You are on page 1of 43

POLITEKNIK UNGKU OMAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN


PROJEK PELAJAR
E3006/ E4006/ E5006

Edisi 3/ 2010

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN


PROJEK PELAJAR

Tarikh dikeluarkan: Sesi Januari 2010


Edisi 3/ 2010

Disusun oleh;
En. Azhar Bin Jaffar
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Ungku Omar Malaysia

PENDAHULUAN

Buku

Panduan

Perlaksanaan

dan

Penulisan

Laporan

Projek

Pelajar

Semester Akhir ini disediakan khas untuk pelajar Sijil dan Diploma,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam melaksana dan menyediakan laporan
akhir

projek.

Secara

keseluruhannya,

buku

panduan

ini

ditulis

berpandukan format penulisan laporan sepertimana yang dinyatakan di


dalamnya untuk membantu pelajar supaya lebih faham dan jelas dengan
format tersebut.

Disediakan oleh

Unit Projek Pelajar,


Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Hak Cipta Terpelihara @ 2010

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN
i
iv
v
vi

A.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR

PENGENALAN

II

DEFINASI PROJEK PELAJAR

III

MATLAMAT

IV

OBJEKTIF

PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN

VI

SISTEM PENYELIAAN
6.0.1 Buku Catatan Mingguan
6.0.2 Kertas Cadangan Projek
6.0.3 Pembentangan
6.0.3.1 PembentanganProjek (Sijil)
6.0.3.2 Pembentangan Pra Demo (Diploma)
6.0.3.3 Pembantangan, Pra Demo dan Demo (Diploma)
6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma)
6.0.4 Laporan Semester 5
6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6

2
2
2
3
3
3
3
4
4
4

VII

PENILAIAN

VIII

SYARAT KELULUSAN PROJEK

IX

LAIN-LAIN

KESIMPULAN

B.

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK PELAJAR

MUKA DEPAN

II

ISI KANDUNGAN
2.0.1 Abstrak Projek
2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek
2.0.3 Metodologi
2.0.4 Jangkaan Hasil

6
6
6
6
7

C.
I

II

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR


PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.2 Maklumat Am
1.2.1 Bilangan Salinan
1.2.2 Penjilidan
1.2.3 Perbelanjaan

8
8
8
9
9

FORMAT LAPORAN
2.1 Susunan Laporan
2.2 Pengesahan Penyelia
2.3 Halaman Tajuk Projek
2.4 Halaman Pengakuan
2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan)
2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan)
2.7 Abstrak
2.8 Halaman Isi Kandungan
2.9 Halaman Senarai Jadual
2.10 Halaman Senarai Rajah
2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah
2.12 Halaman Senarai Lampiran
2.13 Kandungan Teks
2.13.1 Rujukan Dalam Teks
2.13.2 Petikan Dalam Teks
2.13.3 Persamaan Matematik
2.13.4 Jadual Dalam Teks
2.13.5 Rajah Dalam Teks
2.14 Rujukan
2.15 Lampiran

10
11
11
12
12
12
12
13
13
13
13
13
14
14
15
15
15
16
16
17

III

PENYEDIAAN LAPORAN
3.1 Cara Penyediaan Salinan
3.2 Kertas & Saiz
3.3 Jidar Halaman Laporan
3.4 Penomboran Halaman
3.5 Penomboran Bab & Sub-Tajuk dalam Bab
3.6 Penaipan
3.7 Jarak & Format
3.8 Naskah Cetakan Komputer

