You are on page 1of 9

LITERASI MAKLUMAT

1. Apakah definisi Literasi?


Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.

2. Apakah definisi Maklumat?


Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea,
pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.

3. Apakah maksud Literasi Maklumat?


Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan
mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah
secara efektif.
Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari
pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengkakses dan
menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.

4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?


Kemahiran Maklumat
Kemahiran Membaca
Kemahiran Belajar
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
Kemahiran ICT
Kemahiran Komunikasi

5. Bagaimanakah penguasaan kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?


Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
Melalui Kerja Kursus
Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)
Melalui Aktiviti di dalam Kelas
Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Melalui Kerja Kendiri (independent study)
Melalui Program/Aktiviti PSS
Melalui Program Membaca
Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

6. Apakah peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?
Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
Panduan Guru
Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak)
Komputer dan akses internet
Bahan digital sumber elektronik
Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan

7. Apakah Kemahiran Maklumat yang perlu ada pada murid?


Mengenalpasti keperluan maklumat
Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai
Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain
Mempersembahkan maklumat

8. Apakah teknik pencarian maklumat?


menentukan objektif dan skop pencarian
membuat strategi pencarian
melakukan pencarian
mengumpul dan menilai hasil pencarian
pengubahsuaian strategi

9. Apakah model-model Literasi Maklumat?


a. The Big6 Skills Eisenberg and Berkowitz
Model yang diguna pakai adalah The Big Six , melalui 6 langkah utama iaitu:
menentu (task definition)
mencari (information seeking strategies)
mengguna (location and access)
mencatat (use of information)
melapor (synthesis)
menilai ( evaluation)

b. Empowering 8- NILIS (National Institute of Library and Information Sciences University of Colombo Sri Lanka
mengenalpasti (Identify)
mencari (Explore)
memilih (Select)
mengurus (Organise)
mencipta (Create)
melapor (Present)
menilai (Assess)
mengaplikasi (Apply)

c. The British Model, 1981 ( Irving/ Marland)


Formulation/analysis of information needs.
Identification/appraisal of sources.
Tracing/locating resources.
Examining, selecting & rejecting resources.
Interrogating/Using individual resources.
Recording/Storing.
Interpretation, analysis, synthesis & evaluation.

Shape, presentation & communication.


Evaluation of the assignment.

d. Stripling and Pitts , 1988 - Research Process


Choose a broad topic
Get an overview of the topic
Narrow the topic
Develop thesis/purpose statement
Formulate questions to guide research
Plan for research and production
Find, analyze and evaluate sources
Evaluate evidence, take notes, and compile bibliography
Establish conclusions/organize information in outline
Create and present final product
Reflection points is the paper/project satisfactory

e. Kuhlthau Information Seeking Process (ISP)


Initiation
Selection
Formulation of focus
Exploration (investigate information on the general topic)
Collection (Gather information on the focused topic)
Presentation
Assessment (of outcome/process)

10. Apakah kepentingan Literasi Maklumat?


Pelajar harus tahu cara yang teratur dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan peranan penting
dalam kehidupan.
Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.
Melatih pelajar, belajar berdikari secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan seumur hidup.
Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.

11. Apakah itu Literasi Digital?


Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang
merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi
Digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui
teknologi digital.

12. Apakah peranan BTP dalam Literasi Digital?


Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan
teratur, menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan
menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara
proaktif dan bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan
menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang
praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber
pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan
resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan
literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.

Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan
yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi
Maklumat (Information Literacy) termasuk komponen Literasi Digital supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan
mengguna maklumat secara berkesan dan efisien. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah termasuk Pusat Akses Sekolah dan Sumber Pendidikan
(termasuk sumber berteknologi tinggi) yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Tugas ini perlu digalas
bukan sahaja oleh Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari / ICT, malah oleh semua guru bagi melahirkan murid yang
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, warganegara yang bertanggung jawab, pekerja yang berilmu dan berdaya saing di
peringkat antarabangsa.

LITERASI MAKLUMAT
KONSEP LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi
kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga
boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan
penyelesaian masalah secara efektif.

Kepentingan Literasi Maklumat

Dasar pembangunan negara:

1.

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.

2.

Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan

3.

Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT

4.

Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan
sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5.

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT

6.

Pembangunan ICT dalam pendidikan

7.

Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat

8.

Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup

Dari aspek Ekonomi

Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman
,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :

1.

Organisasi maya (Virtual Organization)

2.

Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat

3.

Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang

4.

Penggunaan komputer dan sistem elektronik

5.

Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning

pelbagai

Organization)

Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang Berliterasi Maklumat?

1.

boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan

2.

boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan

3.

bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan

4.

menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat

5.

menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan

6.

melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan

7.

mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.

5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT


1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN


1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .

2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik


2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya

atau teknologi

3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota

4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT


4.1 Verbal mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.

4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.

5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:

1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca

Di Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :

a. The Big6 Skills Eisenberg and Berkowitz

Definisi Tugasan
Kenalpasti masalah
Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat

kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan


Lokasi dan Akses
kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas
talian)
mencari maklumat yang relevan
Mengguna maklumat
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis
mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan
penonton.
Penilaian
menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan penambahbaikan
kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan

Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah

1.

Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

2.

Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat

3.

Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat

4.

Peningkatan Penyebaran Maklumat

5.

Peningkatan Pencapaian Akademik

6.

Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.

7.

Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.

You might also like