You are on page 1of 8

2

SULIT

011

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

sejak

ketika

hingga

sebelum

meskipun

kerana

agar

jika

Pak Mat telah membina beberapa buah rumah rakit untuk kaki pancing.
Kami tiba di rumah rakit itu ________________________ hari hampir malam.
Kami mendaftar terlebih dahulu ______________________ menginap di situ.
Pak Mat pula sentiasa melayan kami ______________________ kurang sihat.
Kami berharap _________________ dapat bersantai di rumah rakit ini lagi.
Rumah ini begitu selesa didiami walaupun terapung di air.
[ 4 markah ]

Soalan 22
a.

Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Lihat halaman sebelah


011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

3
SULIT

011

Ayat tanya:

Jawapan : Menara Berkembar Petronas terletak di ibu negara.


[ 2 markah ]

b.

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Baiklah. Kita pergi selepas


kakak menyiapkan kerja
kakak.

Adam

Salmah

[ 2 markah ]

Lihat halaman sebelah


011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

4
SULIT

c.

011

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menemui saudara Cherang yang saya ingati. Saya berharap semoga saudara sihat
sejahtera.
Saudara,
Surat saudara telah saya terima pada 15 Januari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan
atas ingatan saudara.
Baru-baru ini saya telah mengikuti Program Peningkatan dan Penguasaan Penulisan
Bahasa Melayu. Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Julau.
Peserta program ini terdiri daripada calon UPSR dari sekolah-sekolah di sekitar daerah
Julau. Kami dibahagikan kepada tiga peringkat kumpulan, iaitu murid yang cemerlang, murid
yang sederhana, dan murid yang lemah. Sebelum dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan
tertentu, peserta disaring terlebih dahulu mengikut tahap penerimaan seseorang murid. Saya
diletakkan dalam kumpulan murid yang sederhana.
Kami didedahkan dengan pelbagai teknik penulisan yang betul. Teknik yang diajarkan
itu sangat berkesan. Teknik tersebut telah meniupkan semangat saya untuk menulis karangan
Lihat halaman sebelah
011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

5
SULIT

011

Bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.


Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Sambutlah salam hormat daripada saya
untuk saudara sekeluarga. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Geling

a.

Penulis menerima surat daripada sahabatnya pada ____________________ .


[ 1 markah ]

b.

Apakah tujuan penulis membalas surat Cherang?

[ 2 markah ]
c.

Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.
Peserta program merupakan calon UPSR dari
sekolah-sekolah di sekitar daerah Julau.
Penulis diletakkan dalam kumpulan murid yang
sederhana.

Betul

Peserta dibahagikan kepada tiga peringkat


kumpulan umur.

Salah

Penulis mengucapkan terima kasih atas ingatan


Cherang.
[ 2 markah ]
Soalan 24
Baca petikan surat kiriman rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lihat halaman sebelah


011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

6
SULIT

011

Tuan,
Pesanan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Razlan bin Ismail telah terbaca iklan dalam akhbar
tentang buku-buku terbaharu terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku, iaitu:
a). Modul Gemilang Bahasa Malaysia UPSR x 1 buah = RM9.80
b). Modul Gemilang Matematik UPSR x 1 buah = RM9.80
c). Esei Pilihan Cemerlang UPSR x 1 buah = RM15.60
3. Bersama-sama ini, saya sertakan kiriman wang pos bernombor D0654321 sebagai bayaran
buku-buku berkenaan.
4. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran buku tersebut. Hal ini
demikian kerana peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal bulan September ini.
5. Untuk makluman pihak tuan juga, buku-buku yang saya senaraikan di atas telah habis di
pasaran.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Razlan Ismail
..................................
(RAZLAN BIN ISMAIL)

a.

Perkataan menyegerakan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


________________________________.
[ 1 markah ]

b.

Mengapakah syarikat berkenaan diminta menyegerakan penghantaran buku-buku


tersebut?

Lihat halaman sebelah


011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

7
SULIT

011

[ 2 markah ]

c.

Apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan tersebut?

[ 2 markah ]

d.

Sekiranya anda ialah pengurus syarikat berkenaan, apakah tindakan anda terhadap
surat penulis? Mengapa?

[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semangat Kejiranan
Cuaca redup memasang pukat,

Ambil joran umpan terpisah,

Lihat halaman sebelah


011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

8
SULIT

011

Menangkap ikan anak tenggiri;


Adat hidup bermasyarakat,
Usah pentingkan diri sendiri.

Kelkatu menjadi korban;


Jika ada jiran yang susah,
Segera bantu ringankan beban,

Dari kota ke tanah seberang,


Bawa ciku serta pulasan;
Jika kita membantu orang,
Usah pula minta balasan.

Sungguh manis rasanya madu,


Lebah di taman menyimpan bisa;
Masyarakat harmonis bersatu padu,
Negara aman makmur sentiasa.

Kiri kanan orang bertepuk,


Tanda mesra melambai tangan;
Semangat kejiranan perlu dipupuk,
Hidup sejahtera mesra berpanjangan.

a.

Diubah suai daripada LYA Kuantan

Apakah persamaan antara pembayang pantun perenggan pertama dengan perenggan


keempat?

[ 2 markah ]
b.

Apakah saranan pengarang dalam rangkap pertama pantun di atas?

[ 1 markah ]

Lihat halaman sebelah


011 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

9
SULIT

c.

011

Padankan pernyataan dalam rangkap pantun dengan nilai yang tersirat dengan betul.

Jika membantu usah minta balasan

Bekerjasama

Usah pentingkan diri sendiri

Ikhlas

[ 1 markah ]

d.

Terangkan maksud rangkap terakhir pantun di atas.

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

011 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau

SULIT

You might also like