RUJUKAN
LAMPIRAN A - M

18
18
18
19
19
19
20
20
21
22 - 34

SENARAI JADUAL

NO

TAJUK

2.1

Susunan dan urutan kandungan laporan

HALAMAN
10

SENARAI RAJAH

NO

TAJUK

3.1

Jidar Halaman Laporan

HALAMAN
18

SENARAI LAMPIRAN

NO

TAJUK

HALAMAN

Contoh Pengesahan Penyelia

22

Contoh Halaman Tajuk Projek

23

Contoh Halaman Pengakuan

24

Contoh Halaman Dedikasi

25

Contoh Halaman Abstrak

26

Contoh Halaman Isi Kandungan

27

Contoh Halaman Senarai Jadual

28

Contoh Halaman Senarai Rajah

29

Contoh Halaman Senarai Simbol / Singkatan / Tatanama / Istilah

30

Contoh Halaman Senarai Lampiran

31

Contoh Halaman Rujukan

32

Contoh Halaman Kandungan Teks

33

Contoh Catatan Pada Kulit Depan Laporan

34

BAB A
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR

1.0

PENGENALAN

Semua pelajar tahun akhir Politeknik dikehendaki mendaftar modul Projek


yang melibatkan tajuk berkaitan dalam bidang pengajian masing-masing.
Satu laporan projek mengikut format penulisan ilmiah perlu dihantar
kepada Jabatan pada penghujung pengajian. Pencapaian pelajar akan
dinilai mengikut kaedah dan format yang ditetapkan.
2.0

DEFINISI PROJEK PELAJAR

Projek Pelajar adalah satu latihan ilmiah untuk pelajar mempraktikkan


pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang pengajian di
Jabatan. Ia merupakan salah satu daripada syarat untuk penganugerahan
Sijil dan Diploma.
3.0

MATLAMAT

Matlamat Projek Pelajar adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan


kemahiran pelajar dalam proses penggunaan sesuatu ilmu, percambahan
fikiran (kritis), penyelesaian masalah (kreatif) secara berdikari dan
menyampaikan sesuatu perolehan melalui latihan ilmiah yang dibimbing
atau diselia dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan dan beriltizam.
4.0

OBJEKTIF

Pada akhir perlaksanaan Projek Pelajar, seseorang pelajar itu akan


mempunyai:
a)
Keupayaan mengolah dan mengaplikasikan pengetahuan akademik
serta pengalaman amali.
b)
Keupayaan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara
objektif, analitik dan sistematik.
c)
Kebolehan bertindak secara berdikari dalam menjalani proses-proses
penyelidikan projek.
d)
Kebolehan menyampaikan hasil penemuan projek secara lisan dan
bertulis dengan efektif.
e)
Kebolehan merancang dan menguruskan projek mengikut masa dan
peruntukan yang berpatutan.

5.0

PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN

Projek Pelajar dibahagikan kepada dua semester bagi program Diploma


dan satu semester bagi program Sijil. Bagi program Diploma
ia hendaklah dibuat dalam semester yang berturutan. Semua perancangan
dan pengendalian Projek Pelajar dikendalikan oleh Penyelaras Unit Projek
Pelajar yang dilantik oleh Jabatan dan dibantu oleh penyelia projek pelajar
6.0

SISTEM PENYELIAAN

Bagi melicinkan proses penyeliaan Projek Pelajar, penggunaan sistem


Buku Catatan Mingguan, Kertas Cadangan Projek, Pembentangan, Draf
Laporan Pertama (semester 5 & 6), Draf Laporan Kedua (semester 5 & 6)
dan Laporan Akhir Projek Pelajar adalah diperlukan.

6.0.1 Buku Catatan Mingguan


Buku Catatan Mingguan adalah merupakan catatan mengenai
sebarang kerja, maklumat atau penemuan yang berkaitan dengan
projek. Pelajar dinasihati supaya membawa Buku Catatan Mingguan
pada setiap perjumpaan dengan penyelia. Buku Catatan Mingguan
menggambarkan sikap, kemajuan dan daya usaha pelajar yang akan
dinilai oleh penyelia pada akhir semester. Maklumat yang penting
dalam Buku Catatan Mingguan adalah:
a)
Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek.
b)
Perjumpaan dengan penyelia, perbincangan, nasihat dan
arahan.
c)
Tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan
penilaian projek.
d)
Persiapan, masalah dan cadangan penyelesaian.
e)
Keputusan dan pencapaian semasa.

6.0.2 Kertas Cadangan Projek


Kertas cadangan projek bertujuan membolehkan seseorang pelajar
memahami tentang projek yang akan dijalankan. Berdasarkan
kertas cadangan tersebut, perancangan dan perlaksanaan projek
akan dijelaskan. Kertas cadangan projek mesti diserahkan kepada
penyelia/penyelaras untuk disemak dan dinilai.

