wanita X bertemu dengan kromosom
lelaki X, maka terjadi kanak-kanak perempuan.
Kromosom-kromosom tersebut ada pada diri manusia bersatu
dengan sel-sel badan (tubuh). Dalam proses penyatuan atau
pembentukan pasangan-pasangan tersebut, semata-mata urusan
kerana Allah SWT, dalam hal ini manusia dhoif sama sekali.
Begitu juga dalam proses berikutnya selama kehamilan yang
biasanya berlaku selama lebih kurang 270 hari atau 40 minggu,
bermulanya dari hari pertama menstruasi terakhir itu manusia
tidak mengerti.

2.

Sikap Ibu Terhadap Kehamilan

Bagi seorang wanita, kehamilan serta kelahiran kanak-kanak


biasanya memberikan erti emosional yang cukup bererti bagi
dirinya. Apabila disertai dengan tekanan-tekanan perasaan yang
kuat maka wanita akan menjadi sangat sensitif (emosional)
sehingga mengakibatkan mudah terganggunya keseimbangan jiwa
(mentalnya).
Maka wajarlah jika dalam keadaan hamil, seseorang ibu akan
mengalami berbagai-bagai proses, antaranya ialah :
a.
Timbul keinginan yang pelik-pelik kadang-kala emosional
(orang jawa menyebut ngidam).
b.
Merasakan kebahagiaan atau kepuasan, kerana ia merasa
dirinya subur, ia calon ibu sejati, maka ada keinginan menyambut

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

83

bayi dengan ghairah.


c.
Kadang-kala mengalami perasaan tiba-tiba cemas,
gangguan emosi, lebih-lebih lagi jika dicampuri dengan ceritacerita tahayul, atau tanda-tanda yang telah diberitakan sebelumnya
dibesar-besarkan, bimbang anaknya cacat, bimbang keguguran dan
lain-lain.Perasaan cemas dan bimbang dalam proses kelahiran bayi
itu timbul disebabkan adanya risiko kehamilan yang berat,
mempertaruhkan jiwa dan raga untuk berjuang melawan sakit
ketika melahirkan kelak, atau perjuangan melawan perasaan yang
berbagai-bagai, sehingga keadaan badannya mudah letih fizikal
dan mental.
d.
Bagi wanita tertentu, ada timbul perasaan menolak akan
kehadiran bayi, akan tetapi setelah bayi lahir perasaan tersebut
biasanya berubah menjadi positif. Hal ini pernah dikaji oleh
Geissier (1965) di Jerman Timur dan juga Scors dan kawan-kawan
(1957) di Amerika. Akan tetapi bagi seorang ibu yang memahami
hakikatnya kesedaran dirinya sendiri, menyedari akan fitrah Ilahi
dengan segala konsekuensi dan tanggungjawabnya secara realiti,
sebagai seorang ibu akan menyambut kehamilan dan kelahiran
anaknya secara hangat, bangga, senang hati penuh syukur kepada
Allah SWT.
Kerana sukarnya wanita hamil dan melahirkan kanak-kanak, maka
sangat logik Islam telah menjamin jika wanita muslim melahirkan
kanak-kanak dan meninggal dunia kerananya, ia termasuk syahid.
3.

Pengaruh Perkembangan Pranatal

Hal-hal yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam


kandungan secara singkat dapat dikemukakan seperti berikut :
1.
Makanan atau vitamin dari ibu sewaktu hamil.
2.
Keadaan kesihatan ibu, terutama penyakit-penyakit kotor
sangat berpengaruh negatif pada perkembangan kanak-kanak.
3.
Alkohol, hal ini mempengaruhi fetus dalam rahim terutama
pada susunan saraf.
4.
Nikotin, hal ini mengganggu kerja denyutan jantung kanak-

84

Psikologi Perkembangan

kanak daripada ibu.


5.
Emosi atau perasaan yang dialami oleh ibu sewaktu
mengandung (terlalu cemas, terlalu kuat, sering marah, dan lainlain).
6.
Usia orang tua atau ibu, terlalu muda dan terlalu tua
keduanya kurang menguntungkan bagi perkembangan bayi dalam
rahim.
7.
Ada juga pengaruh pada bulan terakhir, atau masa-masa
kelahiran (masa panen, masa krisis, zaman makmur, atau zaman
kesulitan, dan lain-lain).
4.
Proses Kelahiran
Dalam proses kelahiran bayi yang umumnya menjadi
permasalahan adalah, dengan gerakan si bayi itu sendiri saat
menjelang kelahiran. Apakah bayi tersebut bersifat aktif, sehingga
ia sedia untuk lahir, bukan dilahirkan. Dinyatakan demikian kerana
posisi dan gerakan bayi di dalam rahim menentukan cara dan tip
kelahiran bayi itu sendiri.
Elizabeth B. Hurlock dalam bukunya Child Development
menjelaskan bahawa ada 5 (lima) tip atau model kelahiran seorang
bayi iaitu :

a.

Natural or Spontaneous Birth

Iaitu kelahiran bayi secara spontan, atau biasanya disebut dengan


kelahiran bayi secara alami natural. Disebabkan prosesnya tanpa
adanya pertolongan, tanpa sedikitpun ubat perangsang bagi ibunya,
tip kelahiran ini dapat berjalan kerana posisi dan ukuran bayi
(fetus) serta ukuran rahim (uterus) ibu membolehkan dapat keluar
kepala dahulu, kemudian leher, kemudian badan, ia berjalan secara
perlahan melalui seluruh kelahiran, seterusnya dalam waktu yang
sama nampak tangan dan terakhir kedua kakinya.
b.

Instrument Birth

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

85

Iaitu kelahiran bayi dengan alat-alat ini terjadi jika bayi nampak
terlalu besar dari (saluran kelahiran) badan ibu, atau jika kerana
untuk lahir secara normal tidak boleh, maka menurut ilmu bezah
terpaksa menggunakan alat untuk menolong bayi tersebut.

c.

Breech Birth

Kelahiran ini biasanya disebut dengan kelahiran songsang, iaitu


yang nampak dari bayi adalah kemaluannya dahulu, dan diikuti
kakinya, kedua tangan serta terakhir kepala. Dan jika posisi bayi
tidak dapat berubah sebelum proses kelahiran dimulakan, maka
dalam hal ini harus menggunakan alat untuk membantu kelahiran
bayi.
d.

Transverse-Presentation Birth

Iaitu kelahiran disebabkan situasi bayi yang melintang pada rahim


ibu. Hal ini adalah jika posisi bayi tidak dapat berubah sebelum
proses kelahiran dimulakan, maka penggunaan alat untuk
menolong kelahiran bayi terpaksa dilakukan.
e.

Caesarean Section Birth

Iaitu kelahiran dengan pembezahan, hal ini jika keadaan badan


bayi terlalu besar untuk melalui saluran kelahiran dan terlalu lama
dan sukar dikeluarkan, maka ia menggunakan alat untuk
melahirkan bayi secara pembezahan, iaitu dengan membelah
dinding rahim ibu.
f.
Ada juga kelahiran kanak-kanak yang selamat tetapi belum
tiba waktunya untuk lahir atau belum mencapai period atau
peningkatan kandungan secara penuh, bayi yang sebegini disebut
bayi pramatang (bayi kurang umur atau kurang matang). World
Health Organisation (WHO) memberikan standard atau piawaian
bayi pramatang, jika berat badan bayi ketika lahir kurang dari 37

86

Psikologi Perkembangan

minggu, bayi akan kekurangan pertolongan, rawatan harus


diberikan dengan teliti. Biasanya bayi harus dimasukkan ke dalam
incubator atau couveus (seperti mesin pengeram) agar memperoleh
kehangatan seperti yang diperlukan oleh tubuhnya.
Teori kedoktoran menyebutkan bahawa kelahiran bayi pramatang
atau abortus spontan (keguguran tidak disengaja) adalah
disebabkan oleh :
1.
Gangguan pada supply hormonal.
2.
Ketidakseimbangan endoktrin.
3.
Definisi atau kerosakan ovarium (bekas telur).
4.
Gangguan thyroid pada kelenjar gondok, hypophyse
(sambungan otak) serta gangguan hormon-hormon lainnya.
5.
Keempat-empat faktor emosional penyebab itu diperkuat
oleh faktor emosional dan faktor psikis (faktor psikogenik) dari ibu
yang sedang hamil. Ini biasanya berpunca pada keadaan wanita
hamil tersebut.
Demikianlah sekadar penjelasan singkat dengan bentuk-bentuk
kelahiran bayi yang menunjukkan sifatnya sesuai dengan keadaan
kanak-kanak dan ibu itu sendiri dalam prosesnya, yang biasanya
diiringi oleh tangisan bayi.

5.

Tangisan Pertama Bayi

Dapat dimaklumi bahawa setiap bayi normal tidak ada gangguan


yang bererti bagi pertumbuhan bayi sama ada ketika kehamilan
atau pun ketika proses kelahirannya, maka pasti bayi tersebut akan
menangis ketika lahir ke dunia.
Ini disebabkan jika bayi tersebut tidak menangis, tentunya giliran
si ibu yang akan menangis. Meskipun dengan tangisan pertama
bagi bayi baru lahir ada beberapa pendapat dari para ahli.
Antaranya ialah :

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

a.

87

Pendapat Sigmund Freud

Bapa Psikoanalisa dari Australia ini berpendapat dengan tangisan


pertama bayi bahawa : tangisan pertama itu merupakan pernyataan
adanya keinginan untuk kembali ke alam sebelumnya (rahim ibu)
oleh itu adanya keinginan untuk regresi menurut si bayi dalam
kandungan ibu itu serba enak, nyaman, bayi tidak pernah merasa
dingin kerana suhunya terakomodasi oleh suhu badan ibu, bayi
tidak perlu mengunyah makanan, dan lain-lain.
Maka setelah ia lahir ke dunia, mengalami perbezaan situasi, iklim,
dan cuaca yang jauh berbeza, bayi mula merasa dingin, atau terlalu
panas, terlalu bising, tidak nyaman lagi, akibat si bayi protes ingin
kembali ke dunia sebelumnya waktu lahir di dalam rahim ibu.
b.

O. Rank

Sebagai pengikut setia Frued dalam bukunya Des Tranmader


Gaburt mengemukakan pendapatnya bahawa kelahiran itu
merupakan trauma, merupakan penghayatan yang dramatis.
Sehingga tangisan atau jeritan pertama bayi menunjukkan adanya
kecemasan yang dialami, kerana kanak-kanak telah terkeluar dari
tempat yang terlindung ke dalam tempat yang tidak melindungi
sama sekali. Bagi kanak-kanak kecemasan pertama ini paling hebat
dan sangat bererti berbanding dengan kecemasan-kecemasan yang
berikutnya.

c.

Immanuel Kant

Ilmuan Jerman ini meninjau dari segi falsafah, bahawa tangisan


pertama bayi adalah merupakan tanda protes kejiwaan terhadap
belenggu kejasmanian yang akan dideritainya di dunia. Seterusnya
ia mengatakan bahawa jiwa manusia itu lebih bernilai daripada
jasmaninya atau materi pada umumnya, oleh kerana itu bayi

88

Psikologi Perkembangan

diprotes akan gejala pengkaitan dirinya dengan materi yang


dianggap membelenggunya.
d.

Pendapat dari Tinjauan Biologi

Bahawa tangisan pertama bayi merupakan petanda bermula


fungsinya jantung, paru-paru dan organ-organ tubuh lainnya. Hal
ini menunjukkan adanya tanda kehidupan seseorang, maka jika
bayi lahir tidak menangis perlu cepat-cepat diusahakan
penanggulangan Antara lain dengan memasukkan oksigen ke
dalam paru-paru sebagai perangsang pernafasan, atau cara
tradisional dengan dipukul perlahan-perlahan agar organ tubuh
bergerak, serta cara-cara medik lainnya. Jika gagal
penanggulangan tersebut bererti meninggal dunia.
e.

Sis Heyster

Salah seorang psikologi Belanda ini menyatakan pendapat bahawa


tangisan pertama bayi itu sebagai tanda adanyaa kesedaran jiwa
pada seorang kanak-kanak, yang bermula sejak lahir dengan
adanya kesedaran (conciousnes) itu bererti fungsi-fungsi kejiwaan
telah mula bekerja sebagaimana yang sepatutnya.
Dari berbagai pendapat yang telah dikemukakan tersebut
maka dapat dipilih, pendapat mana yang terlalu mengada-ada,
dibuat-buat, sesuai dengan teori-teori ilmu jiwa, atau dapat diambil
kesimpulan yang sesuai dengan tinjauan ilmu jiwa.
Sudah tentu pendapat yang terakhir (Sis Heyster) itulah
yang dapat dijadikan dasar tinjauan perbincangan dengan tangisan
bayi dapat diterima.

6.

Aktiviti Masa Bayi

Kegiatan atau aktiviti kanak-kanak ketika bayi, yang akan

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

89

diungkapkan dalam buku ini ialah :


a. Tidur dan Gerakan Bayi
Sebahagian besar kegiatan bayi pada umumnya adalah digunakan
untuk tidur, sama ada pada waktu siang atau malam. Ch. Buhler
berpendapat bahawa :
Pada umur 0;0 - tidur bayi mencapai 21 jam
umur 1;0
- tidur bayi mencapai 13 jam dan waktu yang
selebihnya digunakan bayi untuk mengadakan gerakan.
Pendapat lain mengatakan bahawa :
Umur 0;0 lama tidur bayi 20 jam.
Umur 1;0 lama tidur bayi 12 jam.
Selebihnya kegiatan bayi adalah mengadakan gerakan-gerakan.
Pendapat di atas dapat difahami dengan mudah kerana kedua duanya ada persamaannya.
1.
Reaksi positif, iaitu gerakan-gerakan bayi yang sesuai atau
sama dengan rangsangan (stimulasi) yang datang pada dirinya. Jadi
reaksi ini sebagai tanda penerimaan akan adanya stimulasi tadi.
Contoh : melihat, tersenyum, mendengarkan suara, makan, minum,
dan lain-lain.
2.
Reaksi negatif, iaitu lawan dari reaksi positif, reaksi ini
sebagai kewujudan adanya stimulasi yang datang pada dirinya.
Bayi melakukan gerakan-gerakan yang berlawanan dengan
stimulasi yang datang dari luar dirinya. Contoh : menangis,
terkejut, menolak makan dan sebagainya.
3.
Reaksi spontan (aksi) iaitu, gerakan-gerakan bayi tidak
disebabkan oleh adanya rangsangan dari luar dirinya. Tetapi
gerakan tersebut dilakukan kerana kehendak dirinya sendiri terjadi
kerana dorongan dari dalam dirinya (inside).
Kegiatan-kegiatan

tersebut

bagi

perkembangan

atau

90

Psikologi Perkembangan

pertumbuhan kanak-kanak sangat penting, terutama bagi


perkembangan alat-alat dari kanak-kanak, sebab seorang kanakkanak ketika itu telah dapat merasakan kanak-kanak senang susah,
dingin, panas, dan lain-lain. Maka sebagai ibu bapa sebaiknya
hendaklah membimbing, melayani, dan memelihara aktivitiaktiviti tersebut.
Jika diperhatikan jadual tersebut menunjukkan bahawa
ternyata semakin bertambah umurnya itu semakin sedikit gerakan
negatifnya dan semakin bertambah gerakan spontan, ini sangat
menguntungkan bagi perkembangan kanak-kanak. Banyaknya
kegiatan reaksi positif dan reaksi spontan itu dapat dijadikan
panduan latihan-latihan alat-alat dari kanak-kanak, dalam rangka
untuk lebih mengenal dan menguasai dunia luar atau
lingkungannya, sehingga lebih merangsang diri kanak-kanak untuk
berbuat dan bermain, kerana timbulnya keinginan untuk mengenal
lingkungan lebih luas, melalui gerakan-gerakan bayi tersebut
biasanya bayi (usia 0;3) timbul adanya dorongan-dorongan untuk
meniru. Kegiatan yang terakhir ini pun sangat perlu bagi bayi,
kerana dorongan meniru orang lain (imitate) inilah yang akan
mula-mula memimpin perkembangan organ-organ lainnya bagi diri
kanak-kanak, dalam melakukan latihan-latihan perkembangan.
Contoh : perkembangan pengamatan, bermain, berjalan, berbicara,
dan sebagainya.
b. Perkembangan Pengamatan
Perkembangan pengamatan kanak-kanak, sebenarnya suatu yang
cukup kompleks juga sebab asalnya sama sekali belum mampu
mengamati sesuatu objek dengan bahagian-bahagiannya,
pengamatan masih baru, ia menangkap stimulus dengan kesan
keseluruhan, belum terpisah atas bahagian-bahagiannya (masalah
pengamatan dan kaitannya dengan tanggapan seorang kanak-kanak
akan dijelaskan kemudian).
Alat pengamat bagi bayi seorang kanak-kanak biasanya secara

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

91

berurutan dapat disebutkan :


0;0 0;3 bulan mengamati dengan mulut.
0;3 0;6 bulan mengamati dengan mulut dan tangan.
0;6 bulan ke atas = mulut, tangan, dan mata (dilakukan dengan
berbagai variasinya, sesuai dengan kebutuhan).
Pada hari-hari bulan pertama dari kelahiran bayi,
pengamatan masih belum sekata, kecuali mulut yang aktif bekerja
secara mekanistis. Baru setelah umur lebih kurang 0;2 bayi mulai
dapat melihat sesuatu tetapi masih diikuti gerakan kepala. Pada
umur lebih kurang 0;3 bayi mulai dapat menggerakkan bola
matanya sahaja, serta urat-urat di leher dan kepala mulai dapat
menahan keseimbangan gerakan mata. Dan perangsang dari luar
mulai disambutnya dengan reaksi-reaksi positif, atau juga negatif,
tergantung hasil seleksi pengamatan. Mulai usia 0;5, kanak-kanak
sudah dapat mengubah sikap dan gerakan reaktif menjadi aktif
dengan gerakan spontannya, kegiatan tersebut sering diiringi
dengan tangannya untuk menerima, merebut, dan lain-lain. Atas
hasil pengamatan seterusnya pada usia 0;6 kegiatan pengamatan
kanak-kanak semakin luas dan semakin baik, ia sedia mengamati
segala rangsangan dalam lingkungannya. Kerana ketiga-tiga alat
pengamatnya sudah sedia berfungsi secara baik.
Dalam hal ini pengamatan dan penguasaan lingkungan atau
ruangan bagi bayi, mempunyai tahap perkembangannya. William
Stern menjelaskan perkembangan tersebut sebagai berikut.
Bahawa penguasaan ruang bagi seorang kanak-kanak ada 3
peringkat :
1. Uhraum (0;0 0;6)
pengamatan awal terbatas pada dirinya sendiri.
2. Nahraum (0;6 1;0)
pengamatan dekat atau ruang yang sempit.

92

Psikologi Perkembangan

1. Feraraum (1;0 ke atas)


pengamatan dan penguasaan ruang lingkup lebih jauh

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution.
Open University. (2005) Readings in Adolscent Development, Burnaby, BC:
Thompson Rivers Unversity.
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An
Introduction. Boston:

6
ZAMAN KANAK-KANAK
Azizi Yahaya
PENGENALAN
Perkembangan dalaman atau kerohanian kanak-kanak, kadangkala
disebut sebagai tempoh kanak-kanak masih kecil atau masa
sebelum bersekolah adalah tempoh yang paling senang untuk
mempersiapkan kanak-kanak pergi ke sekolah. Tempoh ini juga
dikenali sebagai tempoh ekstasi yang mana kanak-kanak mulai
mengenal dunia persekitaran di mana semuanya serba indah. Bab
ini akan menjelaskan mengenai:
1. Perkembangan Tanggapan
Mempelajari perkembangan tanggapan kanak-kanak, tidak terlepas
daripada mempelajari teori-teori perkembangan pengamatan
kanak-kanak. Pada dasarnya, kedua aspek tersebut memang
berbeza tetapi kedua-duanya saling berkait dan ada persamaan
yang diperolehi iaitu : adanya proses belajar iaitu : adanya proses
belajar mengenal atau menguasai objek, atas stimulus yang datang
kepadanya, dengan menggunakan potensi yang dimilikinya. Dan
tanggapan itu berkaitan dengan pengamatan kerana tanggapan itu
sendiri merupakan hasil, kenangan dari adanya proses pengamatan.
Beberapa teori berkaitan dengan tanggapan dan pengamatan.
a. Oswald Kroh
1.Period atau jangkamasa sintesis fantastik, 0 8 tahun: tanggapan

94

Psikologi Perkembangan

kanak-kanak masih menyeluruh atau global, dan sifatnya masih


samar-samar. Kegiatan ini masih dipengaruhi oleh fantasi kanakkanak, kerana ketika ini mereka berminat kepada cerita dongeng,
khayalan dan lain-lain.
2.Period atau jangkamasa realisme naif, 8 10 tahun: kanak-kanak
sudah mula dapat membezakan bahagian-bahagian, tetapi belum
mampu mengembangkan antara satu dengan yang lain dalam
sesuatu masa. Unsur fantasi yang asalnya turut mempengaruhi
telah diganti dengan pengamatan konkrit.
3.Period atau tingkat kritis 10 12 tahun: pengamatan dan
tanggapan kanak-kanak bersifat kritis dan realistik. Meraka
mampu memberikan sintesis logik, dan sudah mampu
menghubungkan bahagian-bahagian tertentu kepada satu bahagian
sahaja, hal tersebut berlaku kerana wawasan dan intelektual kanakkanak sudah mencapai tingkat kematangan.
4.Fasa subjektif, 12 14 tahun: tanggapan kanak-kanak ketika ini
masih banyak dipengaruhi oleh emosi. Sehinggakan tanggapan
kanak-kanak cenderung bersifat emosional. Hal ini boleh terjadi
kerana pada timbulnya gejala Trotzalter .
b. William Stern din Clang Stern :
Ia terbahagi kepada beberapa tahap iaitu :
1.Keadaan : 0 8 tahun tanggapan kanak-kanak masih dalam
gambaran keseluruhan yang samar-samar, serta kanak-kanak sudah
dapat sesuatu dengan teliti iaitu dengan mengamati objek
pengamatan atau objek tanggapan.
2.Perbuatan : 8 9 tahun kanak-kanak mengamati dan menaruh
minat terhadap pekerjaan serta perbuatan orang dewasa dan juga
tingkah laku haiwan.
3.Hubungan : 9 10 tahun kanak-kanak mengamati relasi atau
hubungan causal dari benda-benda dan peristiwa.
4.Sifat : 10 tahun ke atas ; kanak-kanak mula menganalisis hasil
pengamatan atau tanggapan dengan mementingkan ciri-ciri dan
sifat-sifat dari benda sebagai objek pengamatannya.

Zaman Kanak-Kanak

95

c. Meumann :
1. Fasa sintesis fantastik 0 8 tahun semua tanggapan kanak-kanak
memberikan kesan menyeluruh. Tanggapan tersebut dilengkapi
dengan fantasinya.
2. Fasa analisis 8 12 tahun kanak-kanak mula mengamati ciri
dan sifat dari bermacam-macam benda. Bahagian-bahagian
daripada benda mula diperhatikan, tetapi belum mampu
mengaitkannya dalam aspek yang menyeluruh (fantasi kanakkanak sudah kurang dan diganti dengan fikirannya).
3. Fasa sintesis logik lebih kurang 12 tahun dan ke atas kanakkanak sudah dapat menghayati benda-benda dan peristiwa, dengan
penggunaan akal budinya (dari insight-nya). Bahagian-bahagian
mula dikaitkannya dalam suatu situasi.
Dari pendapat-pendapat tersebut dapat disimpulkan bahawa,
perkembangan tanggapan atau pengamatan kanak-kanak mula
seperti fasa-fasa seperti berikut :
1.
Global: iaitu pengamatan dari tanggapan global atau
menyeluruh.
2.
Terurai : iaitu kanak-kanak mula dapat mengamati bahagianbahagian, perhatiannya menjadi lebih terurai pada bahagianbahagian objek pengamatan, di sini kanak-kanak semakin kritis
dan logik.
3.
Sinthesa atau asimilasi : iaitu kanak-kanak sudah dapat
membuat sintesis ataumengasimilasi antara objek keseluruhan dan
bahagian-bahagiannya, begitu juga dengan pemikirannya.
Sehingga kanak-kanak dapat menghayati akan perbezaan atau
persamaan, ciri dan sifat dari bermacam-macam benda.
2. Perkembangan Fikiran
Perkembangan fikiran (intellect) kanak-kanak itu pada dasarnya
berhubungan erat dengan perkembangan bahasa, keduanya

96

Psikologi Perkembangan

merupakan faktor penentu bagi seseorang untuk menyampaikan


sesuatu yang dipikirkan dan berkomunikasi dengan individu lain.
Perkembangan fikirannya dapat dibezakan dengan 2 bentuk iaitu :
a.
Perkembangan formal, iaitu perkembangan tentang fungsi
berfikir atau alatan yang merangsang pemiikiran kanak-kanak
supaya dapat menyerap, menimbang, memutuskan, menguraikan,
dan lain-lain. Contoh, perkembangan sistematik berfikir, teknik
pengambilan keputusan, dan lain-lain.
b.
Perkembangan material iaitu perkembangan pengetahuan
melalui berfikir (knowledge) oleh seorang kanak-kanak itu dapat
dimiliki dan dikuasainya. Contohnya penguasaan angka-angka,
pendapat-pendapat, teori-teori, dan sebagainya.
Secara keseluruhan perkembangan fikiran dapat di
samaertikan dengan proses perkembangan pengamatan dan
tanggapan kanak-kanak, maka perkembangan fikiran turut dapat
dikategorikan kepada dua tahap iaitu :
1. Berfikir secara konkrit (dengan objek yang realistik atau pasti)
sehingga proses berfikir kanak-kanak harus dirangsang atau
dibimbing dengan benda atau alatan tertentu.
2. Berfikir secara simbolik atau sistematik, iaitu kanak-kanak
berfikir dengan menggunakan simbol-simbol (tanda-tanda), maka
di sini mereka mula mengenal huruf, angka, skema, simbol-simbol
tertentu dan sebagainya.
Perkembangan fikiran juga dapat diperhatikan dari perkembangan
kanak-kanak menyusun pendapat atau memberi pengertian tentang
sesuatu perkara.
1.
Bermula umur 1:6 tahun kanak-kanak mampu menyatakan
pendapat positif (mama, makan, adik menangis, dan lain-lain).
2. Bermula umur 2:6 tahun kanak-kanak dapat menyampaikan
pendapat negatif, walaupun sebenarnya kanak-kanak menemui
kesulitan. Contoh : Amir tidak pergi, ayah tidak makan, dan

Zaman Kanak-Kanak

97

sebagainya.
3. Bermula umur lebih kurang 3 tahun, kanak-kanak mula
mengkritik atau menilai sesuatu, mulai saat ini kanak-kanak dapat
membuat keputusan.
4.
Lebih kurang 4 tahun, mulai timbul adanya ragu-ragu pada
diri kanak-kanak yang wujud dalam pendapat : mungkin,
barangkali, kira-kira. Sebenarnya keraguan pada kanak-kanak itu
ada jika pengamatan mereka sudah tersusun.
5.
Pada usia lebih kurang 5 tahun kanak-kanak sudah mampu
menyusun kesimpulan analogi yang sederhana. Contohnya ibu
makan kerana lapar, dan pada ketika itu melihat adiknya makan,
kesimpulan analogi yang diambil adalah adik sedang lapar.
Kenyataan menunujukkan bahawa kanak-kanak belum mampu
menyusun suatu kesimpulan yang edukatif atau deduktif, ini dapat
difahami kerana :
a.
Pengertian yang dimiliki kanak-kanak masih sangat
sederhana (tetapi akan berkembang ketika bersekolah).
b.
Mereka belum mengenal hubungan sebab kejadiankejadian di dunia kerana di sekitarnya masih samar-samar. Maka
mereka sering berbuat sesuatu sesuai dengan kemampuan
penafsiran yang bersandar pada sifat-sifat yang dimiliki kanakkanak itu sendiri, sebab menurut E. Hurlock : seorang kanak-kanak
dapat memahami sesuatu secara terperinci (accurate) dari apa yang
didengar dan dilihatnya, serta kanak-kanak harus berfikir secara
kreatif. (Hal tersebut dapat dilakukan kanak-kanak) sejak kanakkanak sudah tidak lagi salah tafsir dari apa yang mereka amatinya.
3. Perkembangan Daya Ingatan
Daya ingatan kanak-kanak akan bersifat tetap jika kanakkanak telah mencapai umur lebih kurang 4 tahun. Seterusnya daya
ingatan kanak-kanak akan mencapai insentisas terbesar atau
terbaik dan kuat, jika kanak-kanak berumur antara lebih kurang 8
12 tahun, pada ketika itu daya menghafal atau daya mengingat
(daya memasukkan pengetahuan dalam ingatan seseorang) dapat

98

Psikologi Perkembangan

memenuhi sejumlah hafalan yang besar.


