You are on page 1of 6

Ahli kumpulan : Teoh Moi Kia

Voo Pei Chin


Contoh cara mendapat penajaan dari UKM.
Secara umum ada tujuh cara bagaimana sesebuah projek pelajar memperolehi
penajaan:
1

Peruntukan HEPA melalui JPPEL. Ini yang paling biasa. Bila sesuatu projek
dihantarkan proposal kepada JPPEL, pelajar akan menyatakan di dalam
proposal jumlah peruntukan yang ingin dipohon daripada UKM. Biasanya
peruntukan yang diluluskan oleh JPPEL berbentuk 'seed money' iaitu sekitar
10% daripada jumlah keseluruhan projek. Itupun ada had silingnya juga.
Tergantung kepada jenis program, peruntukan JPPEL kadang kala boleh
ditambah atau tidak diluluskan. Program seperti ESZ di kolej menjadi
keutamaan UKM, biasanya akan mendapat peruntukan melebihi 10%. Begitu
juga dengan program khidmat masyarakat dan juga program berteraskan
pertandingan di mana pelajar mewakili UKM dan juga mobiliti outbound.
Manakala program yang mendapat peruntukan paling kecil pula seperti
lawatan umum, program santai interaksi ahli persatuan dan program gotong
royong. Biasanya program sebegini dianggap tidak memberikan banyak input
kepada pembangunan insaniah pelajar dan peruntukan yang besar tidak
disediakan. Oleh itu pelajar harus bijak memilih apakah projek yang akan
membuka peluang mendapat peruntukan yang tinggi dari JPPEL.

Peruntukan Tabung Jaksa Kolej adalah wang yuran aktiviti pelajar yang
dibayar kepada pihak Bendahari UKM dan

akan digunakan

untuk

menganjurkan aktiviti aktiviti di kolej kediaman berkenaan. Pihak Jaksa perlu


membuat permohonan kepada pihak bendahari dan kemudiannya perlu
menyediakan laporan penggunaan peruntukan tersebut kepada pihak
bendahari UKM.
3

Penjanaan aktiviti pra-program. Ajk program akan menganjurkan aktiviti pra


program untuk mencari dana bagi program mereka. Misalnya di IZISH, untuk
menganjurkan FESKIB, maka ajk menganjurkan aktiviti 'car wash' dan
pengumpulan barangan kitar semula untuk dijual. Walaupun jumlah yang
diperolehi biasanya tidak banyak, aktiviti sebegini akan sekurang kurang
dapat membantu menambah serba sedikit dana program.

Pemasaran pula merujuk kepada penjualan ruang iklan kepada syarikat


syarikat yang berminat. Nama dan logo syarikat akan dimuatkan ke dalam
banner, banting dan juga buku cenderamata. Pemasaran jika dilakukan

Ahli kumpulan : Teoh Moi Kia


Voo Pei Chin
secara sistematik (mempunyai team pemasaran yang baik, brosur dan
pamplet yang menarik dan menyakinkan serta interaksi bersemuka dengan
pihak syarikat dengan penuh yakin biasanya akan menghasilkan dana yang
besar.
5