6.0.3 Pembentangan
Pelajar dikehendaki membentangkan secara lisan hasil kajian dalam
pembentangan Projek. Pembentangan Projek dibahagikan seperti di
bawah mengikut semester:
Semester 4 Pembentangan projek
Semester 5 Pembentangan pra demo
Semester 6 Pembentangan, pra demo dan demo
Panel penilai akan menilai dan memberi markah pembentangan
projek pelajar.
6.0.3.1
Pembentangan projek (Sijil)
Pembentangan projek diadakan untuk pelajar membentangkan
hasil penemuan pada akhir semester 4. Pelajar dikendaki
membentangkan perkara-perkara berikut:
a)
Kaedah atau rekabentuk yang digunakan.
b)
Keputusan dan pencapaian kajian.
c)
Meninjau sama ada objektif projek tercapai.
e)
Kesimpulan serta cadangan.
6.0.3.2
Pembentangan pra demo (Diploma)
Pembentangan pra demo bertujuan untuk membolehkan
pelajar menunjukkan pemahaman terhadap projek yang
dijalankan. Pelajar dikehendaki membentangkan perkaraperkara berikut:
a)
Mengenal pasti penyataan masalah projek.
b)
Menerangkan objektif dan skop projek.
c)
Menerangkan kaedah penyelesaian.
d)
Menerangkan prosedur dan jangkaan hasil untuk projek
yang dicadangkan.

6.0.3.3
Pembentangan, pra demo dan demo (Diploma)
Pembentangan akhir diadakan untuk pelajar membentangkan
hasil penemuan pada akhir semester 5. Pelajar dikendaki
membentangkan perkara-perkara berikut:
a)
Kaedah atau rekabentuk yang digunakan.
b)
Keputusan, hasil dapatan dan pencapaian kajian.
c)
Meninjau sama ada objektif projek boleh dicapai.
e)
Kesimpulan serta cadangan penyelidikan seterusnya.

6.0.3.4
Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma)
Pertandingan projek peringkat Pra-kelayakan diadakan bagi
memilih projek terbaik yang akan dipertandingkan di peringkat
akhir Pertandingan Projek Pelajar Semester 6 manakala
pelajar yang gagal menyertai pertandingan pra-kelayakan pula
akan membuat pembentangan pada hari dan waktu yang
ditetapkan kemudian untuk mendapat markah.
6.0.4 Laporan Semester 5
Satu laporan Semester 5 mesti disediakan pada akhir semester 5.
Perkara-perkara yang patut dimuatkan dalam laporan ini adalah:
a)
Pengenalan masalah
b)
Kajian Latar Belakang
c)
Kaedah dan rancangan kerja
d)
Jangkaan hasil projek
e)
Maklumat berkaitan

6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6


Laporan Akhir Semester 4 dan 6 merupakan laporan lengkap
berkaitan dengan projek yang telah dijalankan. Penulisannya
hendaklah dibuat berpandukan format piawai penulisan laporan
akhir yang dikeluarkan oleh Unit Projek Pelajar - Panduan Menulis
Laporan Projek JKE. Laporan akhir Semester akhir mesti dijilid dan
hantar kepada Penyelia sebelum tarikh yang ditetapkan. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan
digantung.

7.0

PENILAIAN

Penilaian Projek Pelajar adalah berdasarkan kepada tahap pencapaian dan


kebolehan pelajar dalam perlaksanaan kajian, penyediaan kertas kerja dan
laporan, pengendalian buku laporan dan penyampaian projek.

8.0

SYARAT KELULUSAN PROJEK

a)

Semua unsur penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan mestilah


dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar.
Laporan akhir projek mesti dikemukakan kepada penyelia dalam
bentuk terjilid dan merupakan hak milik Jabatn Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Format penulisan dan penjilidan
mesti mengikut Panduan Penulisan Laporan Projek JKE.
Ketebalan laporan akhir projek tidak melebihi 100 mukasurat, tidak
termasuk lampiran, melainkan dengan kebenaran penyelia projek
atau Penyelaras Unit Projek Pelajar.

b)

d)

9.0

LAIN-LAIN
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan
perlaksanaan Projek Pelajar boleh dirujuk di dalam buku log pelajar
dimana semua perkara-perkara penting yang berkaitan
dikemaskinikan dari semasa ke semasa mengikut semester.

