You are on page 1of 10

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang

berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada


tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai
sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah
dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah
bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran
Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi
(1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang
telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari
kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini.
Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang
dihuni sejak sekian lamanya.
Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan
dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada
waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain.
Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang
datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan
etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama,
ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain
seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa
manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan
tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan
perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu
kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti
gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun
wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca)
di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan
tamadun Melayu.

Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu
pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya
memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu,
disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi asas utama
dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu
sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau
Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan
gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan
tanah air mereka.
iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.
PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut
Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs that
there is no separation between the spiritual and physical (or material) worlds,
and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other animals ,plants, rocks,
natural phenomena such as thunder, geographic features such as mountains or rivers, or
other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh
bomoh dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas
itu, mereka menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi
lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan
ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya
perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu,
ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah
mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi
oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang
bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama
Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang
dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan
ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini
telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.

(http://rujuknota.blogspot.com)
Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik
dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut
Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran
Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang
teguh kepada Allah S.W.T.
Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan
mereka iaitu:
i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam
dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada
kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia
ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi
segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki
mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim,
Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, muasyarat, akhlak dan ihsan.
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan
yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik
di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi
orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk
meningkatkan maqamnya.
iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih,
benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,
keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan
makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab
Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan
yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan
dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;
segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana

kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah
demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39).
PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA
Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai
buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi
sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan pawang.
Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat
untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti
istana, madrasah, dan juga sekolah pondok. Istana adalah merupakan satu tempat untuk
menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan bangsawan dan juga golongan pembesar.
Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang dianuti
kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di akhirat kelak.
Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan
utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan
beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.
Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan
budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang di
capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan tidak
dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat
dan utuh. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)

dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita
mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan
Islam dahulu.
Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan
Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan,
sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu
kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang
terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.
Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari
dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin
meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah disebutkan
oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005):
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada
kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan
kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai
benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih
dan sayang.
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya
umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat
Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang
syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan
berakhlak mulia.
Sistem Pemerintahan
Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu
ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung partiparti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas
membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada
Tamadun Melayu.

Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan
atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan
sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang
mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan
berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan
kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.
Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam
Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong
dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam
pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara
yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif),
badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:4059).
Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri
urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem
pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk
mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri
atau Jemaah Menteri.
Sistem Perundangan
Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat
Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu
bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam yang perlu
dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat
ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang
sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam
kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul
Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan
kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya.
Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undangundang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan
memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir, 2005:68).
Agama Dan Adat Istiadat
Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi
faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan
bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di
dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini,
pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti
melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan
pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu
sahaja.
Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak
bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi
bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal
atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.

Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316)
menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama
yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.

Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan

Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa
Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai
tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai
bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah
meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara
penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan
yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu
Hassan,2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam
kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada
masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk
dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama
digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh
batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan
penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat
Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil
sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam
bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa
mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang
penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen
penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah
Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik,
pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula
menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan
mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang
terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah
memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan
mengkonsepsi sejarah orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan
biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor
mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat,
surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu,


namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat,
rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula
bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga
suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa
Melayu (Wan Hashim, 200587).

Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu
adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian.
Kesimpulan
Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus menjadikan
Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam. Kita tidak
seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa yang
diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini diperkasakan lagi untuk kemajuan
Tamadun Malaysia. Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun
Malaysia, namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang
sedang ke hadapan. Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam
Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like