Sebelum umur setengah tahun (0;6) kanak-kanak pada
umumnya belum mengenal benda sekitarnya secara hakiki. Kanakkanak pada ketika itu baru mengenal keadaan atau situasinya
sahaja. Contoh, seorang ibu menghulurkan senduk makan
kepadnya, ia mengenal keadaan itu, tetapi jika senduk diletakkan
di atas meja, maka kanak-kanak sudah tidak mengenal benda itu
lagi. Ketika umur lebih dari setengah tahun secara perlahanperlahan kanak-kanak mula mengenal situasinya.
Jadual penelitian atau eksperimen yang ada, antara
lain menyatakan dengan masalah waktu pengenalan kembali,
berdasarkan daya ingatan kanak-kanak sebagai berikut.
Umur
Lama
ingatan
per
minit

0;10

0;11

1/2

1;0 1;3 1;6 1;9


1;2
1;5
1;8
2;0
3

11

12

4. Perkembangan Bahasa
Apabila seorang kanak-kanak sentiasa menunjukkan usaha untuk
maju secara fizikal dan psikologinya, mereka cenderungan untuk
menggunakan semua kekuatan atau kemampuannya secara aktif.
Pada akhir tahun pertama kelahiran kanak-kanak dan
menjelang awal tahun kedua, ada pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak yang menonjol iaitu mula menunjukkan
kemampuannya untuk dapat berjalan sendiri dan kemampuan
berbahasa atau berbicara.
Awal perkembangan bahasa pada dasarnya dapat difahami

Zaman Kanak-Kanak

99

sejak bermula adanya tangisan pertama bayi, kerana tangisan bayi


juga dapat dianggap sebagai bahasa bayi atau kanak-kanak.
Dengan menangis bagi kanak-kanak dapat juga merupakan
bantuan mengekspresikan kehendak jiwanya.
Walaupun penguasaan bahasa adalah secara beransuransur, kanak-kanak akan mengikuti bakat serta ritme
perkembangan yang dialami. Akan tetapi perkembangan tersebut
akan dipengaruhi oleh masalah serta ada beberapa pendapat
tenteng fungsi bahasa :
a. William Stern dan Clara Stern
Ia berpendapat ada 3 fungsi bahasa bagi seseorang :
1. Aspek ekspresi = menyatakan kehendak dan pengalaman
jiwa.
2. Aspek sosial
= untuk mengadakan komunikasi dengan
orang lain.
3. Aspek intensional = berfungsi untuk menunjukkan atau
membanggakan sesuatu.
b. Karl Buhler
Psikologi ini juga berpendapat ada tiga fungsi bahasa :
1.Kundgabe = (pemberitahuan) dorongan untuk memberitahukan
orang lain.
2.Auslosung = (pelepasan) dorongan kuat dari kanak-kanak untuk
melepaskan kata-kata sebagai hasil peniruannya dengan orang lain.
3.Darstellung=(menyatakan) kanak-kanak ingin menyatakan segala
sesuatu yang menarik perhatiannya.
c. Jean Piaget
1.
Bahasa egosentris =
kepada dirinya sendiri.

melahirkan keinginan yang tertuju

100

2. Bahasa sosial

Psikologi Perkembangan

= untuk berhubungan dengan orang lain.

Di dalam praktik penggunaan atau fungsi bahasa tersebut


tidak selamanya terpisah tetapi kadang-kala ketiga-tiga fungsi
tersebut berfungsi secara serentak.
Seterusnya dengan tahap perkembangan bahasa kanakkanak, William Stern dan isterinya, membahagi menjadi 5 (lima)
tahap :
1.
Prastadium (umur 0;6 1;0), masih meraba-raba atau
keluar suara yang belum bererti, serta tunggal, terutama hurufhuruf bibir.
2. Masa pertama (umur 1;0 1;0), penguasaan kata yang belum
lengkap, (mem-mik dan lain-lain.
3. Masa kedua (1;6 2;0), adalah masa nama, maksudnya kanakkanak mula menyedari sesuatu itu ada nama. Kanak-kanak suka
bertanyakan nama. Contohnya, ada sesuatu benda dan fungsinya,
serta disusuli dengan menanyakan sifat benda tersebut.
4. Masa ketiga (umur 2;0 2;6), adalah stadium fleksi (flexio =
menafsirkan) iaitu kanak-kanak mula dapat menggunakan katakata yang dapat ditafsirkan atau kata yang sudah diubah. Kanakkanak sudah mampu menyusun kalimah yang pendek, ia juga
sudah dapat membandingkan. Sebagai contoh : mengapa? dari
mana? dan lain-lain.
5. Masa kanak-kanak keempat (umur 2;6 ke atas) = stadium
kanak-kanak
kalimah,
maksudnya
kanak-kanakdapat
merangkaikan punca kalimah dengan penjelasannya merupakan
kanak-kanak kalimah. Kanak-kanak sudah mampu bertanya
mengapa atau sebab akibat. Contoh : mengapa? Apa sebab? dan
lain-lain.
Seterusnya perkembangan bahasa kanak-kanak akan selalu
berkembang sejajar dengan sejumlah perbendaharaan bahasanya
yang sesuai dengan situasi terutama yang bersumberkan
ibubapanya, sekolah serta situasi lainnya.
Hal-hal yang perlu diperhatikan antaranya ialah :

Zaman Kanak-Kanak

101

Pada masa nama, biasanya kanak-kanak akan bertanya tentang


sesuatu dilihatnya atau sesuatu yang menarik hatinya. Ia tidak
segan dan tidak bosan bertanya, maka orang yang lebih tua dari
kanak-kanak itu tidak perlu bersikap negatif (bosan, dimarahi,
dicegah, dan lain-lain) kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut
merupakan pernyataan (exspressi) dari perkembangan psiko
kanak-kanak yang dinamik, ini sangat penting bagi kesihatan dan
kelancaran pertumbuhan dan perkembangannya.
Bagi kanak-kanak yang gagap dalam berbicara, hal ini
umumnya kerana kanak-kanak terlalu terburu-buru dalam
mengekspresikan perasaan dan fikirannya, tetapi perkembangan
mental kanak-kanak di sini lebih cepat daripada perkembangan
bahasanya. Kerana itu janganlah mempermainkan, mentertawakan,
menghina kerana dapat menimbulkan kesulitan atau gangguan
emosional yang serius pada diri kanak-kanak, yang mengakibatkan
pembantutan pada perkembangan jiwa kanak-kanak. Contoh :
rendah diri, kecemasan, ketakutan, konflik batin dan lain-lain.
Begitu juga terhadap kanak-kanak yang belum mampu
mengucapkan huruf secara fasih. Kanak-kanak ini harus dibimbing
secara baik dan benar.

5. Perkembangan Perasaan
Bagi kanak kanak, perkembangan perasaan adalah sangat cepat
dan besar, dan secara umumnya kanak kanak lebih beremosinal
jika di bandingkan dengan orang dewasa. Pandangan mereka juga
selalunya optimis, cepat merasa puas (terutamanya bagi kanak
kanak sekolah rendah) sehingga mereka cepat merasa senang,
gembira, sedih dan susah. Ada masanya kanak kanak dapat
merasai kesusahan atau masalah orang lain, mereka berusaha untuk
meneka, tapi dalam masa yang sama mereka cuba untuk
H. Birkenfeld dan Gazali mengkelaskan perasaan kanak kanak
kepada dua kategori iaitu:
1.
Perasaan peringkat biologi (jasmani) yang meliputi,

102

a)
b)
c)
2.
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Psikologi Perkembangan

perasaan yang berkait dengan pencernaan makanan,


pernafasan dan peredaran darah, contohnya rasa lapar, lelah,
kejang dan sebagainya
perasaan yang berkait dengan naluri (instint), contoh takut
dan sebagainya
Perasaan yang berkait dengan pancaindera seperti dingin,
panas, ngilu dan sebagainya
Perasaan peringkat rohaniah (dalaman) yang meliputi,
Perasaan intelek
Perasaan estesis
Perasaan etis
Perasaan keagamaan
Perasaan diri
Perasaan sosial

Huraian :
a)
Perasaan intelek : perasaan yang berkait dengan kerja
kerka intelek. Contohnya jika dapat menyelesaikan ujian
dengan baik, kanak kanak akan merasa gembira, jika
gagal melakukan sesuatu ujian, mereka akan merasa sedih
dan kecewa.
b)
Perasaan estesis : iaitu suatu perasaan yang dialami
apabila menganggap sesuatu itu bagus atau baik ataupun
buruk. Untuk menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk,
mestilah ada tahap tahap tertentu, yang dikenali sebagai
citarasa. Citarasa pula sering dipengaruhi oleh pembawaan,
umur, lingkungan, dan mood (perasaan) semasa. Seni pula
merupakan satu cara untuk membangkitkan keindahan.
c)
Perasaan etis : iaitu perasaan kesusilaan, di mana ia wujud
apabila seseorang itu hendak menilai baik atau buruk.
Tahap baik atau buruk yang ada pada diri seseorang
dipengaruhi oleh gerak hati. Walaupun demikian, faktor
lain yang mempengaruhi ialah pembawaan, umur, taraf
pendidikan, agama serta cara hidup.
d)
Perasaan keagamaan : perasaan yang disertai dengan

Zaman Kanak-Kanak

e)

f)

103

penghayatan keagamaan. Contohnya perasaan ikhlas,


tawakkal, malu, dan lain lain. Cara berkesan yang perlu
untuk mengembangkan perasaan ini ialah dengan
membiasakan kanak kanak tentang hal agama, melalui
motivasi, teladan, dan melalui institusi agama. Teknik awal
kanak kanak mengenal Tuhan ialah melalui bahasa, iaitu
melalui tanggapan yang mereka alami. Pada mulanya kanak
kanak mengenal Tuhan secara sederhana (mencampurkan
dengan manusia dan makhuk lain), namun setelah
mendapat bimbingan yang berterusan kanak kanak
mampu mengenal apa erti Tuhan yang sebenar.
Perasaan diri : perasaan yang berkait dengan diri sendiri.
Perasaan diri terbahagi kepada dua iaitu perasaan diri yang
positif (kemampuan diri sendiri) dan perasaan diri negatif
(tidak mampu menyesuaikan diri), contohnya sombong,
angkuh, malu, rendah diri dan sebagainya.
Perasaan sosial : iaitu perasaan yang wujud disebabkan
oleh pendapat dan pengalaman seseorang dengan individu
lain. Contohnya seperti perasaan rindu, cemburu, cinta,
hormat dan lain lain.

Seterusnya perkembangan perasaan kanak kanak akan berubah


secara berperingkat, yang mana bermula dari perasaan yann lebih
tertumpu kepada kepentingan diri sendiri. Ini dapat dijelaskan
seperti berikut :
Pada mulanya kanak kanak akan selalu mesra dan bersikap
subjektif (sukar di fahami), atau lebih sinonim dengan sikap egois,
iaitu sikap yang tertumpu kepada kepentingan diri sendiri. Ini
kerana kanak kanak masih belum mampu untuk mengenali diri
sendiri serta perangai mereka, tingkahlaku dan perasaan mereka
lagi.
Pada tahap berikutnya kanak kanak akan mengalami masalah
seperti kemusykilan (transisi), kanak kanak akan mula
memahami perasaan orang lain, namun perasaan dominasi

104

Psikologi Perkembangan

terhadap diri sendiri masih ada kerana itu mereka akan


mempertimbangkan antara perasaan subjektif dan objektif.
Perkembangan perasaan pada kanak kanak akan semakin baik
jika adanya keseimbangan antara perasaan dan sifat egosentrisnya
(sifat atau sikap mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan
kepentingan orang lain) dengan perasaan objektif yang ada. Kanak
kanak akan kerap meluahkan perasaannya, mudah berterus
terang akan apa yang mereka rasa. Ini menjadikan mereka lebih
gembira.
Setiap hari bagi kanak kanak biasanya bergerak cepat, juga
mudah berubah dengan pelbagai keadaan seperti kadang kadang
ketawa, menangis, dan seterusnya lagi.
Hai ini akan menjadikan ibu bapa merasa bosan serta bimbang
kerana mereka terpaksa melayan kerenah kanak kanak yang
sentiasa berubah sedangkan perasaan mereka sudah terkawal.
6. Perkembangan Fantasi
Fantasi dalam konteks psikologi membawa maksud kekuatan jiwa
untuk mencipta tanggapan tanggapan baru yang bersandarkan
kepada tanggapan tanggapan sedia ada (lama). Ianya di
kategorikan kepada dua jenis iaitu :
i.Fantasi terpimpin (pimpinan) ia wujud disebabkan adanya kesan
setelah memahami hasil ciptaan orang lain, iaitu melalui karya
ciptaan orang lain
i.Fantasi mencipta ia wujud secara semulajadi iaitu melalui
kekuatan (potensi) yang ada dalam diri sendiri tanpa di pengaruhi
oleh ciptaan orang lain.
Fantasi yang ada pada diri seseorang itu bersifat :
i.Menyeluruh, bebas dan tidak bergantung
i.Semulajadi tanpa disedari
i.Mudah berubah
v.Mencipta sesuatu yang baru
Menurut Charlotte Buhler, perkembangan fantasi bagi kanak

Zaman Kanak-Kanak

105

kanak dapat di kelaskan kepada tiga fasa iaitu :


1.
0 : 0 4 : 0 tahun masa bercerita struwelpeter, di mana
pada fasa ini kanak kanak gemar kepada cerita cerita nakal,
seperti berambut panjang, pakaian yang selekeh, kuku panjang,
mereka juga tidak menghiraukan keadaan persekitaran, atau lebih
kepada mementingkan diri sendiri.
2.
4 : 0 8 : 0 tahun masa cerita khayalan, pada fasa ini pula
kanak kanak banyak dipengaruhi oleh daya khayalannya, dan
mereka menganggap apa yang di khayalkan itu adalah situasi yang
sebenar. Contoh cerita dongeng atau cerita khayal yang digemari
seperti (dongeng kancil, raksasa, kanak dan lain lagi). Walaupun
cerita tersebut sering kali diulang, mereka tidak merasa bosan dan
jemu, malah mereka akan menegur sekiranya ada kesalahan dalam
cerita tersebut.
3.
8 : 0 12 : 0 tahun masa cerita realistik, dimana pada masa
ini kanak kanak sudah mula suka kepada cerita cerita yang
nyata (pahlawan, sejarah, biologi dan sebagainya). Pada masa ini
kanak kanak sudah kurang dipengaruhi fantasi mereka kerana
mereka sendiri sudah mampu menilai mana yang realiti dan
fantasi.
Ada sesuatu yang berkait rapat dengan fantasi kanak kanak iaitu
kanak kanak sering melakukan penipuan fantasi iaitu tipu yang
dibuat secara tidak sengaja kerana mereka masih belum mampu
untuk membezakan antara yang salah dan betul. Mereka juga
menipu bukannya untuk tujuan tertentu.
Hal tersebut berlaku kerana kanak kanak belum boleh
membezakan antara tanggapan ingatan dan tanggapan fantasi iaitu
khayalan, atau disebabkan tindakan menolak, takut, daya ingatan
kurang kuat, malu, sugesti(cadangan, anjuran, saran) dan lain
lain lagi.
Dalam menangani masalah perkembangan fantasi kanak kanak
ini ada dua falsafah yang berbeza iaitu ; Dr. Maria Montessori dan
Friedrich Wilhem Agust Frobel (Jerman 1782 1852).

106

Psikologi Perkembangan

Dr. Montessori : berpendapat bahawa perkembangan fantasi kanak


kanak haruslah dibatasi, bermaksud tidak boleh terlalu bebas
kerana jika fantasi tidak dibatasi ia boleh mempengaruhi
kemandirian kanak kanak, lazimnya kanak kanak akan khayal
dengan dunia fantasinya.
Frobel : sebaliknya berpendapat bahawa fantasi kanak kanak
harus diberikan kebebasan sepenuhnya, tidak perlu di batasi kerana
dengan cara berfantasi ia akan memberikan kepuasan kepada
kepada kanak kanak itu. Dengan kepuasan ini, jiwa kanak
kanak akan menjadi lebih sihat dan daya kreatif mereka lebih
tinggi.
Berpandukan dua pendapat yang berbeza ini, dapatlah disimpulkan
bahawa : perkembangan fantasi kanak kanak mestilah diberikan
kesempatan dan perlu juga dilatih. Untuk memastikan kanak
kanak tidak terlalu hanyut dengan dunia khayalannya, latihan
perkembangan fantasi perlu dibatasi namun tidak terus disekat
sepenuhnya.
7. Perkembangan Sosial Kanak kanak
Sesetengah falsafah beranggapan bahawa perkembangan sosial
mula wujud sejak kanak kanak itu lahir, buktinya semasa lahir
kanak kanak yang menangis menunjukkan proses mengadakan
komunikasi atau perhubungan dengan orang lain. Contoh lain
seperti mereka meraba atau merasa, tersenyum apabila
memperolehi rangsangan dan teguran dari luar.
Charlotte Buhler membahagikan peringkat perkembangan kanak
kanak kepada empat (4) peringkat iaitu :
Peringkat pertama : bermula umur 0 : 4 / 6 : 0 tahun, kanak-kanak
mula menunjukkan reaksi positif terhadap orang lain. Antaranya
tertawa kerana mendengar suara orang lain. Kanak-kanak
menyambut pandangan orang lain dengan membalas pandangan

Zaman Kanak-Kanak

107

dan lain-lain.
Peringkat kedua : wujud rasa bangga dan gembira yang terpancar
dalam gerakan dan tingkah lakunya, jika kanak-kanak tersebut
dapat mengulangi yang lainnya. Contoh : Kanak-kanak yang
berebut benda atau mainan, jika menang dia akan merasa gembira
Peringkat ini biasanya bermula ketika usia kanak-kanak lebih
kurang 2 tahun ke atas.
Peringkat ketiga: Jika kanak-kanak telah berumur lebih kurang 2
tahun, mula timbul perasaan simpati (rasa setuju) dan rasa antipati
(rasa tidak setuju) kepada orang lain, baik yang sudah dikenali atau
belum.
Peringkat keempat: ketika akhir tahun kedua, kanak-kanak telah
menyedari akan perhubungannya dengan anggota keluarga, timbul
keinginan untuk turut serta dalam aktiviti kekeluargaan itu.
Seterusnya kerana kanak-kanak telah mempunyai banyak
pengalaman sosial, kadang kala timbul kesukaran bagi ibu bapa
untuk mengawal mereka. Kanak-kanak sudah mula memberontak,
melawan (mempertikai).
Ada satu satu ketika dimana kanak-kanak menjadi mudah keras
kepala, cemburu, dan lainnya, kerana pada ketika itu sudah
bercampur dengan kegoyahan pertama (footzalter ) pada diri
kanak-kanak, iaitu ketika berumur lebih kurang 3 : 0 / 0 : 4 tahun.
Perkembangan sosial ini akan berlanjutan sesuai dengan
pengalamannya, sehingga kanak kanak sudah sedia untuk
bergaul dengan yang lain secara baik dan wajar.
Arnold Gessel, menyatakan hasil kajiannya dalam masalah ini,
iaitu :
0:2
0:3

= tersenyum, memandang orang lain.


= tersenyum kembali, mengeluarkan pelbagai suara

108

Psikologi Perkembangan

sebagai jawapan atau rangsangan dari luar.


0 : 4 = menangis, menolak sebagai tanda tidak setuju kepada
orang yang mengadakan / membuat komunikasi.
0 : 5 = mengikut dengan gerakan mata / terhadap gerakan orang
yang sedang lalu lalang.
0 : 6 = memberikan reaksi terhadap orang yang marah atau
orang yang ramah.
0 : 7 = mula aktif mengadakan komunikasi, ia cuba
mengadakan
perbuatan baik dalam bentuk gerakan atau suara-suara.
0 : 8 = boleh bermain, sembunyi-sembunyi (ciluk-ba) ia mampu
memanggil ; mama, papa, adik, dan lain-lain.
0 : 9 = mencuba menarik perhatian orang dewasa.
1 : 0 = mula memahami akan isyarat-isyarat yang sederhana
contoh : bye-bye dengan melambaikan tangan, atau
menunjuk dengan satu jari dan lain-lain.
8. Perkembangan Moral
Menurut Robert J. havighurst, moral yang bersumber dari
wujudnya suatu tata nilai adalah a value is an object estate or
affair wich is desired (tata nilai adalah suatu objek rohani atas
suatu keadaan yang diinginkan).
Maka keadaan atau potensi internal kejiwaan seseorang
untuk mampu melakukan hal-hal yang baik, sesuai dengan nilainilai (value) yang diinginkan itu disebutnya sebagai moral.
Dengan demikian perkembangan moral seseorang itu berkait
rapat dengan perkembangan sosial kanak-kanak, disamping
pengaruh kuat dari perkembangan fikiran, perasaan serta
kemahuan atas hasil tanggapan dari kanak-kanak.
Contoh : wujudnya komunikasi dengan orang lain, pada
gilirannya akan wujud pula rasa untuk saling menghargai, saling
tolong-menolong, dan lain-lain.

Zaman Kanak-Kanak

109

Bagi seseorang kanak-kanak perkembangan moral itu akan


dikembangkan melalui pengisian sumber jasmaniah (dorongan
nafsu fisiologi), untuk seterusnya dipolakan melalui pengalaman
dalam situasi keluarga, sesuai dengan nilai-nilai yang
dilakukannya. Maka di sinilah sebenarnya tempat perananan utama
bagi orang-orang yang paling dekat atau akrab dengan kanakkanak (terutama ibu) dalam memberikan dasar-dasar pola
perkembangan moral kanak-kanak yang berikutnya.
Walaupun nilai-nilai (selain nilai fisiologi) bagi seorang
kanak-kanak, perkembangan berikutnya akan selalu berada sejajar
dengan nilai-nilai yang menjadi pokok tadi.
Berkaitan perkembangan moral kanak-kanak yang
disesuaikan dengan value/tata nilai yang wujud dapat dijelaskan
seperti berikut :
1;0 4;0
= ukuran baik dan buruk bagi seorang kanak-kanak
itu bergantung dari apa yang dikatakan oleh orang tua. Walaupun
kanak-kanak ketika kitu belum tahu benar hakikat atau perbezaan
antara yang baik dan yang buruk. Kerana ketika itu kanak-kanak
belum mampu menguasai dirinya sendiri.
4;0 8;0
= ukuran tata nilai bagi seorang kanak-kanak adalah
dari yang lahir (realiti).Kanak-kanak belum mampu menafsirkan
hal-halnya yang tersirat dari sesuatu perbuatan, antara perbuatan
disengaja atau tidak, kanak-kanak belum mengetahui, yang ada
nilai hanyalah kenyataannya, (dari sebab perbuatan tadi). Contoh :
kanak-kanak akan tetap menilai salah terhadap orang yang
memecahkan 20 buah gelas (1dozen), walaupun tidak disengaja.
Tetapi kanak-kanak tadi akan memahami, terhadap seorang yang
hanya memecahkan 1 (satu) gelas, walaupun disengaja.
8;0 13;0 = kanak-kanak sudah mampu mengenal ukuran baik,
buruk secara batin (tidak nyata) meskipun masih terbatas, iaitu
kanak-kanak sudah mampu menghargai pendapat atau alasan dari
perbuatan orang lain. Kanak-kanak mula mampu menghormati

110

Psikologi Perkembangan

terhadap orang lain yang patuh, taat atau sebaliknya. Di sinilah


kanak-kanak mula mampu mengendalikan dirinya sendiri,
walaupun dalam terbatas juga.
13;0 19;0 = seorang kanak-kanak sudah mula benar-benar
sedar dengan tata nilai kesusilaan (value). Kanak-kanak akan patuh
atau melanggar berdasarkan kefahamannya terhadap konsep tata
nilai yang diterima. Pada ketika ini kanak-kanak benar-benar
berada pada keadaan mampu mengendalikan dirinya sendiri.

9. Masalah Permainan
1. Pengertian Permainan
Permainan adalah suatu perbuatan yang mengandungi keseronokan
dan dilakukan atas kehendak diri sendiri, bebas tanpa paksaan
dengan bertujuan untuk memperoleh kesenangan ketika
mengadakan kegiatan tersebut.
Permainan amat penting bagi perkembangan jiwa kanakkanak. Oleh kerana itu perlu kiranya bagi kanak-kanak untuk
diberi kesempatan dan panduan di dalam kegiatan permainannya.
Secara fungsional kegiatan bermain dan bekerja mempunyai
perbezaan cukup ketara, sebab bekerja itu lebih diarahkan kepada
hasil yang akan dicapai, di samping adanya keterikatan yang lebih
ketat daripada sebuah permainan.
Dua hal kegiatan kanak-kanak iaitu bermain dan bekerja
dapat dibezakan sebagai berikut :
Bermain

= a) sifatnya bebas (tidak terlalu terikat oleh syarat).


b) tidak berorientasi hasil, tujuannya hanya
kesenangan dan bermain.
c) hasilnya (kesenangan) ada dalam kegiatan itu.
d) hakikatnya untuk kanak-kanak.

Zaman Kanak-Kanak

Bekerja

111

= a) sifatnya terikat oleh syarat-syarat tertentu.


b) berorientasi pada hasil (terutama kepuasan
materi) gagal atau berhasilnya menjadi masalah
yang penting.
c) hasilnya ada di luar kegiatan, iaitu setelah
kegiatan tersebut selesai.
d) hakikatnya bagi orang dewasa.

Dalam perkembangan nanti, pada gilirannya permainan bagi


seorang kanak-kanak suatu saat dapat berubah menjadi kegiatan
bekerja (bagi orang dewasa), jika kegiatan permainan tersebut
sudah berubah orientasinya, iaitu berorientasi kepada pencapaian
hasil.
2. Macam Permainan
Menurut sifatnya permainan boleh dibezakan :
a. Permainan gerak atau disebut juga permainan fungsi iaitu :
permainan yang dilaksanakan kanak-kanak dengan gerakangerakan, dengan tujuan untuk melatih fungsi organ tubuh
melatih pancaindera. Contoh : kanak-kanak melemparlemparkan benda, menggerak-gerakkan kaki serta meramasramas benda, dan lain-lain.
b Permainan fantasi atau perananan, iaitu seorang kanak-kanak
melakukan permainan kerana dipengaruhi oleh fantasinya. Ia
memeranankan suatu kegiatan, seolah-olah benar. Contoh :
bermain kereta-kereta dengan nenterbalikkan kerusi
berperananan sebagai sebagai ayah, ketua dan lain-lain.
c
Permainan receptive (menerima), iaitu kanak-kanak
mengadakan permainan berdasarkan atas rangsangan melalui
luar baik melalui berita, atau gambar serta kegiatan lain yang
selalu dilihat oleh kanak-kanak. Contoh : sering melihat
gambar/TV, tidak mahu mandi seperti cerita yang ia terima,
dan lain-lain.

112

Psikologi Perkembangan

d. Permainan bentuk iaitu kanak-kanak mencuba membentuk


(konstruksi) suatu karya atau turut merosak (destruktif) suatu
karya yang ada, kerana ingin tahu atau ingin mengubahnya.
Permainan ini ada tahapnya :
1.
Membuat sesuatu, tetapi belum mampu memberi nama.
2.
Membuat sesuatu, dan mampu memberi nama.
3.
Menentukan dan membuat nama dahulu, sebelum membuat
sesuatu.
4.
Membuat sesuatu, sudah lengkap agak menyerupai dengan
keadaan bentuk
sebenarnya yang dikehendaki.
3. Teori-teori Permainan
a. Teori Atavistis (Keturunan)
Diajukan oleh Stanley Hall ; bahawa permainan yang dilakukan
kanak-kanak adalah warisan, dari kebiasaan nenek moyang yang
bersifat turun-temurun, dengan demikian kegiatan tersebut hanya
merupakan pengulangan kembali dari yang dilakukan nenek
moyang sejak berabad-abad lalu. Teori ini berdasarkan pada teori
rekapitulasi.
b. Teori Pengosongan
Diajukan oleh Herbert Spancer ; dikatakan bahawa
kegiatan bermain dilakukan kerana kanak-kanak memiliki
kelebihan tenaga sebab jika tidak dilepaskan atau dikosongkan
adanya kelebihan tenaga itu, akan mengganggu kejiwaan kanakkanak. Maka cara menghilangkannya dengan melakukan gerakan
dan bermain-main.