10.0 KESIMPULAN
Panduan ini merupakan panduan kepada pelajar tahun akhir mengenai
aspek-aspek penting yang berkenaan dengan perlaksanaan Projek Pelajar.
Semua maklumat yang dikemukakan adalah bernas semasa percetakan
sahaja.

BAB B
PANDUAN PENULISAN PROPOSAL
PROJEK PELAJAR

1.0 Muka depan


a.
b.
c.
d.

Tajuk
Nama dan No. Pendaftaran
Nama Kursus
Nama Penyelia

Borang Cadangan Tajuk Projek mestilah ditandatangani oleh Ketua


kumpulan dan Penyelia projek pelajar
2.0 Isi kandungan
2.0.1 Abstrak Projek
Abstrak projek adalah merupakan pengenalan kepada projek yang
hendak dicadangkan. Pada bahagian ini pelajar menerangkan secara
am berkenaan dengan projek yang hendak dilakukan.

2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek


Pernyataan masalah adalah sesuatu yang ingin diselesaikan atau
dikurangkan hasil daripada projek yang dilaksanakan manakala
objektif projek pula adalah objektif yang ingin dicapai selepas projek
dilaksanakan. (sekurang-kurangnya 3 objektif).

2.0.3 Metodologi
Metodologi adalah prosedur, kaedah atau tatacara yang
digunakan oleh pelajar bagi menjalankan serta melaksanakan
projek untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.0.4 Jangkaan Hasil


Jangkaan hasil adalah jangkaan pelajar terhadap projek yang
dicadangkan. Ini meliputi harapan pelajar terhadap apa yang
akan terhasil kelak dan sejauh mana pelajar dapat memenuhi
objektif yang telah ditetapkan.

BAB C
PANDUAN PENULISAN LAPORAN
PROJEK PELAJAR

BAB I

PENGENALAN
1.1

Pengenalan

Pelajar-pelajar semester akhir di Jabatan Kejuruteraan Elektrik


diwajibkan mengemukakan laporan akhir Projek Pelajar. Adalah mustahak
supaya penyediaan dan persembahan laporan tersebut mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Pelajar-pelajar seharusnya menyedari bahawa
adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menentukan bentuk laporan
mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. Suatu laporan tidak akan diterima oleh Jabatan
Kejuruteraan Elektrik jika laporan tersebut dihantarkan tidak mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
1.2

Maklumat Am

Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan deraf terakhir kepada


penyelia projek JKE untuk diperiksa dan dipersetujui sebelum dijilid. Untuk
maksud ini, pelajar hendaklah menyerahkan deraf pada waktu yang lebih
awal untuk pemeriksaan.
1.2.1 Bilangan Salinan
Setelah laporan akhir disiapkan, 1 salinan wajib dijilidkan dan
diserahkan kepada Penyelia Projek di Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Salinan kedua untuk simpanan penulis/pelajar adalah terserah kepada
pelajar masing-masing. Bilangan muka surat maksimum ialah 100 muka
surat sahaja, tidak termasuk gambarajah, keputusan dan bahagian
lampiran.

1.2.2 Penjilidan
a)
b)

Laporan hendaklah dijilid dengan menggunakan pembalut kulit


depan yang ditentukan oleh Jabatan.
Kulit depan Pada kulit depan hendaklah ditulis tajuk projek, nama pelajar dan
tarikh dengan huruf besar; seperti contoh di Apendix M.

1.2.3 Perbelanjaan
Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan laporan
seperti perbelanjaan menaip salinan asal, salinan foto dan menjilid adalah
di bawah tanggungjawab pelajar yang berkenaan.

