You are on page 1of 4

SENARAI TUGAS

TUGAS DAN PERANAN GURU BESAR/ PENGETUA


Guru Besar merupakan pemegang akauntibiliti dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat
sekolah.
Guru Besar merupakan pelaksana utama dasar-dasar berkaitan SPBT di sekolah. Pemahaman dan
penghayatan tentang dasar serta penguruasn SPBT di sekolah harus dipertingkat demi memastikan
pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah menepati tujuan program SPBT.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESAR/ PENGETUA
Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan dalam Pelaksanaan dan Pengurusan
SPBT.
Menubuhkan Jawatankuasa Induk SPBT sekolah serta Jawatankuasa Kelayakan Murid dan
Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan SPBT.
Bertanggungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan semua data dan maklumat
berkaitan dengan SPBT seperti :
Memastikan pelupusan buku teks dibuat dari semasa ke semasa
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung dengan
SPBT
Menggalakkan penubuhan Kelab SPBT di sekolah demi mempertingkatkan
pengurusan SPBT sekolah.
Melantik Guru Penyelaras SPBT dan Guru SPBT yang berdedikasi dan
bertanggungjawab.
Mengeluarkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT kepada guru
bertugas atau Pembantu Tadbir bagi menerima buku semasa cuti.
TUGAS DAN PERANAN PK HEM
Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam melaksanakan dan
menguruskan SPBT di sekolah. Beliau harus menanamkan rasa sayang akan buku teks dan
menimbulkan kesedaran di kalangan murid supaya menghargai bantuan yang mereka terima dalam
pembelajaran.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PK HEM
Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT.
Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan Guru Penyelaras SPBT.
Menyediakan dan mematuhi takwim SPBT sekolah
Memastikan pemprosesan dan kelulusan kelayakan pinjaman buku teks SPBT seperti yang
terkandung dalam Bahagian C di Borang Maklumat Murid
Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah
Memastikan semua maklumat dan data yang dikemukakan kepada BBT/JPN/PPD adalah benar dan

tepat terutamanya borang keperluan buku teks (BTBT190) dan penyata bekalan buku teks (BTBT460)
Menerima bekalan buku SPBT daripada penerbit dan menandatangani SAP/Invois atau Nota
Serahan.
Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT di tangan murid dari semasa ke semasa
Membuat tindakan susulan terhadap teguran, aduan atau laporan berhubung dengan pengurusan
dan pelaksanaan SPBT.

TUGAS DAN PERANAN GURU PENYELARAS SPBT


Guru Penyelaras SPBT berperanan dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu, Guru Penyelaras
SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan melaksanakan program SPBT di
sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT


Menjadi Setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT sekolah.
Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah berkaitan dengan SPBT untuk tindakan
selanjutnya.
Melaksanakan aplikasi eMATEKS dalam pengurusan SPBT di sekolah
Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan
Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria yang ditetapkan.
Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani
SAP/Invois atau Nota Serahan.
Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak daripada penerbit.
Memastikan buku teks dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan
nombor perolehan pada ruangan yang disediakan pada buku teks SPBT.
Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (SPBT G)
Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan dan Perjanjian
Penjagaan Buku Teks SPBT (Lampiran 16)
Menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa.
Menguruskan pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa.

TUGAS DAN PERANAN GURU KELAS


Guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks SPBT diedarkan kepada semua murid
warganegara seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007.
Guru kelas wajar memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT
serta menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS
Bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah.
Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah.
Menyediakan senarai nama murid mengikut kelas.
Mengagih dan mengumpul semula buku teks SPBT kepada/daripada murid
.
Mengisi Borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT
daripada murid.
Memaklumkan kepada murid peraturan pinjaman dan tatacara penjagaan buku teks SPBT.
Mengurus dan mendapatkan penggantian semual buku teks SPBT yang dihilangkan/dirosakkan oleh
murid daripada ibu bapa/penjaga.

TUGAS DAN PERANAN MURID


Dalam perlaksanaan SPBT, kesedaran di kalangan murid dalam menghargai bantuan yang diberi
kepada mereka amatlah penting. Mereka seharusnya dipupuk rasa kesedaran atas sumbangan yang
disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MURID
Murid hendaklah menghargai sumbangan kerajaan
Murid seharusnya mempunyai sikap tanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara :
membalut buku teks
menjaga kebersihan dan keselamatan buku
Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan
Menggantikan buku teks yang dihilang/dirosakkan
Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam diruang yang disediakan pada cap SPBT
TUGAS DAN PERANAN IBUBAPA ATAU PENJAGA
Ibubapa atau penjaga juga memainkan peranan dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT, mereka
seharusnya memupuk rasa sayang akan buku teks dikalangan anak mereka serta menjamin
keselamatan buku berkenaan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA ATAU PENJAGA
Memupuk sikap sayang akan buku teks kepada anak/tanggungan mereka
Memastikan buku teks yang dipinjam dikembalikan pada masa yang ditetapkan dan menggantikan

buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan.


Memastikan anak/tanggungan membawa buku teks ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.

You might also like