Zaman Kanak-Kanak

113

c. Teori Pemulihan Tenaga (Recreasi)


Dianjurkan oleh Schaller dan Lazarus diungkapkan bahawa
setelah seseorang mengadakan kegiatan maka dia merasa letih
kerana banyak tenaga terbuang, kemudian menumpukan tenaganya
untuk dipulihkan kembali melalui dua cara iaitu :
1.Cara pasif
2.Cara aktif

= dengan tidur, istirehat.


= dengan melakukan permainan.

d. Teori Persediaan
Disampaikan oleh Karl Groos dan disokong pula oleh Maria
Montessori, pendapat ini mengatakan : kanak-kanak bermain itu
suatu pendapat untuk keperluan kehidupannya kelak.
e. Teori Menurut Ilmu dan Jiwa Dalam
Yang mengemukakan teori ini adalah S. Freud dan Adler,
dikatakannya bahawa permainan adalah merupakan dorongan
kejiwaan sebagai ekspresi dari keinginannya untuk menang dan
berkuasa. Sehingga permainan adalah panduan untuk menyalurkan
kompleks-kompleks terdesak yang ada pada bawah sedar dalam
jiwa seseorang.
4. Tingkatan Permainan Kanak-kanak
Secara amnya permainan kanak-kanak melalui peringkat :
a.
Umur 0;0 1 ;0
Kanak-kanak bermain dengan diri sendiri menggunakan
kaki, tangan, suara, kemudian alat permainan.
b.
Umur 1;0 2;0
Kanak-kanak bermain dengan meniru sesuatu.
c.
Umur 2;0 3;0
Kanak-kanak bermain sendiri tetapi ada dorongan untuk
bersama orang lain.

114

d.
e.
f.
g.

Psikologi Perkembangan

Umur 3;0 5;0


Bermain bersama orang lain, dalam status yang sama.
Umur 5;0 6;0
Bermain bersama di bawah pimpinan seseorang di antara
kawannya, meskipun sering terjadi perselisihan.
Umur 6;0 8;0
Kanak-kanak dapat bersandiwara, dengan suatu cerita yang
teratur,ia turut tunduk kepada pimpinannya.
Umur 8;0 12;0
Kanak-kanak sudah suka bermain yang mengandungi
ketelitian serta perlu kecardasan dan keterampilan.

10. Perkembangan Keseragaman Kanak-kanak


Sebenarnya potensi keseragaman bagi seorang kanak-kanak telah
ada semenjak kanak-kanak lahir ke dunia, ia memiliki fitrah
untuk beriman kepada Tuhan. Hanya persoalannya usaha
pengembangan serta pemeliharaan potensi (perasaan religious)
tersebut yang ada pada seseorang. Maka di sinilah perananan
utama ibu bapa di dalam mengembangkan potensi keseragaman
kanak-kanak.
Athur T. Jersild dan kawan-kawannya dalam The
Psychology of Adolescence mengatakan bahawa ; biasanya orang
atau kanak-kanak beragama itu disebabkan ibu bapanya beragama,
atau kerana meniru ibu bapanya beragama.
Biasanya sebelum umur lebih kurang 4 tahun kanak-kanak
belum menyedari perasaan sebenar ketuhanan (keagamaan). Tuhan
bagi kanak-kanak masih dalam fantasi atau gambarannya
disamakan
dengan
makhluk/manusia
lainnya
(anthrophomorphonisme); contoh : kanak-kanak sering
menanyakan rumahnya di mana? Tuhan anaknya berapa? dan lainlain.

Zaman Kanak-Kanak

115

Oleh kerana itu pengembangan perasaan ketuhanan kanakkanak dapat dimulakan sedini mungkin melalui tanggapan, dan
bahasa kanak-kanak. Mula-mula kanak-kanak mungkin akan selalu
kagum terhadap ibu bapanya yang selalu sayang dan lain-lain. Hal
tersebut amat penting untuk pembinaan kejiwaan kanak-kanak,
untuk membawa kepada pemahaman, kekaguman terhadap yang
lebih sayang lagi, maha kasih, maha sayang iaitu Tuhan Allah
SWT.
Pembinaan berikutnya kanak-kanak harus dibiasakan untuk
mengikuti melakukan kegiatan keagamaan atau dibiasakan dalam
suasana keagamaan, yang sudah tentu kesemuanya diiringi dengan
contoh atau teladan yang baik. Pada peringkat berikutnya baru
kanak-kanak diberi pengertian dengan ajaran atau norma-norma
keagamaan supaya dipatuhi secara baik. Dalam hal yang berkaitan
dengan ketaatan dan kepatuhan seseorang terhadap suatu sistem
nilai, termasuk nilai-nilai keagamaan. L. Kohlberg, secara teori
mengemukakan, bahawa seseorang dalam mengikuti tata nilai
supaya menjadi insan kamil itu melalui 6 (enam) stadium
(peringkat) iaitu :
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Tahap 6

mematuhi peraturan untuk menghindari hukuman


kanak-kanak bersikap konformis untuk memperoleh
hadiah agar dipandang sebagai orang yang baik.
kanak-kanak bersikap konformis untuk menghindari
celaan orang lain agar disenanginya.
kanak-kanak bersikap konformis untuk menghindari
hukuman yang diberikan bagi beberapa tingkah
laku tertentu dalam kehidupan bersama.
konformitas kanak-kanak sekarang dilakukan
kerana memerlukan kehidupan bersama yang diatur.
melakukan konformitas tidak kerana perintah atau
norma dari luar, melainkan kerana keyakinan diri
sendiri untuk melakukannya.

116

Psikologi Perkembangan

Dari teori tersebut dapat difahami, jika ada seorang kanakkanak yang taat beragama baru sampai pada peringkat kerana takut
pada ibu bapa, guru agama, ingin penghargaaan, dipuji, dan lainlain. Tidak perlu terburu-buru untuk memarahi, atau menghina,
tetapi sebaiknya harus dibimbing terus supaya sampai pada
peringkat kesedaran dirinya di dalam melakukan kegiatan
keagamaan.

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution.
Chiam, H.K., & Ng, S.N. 1982. The self-concept and achhievement for two age
tahaps. Jurnal Pendidikan 9: 95-99.
Corey, G. 1994. Teori and practice of group counseling. Pacific Grove,
California: Brooks/Cole Publishing Company
Crow, L.D. (1980). Psikologi Pendidikan untuk perguruan.Kuala Lumpur :
Dewan bahasa dan Pustaka
Feist, J. (1985). Theories of Personality. New York: Holt, Rinehart &
Winston.
Feist, J.(1994). Theories of Personality. Madison: Brown and Benchmark Pud.
Fitts, W.H. 1965. The Tennessee Self-Concept Scale Manual. Nashville.
Conselor Recordings and Test
Field, T., 1991. Mothers, adolescent and their young children. In R.M. cerner,
A.C. Peterson & J. Brooks-Gunn, Encyclopedia of Adolescence.
Ford, H.L. (1986). Motivation Humans. London: Sage Publication.
Freud, N. and Gault, H. (1984). Disruptive Behavior In Schools. New York:
John Wiley & Sons
Jas Laile Suzana Jaafar, (2000). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Zaman Kanak-Kanak

117

Jerald Greenberg dan Robert A.Baron. (1997). Behavior in Organization. Edisi


ketujuh Prentice-Hall, Inc, New Jersey
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An
Introduction. Boston:

7
Zaman Awal Persekolahan
Azizi Yahaya

PENGENALAN
Bermula pada umur 6 tahun, pertumbuhan fizikal kanak-kanak
berlaku secara seimbang. Pertumbuhan ini menyebabkan kanakkanak untuk menyeimbangkan penguasaan badan. Pertumbuhan
fizikal yang baik mempengaruhi perkembangan psikologi kanakkanak.
Ketika usia ini ini, kanak-kanak sudah matang untuk
melayari alam persekolahan walaupun pemilihan mencari kanakkanak yang mempunyai pemikiran yang matang sering dilakukan.
Ciri-ciri kematangan dalam hal ini meliputi
1.
kanak-kanak mampu bergaul dengan rakan-rakan seusia
dengannya, serta tidak lagi bergantung kepada ibunya untuk
melakukan sesuatu perkara.
2.
kanak-kanak mengetahui akan kepentingan orang lain di
sekitarnya. Bagi Indonesia, umur yang telah ditetapkan
untuk berada dialam persekolahan adalah seawal usia 7
tahun.
3.
mampu berfikir secara jelas tentang sebarang benda atau
perkara yang dilihat dengan jelas.
Perkembangan jiwa kanak-kanak
digambarkan seperti berikut:

di

alam

persekolahan

Psikologi Perkembangan

a)

b)

c)

d)

e)

f)

119

mempunyai keinginan yang mendalam terutamanya berkaitan


dengan perkembangan intelektual kanak-kanak. Biasanya ia
dinyatakan dalam bentuk persoalan atau melakukan
percubaan.
Tenaga yang berlabihan sehingga kadang kala kanak-kanak
tidak mempedulikan keadaan dirinya yang letih atau penat.
Akibat penggunaan tenaga yang banyak dapat menjadikan
kanak-kanak lebih berkemampuan dan terdorong untuk
belajar.
Pergaulan di kalangnan kanan-kanak berkembang dengan
cepat, kanak-kanak lebih mementingkan rakan sebayanya
jika dibandingkan dengan ibu bapa mereka sendiri. Ini
kerana kanak-kanak ini mempunyai ramai pengaruh dari
rakan-rakan sebayanya.
Mampu berfikir secara abstrak sehingga membolehkan
kanak-kanak tersebut menerima hal-hal seperti teori-teori
atau peraturan-peraturan tertentu
Minat terutamanya menjurus kepada kesukaan dirinya
(contohnya gemar bermain gitar, memelihara binatang dan
lain-lain) mengakibatkan kanak-kanak mengabaikan aktiviti /
proses-proses pembelajarannya.
Berlakunya penindasan perhatian kanak-kanak lebih
kepada dunia luar, kanak-kanak belum memahami perasaan
orang. mengakibatnya berlaku penindasan terhadap orang
lain. Walaubagaimanapun penindasan ini bukanlah suatu
yang teruk kerana kanak-kanak belum menyedari tindakan
yang mereka lakukan. Tingkahlaku ini biasanya dihalakan
kepada orang yang diejek, orang yang lemah, memiliki
kekurangan dan terhadap binatang.

Pada zaman persekolahan kanak-kanak ini sebenarnya mengalami


peningkatan arah tujuan yang berkaitan:
1.
kenyataan: kenek-kenak mempunyai sikap yang
bersungguh kepada realiti kehidupan
2.
adab : ikhlas terhadap adab meskipun dalam keadaan acuh
tidak acuh.

120

Zaman Awal Persekolahan

Sikap-sikap merupakan dasar kepada pembesaran kanak-kanak.

1.

Alam persekolahan

Perkembangan kanak-kanak lebih cepat pada alam persekolahan


ini mengakibatkan institusi keluarga sendiri tidak mampu memberi
kemudahan untuk mengembangkan kebolehan kanak-kanak. Ini
dapat dilihat terutamanya dari segi kebolehan berfikir kearah
kemodenan dan ini mengakibatkan perlunya satu situasi sosial
yang baru dan lebih meluas seperti sekolah bagi mengembangkan
segala kebolehannya.
Selain itu, faktor persekitaran sekolah memberi pengaruh
yang sangat besar kepada kanak-kanak dalam pergaulan sosial.
Faktor persekitaran sekolah meliputi aspek-aspek peraturan
sekolah, pandangan guru, disiplin, cara pembelajaran, pergaulan
dan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak. Contohnya
kanak-kanak boleh belajar secara sistematik, dapat bergaul dngan
rakan-rakan, boleh bermain dan berjenaka bersama. Pengalamanpengalaman ini dapat memberi pengaruh yang besar dalam
perkembangan kanak-kanak.
Ketika berusia 3-5 tahun, kanak-kanak bergantung kepada
keluarga semata-mata. Selepas umur tersebut, kanak-kanak cuba
menerokai dunia baru dan mula bergaul dengan individu lain selain
daripada ahli keluarganya.
Kebolehan penghayatan emosi
mempengaruhi sehingga berumur 3-5 tahun diikuti dengan
penghayatan yang lebih rasional, di mana kanak-kanak menjadi
seorang yang bermatlamat. Gambaran pengertian terhadap dunia
menjadi semakin lengkap kerana kanak-kanak sudah tidak terlalu
subjektif. Perubahan ini adalah menuju kepada tujuan dan prestasi.
Jika sebelum ini hubungan dengan objek ditentukan oleh aktiviti
bermain, mulai umur ini timbul kesedaran bahawa dirinya mampu
menghasilkan prestasi dengan memanipulasikan benda-benda di
persekitaran.
Pada zaman persekolahan ini, kehidupan dengan

Psikologi Perkembangan

121

mementingkan keperluan diri sendiri berubah kepada sikap


zakelijk dan perbuatan berdasarkan pengalaman. Dan ketika
berumur 13-14 tahun, sikap tersebut menjadi logik rasional. Emosi
kanak-kanak semakin berkurang namun intelek dan akal, budi
(rasional, fikiran) menjadi semakin ketara dan minat terhadap
dunia menjadi semakin meluas.
Pada ketika ini, kanak-kanak tidak lagi dipengaruhi oleh
dorongan-dorongan endogen atau dorongan yang mendadak dari
dalaman dalam melakukan perbuatan dan pemikiran, tetapi
banyak dirangsang oleh rangsangandari luar. Kanak-kanak ini
mula menjadi individu yang percaya kepada diri sendiri dan
berhasrat mempelajari dan menguasai dunia secara bermatlamat.
Aktiviti ini memerlukan banyak ilmu pengetahuan mengakibatkan
kanak-kanak ini sering bertanya, meminta bimbingan dan banyak
menimba ilmu pengetahuan.
Pergaulan yang terhad sebelum ini, mengakibatkan kanakkanak kini memasuki alam persekolahan yang mempunyai sistem
sosial yang lebih luas dan mempunyai keadaan yang amat berbeza.
Di sekolah, kebudayaan dan cara hidup akan diterapakan supaya
kanak-kanak mampu mempelajari jenis-jenis kebudayaan dan
seterusnya mampu untuk menyesuaikan diri dengan peraturan
social persekitaran sekolah.
2.

Kategori Pemikiran

A.
Menurut Meuman
Meuman membahagikan pemikiran kepada 3 iaitu:
1) Tempoh berkaitan khayalan/ angan-angan 7-8 tahun. Pada
ketika ini pemikiran kanak-kanak masih menyeluruh.
Pemikirannya belum dapat dilihat dengan jelas. Pemikiran yang
kurang jelas ini ini akan digabungkan dengan khayalan dan
mengakibatkan berlakunya penggabungan khayalan.
2) Tempoh analisis: 8-12 tahun. Pada ketika ini, kanak-kanak
mampu membezakan sifat-sifat dalam mengenalpasti sesuatu

122

Zaman Awal Persekolahan

walaupun hugungan antara perkara itu belum jelas secara


keseluruhannya. Khayalan mula berkurang dan bertukar kepada
pemikiran yang nyata.
3) Tempoh logik : 12 tahun ke atas . pada ketika ini kanakkanak dapat berfikir secara logik, pengertian dan kesedarannya
menjadi semakin sempurna.

B.
Menurut William Stern
Stern membahagikan pemikiran kepada empat iaitu:
1) Tempoh mengenali benda: 8 tahun pemikiran masih secara
menyeluruh di samping gambaran yang smar-samar dan dapat
membezakan perkara-perkara tertentu seperti manusia dan haiwan.
2) Tempoh mengenali perbuatan : 8 hingga 9 tahun- pada ketika
ini kanak-kanak memperlihatkan perbuatan manusia dan haiwan.
3) Tempoh mengenali perhubungan: 9 hingga 10 tahun.- kanakkanak mula mengenal perhubungan antar waktu, tempat dan sebab
akibat.
4) Tempoh mengenal sifat : 10 tahuin dan keatas kanak-kanak
mula menganalisis pemikirannya sehingga ia mengenal sifat-sifat
benda manusia dan haiwan.

C.
Menurut Osward Kroh
Osward mebahagikan pemikiran kepada empat peringkat
i

ii

Penggabungan imaginasi : 7-8 tahun. Pemikiran


masih dipengaruhi oleh khayalan dan kenyataan
dikaitkan dengan imaginasi
Tempoh fahaman berdasarkan kenyataan secara
bersahaja. 8-10 tahun. Semua yang difikirkan

Psikologi Perkembangan

iii

iv

123

diterima begitu sahaja tanpa gangguan atau kritikan.


Tempoh ini juga disebut tempoh mengumpulkan
ilmu pengetahuan.
Tempoh fahaman berdasarkan kenyataan secara
kritis. 10-12 tahun pada umur ini kanak-kanak
mula berfikir secara kritis dan mula mencapai tahap
berfikir secara abstrak
Tempoh berasaskan pandangan orang atau pihak
yang melihat dan menilai. 12-14 tahun. kanakkanak berpaling kepada dunianya sendiri.
Perhatiannya ditujukan kepada dirinya sendiri.
Kehidupannya mula merasa gelisah, ragu-ragu,
timbul rasa malu dan beremosi.

Jika diperhatikan fasa-fasa pemkiran yang telah dikemukakan di


atas, ternyata banyak persamaannya. Secara amnya rumusan yang
boleh dibuat adalah seperti berikut:
Ketika kanak-kanak bersekolah perkembangan pemikiran
merupakan perubahan daripada pemikiran yang menyeluruh
kepada pemikiran yang lebih spesifik, menerima tanpa mengkritik
ke arah kefahaman dan dari alam khayalan ke alam reality.

3.

Perkembangan Imaginasi

Sejak kanak-kanak 5 atau 6 tahun, perhatiannya mula ditujukan ke


dunia luar, ke alam reality. Tetapi bukan beerti imaginasinya
hilang malah masih terus kekal. Imaginasi yang sentiasa wujud itu
mencari bidang saluran seperti hiburan daripada pembacaan bukubuku, mendengar cerita dan melakukan sesuatu.
a) Tempoh Imaginasi
Setelah kanak-kanak mengalami tempoh keegoan, imaginasinya
akan mengalami perkembangan melalui tempoh masa berikut:

124

ii

iii

b)

Zaman Awal Persekolahan

Tempoh dongeng : 4-8 tahun. Tempoh ini bertepatan


waktunya dengan perkembangan kanak-kanak ke arah
kenyataan kanak-kanak gemar mendengarkan cerita-cerita
kehidupan seperti yang lucu, kanak-kanak yang pengotor,
kanak-kanak yang malas dan sebagainya. Ketika ini juga
kanak-kanak gemar kepada cerita raja-raja, pemburu yang
kejam, raksasa dan sebagainya.
Tempoh robinson crusoe : 8-12 tahun. Ketika ini kanakkanak mengalami fahaman atau pendidikan yang
berdasarkan kenyataan secara bersahaja. Kemudian kanakkanak memasuki tempoh berfikir secara kritis, iaitu tempoh
di mana kanak-kanak tidak menyukai lagi cerita dongeng
sebaliknya lebih menyukai cerita yang masuk akal seperti
perjalanan.
Tempoh pahlawan : 12-15 tahun kanak-kanak suka
membaca buku-buku perjuangan, karya orang kenamaan
dan yang pernah terjadi. Lama-kelamaan khayal;an
ilusionistik, iaitu khayalan yang terikat pada tanggapan
kenangan dan khayalan bergabung dengan maju dan cepat.
Kebaikan imaginasi
i Imaginasi boleh digunakan sebagai hiburan
ii Imaginasi dapat memudahkan kanak-kanak untuk
menerima pelajaran
iii Imaginasi membentuk budi pekerti kanak-kanak.
Apabila membaca atau menonton filem yang baik,
kanak-kanak akan terdorong untuk berbuat seperti apa
yang dibaca dan dilihat
Keburukan
i Kanak-kanak sering terpengaruh dalam dunia
imaginasi dan suka mengelamun.
ii Kanak-kanak takut untuk menghadapi kenyataan. Ia
menjadi seorang yang pemalu atau menjadi peramah
di kalangan rakan-rakannya.

Psikologi Perkembangan

4.

125

Perkembangan Fikiran Dan Ingatan

Pada kebiasaanya, pemikiran kanak-kanak ketka di sekolah rendah


berkembang secara beransur-ansur dan perlahan. Kanak-kanak
betketika ini betul-betul berada dalam situasi pembelajaran. Di
samping keluarga, sekolahmemberikan pengaruh yang sistematik
terhadap pembentukan akal budi kanak-kanak dan pengetahuan
bertambah secara pantas. Pelbagai kemahiran mula dikuasai,
perkara-perkara yang menjadi kebiasaan mula berkembang.
Keinginan untuk mengetahui perkara yang sebenar mendorong
kanak-kanak untuk mencuba dan meniliti perkara yang diinginkan.
Minat kanak-kanak pada tempoh atau tingkah laku tersebut
terutama sekali merujuk kepada segala sesuatu yang bergerak.
Kanak-kanak pada usia ini sangat aktif dan segala sesuatu yang
aktif dan bergerak akan menarik minat perhatian kanak-kanak.
Semakin banyak yang dilakukan, semakin berguna aktiviti tersebut
dalam meningkatkan perkembangan peribadi kanak-kanak.
Ingatan kanak-kanak pada usia 8-12 tahun mencapai
kesungguhan paling tinggi dan kuat. Daya menghafal dan daya
ingatan adalah paling kuatdan mampu mengingat dalam kuantiti
yang banyak.
Kehidupan khayalan mengalami perubahan pentig pada
usia 8-9 tahun. Kanak-kanak sekali sekala menyukai cerita-cerita
dongeng seperti Timun Emas, Bawang Putih Bawang Merah,
Malin Kundang, Lara Jonggrang dan lain-lain. Unsur-unsur yang
menarik dan unik menarik minat kanak-kanak dan akhirnya unsure
penilaian dan kritikan mula timbul.
Kanak-kanak kini
menginginkan peristiwa tersebut benar-benar terjadi atau memang
terjadi. Oleh sebab itu, kanak-kanak menyukai cerita-cerita
kepahlawanan.

5.

Kemampuan menyelami perasaan

Pada umumnya kanak-kanak lebih beremosi daripada orang


dewasa. Pada usia mereka di zaman persekolahan rendah kanak-

126

Zaman Awal Persekolahan

kanak cepat berasa puas seelah mendapat apa yang dikehendaki.


Sifatnya yang selalu melihat kepada sesuatu dengan harapan yang
baik (optimis) dan tidak begitu mengambil berat terhadap perasaan
kesal. Kanak-kanak tidak begitu memahami dan menghayati
kesedihan, kesusahan dan kegembiraan orang lain.
Jika mereka merasakannya, perasaan itu tidak ditunjukkan
kerana mereka malu dan takut untuk menunjukkan perasaan itu.
Daya pemikiran kanak-kanak pada ketika ini sangat luas.
Teka teki, soalan-soalan matematik dan pengiraan merupakan daya
tarikan kepada kanak-kanak untuk mereka menyelesaikannya.
Sebaliknya emosi mereka belum begitu berkembang di mana
kriteria yang baik dan buruk kanak-kanak semuanya dinilai oleh
orang dewasa atau orang tua mereka.
Berkaitan dengan fikiran ke arah keagamaan (religious)
yang ada pada diri kanak-kanak, dapat dinyatakan di sini bahawa
gambaran mengenai syurga, neraka dan Tuhan menjadi semakin
pudar pada diri kanak-kanak, begitu juga yang berlaku dengan
cerita-cerita dongeng seperti Jaka Kerdil dan Abu Nawas. Ini
kerana kanak-kanak begitu tertarik dengan keadaan persekitaran
mereka sehingga tiada ruang masa untuk melibatkan diri dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah-masalah alam
barzakh, susah senang kehidupan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, pandangan kanak-kanak kini lebih terarah kepada
masalah kehidupan pada zaman sekarang. Ini bermakna, perasaan
religious pada diri kanak-kanak tidak begitu menonjol. Perasaanperasaan tersebut seakan-akan lenyap dan ada masa tertentu sahaja
ia akan muncul semula. Sehubungan itu, pendidikan agama pada
kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun hendaklah dilaksanakan
tanpa ada sebarang kekerasaan atau paksaaan untuk melakukan
suruhan-suruhan agama.
Mengenai perasaan takut yang ada pada diri kanak-kanak
dapat dinyatakan seperti berikut : perasaan takut dan cemas
merupakan unsur utama yang muncul daripada perasaan yang
biasa. Dan juga merupakan naluri yang sentiasa mengingatkan
manusia akan kewujudan bahaya supaya manusia sentiasa bersedia
untuk melindungi dan mempertahankan diri daripada sesuatu

Psikologi Perkembangan

127

ancaman yang berlaku.


Rasa takut dan cemas bukanlah gejala yang luar biasa bagi
kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak secara umumnya memang
merasa takut kepada hal-hal yang tidak diketahuinya, yang masih
samar dan juga hal-hal yang tersembunyi atau rahsia. Hal ini
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pemahaman pada diri
kanak-kanak serta kurang mempercayai diri mereka sendiri.
Kanak-kanak juga menyedari bahawa dirinya masih lemah dan
dungun. Selain itu, fantasi kanak-kanak sering bertelingkah
mengenai realiti, sehingga kanak-kanak melihat bentuk-bentuk
bahaya sebenarnya tidak wujud. Oleh itu, kanak-kanak
memerlukan masa untuk belajar menilai semua benda dengan
betul, dan menempatkan setiap peristiwa pada perspektif yang
betul dan tepat. Kanak-kanak juga harus belajar mengatasi
ketakutan tanpa menimbulkan sebarang kesan yang buruk.
Kanak-kanak amat mudah merasa cemas. Terutamanya
ketika mereka kehilangan kasih sayang, perhatian dan dorongan
daripada kedua ibu bapa mereka. Ia merasa takut jika ibu bapanya
bersikap kurang mengambil berat tentang diri mereka, dan lebih
menyayangi kakak,abang atau adik-adiknya. Mereka juga cemas
jika hubungan mesra dengan ibunya terputus disebabkan oleh
kehadiran adik baru atau orang lain.
Untuk mengatasi perasaan-perasaan takut yang ada pada
diri kanak-kanak, ia memerlukan perhatian daripada orang dewasa
yang tenang dan bijaksana. Keyakinan terhadap kasih sayang yang
diberikan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak akan menguatkan lagi
kepercayaan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri.
Kepercayaan ini akan meningkatkan rasa tenang, kepercayaan diri
dan harga diri. Tingkah laku kanak-kanak terhadap persekitaran
mereka membolehkan ibunya menilai untuk mendapatkan
kepastian mengenai tingkah laku dan tindak tanduk anak mereka.
Kanak-kanak yang lebih tua selalunya akan mengharapkan
dorongan moral daripada ibu bapanya dalam setiap usahanya untuk
mencari pengalaman baru. Cinta, kasih sayang dan dorongan ibu
bapa akan meningkatkan lagi kepercayaan dalam setiap tingkah
laku kanak-kanak.