BAB II

FORMAT LAPORAN

2.1

Susunan Laporan
Laporan Akhir Projek mengandungi beberapa bahagian yang disusun
mengikut urutan seperti Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Susunan dan urutan kandungan laporan.

Rujuk

Perkara

Status

Bhg

Contoh

Catatan

(Lampiran)

2.9

Halaman Senarai Jadual

Wajib

Bernombor Roman kecil

2.10

Halaman Senarai Rajah

Wajib

Bernombor Roman kecil

Jika ada

Bernombor Roman kecil

Jika ada

Bernombor Roman kecil

Wajib

2.11

Halaman Senarai Simbol/


Singkatan/ Tatanama/ Istilah

2.12

Halaman Senarai Lampiran

2.13

Kandungan Teks

Bernombor Rumi.
Bermula dengan 1
Bernombor Rumi.
2.14

Rujukan

Wajib

K
Sambung daripada teks.

2.15

Kulit Depan Laporan

Wajib

2.16

Lampiran

Pilihan

Mengikut format.
Bernombor Rumi.
Sambung daripada rujukan

2.2

Pengesahan Penyelia

Laporan yang hendak diserah untuk tujuan peperiksaan


hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Rujuk
Lampiran A untuk format halaman pengesahan penyelia.
2.3

Halaman Tajuk Projek

Halaman Tajuk Projek mesti mempunyai maklumat yang disusun


mengikut urutan berikut:
 Tajuk (mesti ditulis dengan lengkap tanpa singkatan)
 Nama penuh pelajar (seperti dalam kad pengenalan)
 Pernyataan tujuan Laporan Akhir
 Nama Jabatan
 Nama Politeknik
 Bulan dan Tahun diserahkan.
Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.

Pernyataan tujuan laporan bagi Projek Pelajar adalah seperti berikut:


Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma Kejuruteraan Elektrik
Ataupun dalam Bahasa Inggeris:
This Report Is Submitted in Partial Fulfillment Of Requirements For
The Certificate/Diploma In Electrical Engineering
Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.
2.4

Halaman Pengakuan

Halaman Pengakuan Laporan mengandungi pengakuan pelajar


tentang keaslian laporan. Ia memerlukan tandatangan pelajar sendiri. Sila
rujuk Lampiran C untuk format yang ditetapkan.
2.5

Halaman Dedikasi (Pilihan)

Pernyataan dedikasi mestilah ringkas dan tidak melebihi satu


perenggan serta tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.
Rujuk Lampiran D untuk format yang ditetapkan.
2.6

Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman penghargaan hanya dibenarkan ditulis dalam satu halaman


sahaja. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau
organisasi yang telah memberi bantuan dalam penyediaan projek dan
laporan ini.
2.7

Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan
diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman berikutnya.
Abstrak ialah ringkasan daripada laporan, kenyataan masalah yang
diselesaikan, cara-cara penyiasatan dan diikuti penutup. Abstrak mestilah
tidak melebihi satu muka surat, tidak mengandungi formula matematik,
gambarajah dan lain-lain yang tidak berkenaan. Abstrak mesti ditulis
dalam satu perenggan sahaja.
Bagi laporan dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam
bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.
Rujuk Lampiran E untuk format yang ditetapkan.
2.8 Halaman Isi Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan


mengandungi Bahagian, Bab dan pecahan-pecahan utama daripada babbab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi
perkara-perkara berikut:







Pendahuluan;
Kajian literature;
Objektif Projek;
Eksperimen dan pengumpulan data;
Keputusan dan Perbincangan;
Kesimpulan

Rujuk Lampiran F untuk format yang ditetapkan..


2.9

Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam


laporan. Nombor halaman dan tajuk jadual hendaklah dicatatkan dalam
senarai ini. Urutan nombor jadual hendaklah dibuat mengikut Bab. Rujuk
Lampiran G untuk format yang ditetapkan..
2.10 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Seperti senarai jadual, nombor halaman dan tajuk rajah hendaklah
dicatatkan dalam senarai rajah. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat
mengikut Bab. Rujuk Lampiran H untuk format yang ditetapkan.
2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah
Halaman ini menyenaraikan sebarang symbol atau singkatan atau
tatanama atau istilah yang digunakan dalam laporan. Rujuk Lampiran I
untuk format yang ditetapkan.

