You are on page 1of 8

1.

TERITIP DAUN
 Tanda-tanda serangan serangga perosak Teritip Daun:

- Biasa menyerang daun pokok durian pada musim hujan dan panas.

- Daun sebelah atas terdapat kesan tompokan berwarna kuning. Apabila daun dilihat di
sebelah bawah, kita akan melihat sisik-sisik kecil berwarna perang cerah.

- Serangga teritip ini akan melekat pada bawah daun dan menghisap cecair daun yang
akan merencatkan klorofil pada daun.

- Daun yang telah dihinggapi/dijangkiti teritip secara serius tak akan kembali normal
seperti sediakala.

- Sebaliknya daun yang baru nantilah yg akan menggantikan yg telah terjejas. Teritip
takkan tertanggal dari daun walau ia mati, Ini seolah2 racun yg kita guna seolah2 tidak
memberi kesan padahal ia berkesan.

 Langkah Rawatan

 Sembur dengan racun serangga white oil + abamectin atau white oil +
dimethoate. Ulangi seminggu sekali.
 Kadar penggunaan racun:
White oil : 25ml + 10 liter air
Dimethoate : 15ml + 10liter air

 Harus saya terangkan disini bahawa dalam kebanyakan kes rawatan, daun
pokok tidak akan sembuh. Selalunya pokok akan menggugurkan daun yang
diserang dan kemudian akan mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru.

 Awas! Jangan sembur ketika waktu sangat panas atau ketika pokok dalam
keadaan stress air(kurang air).

 Nota: Terdapat 2 jenis kepekatan white oil yang dijual di kedai pertanian iaitu
99% (BRT Spray Oil) dan 72% (Albarol). Kedua-duanya boleh digunakan
bergantung kepada bajet pekebun.
2. KUTU PSYLLID
 Tanda-tanda serangan serangga perosak Kutu Psyllid:

- Biasanya dapat dilihat menyerang pucuk-pucuk dan daun-daun muda pokok durian.

- Serangan kutu ini dalam jumlah yang besar akan menyebabkan pucuk dan daun muda
menjadi mengerekot dan akhirnya kering dan gugur.

- Kutu psyllid dan larvanya menghisap cecair daun pokok dan bertelur pada lapisan tisu
daun. Saiz larva ialah 1mm dan apabila dewasa akan berubah kepada kutu yang
mempunyai ekor berbulu panjang bewarna putih.

- Hama ini akan mula aktif bersamaan kehadiran tunas pucuk baru selepas pembajaan
sebelumnya.

 Langkah Rawatan

 Senarai racun yang telah dicuba dan didapati berkesan ialah:

- Confidor (Bayer)
- Cypermethrine
- Abamectin
- Solomon (Bayer)
- Beberapa pekebun durian juga telah memberitahu saya penggunaan racun
serangga aerosol domestik seperti Bygon dan Ridsect juga berkesan. Pastikan
racun serangga aerosol ialah dari jenis ‘water-based’.

 Perlu difahami di sini ialah semburan yang pertama akan membunuh kutu psyllid
dewasa dan bukan telurnya. Semburan perlu diulangi selepas 5 hari untuk
menghapuskan larva yang telah menetas.
3. ULAT PENGOREK BATANG (STEM-BORER)
-Bactocera gultata -Zeuzera coffeane.
 Tanda-tanda serangan serangga perosak Ulat Pengorek Batang:

- Ulat pengoreng batang ialah larva beberapa spesis kumbang yang terdapat di dalam
hutan atau ladang-ladang dan kebun.

- Sebagai panduan, perbezaan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti serangan


yang mana satu sedang berlaku ialah kewujudan lubang atau lubang-lubang pada
permukaan batang samada mengeluarkan lelehan ataupun tidak.

- Jika tiada lelehan atau cairan daripada lubang ini bermaksud serangan stem-borer.
Namun begitu, ia bukanlah diagnosis yang 100% tepat. Apapun, rawatan dengan cara
mengikis kulit pokok dan mendedahkan kaviti lubang akan memberikan petanda yang
tepat.
- (Gambar kanan) Selepas kulit dan bahagian kambium batang pokok dikikis, kita dapat
melihat larva stem-borer tersebut (gambar kiri). Kita kemudiannya boleh meneruskan
proses rawatan pokok dengan menggunakan racun serangga perosak yang sesuai.

Simptom:

-Daun kuning/layu
-Kematian mendadak samada bahagian tertentu atau keseluruhan pokok(tahap serius)
-Pokok stress.
-Terdapat gejala kulit berlubang dan berkeruping.
-Terdapat lelehan cairan dan tinja ulat keluar dr lubang pd batang pokok

 Langkah Rawatan

 Cara merawat penyakit pokok durian ini ialah dengan mengikis bahagian kulit
dan kambium yang telah rosak menggunakan pisau, parang atau besi pengikis.

 Kemudiannya, guna racun serangga dengan bahan aktif lambda-cyhalothrin.


Diantara jenama dengan bahan aktif ini ialah Karate (Syngenta).

 Terdapat kemungkinan ada larva-larva yang masih bersembunyi oleh itu


aplikasikan racun ini di keseluruhan kawasan yang dijangkiti atau rosak.

 Kaedah yang lebih murah ialah dengan menyembur racun serangga aerosol
water-based ke dalam lubang (tanpa mengikis). Kaedah ini agak berisiko kerana
pokok mungkin mati disebabkan oleh semburan ke dalam batang yang
berlebihan.

 Cara lain:

1.Cantasan ranting/dahan( jika bhgn tersebut terserang)

2)Pokok dewasa

-suntikan dimethoate atau fenthion

You might also like