128

Zaman Awal Persekolahan

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution.
Chiam, H.K., & Ng, S.N. 1982. The self-concept and achhievement for two age
tahaps. Jurnal Pendidikan 9: 95-99.
Corey, G. 1994. Teori and practice of group counseling. Pacific Grove,
California: Brooks/Cole Publishing Company
Crow, L.D. (1980). Psikologi Pendidikan untuk perguruan.Kuala Lumpur :
Dewan bahasa dan Pustaka
Feist, J. (1985). Theories of Personality. New York: Holt, Rinehart &
Winston.
Feist, J.(1994). Theories of Personality. Madison: Brown and Benchmark Pud.
Fitts, W.H. 1965. The Tennessee Self-Concept Scale Manual. Nashville.
Conselor Recordings and Test
Field, T., 1991. Mothers, adolescent and their young children. In R.M. cerner,
A.C. Peterson & J. Brooks-Gunn, Encyclopedia of Adolescence.
Ford, H.L. (1986). Motivation Humans. London: Sage Publication.
Freud, N. and Gault, H. (1984). Disruptive Behavior In Schools. New York:
John Wiley & Sons
Jas Laile Suzana Jaafar, (2000). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Jerald Greenberg dan Robert A.Baron. (1997). Behavior in Organization. Edisi
ketujuh Prentice-Hall, Inc, New Jersey
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An
Introduction. Boston:

8
ZAMAN REMAJA
Nurulhuda Azizi
Nurul Ezzati Azizi
PENGENALAN
Peringkat umur terbahagi kepada dua bahagian iaitu :1.
2.

Peringkat pra - baligh (kanak-kanak) =


Peringkat baligh
=

12 14 tahun
14 18 tahun

Peringkat pra baligh (kanak-kanak)


Peringkat ini adalah peringkat pertukaran dari peringkat sekolah
menuju ke peringkat baligh, di mana seorang kanak-kanak yang
telah besar berkeinginan untuk melakukan perkara yang dilakukan
oleh orang dewasa tetapi dirinya belum bersedia, begitu juga orang
dewasa.
Pra baligh adalah waktu di mana berlakunya kematangan seksual,
bersamaan dengan berlakunya perkembangan fisiologi yang
berkaitan dengan kematangan kelenjar endoktrin. Kelenjar
endoktrin adalah kelenjar yang terletak bersama dalam saluran
darah. Melalui pertukaran zat yang terjadi di antara jaringan
kelenjar dengan pembuluh rambut di dalam kelenjar. Zat-zat yang
dikeluarkan dikenali sebagai hormon, seterusnya hormon-hormon

130

Zaman Remaja

ini akan memberikan stimulasi pada tubuh kanak-kanak, sehingga


kanak-kanak merasakan adanya rangsangan-rangsangan tertentu.
Rangsangan ini membuatkan kanak-kanak tidak begitu selesa
kerana ia merupakan keadaan yang tidak pernah dialami sebelum
mereka mengakhiri zaman kanak-kanak mereka.
Proses kematangan yang berlaku pada wanita 1.5 hingga 2 tahun
lebih awal daripada lelaki. Tanda kematangan wanita biasanya
berlaku menstruasi pertama (datang bulan). Manakala lelaki pula,
berlakunya pengeluaran sperma yang pertama, biasanya ketika
bermimpi di mana mencapai tahap kepuasan seksual.
Kematangan jenis kelamin banyak bergantung kepada iklim,
keadaan budaya setempat, bangsa dan lain-lain, sehingga peristiwa
ini berlaku pada setiap bangsa di dunia dalam waktu yang berbeza.
Sebagai contoh, bagi Negara Malaysia dan Perancis ia tejadi pada
usia 13 14 tahun, tetapi di Negara panas seperti Arab Saudi ia
berlaku lebih kurang umur 11 12 tahun dan di Malabar ketika
umur 17 19 tahun.
Ketika awal zaman remaja, wujudnya kematangan pada jasmani
(seksual) dan dianggap sebagai tanda-tanda utama untuk memasuki
zaman remaja.
Terdapat juga tanda-tanda lain yang dikenali sebagai tanda
sekunder dan tanda tertier.
Lelaki Wanita -

rambut, misai, janggut dan lain-lain tumbuh dengan


subur.
selaput dara semakin membesar
bentuk badan mula membentuk seperti segi tiga,
urat-urat mejadi kuat
muka berbentuk segi.
pinggul semakin besar dan melebar
kelenjar pada dada menjadi berisi

Psikologi Perkembangan

131

suara menjadi matang, merdu dan tinggi


muka menjadi bulat dan berisi

Tanda-tanda tertier pula adalah seperti :Wujud dalam tingkah laku contohnya seperti lelaki terdapat
perubahan ketika berbual, cara berpakaian, cara menyikat rambut,
bahasa yang diucapkan dan lain-lain.
Bagi wanita, perubahan pada cara bicara, cara ketawa, cara
berpakaian, bejalan dan lain-lain.
Perkembangan lain pada peringkat baligh adalah timbulnya
perasaan negatif pada diri kanak-kanak, sehingga masa ini dikenali
sebagai masa negatif. Kanak-kanak mula berkeinginan untuk
melepaskan diri daripada kongkongan ibu bapa di mana mereka
tidak mahu lagi mengikut segala perintah orang tua. Semuanya
ingin ditolak tetapi tidak bererti kanak-kanak mahu bebas
sepenuhnya, tetapi mereka mahu bebas daripada anggapan orang
lain yang mengnaggap mereka kanak-kanak. Sebaliknya mereka
mahu menyamakan status mereka sama dengan orang dewasa.
Perasaan negatif yang dialami adalah seperti berikut:a)
b)
c)
d)
e)
f)

Ingin selalu menentang persekitaran


Tidak tenang dan gelisah
Tidak mahu melibatkan diri dalam masyarakat
Kurang suka untuk bekerja.
Keinginan untuk tidur semakin tinggi.
Mudah kecewa dan lain-lain.

Terdapat juga kelainan pada aktiviti mereka yang memerlukan


perhatian yang serius. Ini kerana kanak-kanak berada dalam
keadaan :a)
b)

Perkembangan jasmani yang belum selaras


Keadaan batin kanak-kanak yang belum seimbang antara
satu sama lain.

132

Zaman Remaja

Tempoh zaman ini amat relatif bergantung pada ritme dan tingkat
perkembangan kanak-kanak. Karl Buhler menyatakan zaman ini
berlaku cukup lama meliputi sebahagian besar dari zaman baligh.
Tetapi H.Hetzer menunjukkan tempoh zaman ini yang singkat
adalah lebih kurang 9bulan.

Peringkat Baligh (14 18 tahun)


Pada zaman ini seorang kanak-kanak mula aktif untuk mencapai
kelakuan dalam proses mengenali dirinya, serta mencari pedoman
hidup, untuk bekalan hidupnya yang akan datang. Kegiatan
tersebut dilakukan penuh semangat tetapi ia sendiri belum faham
akan hakikat daripada sesuatu yang dicarinya. Sehingga Ch.
Buhler pernah menggambarkan dengan ungkapan Saya
menginginkan sesuatu tetapi tidak mengetahui akan sesuatu itu.
Sehingga zaman ini ada yang menyebutnya sebagai zaman
strumund drang (badai dan dorongan).
Dengan tanda-tanda peringkat baligh ini, E.Spranger menyatakan
terdapat tiga aktiviti iaitu:a)
Mengenali diri sendiri
b)
Perkembangan pedoman hidup
c)
Melibatkan diri dalam kegiatan masyarakata
Kegiatan kanak-kanak dalam proses pertumbuhan mula menyedari
keadaan dirinya yang lebih dalam berbanding sebelumnya. Tetapi
ia juga mula mengetahui betapa pentingnya untuk melibatkan diri
dalam kegiatan kemasyarakatan walaupun terasa masih belum
sempurna untuk melibatkan diri dan masih dalam kerapuhan serta
tidak seimbang. Oleh itu, kanak-kanak bersikap agak tertutup dan
lebih mudah menyatakan pengalamannya melalui diari ,mudah
termenung dan lain-lain.
Aktiviti mencari pedoman hidup, kanak-kanak baligh sudah mula

Psikologi Perkembangan

133

aktif dan menerima peraturan-peraturan susila dan agama, estetika.


Tetapi pengakuannya masih terbatas pada keadaan dirinya. Dalam
kegiatan luar, ia masih bergantung kepada orang lain yang di
disanjunginya. Mereka turut menyedari diri mereka masih belum
seperti orang yang dipuja itu.
Dalam kegiatan melibatkan diri dalam masyarakat ini, kanakkanak baligh mula mengenal berbagai bentuk corak kehidupan
masyarakat tetapi belum sempurna pengetahuannya untuk
membezakan ia. Semuanya dianggap sebagai sesuatu yang bersatu
di dalam satu sistem kemasyarakatan yang sesuai dengan dirinya,
kemudian turut aktif melibatkan diri dalam corak kehidupan
masyarakat tersebut. Maka ia tidak menghairankan jika kanakkanak remaja sering menonjolkan perilaku yang mencetuskan
kontroversi.

Perbezaan tingkah laku kehidupan dapat digambarkan seperti


berikut:

134

a)
b)
c)

d)

e)

Zaman Remaja

LELAKI
Aktif memberi
Cenderung untuk
memberikan perlindungan.
Minatnya lebih tertumpu
kepada perkara-perkara
yang bersifat intelektual
dan abstrak.
Berusaha membuat
keputusan sendiri dan
berbincang.
Sifat yang sentiasa
mempunyai tujuan dan
objektif.

a)
b)
c)

d)
e)

PEREMPUAN
Pasif dalam memberi
tetapi aktif menerima.
Cenderung untuk
menerima perlindungan.
Minatnya tertumpu kepada
perkara yang bersifat
emosional dan konkrit.
Berusaha menurut, dan
menyenangkan ibu bapa.
Sifat subjektif

Peringkat remaja (18 21 tahun)


Pada ketika ini seseorang itu sudah mula dapat mengetahui
keadaan dirinya yang sebenar dan sudah mula membuat rancangan
kehidupannya serta sudah mula memilih hala tuju hidupnya yang
hendak ditemuinya.
Zaman ini sebenarnya sudah tidak begitu menarik untuk
dibincangkan kerana zaman ini tidak banyak lagi keistimewaan
yang hendak dipamerkan, jiwa sudah mula tenang, sebagai
persediaan untuk melalui alam remaja. Walaupun terdapat banyak
pendapat yang berbeza mengenai peringkat dewasa ini, tetapi
sekadar pengetahuan umum gejala bermain dengan jiwa adalah
antara yang berumur 18 21 tahun.
Berkaitan dengan sifat-sifat peringkar remaja ini dapat dinyatakan
seperti berikut:a)

Menunjukkan sikap positif dalam menentukan sistem


penilaian yang ada.

Psikologi Perkembangan

b)
c)
d)
e)
f)

g)
h)

135

Menunjukkan adanya ketenangan dan keseimbangan di


dalam kehidupannya.
Mula menyedari bahawa sikap mengkritik dan aktif zaman
remaja itu mudah tetapi sukar untuk melaksanakannya.
Mula mempunyai perancangan hidup yang teratur dan
kukuh.
Mula menghargai sesuatu yang bersifat sejarah dan tradisi,
agama, budaya dan etnik serta ekonomi.
Dalam menentukan calon sebagai teman hidup, tidak lagi
berdasarkan nafsu seks sahaja, tetapi atas dasar
pertimbangan yang matang dalam pelbagai aspek.
Mula menentukan cara hidup berdasarkan sistem nilai yang
diyakininya
Pandangan dan perasaan yang semakin bersatu antara erotic
dan seksual di mana sebelum ini kedua-duanya terpisah.

Apabila zaman remaja ini berakhir maka kanak-kanak akan


memasuki alam kedewasaan, sebagai fasa perkembangan.
Seseorang itu telah memiliki corak dan bentuk peribadi yang
tersendiri.
Dr. M.J. Langeveld menyatakan ciri-ciri kedewasaan seseorang
adalah seperti berikut :
a)
b)

c)
d)

Mampu berdiri sendiri dalam kehidupannya.


Tidak perlu lagi meminta pertolongan orang lain. Dan jika
ada bantuan daripada orang lain, ia tetap ada pada
tanggungjawabnya dalam
menyelesaikan tugas-tugas
dalam kehidupannya.
Mampu bertanggungjawab dalam erti sebenarnya terutama
dari segi moral.
Memiliki sifat-sifat yang membina terhadap masyarakat
dan di mana jua ia berada.

136

Zaman Remaja

RUJUKAN
Azizi Yahaya, et.al. (2005). Buli. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution
Amir Mohd Salleh ( 1999). Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah
Harian.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mahadi Osman (1996). Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial. Kuala Lumpur
: Institut Perkembangan Minda.
Mohd. Jamil Yaacob (2005). Memahami Remaja. Bentong : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Zulkifli Ismail dan Redwan Majid (2004). Remaja yang Berwawasan. Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

9
Perbezaan Individu
Noordin Yahaya
PENGENALAN
Ahli-ahli psikologi, ahli-ahli pendidikan dan ahli-ahli politik
kelihatan agak kurang sabar dengan konsep perbezaan individu
kerana biasanya ia menjadikan tugas mereka untuk mencari
jawapan kepada permasalahan tertentu menjadi lebih sukar.
Kalaulah manusia semuanya berperangai sama, sudah pasti ujikaji
psaikologi, ujian pendidikan dan pengurusan manusia menjadi
lebih mudah. Harapan ini biasanya diterjemahkan di dalam
amalan, dan dalam banyak keadaan ahli-ahli psikologi, para
pendidik dan ahli politik bertindak seolah-olah manusia itu
semuanya sama.
Amatlah penting bagi para pendidik memahami bagaimana
individu berbeza di antara satu dengan lain dan kepentingan
perbezaan tersebut dalam melaksanakan tugas pendidikan. Seorang
guru boleh menjangkakan wujudnya perbezaan di antara kanakkanak dalam bilik darjahnya walaupun sistem persekolah dan
kurikulum yang seragam menggalakkan persamaan dalam
perkembangan kanak-kanak.
2. Definisi Perbezaan Individu.
Satu aspek perkembangan yang ketara ialah aspek perbezaan
individu. Perbezaan individu merupakan ketaksamaan beberapa

138

Perbezaan Individu

aspek perkembangan antara individu. Perbezaan ini mungkin


merupakan perbezaan secara fizikal, seperti tinggi dan berat tubuh
badan, kejelasan penglihatan atau kecerdasan. Oleh kerana tiaptiap individu dilahirkan unik, maka amatlah sukar untuk mendapat
dua orang individu yang sama aau serupa. Ahli-ah;I psikologi
berpendapat persamaan di kalangan dua individu hanya boleh
dilihat bagi kanak-kanak kembar seuri. Walau bagaimanapun
persamaan tersebut tidaklah seratus peratus.
3. Aspek-Aspek Perbezaan Individu.
Terdapat beberapa aspek yang menggambarkan perbezaan
individu, antaranya:
Fizikal. Seseorang individu itu adalah berbeza dari segi tinggi,
berat badan, jantina dan rupa paras.
Mental. Individu-individu adalah berbeza dari segi kebolehan
untuk menaakul, berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira
dan berimiginasi.
Emosi. Kebolehan untuk mengawal emosi dan bertoleransi juga
dari seorang individu kepada seorang individu yang lain.
Sosial. Kebolehan untuk berinteraksi juga bergantung pada sifat
seseorang individu. Sekiranya dia bersifat ekstrovet, individu itu
lebih mahir bersosialisasi atau bercampur gaul berbanding dengan
seseorang introvet.
Bakat dan minat. Minat seseorang individu adalah berbeza-beza.
Contohnya, minat seseorang untuk membaca mungkin dipengarui
oleh amalan ibu bapa ataupun timbul dari dalam diri individu itu
sendiri. Bakat ialah keboilehan semula jadi. Ia berbeza dari
seorang kepada seorang yang lain.

Psikologi Perkembangan

139

4. Faktor-Faktor Perbezaan Individu.


Persekitaran
Keadaan kelahiran.
Sekiranya ibu yang bersalin itu mengalami kesulitan ketika hendak
bersalin, maka bayi yang lambat dilahirkan itu mungkin akan
mengalami kecacatan mental. Kanak-kanak seperti ini memang
akan menonjolkan prestasi akademik yang rendah berbanding
dengan pelajar-pelajar yang lain.
Sosioekonomi keluarga.
Sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang
seimbang serta kemudahan-kemudahan pendidikan yang baik bagi
seseorang individu. Keadaan seperti ini akan membantu seseorang
itu berkembang secara optimum berbanding dengan seorang
pelajar yang berasal daripada keluarga miskin atau rendah
sosioekonominya.
Asuhan ibu bapa.
Asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna akan membantu
kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi
sosioemosi dan mental. Kanak-kanak daripada keluarga tersebut
adalah lebih stabil emosinya kerana mendapat kasih sayang dan
perhatian yang mencukupi dari ibu bapa mereka.
Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak menerima kasih
sayang atau asuhan ibu bapa yang sempurna merupakan kanakanak yang kurang bahagia dan sentiasa berusaha untuk
mendapatkan perhatian dan pengakuan daripada orang dewasa.
Rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya ke atas perkembangan seseorang kanak-

140

Perbezaan Individu

kanak adalah penting. Kanak-kanak yang bercampur gaul dengan


rakan sebaya yang bertanggungjawab dan bersopan santun akan
juga menghayati nilai-nilai yang positif itu.
Sebaliknya kanak-kanak yang terdedah kepada kumpulan
rakan sebaya yang kurang bertanggungjawab , lalai atau tidak
mementingkan pelajaran akan turut menghayati nilai-nilai yang
negatif. Dengan ini jelaslah pengaruh rakan sebaya boleh
menimbulkan perbezaan individu di kalangan kanak-kanak.
Kebudayaan dan norma.
Kebudayaan dan norma satu-satu komuniti boleh menimbulkan
perbezaan individu. Sesetengah kebudayaan menghendaki anakanak perempuan mendirikan rumahtangga di peringkat umur yang
muda. Ini menyebabkan individu berkenaan terpaksa
meninggalkan bangku sekolah. Kebudayaan seperti ini akan
menimbulkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan
kebudayaan lain yang memang mementingkan pelajaran lebih
daripada perkahwinan.
Nilai-nilai dan norma-norma satu-satu komuniti juga
menimbulkan perbezaan individu. Sesetengah komuniti amat
mementingkan nilai harta benda dan wang. Masa lapang dan
rekreasi adalah kurang ditekankan. Kanak-kanak yang dibesarkan
dalam komuniti tersebut akan juga mengutamakan nila-nilai yang
sama yang ditekankan oleh ibu bapanya.
Sebaliknya, ada pula komuniti yang menganggap masa
lapang dan rekreasi itu sebagai perkara-perkara yang penting di
dalam hidup ini. Oleh itu, ia diberi keutamaan. Kanak-kanak yang
dibesarkan di dalam komuniti seperti ini akan juga menghargai
nilai-nilai tersebut. Nilai-nilai dan norma-norma yang berlainan
akan tetap menimbulkan perbezaan individu.

Psikologi Perkembangan

141

Kemudahan-kemudahan pembelajaran.
Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang terdapat di satu-satu
kawasan akan juga menimbulkan perbezaan individu. Contohnya,
sekolah-sekolah di bandar biasanya mempunyai kemudahankemudahan yang lengkap seperti makmal sains, perpustakaan, zoo
mini, pusat sumber, komputer, dewan, gelanggang tenis dan
sebagainya. Kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai
kemudahan tersebut memang akan berkembang dengan lebih cepat
dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Sekolah-sekolah di luar
bandar yang kekurangan kemudahan-kemudahn pembelajaran
tidak dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang cepat
dari pelbagai segi. Kedua-dua keadaan di atas jelas menunjukkan
perbezaan individu memang akan timbul disebabkan kemudahankemudahan pembelajaran yang berlainan.
Jantina.
Perbezaan jantina boleh juga menimbulkan perbezaan individu.
Contohnya, kajian-kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak
perempuan cepat belajar bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
Selain itu minat, bakat dan nilai juga berbeza di antara kanakkanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan. Minat kanak-kanak
perempuan atau lelaki biasanya sejajar dengan peranan mereka
dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak perempuan lebih
gemar menjahit, memasak, bermain alat muzik berbanding dengan
kanak-kanak lelaki.
Pelajar perempuan secara umumnya mendapat pencapaian
yang tinggi di dalam kelas matematik, tetapi skor mereka di dalam
ujian keseluruhan biasanya lebih rendah dari pelajar lelaki
(Kimball, 1989). Perbezaan jantina dalam pencapaian ujian
kelihatan meningkat mengikut umur (Hyde, Fennema & Lamon,
1990; Maccoby & Jacklin, 1974). Secara amnya, purata perbezaan
di dalam ujian keseluruhan adalak kecil, tetapi apabila keupayaan
meningkat maka saiz perbezaan juga meningkat. Di dalam ujian
metamatik contohnya, purata perbezaan markah di kalangan

142

Perbezaan Individu

pelajar lelaki biasa hanya sekitar 50 mata berbanding pelajar


perempuan, tetapi bilangan pelajar lelaki yang berkebolehan tinggi
jauh mengatasi bilangan pelajar perempuan (Benbow & Stanley,
1980, 1983)
Kajian yang dilakukan oleh Ann M. Gallagher dan Richard
De Lissi mendapati bahawa perbezaan di antara jantina yang
berbeza memang wujud. Perbezaan psikologi di antara otak lelaki
dan perempuan dan perbezaan dalam sosial antara mereka
mengakibatkan pelajar perempuan biasanya lebih baik di dalam
tugasan yang memerlukan ingatan segera terhadap maklumat dari
memori; manakala pelajar lelaki pula biasanya lebih baik di dalam
tugasan yang memerlukan manipulasi maklumat yang sedia ada di
dalam memori.
Perbezaan jasmani / fizikal
Perbezaan jasmani dan fizikal merupakan perbezaan lahiriah
yang dapat dilihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk
badan, jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan membuat kerja
tangan. Perbezaan jasmani yang pertama di antara individu adalah
ketinggian tubuh badan. Dalam setiap aspek fizikal juga terdapat
perbezaan. Perbezaan dari segi bentuk badan boleh difahami
dengan melihat ketiga-tiga jenis tubuh badan yang utama, iaitu
tubuh badan endormof, mesomorf dan ektomorf. Misalnya
ektomorf yang berbentuk kurus dan langsing dikaitkan dengan
temperamen yang introvert, iaitu suka menyepi diri dan lebih
pendiam. Tubuh badan endomorf pula mempunyai tubuh badan
yang bulat, lemah lembut dan sahsiahnya dikaitkan dengan
temperamen yang diaktakan suka relaks dan suka bergaul dengan
individu lain. Jenis tubuh badan mesomorfik pula merupakan
individu yang mempunyai tubuh dan otot olahragawan. Jenis
mesomorf selalu dikaitkan dengan temperamen yang dikatakan
asertif dan bertenaga. Ciri-ciri fizikal luaran yang adalah seperti
perbezaan warna kulit: ada yang cerah dan ada yang gelap; ada
yang matanya berwarna biru dan ada yang matanya berwarna
coklat; ada yang mempunyai hidung yang lebih mancung dan
muka yang berbentuk bujur sirih, ada yang bulat dan ada pula

Psikologi Perkembangan

143

bentuk mukanya agak panjang, ada individu yang terlalu gemuk


dan ada yang terlalu kurus.
Ciri-ciri fizikal dalaman adalah seperti memiliki bau badan
sendiri yang unik sehingga boleh menimbulkan masalah. Begitu
juga bendalir gastrik di dalam perut dan usus kita berkerja dari segi
kandungan pepsin dan hal ini terdapat hanya bagi mereka yang
tidak pernah menghidapi sakit perut. Juga terdapat perbezaan
kepadatan sel penerima salur darah dengan urat saraf. Perbezaan
lain termasuk perbezaan saiz otak serta jumlah neuron di dalam
sistem luar saraf. Faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi
perbezaan kecerdasan mental.
Perbezaan mental
Umumnya, kanak-kanak berbeza dari segi kecerdasan dan
kebolehan intelek. Jika diteliti dalam sebuah bilik darjah guru akan
mendapati perbezaan individu dalam pembelajaran dan
pencapaian. Murid A mungkin lebih cekap dan pantas mengikuti
pengajaran guru berbanding dengan murid B. begitu juga murid A
mungkin sukar menyelesaikan masalah matematik berbanding
dengan murid C. Guru boleh menilai perbezaan mental dan
kecerdasan murid melalui prestasi mereka dalam ujian semester
atau peperiksaan semester akhir.
Namun begitu, pencapaian atau prestasi murid dalam ujian
piawai mungkin tidak boleh dijadikan pengukur bakat sebenar.
Kadangkala ada murid yang berbakat tetapi mempunyai
pencapaian rendah. Kemungkinan murid tersebut mendapat
markah rendah kerana merasa terlalu bimbang dan cemas.
Dalam membincangkan kebolehan dan perbezaan mental,
perlu diteliti istilah dan pengertian kecerdasan. Kecerdasan adalah
di antara penentu perbezaan individu.
Beberapa ahli psikologi melihat kecerdasan sebagai
keupayaan am untuk fahaman dan penaakulan. Menurut Binet dan
Simon (1905) kecerdasan melibatkan kemahiran berfikir,
memahami dan penaakulan yang berkesan. Mereka juga
menggolongkan kecerdasan kepada tiga kategori, iaitu :
i
Kebolehan berfikir secara abstrak.

144

Perbezaan Individu

ii
iii

Kebolehan belajar.
Kebolehan mengintegrasikan pengalaman baru
dan menyesuaikan diri dengan situasi baru.

Storddard (1943) pula menganggap kecerdasan sebagai kebolehan


melaksanakan aktiviti yang biasanya susah, kompleks dan abstrak
sesuai untuk sesuatu matlamat, bernilai sosial, melahirkan sesuatu
yang original dan mengekalkan aktiviti-aktiviti tersebut dalam
keadaan yang memerlukan tumpuan tenaga dan menentang
tekanan emosi.
Thorndike pula membahagikan kecerdasan kepada tiga
jenis: mekanikal, sosial dan abstrak. Sesorang individu boleh
mempunyai kecerdasan mekanikal yang tinggi tanpa mempunyai
aras kecerdasan sosial dan abstrak yang selaras. Dalam situasi ini
dia mungkin amat pakar dan mahir berkerja dengan kereta, tetapi
mungkin tidak boleh berdampingan dengan individu lain atau
menyelesaikan masalah dalam matematik. Salah satu dari sifat
kecerdasan adalah keupayaan membentuk gerakbalas baru kepada
ransangan dengan cara yang tepat dan cepat dalam situasi
menggalakkan.
Seseorang individu yang cerdas bertindak dengan celik
akal, boleh meramalkan akibat bertindak dengan cara tertentu. Dia
boleh meramalkan hasil tindakan alternatif. Ramalan-ramalan
tersebut diasakan kepada pengalaman dan prinsip-prinsip hidup
yang lain daripada pengalaman. Keupayaan mengenal pasti apakah
yang sesuai dilakukan dalam sesuatu situasi adalah petanda
kecerdasan. Kecerdasan juga dihubung kait dengan kekereatifan
dan keaslian. Dalam dua sitasi itu nampaknya serupa, iaitu
individu yang lebih cerdas peka kepada perbezaan yang mungkin
tidak nampak oleh individu lain.
Sumber-sumber kecerdasan.
1.
Kecerdasan sebagai satu anugerah atau pemberian
genetik. Menurut pendapat tersebut kecerdasan mempunyai
perkaitan dengan kualiti gen yang menentukan struktur dan fungsi
sistem saraf nural dan endorin. Kecerdasan bergantung kepada

Psikologi Perkembangan

145

struktur fizikal. Pendapat tersebut mendefinisikan kecerdasan


secara mekanistik, sebagai kebolehan membina hubungan stimulus
dan gerakbalas bagi membentuk perkaitan baru dalam sistem urat
saraf. Kecerdasan seperti ini bergantung kepada pelbagai saluran
saraf dan kepantasan saluran tersebut boleh diaktifkan.
2.
Kecerdasan sebagai hasil pembelajaran. Menurut
pendapat ini semua individu mempunyai potensi yang sama ketika
lahir. Kecerdasan mereka bergantung kepada peluang-peluang
pembelajaran. Pendapat ini dikemukan oleh penganut mazhab
environmentalis. Kajian tentang IQ individu menyokong hipotesis
bahawa kecerdasan dipelajari dan tidak tetap.
3.
Kecerdasan sebagai fungsi interaksi. Ini bermaksud
bahawa kecerdasan adalah hasil interaksi diri individu dan
persekitaran. Adalah sukar menilai kepentingan kedua-dua
pengaruh pewarisan atau persekitaran. Menurut mazhab ini ada
beberapa faktor yang mempengaruhi kecerdasan iaitu, antaranya:
peluang yang dimiliki oleh individu untuk untuk mendapat
persekitaran yang mengayakan pemikiran, tempoh masa untuk
memperbaiki persepsinya, matlamat dan nilai, budaya yang dia
ditempatkan, konsep kendiri dan sejauh mana dia merasa tergugat.
Misalnya, jika seseorang individu yakin bahawa dia tidak pandai
melakukan tugas-tugas tertentu, perkembangan ini akan
menghalangnya mencapai tugas perkembangannya.
Pengukuran kecerdasan.
Pengukuran kecerdasn boleh dibuat melalui berbagai ujian. Ujian
kecerdasan direka untuk mengetahui pengetahuan individu tentang
perkara tertentu dan bagaimana individu tersebut boleh
menyelesaikan masalahnya. Berdasarkan prestasinya, umur,
mental individu tersebut boleh diukur iaitu dengan melihat IQ-nya.
Binet merangka aras usia untuk setiap tugasan di mana usia paling
muda bagi kanak-kanak yang berkecerdasan biasa boleh
menyempurnakan tugas tersebut. Kanak-kanak bermula dengan
tugasan bagi usia paling muda dan menaiki tangga kesukaran
tugasan sehinggalah dia tidak boleh melakukan sebaran tugasan
lagi. Usia mental kanak-kanak ialah usia yang sepadan dengan

146

Perbezaan Individu

tugasan terakhir yang boleh dilakukannya. Seterusnya, terdapat


pengkaji lain yang mencadangkan agar usia mental ini dibahagi
dengan usia sebenar atau usia kronologi dan dibahagikan dengan
100 untuk mendapatkan intelligence quotient.
IQ = Mental Age
(MA) X 100
Chronological Age (CA)
Jika usia mental 100 bulan, dan usia sebenar 90 bulan maka
IQ-nya adalah:
(100 x 100) = 111
90
Namun demikian terdapat bantahan bagi konsep usia
mental. Antaranya ialah Binet kelihatan menggunakan berbagai
tugasan untuk mengukur aspek keupayaan mental yang berbeza
pada usia yang berbeza.
Baka.
Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal
seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah seseorang
itu. Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam memang akan
melahirkan anak yang berambut hitam. Kanak-kanak ini memang
akan berbeza dari egi fizikal jika dibandingkan dengan kanakkanak orang putih.
Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan
mendapat anak-anak yang agak cerdas juga. Dengan ini jelaslah,
kanak-kanak tersebut akan berbeza daripada kanak-kanak kurang
cerdas yang seterusnya akan menjadi pelajar yang lambat di
sekolah.
Kajian telah membuktikan bahawa perangai kanak-kanak
juga dipengaruhi oleh faktor baka. Ibu bapa yang cepat hilang akal
akan melahirkan anak yang kurang stabil emosinya serta
merupakan seorang pemarah.