2.12 Halaman Senarai Lampiran


Semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan perlu disenaraikan
dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a)

Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,


data kajian, persamaan matematik, senarai aturcara komputer,
gambar dan sebagainya yang perlu dan terlalu

panjang untuk dimuatkan dalam teks atau yang tidak diperlukan


secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam
teks bolehlah disertakan dalam lampiran.
b)

Lampiran boleh diberi nama Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya


bergantung kepada jenis dan kuantiti bahan yang disertakan sebagai
lampiran.

Rujuk Lampiran J untuk format yang ditetapkan.


2.13 Kandungan Teks
Teks dalam laporan hendaklah mengandungi Bab-bab yang diberi
tajuk yang sesuai. Setiap tajuk hendaklah membayangkan kandungan teks
tersebut.Setiap Bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh
dipecahkan kepada bahagian yang diberi sub-tajuk. Tajuk dan sub-tajuk
mestilah dinomborkan mengikut turutan.
Teks ditulis perenggan demi perenggan. Jika boleh, elakkan menulis
perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu
isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain.
2.13.1 Rujukan Dalam Teks
Rujukan kepada buku teks dan pernerbitan lain mesti dinyatakan.
Jika menggunakan sistem nombor, setiap rujukan yang digunakan diberi
mengikut angka Rumi. Bagi merujuk dalam teks, terdapat dua kaedah
yang boleh digunakan.
Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan
dengan tanda kurung [ ] selepas penyebutan nama penulis yang dirujuk,
contohnya:
Satu algoritma untuk mengkomputkan jelmaan Fourier diskret telah
diterbitkan oleh Cooley dan Turkey [1] pada tahun 1995.
Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan
nombor rujukan sahaja. Contoh:
Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan
bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang
kajian yang popular dewasa ini [1].

2.13.2 Petikan Dalam Teks


Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang
berasingan. Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah
menggunakan huruf condong. Contohnya;
The Encyclopedia Britannica (Vol. 11, 9.837) [16] describes
tomography in a more application-oriented manner:
A still more complex technique variously called computerized axial
tomography (CAT), was developed by Godfrey Hounsfield at Great
Britain and Allen Cormack of the United States during the 1970s.
Since then it has become a widely used diagnostic approach. In this
procedure, a narrow beam of X-rays sweeps across an area of the
body and it recorded not an film but
with a radiation detector as a pattern of electrical impulse.
2.13.3 Persamaan Matematik
Persamaan matematik atau persamaan lain mestilah ditulis di atas
baris yang terasing dan baris tersebut hendaklah di right-justifiedkan.
Persamaan juga hendaklah dinomborkan mengikut tertib. Sebagai contoh:

(5.3)

Menandakan persamaan yang ketiga dalam Bab V dan seterusnya.


2.13.4 Jadual Dalam Teks
Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan.
Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak
satu baris. Nombor jadual hendaklah dikaitkan dengan Bab. Contohnya;

Table 6.3: Comparison


ison of the Performance of the Integral Control
with Kp=2 For Tank #1

Jadual sebaik-baiknya
baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama
dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai
Jadual.
2.13.4 Rajah Dalam Teks
Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah
dan fotograf disebut Rajah. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu
tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi
tersebut pada jarak satu baris. Nombor rajah hendaklah
h dikaitkan dengan
Bab. Contohya;

Rajah 1.1: Komponen penurasan imej


Menandakan rajah pertama dalan Bab I.
2.14 Rujukan
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan
laporan. Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk
dalam halaman rujukan selepas teks. Rujuk Lampiran K untuk format yang
ditetapkan.

2.15 Lampiran
Lampiran membolehkan pelajar memuatkan bahan yang dapat
memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu
tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk jadual, carta, atur cara
perisian dan lain-lain. Semua lampiran hendaklah disenaraikan dalam
halaman Senarai Lampiran.

