You are on page 1of 9

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

PENGHARGAAN

Setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat saya
menjayakan dan menyiapkan laporan penuh Program Bina Insan Guru sebelum,
semasa dan selepas program bagi Program Penanda Aras. Program ini dijalankan
bagi memenuhi kehendak PPG Semester 8, 2015 yang telah diadakan pada 28 Mac
2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Ibrahim bin


Yusof selaku mentor bagi Unit BMM 3 kerana telah dapat meluluskan kertas kerja
bagi Program Penanda Aras ini meskipun penghantaran kertas kerja agak terlewat
dihantar kepada beliau. Beliau juga telah banyak memberikan tunjuk ajar serta
pandangan yang membina kepada ahli unit BMM 3 bagi menjayakan program ini.

Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan menjadi bekalan
kepada kami bagi menempuh kehidupan di dalam kampus mahupun di luar kampus.
Ucapan terima kasih juga ditujukan buat sahabat-sahabat BMM 3 yang telah turut
bersama-sama menjayakan program ini dengan semangat setiakawan bak kata
pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Tidak lupa juga penghargaan buat Guru Besar SK Bandar Tun Razak yang
telah banyak memberi kemudahan kepada kami untuk membenarkan kami membuat
lawatan ke sekolah beliau bagi menjayakan Program Penanda Aras ini. Beliau juga
telah menjadi penggerak utama dengan sudi memberi penerangan kepada kami
semasa kami mengadakan lawatan di sekolah beliau. Tanpa beliau lawatan
Penanda Aras ini tidak dapat dijayakan dengan sempurna seperti yang dikehendaki.
Segala kebaikan yang dicurahkan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sekian, terima kasih.


1

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

1.0 Pendahuluan
Pihak Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) telah mengadakan Program Bina
Insan Guru (BIG) sebagai subjek wajib kepada pelajar-pelajar yang menuntut di
IPGRM. Kumpulan Pertama seramai 15 pelajar dari Unit BMM 3 ambilan Jun 2011
telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SK Bandar Tun Razak sebagai
memenuhi pengisian tugasan ini.

2.0 Tujuan Program


Tujuan

program

adalah

untuk

memberikan

peluang

kepada

guru

pelatih

menjalankan aktiviti luar serta mengendalikan aktiviti tersebut dengan berkesan bagi
menimba ilmu demi generasi akan datang.

3.0 Objektif Program


Objektif lawatan ini adalah untuk :
3.1

Sebagai penanda aras dan memperoleh input-input yang boleh dijadikan


panduan dan rujukan.

3.2

Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme guru - guru bahasa


Malaysia di sekolah.

3.3

Meninjau dan berkongsi pengalaman dari aspek pengurusan dan PdP.

3.4

Memberi peluang kepada guru-guru bertukar-tukar idea bagi memperluaskan


pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan dan PdP.

3.5

Mewujudkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan komuniti antara


sekolah.

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015


4.0 Tarikh dan Lokasi Program
Tarikh

: 28 Mac 2015

Hari

: Sabtu

Tempat

: SK Bandar Tun Razak

5.0 Kaedah Pengangkutan


Semua peserta program telah hadir ke lokasi menggunakan kereta masing-masing.
Bagi peserta yang dating dari jauh mereka mengamalkan konsep berkongsi kereta
bagi menjimatkan kos .

6.0 Anjuran
Program Penanda Aras ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Unit BMM 3, Program
Pensiswazahan Guru ambilan Jun 2011, Institut Perguruan Kampus Raja Melewar dengan
kerjasama guru-guru SK Bandar Tun Razak.