Psikologi Perkembangan

147

Cara-Cara Guru Melayan Perbezaan Individu:


Bagi memahami perbezaan individu kanak-kanak, guru boleh
mengambil langkah-langkah berikut:
1.
Cuba memahami perbezaan-perbezaan itu, menerimanya,
berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu
mereka.
2.
Pelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari
segi kognitif dapat faedah dari satu-satu pelajaran.
3.
Mengumpulkan pelajar mengikut pencapaian mereka, iaitu
kumpulan A, B dan C. guru boleh memberi bimbingan yang lebih
kepada pelajar lemah di dalam kumpulan C, manakala pelajar yang
cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar
yang sederhana pencapaiannya di dalam kumpulan B.
4.
Pelbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan
kebolehan pelajar yang berbeza.
5.
Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat
faedah daripadanya.
6.
Aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah sejajar dengan
kebolehan dan minat pelajar. Aktiviti yang terlalu sukar akan
membosankan mereka yang lemah, aktiviti yang terlalu senang
tidak pula mencabar bagi yang cerdas.
7.
Aktiviti-aktiviti pemulihan hendaklah dikendalikan untuk
pelajar yuang lemah. Sebaliknya, aktiviti pengayaan hendaklah
disediakan untuk pelajar yang cerdas dan yang telah selesai
menyempurnakan satu-satu unit pembelajaran.
8.
Perhatian dan layanan individu hendaklah diberi kepada
pelajar yang lemah. Layanan seperti ini meningkatkan keyakinan
dan harapan pelajar berkenaan.
9.
Jenis penilaian hendaklah dipelbagaikan. Contohnya, bagi
pelajar yang cerdas dan sederhana, ujian rujukan norma adalah
sesuai kerana ia menggalakkan pertandingan. Sebaliknya, bagi
pelajr yang lemah, ujian rujukan kriteria adalah lebih sesuai.
10.
Guru hendaklah sentiasa mewujudkan peluang untuk
pelajar-pelajar menikmati kejayaan terutamanya mereka yang
lemah. Cara ini dapat mendorong serta meningkatkan keyakinan

148

Perbezaan Individu

diri mereka.
11.
Ketika mengendalikan projek, pasti pelajar pelbagai
kebolehan dan minat diberi peluang untuk mengambil bahagian
yanng aktif. Pelajar yang tidak diberi peluang penyertaan akan
merasa rendah diri serta kecewa. Ini seterusnya akan menyebabkan
mereka itu mulai menarik diri dan menjadi lebih pasif lagi.

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja.
Pahang : PTS Publication and Distribution.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya.
2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar
Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai :
Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d.
Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and
Distribution.
Bernstein,B.( 1961).Social class and linguistic development: a theory of social
learning, Free Press.
Coopersmith,S.(1967).The Actecedents of Self-Esteem, W.H.Freeman, San
Francisco.
Eleanor E Macobby (1980).Social development: Psychological growth and the
parent-child relation ship, Unpublished Doctoral Dissertation,
University of Michigan.
Giddens, A (1979). The Class Structure of the Advanced
Societies,Huchinson,London.
Irvin,L, Judith(1996).Developmental Tasks of Early Adolescence.Annual
Editions:Educational Psychology 98/99, 49-52.
Mc Clelland,J.W.(1983),A study of Gender Differences in Social
Psychology,535-540.
Rogers,C.R., Client Centered Therapy Its Current Practise,Implications and
Theory, Houghton Mifflin Co,Boston.
Rosen,B.C and D Andrade,R.The Psychosocial Origin of Achievement
Motivation,185-218.
Shaffer D.R.(1985).Developmental Psychology,Publisher Company,California.

10
PERSONALITI
Azizi Yahaya
PENGENALAN
Pada dasarnya, istilah personaliti digunakan untuk menunjukkan
seseorang individu. Ini bermaksud, personaliti itu dimiliki oleh
seseorang individu. Kemudian, istilah personaliti digunakan juga
untuk kelompok individu atau masyarakat, contohnya, personaliti
melayu, personaliti china, personaliti pegawai negeri,
dan
sebagainya. Hal ini sama dengan penggunaan istilah jiwa yang
pada asalnya hanya untuk individu, tetapi akhirnya digunakan juga
untuk masyarakat. Contohnya, jiwa kelompok, jiwa petani, jiwa
bangsa, dan sebagainya. Dengan meluasnya penggunaan istilah
tersebut, maka semakin meluaslah pengertiannya dan berlaku
pelbagai perbezaan pendapat. Mengikut Kamus Dewan, istilah
personaliti digunakan untuk pelbagai pengertian, seperti pengertian
manusia.
Personaliti disamakan dengan masyarakat, iaitu satu unit
untuk menunjukkan sifat, ciri, watak, jiwa, moral, semangat,
kebiasaan, tingkah laku, dan sebagainya.
Gordon W. Allport (1937) memberikan definisi personaliti
sebagai berikut :

150

Psikologi Perkembangan

Personality is the dynamic organization wihin the


individual of those psychophysical system that detemine his unique
adjustment to his environment.
Jika diperhatikan pada definisi Allport itu, jelaslah bahawa
beliau berusaha mendefinisikan atau melibatkan pandangan
kontinental dan pandangan Anglo-Amerika. Aspek dalaman
mahupun aspek luaran personaliti telah dimasukkan ke dalam
definisi itu. Sistem jiwa raga merupakan aspek dalaman personaliti
dan penyesuaian diri pula merupakan aspek luaran bagi
personaliti. Jika definisi tersebut dianalisis, maka personaliti
adalah :
a.
Merupakan suatu organisasi dinamik, iaitu suatu
organisasi atau sistem yang mengikat dan mengaitkan pelbagai
aspek atau komponen personaliti. Organisasi tersebut selalu
mengalami perubahan dan perkembangan dalam prosesnya.
Contohnya, personaliti si A pada 10 tahun yang lalu tetap sama
dengan personaliti si A pada 10 tahun akan datang. Namun
demikian, si A sekarang berbeza dengan si A 10 tahun yang lalu
dan juga berbeza dengan si A 10 tahun yang akan datang. Si A
tetap menunjukkan ciri personalitinya sebagai satu organisasi,
tetapi ciri-ciri tersebut mengalami perubahan kerana bersifat
dinamik.
b.
Organisasi itu terdiri daripada sistem-sistem
psychophysical atau jiwa raga. Ini menunjukkan bahawa
personaliti itu hanya terdiri daripada mental, rohani, jiwa, atau
rohani sahaja, tetapi organisasi itu merangkumi semua kegiatan
badan dan mental yang bersatu ke dalam peribadi individu yang
berbeza.
c.
Organisasi itu menentukan penyesuaian dirinya. Ini
menunjukkan bahawa personaliti dibentuk oleh kecenderungan
yang berperananan secara aktif dalam menentukan tingkah laku
yang berhubungan dengan dirinya sendiri dan lingkungan
masyarakat. Personaliti adalah sesuatu yang terletak di sebalik
perbuatan khas yang berbeza dalam individu.

Personaliti

151

d.
Penyesuaian diri dalam hubungan dengan lingkungan
itu bersifat unik, khas, atau khusus, iaitu mempunyai ciri-ciri
tersendiri dan tidak ada yang menyamainya. Setiap penyesuaian
personaliti tidak ada persamaan dan berbeza dengan penyesuaian
personaliti yang lain. Setiap penyesuaian terarah pada diri sendiri,
lingkungan masyarakat, ataupun kebudayaan.
Organisasi sistem jiwa raga merupakan komponen atau
struktur dalaman daripada personaliti. Manakala penyesuaian diri
pula merupakan struktur luaran daripada personaliti yang lebih
bersifat dinamik dalam menghadapi pelbagai situasi, keadaan, dan
perubahan lingkungan. Muslim sebagai manusia yang mana pada
dasarnya mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman yang
sama dengan manusia lain. Begitu juga dengan faktor yang
mempengaruhinya pada garis besarnya adalah sama, iaitu faktor
pembawaan dan lingkungan. Hanya warna dan ciri-ciri
personalitinya yang berbeza dengan manusia lain. Ini kerana, tidak
ada lingkungan yang mempunyai kesan pengaruh yang sama
terhadap terhadap dua orang atau lebih. Setiap individu akan
memberikan makna atau penghayatan yang berbeza terhadap
lingkungannya. Selain daripada perbezaan faktor lingkungan,
terdapat juga perbezaan faktor pembawaan. Hal ini akan dijelaskan
dalam perbahasan mengenai aspek personaliti (struktur dalaman
daripada personaliti) dan perbahasan mengenai ciri-ciri personaliti
Muslim Indonesia yang merupakan struktur luarannya. Ciri-ciri itu
merupakan dasar dan sekaligus merupakan struktur luarannya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan pengertian seperti


berikut :
a.
Personaliti adalah organisasi yang dinamik, yang
bermaksud organisasi yang terdiri daripada sejumlah aspek / unsur
yang terus tumbuh dan berkembang sepanjang hidup manusia.
b.
Aspek-aspek tersebut adalah mengenai psiko-fisik
(rohani dan jasmani) antara sifat-sifat, kebiasaan, sikap, tingkah

152

Psikologi Perkembangan

laku, bentuk-bentuk tubuh, ukuran, warna kulit, dan sebagainya.


Semuanya tumbuh dan berkembang sesuai dengan keadaan yang
dimiliki seseorang.
c.
Semua aspek personaliti, baik sifat-sifat mahupun
kebiasaan, sikap, tingkah laku, bentuk tubuh, dan sebagainya,
merupakan suatu sistem dalam menentukan cara yang khas atau
penampilan yang berbeza-beza dalam bertindak atau reaksi
terhadap lingkungannya.
Berdasarkan huraian dengan pengertian personaliti di atas,
dapat disimpulkan bahawa personaliti ialah keseluruhan pola
(bentuk) tingkah laku, sifat-sifat, kebiasaan, kecekapan bentuk
tubuh serta unsur-unsur psiko-fisik yang selalu wujud dalam
kehidupan seseorang.
Dengan kata lain, personaliti yang meliputi semua
penampilan yang wujud pada diri seseorang merupakan bahagian
yang khas atau ciri daripada seseorang. Misalnya, ada orang yang
memiliki sifat pemarah tetapi jujur, tekun bekerja, suka menolong,
rajin bekerja, suka bersukan, suka berpakaian sederhana, dan
sebagainya. Sebaliknya, ada orang yang memiliki sifat penyabar,
tenang, tekun bekerja, tetapi tidak suka bergaul, pendiam, kedekut,
suka berpakaian kemas, tidak suka bersukan, dan sebagainya. Polapola sifat, kebiasaan, kegemaran, dan sebagainya yang
dikemukakan di atas adalah contoh pola / bentuk personaliti
seseorang.
Setiap orang memiliki personaliti yang berbeza. Namun
demikian, dalam beberapa hal kemungkinan mempunyai
persamaan. Orang yang berasal daripada keluarga yang sama
biasanya memiliki persamaan dalam personalitinya. Begitu juga
dengan orang yang berasal daripada suku kaum yang sama, akan
memiliki persamaan dalam personalitinya. Dengan kata lain, setiap
keluarga, suku, atau bangsa memiliki ciri-ciri khas daripada
personalitinya yang dapat membezakan mereka daripada suku atau
bangsa yang lain. Misalnya, suku Batak memiliki sifat keras,

Personaliti

153

dinamik, rajin belajar, dan perasaan kekeluargaannya kuat,


sementara suku Jawa pula memiliki sifat ramah, rajin bekerja,
kesetiaan yang tinggi, dan suka bergotong-royong. Begitu juga
dengan personaliti bangsa Eropah, dalam beberapa hal berbeza
dengan bangsa Indonesia. Misalnya, bangsa Indonesia memiliki
personaliti yang ramah, suka bergotong-royong, dan sebagainya,
sementara orang Eropah memiliki sifat dinamik, menghargai masa,
dan individualistik.
Personaliti seseorang ada kalanya menarik hati orang lain
dan ada kalanya tercela. Personaliti yang menarik adalah yang
memiliki unsur-unsur positif seperti rajin, penyabar, pemurah,
peramah, suka menolong, pembersih, dan sebagainya. Manakala
personaliti yang tercela pula seperti pemalas, pemarah, kikir,
sombong, angkuh, pengotor, dan sebagainya.
3.

Tabiat, Watak, dan Personaliti

Tabiat adalah sifat-sifat yang berkait dengan emosi (perasaan),


misalnya pemarah, penyabar, periang, pemurung, introvert,
ekstrovert, dan sebagainya. Sifat-sifat emosional adalah bawaan
(warisan / turunan), sehingga bersifat tetap dan tipis kemungkinan
untuk dapat berubah.
Tabiat selalu menunjukkan hubungan / perpaduan yang erat
antara rohani dan jasmani. Seseorang yang memiliki tabiat yang
tinggi adalah seseorang yang mudah emosi (naik darah / marah)
diiringi dengan gerakan-gerakan tangan, kaki, mata, mulut serta
raut muka marah, pucat dan sebagainya. Sedangkan orang yang
penyabar, wajahnya tenang dan berbicara lambat serta irama yang
mantap.
Watak (karakter / tabiat) adalah sifat-sifat yang berkait
dengan nilai-nilai, misalnya jujur, pembohong, rajin, pemalas,
pembersih, pengotor, dan sebagainya. Sifat-sifat itu bukan bawaan
genetik, tetapi diperoleh setelah lahir, iaitu hasil daripada

154

Psikologi Perkembangan

kebiasaan sejak daripada kecil, atau sebagai hasil daripada


pengaruh pendidikan / persekitaran sejak kecil. Sifat-sifat seperti
ini terbentuk terutama ketika kanak-kanak mencapai umur 5 tahun,
dan berkembang terus hingga ke zaman persekolahan dan alam
remaja.
Berbeza pula dengan tabiat, yang sangat sukar dipengaruhi
/ diubah, maka wataknya besar kemungkinan sukar untuk diubah.
Sifat jujur, pembohong, rajin, pemalas, percaya pada diri sendiri
(optimis), pesimis, dan sebagainya, semua itu adalah hasil
perbuatan orang tua dan pengaruh persekitaran sejak kecil.
Personaliti adalah keseluruhan aspek yang terdapat di dalam diri
seseorang, termasuklah tabiat dan watak. Di samping itu, semua
pola tingkah laku, kebiasaan, sikap, kecekapan, serta semua hal
yang selalu wujud daripada seseorang termasuk juga ke dalam
personaliti. Oleh itu, personaliti mengandungi maksud yang lebih
luas, berbanding dengan tabiat dan watak. Ini kerana, tabiat dan
watak adalah sebahagian daripada personaliti.
4.
Jenis-Jenis Personaliti
Pada huraian sebelum ini, telah dijelaskan bahawa setiap orang
memiliki personaliti yang berbeza. Meskipun terdapat perbezaan
dari beberapa aspek tertentu, terdapat juga persamaan bagi
sesetengah orang. Berdasarkan persamaan aspek personaliti pada
sesetengah orang tertentu, maka para ahli membahagikan
personaliti manusia kepada beberapa jenis.
a.

Menurut Galenus
Galenus, seorang doktor berbangsa Romawi (129-199 M)
membahagikan tabiat manusia kepada 4 jenis, berdasarkan jenis
cairan yang paling berpengaruh pada tubuh manusia. Pembahagian
yang dibuat oleh Galenus ini sebagai penyempurnaan kepada
pembahagian yang dikemukakan sebelumnya oleh seorang ahli
falsafah berbangsa Yunani, yang bernama Hipocrate (460-377
S.M.). Pembahagian tersebut ialah :
1.
Chalericus : hempedu kuning (chole) yang paling

Personaliti

155

berpengaruh. Orang ini besar dan kuat tubuhnya, mudah naik


darah, sukar mengendalikan diri.
2.
Sanguinicus : darah (sanguis) yang lebih besar
pengaruhnya. Orang ini wajahnya selalu berseri-seri, periang, dan
berjiwa kebudak-budakan.
3.
Fagmaticus : lendir (flegma) yang paling berpengaruh.
Orang ini sifat semulajadinya tenang, pemalas, pesimis, dan
wajahnya selalu pucat.
4.
Melancholicus : hempedu hitam (melanchole) yang lebih
berpengaruh. Orang ini selalu bersikap murung dan mudah
menaruh syak (curiga).
b.

Menurut Heymans
Gerart Heymans, seorang profesor berbangsa Belanda
(1857-1930) membahagikan tabiat manusia berdasarkan kepada
tiga unsur / sifat penting yang dimiliki manusia iaitu :
Emosional
: kepekaan perasaan
Aktif
: kemampuan bertindak spontan
Fungsi sekunder
: kemampuan mengeluarkan pendapatpendapat
Heymans membahagikan jenis watak manusia berdasarkan
kuat lemahnya ketiga-tiga unsur tersebut dalam diri setiap orang.
Dengan membuat grafik ketiga-tiga unsur tersebut dalam bentuk
kubus, Heymans memperoleh 7 bentuk jenis-jenis manusia, iaitu :
1.
Gapasioneerden (orang hebat) : orang yang aktif dan
emosional serta fungsi sekundernya kuat. Orang ini selalu bersikap
keras, emosional, gila kuasa, egois, suka mengecam. Mereka ini
adalah patriot yang baik, memiliki sifat kekeluargaan yang tinggi,
dan suka menolong orang yang lemah.
2.
Cholerici (orang garang) : orang yang aktif dan
emosional, tetapi fungsi sekundernya lemah. Orang ini lincah, rajin
bekerja, periang, berani, optimis, suka pada hal-hal yang faktual.
Mereka suka kemewahan, pemboros, sering bertindak tergesa-gesa
tanpa berfikir panjang.
3.
Sentimentil (orang perayu) : orang yang tidak aktif,

156

Psikologi Perkembangan

emosional, dan fungsi sekundernya kuat. Orang ini sering bersikap


emosional, sering impulsif (memperturutkan kata hati), petah
berbicara sehingga mudah mempengaruhi orang lain, senang
terhadap kehidupan alam, dan menjauhkan diri daripada
kebisingan dan orang yang ramai.
4.
Nerveuzen (orang penggugup) : orang yang tidak aktif
dan fungsi sekundernya lemah, tetapi emosinya kuat. Orang-orang
jenis ini sifatnya emosional (mudah naik darah tetapi cepat
menjadi dingin), suka memprotes / mengecam orang lain, tidak
sabar, tidak mahu berfikir panjang, agresif, tetapi tidak berdendam.
5.
Flegmaciti (orang tenang) : orang yang tidak aktif dan
fungsi sekundernya kuat. Orang-orang jenis ini selalu bersikap
tenang, sabar, tekun bekerja secara teratur, tidak lekas putus asa,
berbicara singkat tetapi mantap. Mereka berpendapat luas,
berbakat besar, senang membaca dan memiliki ingatan yang baik.
Orang ini rajin dan pantas bekerja serta mampu berdiri sendiri,
tanpa memerlukan banyak bantuan orang lain.
6.
Sanguinici (orang kebudak-budakan) : orang yang tidak
aktif, tidak emosional, tetapi fungsi sekundernya kuat. Orangorang jenis ini sukar mengambil keputusan, kurang berani / raguragu dalam bertindak, pemurung, pendiam, suka menyendiri,
berpegang teguh pada pendiriannya, pendendam, tidak gila kuasa,
dan selalu berpendapat konservatif dalam politik.
7.
Amorfen (orang tidak berbentuk) : orang-orang yang
tidak aktif, tidak emosional, dan fungsi sekundernya lemah. Orangorang jenis ini kurang intelek, berfikiran cetek, tidak praktis, selalu
meniru percakapan orang lain, canggung, dan ingatannya lemah.
Mereka perisau, peminum, pemboros, dan cenderung membiarkan
dirinya dibimbing dan dikuasai orang lain.
c.

Menurut Spranger
Eduard Spranger, seorang ahli ilmu jiwa berbangsa Jerman,
membahagikan watak manusia atas dasar nilai-nilai yang dianut
oleh seseorang. Nilai-nilai itu ialah nilai ekonomi, politik, sosial,
ilmu pengetahuan, kesenian, dan agama.

Personaliti

157

Berdasarkan kuat lemahnya nilai-nilai itu dalam diri


seseorang, E. Spranger membahagikan watak / personaliti manusia
kepada 6 jenis iaitu :
1.
Manusia Teori
Orang-orang ini berpendapat ilmu pengetahuan paling
penting, berada di atas segala-galanya. Pengetahuanlah yang
paling berkuasa, knowledge is power. Orang ini suka membaca,
senang berdiskusi dengan teori-teori ilmu pengetahuan, suka
menyelidik suatu kebenaran / mengadakan penelitian, cenderung
menyendiri
daripada berborak-borak dengan orang lain.
2.
Manusia Ekonomi
Nilai yang paling penting bagi orang ini ialah wang
(ekonomi). Moto hidupnya ialah time is money. Segala usahanya
ditujukan pada penguasaan harta / wang semata-mata. Tujuan
hidupnya mencapai kebahagiaan melalui harta kekayaan. Setiap
kegiatan selalu dihitung laba-ruginya. Mereka rajin bekerja dan
tidak mahu membuang masa secara percuma.
3.
Manusia Sosial
Bagi orang ini, nilai-nilai sosial paling mempengaruhi
jiwanya. Mereka memiliki sifat, seperti senang bergaul, suka
membantu orang lain yang mengalami kesulitan, suka bekerjasama
dalam menyelesaikan suatu persoalan, dan sanggup berkorban
demi kepentingan orang ramai.
4.
Manusia Politik
Nilai yang terpenting bagi orang ini ialah politik. Sifat
orang ini suka membicarakan soal politik dan ketatanegaraan,
mengikuti pergolakan di dalam dan di luar negeri, dan mengagumi
tokoh-tokoh negarawan. Dalam masyarakat, dia selalu ingin
menonjolkan diri dan ingin menguasai orang lain.
5.
Manusia Seni
Jiwa orang ini selalu dipengaruhi oleh nilai-nilai kesenian.
Sebahagian besar waktunya digunakan untuk mengabdikan diri
kepada kesenian. Paling berharga dalam pandangan mereka adalah
segala sesuatu yang memiliki nilai seni (keindahan). Orang ini
suka menyendiri, jauh daripada kebisingan dan kemewahan.

158

Psikologi Perkembangan

6.

Manusia Soleh
Orang ini pencinta nilai-nilai agama. Bagi mereka yang
lebih penting dalam hidup ini ialah mengabdikan diri kepada
Tuhan Yang Maha Esa. Mereka selalu ingin berbuat kebaikan
terhadap orang lain serta melaksanakan syariat agamanya
semaksima mungkin. Dalam segala tindak-tanduknya, dia sentiasa
memerhatikan ajaran-ajaran agama.
Demikian huraian secara ringkas tiga bentuk pembahagian
jenis personaliti manusia, yang dikemukakan oleh Galenus,
Heymans, dan E. Spranger. Masih banyak lagi pembahagian jenis
personaliti yang dikemukakan oleh para ahli, misalnya
dikemukakan Kretschmer, Carl Gustav Yung, Fritz Kunkel, Walter
Jaensch,W.H. Sheldon, dan lain-lain.

5.

Mengukur Personaliti
Pengukuran terhadap personaliti seseorang dilakukan
bertujuan untuk mengetahui corak personaliti secara mendalam
dan terperinci. Dengan mengetahui corak atau jenis personaliti
seseorang, bermaksud pengenalan kita terhadap dirinya akan
menjadi lebih sempurna, sehingga proses pendidikannya dapat
disesuaikan dan lebih lancar.
Terdapat pelbagai cara untuk mengukur / menyelidik
personaliti. Antaranya ialah :
1.
Observasi
Menilai personaliti seseorang secara observasi, iaitu dengan cara
mengamati atau memerhatikan tingkah laku dan kegiatan yang
dilakukan serta yang berkaitan, terutama sekali tentang sikapnya,
cara bicaranya, kerja dan juga hasilnya. Observasi dapat dilakukan
pada waktu sedang belajar di kelas, ketika dalam perbincangan
kumpulan, dan sebagainya. Dalam melakukan observasi, orang
yang melakukannya boleh menggunakan alat bantu dengan daftar
cek, skala nilai, alat-alat mekanis (kamera foto, pita perakam, dan
sebagainya).

Personaliti

159

2.
Wawancara (Interview)
Menilai personaliti secara wawancara, bererti bersemuka dan
berbicara dari hati ke hati dengan orang yang ingin diwawancara.
Sebaik-baiknya wawancara dilakukan seccara santai (bebas /
informal) agar memperolehi hasil yang memuaskan.Hal ini kerana,
dengan cara ini hubungan akan menjadi akrab, percakapan saling
terbuka, sehingga sesuatu yang diperlihatkan dan dikatakan oleh
orang yang diwawancara menjadi murni.
3.
Inventory
Inventory adalah sejenis questionnaire (pertanyaan bertulis) yang
harus dijawab oleh responden secara ringkas. Kebiasaannya ruang
jawapan diisi dengan tanda betul ( ). Inventory yang terkenal dan
banyak digunakan untuk menilai personaliti seseorang ialah :
a.
Gilford Zimme Temperament Survey
Inventory ini memuatkan sejumlah pertanyaan yang
bertujuan menilai pelbagai aspek personaliti, seperti aktiviti,
pengendalian diri, kepimpinan, sosial, kestabilan emosi,
persahabatan, keberanian, dan lain-lain.
b.

1.
2.
3.
4.
c.

1.
2.
3.

Edward Personal Prefence Schedule


Inventory ini cuba menilai kekuatan sejumlah aspek
personaliti seperti :
Usaha mencapai prestasi yang tinggi.
Kepatuhan terhadap peraturan.
Disiplin terhadap pekerjaan.
Kemahuan untuk menguasai orang lain.
Minnesota Multiphasic Inventory
Inventory ini bertujuan mengidentifikasi kelainan tingkah
laku seperti :
Depresi, iaitu rasa takut menghadapi masa depan.
Histeria, iaitu gejala jasmaniah yang ditimbulkan oleh
masalah kejiwaan yang sukar dipecahkan.
Psikopatik, iaitu ketidakacuhan terhadap tindakbalastindakbalas sosial.

160

Psikologi Perkembangan

4.

Teknik Projeksi
Cara lain mengukur / menilai personaliti ialah dengan
menggunakan teknik projeksi. Orang yang dinilai akan
memprojeksikan peribadinya melalui gambar atau hal-hal lain
yang dilakukannya. Antara jenis teknik projeksi ialah :
a. Tes Rohschach, iaitu menggunakan noda-noda tinta yang
membentuk gambar-gambar simetris.
b. Thematic Apperception Test, iaitu terdiri daripada sejumlah
seri gambar-gambar orang yang tidak jelas ertinya.
c. Wartegg Test, iaitu terdiri daripada 8 aspek yang harus
digambarkan dengan menyertakan tanda-tanda yang telah ada
di dalamnya.
5.

Biografi dan Autobiografi


Riwayat hidup yang ditulis orang lain (biografi) dan ditulis
sendiri (autobiografi) dapat juga digunakan untuk menilai
personaliti. Sejenis autobiografi yang paling sederhana dapat
dibuat oleh murid-murid dengan tajuk Pengalaman Yang Tidak
Dapat Dilupakan atau Cita-citaku Setelah Tamat Sekolah.
6.

Catatan Harian
Catatan harian seseorang berisikan kegiatan-kegiatan yang
telah dilakukan seharian, dapat juga dianalisis dan dijadikan bahan
penelitian personaliti seseorang. Terdapat banyak lagi cara lain
untuk mengukur / menilai personaliti seseorang, misalnya
pengumpulan bahan / alat, kumpulan catatan (cumulative record),
case study, sociometri, dan lain-lain.
6.