Penajaan daripada syarikat pula bermaksud pihak AJK Tertinggi projek


membuat temujanji dan mengadakan pembentangan projek kepada pihak
syarikat yang mempunyai kepentingan dengan projek yang ingin dianjurkan.
Sebagai contoh, penganjuran IT Carnival mempunyai kepentingan kepada
syarikat syarikat komputer seperti DELL, HP, Acer, Sony dan sebagainya atau
juga oleh syarikat hiliran industri IT seperti syarikat pengeluar produk storan
maklumat dan aksesori komputer. Mana kala syarikat barangan kesihatan
pula akan berminat dengan program pendidikan kesihatan yang dianjurkan
oleh pelajar. Begitu juga dengan barangan sukan, barangan kosmetik atau
sebagainya. Oleh itu pelajar harus bijak memadankan program mereka
dengan produk syarikat yang berkaitan. Mereka juga harus membuat
persediaan yang rapi untuk membuat pembentangan dan juga berupaya
menyakinkan pihak syarikat tentang faedah faedah yang diperolehi oleh
syarikat berkenaan jika bersetuju menjadi penaja. Biasanya pihak syarikatsyarikat ini mementingkan tiga perkara sebelum mereka bersetuju untuk
menaja. Pertama, penglibatan media dalam program tersebut. Semakin
banyak media utama (cetak dan elektronik) yang dilibatkan dengan sesuatu
program maka akan semakin berminatlah untuk pihak syarikat memberikan
tajaan. Kedua, pelepasan cukai yang akan mereka perolehi dan ketiganya,
samada projek itu bersifat berterusan atau tidak. Sebagai contoh IZISH
pernah selama tiga tahun berturut turut mendapat tajaan syarikat 100 Plus
sepenuhnya untuk Kejohanan Bola Tampar Terbuka Kolej Ibu Zain UKM pada
tahun 2004-2007. Kerana program itu bersifat berterusan, pihak syarikat 100
plus sendiri pada tahun kedua dan ketiga yang terlebih dahulu menawarkan
tajaan sebelum pihak AJK projek membuat pembentangan projek tersebut.
Biasanya penajaan syarikat akan memberikan jumlah yang paling besar di
dalam penjanaan kewangan projek.

Ahli kumpulan : Teoh Moi Kia


Voo Pei Chin
6

Sumbangan secara langsung oleh individu atau syarikat. Ada sumbangan


yang berbentuk kecilan dan ada juga yang besar. Ada pelajar yang berupaya
mendapat sumbangan melalui perbincangan dengan individu individu yang
mempunyai kemampuan memberikan sumbangan. Terdapat juga ahli politik
yang mempunyai peruntukan yang disalurkan kepada program khidmat
masyarakat

yang

memberikan

kebajikan

kepada

sesuatu

kumpulan

masyarakat seperti penduduk kampung, setinggan, anak anak yatim atau


kumpulan OKU. Bagaimanpun mencari sumbangan secara kecil kecilan
(bergerak dari kedai ke kedai atau dari rumah ke rumah) adalah tidak
digalakkan. Selain memerlukan kelulusan khusus mengutip sumbangan,
pihak pemberi sumbangan juga pada hari ini sudah tidak berminat
memberikan sumbangan dengan cara begini.
7

Kolaborasi dengan instituti di UKM dan NGO luar UKM. Ini adalah kaedah
yang terbaru di dalam menjana kewangan pelajar. Perbincangan antara AJK
Teringgi dengan pihak agensi atau institut dalam UKM ataau luar UKM (NGO)
membuahkan program usahasama atau anjuran secara kerjasama. IZISH
misalnya banyak berkolaborasi dengan Institut Kajian Alam Sekitar UKM
(LESTARI) di dalam banyak program berkaiatan kelestarian. Sebahagian
besar kos akan ditanggung oleh pihak institut di bawah peruntukan geran
penyelidikan dan sebagainya. Begitu juga IZISH bekerjasama dengan pihak
Yayasan Warisan Anak Alam Malaysia (YAWA). Usahasama seperti ini
menyebabkan pihak YAWA bersedia menaja pakar pakar dalam dan luar
negara untuk memberikan latihan, bengkel kepada program pelajar di IZISH.
Malah kolaborasi ini dilihat akan menjadi model utama penjanaan kewangan
kepada penganjuran projek di IZISH.
Menjadi AJK pemasaran atau penjanaan kewangan adalah sesuatu yang

paling tidak digemari oleh pelajar bila berorganisasi. Kebanyakan pelajar akan
menolak jika ditawarkan menjadi ketua pemasaran atau ketua bahagian penjanaan
kewangan. Tetapi pada saya selain menjadi sebagai pengarah projek, menjadi ketua
bahagian penjanaan kewangan adalah paling baik kerana memberikan peluang
kepada pelajar untuk meningkat softskills khususnya kemahiran komunikasi.