9.0 Sasaran
Pelajar-pelajar Unit BMM 3, Program Pensiswazahan Guru ambilan Jun 2011
seramai 15 orang.

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015


10.0 Jawatan kuasa Induk
Penasihat

: En. Ibrahim Bin Yusof (Mentor BM 3)

Pengerusi

: En. Hishammudin Bin Mat Saat

Naib Pengerusi

: Pn. Taslimah Binti Jamhari

Setiausaha

: Pn. Silawati Binti Mat Yusoff

Bendahari

: Pn. Sharti Fazlinda Binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa :
1. Pn. Ratna Binti Mohd Razali
2. Cik Norzaliza Binti Abd Aziz
3. En. Nor Azlin Bin Abas

11.0 AHLI JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM

Pengerusi

: En. Hishammudin Bin Mat Saat

Naib Pengerusi

: Pn. Taslimah Binti Jamhari

Setiausaha

: Pn. Silawati Binti Mat Yusoff

Bendahari

: Pn. Sharti Fazlinda Binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa :

JK PENDAFTARAN
Pn. Dahlia Binti Riduan
Pn. Wan Noor Hayati Binti Wan Hassan

JK MAKANAN
Cik Norzaliza Binti Aziz
Pn. Nazariza Binti Ahmad

JK KECEMASAN
En. Abd Razak Bin Bashah
En. Zamri Bin Yusoff

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015


JK CENDERAMATA
Pn. Ayu Binti Wen
Pn. Ratna Binti Mohd Razali

JK DOKUMENTASI / PELAPORAN
En. Hamdan Bin Awang Hamad
En. Shamsul Kamal Bin Nafiah
En. Nor Azlin Bin Abas

12.0 ANGGARAN KOS


BIL.

PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH

1.

Air Mineral

RM53.00

RM 53.00

2.

Sarapan

RM 3.00 X 25 orang

RM 75.00

3.

Makan Tengah hari

RM5.00 X 25 orang

RM 125.00

4.

Cenderamata

RM70.00

RM 70.00

5.

Kecemasan

RM50

RM 50.00

JUMLAH

RM 373.00

13.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi

: Pendaftaran

7.45 pagi

: Sarapan di Kantin SK Bandar Tun Razak

8.00 pagi

:Taklimat, tayangan slaid dan lain-lain

9.00 pagi

: Lawatan ke bilik - bilik khas

1.00 petang : Makan tengah hari dan Solat Zuhur

14.0 Laporan Kronologi Program


14.1 Sebelum Program

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015


Sebelum program ini berjalan, taklimat BIG telah di adakan di Balai kerapatan
Institut Perguruan Raja Melewar pada 14 Februari 2015. Semua pelajar PPG
ambilan Jun 2011 telah diminta hadir untuk mendengar taklimat yang diberikan.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dalam unit BMM 3 telah dijalankan pada
interaksi ketiga iaitu pada 7 Mac 2015 dan semua pihak telah mengambil ketetapan
tentang lokasi serta tarikh BIG bagi ceramah ini dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa
kerja telah dirangka bagi menjayakan program ini.
Beberapa perbincangan juga telah dilakukan di dalam facebook antara ahli
unit BMM 3 bagi memastikan program BIG ini dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan.

14.2 Semasa Program


Peserta program tiba di SK Bandar Tun Razak pada pukul 7.30 pagi. Para
peserta mendaftar di kantin sekolah pada pukul 8.00 pagi. Para peserta menikmati
sarapan pagi di kantin sekolah sebelum ceramah bermula.
Pada jam 8.00 pagi, tuan rumah iaitu Encik Suib bin Haj Hamid merangkap
guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak bersama Cikgu Hisammudin
bin Mat Saat selaku Pengerusi Jawatankuasa Penanda Aras telah menyambut
ketibaan kami di perkarangan sekolah.
Encik Hisammudin bin Mat Saat selaku Pengerusi Majlis merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Penanda Aras mengalu-alukan kehadiran peserta
rombongan BMM 3 serta mengucapkan terima kasih kepada Encik atas kesudian
beliau menerima kehadiran pelajar BMM3. Sebagai memberkati majlis, Pengerusi
Majlis menjemput Encik Nor Azlin bin Abas membacakan doa.
Pengerusi majlis memulakan majlis dengan membacakan serba sedikit latar
belakang berkaitan Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak serta latar belakang
guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak Encik Suib bin Hj. Hamid.
Setelah itu guru besar SK Bandar Tun Razak , Encik Suib bin Hj. Hamid telah
memberikan penerangan kepada semua peserta tentang kejayaan-kejayaan serta
6