Keluarga Sebagai Pembentuk Utama Personaliti


Personaliti tumbuh dan berkembang sepanjang hidup
manusia, terutama sejak lahir sehingga masa remaja yang selalu
berada bersama keluarga, diasuh oleh ibu bapa, dan bergaul
dengan anggota keluarga yang lain. Setiap hari berada di rumah
dan hanya beberapa jam sahaja berada di sekolah atau di luar
rumah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa begitu besar pengaruh
dan perananan keluarga serta ibu bapa dalam membentuk atau

Personaliti

161

mencorak peribadi seorang kanak-kanak.


Pertumbuhan dan perkembangan jasmani serta rohani
manusia bermula daripada bayi sehingga remaja, terutamanya
zaman kanak-kanak, iaitu masa yang paling baik dalam
pembentukan personaliti. Pada masa ini (umur 2-5 tahun), kanakkanak sudah mula dapat berkomunikasi secara lisan (bahasa dan
kecerdikannya mulai berkembang dan memahami perintah dan
larangan).
Selain mampu berkomunikasi, pada usia yang sangat muda
ini, kemampuan kanak-kanak untuk membantah / menolak perintah
relatif masih kecil. Sebaliknya, kanak-kanak sangat mudah dipujuk
untuk melakukan sesuatu kerana keadaan jiwanya yang sedang
membesar dan masih lemah itu. Pada masa bayi (usia 0,0 1,0
tahun) pembentukan personaliti berlaku secara berterusan dan
membesar seperti biasa.
Setiap bayi yang membuang air kecil atau besar haruslah
diganti kain lampinnya dengan segera. Ini bertujuan untuk
memelihara kesihatan bayi, di samping membiasakan bayi dengan
kebersihan. Jangan biarkan bayi terlalu lama bergelumang dengan
air kencing ataupun kotoran lain. Jika bayi menangis, jangan terus
digendong. Ini kerana, ia akan memanjakannya. Apabila bayi
sudah besar dan pandai berjalan, perlu pengawasan yang lebih
efektif agar tidak tercedera. Kanak-kanak perlu diberi peluang
bermain dengan sesuatu benda yang bersesuaian dengan tahap
perkembangannya. Biarkan mereka bermain, berlatih, dan bekerja
secara sendiri. Namun demikian, kita jangan lalai mengawasi
mereka.
Kanak-kanak kecil yang berumur 2-5 tahun sudah dapat
diajak berkomunikasi. Kesempatan ini harus dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya untuk membiasakan mereka dengan perkaraperkara yang positif. Setiap hari kanak-kanak kecil ini harus
disuruh mandi, menggunakan sabun, menggosok gigi, menukar

162

Psikologi Perkembangan

pakaian apabila telah kotor, makan dengan teratur, dan tidur serta
bangun pada waktunya. Begitu juga dengan perkara-perkara positif
yang lain, harus dilatih secara teratur sehingga menjadi kebiasaan
kepada mereka.
Pada masa kanak-kanak (umur 2-5 tahun), pembentukan
personaliti melalui pembiasaan sangat penting. Ini kerana,
kemampuan berfikirnya masih rendah, belum dapat membezakan
perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Setelah mereka
berumur 6 atau 7 tahun, kemampuan berfikirnya semakin tinggi
dan sudah mula mengenal perkara yang baik dan perkara yang
buruk. Pembentukan personaliti pada waktu ini berlaku lebih sulit
jika dibandingkan pada masa sebelum sekolah. Ini kerana, kanakkanak pada usia ini semakin banyak bergaul, sama ada di sekolah
ataupun di luar sekolah, seterusnya menambahkan pengalaman
mereka. Akibatnya, pengaruh yang diterima dari luar sama ada
positf ataupun negatif semakin banyak mewarnai personaliti yang
dibina oleh ibu bapa mereka di rumah.

Dalam hal ini, ibu bapa yang biasanya memonopoli untuk


membentuk personaliti kanak-kanak mereka, mulai berkurangan.
Ini kerana, sebahagiannya telah beralih kepada guru di sekolah,
manakala sebahagian lagi beralih pula kepada lingkungan
perhubungan kanak-kanak, baik di sekolah mahupun di luar
sekolah. Dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu, perananan
guru lebih dominan (menonjol) dalam pembentukan personaliti
kanak-kanak sehingga apa yang dikatakan oleh guru lebih diyakini
daripada ibu bapa. Ada kalanya, ibu bapa mampu mendominasi
dalam pembentukan personaliti kanak-kanak yang belum
bersekolah. Ini kerana, pengaruh luar terhadap diri kanak-kanak
masih terbatas sehingga apa yang diberikan oleh ibu bapa belum
mendapat perubahan.
Pembentukan personaliti harus dilakukan dengan
berterusan dan dijaga dengan baik sehingga menjadi matang dan

Personaliti

163

tidak mungkin berubah lagi. Misalnya, kanak-kanak sewaktu kecil


rajin belajar dan membantu orang tua di rumah, tetapi setelah
remaja berubah menjadi pemalas. Hal ini berkemungkinan kerana
kurangnya pemerhatian, tidak pernah diberi motivasi belajar, dan
kanak-kanak dibiarkan rosak. Semua sifat atau kebiasaan yang
baik haruslah dipelihara dan dipupuk sehingga dewasa agar tidak
berubah lagi.
7.

Aspek-Aspek Personaliti
Para ahli psikologi memberikan penekanan bahawa yang
dipelajari oleh psikologi bukanalah jiwa, tetapi tingkah laku
manusia, baik tingkah laku yang boleh dilihat (overt), mahupun
yang tidak boleh dilihat (covert).
Tingkah laku manusia dianalisis ke dalam tiga aspek atau
fungsi, iaitu :
a.
Aspek Kognitif (Pengenalan), iaitu pemikiran, ingatan,
khayalan, inisiatif, kreativiti, dan pengamatan. Fungsi aspek
kognitif adalah untuk menunjukkan jalan, mengarahkan, dan
mengendalikan tingkah laku.
b.
Aspek Afektif, iaitu bahagian kejiwaan yang berhubungan
dengan alam perasaan atau emosi. Manakala hasrat, kehendak,
kemahuan, keinginan, keperluan, dorongan, dan elemen motivasi
yang lain disebut aspek konatif atau psiko-motorik
(kecenderungan) yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek afektif.
Kedua-dua aspek ini sering disebut aspek yang berfungsi sebagai
tenaga mental yang menyebabkan manusia bertingkah laku.
c.
Aspek Motorik, iaitu berfungsi sebagai pelaksana tingkah
laku manusia seperti perbuatan dan gerakan jasmaniah yang lain.
Walaupun para ahli telah menganalisis aspek-aspek tingkah
laku manusai, kita harus tetap berpegang pada pengertian manusia
sebagai satu kesatuan yang utuh, iaitu manusia yang berkehendak,
berperasaan, dan berfikir. Begitu juga dengan perbahasan dengan
personaliti. Walaupun dianalisis satu per satu dengan aspek-aspek
personaliti, kita harus tetap berpegang pada keutuhan personaliti

164

Psikologi Perkembangan

sebagai organisasi jiwa raga yang dinamik. Analisis aspek


personaliti hanyalah untuk mendalami pemahaman dan pengertian
kita.
Mengenai jumlah dan jenis aspek personaliti, antara satu
ahli dengan ahli lain mengutarakan teori yang berbeza. William
James berlapis-lapis, terdiri atas : diri material (the material self),
diri sosial (the social self), diri rohani (the spiritual self), dan ego
murni (pure ego atau self of selves).
Sigmund Freud mengemukakan teori yang sama dengan
teori strata dari Piere Janet. Dia menerangkan bahawa personaliti
itu terdiri atas tiga sistem, iaitu id, ego, dan superego. Ketiga-tiga
sistem ini merupakan aspek struktural daripada personaliti
seseorang. Id merupakan bahagian personaliti yang berhubungan
erat dengan prinsip kesenangan atau pemuasan dorongan biologi
yang segera tidak mengira realiti. Ego pula merupakan bahagian
personaliti yang timbul setelah manusia berhubungan dengan
lingkungan, sehingga dasarnya adalah kenyataan. Ego
berhubungan erat dengan proses dan keperluan psikologi.
Manakala superego bagi personaliti pula sebagai hasil perkenalan
dengan norma sosial dan budaya, sehingga perhubungannya erat
dengan moral dan keperluan rohaniah. Apabila aspek struktural,
terutama bila id dan superego bertentangan, maka timbullah
konflik. Ego biasanya berusaha mengharmonikan id dan superego
sesuai dengan objektif lingkungan.
Ny. Yoesoef Noesyirwan (1978) menganalisis personaliti
kepada 4 bahagian atau aspek, iaitu :
1.
Daya hidup sebagai ketetapan daripada semangat hidup
peribadi.
2.
Tabiat sebagai ketetapan daripada warna dan corak
pengalaman peribadi serta cara bereaksi dan bergerak.
3.
Watak sebagai ketetapan daripada hasrat, perasaan, dan
kehendak peribadi mengenai nilai-nilai.
4.
Kecerdasan, bakat, dan daya intelek sebagai ketetapan

Personaliti

165

kemampuan peribadi.
Bagi memperkaya pemahaman dengan personaliti, perlulah
dibahas satu per satu daripada keempat-empat aspek itu.
1.

Daya Hidup
Daya hidup adalah ketetapan semangat hidup peribadi
seseorang. Daya hidup ialah pusat tenaga, semangat hidup
seseorang yang relatif tetap. Daya hidup merupakan lapisan
personaliti yang sangat erat hubungannya dengan proses fisiologi
atau proses perbuatan tubuh dan lebih ditentukan oleh faktor
pembawaan. Namun demikian, daya hidup bukanlah bahagian
jasmaniah seseorang. Ini kerana, daya hidup tidak ada
hubungannya dengan tenaga, otot, bentuk tubuh, atau tenaga
badaniah.
Daya hidup merupakan dasar personaliti, kerana
merupakan unsur penting yang turut menentukan kemampuan
berprestasi, sikap hidup, dan sikap terhadap sesama manusia
daripada seseorang individu. Ia adalah tenaga atau daya hidup
yang bersifat dinamik dan tampak dalam kelancaran proses
perbuatan dan juga dalam proses kejiwaannya. Setiap orang
mempunyai kekuatan daya hidup yang berbeza, ada yang kuat dan
ada pula yang lemah. Di samping itu, kelancaran yang berfungsi
sebagai aspek daya hidup juga berbeza seseorang individu dengan
individu yang lain.
Terdapat orang yang mampu mengendalikan dan
mengarahkan penggunaan daya hidup sehingga semangat hidupnya
nampak stabil dan mantap. Personaliti ideal ialah yang mempunyai
daya hidup kuat dan berfungsi secara lancar. Personaliti seperti ini
menunjukkan adanya ghairah, kehendak, dorongan, kemahuan,
inisiatif, dan tenaga kejiwaan yang berkobar-kobar disertai dengan
arus kelancaran tenaga yang berjalan secara stabil, tidak terlalu
bergelombang, lancar, mantap, dan terarah. Walaupun kekuatan
daya hidup ini lebih merupakan hasil pembawaan sejak lahir,

166

Psikologi Perkembangan

warna, dan kelancaran berfungsi, daya hidup itu lebih dipengaruhi


oleh faktor lingkungan, terutama kebiasaan dan latihan. Daya
hidup yang kuat dan mantap disertai kebiasaan, minat, dan
perhatian yang penuh untuk melaksanakan tugas hidup akan
menghasilkan prestasi tinggi dalam kehidupan seseorang.
Seorang Muslim hendaklah berusaha melatih diri agar
mempunyai daya hidup yang kuat, stabil, terarah, dan mantap.
Walaupun daya hidup itu lebih ditentukan oleh faktor pembawaan
terutama tenaga pendorongnya, namun dengan membiasakan diri
bekerja dengan semangat tinggi, kemahuan keras dan penuh
ghairah, maka potensi kekuatan daya hidup itu akan terlatih secara
optimal. Kekuatan jasmani perlu dipelihara dengan dengan
senaman dan bersukan, kerana kekuatan itu berpengaruh kepada
daya hidup. Selain pemeliharaan kekuatan daya hidup, seorang
Muslim hemdaklah mampu membiasakan diri bekerja dengan lebih
tekun, cekal, khusyuk, sabar, dan tabah. Oleh demikian, kekuatan
daya hidup untuk bekerja secara berterusan terlatih mampu
bekerja dalam jangka waktu yang lama dengan lancar dan stabil
serta tidak cepat keletihan.
Nabi Muhammad SAW adalah seseorang yang memiliki
daya hidup yang paling tinggi. Baginda adalah seorang
penunggang kuda yang baik, pemain pedang, dan pemanah yang
baik. Baginda pernah bertanding dengan seorang ahli pedang
terbaik di seluruh Semenanjung Arab sebanyak dua kali dan
baginda mampu mengalahkannya. Baginda juga turut serta
menggali lubang parit pertahanan (Khandaq) di pinggir kota
Madinah dan mengangkat tanahnya sehingga badan baginda
bermandikan keringat yang berlumur dengan tanah. Baginda
memimpin operasi tentera sebanyak 28 kali. Bagaimana baginda
dapat melaksanakannya jika daya hidupnya tidak tinggi. Seumur
hidup, baginda tidak pernah sakit, kecuali menjelang wafat. Ketika
itu, baginda hanya demam panas dan pening kepala sahaja.
Semangat hidup baginda merupakan contoh daya hidup yang
sempurna.

Personaliti

167

Daya hidup Muslim Indonesia hendaklah diwarnai dan


diarahkan oleh norma-norma Pancasila dalam kehidupan
bermasyarakat dan bernegara. Nilai-nilai agama Islam hendaklah
ditanam, dilatih, dan dipraktikkan semenjak zaman kanak-kanak.
Jika kegiatan kanak-kanak bersesuaian dengan ajaran agama
hendaklah diberi pujian, ganjaran atau hadiah serta dilatih untuk
membiasakannya. Manakala kegiatan yang bertentangan dengan
nilai agama haruslah dilarang, ditegur atau diberi hukuman serta
jangan diberi kesempatan untuk melakukannya.
Daya hidup Muslim haruslah berpandukan kepada
pelaksanaan perintah agama, iaitu merealisasikan diri sebagai
hamba dan khalifah Tuhan. Sebagai hamba Allah, kita seharusnya
tekun, khusyuk, dan tawaddu dalam beribadah sehingga
merasakan seperti kita akan mati keesokannya. Sebagai khalifah
Allah, kita haruslah rajin bekerja, cekal dan tabah dalam
menghadapi cubaan dan godaan, pelbagai cara dalam mengolah,
memakmurkan dan memelihara bumi serta isinya. Kita harus
berupaya untuk memakmurkan umat manusia. Sabda Nabi SAW,
Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup
selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah engkau
akan mati esok hari

2.

Tabiat
Tabiat ialah ketetapan, warna, dan bentuk penghayatan atau
pengalaman seseorang serta tingkah laku dan cara bergerak. Ia
disebut ketetapan kerana tabiat merupakan suatu keadaan atau
potensi di mana daripada penghayatan alam perasaan yang relatif
tetap. Tabiat merangkumi dasar-dasar emosi dalam bentuk
penghayatan dan pengalaman serta dasar-dasar psikomotorik
seperti tingkah laku dan cara bergerak yang merupakan sebahagian
daripada personaliti seseorang.
Warna penghayatan atau pengalaman merupakan keadaan
jiwa yang berlatarbelakangkan perasaan gembira dan sedih.

168

Psikologi Perkembangan

Seseorang yang mempunyai warna penghayatan gembira lebih


cenderung untuk selalu dalam keadaan gembira. Apabila ditimpa
kemalangan, dia akan menjadi sedih dan muram. Namun demikian,
kesedihan itu cepat berlalu dan keadaan gembira akan datang
kembali. Terdapat pula orang yang merasai perasaan sedih
sehingga kesedihan mendominasi kehidupan jiwanya. Keadaan
penghayatan atau pengalaman dalam menyelami perasaan ini
perhubungannya erat dengan tenaga psikik yang mendorong
seseorang individu untuk bertingkah laku. Keadaan jiwa yang
gembira akan memudahkan gerakan tenaga psikik, manakala
keadaan jiwa yang sedih akan menyulitkan gerakan tenaga
pendorong kejiwaan. Selain itu, keadaan tersebut mempengaruhi
pula sikap seseorang terhadap orang lain dan keadaan sekeliling.
Keadaan jiwa yang gembira berhubungan dengan sikap terbuka
dan spontan, manakala Keadaan
perasaan sedih pula
perhubungannya erat dengan sikap menjauhkan diri daripada
dunia luar.
Selain daripada warna penghayatan, tabiat merangkumi
gejala emosional yang mengikuti proses dunia seseorang. Bentuk
penghayatan ini merangkumi kekuatan atau kepekaan, kedalaman,
dan jangka waktu kelangsungannya.
Terdapat manusia yang mempunyai bentuk penghayatan
kuat sehingga merasai perasaan sedihnya berterusan dan keadaan
jiwanya panas. Terdapat juga manusia yang kurang mampu
menghayati sesuatu sehingga merasai perasaannya secara mendatar
sahaja, seperti kurang mempengaruhi keadaan sekitarnya.
Kepekaan atau tidak mudah terangsang terhadap penghayatan atau
perasaan juga merupakan variasi antara seseorang dengan yang
lain.
Begitu juga dengan kedalaman dan jangka waktu yang
panjang. Ada seseorang individu yang merasai perasaannya mudah
terkena secara mendalam sehingga hatinya mudah terluka dan
menghadapi seseuatu dengan penuh perasaan. Jika mempunyai

Personaliti

169

penghayatan yang peka, seseorang dapat merasakan sesuatu


persahabatan dengan baik dan penuh keintiman. Ada pula
sesetengah manusia yang kurang merasakan sesuatu yang mengena
pada dirinya sehingga hanya dihayati secara dangkal sahaja. Ada
juga orang yang mampu menghayati sesuatu dalam jangka masa
yang panjang, tetapi ada juga orang yang mudah melupakan
sesuatu yang mengenai pada perasaannya.
Cara-cara berkomunikasi dan bergerak juga ditentukan oleh
tabiat. Ada sesetengah individu yang cepat dan tangkas dalam
reaksi dan gerakannya, tetapi ada pula individu yang lambat dan
tenang sahaja.Peringkat tingkah laku dan gerakan belum tentu
sejajar dengan kepekaan pengalaman atau penghayatan. Ada juga
orang yang mudah terasa tetapi lambat dalam reaksi dan tindakan.
Ada pula sebaliknya, iaitu individu yang cepat bertindak balas
dengan tidak memiliki kepekaan penghayatan. Kepantasan
bertindak balas ini ada hubungannya antara daya hidup dan tabiat.
Jika sifat-sifat tenaga pendorong merupakan ciri daya hidup, maka
kepekaan tenaga pendorong merupakan aspek tabiat.
Sepertimana daya hidup, tabiat juga merupakan faktor
pembawaan, kerana terikat pada konstitusi atau bentuk tubuh dan
perbuatan seseorang sehingga sukar untuk diubah. Walau
bagaimanapun, tabiat bukanlah sebahagian daripada jasmaniah,
kerana tabiat merupakan lapisan personaliti yang tidak ada
hubungannya dengan otot atau badan. Tabiat sama seperti daya
hidup, tunduk pada hukum perkembangan, iaitu mengikuti
gelombang naik turunnya usia. Pada masa bayi, daya hidup dan
tabiat masih terlindung dan belum ada perbezaan dalam
penampilannya, sedangkan pada masa remaja tabiat dan daya
hidup nampak banyak perubahan daripada masa dewasa.
Walaupun keadaan dan bentuk penghayatan itu sukar sekali
untuk diubah, pengendalian, pengawalan, penghambatan, dan
pengarahannya dapat diwarnai oleh pengaruh lingkungan,
pendidikan, kebiasaan, dan latihan. Orang yang mantap

170

Psikologi Perkembangan

personalitinya mampu mengendalikan dan mengawal tabiatnya.


Muslim Indonesia hendaklah mampu menganalisis daya
hidup dan tabiatnya sendiri dengan cara introspeksi (muhasabah)
untuk mengetahui bagaimana kekuatan, kepekaan, kedalaman,
tingkat, dan sebagainya. Oleh demikian, ia dapat berusaha
mendidik diri sendiri, melatih, membiasakan dan meningkatkan
usaha pengendalian, pengarahan dan penguasaan tabiatnya
sehingga personalitinya menjadi matang, stabil, dan mantap.
Dengan mengenal diri sendiri dan berusaha menguasai tabiatnya,
maka tingkah lakunya akan dapat dikendalikan sendiri. Ia mampu
menguasai daya hidup dan tabiatnya sendiri, bukan dirinya yang
dikuasai oleh tabiat mahupun daya hidup

3.

Watak
Para ahli psikologi sehingga kini belum mencapai kata
sepakat mengenai pengertian istilah watak, kriteria atau tabiat.
Klages menyamakan pengertian kriteria dengan personaliti, iaitu
individu. Lersch bersependapat dengan Klages dengan mengatakan
bahawa kriteria dalam pengertian psikologi adalah sifat-sifat
individu seseorang. Maka, kedua-dua ahli psikologi ini
berpendapat bahawa kriteria ialah keseluruhan daripada
kecenderungan jiwa seseorang. Gordon W. Allport menganggap
pengertian watak itu tidak perlu dibahas dalam psikologi
personaliti. K. Schneider berpendapat bahawa kriteria adalah salah
satu lapisan personaliti atau aspek personaliti, iaitu keseluruhan
perasaan, sistem nilai, hasrat dan kehendak. Manakala dua lapisan
personaliti lain ialah kecerdikan dan hal-hal jasmaniah
(terutamanya dorongan jasmaniah).
Pendapat Remplein bersesuaian dengan pendapat K.
Schneider dan selaras dengan pengertian personaliti mengikut
pandangan Asia yang mengatakan bahawa watak merupakan suatu
ketetapan daripada hasrat, perasaan, dan kehendak peribadi

Personaliti

171

mengenai nilai. Watak inilah yang merupakan inti atau hakikat


personaliti.
Aspek gaya hidup dan tabiat merupakan ciri tingkah laku
manusia sebagai makhluk berjiwa dan bukan sebahagian daripada
jasmaniah. Namun demikian, gaya hidup berkait rapat dengan
hubungannya dengan ketentuan fizikal dan proses perbuatan yang
jelas bekerja secara automatik sehingga gaya hidup dapat
menentukan aspek alamiah (natural) daripada tingkah laku sebagai
bayangan kehidupan rohani seseorang. Segala tingkah laku dan
perbuatan manusia yang hakiki sebagai makhluk peribadi adalah
tanggungjawab serta adanya kesedaran dalam dirinya.
Secara fitrahnya, haiwan mencari dan mengarahkan diri
kepada segala sesuatu yang dapat melancarkan hidupnya serta
menjauhkan dirinya daripada segala sesuatu yang merugikan atau
merosakkan hidupnya. Namun, haiwan hanya menginginkan atau
mengelak perkara-perkara yang ditemuinya dengan tanpa
memahami maknanya.
Manusia pula, selain mempunyai pancaindera, juga
mempunyai hati, perasaan, dan akal yang dapat menilai dan
memberikan makna terhadap rangsangan dan persekitarannya.
Selain sebagai makhluk alam yang hidup, manusia juga sebagai
makhluk peribadi, makhluk psikologi, dan makhluk rohaniah yang
mengenali nilai-nilai.
Daripada penilaian itu, maka lambat laun akan tersusun
suatu skala nilai. Skala nilai merupakan susunan hierarki, susunan
urutan prioriti atau keutamaan, iaitu penentuan nilai yang
mendahulukan pencapaiannya. Nilai mana yang harus diutamakan
untuk dikejar dan nilai mana yang harus diutamakan untuk
dihindari. Kebiasaannya, nilai kesihatan dikategorikan paling
bawah dalam nilai biologi atau kegunaan jasmaniah. Nilai yang
lebih tinggi ialah nilai sosial atau kemasyarakatan, nilai keindahan,
dan nilai teoretis (pengetahuan dan kebenaran). Skala nilai yang

172

Psikologi Perkembangan

paling tinggi ialah nilai ideologi, falsafah, keagamaan atau nilai


hierarki.
Kepatuhan kepada susunan nilai atau hierarki nilai itu
merupakan penilaian kesusilaan. Tingkah laku yang sopan adalah
perbuatan tertinggi daripada yang rendah. Keutamaan nilai yang
rendah daripada yang tinggi merupakan perbuatan yang tidak
sopan. Begitu juga dengan orang yang mengejar kesenangan
dengan mengorbankan keimanannya dikatakan tidak sopan.
Keunikan personaliti adalah setiap orang mempunyai isi, arah, dan
susunan sistem nilai yang kompleks dan berbeza antara satu
dengan yang lain. Sikap terhadap nilai berbeza antara satu individu
dengan yang lain kerana perbezaan penekanan, penitikberatkan,
dan prioriti atau penyusunan sistem nilainya. Spranger
mengkategorikan jenis-jenis personaliti manusia berdasarkan
struktur kejiwaan yang dominan dalam hubungan dengan hierarki
sistem nilai tersebut. Dalam struktur kejiwaan individu, suatu arah
nilai akan dominan, manakala arah nilai yang lain diabaikan.
Menurut pendapatnya, watak atau jiwa seseorang ditentukan oleh
arah nilai yang akan menentukan pula cara dan bentuk hidupnya.
Beliau membahagikan jenis-jenis personaliti kepada jenis teoretis,
ekonomi, estetika, sosial, kekuasan (politik), dan agama.
Personaliti agama akan dibincangkan pada bahagian jenis-jenis
personaliti Muslim.
Huraian di atas menunjukkan bahawa tingkah laku manusia
tidak semata-mata menurut hukum alam yang mekanis sahaja,
tetapi terlaksana berdasarkan keputusan yang bersesuaian dengan
sistem nilai atau susunan nilai yang ada dalam personalitinya. Oleh
itu, personaliti merupakan penampilan daripada nilai yang
merupakan jiwa seseorang. Dengan berkat anugerah akal, manusia
dapat menyedari dan mengetahui perkara yang bermakna bagi
dirinya. Ia menyedari dan mengetahui apa yang menyenangkan,
bermanfaat, baik dan buruk, sihat, indah, sopan, akhlak yang
tinggi, bahkan yang benar dan yang salah. Dengan kehendak dan
kemahuan, ia dapat menetapkan nilai yang akan dikejar untuk

Personaliti

173

dilaksanakan dalam perbuatannya. Aspek tanggungjawab dalam


tingkah laku manusia inilah yang dimaksudkan dengan watak.
Boleh dikatakan bahawa watak merupakan sebahagian daripada
sikap personaliti terhadap nilai yang relatif tetap, timbul daripada
hasrat dan alam perasaan yang secara sedar dikehendakinya.
Walaupun pada dasarnya sikap tersebut adalah faktor bawaan,
watak terbentuk dan berkembang di bawah pengaruh faktor
lingkungan, iaitu hubungan dengan ibu, bapa, guru, dan
masyarakat, terutamanya pengaruh belajar dan pendidikan. Seluruh
pengalaman hidup seseorang, baik yang disedari mahupun yang
tidak disedari, baik pengalaman yang menyenangkan mahupun
pengalaman yang pahit, ia turut menentukan pembentukan watak
seseorang. Oleh itu, watak dapat didefinisikan sebagai ketetapan
yang relatif daripada hasrat, perasaan dan kehendak personaliti
terhadap nilai-nilai.
Dalam perbincangan mengenai watak, kita dapat meninjau
daripada sudut isi, iaitu arah nilai yang mengawal sikap terhadap
nilai yang terkandung dalam hasrat atau keperluan manusia dan
kemampuan dalam perasaan untuk menghayati nilai-nilai tersebut.
Watak pula dapat ditinjau secara formal dari aspek struktural, iaitu
sebagai wadah daripada aspek atau lapisan personaliti. Secara
formal, watak dicirikan oleh darjah kekuatan perasaan yang
berhubungan dengan perasaan diri, darjat dan kualiti sikap budi
pekerti atau akhlak dan darjat serta kualiti kehendak, hasrat dan
kemahuan yang dimiliki oleh seseorang. Watak yang kuat dicirikan
sebagai diri yang stabil, sikap rohani yang mantap, kekuatan dan
kemantapan kemahuan serta autonomi dalam kehendak. Watak
yang lemah dicirikan oleh kelemahan diri, sikap dalaman yang
kurang stabil, dan lemahnya kemahuan serta tidak mampu
memberikan perhatian yang sepenuhnya.
Berdasarkan definisi watak tersebut, dapat digambarkan secara
ringkas pengertian hasrat, perasaan, dan kehendak.
a.
Hasrat
Setiap makhluk hidup mempunyai keperluan yang harus