BAB III

PENYEDIAAN LAPORAN

3.1

Cara Menyediakan Salinan

Cara menyediakan salinan ialah, laporan asal ditaip dan salinannya


fotostat.
3.2

Kertas & Saiz

Kertas ( 80gsm) berukuran 210mm x 297mm (saiz A4) yang


berwarna putih dan bermutu tinggi mesti digunakan untuk salinan asal.
3.3

Jidar Halaman Laporan

Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di


sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas,
kanan dan bawah.

3.4

Penomboran Halaman

Nomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam


Jadual 2.1. Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah
kanan, 1.25cm dari tepi atas dan 2.5cm dari tepi sebelah kanan digit
terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman hendaklah memenuhi
syarat berikut:
a)

Bahagian permulaan laporan yang bermula dengan Halaman Tajuk


Projek, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii
dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka
Rumi (1, 2, 3 dsb).

b)

Halaman pertama laporan ialah Halaman Tajuk Projek, dianggap


sebagai halaman i tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga
dengan halaman pertama teks yang dianggap sebagai halaman 1
tetapi nombornya tidak ditaip.

c)

Setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor


halamannya tetapi diambilkira bagi menomborkan halaman
berikutnya.

3.5

Penomboran Bab & Sub-Tajuk Dalam Bab

Setiap Bab dan sub-tajuk dalam laporan perlu dinomborkan dengan


teratur. Setiap Bab (Chapter) dinomborkan menggunakan angka Roman
iaitu BAB II (Chapter 2), BAB III (Chapter 3) dan seterusnya. Begitu juga
dengan sub-tajuk. Struktur penomboran sub-judul disusun mengikut
urutan tahap sub-tajuk dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut:
BAB 1
1.1
1.1.1
1.1.1.1
3.6

Tahap
Tahap
Tahap
Tahap

pertama
kedua
ketiga
keempat

(Tajuk Bab Laporan)


(Sub-Tajuk)
(Sub-sub-Tajuk)
(Sub-sub-sub-Tajuk)

Penaipan

Penggunaan Microsoft Words 98 atau versi yang lebih terkini, sila


gunakan jenis huruf (font) Times New Roman, bersaiz 12. Jarak di antara
baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam
laporan hendaklah ditaip pada sebelah halaman sahaja.
Tajuk Bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengahtengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap Bab hendaklah di atas
halaman yang baru. Bab dan bahagian dalam Bab hendaklah diberi

tajuk. Tajuk boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan.
Huruf pertama setiap perkataan dalam Sub-Tajuk
hendaklah huruf besar.
3.7

Jarak Dan Format


Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

a)

Halaman Permulaan Bab baru


i.
Jarak di antara jidar atas dengan Nombor Bab ialah dua (2)
baris;
ii.
Jarak di antara Nombor Bab dengan Tajuk Bab, dan di antara
Tajuk Bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris;

b)

Halaman biasa
i.
Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris terakhir teks
sebelumnya ialah dua (2) baris;
ii.
Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris pertama teks
selepasnya ialah satu (1) baris;
iii.
Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris;
iv.
Mulakan Sub-Tajuk berserta nombornya dari jidar kiri;
v.
Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah
bawah halaman;
vi.
Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual dan Rajah ialah
satu (1) baris.

Rujuk Lampiran L untuk format yang ditetapkan.


3.8

Naskah Cetakan Komputer

Pelajar hendaklah menaip laporan dengan menggunakan komputer


kerana cara ini membolehkan pembetulan dibuat dengan cepat dan
mudah. Cetakan laporan hendaklah dibuat menggunakan mesin cetak
laser atau kualiti cetakan yang setaraf.

RUJUKAN
[1] Universiti Teknologi Malaysia (2002). Panduan Menulis Tesis Dan
Salinan
[2] Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan (2006). Panduan Penyediaan
Laporan Akhir PSM.Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
[3] Universiti Sains Malaysia (1998). Panduan Penyediaan Laporan Projek
Tahun Akhir. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

AZHAR BIN JAFFAR

This Report Is Submitted In Partial Fulfillment Of Requirements For


Diploma In Electrical Engineering

Jabatan Kejuruteraan Elektrik


Politeknik Ungku Omar

You might also like