You are on page 1of 4

TAKLIMAT / BENGKEL LITERASI DIGITAL

SECARA
DALAM TALIAN (Microsoft IT
Academy)
Apa itu sistem ETLN?
Maksud ETLN adalah Enhanced Teacher Learning Network. Juga
dikenali sebagai @learn. Pada mulanya dibina oleh pihak syarikat
Opulens SA untuk English Language Teaching Center. Kemudian,
pihak BPG (Bahagian Pendidikan Guru) menggunakan dan
membaikpulih sistem ETLN untuk program Literasi ICT. Ia adalah
platform yang dibina untuk memudahkan guru mengambil kursus
secara dalam talian. Pihak BPG dapat memantau perjalanan kursus
guru. Ia juga mempunyai pelbagai fungsi sebagai rangkaian
komunikasi guru seperti:

Teacher Resource Exchange tempat di mana guru boleh


memuat-naik dokumen dan dikongsi bersama guru-guru yang
lain
Online Learning Community guru boleh berkomunikasi
Professional Development tempat di mana guru boleh
mengikuti kursus yang telah didaftarkan

Bagaimana mengikuti kursus Literasi ICT di ETLN?


Akses ke ETLN boleh dilakukan di URL http://www.etln.edu.my.
Untuk memudahkan Login, akses mudah telah disediakan di blog
rasmi
SKBB2
(SK
Bukit
Beruntung
2)
di
URL
http://skbukitberuntung2.blogspot.com.my

Log masuk ke ETLN.


Kemudian klik Courses >> Enrolled Course.
Muka | 1

Kemudian klik ICT100 Digital Literasi


Sila klik mana-mana opsyen untuk mengikuti kursus di dalam
versi Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Nota: Rujuk Manual Pengguna Literasi ICT untuk keterangan


lanjut. Manual boleh di muat-turun daripada pautan yang telah
disediakan di muka hadapan laman kursus ICT100 di dalam sistem
ETLN. Penyelaras boleh memuat-turun manual di pautan yang
disediakan di laman hadapan dashboard.

Kumpulan Modul Latihan ICT Secara Dalam Talian


SKBB2
SKBB2 telah mengambil langkah proaktif menubuhkan
Kumpulan Modul Latihan ICT Secara Dalam Talian dan
mewujudkan beberapa inisiatif ICT seperti:

Melantik jurulatih (tiga orang) untuk menjalankan


Bengkel ICT secara hands-on kepada kumpulan sasar.
Memandangkan isi kandungan kursus ini adalah lebih
tinggi arasnya daripada yang dijangkakan, keperluan
jurulatih dilihat sebagai perlu.
Bersama jurulatih-jurulatih ICT menyediakan Whatsapp
Group ETLN & BPG sebagai cara mudah berkomunikasi
dan menyampaikan maklumat dengan cepat. Dengan
Whatsapp Group ini juga peserta dapat berkongsi
maklumat serta pengalaman sepanjang menjalani bengkel
ICT.
Semua peserta kursus diwajibkan menjalani Ujian
Kompetensi Kendiri atau Self Assessment dengan
kehadiran jurulatih untuk membantu menghadapi
sebarang masalah teknikal yang mungkin dihadapi peserta
kerana semua peserta tidak mahir mengurus sebarang
masalah teknikal ICT yang dilihat memerlukan kemahiran
khusus.
Taklimat / Bengkel / Self Assessment hanya dijalankan di
Makmal Komputer 2. Pihak Microsoft telah menetapkan
Muka | 2

beberapa keperluan teknikal yang khusus berkaitan


hardware dan Silverlight Software diperlukan untuk Login
ke IT Academy Microsoft maka para jurulatih telah
mengambil langkah proaktif menyediakan tempat yang
memenuhi segala keperluan asas kursus.

Apa
maksud
15
jam?
Adakah
perlu
menghabiskan kursus ini dalam masa 15 jam?

saya

Maksud 15 jam adalah kursus ini adalah 15 jam kredit


anggaran kredit jam di dalam sistem ETLN. Guru-guru yang terlibat
boleh mengambil kursus ini pada bila-bila masa sahaja dan boleh
berhenti pada mana-mana topik kursus. Sekiranya guru log masuk
semula ke laman web kursus, guru boleh menyambung topik dimana
guru itu berhenti.

Kemungkinan Masalah
Kemungkinan masalah utama ialah internet yang tidak stabil.
Sesetengah peratusan perjalanan kursus kemungkinan tidak dapat
dikemaskini di IT Academy. Beberapa perkara yang perlu dipastikan
semasa mengikuti kursus di IT Academy:
1. Internet memuaskan
2. Memainkan video sehingga akhir. Jangan maju pantas
(fast-forward) video atau mana-mana pelajaran (lessons).
Ini boleh menyebabkan kemajuan peratusan anda tidak
dirakam dengan betul.
3. Tekan butang anak panah hijau untuk ke topik/mukasurat
pelajaran seterusnya. Ini untuk memastikan setiap
perjalanan kursus di rakam di IT Academy.
4. Klik X untuk tutup tetingkap (Window Page) modul. Ini
untuk memastikan setiap perjalanan kursus di rakam di IT
Academy.
Muka | 3

5. Pastikan Log-Keluar (Sign-Out) daripada IT Academy. Ini


untuk memastikan setiap perjalanan kursus di rakam di IT
Academy.

Penilaian Kendiri dan Pensijilan


Butang Penilaian Kendiri atau Self Assement akan hanya
dipaparkan setelah setelah habis 100% kursus di versi Bahasa Inggeris
dijalankan (15 jam kredit / anggaran kredit jam di dalam sistem
ETLN).
Nota: Laporan peratusan akan di kemaskini setiap hari. Anda
akan melihat laporan anda selepas 24jam.
Sekiranya butang penilaian kendiri itu dipaparkan, klik untuk ke
skrin seterusnya dan klik butang Menjana soalan penilaian kendiri.
Penilaian ini mempunyai 30 soalan dan perlu dijawab dalam masa 60
minit.
Markah memuaskan adalah 80% ke atas. Setelah anda
mendapat keputusan yang memuaskan, sistem akan automatik
menetapkan status kursus anda sebagai SELESAI.

Rujukan
(2015). FAQ_LITERASI_ICT.pdf. Daripada http://www.etln.edu.my
(2015).
Panduan_Pengguna_BM_ICT100.pdf.
http://www.etln.edu.my

Daripada

(2015).
Panduan_Penyelaras_BM_ICT100.pdf.
http://www.etln.edu.my

Daripada

Muka | 4

You might also like