174

Psikologi Perkembangan

dipenuhi untuk kelancaran hidupnya. Bagi tumbuh-tumbuhan,


memenuhi keperluan tersebut menunjukkan tanda ia hidup. Bagi
haiwan pula, walaupun mampu untuk menikmati keperluan
biologinya yang bersifat tetap, namun haiwan tidak memiliki akal
fikiran dan personaliti. Haiwan memiliki tenaga dalam dirinya dan
pada tahap tertentu memiliki kebolehan untuk menghayati
keperluan hidupnya. Penghayatan untuk mencari keperluan hidup
itu disebut naluri atau dorongan biologi yang selalu berhubungan
dengan keadaan jasmaniah sehingga erat hubungannya dengan
perasaan jasmaniah. Haiwan tidak mampu menangguhkan dan
mengendalikan keperluan jasmaniahnya.
Bagi manusia pula, terdapat keperluan biologi, namun
kepuasannya sudah diwarnai oleh nilai yang ada dalam peribadi
dirinya. Manusia memerlukan keperluan makan, minum, tidur,
seks, tempat tinggal, dan keperluan jasmani yang lain. Namun,
cara untuk memenuhi keperluan jasmaniah itu dihubungkan
dengan kepentingan nilai diri peribadi, nilai sosial dan
kebudayaan. Kadang-kala manusia tidak mampu mengendalikan
dan menangguhkan keperluan biologinya sehingga terjadi tingkah
laku seperti binatang. Secara umumnya, manusia mampu
mengendalikan dan menangguhkan dorongan keperluan
biologinya. Manusia juga mampu menangguhkannya dalam waktu
yang lama, seperti berpuasa, bertapa, dan tidak berkahwin. Drs.
Ny. Yoesoef Noesyirwan menyebut keperluan pada manusia
dengan istilah hasrat (terjemahan daripada triebfedern yang
merupakan keperluan duniawi, berbeza dengan triebe yang
merupakan dorongan haiwan). Di dalam buku-buku psikologi,
hasrat itu disebut sebagai motivasi.
Perkembangan hasrat seiring dengan perkembangan
personaliti seseorang, bayi yang baru lahir dorongan biologinya
belum diwarnai oleh peribadi yang belum terbentuk. Dengan
berkembangnya personaliti, hasrat biologi tidak lagi bergantung
kepada keadaan jasmaniah, tetapi bergantung kepada perkara yang
dihayati dan difikirkan. Akhirnya, hasrat tidak hanya untuk

Personaliti

175

memenuhi keperluan hidup sahaja, tetapi hasrat juga mendorong


untuk mengejar tujuan yang lebih tinggi yang tergolong dalam
dunia nilai, dunia ideal, dan rohaniah. Pada perkembangan
personaliti seterusnya, hasrat baru ini terlepas daripada aspek
biologi. G. W. Allport menerangkan keunikan terbentuknya
peribadi seseorang dalam perkembangan personalitinya melalui
pembentukan autonomi fungsional. Ini bererti, motif baru dapat
terbentuk dan berfungsi secara sendiri, terlepas daripada aspekaspek biologi dan motif dasar melalui pengalaman kehidupan
psikik seseorang.
Remplein membezakan tiga jenis hasrat (triebfedern), iaitu :
1.
Hasrat yang berkaitan dengan adanya seseorang
sebagai makhluk hidup (triebfedern des lebendigen daseins).
Hasrat ini berkait rapat dengan dorongan jasmaniah (triebe)
tertentu, walaupun berbeza sifatnya. Ini kerana, pada hasrat
terdapat bayangan tujuan dalam tanggapan pemikiran, sedangkan
pada triebe tidak terdapat bayangan tujuan itu. Hasrat-hasrat yang
tergolong ke dalamnya adalah :
a. Hasrat akan kenikmatan berupa keinginan untuk menikmati
rasa nikmat melalui rangsangan pancaindera. Termasuk ke
dalam hasrat ini adalah hasrat kenikmatan intelektual dalam
pengertian kenikmatan penghayatan proses berfikir. Hasrat
kenikmatan yang kuat akan bersifat positif jika tumbuh pada
kehidupan rohaniah yang hebat dan dapat dikendalikan oleh
kehendak yang baik sehingga dapat menambah kegembiraan
dan semangat hidup. Hasrat itu boleh bersifat negatif jika
menjadi keperluan utama dalam kehidupan seseorang serta
tidak dapat dikendalikan oleh nilai-nilai luhur.
b. Hasrat terhadap pengalaman atau penghayatan iaitu keinginan
akan perasaan yang menyenangkan.
c. Hasrat ingin tahu termasuk keinginan untuk pengalaman baru,
berita-berita aneh dan sensasi.
2. Hasrat yang berkaitan adanya seseorang sebagai satu peribadi
(triebfedern des individuallen selbsteins). Semua hasrat

176

a.
b.
c.
d.

e.
f.

3.

a.

b.
c.
d.
e.
f.
g.

Psikologi Perkembangan

golongan ini dapat disimpulkan sebagai hasrat untuk bertahan


diri dan mengembangkan diri, termasuklah :
Hasrat mempertahankan harga diri.
Keinginan tidak bergantung kepada orang lain dan keinginan
untuk berdiri sendiri.
Keinginan merdeka, iaitu bebas daripada paksaan orang lain
dan dunia luar.
Hasrat mengembangkan kedudukan diri, egoisme, keinginan
peribadi dan keinginan untuk menempatkan diri pada
kedudukan yang lebih tinggi daripada orang lain.
Keinginan pada kekuasaan.
Keinginan untuk menonjolkan diri, keinginan untuk mendapat
penilaian yang lebih tinggi daripada orang lain, keinginan
untuk dihormati, dikagumi, disegani, dihargai, dan disayangi.
Jika darjat bertahan dan perkembangan diri merupakan hasrat
yang terarah pada kepentingan diri sendiri, maka hasrat berikut
mengandungi kecenderungan untuk melepasi batasan. Ia
seolah-olah bukan diri sendiri yang dipentingkan, tetapi
sebaliknya dunia luar. Hasrat yang termasuk golongan ini
ialah:
Hasrat bercampul gaul, berkelompok, dan berkomunikasi
dalam kehidupan seharian yang disebut sikap sosial atau sikap
kemanusiaan.
Hasrat membangun atau berprestasi.
Hasrat mengasihi dan bercinta sesama manusia.
Hasrat membebaskan diri daripada terikat dengan masa dan
menuju ke arah sesuatu yang mutlak.
Hasrat normatif seperti hasrat mencari kebenaran, kejujuran,
kewajipan, dan keadilan.
Minat.
Sikap batin.
Sikap batin ini merupakan motif atau pendorong bagi
kehendak. Sikap ini wujud apabila seseorang disuruh memilih
antara yang buruk dan yang baik. Sikap batin dapat
didefinisikan sebagai sikap yang berdasarkan nilai-nilai
terhadap sesuatu atau objek yang mengandungi nilai.

Personaliti

177

Rohaniah, kemasyarakatan dan kekayaan batin sangat


menguntungkan bagi perkembangan personaliti. A. H. Maslow
(1943) mengutarakan teori motivasi berdasarkan kenyataan
bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki motivasi,
kerana adanya keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi.
Keperluan (need) merupakan tenaga psikik yang tersusun
secara hierarki bermula dari yang paling rendah (keperluan
fisiologi) sehingga kepada yang paling tinggi (keperluan
sebenar diri). Keperluan ini berubah ke arah tahap yang lebih
tinggi apabila keperluan pada tahap yang lebih rendah telah
dipenuhi pada paras minima. Individu baru akan berusaha
mencari kepuasan dalam keperluan keselamatan dan rasa aman
apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi pada paras minima.
Individu baru akan berusaha memenuhi keperluan sebenar diri
jika keperluan pada harga diri telah dipenuhi pada paras
minima.
Hierarki keperluan ini terdiri daripada lima kategori secara
berurutan, iaitu :
a.
b.
c.

d.

e.

Keperluan fisiologi (physiological needs) : makan, minum,


seks, tidur, udara, dan tempat berlindung (rumah).
Keperluan keselamatan dan keamanan (safety and security
needs) : aspek fizikal, psikologi, kewangan, dan kestabilan.
Keperluan hak milik dan sosial (belongingness and social
needs) : keperluan cinta, kasih sayang, bekerjasama, dan
berkenalan dalam satu kelompok.
Keperluan harga diri (esteem needs) : harga diri, ekonomi,
hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu, kebebasan,
kemerdekaan, prestasi, kebanggaan, dan penampilan diri.
Keperluan sebenar diri (self-actualization) : pengembangan
dan merealisasikan potensi diri.

Apabila keperluan fisiologi secara relatif dalam paras


minima telah dipenuhi, maka wujudlah keperluan di peringkat
atasnya, iaitu keperluan keselamatan dan keamanan. Setelah

178

Psikologi Perkembangan

keperluan keselamatan dan keamanan dalam paras minima telah


dipenuhi, wujudlah keperluan di atasnya, dan seterusnya secara
hierarki. Keperluan itu tidak perlu dipenuhi secara sempurna
terlebih dahulu sebelum muncul keperluan di atasnya. Pada suatu
masa, sebahagian keperluan dari satu tahap itu akan dipenuhi dan
sebahagian lagi belum dipenuhi. Namun, keperluan pada tahap di
atasnya wujud dengan tenaga psikik yang lebih kecil. Maslow
mengutarakan bahawa manusia pada umumnya dapat memenuhi
keperluan fisiologinya sebanyak 85%, keperluan keselamatan
(70%), keperluan hak milik dan sosial (50%), keperluan harga diri
(40%), dan keperluan sebenar diri (10%).
Boleh dikatakan bahawa setiap orang memiliki tahap
kepuasan dan ketidakpuasan yang berbeza-beza dan bersifat relatif
pada semua tahap keperluan. Seseorang individu mungkin
kepuasan keperluan fisiologinya baru mencecah 30% sudah
mencapai kepada keperluan yang paling tinggi, sedangkan individu
yang lain baru wujud keperluan keselamatan dan keamanan setelah
keperluan fisiologinya mencapai 50%. Bagi individu yang lain
pula mungkin keutamaan usahanya adalah untuk kepuasan
keperluan fisiologi, sedangkan bagi individu lain adalah untuk
kepuasan keperluan sebenar diri.
b.

Perasaan
Sebagaimana hasrat atau motivasi, perasaan juga
merupakan masalah yang rumit dalam psikologi. Selain teori
motivasi daripada Remplein dan Maslow, masih terdapat beberapa
teori lain. Begitu juga dengan pengertian perasaan, ahli-ahli
psikologi belum mempunyai kata sepakat mengenainya.
Hal ini menunjukkan betapa uniknya personaliti itu. Setiap
perkara adalah berbeza di dunia ini. Selain itu, perasaan lebih
banyak menunjukkan keunikan personaliti. Walaupun demikian,
semua perasaan mempunyai tiga ciri asas, iaitu bersifat pasif,
subjektif, dan adanya penghayatan yang spontan.

Personaliti

179

Perasaan timbul dalam keadaan kehendak yang pasif.


Berbeza dengan pengamatan, tanggapan, pemikiran atau kehendak
yang merupakan perbuatan yang disengajakan, maka perasaan
merupakan sesuatu yang terjadi pada kita tanpa disengajakan.
Individu secara pasif mengalami suatu perasaan yang mungkin
sahaja berkaitan dengan kehendaknya. Kita akan mengalami
perasaan sedih apabila ditimpa suatu musibah dan akan berusaha
untuk menghilangkan kesedihan itu. Perasaan senang atau gembira
tiba-tiba meresap ke dalam jiwa kita tanpa disengajakan apabila
kehendak kita dipenuhi. Jiwa kita berada dalam keadaan kehendak
yang pasif pada perasaan cinta, kasih sayang, benci, muak, dan
sebagainya.
Ada sesuatu yang menyebabkan timbulnya sesuatu
perasaan, namun perasaan itu tidak mengarahkan kepada sesuatu
objek. Berbeza dengan hasrat dan kegiatan fungsi kognitif (seperti
perhatian, pengamatan, pemikiran, dan sebagainya) yang mengarah
pada suatu objek, maka perasaan berada dalam satu keadaan
subjektif. Dalam rasa gembira, peningkatan suasana akan wujud
dijiwa kita. Keadaan subjektif mengandungi suasana khusus dan
suasana istimewa secara spontan. Tanpa difikirkan atau
dipertimbangkan dahulu, dapat diungkapkan kepada nilai subjektif
daripada sesuatu yang dilihat, diamati, difikirkan, dan sebagainya.
Seiring dengan pemikiran manusia terdiri daripada jiwa
raga (psikosomatis), maka kita dapat membezakan antara perasaan
vital yang bersifat jasmaniah dan perasaan kejiwaan. Jika kita
berpuasa, timbul rasa lapar dan sesudah berbuka puasa timbul rasa
kenyang. Rasa lapar dinilai atau dirasakan oleh badan kita yang
menyedarkan bahawa kita memerlukan makanan. Begitu juga rasa
kenyang setelah makan dinilai oleh badan kita. Perasaan yang
dinilai oleh badan kita disebut perasaan vital yang bersifat
jasmaniah. Ketika berpuasa kita berusaha melaksanakan kewajipan
kerana taat dan cinta kepada Tuhan dan kita berusaha
melaksanakannya bersesuaian dengan perintah Tuhan. Jiwa kita
yang akan merasakan kesusahan perjuangan itu serta merasakan

180

Psikologi Perkembangan

nikmat dan kebahagiaan hasilnya.


Sikap penilaian perasaan itu merupakan sebahagian
daripada watak. Perasaan juga merupakan suatu kemampuan pada
diri, iaitu kemampuan untuk merasakan diri sendiri, orang lain dan
dunia lain. Perasaan juga merupakan kemampuan dan sikap
penilaian yang bermula di lubuk jiwa kita. Sikap penilaian ini
merupakan suatu keadaan relatif daripada perasaan penilaian
personaliti yang bersama-sama dengan hasrat dan keinginan.
Manakala suasana jiwa yang lazim dan suasana jiwa yang formal
daripada perasaan termasuk dalam lingkungan tabiat.
Dalam watak, perasaan kejiwaan berintegrasi dengan
hasrat, sedangkan perasaan jasmaniah dalam daya hidup
berintegrasi dengan dorongan jasmaniah. Dorongan untuk makan
akan menimbulkan rasa kenyang dan tidak berasa puas akan
menimbulkan rasa lapar. Begitu juga dengan hasrat. Hasrat yang
tercapai akan menimbulkan rasa puas hati dan bahagia.
Sebaliknya, apabila hasrat tersebut tidak tercapai, ia akan
menimbulkan rasa kecewa atau tidak puas hati. Oleh itu, dapat
dikatakan bahawa setiap hasrat merupakan satu keadaan perasaan
istimewa dan setiap keadaan perasaan merupakan suatu disposisi
keadaan yang membangkitkan personaliti untuk memiliki
kecenderungan mengarahkan tingkah laku pada objek yang
merupakan tujuan daripada keinginan. Manakala perasaan
istimewa bagi setiap keadaan perasaan merupakan suatu disposisi
keadaan yang merupakan syarat kejiwaan untuk penghayatan rasa
nikmat, rasa puas, dan bahagia apabila hasrat tujuan tercapai.
Tanpa hasrat, manusia tidak akan mengejar suatu tujuan. Tanpa
perasaan, personaliti tidak akan dapat menghayati atau merasakan
kenikmatan, kepuasan, dan kebahagiaan apabila tujuan tercapai.
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa rasa nikmat,
rasa puas, dan rasa bahagia akan terjadi apabila sesuatu keperluan
atau hasrat dapat dicapai. Selain itu, kemampuan, kesanggupan,
kecekalan dan ketekunan personaliti diperlukan untuk mencapai

Personaliti

181

sesuatu agar mendapat kepuasan. Kualiti rasa puas atau rasa


bahagia juga bergantung kepada perasaan seseorang yang
dikurniakan oleh Tuhan untuk menikmati hasil usahanya. Kita
melihat ada orang yang tidak pernah merasa puas walaupun tujuan
hasratnya telah tercapai. Ada pula orang yang cepat merasa puas
walaupun hasilnya belum memadai. Ada juga orang yang mampu
merasakan kenikmatan dan kebahagiaan sejak bermula aktiviti,
usaha mengejar kepuasan hasrat dan wujudnya tanda-tanda
tercapainya sebahagian tujuan hasratnya. Setiap hasrat yang
dipuaskan oleh aktiviti menumbulkan rasa senang, rasa puas atau
bahagia. Hal itu dapat memperkuatkan lagi usaha sehingga ia
mampu menikmati perjuangan hidupnya dan akan selalu rasa
bahagia sama ada tujuan hasratnya tercapai ataupun tidak.
Kemampuan perasaan merupakan kesinambungan yang
melengkapi atau sebahagian daripada hasratnya atau keinginan.
Jenis-jenis perasaan juga tidak terlepas daripada pembahagian
hasrat. Seiring dengan pembahagian hasrat, perasaan juga
dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu :
1.
Kemampuan perasaan yang berhubung kait dengan
kekayaan seseorang sebagai makhluk hidup (perasaan des
lebendigen daseins).
2.
Kemampuan perasaan yang berkaitan dengan kekayaan
seseorang sebagai satu peribadi (perasaan des individuallen
selbsteins).
3.
Kemampuan perasaan yang melampaui batas diri (perasaan
des uber-sich-himaus-seins).
1.
Kemampuan
perasaan
yang
berkaitan
dengan
perkembangan manusia sebagai makhluk hidup ialah kemampuan
menikmati dan menghayati. Perasaan nikmat adalah kemampuan
yang menjadikan manusia untuk dirangsang oleh rangsangan
indrawi dan merasakan kenikmatan rangsangan tersebut.
Kemampuan menghayati merupakan potensi kejiwaan yang
menentukan perasaan seseorang di dalam hal-hal yang bukan
rangsangan indrawi seperti situasi psikologi, keadaan masyarakat,

182

Psikologi Perkembangan

peristiwa, norma, dan nilai-nilai penghayatan menentukan sama


ada seseorang dapat berinteraksi dengan perasaannya terhadap
keadaaan lingkungan sosial-psikologi dan sama ada ia mampu
menghayati nilai-nilai daripada segala yang dihadapinya.
Kemampuan menikmati dan menghayati merupakan suatu
ketetapan yang relatif daripada perasaan nilai personaliti. Darjat,
kualiti, mutu serta dalam kedua-dua kemampuan perasaan itu
bersifat individual. Ini bererti, ia berbeza pada setiap orang, kerana
potensinya ditentukan oleh faktor pembawaan yang berkaitan
dengan hasrat, dan perkembangannya dipengaruhi oleh faktor
lingkungan. Kita menjumpai pelbagai kombinasi antara suatu
hasrat dengan kemampuan perasaan yang bersangkutan. Orang
yang memiliki hasrat yang kuat untuk menghayati dan mempunyai
personaliti yang suka mencari pengalaman sanggup mengolah atau
memanfaatkan pengalamannya dengan perasaan. Personaliti itu
merupakan personaliti yang kaya, terbuka terhadap dunia luar dan
mudah mengadakan hubungan dengan manusia lain . Sebaliknya,
orang yang mempunyai hasrat penghayatan yang lemah dan
memiliki kemampuan perasaan penghayatan yang lemah pula akan
mempunyai personaliti yang miskin, tidak cergas atau lemah,
kurang bersemangat, dan sikapnya dingin terhadap orang lain. Ia
memiliki perasaan yang tidak mudah goyah oleh nilai-nilai dan
peristiwa sosial psikologi dunia kenyataan di sekitarnya.
Hasrat dan perasaan penghayatan itu akan mengalami
penurunan sedemikian rupa sehingga menjadi tidak pandai berfikir
dan tidak mengambil tahu keadaan di sekelilingnya. Orang yang
mengalami gangguan jiwa schizofreni tertentu biasanya
personalitinya mengalami perasaan penghayatan yang lemah. Ia
berdiam diri sahaja dan tidak mengacuhkan kejadian di
sekelilingnya.
Dalam kehidupan seharian sering disebut kepercayaan
kepada diri sendiri. Perasaan penampilan diri seseorang wujud
untuk menghayati perkembangan diri, kebanggaan diri, autonomi

Personaliti

183

diri daripada paksaan orang lain dalam dunia luar dan perasaan
menguasai persekitaran. Perasaan ini berkait rapat dengan
kepercayaan diri sendiri. Jika seseorang merasakan dirinya kurang
berharga, maka perasaan itu disebabkan oleh kesedaran bahawa
dirinya tidak melaksanakan apa yang harus dilaksanakan, tidak
mematuhi peraturan, kewajipan, dan norma-norma kesedaran diri
yang mesti dipatuhi. Perasaan hargai diri adalah perbezaan antara
diri yang sebenar dengan apa yang cita-citakan seseorang. Jika kita
melebih kepada cita-cita, ini akan menyebabkan perasaan rendah
diri. Keseimbangan antara diri yang sebenar dan diri yang dicitacitakan akan menghasilkan harga diri yang tinggi.
Harga diri ini adalah hasil daripada ukuran subjektif yang
merupakan penilaian kita dengan diri sendiri. Seseorang yang
berjaya dalam kehidupan bermasyarakat mempunyai rasa rendah
diri kerana kita menilai bahawa diri yang sebenar jauh tertinggal
daripada diri yang dicita-citakan. Manakala orang jahat memiliki
perasaan harga diri yang tinggi kerana penilaian kita terhadap diri
sebenarnya dan diri yang dicita-citakannya cukup harmoni.
2.
Kemampuan perasaan yang melampaui batas diri sendiri
disebut perasaan transitif. Perasaan transitif dibezakan dengan
perasaan diri seperti harga diri, rendah diri, bangga dan pelbagai
perasaan yang di tuju kepada diri sendiri dan perasaan transitif
yang di tuju bukan kepada diri sendiri. Selain keadaan diri dan
kesedaran diri, manusia juga mempunyai kesedaran dengan apa
yang berlaku di dunia. Dunia tidak dihayati secara rasional, tetapi
dunia ini dihayati oleh perasaan yang mudah sebelum kita dapat
menganalisisnya. Antara kemampuan perasaan yang melampaui
batas diri ialah :
a.
Perasaan dengan orang lain atau berhubungan sosial.
b.
Kemampuan perasaan untuk orang lain.
c.
Kemampuan perasaan untuk membuka diri terhadap hal-hal
lain atau minat.
d.
Perasaan mengasihi dan mencintai.
e.
Perasaan normatif atau hati nurani.

184

f.

Psikologi Perkembangan

Perasaan keagamaan atau rasa hati.

Kemampuan perasaan untuk mengadakan hubungan sosial,


hubungan dengan orang lain, menghayati perasaan dan fikiran
orang lain merupakan gejala perasaan yang kompleks mengikut
yang telah ditentukan oleh aspek-aspek personaliti yang lain,
terutamanya tabiat. Kemampuan perasaan ini bererti kesediaan
untuk membuka diri, berterus terang dengan keadaan diri kepada
orang lain dan berkomunikasi. Kemampuan ini bergantung pada
perasaan diri. Personaliti yang kuat dan tidak terlalu terikat pada
diri akan lebih mudah bersosial. Dengan tidak terikat pada diri,
tenaga psikiknya akan lebih bebas diarahkan kepada orang lain.
Hal ini akan meningkatkan penghayatan dan pengalaman
mengenai kehidupan perasaan orang lain. Pemahaman akan
menjadikan seseorang secara sedar untuk mengarahkan diri pada
orang lain dengan lebih mengenali keperluan, sifat dan
perasaannya sehingga semakin intensif hubungan kemanusiaan
tersebut. Kepercayaan pada diri sendiri ini juga akan diperkuatkan
oleh sikap dan penilaian orang lain terhadap kita. Oleh itu,
keterbukaan diri akan menjadikan hubungan kekitaan mudah
tercipta. Sebaliknya, orang yang bersosial lemah menjadikannya
kurang menampilkan diri sehingga kurang berhubungan dengan
orang lain dan kurang menghayati kehidupan perasaan orang lain.
Maka, ini sukar untuk membentuk semangat kekitaan.
Kelemahan dalam mengadakan hubungan sosial dengan
perasaan diri dan kesibukan diri sendiri sehingga kepercayaan pada
dirinya lemah. Perhatian yang terlalu besar terhadap diri sendiri
akan mengurangkan tenaga psikik yang diarahkan ke dunia luar
dan menghalang seseorang untuk memahami atau menghayati
kehidupan perasaan orang lain. Akibatnya akan
timbul
kecenderungan untuk menarik diri dan mengasingkan diri daripada
dunia luar. Seseorang yang egoisme akan sukar menemui jalan
untuk berkomunikasi dengan orang lain dan membentuk dunia
bersama-sama. Ia hanya berada di samping orang lain dan tidak
terjun ke dalam dunia kejiwaan orang lain untuk membentuk dunia

Personaliti

185

kekitaan. Secara jasmani, mungkin orang itu bersama orang lain,


namun secara kejiwaan pula ia bersendirian. Egoisme
menimbulkan isolasi diri, pengasingan diri, dan autisme yang
hidup dalam dunianya sendiri dan dapat menimbulkan rasa
ketakutan dan kecemasan. Hal ini dapat pada personaliti yang
mempunyai rasa rendah diri. Disebabkan kurang keyakinan diri,
individu berusaha menutup apa yang dinilai sebagai kelemahan
dan mengukuhkan kedudukan agar kekurangan atau kelemahan
jiwanya tidak dinampak oleh orang lain sehingga tidak mahu
menampilkan diri dan berhubungan sosial. Kemampuan perasaan
mengadakan hubungan sosial berkait rapat dengan fungsi kejiwaan
yang lain dan secara potensinya terikat pada faktor perkembangan
dipengaruhi oleh kebiasaan, pendidikan, pengalaman, dan faktor
persekitaran. Kemampuan ini menentukan kualiti dan warna
hubungan dengan orang lain, baik dalam hubungan percintaan,
kekeluargaan, pekerjaan, dan kehidupan bermasyarakat.
Kemampuan perasaan lain yang diutarakan Remplein
adalah seperti perasaan hati, belas kasihan dan sayang. Hati
merupakan bahagian dalam kehidupan kejiwaan seseorang. Setiap
orang mengejar sesuatu yang bernilai dalam hidupnya dan selalu
menghindari sesuatu yang tidak bernilai. Oleh demikian, setiap
orang mempunyai disposisi sistem nilai tertentu. Disposisi ini
terletak dalam hati yang merupakan ketetapan yang relatif daripada
sistem nilai seseorang, sama ada daripada hasrat, perasaan ataupun
kehendak. Sedangkan hati nurani atau kesedaran disposisi sistem
nilai tersebut yang mengikat batin manusia dan menjadi landasan
dalam mengambil keputusan untuk bertindak.
Hati nurani menghadkan kebebasan manusia untuk
bertindak sewenang-wenangnya mengikut nilai atau norma-norma
estetika. Keputusan kesedaran batin disebut kata hati, kesedaran
batin atau hati nurani tidak berdasarkan kepada pemikiran, tetapi
berdasarkan kepada perasaan mendalam yang dapat menjadi
pendapat sehingga digunakan oleh pemikiran untuk menjelaskan
sesuatu.

186

Psikologi Perkembangan

Pengolahan keputusan berdasarkan perasaan hati dan hasil


pemikiran yang rasional disebut keputusan berdasarkan akal budi.
Rasa hati atau kesedaran batin merupakan landasan yang
menjadikan penghayatan dan pengajaran nilai-nilai yang bersifat
neutral dari segi penilaian estetika dan tanggungjawab. Manakala
kata hati merupakan membuat keputusan yang bertindak
menanyakan sesuatu atau mengadili tanggungjawab dengan
kewujudan tingkah laku tertentu. Kedua-duanya mempunyai
hubungan yang erat, namun cita-cita dan cara kerjaya yang
berbeza. Rasa hati adalah pasif, sedangkan kata hati adalah aktif.
Rasa hati mendapat penyaluran, sedangkan kata hati berhubung
dengan akal budi dalam ikatan tanggungjawab, kehendak, dan
perbuatan. Contohnya, rasa cinta seseorang yang mempunyai
perasaan hati berdasarkan nilai-nilai. Rasa cinta kasih masih
bersifat neutral, tidak ada persoalan buruk atau baik dan tuntutan
tanggungjawab. Hal ini menunjukkan perasaan hati orang itu
berdasarkan sesuatu yang mempunyai nilai. Namun, kata hatinya
akan menegur, meninggalkan kanak-kanak isteri dan memberikan
harapan yang tidak akan dipenuhi oleh seorang gadis merupakan
tingkah laku yang tidak bertanggungjawab atas perbuatan buruk.
Oleh itu, padamkanlah cinta yang baru bersemi itu.
c.