Ahli kumpulan : Teoh Moi Kia


Voo Pei Chin
Contoh cara mendapatkan sponsor dan keuntungan bagi ponsor
Dunia blog 1Malaysia sekarang memang rancak. Pasarannya sangat meluas
dan kalau digunakan sebaiknya membolehkan pemasaran sesuatu produk atau
jenama dengan lebih berkesan pada kos yang lebih rendah. Pertandingan dalam
sesebuah blog memerlukan tajaan. Lebih besar tajaan yang diberikan, maka lebih
banyaklah peserta yang menyertai contest tersebut dan semakin banyak peserta,
semakin meluas pendedahan yang diperolehi oleh penaja tadi.
Namun begitu, berapa amaun yang wajar diberikan untuk menaja sesebuah
pertandingan? Pada pendapat aku, kalau sesebuah perniagaan membuat untung
bersih minimum RM1000 sebulan, maka minimum 25% daripada untuk bersih tadi
adalah nilai yang sangat sesuai. Berdasarkan pengalaman aku dalam dunia blog ni,
sesebuah blog yang ingin menganjurkan pertandingan tanpa penaja hanyalah
mampu untuk mengeluarkan sehingga RM200 kecuali beberapa blog seperti
Denaihati.com. Dengan tajaan minimum RM250 dan amaun itu ditambah oleh
penaja kecil yang lain, tak mustahil sesebuah pertandingan boleh menawarkan
hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan itu sudah dikira lumayan dalam dunia blog
1Malaysia.
Jadi bagaimana untuk menganjurkan pertandingan yang menguntungkan
sponsor? Dalam hal ini, kita abaikan kehendak contest dan kita tumpukan pada point
penting yang menguntungkan penaja dan boleh membuatkan mereka ingin menaja
dalam contest anda. Penaja MESTILAH mempunyai laman web sendiri untuk
memasarkan produk dan jenama mereka.

Review penaja. Peserta pertandingan boleh melakukan review/advertorial


post untuk penaja dan akan mendapat markah tambahan atau kelebihan
untuk dia menang dalam contest tersebut.

Pautan ke laman web penaja. Biasanya kalau menganjurkan contest peserta


diwajibkan untuk menulis tentang contest tersebut dan menyertakan pautan
ke laman web penaja. Pautan ini mestilah dikaitkan dengan keyword laman
web atau produk yang ingin dipasarkan supaya kelak dapat memberikan
kelebihan SEO kepada penaja.

Banner produk/jenama boleh digunakan untuk membezakan antara penaja


utama dengan penaja biasa. Banner hendaklah dipaparkan dalam entri wajib
untuk promosi contest tadi.

Ahli kumpulan : Teoh Moi Kia


Voo Pei Chin

Peserta perlu like/follow Facebook/Twitter penaja.


Apa yang perlu dielakkan kalau nak anjurkan contest? Satu je, paling penting

ialah supaya kita tak letakkan syarat yang terlalu banyak untuk peserta. Hipotesis
dia macam ni, semakin banyak syarat (perkara yang perlu dilakukan oleh peserta),
semakin malas untuk mereka sertai contest tersebut. Kena ingat, buat contest kalau
boleh nak beribu-ribu orang masuk. Baru puas hati, betul tak?
Dalam pencarian penaja contest, penganjur contest perlulah bersedia untuk
memberikan yang terbaik kepada penaja. Takkanlah mereka nak tabur duit buta-buta
sahaja tanpa mendapat faedah daripada contest tersebut kan? Pastikan anda
mempunyai pelan yang berkesan yang menguntungkan anda dan penaja anda.

Ahli kumpulan : Teoh Moi Kia


Voo Pei Chin

You might also like