You are on page 1of 6

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurniaNya, saya telah
dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Hamdin Bin Saat, Tuan Pengetua SMKTA
kerana membenarkan kami membuat kajian ini dan dan ribuan terima kasih juga kepada guru
pembimbing Seni Visual Tingkatan 6 Atas Elit, En Muhammad Muslim Bin Darusa yang banyak
meluangkan masa untuk membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan kajian ini hingga selesai.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu serta
memberikan kefahaman kepada saya semasa menjalankan kerja yang ditugaskan. Tidak lupa,
saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu, Mohd Jom Bin
Mohd Elah dan Asmadiah Binti Aziz yang banyak membantu memberikan sokongan moral dan
kewangan untuk menyiapkan latihan ilmiah ini. Semoga kajian yang dilakukan ini dapat
memberikan sumbangan dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan tajuk kajian yang
telah dipilih.

PENGENALAN
Definisi

peribahasa

dan

mempunyai

maksud

tertentu.

Menurut

Za'ba,

peribahasaialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran,
sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada
peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh
kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa
merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budayaMelayu. Keindahan peribahasa
merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Melalui bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu Zainal Abidin
Ahmad, peribahasa diertikan sebagai segala susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat
dimulut orang ramai semenjak turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak,
ringkas, luas danmempuyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-sebutan oleh
orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.
Oleh sebab itu, apa yang dikatakan dengan bidalan, pepatah, perbilangan dan
perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang mengandungi segala sifat-sifat
peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu ialah cakap-cakap bijaksana yang ringkas
yang telah terbeku dari beberapa zaman dan telah masyur terpakai pada mulut orang ramai, dan
kadang kala di umunkan namanyaperkataan orang tua-tua sahaja.Selain itu, peribahasa juga
diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan
karangan atau sesuatu percakapan.Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman
hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas.
Peribahasa-peribahasa Melayu yang melibatkan nilai pertanian ini telah dipetik
daripada dua buah buku iaitu Himpunan Peribahasa dan Simpulan Bahasa KBSM yang telah
ditulis oleh Mohd Tajudin Hashim yang berpendidikan B.A(HONS) Dip.Ed.(UM) dan juga buku
peribahasa Asas yang di hasilkan oleh Kamaruzzaman A.Kadir dan Othman Puteh.Semantik
dalam peribahasa Melayu-Nilai Pertanian pula ialah bidang linguistik yang mengkaji perihal
makna didalam kata-kata yang pendek dan dapat dijadikan sebagai teladan, bandingan dan
pengajaran kepada masyarakat (generasi) kini.Peribahasa ini dianggap sebagai mutiara kata
daripada kebijaksanaan orang yang empunya bahasa itu.

Definisi flora dan fauna


Flora dan fauna adalah tanaman dan satwa liar, yang asli liar di wilayah geografi
yang sering disebut sebagai wilayah flora dan fauna.Kedua-duanya adalah istilah kolektif,
merujuk pada kelompok tanaman atau satwa liar tertentu ke suatu daerah atau suatu periode
waktu.Misalnya, flora dan fauna yang hangat dapat terdiri dari daerah tropika ke sedang hangattumbuhan dan jenis burung eksotik.
Definisi flora berasal dari bahasa Latin iaitu Flora, dewi yang bunga.Flora dapat
merujuk kepada sekelompok tanaman, sebuah penyelidikan dari kelompok tanaman, serta
bakteria. Flora adalah akar kata bunga, yang bererti menyangkut bunga.
Fauna dapat merujuk pada kehidupan haiwan atau binatang klasifikasi dari daerah
tertentu, jangka waktu, atau lingkungan.Fauna juga berasal dari bahasa Latin.Dalam Mitologi
Romawi Fauna adalah kakak dari Faunus, roh yang baik dari hutan dan dataran.
Flora dan fauna di suatu wilayah yang biasanya dijelaskan dalam istilah biologi untuk
menyertakan gen dan spesies tanaman dan haiwan hidup, pilihan mereka tumbuh berkembang
biak atau kebiasaan, dan sambungan ke satu sama lain di lingkungan juga. Selain kelompok
geografi, lingkungan juga akan membantu lebih lanjut klasifikasi flora dan fauna. Misalnya, air
flora dan fauna di kawasan merujuk kepada tanaman dan haiwan yang hidup di dalam air atau
sekitar satu wilayah geografi.

Definisi peribahasa Seperti Tikus Membaiki Labu


0

Tikus ialah rodensia (Rodentia) merupakan satu order mamalia yang bercirikan dua
batang gigi acip yang sentiasa memanjang di rahang atas dan bawah, tetapi sentiasa dirapikan
dengan menggerogot. 40% spesies mamalia ialah rodensia yang banyak terdapat di semua benua
kecuali Antartika. Antara rodensia yang terkenal termasuklah tikus, tupai, landak, dan tikus
belanda. Rodensia mempunyai gigi acip tajam yang digunakan untuk menggerogot kayu,
menyiat makanan, dan menggigit pemangsa. Kebanyakan rodensia memakan benih atau
tumbuhan. Sesetengah spesies rodensia digeruni sebagai haiwan perosak yang mencuri makan
benih yang disimpan orang ataupun menyebar wabak penyakit.
Istilah rodensia berasal dari bahasa Latin, iaitu rodens yang bermaksud "penggerogot"
(dari kata kerja rodere, "menggerogot"). Pelbagai saiz sederhana dan berekor panjang dalam
superkeluarga Muroidea. "Tikus sejati" merupakan ahli-ahli genus Rattus, terutama sekali tikus
hitam, Rattus rattus, dan tikus mondok, R. norvegicus. Kebanyakan ahli genera dan famili
rodensia lain juga dipanggil tikus dan banyak berkongsi ciri-ciri dengan tikus sebenar. Jangka
hayat tikus ini puratanya 2-3 tahun.
Manakala, labu merupakan tumbuhan herba memanjat dan buahnya berbentuk bulat
berwarna jingga.
Seterunya, membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr
Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh.
Seperti tikus membaiki labu maksudnya merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki.
Contoh ayat, indakan abang membaiki radio itu seperti tikus membaiki labu apabila radio itu
bertambah kerosakannya.

Definisi Cetakan
0

Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali.Seni
cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya.
Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli. Cetakan ialah proses
terapan blok ke atas sesuatu permukaan.
Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang
serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.Cetakan pada awalnya digunakan untuk
pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan merupakan kesan daripada
gubahan yang dihasilkan oleh pelukispada permukaan blok atau plat.
Untuk menghasilkan cetakan, biasanyapermukaan blok diukir atau diguris sehingga
imej terbentuk pada blok atauplat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau
bahanlain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yangserupa. Cetakan
yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya
atau imej yang sama berulangkali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi
dianggap karya asli.

SEJARAH CETAKAN TIMBUL

SEJARAH DUNIA
Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah
dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai.Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit
kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif.
Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan
blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya
kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14
Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran
mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan
ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk
pakaian.
Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan
berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan
telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden
dengan menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan yang
menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik.Abad ke-16 pula, cetakan
telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan kewujudan karya seniman
dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.

You might also like