Kehendak
Kehendak dan hasrat merupakan tenaga psikik yang
menimbulkan motivasi sebagai penggerak untuk menimbulkan
suatu tingkah laku. Ia juga menunjukkan adanya dinamik yang
mengarah kepada suatu tujuan. Perbezaan kehendak dengan hasrat
atau motivasi lain terletak pada peratus kesedaran yang tinggi pada
kehendak. Setiap kata atau gerak kehendak merupakan perbuatan
yang disedari oleh diri. Sedangkan hasrat tidak selalu disedari
secara penuh. Ini bermakna antara hasrat dan kehendak terdapat
hubungan yang erat. Hasrat merupakan motif tingkah laku.
Kehendak sederhana merupakan lanjutan daripada suatu hasrat.
Hasrat terarah pada suatu tujuan daripada kehendak secara mudah
diterima, diakui, dan diusahakan untuk mencapai tujuan itu.

Personaliti

187

Kehendak yang lebih kompleks merupakan suatu pilihan daripada


pelbagai alternatif yang saling bersaing untuk mendapatkan
keutamaan. Diri yang mengkehendaki bantuan akal budi harus
memilih antara pelbagai motif dengan memutuskan dan
menetapkan satu tujuan dan seterusnya mengarahkan serta
mengerahkan seluruh tenaga untuk mencapai tujuan yang dipilih.
Dalam sesuatu perbuatan, tidak perlu semua motif ditunjukkan
secara jelas. Ada motif yang terletak di sesetengah sistem mental
dan juga yang tidak diakui oleh diri kerana tidak sesuai dengan
sistem nilai peribadi atau tidak sesuai dengan ideal diri atau
dianggap motif rendah. Ada pula motif yang terletak di pusat
sistem mental atau di pusat kesedaran sehingga mendominasi dan
mewarnai motif yang lain. Motif yang secara penuh disedari
merupakan kehendak atau kemahuan atau niat. Kehendak adalah
kemampuan diri secara mengakui tujuan daripada suatu hasrat dan
mengusahakan untuk mencapai tujuan tersebut.
Dalam menentukan suatu tujuan, pada umunya kita perlu
menghayati kebebasan rohaniah. Umat Islam mengetahui bahawa
fahaman Qadariyyah, menganggap manusia memiliki kebebasan
berkehendak yang mutlak sehingga manusia yang menentukan
segala perbuatan dan tingkah lakunya. Sebaliknya, fahaman
Jabariyyah berpendirian bahawa semua tingkah laku manusia
ditentukan oleh Allah dan manusia tidak memiliki kebebasan
berkehendak. Kaum Jabariyyah ialah golongan yang dipaksa dan
menyerah kepada takdir. Golongan Ahlussunnah pula berpendirian
bahawa manusia memiliki kebebasan berkehendak dalam batasbatas tertentu sehingga dalam batas kesedaran diri, tingkah laku
manusia harus dipertanggungjawabkan. Golongan Ahlussunah
menekankan pentingnya ikhtiar atau keupayaan manusia. Dalam
falsafah, golongan indeterminisme menganggap terdapat
kebebasan berkehendak. Manusia memiliki dan sanggup memilih
berdasarkan kehendaknya sendiri satu motif yang menurut
penilaian paling berharga, tepat atau mulia. Sedangkan golongan
determinisme menyangkal adanya kebebasan berkehendak dengan
mengutarakan bahawa setiap keputusan, manusia dipaksa oleh

188

Psikologi Perkembangan

motif yang terkuat. Penghayatan kebebasan hanya merupakan


penipuan diri yang subjektif dan menunjukkan pengalaman serta
pengamatan seseorang secara terbatas.
Pandangan indeterminisme ataupun determinisme tidak
dapat dibuktikan secara jelas oleh psikologi. Psikologi hanya dapat
menetapkan bahawa ada situasi di mana manusia mengalami
kebebasan pilihan, seperti apabila kita diberi dua pilihan yang
kedua-duanya tidak begitu memaksa. Keadaanyang berbeza
apabila situasi itu menggerakkan hasrat atau menimbulkan motif
yang mendorong suatu tujuan tertentu dengan kuat. Motif itu akan
lebih memaksa kehendak kita untuk menetapkan pilihan tingkah
laku tertentu apabila jiwa lebih terlibat dalam situasi itu sehingga
kesedaran dalam kebebasan batin hilang dan timbul penghayatan
paksaan. Jika seseorang memiliki kebebasan memilih membelok
ke kiri atau ke kanan, tetapi untuk membelok ke kiri terdapat
banyak penjahat, maka secara normal ia akan mengambil
keputusan membelok ke kanan. Keputusan itu tidak disertai
dengan kebebasan batin, tetapi disertai keharusan atau paksaan
batin kerana keinginan untuk selamat dapat memaksanya
membelok ke kanan. Berdasarkan contoh di atas, jelaslah bahawa
peratus kebebasan kehendak berbeza menurut motif yang ada
dalam diri peribadi seseorang serta situasi yang ada. Ini bukan
bererti mengurangkan tangggungjawab manusia atas tingkah
lakunya kerana manusia tidak dapat menyedari sebabia berlaku.
Berbeza pula dengan haiwan yang mengikuti dorongan
naluri yang dirasakan sebagai motif secara membabi buta dalam
setiap tingkah lakunya. Haiwan tidak dapat menentukan apakah
motif itu berharga, bernilai, dan mulia atau motif rendahan.
Baginya yang menentukan tingkah laku ialah dorongan atau
keperluan biologi. Manusia melalui pengalaman dan pendidikan
dapat membezakan nilai yang tinggi dan yang rendah. Ia juga
mengenal hierarki nilai-nilai sehingga mengetahui nilai mana yang
harus diutamakan. Pemahaman terhadap hierarki nilai itu
hendaklah ditanam melalui pendidikan dan kebiasaan dalam

Personaliti

189

kehidupan seharian. Dengan demikian, hasrat yang agung dapat


berkembang dan menjadi pusat sistem nilai yang dapat
mendominasi dan mewarnai motivasi seseorang dan menentukan
keputusan pilihan yang harus diambil oleh kehendaknya. Sistem
dalam jiwa seseorang yang mewarnai motivasi, hasrat dan
kehendak itulah yang menentukan nilai personalitinya.
Terdapat empat perkara penting daripada kehendak, iaitu
tidak mudah kehendak untuk digerakkan, kemampuan memberikan
diri sepenuhnya pada tujuan kehendak, daya kehendak, dan
perhatian. Tidak mudah kehendak dapat digerakkan bergantung
pada kekuatan hasrat. Hasrat yang kuat memudahkan pergerakan
kehendak. Sebaliknya, hasrat yang lemah sukar untuk
menimbulkan kehendak yang kuat. Selain itu, keadaan jiwa
seseorang seperti suasana jiwa yang depresif, perasaan rendah diri,
syak wasangka, dan sebagainya merupakan lawannya untuk
semangat suatu hasrat. Hal ini dapat menghambat pergerakan
kekuatan suatu kehendak.
Kemampuan memberikan diri sepenuhnya pada tujuan
kehendak dan pada pelaksanaan yang merupakan suatu autonomi
diri dalam kehendak. Tanpa adanya autonomi diri dalam kehendak
yang berasal daripada orang lain menyebabkan lahirnya batin
bergantung kepada orang lain. Autonomi diri wujud dalam
kemampuan seseorang untuk mengambil keputusan, pada hasrat
yang kuat, tujuan yang jelas, serta rasa diri yang kuat. Jika
kemampuan disertai oleh hasrat untuk berkuasa dan hasrat untuk
menunjukkan diri, maka orang yang berkaitan akan menunjukkan
sikap sendiri dan sukar dipengaruhi.
Psikologi cenderung dalam melihat kehendak, bukan
sebagai satu sumber tenaga tersendiri, melainkan memperoleh
tenaga daripada tenaga psikik yang berasal daripada dorongan
jasmani, hasrat dan perasaan. Daya kehendak merupakan
kemampuan mengarah, mengendali, dan mengorganisasi tenaga
psikik untuk mencapai perlaksannaan tujuan yang telah ditetapkan.

190

Psikologi Perkembangan

Daya kehendak yang kuat secara positif akan wujud pada


kekuatan, inisiatif, kejelasan, kecekalan, pengendalian diri dan
konsentrasi. Sedangkan daya kehendak yang lemah wujud pada
sikap kaki turut, toleran, kurang inisiatif, kebimbangan, kurang
daya tahan, kurang jelas, mudah dipujuk, dan kurang konsentrasi.
Selain kekuatannya, daya kehendak juga cepat menghilang dan ada
yang tahan lama. Dalam kehidupan seharian, daya kehendak yang
tahan lama wujud pada kecekalan, ketahanan, kesetiaan, pendirian
yang kuat dan tidak mudah dipengaruhi, bahkan dapat menjadi
keras kepala dan intolenrasi.
Perhatian merupakan ketajaman kesedaran yang
menjadikan tanggapan isi rangsangan atau objek secara terang dan
jelas. Perhatian yang termasuk dalam aspek kehendak hanyalah
perhatian yang disengajakan. Dengan pemusatan perhatian akan
terjadi kesedaran yang giat yang akan mengkonsentrasikan tenaga
psikik daripada kehendak. Selain perbezaan aktiviti, perhatian
antara seseorang individu dengan yang lainnya terdapat pula
perbezaan kekuatan, ketahanan, dan kemantapan.
Daripada huraian dengan watak, dapat disimpulkan bahawa
watak dapat ditinjau daripada sudut isi, bentuk, atau formalitinya.
Isi watak ditentukan oleh arah nilai yang mengendalikannya. Nilai
itu terkandung dalam hasrat dan kemampuan perasaan yang
berkaitan, nilai watak bergantung pada dominasi hasrat yang
berhubungan dengan kehidupan manusia sebagai makhluk biologi,
psikologi, makhluk sosial, falsafah, dan rohaniah. Secara format,
watak ditandai oleh keteguhan dan kekuatan rasa diri, sikap hidup,
dan kualiti kehendak. Watak yang kuat ditandai oleh rasa diri,
sikap hidup yang stabil dan jelas, autonomi dalam kehendak,
kekuatan dan kemantapan kehendak. Watak yang lemah ditandai
oleh kelemahan rasa diri, sikap, dan kehendak.

4.

Bakat
Psikologi ialah sains yang mempelajari tingkah laku

Personaliti

191

manusia. Tingkah laku sebagaimana yang telah dirumuskan


merupakan fungsi personaliti dan lingkungan TL = (PXL).
Tingkah laku manusia disedari dan ada pula yang tidak disedari.
Tingkah laku yang disedari merupakan karya manusia sebagai
usaha dan kemampuannya. Keith Davis (1981) merumuskan karya
(performance) atau hasil prestasi kegiatan manusia ditentukan oleh
motivasi dan kemampuan. Karya = fungsi (motivasi X
kemampuan). Motivasi sebagai sikap merupakan hasil dorongan,
keperluan, hasrat, dan kehendak yang ada dalam diri individu yang
telah diolah melalui pengalaman hidup dalam menghadapi situasi
lingkungan tertentu. Motivasi yang diwarnai oleh sistem nilai
merupakan bahagian watak. Perbezaan motif dengan hasrat boleh
dikatakan bahawa motif lebih bersifat sementara dan bergantung
kepada situasi sesaat yang mempengaruhinya. Manakala hasrat
secara relatif lebih dalam diri individu.
Setiap perbuatan manusia dapat ditinjau daripada dua
sudut, iaitu mengapa dan dengan apa. Mengapa perbuatan tertentu
dilakukan manusia? Hasrat mana yang menyebabkannya? Motif
apa yang mendorongnya? Jawapan pertanyaan ini akan membawa
kita pada watak seseorang yang berhubungan erat dengan fungsi
kognitif dan efektif dalam tingkah laku manusia. Dengan apa
perbuatan itu dilakukan? Dengan kemampuan jiwa raga yang mana
perbuatan itu dilaksanakan? Jawapan pertanyaan ini akan
membawa kita kepada kemampuan atau bakat personaliti yang
berhubung dengan fungsi kognitif dan motorik. Tenaga psikik
dapat mendorong kemahuan dalam merealisasikan kemampuan
daripada segala potensi yang ada. Apabila kemahuan lemah, maka
kemampuan yang besar pun tidak dapat digunakan dan tetap
terpendam. Manakala kemampuan yang didorong oleh kemahuan
yang kuat akan dapat berkembang dan menghasilkan prestasi.
Kemampuan atau bakat dengan kemahuan atau hasrat merupakan
kesatuan kerja dalam personaliti. Kemahuan memberikan
dorongan, arah, dan tujuan, sedangkan kemampuan dapat
merealisasikan kemahuan.

192

Psikologi Perkembangan

Dalam Bahasa Inggeris dapat dikenali dalam beberapa


istilah yang berkaitan dengan pengertian bakat atau kemampuan,
seperti ability (kemampuan), aptitude (bakat), capacity (kapasiti),
achievement (mahir, berketrampilan), dan potency (potensi).
Aptitude ertinya sama dengan ability atau kemampuan.
Kemampuan yang telah direalisasikan disebut achievement,
manakala kemampuan yang masih berupa potensi disebut capacity.
Penggunaan istilah iaitu disposisi jasmani dan rohani untuk
melaksanakan kegiatan yang diarahkan sehingga menghasilkan
prestasi tertentu.
Ny. Yoesoef Noesyirwan (1978) membahagikan jenis-jenis
bakat atau kemampuan menurut fungsi atau aspek-aspek yang
terlibat dan menurut prestasinya. Berdasarkan fungsi dalam aspek
jiwa raga yang terlibat dalam pelbagai bentuk prestasi, bakat dapat
dibezakan dalam:
a.
Bakat yang lebih berdasarkan psikofizik, iaitu kemampuan
yang berpunca pada jasmani sebagai dasar asas bakat, seperti
kemampuan
pancaindera,
ketangkasan
atau
ketajaman
pancaindera, kemampuan motorik, kekuatan badan, kelincahan
jasmani, ketrampilan jari-jemari, tangan, dan anggota badan.
b.
Bakat kejiwaan yang bersifat umum, iaitu kemampuan
ingatan daya khayalan atau imaginasi. Daya ingatan adalah
kemampuan menyimpan isi kesedaran yang ada pada satu saat dan
membawa ke permukaan pada saat yang lain. Dalam ingatan, jiwa
kita bersifat menerima dan reproduktif. Daya khayalan merupakan
isi kesedaran yang berasal dari dunia dalam diri kita yang berupa
gambar khayalan dan idea-idea yang kreatif sehingga jiwa kita
bersikap spontan dan produktif. Kecerdikan adalah kemampuan
menyesuaikan diri pada keadaan dengan menggunakan akal fikiran
secara tepat dan cepat. Penyesuaian diri dengan pemikiran berbeza
dengan penyesuaian diri kerana kebiasaan atau sebagai akibat
latihan (drill) dan cuba-cuba (trial and error). Penyesuaian diri
kerana kebiasaan, drill dan trial and error bersifat mekanikal,
kadang kala memerlukan banyak waktu untuk penyesuaian diri

Personaliti

193

dengan pemikiran terjadi kerana pengertian, wujud dalam


pemecahan dan penguasaan keadaan baru daripada kesulitan yang
dihadapinya. Kecerdikan dapat dihuraikan sebagai kemampuan
menangkap, memahami, menjelaskan, dan menghuraikan makna.
Setiap orang memiliki isi, proses, dan cara berfikir yang berbeza
antara satu sama lain.
c.
Bakat-bakat kejiwaan yang khas dan majmuk. Bakat-bakat
yang khas atau bakat dalam pengertian sempit ialah bakat yang
dari awal memang ada dan terarah pada satu lapangan yang
terbatas seperti bakat bahasa, bakat melukis, bakat muzik, bakat
seni, bakat ilmu pasti, dan lain-lain. Manakala bakat majmuk
berkembang lambat daripada bakat produktif ke arah yang
bergantung dari keadaan di dalam dan di luar individu, seperti
bakat falsafah, bakat hukum, bakat pendidik, bakat psikologi,
bakat perubatan, bakat ekonomi, bakat politik, dan lain-lain.
d.
Bakat yang berdasarkan pada alam perasaan dan
kemahuan. Bakat ini berkait rapat dengan watak, seperti
kemampuan untuk berhubungan sosial, kemampuan mengasihi,
kemampuan merasakan atau menghayati perasaan orang lain.
Berdasarkan sifat-sifatnya, bakat dapat dibahagikan kepada
empat, iaitu :
a.
Bakat reprokduktif, iaitu kemampuan untuk memproduksi
hasil pekerjaan orang lain dan menghuraikan kembali dengan
tepat pengalaman-pengalaman sendiri. Bakat ini berkait rapat
dengan daya ingatan.
b.
Bakat aplikatif, iaitu kemampuan memiliki, mengamalkan,
mengubah, dan menerangkan pendapat, buah fikiran, dan
metod yang berasal daripada orang lain.
c.
Bakat interpreatif, iaitu bakat menerangkan dan menangkap
hasil pekerjaan orang lain sehingga di samping maksud
penciptanya, dalam penjelasan itu juga wujud pendapat atau
pendirian peribadi.
d. Bakat produktif, iaitu kemampuan menciptakan hal-hal baru
berupa sumbangan dalam ilmu pengetahuan, pembangunan
dan lapangan kehidupan lain yang berharga.

194

Psikologi Perkembangan

Sebagaimana telah diterangkan dalam mengenali tingkah


laku manusia, bahawa suatu karya atau prestasi memerlukan
kemampuan atau bakat dan motivasi atau kemahuan. Sebahagian
daripada bakat itu secara potensinya ada sejak lahir dan sebahagian
lagi didapati atau muncul melalui pertumbuhan dan
perkembangan. Hal ini meliputi bakat yang berhubungan dengan
fungsi kognitif, seperti daya abstraksi, ingatan, khayalan, atau yang
berhubungan dengan fungsi efektif dan konatif, seperti alam
perasaan dan kehendak mahupun bakat psikofizik. Bakat sebagai
suatu potensi memerlukan lingkungan dan kesempatan agar dapat
berkembang secara optimum melalui pengalaman dan pendidikan.
Manusia harus belajar sepanjang hidupnya, iaitu harus selalu
melatih kemampuannya dan memperoleh pengetahuan yang
diperlukan untuk menyesuaikan dirinya dengan lingkungan hidup
yang selalu berubah. Manusia harus selalu mempertahankan dan
mengembangkan personalitinya.
8.

Personaliti dan Perkembangan


Terdapat orang yang puas hati terhadap dirinya sendiri,
seterusnya ada yang beranggapan bahawa dirinya kekurangan
sifat-sifat kualiti untuk berhasil dalam kehidupan bersama. Salah
satu daripada sifat-sifat yang diinginkan ini ialah personaliti.
Menurut pakar psikologi, perkataan personaliti itu
mempunyai erti yang bukan sekadar bersifat menarik. Personaliti
seseorang itu tersusun daripada semua sifat yang dimilikinya.
Terdapat pelbagai sifat-sifat tersebut, antaranya :
a.
Ada yang berkenaan dengan cara orang melakukan sesuatu,
seperti tekun, tabah, dan cepat.
b. Ada yang menggambarkan sikap, seperti sosialisme dan
patriotisme.
c.
Ada yang berkaitan dengan minat, seperti estetika.
d.
Perkara yang terpenting ialah tabiat emosional, meliputi
optimisme, pesimisme, mudah berkobar-kobar, dan tenang.

Personaliti

195

Kita juga sering mendengar : Itu adalah pendapat peribadi


saya. Si A memang orang yang berperibadi teguh. Si B pula adalah
orang yang berperibadi lemah, dan sebagainya. Semua itu
menunjukkan kepada kita pelbagai penggunaan kata peribadi dan
personaliti itu sehingga erti tersebut di samping untuk
menunjukkan individu seseorang yang berdiri sendiri terlepas
daripada individu yang lain, biasanya ia selalu dikaitkan dengan
pola-pola tingkah laku manusia yang berhubungan dengan normanorma dengan baik dan buruk. Dengan kata lain, kata peribadi atau
personaliti digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri khas yang ada
pada seseorang.
Personaliti adalah sebuah konsep yang sangat sukar
difahami dalam psikologi meskipun istilah ini digunakan seharian.
Berikut dikemukakan beberapa definisi daripada pelbagai sarjana
sekadar untuk menggambarkan betapa luasnya pengertian yang
dicakupi oleh istilah tersebut.
a. Definisi aneka warna
Personaliti adalah kumpulan pembawaan biologi berupa
dorongan, kecenderungan, dan sifat dan kecenderungan yang
diperolehi melalui pengalaman yang terdapat pada diri
seseorang. (Morton Prince, 1924)
b. Definisi integratif dan konfiguratif yang menekankan pada
pengorganisasian sifat- sifat yang ada pada peribadi seseorang
Keseluruhan organisasi yang terdapat pada diri manusia pada
setiap tingkat perkembangannya. (Warren dan Carmichael,
1930)
c. Definisi hierarki
Tingkat sifat-sifat di mana biasanya sifat yang tinggi
mempunyai pengaruh yang menentukan. (McDougall dan
kawan-kawan, 1930)
d. Integrasi daripada sistem kebiasaan yang menunjukkan cara
khas pada individu untuk menyesuaikan dirinya dengan
lingkungannya. (E. Y. Kempt, 1921)
Dengan mempertimbangkan definisi-definisi di atas,
Gordon W. Allport (1961) mengemukakan satu definisi yang

196

Psikologi Perkembangan

dianggap paling tepat dan paling lengkap untuk digunakan


sehubungan dengan tujuan buku ini : Personaliti adalah organisasi
dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem-sistem
psikofizik yang menentukan cara penyesuaian diri yang unik
(khusus) daripada individu tersebut terhadap lingkungannya.
Disebabkan setiap personaliti adalah unik, maka sukar
digambarkan secara umum dengan personaliti. Apa yang dapat kita
lakukan adalah cuba mengenal seseorang dengan cuba mengetahui
struktur personalitinya. Struktur personaliti ini dapat diketahui
melalui pemeriksaan terhadap sejarah hidup, cita-cita, dan
persoalan-persoalan yang dihadapi seseorang. Seorang ahli ilmu
jiwa (psikologi) dapat melakukannya lebih teliti lagi dengan
menggunakan alat-alat psikodiagnostik, iaitu alat-alat yang
digunakan untuk mendiagnosis jiwa seseorang. Alat-alat
psikodiagnostik dikenali juga dengan nama yang lebih popular,
iaitu psikotes, yang selain digunakan untuk memeriksa personaliti
jiwa, juga digunakan untuk memeriksa tahap kecerdikan.
Pandangan konvergensi paling penting yang berfungsi
dalam pemeriksaan personaliti, kerana pandangan ini yang
dijadikan titik tolak dalam metod-metod pemeriksaan psikologi
yang terkenal di Indonesia.
Pandangan ini mengatakan bahawa personaliti seseorang
pada suatu saat (misalnya pada saat sedang diperiksa) adalah
produk (hasil) daripada suatu proses yang dimulai pada saat orang
itu lahir dengan membawa bakat dan berlaku terus melalui
pengalaman hingga pada saat tersebut. Dalam pemeriksaan
psikologi, kita mencuba untuk menganalisis dan membuat
kesimpulan-kesimpulan daripada riwayat hidup seseorang hasil
wawancara dengannya dan dari hasil-hasil psikotesnya. Atas dasar
itu, kita mencuba untuk mengenal struktur personalitinya sehingga
dapat mengenal orang tersebut dengan baik dan tepat.
Khususnya mengenai pengalaman-pengalaman yang turut

Personaliti

197

membentuk personaliti, kita dapat membezakannya dalam dua


kategori, iaitu :
a.
Pengalaman umum, iaitu pengalaman yang dialami oleh
tiap-tiap individu dalam kebudayaan tertentu. Pengalaman ini
berkait rapat dengan fungsi dan peranan seseorang dalam
masyarakat. Misalnya, sebagai lelaki atau wanita mempunyai hak
dan kewajipan tertentu. Beberapa daripada peranan itu dipilih
sendiri oleh orang yang berkaitan tetapi masih tetap terikat pada
norma-norma masyarakat, misalnya jabatan atau pekerjaan.
Disebabkan tingkah laku orang dewasa harus disesuaikan dengan
peranan sosialnya, maka tahap batas tertentu tingkah laku ini dapat
diramalkan. Misalnya, tingkah laku orang-orang yang sedang
berada dalam resepsi yang formal atau tingkah laku mereka di
padang bola sepak. Walaupun demikian, personaliti seseorang
tidak dapat sepenuhnya diramalkan atau dikenali hanya
berdasarkan pengetahuan struktur kebudayaan tempat orang itu
hidup. Hal ini disebabkan :
1.
Pengaruh kebudayaan terhadap seseorang tidaklah sama,
kerana media (orang tua, saudara-mara, dan lain-lain) tidak sama
bagi setiap orang. Setiap orang tua mempunyai pandangan dan
pendapatnya sendiri sehingga orang-orang yang menerima
pandangan dan pendapat yang berbeza-beza itu akan berbeza pula
pendiriannya.
2.
Setiap individu mempunyai pengalaman-pengalaman yang
khusus, yang terjadi hanya pada diri sendiri.
b.
Pengalaman khusus, iaitu pengalaman yang khusus dialami
individu sendiri. Pengalaman ini tidak bergantung kepada status
dan peranan orang yang berkaitan dalam masyarakat.

198

Psikologi Perkembangan

RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan :
Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Shukri Mohd. Nain & Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep, Teori,
Dimensi & Isu Pembangunan, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, & Fawziah Yahya. 2005.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 1 (Semester 1). Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bull, Norman J.1969. Moral Judgement from Childhood to Adolescence.
London: Routledge & Kegan Paul.
Eggan, Paul and Kauchak, Don. 1997. Educatiobal Psychology: Windows on
Classrooms Third Edition. New Jersey: Prentice-Hall Inc.
Gewirtz, Jacob L. and Kurtines, William L. 1987. Moral Development Through
Social Interaction. United States of America: John Wiley & Sons, Inc.
Kay, William. 1970. Moral Development: A Psychological Study Of Moral
Growth From Childhood To Adolescence. London: George Allen and
Unwin Ltd.
Killen, Melanie and Smetana, Judith G.(Ed). 2006. Handbook Of Moral
Development.
United States of America: Lawrence Erlbaum
Associates, Inc.
Lickona, Thomas (Ed.). 1976. Moral Development and Behavior : Theory,
Research, and Social Issues. United States of America: Holt, Rinehart
and Winston.
Manning, Sidney A. 1977. Child And Adolescent Development: A Basic SelfInstructional Guide. United States of America: McGraw-Hill. Inc.
Tannsjo, Torbjorn. 2002. Understanding Ethics. Great Britain: Edinburgh
University Press Ltd.

INDEKS

A
Aliran Empirisisme 65
Aliran Konvergensi 67
Aliran Nativisme 64
Aliran Nativisme 64
B
baka 3
Bakat 52
Biologi 78
Breech Birth 87
Budaya Agama 19
C
Caesarean Section Birth 87
Culturil religious, 19
D
Diduktif. 78
F
Fullungsperiode 1, 79
Fullungsperiode II, 79
G
Global 68
I
Instrument Birth 87
S

J
Jasmani 5, 145
K
Kecerdasan 147
Kehamilan 84
kompleks Elektra 14
kompleks Oedipus 14
Kromosom 83
M
Mental 5
N
Natural or Spontaneous Birth 86
P
perkembangan 1
pertumbuhan 1
Psikofizik, 19
Psikofizik.19
psikologik. 78
R
Reaksi negatif 91
Reaksi positif 91
Reaksi spontan 92

Indeks

Sigmund Freud 80
Sosio individual, 19
Sosio individual. 20
Storddard 146
Streckungsperiode I, 79
Streckungsperiode II, 79
T
Teori Empirisme.23
Teori Interaksionisme. 23,26
Teori kemungkinan Berkembang. 23,
26
Teori Konvergensi. 23, 24
Teori Nativisme. 23
Teori Perkembangan Arnold Gesell ,7
Teori Perkembangan Erik Erikson 7,
14
Teori Perkembangan Jean Piaget 7, 10
Teori Perkembangan Robert
Haringshurst 7, 9
Teori Perkembangan Sigmund Freud
7, 12
Teori Psikodinamik. 23, 25
Teori Rekapitulasi. 23, 25
Terurai 68
Thorndike 129
Transverse-Presentation Birth 87
Trauma lahir 3

200

U
Ujian army alpha dan beta 57
Ujian Binet-Simon 55
Ujian Progressive Matrices 58
Ujian Wechsler 57

You might also like