You are on page 1of 2

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS


JALAN BUKIT IDAMAN, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
TAHUN 2015
1.0 PENGENALAN
Unit Majalah Sekolah merupakan satu unit khas yang diwujudkan untuk merakamkan dan
mendokumentasikan semua rentetan peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun. Pembikinan dan
penghasilan Majalah Sekolah yang berkualiti yang mencakupi seluruh nadi perjalanan sekolah dan
warganya, memerlukan satu kesungguhan yang berterusan dan kerjasama yang padu di antara kesemua
warga Idealian tidak kira sama ada guru, murid, pentadbir sekolah mahupun kakitangan bukan
akademik.
Justeru, bagi tahun 2015, unit ini berhasrat untuk meneruskan usaha murni ini sebagai salah satu
platform bagi kesemua warga Idealian untuk melahirkan idea di samping mengembangkan potensi
serta bakat yang ada dan memberi sumbangan terhadap penerbitan Majalah Sekolah.
2.0 OBJEKTIF
Pembikinan Majalah Sekolah bagi tahun 2015 diharapkan dapat memenuhi objektif berikut :

Melahirkan generasi murid yang mencintai kepelbagaian bahasa dan budaya bangsa Malaysia.

Memupuk semangat kecintaan terhadap sekolah tempat menuntut ilmu dan mempergunakan
sepenuhnya masa di sekolah untuk melakukan perkara yang bermanfaat seperti menghasilkan
karya yang berguna untuk dibaca.

Menyemai sikap suka membaca dalam kalangan warga Idealian.

Mendedahkan murid, terutamanya yang terlibat secara langsung dengan penerbitan Majalah
Sekolah dengan ilmu berkaitan aspek penerbitan sesebuah majalah sekolah.

Mencungkil bakat dan potensi warga Idealian dalam pelbagai bentuk bidang penulisan.

3.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Setiausaha
Pen. Setiausaha
AJK

: En. Samsuki Bin Sudin ( Pengetua )


: En. Fawojan Bin Abdul Kadir ( PK Kokurikulum )
: Puan Azziah Binti Bakrin ( PK Petang )
: Puan Fathiyah Binti Mohd Sidek
: Cik Norazila Binti Ahmad
Puan Suriyana Binti Ahmad Samaludin
: Encik Mazlan Bin Ahma
Puan Noralida Bt Hamdan
Puan Zaharah Bt Ahmad
Puan Kalaiyarase a/p Kaneson
Puan Badariah Binti Ahmad
Puan Wong Yoke Mian
Puan Chia Chin Chin
Puan Nurul Ashiekhin Binti Nasuka

4.0 SPESIFIKASI MAJALAH


BIL

PERKARA

SPESIFIKASI

Nama Majalah

CETUSAN IDEALIAN

Syarikat Penerbitan

Pelangi Grafik Sdn. Bhd.

Saiz Majalah

7.25 x 10.25

Bilangan Muka Surat termasuk Kulit

180 mukasurat

Jenis Kertas Kulit

Artcard 260 gms

Jenis Kertas Cetakan Kulit

Matt Lamination & Spot UV

Jenis Kertas Cetakan Teks

Artpaper 105 gms

Anggaran Harga Senaskah

RM 12.00

Anggaran Harga dan Kos bagi 1200 naskah

RM 14,400.00

5.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar Majalah Sekolah bagi tahun 2015 ini dapat diterbitkan dengan sempurna
dengan semua paparan yang berguna dan memberi makna kepada tatapan semua warga Idealian.

You might also like