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015


kecemerlangan yang telah diperolehi SK Bandar Tun Razak sehingga sekolah
tersebut dianugerahi Sekolah Kluster oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
pada tahun lepas iaitu tahun 2014.
Menurut beliau, kebitaraan bagi SK Bandar Tun Razak dari segi akademik
ialah Bahasa Malaysia. Manakala dari segi ko kurikulum pula ialah olahraga.
Kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh sekolah tersebut dalam Bahasa Malaysia
dari segi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan iaitu telah mengadakan serta menyertai
Bengkel Puisi Peringkat Negeri, menyertai Pertandingan surat kepada Perdana
Menteri , menyertai Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia peringkat Kebangsaan
serta mengadakan program-program bahasa di peringkat sekolah seperti Minggu
Bahasa, Minggu MBMMBI dan telah mengadakan hubungan jaringan dengan
penduduk kampong, IPGKRM, UNITEN dan TATIUC.
Dalam usaha menjadikan Bahasa Malaysia menjadi kebitaraan bagi Sekolah
Kebangsaan Bandar Tun Razak, pihak sekolah telah mencapai 100% pencapaian
Bahasa Malaysia dalam UPSR bagi tahun 2013 dan 2014. Pelajar-pelajar SK
Bantura juga cemerlang dalam aktiviti kokurikulum terutamanya bagi acara olahraga.
Terdapat beberapa orang murid dari sekolah tersebut telah berjaya mengharumkan
nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Selepas pembentangan power point
tersebut satu sesi soaljawab telah diadakan bagi memberi peluang kepada para
peserta untuk bertanyakan soalan berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak
sekolah bagi memastikan sekolah tersebut terus cemerlang. Setiap pandangan serta
info yang diberikan akan menjadi panduan kepada para guru untuk turut menjadikan
sekolah mereka sekolah yang cemerlang dan berwawasan. (Rujuk Lampiran 1).
Setelah selesai sesi penerangan daripada guru besar, para peserta dijemput
untuk membuat lawatan ke bilik-bilik khas seperti bilik Boss (Bilik SPBT),
perpustakaan, serta bilik yang telah mendapat anugerah hingga ke peringkat negeri
iaitu bilik Anti Dadah. Bilik tersebut mampu memberi keinsafan kepada murid-murid
supaya menjauhi diri daripada dadah.

14.3 Selepas Program


7

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015


Seterusnya para peserta bergambar bersama-sama Encik sebagai kenangkenangan. Acara berakhir dengan tuan guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun
Razak menjemput kami peserta BMM 3 untuk menikmati hidangan tengah hari yang
disediakan.
Ketua unit BMM3 iaitu Saudara Abd. Razak juga telah mengadakan
perjumpaan serta taklimat bagi membincangkan hasil dapatan para peserta selepas
mengikuti lawatan Penanda Aras tersebut.

Semua peserta juga dikehendaki

menyiapkan laporan ceramah secara individu dan laporan tersebut hendaklah


diserahkan kepada Encik Ibrahimi selaku Mentor bagi BMM3.
Secara keseluruhnnya program berjalan seperti yang dirancangkan. Ahli
Jawatankuasa

kerja telah dapat menjalankan tugas masing-masing dengan

berkesan.. Pada keseluruhannya objektif program tercapai seperti yang dirancang..

15.0 Penutup
Melalui Lawatan Penanda Aras ini, diharapkan pelajar - pelajar Unit BM 3 dapat
memantapkan lagi pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
masing-masing dengan lebih efisen dan sistematik seperti yang dihasratkan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh:
..............................................
(PN TASLIMAH BT. JAMHARI)
NAIB PENGERUSI,
JAWATANKUASA KERJA PENANDA ARAS

16.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA


8

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

17.0 REFLEKSI

APA YG SAYA BUAT DI ATAS ADALAH SEBAGAI PANDUAN. CIKGU BOLEH


UBAHSUAI SENDIRI IKUT MAKLUMAT YG SAYA BERI. TERIMA KASIH.

You might also like