You are on page 1of 2

i)

ii)

iii)

iv)

v)

Penghalau Serangga (repellent)


Tumbuhan repellent ini biasanya mempunya bau yang kuat. Bau yang
dihasilkan oleh tumbuhan itu sebenarnya yang menghalau serangga perosak.
Beberapa contoh repellent iaitu:
serai wangi, kesum, kemangi, selasih, daun kari, limau purut,
pandan, daun bawang, kucai, ketumbar, marigold, pudina
dan sebagainya.
Manakala tumbuhan yang boleh menarik serangga perosak ialah:
lobak putih, markisa, bunga Tunera dan jagung manis.
Pokok repellent boleh ditanam di sekitar batas tanaman. Sebaik-baiknya
tanam di bahagian angin sering bertiup supaya angin boleh menyebarkan
bau pokok repellent ke seluruh kawasan penanaman.
Selain itu, pokok repellent juga boleh dipangkas dan dipotong kecil untuk
ditabur di atas batas. Potongan repellent akan mengeluarkan bau yang
tidak disukai serangga perosak.
Dan kaedah terakhir, semua daun pokok repellent boleh dicampurkan dan
dikisar halus dengan sedikit air dan sabun. Cecair yang terhasil boleh
disembur pada tanaman untuk kawalan serangga perosak.

You might also like